Anda di halaman 1dari 22

VET 3013 ASAS ENJIN DAN ELEKTROMEKANIKAL LAPORAN BENGKEL AMALI KIMPALAN

AMIRAH BINTI SHAARI ISMAEDAYU BINTI ISMAIL FASLIATIN BINTI THAZALI DALILA BINTI AIDI SARAH SABILLAH BINTI IBRAHIM D20091034830 D20091034813 D20091034871 D20091034819 D20091034820

PENGENALAN

Pengurusan Organisasi Bengkel Organisasi bengkel merupakan sistem pengurusan yang memerlukan kerjasama antara guru dan pelajar. Pengurusan organisasi bengkel dan keselamatan penting bagi memastikan bengkel berada dalam keadaan selamat dan terkawal semasa digunakan. Tujuan adalah untuk : 1) Memastikan alatan dan kelengkapan bengkel sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur. 2) Memastikan murid peka terhadap peraturan keselamatan bengkel. 3) Memupuk sikap kerjasama, bertanggungjawab dan menghargai harta benda sekolah. 4) Memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan teratur dan bersistematik. Struktur Organisasi Bengkel Tugas pengurusan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna jika setiap individu dalam struktur organisasi bengkel menjalankan tugasnya. Carta organisasi bengkel diketuai oleh fomen dan penolong fomen. Fomen dengan dibantu oleh seorang penolong fomen akan memastikan setiap pelajar menjalankan tugas pada setiap sesi praktikal yang dijalankan. Tugas fomen :

1) Membantu guru mengendalikan aktiviti bengkel.

2) Memastikan setiap pelajar mematuhi peraturan bengkel 3) Memastikan bengkel berkeadaan bersih dan selamat 4) Melaporkan dengan segera kepada guru sekiranya berlaku kemalangan. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang ketua kumpulan. Setiap kumpulan perlu menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan akan menjalankan tugas secara bergilir-gilir supaya setiap pelajar berpeluang melakukan semua tugas dalam jadual tugasan. Peraturan keselamatan bengkel Pelajar tidak dibenarkan membawa beg masuk ke dalam bengkel. Pelajar tidak dibenarkan keluar dan masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru. Pelajar harus sentiasa bekerja dengan teratur dan bersistematik di dalam bengkel. Pelajar tidak dibenarkan bermain dan bergurau ketika berada di dalam bengkel. Pelajar hendaklah memastikan semua suis elektrik dan alat kawalan ditutup sebelum meninggalkan bengkel. Pelajar hendaklah membersihkan meja kerja dan menyimpan semua alatan di tempat yang telah dikhaskan.

Bengkel mesti dilengkapi dengan peti pertolongan cemas dan alat pemadam api. Pastikan bengkel mempunyai pencahayaan dan peredaran udara yang baik. Keadaan tempat kerja perlu sentiasa bersih dan selamat, misalnya lantai tidak basah dan berminyak.

Semua pintu dan tingkap hendaklah sentiasa dibuka semasa kerja amali dijalankan.

Peti pertolongan cemas Peraturan keselamatan alatan Setiap pelajar mesti mematuhi arahan yang dinyatakan pada label alatan yang digunakan. Alatan yang akan digunakan hendaklah diletakkan di dalam bekas yang sesuai atau di tempat yang selamat kemudian disusun di tempat asalnya setelah digunakan. Pastikan anda berada dalam jarak yang selamat semasa menggunakan alatan yang berbahaya.

Berhati-hati semasa mengendalikan alatan yang berbahaya seperti alatan panas, berat dan tajam.

Gunakan alatan dengan cara yang betul dan mengikut jenis dan kegunaannya. Semua alatan yang telah digunakan hendaklah dibersihkan sebelum disimpan. Laporkan kepada guru sekiranya terdapat sebarang kehilangan atau kerosakan alatan. Penggunaan alatan elektrik hendaklah mendapatkan kebenaran guru dan mengikut manual yang dikeluarkan oleh pengeluar dan peraturan keselamatan.

Pelajar hendaklah melaporkan kehilangan atau kerosakan alatan, kemalangan atau kecederaan kepada guru dengan segera.

Semua alatan dan bahan hendaklah sentiasa tersusun dan diselenggara dengan baik serta direkodkan dalam buku stok.

Hanya peralatan yang berkenaan sahaja perlu diletakkan di meja kerja atau rak khas. Alatan yang berat dan tajam hendaklah diletakkan pada paras yang rendah dan selamat. Tempat yang digunakan untuk menyimpan alatan dan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya hendaklah sesuai dan selamat. Panduan keselamatan semasa di bengkel

Kemalangan boleh berlaku berpunca daripada penggunaaan bengkel, alatan, bahan, mesin, elektrik dan bahan beracun yang tidak sesuai dan tidak selamat.

Berikut adalah beberapa cadangan panduan keselamatan yang boleh diamalkan semasa mengendalikan kerja amali dan aktiviti di bengkel Kemhairan Hidup. Penggunaan mesin 1) Murid tidak dibenarkan menggunakan mesin tanpa kebenaran dan kehadiran guru. 2) Kawasan mesin di bengkel perlu ditanda dengan garisan merah bagi menandakan kawasan bahaya. 3) Semasa mesin sedang digunakan hanya dua orang pelajar sahaja dibenarkan berada dalam kawasan merah. 4) Gogal mesti dipakai semasa menggunakan mesin gerudi dan mesin canai. Penggunaan alatan elektrik 1) Pelajar dilarang menggunakan alatan atau kelengkapan elektrik yang rosak. 2) Elakkan daripada membuat penyambungan beban yang banyak pada satu punca elektrik. 3) Jangan sentuh wayar elektrik yang terputus. 4) Pastikan tangan anda sentiasa kering semasa menggunakan alatan elektrik. 5) Tutup suis selepas menggunakan alatan elektrik. 6) Suis mesti ditutup terlebih dahulu sebelum mencabut plug. 7) Kasut bertutup dan bertapak getah mesti dipakai semasa melakukan kerja yang berkaitan dengan elektrik.

8) Segerakan matikan suis bekalan utama sekiranya berlaku kejutan elektrik. 9) Laporkan kepada guru dengan segera sekiranya berlaku kerosakan pada peralatan elektrik.

ALATAN DI BENGKEL ENJIN EXTENSION BAR L

Fungsi : 1) menghasilkan tekanan kuat semasa mengetatkan nat/ bol 2) Menyambungkan tempat soket

EXTENSION BAR T

Ciri-ciri : 1) kedudukan kepala boleh digerakkan di sepanjang tangkainya Fungsi :1) memberi daya pusingan/putaran yang kuat 2) menyambungkan tempat soket EXTENSION BAR

Fungsi : Menyambungkan tempat soket SPANAR GABUNG

Ciri-ciri : 1) satu hujung gelang & satu rahang terbuka 2) kedua-dua hujung sama saiz 3) gabungan sepana hujung terbuka dengan sepana gelang

SPANAR GELANG

Ciri-ciri : 1) cengkaman kuat, tak mudah tergelincir 2) kedua-dua hujung = gelang soket 3) saiz= diameter dalam gelang 4) soket ada yang berbucu enam dan ada yang berbucu 12 Fungsi : digunakan pada ruang yang sempit SPANAR HUJUNG TERBUKA

Ciri-ciri : 1) kedua-dua hujung terbuk 2) saiz= bukaan rahang

3) bukaan satu hujung itu lebih besar daripada bukaan di hujung yang lain Fungsi : digunakan apabila sepana gelang tak boleh digunakan oleh sebab ruang yang sempit

SPANAR BOLEH LARAS Pengenalan; Kelebihannya ialah bahagian rahangnya dapat diubah bukaannya untuk disesuai Kegunaan : Mencengkam dan memutar nat. Digunakan untuk melonggarkan dan mengetatkan nat atau bolt pelbagai saiz.

OIL-FILTER WRENCH ( PERENGKUH PENAPIS MINYAK) Pengenalan;

Gelung rantai diletakkan di sekeliling penapis, pemegang diputar melawan arah jam dengan tangan sehingga rantai membaluti dirinya ketat sekeliling. Penapis minyak. Kegunaan: Mengetatkan penapis minyak.

PLAYAR MUNCUNG TIRUS: FLIER (REMIX) Pengenalan: Bahagian hujung alat ini yang berbentuk tirus digunakan untuk mencapai bahagian kecil. Saiznya ditentukan mengikut panjangnya. Dibuat dalam pelbagai bentuk untuk menyisipkan tempat yang terbatas. Kegunaan: Memegang, memasukkan,, mengeluarkan benda kerja pada ruang, mata pemotong digunakan memotong dawai, memegang dan membentuk.

PLAYAR : FLIER (MERWIN) Pengenalan; Saiznya ditentukan oleh panjang keseluruhannya. Kegunaan: Memegang dan mencengkam benda kerja yang leper, bulat, dan kecil. Memotong dawai halus. Digunakan apabila mengikat dengan dawai.

BERUS TEMBAGA Pengenalan; Mempunyai bulu tembaga yang lembut . Kegunaan: Untuk kerja-kerja mencuci permukaan besi atau paip besi bergalvani tanpa merosakkan permukaan yang dicuci.

IMPACT SCREW DRIVER Pengenalan: Saiz skru berlainan yang dipasang pada hujung Kegunaan: Mengeluarkan skru yang rosak Mengetatkan skru yang baru Fungsi Dan Kegunaan 1) Screw Driver Flat

Pemutar skru ini digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru pada bahagian enjin yang lubang pada kepalanya berbentuk alur. Saiznya ditentukan oleh panjang batangnya dan lebar hujung matanya dan diperbuat daripada keluli yang keras.

2)

Screw Driver Philips

Pemutar skru ini digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru pada bahagian enjin yang lubang pada kepalanya berbentuk palang. Saiznya ditentukan oleh panjang batangnya dan lebar hujung matanya dan juga diperbuat daripada keluli yang keras.

3)

Rubber Hammer (Gandin getah)

Gandin getah ini berfungsi untuk mengetuk dan membentuk kepingan logam lembut tanpa meninggalkan kesan ketukan. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membentuk, melipat dan meratakan kepingan logam yang perlu diratakan. Bukan itu sahaja, gandin getah juga sesuai digunakan untuk membentuk batang keluli lembut yang

sederhana tebal. Alat ini dipanggil sebagai gandin getah kerana kepalanya yang diperbuat daripada getah. Secara tidak lansung, ini dapat memudahkan proses meratakan, melipat dan membentuk kepingan logam kerana ia tidak akan merosakkan atau mencalarkan permukaan kepingan logam tersebut.

4)

Steel Hammer (penukul besi)

Gambar diatas menunjukkan tukul besi yang diperbuat daripada besi dan digunakan untuk mengetuk logam dan memecahkan batu.

5)

Scraper

Alatan ini boleh didapati dalam pelbagai saiz. Kegunaanya adalah untuk membuang sisasisa cat lama sebelum proses mengecat bermula. Selain itu. Ia juga digunakan mntuk Menyumbat tepung penyumbat dan mengikis karat pada keluli.

6)

Air Blow pistol

Alatan ini biasanya digunakan untuk mengendalikan bahagian enjin yang sukar untuk dicapai atau dicuci. Ia berfungsi untuk mengeringkan air, menghilangkan habuk dan mencuci di celah-celah komponen dan bahagian enjin yang dikendalikan.

PEMADAM API

Boleh mengawal atau memadam api kelas A,B,C dengan berkesan. Pemadamannya lebih berkesan jika dibandingkan dengan alat pemadam api jenis gas. Pengeluaran (pancutan) boleh dikawal di release handle. Ia hanya boleh digunakan sekali sahaja.

PETI PERTOLONGAN CEMAS

Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali. Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas. Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah dresing steril, plaster, kain anduh, pembalut kain kasa, Iodin, larutan atau krim antiseptic, dan gunting kecil

SPARK PLUG SOKET WITH HANDLE

Berfungsi untuk membuka palam pencucuh. Mempunyai pemegang untuk menanggalkan palam pencucuh dengan lebih mudah. \SPARK PLUG SOCKET 16mm

Berfungsi untuk menanggalkan palam pencucuh yang berdiameter 16mm.

SPARK PLUG SOCKET 21mm

Berfungsi untuk menanggalkan palam pencucuh yang berdiameter 21mm.

SOCKET CHROME

Berfungsi untuk memegang palam pencucuh dengan lebih kemas.

RUJUKAN 1)http://juruteknik-komputer.blogspot.com/2010/11/fungsi-peralatan-penggantiankomponen.html 2) http://www.scribd.com/doc/61950447/Khb-Ting-2-Bab-1 3) http://malaysiana.pnm.my/Alat%20Tradisonal/tukang_tukul.htm 4) http://hussinmamathardware.blogspot.com/2011/03/pengikis-cat-scraper.html 5) http://www.syokdownload.com/2012/01/cara-mudah-cuci-enjin-kereta.html