Anda di halaman 1dari 10

EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA

PENGENALAN

. Emosi bermaksud perasaan yang

wujud dalam berbagai-bagai bentuk sama ada bentuk

emosi positif seperti perasaan suka, sayang dan gembira . Bentuk emosi negatif pula adalah perasaan takut, marah dan duka. Sementara perasaan bercampur antara emosi positif dan emosi negatif dalam satu masa adalah kategori emosi primer. Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang dan akan mempengaruhi persepsi dan tingkah laku seseorang terhadap alam sekelilingnya .

Definisi Gangguan Emosi

Gangguan emosi adalah satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih tingkahlaku yang menimbulkan gangguan pada emosi diri seseorang. Murid yang tidak berupaya mengurus kecerdasan emosi secara berkesan akan menyebabkan diri mereka berada dalam keadaan tertekan. Melalui pengalaman saya mengajar di sekolah rendah, saya dapati ada antara muridmurid yang menunjukkan tanda-tanda sedang mengalami gangguan emosi. Antara tanda-

tanda awal gangguan emosi yang dapat saya kesan ialah menunjukkan kesulitan berhubung dengan orang lain. Mereka tidak ada keyakinan diri untuk berinteraksi dengan rakan-rakan sekelas .Ada juga murid yang mengalami gangguan emosi menunjukkan tanda mudah cemas ataupun cepat marah walaupun melibatkan perkara-perkara yang kecil. Dalam situasi yang lain pula, muridmurid yang mengalami gangguan emosi ini berada dalam kebingungan yang menunjukkan tandatanda berlaku kecelaruan emosi dalam diri mereka. Secara lumrahnya, gangguan emosi murid yang menyebabkan tindakan aggresif menganggu dan mencederakan murid lain atau merosakkan harta benda dianggap sebagai masalah disiplin sekolah. Tindakan menghukum murid-murid tersebut mengikut peraturan memang biasa dilakukan. Kesan

daripada hukuman menimbulkan perasaan dendam pada guru . Sebagai seorang guru, amat perlulah untuk menilai tingkah laku murid tersebut

dengan mengambil kira aspek emosi dan sosial untuk mengetahui atau memahami diri murid . Ini akan dapat mengelakkan kesilapan tindakan yang mungkin dilakukan oleh guru seperti memarahi murid berkenaan. Kesilapan tindakan guru bagi menangani tingkah laku murid

EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA


tersebut tanpa menyelami perasaan murid dan puncanya hanya akan menambahkan

gangguan emosi pada diri murid tersebut. Jenis-jenis Gangguan Emosi

Gangguan emosi berlaku akibat sesuatu peristiwa yang menyedihkan, menakutkan atau menghibakan perasaan. Gangguan emosi boleh menyebabkan seseorang berkelakuan suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil.. Gangguan emosi boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu :-

i)Gangguan emosi ringan Kategori gangguan emosi ringan kerap berlaku pada kanak-kanak . Namun begitu ianya tidak begitu ketara dan tidak mudah dapat dikesan. Kriteria yang dapat diperhatikan adalah ketidakbolehan murid membina atau mengekalkan perhubungan dengan orang lain seperti dengan rakan sebaya, guru dan lain-lain. Mereka kelihatan pasif dalam memberi reaksi terhadap orang sekeliling. Murid mempamerkan perasaan yang kurang senang dalam

keadaan yang normal. Mereka tidak suka berkongsi barang. Pada amnya, terdapat suasana yang kurang gembira atau penuh dengan kerisauan. Murid-murid ini juga sering menunjukkan gejala-gejala fizikal atau perasaan takut atau mudah marah yang ada kaitan dengan masalah peribadi dan sekolah. ii)Gangguan emosi berat. Kategori gangguan emosi berat pula ketara dan mudah dapat dikesan. Murid-murid menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai dari segi sosial atau tingkah laku kurang matang. Contohnya sering menangis atau terlalu bergantung kepada rakan. Mereka juga mungkin tidak faham apakah tingkah laku yang sesuai untuk situasi tertentu. Misalnya bercakap dengan guru besar seperti bercakap dengan kawan-kawan dan menunjukkan reaksi aggresif ketika marah seperti mengamuk, menjerit dan menyakiti diri sendiri atau mencederakan orang lain serta merosakkan harta benda.Tingkah laku yang mengganggu juga dilakukan untuk mendapat perhatian orang lain. Keadaan tingkah laku ini biasa menonjol dan menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial. Ada juga yang menunjukkan tindakan menarik diri dari situasi sosial kerana terlalu segan atau takut melibatkan diri dalam situasi sosial. Tingkah laku pula ditujukan kepada

dirinya bersifat mengasingkan diri, selalu sedih, pemalu, berfokus, kepada ketakutan dan fantasi. Guru mungkin tidak menyedari kerana tingkah laku ini tidak mengganggu pembelajaran 2

EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA


rakan-rakan lain di dalam kelas. Tingkah laku ini menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial bagi diri murid yang berkenaan. Walau bagaimanapun tidak semua aktiviti dan tingkah laku yang janggal itu adalan gangguan emosi. Ianya perlu dilihat dari aspek kekerapan , tempoh masa, kekuatan dan kesesuaian umur . Ada kemungkinan perlakuan berlaku secara sementara yang menjadi tingkah laku normal bagi seorang murid yang tidak dikategorikan sebagai gangguan emosi. Punca - Punca Gangguan Emosi Gangguan emosi berlaku akibat sesuatu peristiwa yang menyedihkan, menakutkan atau menghibakan perasaan yang menjadikan emosi yang tidak stabil. Gangguan emosi merupakan satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan yang menyebabkan stress kepada murid-murid. Mengikut kajian di Malaysia, 13 peratus atau 130 000 orang kanak-kanak dan remaja didapati mengalami masalah tingkahlaku dan emosi (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005). Antara sebab yang menyumbang kepada gangguan emosi ialah :i) persekitaran sekolah yang tidak kondusif Keadaan kelas yang terlalu padat menimbulkan masalah kesesakan di dalam kelas yang

menyebabkan wujud kecenderungan murid murid melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat Ketua Jabatan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan,

Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Murid - murid melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka. Keadaan ini berlaku kerana keadaan kelas yang sesak menjadikan fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Bilangan murid yang ramai menyukarkan pengawalan pelajar. Murid-murid yang kecewa pula akan mencuba mendapatkan perhatian guru dengan cara menimbulkan kenakalan, merosakkan harta benda sekolah serta menganggu rakan-rakan. ii)Keluarga. Masalah keluarga sering kali dibawa ke sekolah oleh murid. Kebanyakkan murid yang sering mengalami masalah keluarga mengalami gangguan emosi yang berat. Perasaan marah dan kecewa akan dilepaskan di sekolah dengan melakukan perbuatan merosakkan harta benda 3

EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA


sekolah, bergaduh, ponteng kelas dan sekolah serta melanggar peraturan yang lain. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa positif yang berlaku seperti berpindah ke rumah baru, ibu melahirkan adik dan peristiwa negatif seperti penceraian ibu bapa, penderaan, kematian ahli keluarga akan memberi kesan ke atas emosi seseorang murid. Dari aspek emosi, murid akan berasa susah hati ,murung, sedih, resah di atas peristiwa yang.terjadi.. . iii)Rakan sebaya Rakan sebaya juga merupakan faktor mempengaruhi masalah gangguan emosi murid dalam sekolah. Rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat selain ibu bapa. Murid lebih gemar menceritakan masalah dan perasaan mereka kepada rakan. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibubapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang

bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang tidak disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah terhadap kawankawan yang tidak menghiraukannya.

iv)Suasana sosio-emosi Guru yang bersifat autokratik dan dominan menjadikan menyebabkan murid sentiasa berada dalam keadaan emosi suasana sosio-emosi yang situasi emosi murid yang tidak

menentu, takut, bimbang dan gemuruh yang menjejaskan keupayan murid menerima input pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Selain itu, sikap murid sendiri yang mengamalkan corak persahabatan yang tidak sihat. Sehubungan dengan itu, maka wujudlah situasi atau kelompok tertutup, perasingan, murid tersingkir, dan juga pasangan murid mengikut pilihan masing-masing. Tingkah laku seperti ini akan menjejaskan perhubungan yang baik dalam kalangan murid itu sendiri. Golongan yang bersifat sebegini perlu diberi bantuan yang sewajarnya agar gangguan emosi dapat dikurangkan.

EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA

Langkah-Langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid. a)Kes 1 (Gangguan emosi benci) Seorang murid Tahun 6 yang bernama Hafiz (bukan nama sebenar) sering menjadi murid yang sering dimarahi oleh guru yang masuk ke kelasnya. Sifatnya kelihatan membenci semua orang sangat ketara termasuklah pada guru-guru. Dia tidak mempercayai kawan-kawan dan sentiasa berperangsaka buruk dengan selalu menuduh kawan-kawan menggangu barang-barangnya. Sebaliknya dialah yang sering menganggu kawan-kawan Hafiz tidak boleh memberi tumpuan terhadap pelajarannya di dalam kelas kerana dia sering menimbulkan masalah walaupun terhadap perkara kecil seperti kawannya terlebih meletakkan tangan atau buku di dalam kawasan mejanya. Dia juga sangat kedekut dengan tidak membenarkan seorangpun menggunakan barang-barang termasuklah meminjam kerusi atau mejanya di dalam kelas.

Oleh kerana sikapnya yang ganjil itu, kawan sekelas tidak gemar bergaul dengannya. Ada juga saya dengar mereka mengejek-ejek dengan memanggilnya dengan nama bapanya. Ejekkan itu telah menimbulkan kemarahan pada Hafiz sehingga dia bertindak aggresif pada orang yang mengejeknya. Saya pernah meleraikan pergaduhan Hafiz dengan murid yang dituduhnya memanggilnya dengan gelaran nama bapa. Saya berpendapat sikap murid ini sangat pelik dan ianya bukanlah masalah disiplin biasa. Saya cuba untuk mencari punca berlakunya sikap Hafiz yang membenci semua orang dan tidak mempercayai orang lain dalam hidupnya. Langkah yang saya ambil adalah dengan memberi layanan yang baik kepadanya untuk merapatkan perhubungan guru dengan murid. Perhubungan yang rapat ini boleh

menghindarkan murid daripada menimbulkan masalah. Sebagai guru, kita perlu memberi perhatian terhadap perbezaan individu. Apabila timbul pergaduhan antara Hafiz dengan muridmurid lain, saya akan cuba mendamaikan keadaan dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Di luar pengetahuan Hafiz, saya cuba menyelidik latar belakang Hafiz daripada murid lain yang tinggal berjiran dengannya. Saya diberitahu bahawa Hafiz mempunyai seorang ayah yang telah lama menghilangkan diri dan segala urusan kehidupannya ditanggung oleh ibunya yang bekerja sebagai pembantu di sekolah tadika. Ayahnya hanya muncul sesekali untuk menemui nenek Hafiz yang telah tua. Keadaan itu telah memberi tekanan yang hebat kepada ibu Hafiz yang telah beberapa kali pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari ayah Hafiz. Kebetulan pula, saya menyewa rumah berhampiran dengan rumah neneknya. Itu pun saya sedari setelah saya 5

EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA


terlihat Hafiz datang berkunjung ke rumah neneknya pada suatu petang. Ini menambahkan peluang saya untuk berbaik-baik dengan Hafiz. Antara langkah-langkah diambil bagi menghadapi murid yang mengalami gangguan emosi seperti ini ialah memberi layanan dan menghormati murid seperti manusia biasa. Suatu hari, setelah terjadi pergaduhan antara Hafiz dengan kawannya di sekolah, saya telah membawa Hafiz ke kantin untuk cuba meredakan keadaan. Saya cuba bertanyakan punca pergaduhan dan diberitahunya tidak suka kawan memanggilnya dengan nama bapanya.

Apabila saya memegang bahunya sambil berkata bahawa saya memahami dirinya yang sayangkan bapanya, dia membulatkan mata dan menyatakan dia benci pada bapanya. Hafiz menceritakan pengalamannya mengikut ibunya mencari bapanya di Kuala Lumpur dan mendapati bapanya bersekedudukan dengan perempuan pondan. Hafiz menyatakan perasaan malu mempunyai bapa yang mempunyai perangai buruk itu dan sangat membenci bapanya. Saya memahami perasaannya ketika itu dan membiarkan sahaja Hafiz meluahkan perasaan bencinya kerana mungkin selama ini dia membendung sahaja luahan hati kerana ibunya seorang yang sangat garang. Sejak itu, saya selalu meluangkan masa untuk berbual-bual dengannya dan saya cuba memfokuskan perbualan pada peranannya sebagai anak sulung untuk membantu ibunya melalui kejayaan yang boleh dicapai melalui pencapaian akademiknya. Saya menerangkan tentang konsep hidup manusia yang tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai masalah dan hanya terpulang diri masing-masing untuk menangani masalah tersebut. Saya cuba membayangkan tentang masalah yang dihadapi oleh ibu dan ayahnya yang tidak dia fahami dan mengingatkan Hafiz untuk mterus menghormati mereka sebagai ibu bapanya..Saya juga mengingatkan tentang perlunya dia mengubah sikap yang tidak digemari oleh orang lain. Pada rakan-rakan, saya menceritakan serba ringkas punca sikap Hafiz dan menyeru supaya membantu Hafiz dengan memberi peluang kepadanya mengubah sikap serta tidak mengenakan hukuman dan memarahinya sehingga dia hilang keyakinan diri untuk menjadi murid yang berjaya seperti murid lain. Dalam kalangan rakan sekelasnya, saya menerangkan kekurangaan diri Hafiz dan meminta cuba bersimpati serta membantu Hafiz dalam pelajaran. Setelah masa berlalu, saya dapati Hafiz telah dapat diterima oleh rakan-rakan dan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian akademiknya. Hafiz telah dapat menangani sendiri masalah emosi yang melanda dirinya dan dapat belajar dengan gembira seperti murid lain. Kini Hafiz yang baru saya temui setelah bertahun-tahun masa berlalu telah menjadi 6

EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA


manusia berguna yang berjaya dalam bidang yang diceburinya.Dia juga telah menjadi anak yang membela nasib ibunya dan adik-adiknya. Kes 2 (Gangguan Emosi Pemurung,penakut) Seorang murid perempuan bernama Haslinda ( bukan nama sebenar ) adalah seorang murid yang lemah dalam pencapaian akademiknya. Sebagai seorang guru yang mengajar subjek penting untuk peperiksaan dalam peperiksaan UPSR, sememangnya saya akui saya seorang yang sangat tegas dalam menyemak peningkatan pencapaian subjek Sains bagi kelas yang diajar. Apa yang menghairankan saya ialah Haslinda bukanlah murid pemulihan yang tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis tetapi pencapaiannya dalam akademik tidak menujukkan sebarang peningkatan sebaliknya markah semakin menurun walaupun latihtubi dan bimbingan intensif telah diberikan kepadanya. Melalui rekod kehadirannya, Haslinda tidak akan hadir ke sekolah tidak kurang daripada dua kali dalam seminggu. Dari sudut fizikalnya pula, murid ini tidak pernah tersenyum dan sentiasa menunjukkan muka berkerut di keningnya, walaupun tidak pernah dimarahi mahupun dikenakan hukuman oleh guru-guru. Apabila saya mengintip pergaulannya di luar

pembelajaran, murid ini sering bersendirian dan tiada kawan rapat. Mungkin ini disebabkan murid ini belum menyesuaikan diri dengan sekolah baru setelah di dipindahkan daripada sekolah lama. Haslinda tinggal bersama kakaknya yang telah berkahwin dan tinggal bersama keluarga suami kakaknya. Apabila melihat pada wajahnya yang pucat dan tidak bermaya saya berpendapat murid ini bukanlah menjadi pemurung disebabkan kesedihan di atas kematian ibunya setahun yang lalu. Sebagai guru, saya telah mencuba pelbagai cara untuk menarik minatnya terhadap pelajaran Saya telah merancang banyak aktiviti kumpulan untuk memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Murid yang mengalami gangguan emosi seperti ini seperti berada dalam dunia mereka sendiri dan tidak berminat mengambil tahu apa yang berlaku dalam persekitaran mereka. Saya sedar murid ini sedang mengalami masalah kemurungan.Tindakan saya sebagai guru yang menyedari keadaan ini ialah dengan cara merujuk murid yang mempunyai masalah peribadi kepada kaunselor sekolah. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan daripada ahli psikologi, kaunselor yang

berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama dengan ibubapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli psikologi, kaunselor yang bertanggungjawab terhadap

EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA


kesnya. Ini kerana ibubapa juga perlu diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Apabila saya meminta kakaknya selaku penjaganya datang ke sekolah, Haslinda hanya menggelengkan kepala dan memberitahu kakaknya telah keluar setiap pagi seawal jam 5.00 pagi untuk bekerja di kilang yang terletak 49 km jauhnya di Bandar. Apabila saya tanya kepadanya siapa yang hantarnya ke sekolah setiap hari , Haslinda menjawab abang iparnya yang tidak bekerja. Apabila saya meminta izin untuk berjumpa dengan abang iparnya, Haslinda kelihatan sangat takut lalu menangis. Saya menjadi terkejut lalu memeluknya untuk menenangkannya. Saya bawa Haslinda ke dalam bilik yang jauh daripada murid-murid lain. Dia menceritakan setiap pagi setelah kakaknya pergi bekerja ,abang iparnya memaksa Haslinda masuk ke bilik tidur dan tolong memicit badan abangnya itu. Kadangkala abang iparnya melakukan perkara yang tidak senonoh kepadanya. Saya memberitahunya untuk mengadu kepada kakaknya tetapi dia memberitahu takut kerana telah diberi amaran oleh abang iparnya supaya tidak mengadu hal tersebut kepada sesiapa. Saya faham dengan tekanan emosi murid ini yang menyebabkan emosinya terganggu lalu menjadi seorang yang pemurung. Perbincangan antara saya dan kaunselor diadakan untuk membantu murid ini menangani masalahnya. Saya cuba menghubungi seorang jururawat yang tinggal di kampung keluarda abang iparnya.untuk menyiasat kebenaran cerita Haslinda. Setelah pemeriksaan ke atas diri Haslinda dilakukan dan soalsiasat jururawat terhadap keluarga abang iparnya dibuat, didapati cerita itu benar melainkan cerita sulit yang memang tiada dalam pengetahuan keluarga abang iparnya itu. Pada masa yang sama, saya bersama kaunselor dan jururawat cuba menasihatkan Haslinda supaya menjauhi diri daripada diperlakukan sesuka hati oleh abang iparnya itu. Saya mencadangkan Haslinda berpindah semula ke sekolah lama dan tinggal bersama ayahnya. Haslinda menyatakan ayahnya terlalu miskin dan tidak berupaya mencari wang untuk membiayai persekolahannya. Namun setelah diterangkan tentang keselamatannya dalam jangkamasa yang panjang sebagai seorang perempuan dan menyatakan akan

membantu untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada Jabatan kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat, Haslinda setuju untuk memberitahu hasratnya tinggal bersama bapa kepada kakaknya. Setelah urusan pertukaran selesai, Haslinda telah berjaya ditukarkan ke sekolah lama untuk tinggal bersama ayahnya. Pada hari terakhir di sekolah, saya dapati wajahnya tidak berkerut lagi dan sebelum pulang dia menemui saya dengan senyuman dan mengucapkan 8

EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA


terima kasih. Saya memeluknya sambil berpesan agar belajar dengan lebih bersungguh-

sungguh .Saya rasa gembira melihat Haslinda tidak dilanda kemurungan lagi. Kes 3 (Gangguan emosi pemarah ) Hakim adalah seorang murid Tahun 5 dan tergolong dalam kumpulan murid yang pandai. Walaupun Hakim tidak pernah mendapat tempat pertama dalam peperiksaan tetapi Hakim tidak pernah gagal dalam peperiksaan. Apabila melihat Hakim yang rajin belajar itu, saya merasa hairan jika Hakim tidak boleh mencapai markah tertinggi dalam peperiksaan. Hakim bukan sahaja rajin, malah selalu memberikan respon yang baik ketika guru mengemukakan sualan di dalam kelas. Hakim seorang yang rajin belajar tetapi sikap Hakim yang tidak disukai oleh kawan-kawannya ialah cepat marah. Oleh sebab itu Hakim tidak mempunyai kawan baik .Di luar masa pembelajaran, Hakim sering menunjukkan sikap tidak berpuashati dengan apaapa keputusan yang dibuat kawan-kawannya. Dia selalu memarahi kawan=kawannya dengan menggunakan perkataan kesat walaupun ketika berhadapan dengan perkara-perkara kecil. Apa yang lebih buruk, Hakim juga adakalanya melepaskan kemarahan dengan melemparkan barang-barang yang ada di tangannya. Keadaan ini membingungkan saya dalam mencari punca gangguan emosi yang pemarah ini menghalang Hakim untuk

melanda Hakim. Saya menyedari gangguan emosi

mencapai keputusan baik dalam peperiksaan walaupun dia rajin belajar. Mengikut buku yang saya baca jika seseorang mempunyai sikap negatif dalam diri seperti Hakim iaitu pemarah, neuron dalan otaknya akan menghasilkan suatu cecair yang menjadi penghalang untuk

menerima pelajaran dengan baik. Saya berazam untuk membantu Hakim menanganii masalah ini untuk membantunya lebih cemerlang dalam pelajaran. Saya mengambil langkah menyelidik latar belakang Hakim dan keluarganya melalui murid-murid yang tinggal berjiran dengannya. Hakim merupakan anak sulung yang menjadi tempat bernaung keluarganya setelah ayahnya lumpuh akibat kemalangan yang berlaku di tempat kerjanya. Ibunya telah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya yang ke tujuh. Hakim tinggal bersama ayah dan adik-adiknya serta seorang nenek yang buta. Hakim terpaksa memikul tanggungjawab menyara hidup keluarga dengan melakukan berbagai kerja setiap hari setelah pulang dari sekolah. Setiap pagi ,dia menghantar bungkusan nasi lemak yang dimasak oleh neneknya di warung dan kedaai makan di pekan sebelum pergi ke sekolah. Hakim langsung tidak berpeluang menjalani kehidupan seperti murid-murid lain yang sebaya dengannya. Ayahnya seorang yang panas baran selalu memarahi Hakim sekiranya Hakim 9

EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA


lambat menguruskan dirinya yang lumpuh itu. Ayahnya juga sering memaki hamun Hakim jika Hakim tidak dapat membelikan rokok yang menjadi kegemarannya. Setelah mengetahui serba sedikit latar belakang Hakim , saya cuba mendekati Hakim. Namun Hakim seorang yang keras hati, tidak mudah untuk menceritakan keperitan hidupnya sehinggalah suatu hari tindakannya memarahi seorang murid dengan membaling pemadam papan hitam telah mencederakan kepala murid tersebut. Setelah kes kesalahannya dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak sekolah, saya meminta izin untuk menyoal siasat Hakim. Saya menyatakan kesediaan untuk mendengar masalah sebenar yang menyebabkan Hakim sering bertindak kasar dengan memarahi kawan-kawan. Hakim menangis dan menyatakan terlalu penat untuk terus hidup dengan menanggung tanggungjawab yang terlalu membebankannya. Setelah mendengar semua kisah yang terpaksa dihadapinya saya sangat bersimpati dengan nasib Hakim yang terpaksa melalui segala keperitan hidup dalam usia semuda sebelas tahun. Saya hanya mampu menyatakan Hakim adalah orang hebat yang mampu menghadapi segala kesusahan itu dan berjanji untuk membantunya mendapatkan bantuan dari pihak tertentu. Saya telah membincangkan perkara ini kepada Badan Kebajikan Sekolah dan Persatuan Ibu bapa Guru sekolah .Hasil perbincangan dengan PIBG, pengerusi yang hartawan telah membuat lawatan bersama AJk dan beberapa orang guru ke rumah Hakim. Pelbagai bantuan telah diusahakan dapat disalurkan kepada keluarga Hakim. Saya menemui Hakim dan menasihatkan Hakim supaya bijak menggunakan segala bantuan kewangan yang diterimanya. Saya juga mengingatkan Hakim supaya dapat mengubah sikap pemarah dan dapat berbaikbaik dengan semua orang. Saya telah menghadiahkan Hakim buku Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang sebagai panduan kepadanya dalam usaha menjadi murid yang cemerlang . Sebagai kesimpulan gangguan emosi merupakan halangan besar bagi seseorang dalam merentasi jalan menuju kecemerlangan dalam pencapaian akademik bagi menempatkan mereka dalam golongan mereka yang cemerlang dalam hidup. Murid yang berkelakuan

melanggar peraturan adalah mereka yang mempunyai keperluan diri yang tidak dipenuhi. Guru adalah orang bertanggungjawab membantu murid yang gagal menguruskan emosi mereka dengan berkesan dengan menggunakan kecerdasan emosinya. Peranan guru sebagai pendidik dan pembentuk nilai murni masyarakat adalah mewujudkan suasana yang mesra serta

harmoni yang memberi peluang murid mengenali ciri-ciri unik rakan-rakan sebaya. Kemesraan yang terjalin meningkatkan kemahiran berinteraksi mereka dan akan menyebabkan emosi mereka tidak terganggu ketika mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas. 10