Anda di halaman 1dari 1

TAHSIN TILAWAH AL-QURAN

tah

DPLI J-QAF 2013

KATA-KATA ALUAN , , . : Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah Taala dengan taufik dan hidayahNya dapat saya menyiapkan tugasan Pendidikan Al-Quran Minor, Tahsin Tilawah Al-Quran yang dibimbing oleh Ustaz Othman Azumi Bin Ahmad. Sesungguhnya ilmu Pengenalan Al-Quran adalah satu ilmu yang sangat penting dipelajari dan diketahui serta diamalkan oleh semua muslim. Tambahan pula di dalamnya terdapat ilmu tajwid yang sangat dituntut supaya kita mempelajarinya kerana bacaan Al-Quran mempunyai peraturan dan kaedah yang mesti diikuti dengan betul dan tepat.Arahan mambaca Al-Quran dengan tepat ini adalah daripada Yang menurunkan Al-Quran sendiri iaitu Allah TAala melalui firmanNya dalam surah Al-Muzammil : ayat 4 Bacalah Al-Quran itu secara tartil ( tajwid ) Dalam mengaplikasikan bacaan Al-Quran dengan tepat mestilah mengikut sebagaimana Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam mengambilnya daripada Jibril Alaihis Salam yang disebut sebagai talaqqi atau musyafahah. Kaedah talaqqi ini telah dijadikan asas utama dalam mempelajari Al-Quran dan ia telah diamalkan bermula daripada Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam hingga ke hari ini. Namun begitu ulama-ulama tajwid telah member sumbangan yang besar dalam perkembangan Ilmu Tajwid dengan menulis kitab-kitab berkaitan dengannya sama ada dalam bentuk rangkap syair ( matan ) atau karangan. Akhirnya, dengan tugasan ini ilmu yang saya pelajari tentang Al-Quran akan lebih mendalam seterusnya dapatlah saya praktikkan di dalam amalan seharian. Sekian, wassalam.

Anda mungkin juga menyukai