Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

TAJUK TIGA

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM INSTITUSI KURIKULUM METODOLOGI


RASULULLAH S.A.W DAN

KANDUNGAN TAJUK 3:
3.1 SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM DI ZAMAN KHULAFA AL- RASYIDIN 3.2 ZAMAN BANI UMAIYAH. UMAR ABDUL AZIZ 3.3 ZAMAN BANI ABASIYYAH. HARUN AL-RASYID AL-MAKMUM 3.4 SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA. SEBELUM MERDEKA SELEPAS MERDEKA 3.5 SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM DI NUSANTARA MASA KINI: THAILAND SINGAPURA INDONESIA BRUNEI 3.6 TUGASAN PERBINCANGAN

Kerangka Tajuk

Pendidikan Islam Pada zaman Rasulullah SAW SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH SAW Pendidikan Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin

31

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

3.4 Sejarah Pendidikan Islam i. Zaman Rasulullah SAW

Pendidikan Islam pada zaman Rasulullah SAW. memperlihatkan tahap-tahap kemajuan pemikiran yang merubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia. Pendidikan tersebut memperlihatkan satu garis pemisah antara natijah pendidikan Islam yang berteraskan tauhid dengan pendidikan jahiliah arab yang berasaskan pemikiran logik dan matlamat keduniaan semata-mata. Perbincangan mengenai pendidikan Islam pada peringkat ini, merangkumi skop perkembangan Pendidikan Islam pada period Makkiyah berlaku secara rahsia, dan period Madiniyyah iaitu pada tahap terbuka. Bagaimanapun pemikiran pendidikan yang berlangsung pada zaman Rasulullah SAW. adalah berkisar di sekitar pembentukan individu mukmin dalam rangka pembentukan masyarakat Islam dan bukan seperti pemikiran pendidikan yang berlangsung dalam falsafah pendidikan moden yang ada sekarang. Ibn Khaldun meriwayatkan sebelum kedatangan Islam penduduk Semananjung Tanah Arab adalah buta huruf, hanya sebilangan kecil sahaja di antara mereka yang tahu membaca dan menulis. Menurutnya orang yang belajar menulis di Hirah ialah Sufyan bin Umaiyyah dan mempelajarinya dari Aslam bin Sidrah, Menurut sejarah orang yang mula-mula mengajar menulis dan membaca sebagai satu mata pencarian di Tanah Arab ialah seorang yang berasal dari Wadi al-Qura. Ia telah berusah memberi pelajaran kepada beberapa orang penduduk negeri itu. Semenjak dari itulah tersibarnya kemahiran tulis menulis dan membaca di Semananjung Tanah Arab, bagaimanapun proses perkembangan tersebut berlaku secara lambat, sehinggalah kedatangan Islam. Kedatangan agama Islam membawa perubahan besar terhadap bidang ilmu pengetahuan dan pendidikan terutama mengenai pelajaran tulis menulis dan membaca. Situasi demikian adalah menurut inspirasi al-Quran sebagai wahyu Allah yang mulamula kepada RasulNya. Perintah membaca seperti dalam wahyu pertama merupakan perintah Allah supaya menulis dan membaca untuk melepaskan diri mereka daripada kongkongan kejahilan dan kemunduran dalam semua bentuk kehidupan. Menerusi pembacaan atau pemilikan ilmu manusia dapat melibatkan diri dalam pelbagai proses kemajuan dan kematangan seperti proses pengenalan (cognition), ingatan (memory), pengamatan (perception), pengucapan (verbalization), pemikiran (reasoning), daya kreativiti (creatibity) dan sebagainya untuk mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan. Pembacaan juga dapat menyingkap tabir kejahilan yang sentiasa menghalang manusia bagi mengenal Tuhan yang sebenar. Dengan membaca, manusia didorong kepada rasa ingin tahu atau ingin memahami hakikat kejadian yang sebenar. Berkeyakinan

32

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

terhadap Tuhan yang Maha Esa Pencipta Alam, dapat mengenali dan menginsafi diri sendiri. Pembacaan atau pemilikan ilmu merupakan alat yang unik bagi mencapai tahap iman yang sebenar yang boleh mendorong kepada melaksanakan tanggungjawab untuk mencapai kebahagiaan hakiki di dunia dan di akhirat. ii. Pendidikan Islam di Mekah

Bagi menyelaras dan memantapkan penyibaran Islam yang berasaskan aqidah, syariah dan akhlak, Rasulullah SAW. dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam kepada umatnya. Sebagai langkah pertama baginda memperkenalkan pembacaan dan asas-asas al-Quran di samping pelajaran tulis menulis dan membaca sebagai alat utama bagi mencapai ilmu pengetahuan. Al-Quran sebagai sumber pertama dikuatkan lagi dengan penafsiran yang dilakukan sendiri oleh baginda Rasulullah SAW. yang berupa percakapan, perbuatan dan pengakuan. Tahap pendidikan di peringkat awal berlaku secara rahsia bermula dengan pengajaran al-Quran khusus kepada kaum keluarga baginda sendiri. Hasil daripada usaha ini Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah telah memeluk agama Islam dan meyakini ketauhidan Allah. Di kalangan sahabat baginda yang menerima terus pengajaran daripada baginda Rasulullah SAW. ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq. Melalui perantaraan Abu Bakar, Islam mula berkembang dengan penerimaan aqidah tauhid oleh Uthman bin Affan, Zubair bin al-Awwam, Saad bin Abi Waqqas, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidullah, Abu Ubaidah bin Jarrah, Arqam bin Abi al-Arqam, Fatimah binti al-Khattab, Said bin Zaid al-Adawi dan lain-lain. Pertambahan penganut Islam telah mewujudkan suatu bentuk pendidikan yang mula tersusun. Rumah baginda menjadi pusat pendidikan pertama dan selepas itu rumah Arqam bin Abi Arqam. Rasulullah menyampaikan setiap wahyu yang diterimanya kepada para sahabat dan kaum muslimin tanpa disembunyikan, seperti firman Allah SWT;.


Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada engkau daripada Tuhan engkau, kiranya engkau tidak melakukan demikian, maka tidaklah engkau menyampaikan risalahNya. ( al-Maidah :67) Strategi pembelajaran yang dilakukan ketika itu dengan mendengar kuliah daripada Rasulullah SAW. sendiri dan seterusnya menghafal, mengamal dan menghayati isi pelajarannya. Manakala pembelajaran al-Quran dilakukan secara talaqqi dan musyafahah. Pembelajaran berlaku secara hafazan iaitu menghafaz ayat-ayat al-Quran yang dibacakan dan menulis ayat tersebut. Sebagai seorang rasul dan guru telah mendidik, melatih dan memandu pengikut-pengikutnya dengan penuh mesra dan perasaan kasih sayang. Beliau mendidik dan memandu mereka bukan sahaja dari segi

33

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

pengetahuan (kognitif) malah dari segi sikap, peribadi dan tingkahlaku dengan memperlihatkan contoh-contoh dan tauladan yang dilakukannya sendiri. Selepas turunnya surah al-Hijr ayat 94, Allah memerintahkan Rasulullah SAW. menyebarkan Islam secara terang-terangan, bermula dari sini pendidikan Islam dilakukan secara umum kepada seluruh lapisan masyarakat. Pusat pendidikan Islam terbuka luas meliputi lorong-lorong, pasar, kawasan perumahan dan disekitar Kaabah. Kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih tertumpu kepada pembentukan aqidah tauhid kerana itu isi pelajaran yang disampai oleh baginda tertumpu kepada penolakan adat istiadat, kepercayaan dan cara beribadat kaum jahiliah yang mensyirikkan Allah SWT. Pada tahap ini juga perkembangan pendidikan Islam tersebar ke Habsyah dimana ketika di Habsyah, Jaafar bin Abi Talib menerangkan kepada Raja Habsyah iaitu Najasyi berkaitan dengan Islam dan membaca al-Quran di hadapannya. iii. Pendidikan Islam di Madinah

Perpindahan Rasulullah SAW. ke Madinah pada tahun 622 Masihi, membawa perubahan dan pengertian yang besar terhadap penyibaran dan kestabilan agama Islam. Kurikulum pendidikan peringkat ini bertukar kepada memenuhi tuntutan perundangan dan perhubungan antarabangsa. Institusi pendidikan Islam memilih masjid sebagai tempat menyampai ilmu, sistem halaqah bermula di Masjid dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Fungsi masjid mengikut termenologi Islam adalah sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal yang berhubung dengan aktiviti ibadat, pelajaran dan pendidikan. Al-Abrasyi menyatakan Rasulullah SAW. menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat belajar mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat. Situasi masjid lebih bebas dan sesuai sebagai tempat belajar. Rasulullah SAW. telah mendirikan sebuah surau yang bersambung dengan masjid tersebut dikenali sebagai al-suffah. Ia merupakan sebagai sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan lebih sistematik. Matapelajarannya termasuklah al-Quran, asas agama (Aqidah, syariah, akhlak), khat, sejarah dan bahasa. Kurikulum yang diberi merangkumi pendidikan rohani dan jasmani yang menjadi keperluan kepada individu dan masyarakat. Struktur pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa bentuk

Struktur Pendidikan Islam di Madinah

Pendidikan Umum

Pendidikan Khusus

Pendidikan Institusi

Rajah 1: Struktur Pendidikan Islam di Madinah

34

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

i.

Pendidikan umum: Ia di jalankan oleh Rasulullah SAW. atau para sahabat daripada Khulafa al-Rashidun. Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian pidato selepas solat fardu atau selepas solat Jumaat. Kurikulumnya merangkumi bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti menunggang kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari. Pendidikan khusus: Pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira tempat atau masa. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar asSiddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah di antara orang yang sering mendapat pendidikan khusus berupa teguran dan tunjuk ajar secara langsung. Pendidikan Institusi: Merupakan intisari Pendidikan Islam pada peringkat Madinah. Pendidikan ini dibahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat awal (menulis dan membaca) dan peringkat pendidikan ke atas ahli Suffah. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendiakawan Islam pada masa selanjutnya. Pendidikan Islam Pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin

ii.

iii.

iv.

Zaman pemerintahan Khulafa al-Rashidin (11H/623M 40H/661M) diperintah oleh empat orang sahabat Rasulullah SAW. bertindak sebagai Uli al-Amr memelihara kestabilan dan keselamatan negara bahkan memberi penekanan yang begitu intensif terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Para sahabat telah menumpukan perhatian mendidik disamping pada masa yang sama mentadbir negara. Pusat pentadbiran Khulafa al-Rashidin masih lagi dibuat di Madinah sebagai lanjutan pusat pentadbiran Nabi SAW. Pada zaman ini para sahabat nabi seperti Abdullah bin Umar, Zaid bin Thabit dan lain-lain masih aktif menyambung perjuangan Rasulullah SAW dalam bidang keilmuan Islam khasnya Fekah dan Tauhid. Bersumberkan alQuran dan ajaran sunnah Nabawi, para sahabat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran kepada kaum muslimin. Tahun-tahun pemerintahan khulafa al-Rashidin dipenuhi dengan pelbagai cabaran seperti masalah arridah, ancaman Quraisy Makkah, Rom, Parsi, Yahudi dan kaum Nasrani, bahkan juga ancaman dari dalam yang dibuat oleh kaum munafikin. Semua masalah itu dapat diatasi bahkan proses pendidikan Islam semakin berkembang luas ke serata alam dalam pelbagai bidang serta lahir pula tokoh-tokoh ilmu yang terbilang pada zamannya. Para sahabat yang terdiri daripada Sayidina Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali adalah orang yang mewarisi risalah Rasulullah SAW. Mereka bukan sahaja menyambung usaha-usaha yang telah diatur oleh Rasulullah SAW bahkan melangkau lebih jauh lagi ekoran pertambahan umat Islam dan keluasan wilayah Islam.

35

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

Sebagai contoh di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (11H 13H) di samping memelihara keutuhan negara dari berlakunya kehancuran, akibat tindakan liar orangorang munafik dan musuh-musuh Islam, beliau amat memberi perhatian berat terhadap perkembangan ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja menggalak umat Islam supaya mempelajari dan menghayati al-Quran dan al-Sunnah bahkan bertindak mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al-Quran di dalam sebuah Mashaf. Dengan alasan kitab suci al-Quran dapat diedarkan ke seluruh wilayah Islam yang terletak jauh dari wilayah pentadbiran kerajaan Islam Madinah. Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644 Masihi) seluruh Semenanjung Tanah Arab, Parsi, Sham dan Mesir serta beberapa wilayah Islam yang ditakluki, tidak terdapat sebuah kampong pun di daerah tersebut melainkan dibangunkan masjid sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat pelajaran dan pendidikan Islam. Khalifah Umar al-Khattab memberi perhatian yang sama terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Ahli-ahli sejarah menyatakan, seluruh Semenanjung Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan Islam pada masa pemerintahannya. Beliau memberi penekanan yang serius terhadap ilmu pengetahuan yang bersifat spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping menekankan ilmu pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang, menunggang kuda memanah, matematik dan kemahiran berfikir (mantik). Galakan tersebut dapat dilihat melalui perutusannya kepada gabenor-gabenor wilayah, anataranya dengan menyebut: Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda dan riwayat-riwayat yang baik dan syair-syair yang indah. Begitu juga berlaku pada masa khalifah Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan mengenai pembukuan al-Quran dan penulisanNya, beliau telah melantik sahabatsahabat untuk menulis dan membukukan al-Quran. Dengan usaha beliau itu, dapat menyelamatkan pembacaan al-Quran mengikut Rasm Uthmani. v. Zaman Bani Umaiyah

Pendidikan Islam pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah bermula pada 40H/660M hingga 130H/750M. Khalifah Umaiyah amat mengambil berat tentang perkembangan pendidikan. Pada peringkat ini para sahabat dan tabiin berlumba-lumba mewujudkan institusi pengajian Islam di masjid-masjid, kuttab, istana dan rumah. Sebagai contoh Khalifah Muawiyah bin Abi Sufiyan sentiasa mengundang para ulama dan cendiakawan ke istananya untuk perbincangan ilmu antaranya ialah sejarah bangsa Arab, sejarah peperangan dan sejarah raja-raja Farsi, sistem pemerintahan dan pentadbiran raja-raja berkaitan. kota Basrah dijadikan pusat penyebaran ilmu dan Bahasa Arab merupakan bahasa pengantar utama kerajaan umaiyah Khalifah Umar Bin Abd. Aziz merupakan seorang khalifah Umaiyyah yang juga merupakan tokoh ulamak dalam bidang al-Quran, Tafsir, Hadis dan Nahu. Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah Umar telah memerintahkan rakyatnya mendirikan solat secara berjamah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum

36

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

Allah sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' ArRasyidin. Khalifah Umar Abdul Aziz sangat menggalakkan kegiatan keilmuan. Para ulama telah diarahkan untuk mengembangkan ilmu masing-masing dan banyak ulama mula mendapat perhatian kerajaan. Antara ilmu yang dimajukan adalah bidang kajian hadis, ilmu tatabahasa, dan ilmu perubatan. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengarahkan pengumpulan pembukuan hadis. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazmi dan Imam Muhammad bin Muslim bin Syihab azZuhri agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Rasulullah SAW. Khalifah Umar sangat mengambil berat dalam ilmu keagamaan atau kerohaniaan dan ilmu keduniaan lebih-lebih lagi ilmu kedoktoran kerana keperluan orang ramai dalam kehidupan mereka seharian, untuk menjamin kesihatan badan dan kesejahteraan iman. Beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam. Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada rajaraja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam. Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja malah ilmu sejarah dan geografi mula dipelajari. Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan pada zaman ini. Ekoran dari sikap yang ditanam terhadap rakyat iaitu membudayakan ilmu dalam kehidupan menyebabkan banyak pusat pengajian ditubuhkan serta kemunculan ramai cendekiawan dalam pelbagai bidang ilmu. Ramai tokoh-tokoh dalam berbagai bidang yang lahir pada zaman Khalifah Umar hasil daripada perluasan dan pengembangan ilmu pengetahuan. 3.3 Zaman Bani Abasiyyah

Khalifah Harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan. Sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan keilmuan ini merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah. Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan. Ia juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi kemasyhuran Perpustakaan

37

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

Iskandariah. Kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang khalifah, beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Terdapat buku-buku yang berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong dalam kemajuan intelektual. Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di masjid. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuan yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya. Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada semua masyarakat dalam negaranya Keberkesanan pemerintahannya dalam bidang penulisan pula boleh dilihat melalui tiga tahap. Tahap yang pertama ialah mencatat segala percakapan atau idea. Beliau mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke dalam sebuah buku. Tahap yang kedua pula mengarang. Terdapat golongan ulama yang terlibat dalam penulisan pada zaman pemerintahannya. Ramai ulama menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, dan sebagainya seperti Imam Malik menyusun buku al- Muwatta, Ibn Ishaq menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. manakala Abu Hanifah menyusun fikah dan pendapat ijtihad. Penulisan karya dalam pelbagai bidang oleh para ilmuan Islam telah mempertingkatkan pengetahuan manusia sezaman dan meninggalkan warisan yang amat ternilai kepada generasi kemudian. Kegigihan masyarakat Islam menimba ilmu daripada pelbagai sumber asing banyak memberi faedah kepada orang Islam sendiri. Para ilmuan Islam telah memperbaiki dan meningkatkan mutu karya sehingga berlakunya percambahan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Hasilnya, pada zaman pemerintahannya itu sudah terdapat sekitar 800 orang doktor Usaha-usaha Khalifah dalam memperkayakan Ilmu Pengetahuan 1- Khalifah melarang para tentera merosakkan buku-buku ilmu pengetahuan 2- Mendirikan pusat-pusat pengajian menengah dan rendah untuk memberi pendidikan kepada rakyat. 3- Para ulama dan cendekiawan dijemput ke Baghdad untuk mengembangkan ilmu pengetahuan. 4- Usaha-usaha menterjemah buku-buku asing seperti dari Yunani dan sebagainya ke dalam bahasa arab. 5- Baginda telah membesarkan lagi Darul Hikmah. Kesan-kesan usaha memperkayakan ilmu pengetahuan 1- Baghdad telah muncul sebagai pusat ilmu pengetahuan, kesusasteraan dan perdagangan. 2- Lahirnya tokoh-tokoh ilmuan dan Sufi yang terkenal seperti Imam Syfie, Ahmad Hambal dan Ibrahim Adham. 3- Banyak buku yang telah terkumpul termasuklah buku-buku cerita yang termasyhur iaitu Hikayat 1001 malam

38

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

Di zaman pemerintahan al-Makmun pula muncul ramai sarjan-sarjana falak. Antaranya ialah Thabit bin Qurrah, al-Battani, Muhammad bin Musa alKhawarizmi, Abu Masyar alBalkhi, al-Zarkali, Hunain bin Ishak, al-Ubadi, Sahal bin Bisyr al-Bajrumi, Yahya bin Abi Mansur, Khalid al-Marzi, Sind bin Ali, al-Abbas bin Safid al-Jauhani, Banu Syakir, Azud al-Daulah dan anaknya Syaraful-Daulah, Abu Sahal al-Kohi dan lain-lain lagi. Di zamannya, beliau telah mendirikan sebuah balai cerap di Sinyar yang digunakan untuk mengukur darjah cahaya rembang matahari. Pada zaman baginda juga, sarjana falak Muslim juga telah berjaya mengukur lingkaran bumi. Sebuah balai cerap di Bukit Qaisun, Damsyik telah didirikan pada tahun 214H, iaitu pada zaman baginda. Pada zaman al-Makmun; `Almagest karangan Ptolemeus, telah diterjemahkan. Daftardaftar tentang ilmu falak diperbaiki dan dipersiapkan oleh ahli-ahli bintang yang termasyhur. Pengamatan sarjana Islam zaman itu mengenai equinox, gerhana, bintang berekor (comet) dan lain-lain gejala di langit, sangat berharga dan banyak membantu ilmu pengetahuan manusia. Perkembangan ilmu pengetahuan 1- Zaman pemerentahan Khlalifah Al Makmun adalah zaman kemuncaknya kemajuan peradaban dan kebudayaan Islam. 2- Banyak ahli-ahli bijak pandai muncul dengan peranan masing-masing dalam berbagai bidang. 3- Tertubuhnya pusat-pusat pengajian dengan ulama masing-masing. 4- Baghdad dipenuhi oleh penterjemah dari berbagai bangsa. Ilmu pengetahuan diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa dengan upahan yang mahal. 4- Tertubuhnya Baitul Ulum, pusat pengkajian dan penterjemahan segala ilmu pengetahuan dari bahasa Gerik, Siriyani, Farsi dan Sansekerit. 5- Ulama-ulama telah dijemput untuk berkumpul di Baghdad. Mereka berbahas dan bermuzakarah. Langkah ini telah melahirkan ulama-ulama yang terkemuka seperti Imam Hambali, Muhammad Musa Al Kawarizmi dan lain-lain lagi. 6- Pelajar-pelajar diberi hadiah galakkan, biasiswa dan bantuan tertentu. 7- Mendirikan dua menara untuk meneropong bintang. 8- Memperluaskan dan memajukan Darul Hikmah (perpustakaan) yang telah didirikan oleh ayahandanya Pada abad ini ahli-ahli astronomi Islam telah memiliki akar yang kuat dan kukuh dalam bidang ini. Segala ilmu pengetahuan yang ada dan ilmu yang sebelumnya mengenai astronomi digabungkan sehingga menghasilkan satu ilmu pengetahuan yang baru. Ilmu pengetahuan dan penemuan-penemuan pada abad ke 9 ini telah menjadi rujukan yang berkualiti pada dua abad selepasnya. Kesimpulannya, kesan dari faktor-faktor diatas maka lahirlah pelbagai ilmu terutama ilmu yang melibatkan sains. Sesungguhnya pencapaian dan usaha yang dibuat oleh tokoh-tokoh Islam ini adalah sesuatu yang sangat membanggakan. Mereka adalah orang yang mempraktikkan Islam dan mempunyai dedikasi terhadap kerjaya mereka.

39

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA ZAMAN SEBELUM MERDEKA i. Zaman Kerajaan Melayu Melaka Kedatangan Islam ke Alam Melayu berlaku di sekitar tahun 630 Masehi, iaitu di Zaman hayat Rasulullah SAW atau dipertengahan abad ke 7 Masehi yang dibawa oleh saudagar-saudagar Arab dengan alasan bahawa hubungan perdagangan antara saudagar-saudagar Arab dengan Nusantara telah pun berlaku sebelum daripada itu. Dengan semangat dakwah Islamiah yang membara dan memikul tanggungjawab sebagai umat Islam, saudagar-saudagar tersebut tidak ketinggalan memperkenalkan Islam di rantau ini. Jika ditinjau sejarah kedatangan Islam ke Nusantara amnya dan ke Tanah Melayu khususnya ahli sejarah berselisih pendapat tentang tarikh yang tepat kedatangannya. Begitu juga dengan daerah di Tanah Melayu yang mula-mula didatangi atau menerima Agama Islam Dalam konteks Pendidikan Islam di Tanah Melayu ia telah bermula sejak terdirinya Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 Masehi, iaitu dari Zaman Kesultanan Melaka di mana tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru agama dari golongan pedagang, pengembara, pendakwah, utusan raja dan para tentera keturunan sayid dan sheikh. Mereka datang dari serata pelusuk seperti Mesir, Cina, India Jawa dan Parsi. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu untuk singgah atau berdagang. Kehadiran mereka ini telah membantu golongan istana dan penduduk tempatan dengan hal-hal yang berkaitan dengan Agama Islam khasnya dalam Hukum Fiqh dan Pengajaran al Quran Pendidikan Islam di negara ini bermula dari rumah imam atau guru kemudian berkembang ke pondok-pondok selepas itu menjadi madrasah dan akhirnya menjadi sekolah-sekolah agama.

Perkembangan Pendidikan Islam di Melaka bolehlah dilihat dari carta berikut

Golongan Istana Golongan Pembesar Istana Rakyat (masyarakat)

40

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

Haron Din dan Sobri Salamon (1988) menyatakan bahawa secara kasarnya perkembangan Pendidikan Agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu mengalami empat tahap, iaitu; i Institusi Rumah Imam / Guru ii Institusi Pondok iii Institusi Madrasah iv Sistem sekular Sistem Pendidikan Islam di zaman ini telah mantap dari segi sifatnya, sukatan pelajarannya dan institusinya termasuklah para guru dan pelajar. Tulisan Jawi menjadi dasar dan bahasa pengantar. Namun kedatangan penjajah (Belanda , Portugis, Inggeris, Jepun) telah menganggu corak Pendidikan Islam. Penampilan pendidikan sekular Barat dan Jepun telah memaksa masyarakat Melayu khususnya Pendidikan Islam menerima pengaruh-pengaruh luar yang tidak selaras dengan akidah dan keimanan Islam

ii. Zaman Penjajahan Penghakisan Pendidikan Islam oleh penjajah khususnya di Tanah Melayu di buat secara halus melalui pengenalan Pendidikan Sekular bermula sejak tahun 1816 dengan penubuhan Penang Free School. Kewujudan Sekolah Inggeris kurang dirasakan oleh orang-orang Islam kerana Pendidikan Madrasah atau Sekolah Arab masih kuat pengaruhnya. Sekolah Inggeris yang ditadbirkan oleh mubaligh Kristian. Sekolah Melayu diproduk oleh British berpandukan kepada Sistem Grama yang telah diubahsuai. Sekolah Melayu yang ditaja oleh missionary bermatlamatkan sekular menghasilkan petani dan nelayan yang boleh mengenal angka dan huruf. Pada masa yang sama juga wujud sekolah pondok yang bertujuan untuk melahirkan imam-imam dan ulama-ulama . Sepanjang zaman penjajah, sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu sentiasa mengalami konflik dengan pendidikan missionary. Berbagai isu kontroversi dan prejudis sentiasa memecahkan masyarakat Melayu dalam hal-hal yang berkaitan akidah dan budaya hidup yang tulin. Pertelagahan ini timbul dalam masalah menyediakan tenaga profesional, teknokrat dan ulama sehingga mewujudkan satu pertembungan dualisme pendidikan antara agama dan dunia. Sekolah-sekolah Inggeris samada oleh kerajaan atau mubaligh telah membuka pintu seluas-luasnya kepada anak-anak Melayu khususnya anak-anak orang berada di bandar-bandar. Proses pensekularisasi pendidikan anak-anak Melayu terus berlaku dengan pesat dan radikal. Pengajian Agama Islam dan al-Quran di Sekolah Melayu telah diketepikan dari jadual rasmi sekolah dan diarah supaya diajar pada waktu petang. Maka wujudlah jurang pemisah antara golongan moden dengan golongan tradisional. Golongan moden berpengaruh dan berkuasa sementara golongan tradisional sebaliknya. Dalam situasi kemajuan sekolah sekular, sekolah-sekolah agama terbiar. Pihak penjajah dengan taktik hal-hal agama adalah hak Raja-raja Negeri telah melupakan samasekali

41

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

kewujudan sekolah-sekolah agama atau Arab. Sekolah-sekolah ini bergantung kepada pembiayaan Majlis atau Jabatan-Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. Akibatnya kemudahan belajar terhad, biasiswa tidak diberikan dan kurikulum berbeza. Peperiksaan dikendalikan secara persendirian. Pengiktirafan sijil juga berbeza.

iii. Sistem Pendidikan Pondok Institusi pengajian pondok asalnya dimulai oleh sistem pengajian di rumah tok guru yang kebanyakannya tamat pengajian agama di Mekah. Apabila bilangan pelajar meningkat maka tempat pengajiannya dipindahkan ke masjid atau pun surau. Sistem Pendidikan Islam dari Mesir, Madinah serta negara-negara Arab lainnya dijadikan model dalam sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu. Pelajar-pelajar yang tamat pengajiannya melalui sistem pondok telah melanjutkan pelajarannya ke negaranegara Timur Tengah dan apabila balik menubuhkan pondok-pondok dan kemudiannya menjadi sebagai sekolah Agama Arab atau Madrasah. Terdapat juga yang masih meneruskan sistem pondok dan enggan menukar namanya sebagai Sekolah Agama Arab . Contohnya Pengajian Pondok di Masjid al-Muhammadi, di Kota Baharu telah berkembang menjadi Maahad al-Muhamadi (1915), Maahad Mahmud di Kedah asalnya Madrasah Al-Hamidiah (1936), Sekolah Menengah Agama Arab Sungai Bakap, yang dahulunya Sekolah Pondok. Para pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Arab, pondok dan madrasah boleh menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi dalam dan luar negeri. ZAMAN SELEPAS MERDEKA Selepas merdeka kerajaan Tanah Melayu telah merancang untuk membina kembali corak pendidikan Negara yang telah diruntuhkan oleh penjajah. Maka Resolusi Pendidikan telah dibentuk. Hasilnya penubuhan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan, yang kemudian lahirlah pelbagai bentuk Laporan, Penyata, Ordinan, Akta dan Jawatankuasa Pelajaran untuk memenuhi tujuan tersebut. Implikasi dari itu lahirlah Pendidikan Islam dalam Dasar Pendidikan Negara. Pendidikan Islam telah berjalan di zaman penjajahan selama lebih 400 tahun sehinggalah wujudnya Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960). Dalam kedua-dua penyata tersebut, Pendidikan Islam telah dibicarakan untuk diletakkan bersama di dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta Pelajaran (1961) dan telah memasukkan matapelajaran Agama Islam di dalam jadual waktu. Jawatankuasa khas telah dibentuk bagi menyusun dan melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada bulan Ogos 1955. Dasar ini bertujuan menyatupadukan kaum-kaum di Tanah Melayu di samping menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta mengkaji semula sistem pelajaran, termasuk Undang-undang Pelajaran Tahun 1952 . Jawatankuasa Khas ini di pengerusikan oleh Datuk Abd.Razak Hussin yang terkenal dengan Laporan / Penyata Razak pada tahun 1957 .

42

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

Dengan penguatkuasaan penyata tersebut lahirlah satu institusi baru yang beraliran kebangsaan terkenal sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan. Institusi ini juga tidak ketinggalan memberi peruntukan bagi mendaulatkan pelajaran Agama Islam. Dalam konteks ini Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah membuat cadangan seperti berikut ; Kami cadangkan di dalam barang mana sekolah jika muridnya tidak kurang daripada 15 orang yang berugama Islam, pelajaran agama yang diberikan kepada mereka itu hendaklah dengan belanja kerajaan. Pelajaran dalam agama lain kepada murid-murid lain bolehlah juga diberi asalkan belanjanya tiada terbeban kepada kerajaan dan lagi tiada boleh barang siapa murid dikehendakki menghadiri pelajaran agama dengan tiada kebenaran ibubapanya. Dalam seksyen 49 Ordinan Pelajaran 1957 itu juga dinyatakan secara terperinci kedudukan agama Islam di sekolah-sekolah : i ii iii iv Di mana dalam sebuah sekolah bantuan kerajaan, didapati 15 orang murid atau lebih yang beragama Islam, murid-murid itu hendaklah diajar Agama Islam Pelajaran Agama Islam hendaklah diajar sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran am sekolah-sekolah Guru-guru Agama yang mengajar Agama Islam hendaklah terdiri daripada mereka yang dibenarkan oleh pihak berkuasa negeri Lembaga Pengurus atau Pengelola Sekolah hendaklah membuat persediaan yang sepatutnya bagi mengadakan pelajaran Agama Islam dengan syarat Lembaga Pengurus atau Pengelola dua buah sekolah atau lebih boleh membuat persediaan-persediaan bersama bagi pengajaran tersebut kepada murid-murid yang beragama Islam dalam sekolahsekolah mereka

Matapelajaran Pengetahuan Agama Islam dicadangkan supaya dimasukkan kedalam senarai matapelajaran untuk Sijil Rendah Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu . Peruntukan khas tentang pelajaran agama Islam dalam Laporan tersebut merupakan suatu langkah baru yang praktikal bagi menyusuli peruntukan khas tentang agama Islam dalam Perlembagaan Persekuatuan Tanah Melayu. Dalam bahagian satu, perkara 3 (1) perlembagaan tersebut ada menyebut :

Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

43

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

Dari segi kenyataan Ordinan Pelajaran 1957 memperkukuhkan kedudukan pelajaran Agama Islam di sekolah bantuan kerajaan tetapi dari segi perlaksanaannya, Seksyen 49 itu menghadapi kesulitan. Oleh itu perlaksanaannya tidak dapat berjalan dengan licin. Walaupun secara tidak teratur pengajaran Agama Islam diperingkat sekolah rendah dan menengah menurut syor penyata Razak, terdapat sedikit perubahan dan diberikan perhatian oleh kerajaan. Menurut Akta 1961 Seksyen 36 yang dikekal dan diguna pakai dalam Akta 1996 : Guru Agama yang telah mendapat kebenaran layak dan bertanggungjawab mengajar Agama Islam. Namun bilangan yang beragama Islam harus berjumlah 15 orang murid atau lebih. Tempoh masa minimum yang diperuntukkan untuk mengajar matapelajaran tersebut ialah dua jam seminggu. Mata pelajaran tersebut biasanya diajar pada waktu persekolahan. Pengajaran pada waktu yang lain hanya akan dibenarkan dengan mendapatkan kelulusan daripada Menteri Pelajaran. Menurut seksyen 50 (1), pengajaran Agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri akan dijalankan apabila terdapat 5 orang murid atau lebih yang menganut Agama Islam. Pengajaran dilakukan sekurang-kurangnya selama dua jam seminggu pada waktu pengajaran biasa atau waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri Pendidikan dalam hal atau keadaan tertentu [ seksyen 50(2) ]. Seksyen 51 pula menyatakan bahawa pengelola bagi sesebuah institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan pengajaran agama selain Agama Islam tertakluk kepada syarat aktiviti pengajaran tersebut tidak boleh dibiayai dengan wang yang diperuntukkan oleh Parlimen [seksyen 51(a)]. Selain itu, mengikut [seksyen 51(b)] tiada murid yang boleh mengikuti pengajaran agama selain agama yang dianutinya kecuali dengan kebenaran bertulis ibubapanya. Hasil daripada Pendidikan Islam (Pengetahuan Agama Islam) dalam dasar pendidikan negara telah mewujudkan satu golongan pelajar yang kemudiannya mendesak supaya matapelajaran agama ditambah dan diajar di maktab-maktab perguruan. Pelajaran Agama Islam / Tamadun Islam juga perlu diajar di pusat-pusat pengajian tinggi. Universiti Islam hendaklah diwujudkan dan mata pelajaran Agama Islam wajib diambil dalam peperiksaan awam Jika Akhir tahun 1980 an merupakan tahun-tahun reformasi dan penjelmaan kembali Pendidikan Islam dalam sistem Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara dengan berani telah menjadikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sebagai teras dan dasar penjurusan segala aktiviti pendidikan. Malah tidak keterlaluan dikatakan Falasah Pendidikan Negara telah mendukung cita-cita dan hasrat falsafah Pendidikann Islam. Bertolak dari Falsafah Pendidikan Negara, keseluruhan struktur kurikulum Pendidikan Kebangsaan telah diubah suai agar setiap mata pelajaran samasama mendokong cita-cita FPN dengan menerapkan nilai-nilai murni sejagat ( yang

44

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

mana keseluruhan nilai-nilai tersebut adalah nilai atau ajaran Islam). Malah dari segi pendekatan pengajarannya, terdapat beberapa matapelajaran (Sains dan Geografi (umpamanya) telah diterapkan dengan Akidah dan Syariat Islamiah ) Institusi Pendidikan Islam di Malaysia Selepas Merdeka Satu kajian yang dibuat oleh Lembaga Penasihat Penyelarasan Pembelajaran dan Pendidikan Islam (LEPAI), melaporkan bahawa pada keseluruhannya Sekolah Agama di negara ini terletak di bawah tanggungjawab pihakpihak berkuasa yang berlainan. Dari segi pentadbiran, Sekolah Agama di Malaysia selepas merdeka terbahagi kepada empat jenis iaitu : Sekolah Agama Kementerian Pendidikan (SMKA) Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN) Sekolah Agama Rakyat (SAR)

SMKA, terletak di bawah pengawasan Kementerian Pendidikan. SAN terletak di bawah penguasaan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri manakala SAR dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan pelajaran dan lain-lain. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kementerian Pendidikan (SMKA) SMKA terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Kementerian Pendidikan. Sekolahsekolah ini hanya bermula di peringkat menengah sahaja iaitu mulai dari tingkatan satu. Semua urusan dan keperluan SMKA ditadbirkan mengikut susunan tertentu melalui Pejabat Pendidikan dari peringkat daerah hingga ke peringkat negeri dan pusat. Keputusan-keputusan utama dan dasar-dasar dibuat oleh kementerian. Di samping itu terdapat pegawai-pegawai yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sekolah-sekolah ini. Manankala pengetua sekolah-sekolah tersebut juga diberi latihan bukan sahaja dalam bidang pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.

Sekolah Agama Negeri (SAN)

45

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

SAN terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Ada juga di bawah kelolaan badan-badan tertentu seperti Lembaga Pendidikan Islam Melaka dan Yayasan Islam Kelantan Sekolah-sekolah ini ditadbir oleh Kerajaan Negeri . Oleh yang demikian terdapat perbezaan di antara sekolah-sekolah tersebut . Sejak tahun 1963 SAN telah menerima Sukatan Pelajaran Kementerian Pendidikan dengan mengadakan peperiksaan SRP (1963) dan SPM (1965), dan seterusnya Tingkatan Enam Aliran Agama (1968) untuk memasuki Fakulti Pengajian Islam di UKM Sekolah Agama Rakyat (SAR) SAR dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan pelajaran dan lain-lain. Pentadbirannya di bawah kelolaan Lembaga atau Jawatankuasa sekolah masing-masing . Tidak ada sebuah badan berkuasa yang mewakili kerajaan menjalankan peranan sebagai penentu dan mengawal perjalanan sekolah-sekolah tersebut. SAR tertakluk kepada undang-undang pentadbiran Agama Islam Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Oleh itu SAR digalakkan supaya mendaftar dengan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri . Pendaftaran ini bertujuan memudahkan pihak kerajaan ( negeri dan pusat) menyalurkan apa-apa bantuan dan nasihat. Walau bagaimanapun ada beberapa buah negeri yang menyerapkan kurikulum pelajaran agama dari negeri lain. Ini dilakukan kerana sijil yang dikeluarkan oleh sekolah berkenaan telah diiktiraf oleh beberapa buah institusi pengajian agama dari dalam dan luar negeri Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Pada tahun 2005 Kerajaan Malaysia telah meluluskan pemindahan sekolah SAR/SMAR/SAN ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Pengambialihan SAR/SMAR/SAN dengan dibuat melalui perjanjian. Sekolahsekolah berkenaan akan mendapat pelbagai kelebihan termasuk diberikan perhatian khusus dalam aspek pengurusan, keselamatan, dan penyelenggaraan oleh Kementerian. Sekolah juga akan mendapat bantuan penuh bagi membolehkan urusan pentadbiran pejabat, asrama dan pengajaran, serta geran perkapita dilaksanakan juga mendapat bantuan modal bagi menampung keperluan untuk menaik taraf dan membaiki kemudahan fizikal. Jawatan guru dan kakitangan diwujudkan secara hakiki. Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dikekalkan. Perbelanjaan pengurusan sekolah dan gaji guru serta kakitangan sekolah dapat dikurangkan. Jawatan guru pula dimasukan dalam sistem gred guru kebangsaan. 2011 169 buah sekolah telah menjadi SABK. SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM DI NUSANTARA MASA KINI Thailand Mulai dari abad ke-13 dimana Agama Islam menapakkan kakinya di kerajaan Pattani dan kemudian menjadi majoriti di wilayah tersebut. Walaupun wilayah Islam di selatan Thailand berada dalam keadaan yang tidak stabil dari segi politik namun di bidang pendidikan, anak-anak muslim masih boleh menuntut ilmu. Setiap hari mereka belajar di sekolah pemerintah sekuler dan selepas itu mereka belajar membaca dan memahami al-Quran di sekolah Islam yang dibimbing oleh orang tua. Sekolah-sekolah pondok juga

46

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

didirikan di samping masjid sebagai pusat pengajian utama dan masih menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan dalam mempelajari Islam. Singapura Di Singapura, pendidikan tradisional Islam juga wujud sehingga diperkenalkan sistem persekolahan moden pada tahun 1908 dan tidak ada pendidikan Islam di peringkat universiti sehingga kini. Pendidikan agama Islam di Singapura dijalankan mengikuti tradisi dan sistem persekolahan moden. Sistem tradisional, mengikuti pola pendidikan Islam berdasarkan sistem persekolahan pondok Malaysia dan Patani atau pesantren di Indonesia.

Adapun sistem moden adalah melalui sistem sekolah yang merujuk ke Mesir dan Barat, yang dikenali dengan madrasah, sekolah Arab atau sekolah agama. Dari seluruh madrasah Islam sebanyak enam buah, seluruhnya di bawah naungan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), sistem pendidikan diterapkan dengan memadukan ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu umum. Keenam madrasah itu adalah madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah, madrasah Al-Maarif Al-Islamiah, madrasah Alsagoff Al-Islamiah, madrasah Aljunied Al-Islamiah, madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah dan madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.
Indonesia Institusi pendidikan Islam merangkumi pendidikan menengah ( SMA ) atau dayah, surau, dan pesantren yang diyakini sebagai pendidikan tertua di Indonesia. Ketiga-tiga institusi ini memiliki nama yang berbeda, akan tetapi memiliki pemahaman yang sama baik secara fungsi, operasi dan mekanikal. Bentuk, sistem dan method pesantren di Indonesia dapat dibagi kepada dua aliran; Aliran Ampel (salaf) yang mencerminkan kesederhanaan secara komprehensif. Kedua, Aliran Gontor yang mencerminkan kemodenan dalam sistem, method dan fizikal bangunan . Persamaan yang dimilki dua aliran ini adalah bahwa kedua-duanya tidak mengeluarkan ijazah negeri kepada bekas pelajarnya dengan keyakinan bahwa pengakuan masyarakatlah sebagai ijazahnya. Kerajaan melalui Kementerian Agama telah mengeluarkan kebijaksanaannya dalam pendidikan, dengan mendirikan sekolah, Madrasah Aliyah dan IAIN dengan tujuan mengeluarkan ulama yang dapat menjawab tantangan zaman dan memberi kesempatan kepada warga Indonesia yang majoriti muslim mendalami ilmu agama. Ijazah pun telah disetarakan dengan pendidikan umum sesuai dengan keadaan semasa. Dengan demikian lulusan madrasah dapat disetarakan dengan lulusan sekolah umum negeri. Oleh kerana masih kedapatan kelemahan dalam sistem tersebut , beberapa lembaga pendidikan alternatif berusaha memenuhi berbagai tuntutan dan keperluan masyarakat. Sekolah-sekolah agama berbentuk persendirian/swasta yang kini banyak dibina merupakan respon dari fenomena di atas.Bentuk pendidikan ini dilengkapi dengan kurikulum yang bersamaan dengan yang terdapat pada pesantren dan sekolah

47

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

umum. Terbukti dengan adanya sejumlah sekolah ini telah dapat melahirkan Huffadz (penghafal al-Quran) yang lahir dari sekolah-sekolah tersebut. Brunei Di Brunei, sistem pengajian tradisi orang Islam wujud sehingga diperkenalkan sistem persekolahan moden pada tahun 1908 dan tidak ada pendidikan Islam di peringkat universiti. Pendidikan pada ketika itu secara tidak resminya dijalankan menerusi rumahrumah, masjid-masjid dan surau-surau dan tidak juga ketinggalan dijalankan di istana. Manakala sejarah pendidikan di Brunei tidak di catatkan adanya institusi pengajian pondok seperti yang wujud di tempat lain di Nusantara dan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, pada peringkat awal ini matlamat pendidikan ialah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan fardhu ain bagi membentuk keperibadian Muslim yang sempurna. Tenaga pengajarnya pula terdiri daripada mubaligh-mubaligh, pedagang-pedagang Islam, Imam-Imam, Pembesar-pembesar negara dan orang-orang alim setempat ketika itu. Adapun kurikulumnya meliputi persoalan aqidah dan perkara-perkara ibadat serta membaca Al Quran sahaja. Manakala struktur pengajiannya tidaklah berjalan secara terbuka tanpa ada peraturan dan garis pandu yang tertentu. Pelajaran ugama sebagai satu mata pelajaran mula diperkenalkan di sekolah rendah dalam tahun 1930-an iaitu apabila sistem pendidikan persekolahan secara teratur diperkenalkan. Walau bagaimanapun persekolahan ugama secara penuh dan bersistem bermula dalam tahun 1956, Kewujudan sistem persekolahan Ugama khas ini adalah atas titah perintah perkenan Allahyarham Sultan Omar Ali Saifuddin III iaitu setelah mendapat laporan dan syor berikutan terdapat kelemahan murid-murid di beberapa sekolah Melayu dalam pendidikan Ugama. Oleh yang demikian pendidikan persekolahan ugama secara penuh dan bersistem telah ditubuhkan dengan menggunakan bangunan Sekolah-sekolah Kerajaan Melayu dan Inggeris. Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah agensi resmi kerajaan yang bertanggungjawap sepenuhnya dalam hal ehwal ugama termasuklah pelaksanaan pendidikan Islam di negara Brunei Darussalam. Manakala Jabatan Pengajian Islam adalah jabatan khusus yang mentadbir dan memantau perjalanan pendidikan Islam tersebut. Dalam tahun 1966, Sekolah Arab pertama ditubuhkan iaitu Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah dan berikutnya dalam tahun 1967 Sekolah Menengah Arab Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit pula ditubuhkan. Dengan kemunculan sekolah ugama dan sekolah Arab, ternyata kedua-dua jenis sekolah ini telah dapat memenuhi sebahagian daripada ciri-ciri yang dikehendaki oleh Dasar Pendidikan Negara 1962 dan Dasar Pendidikan Negara 1972 dari segi penerapan nilai-nilai ugama . Walau bagaimanapun kedua-dua sekolah ini tidak memberikan kesan yang besar terhadap perkembangan Dasar pendidikan pada ketika itu. Pada tahun 1972, Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan ditubuhkan dengan tujuan untuk membekalkan guru-guru ugama bagi kegunaan Sekolah-sekolah Rendah Ugama. Dalam pertengahan tahun 1970-an, bangunan kekal khas untuk persekolahan rendah

48

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

ugama mula dibangunkan untuk menampung pertambahan murid-murid. Perkembangan institusi pengajian ugama terus meningkat lewat 1980-an seperti Mahad Islam Brunei. Apabila Kementerian Hal Ehwal Ugama mula ditubuhkan pada 1986, struktur pendidikan ugama di Kementerian Hal Ehwal Ugama diubah dan dikemaskini kepada sebuah satu Jabatan yang dikenali Jabatan Pengajian Islam ( JPI ) yang berperanan dan bertanggung jawab keatas pendidikan Ugama Islam di negara ini. Apabila Kementerian melancarkan Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 ( SPN21) adalah hampir seratus peratus berubah, semua sukatan matapelajaran disusun semula dan diubah kepada kaedah yang banyak pemusatan ke atas pelajar, ini termasuk matapelajaran Pengetahuan Ugama Islam ( PUI). Matapelajaran Pengetahuan Ugama Islam atau IRK, telah diletakkan sebagai matapelajaran pilihan seperti yang telah dilakukan sebelum ini bukan sebagai matapelajaran teras. SPN21 banyak memberikan pengetahuan Pengetahuan Ugama Islam , ialah : Kesinambungan dalam memberikan Pengetahuan Ugama Islam, dari Tahun 1 hingga tahun 8 secara teras dan 3 tahun secara pilihan, berjumlah selama 11 tahun berbanding dengan Sekolah Ugama Khas dari pra hingga Darjah 6, belajar selama 7 tahun. SPN21 banyak berpusatkan kepada pelajar dimana dapat meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam aktiviti amali, hafalan surah dan hadis. Pelbagai pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan Ugama Islam disediakan hingga ke peringkat pengajian tinggi. Namun demikian, SPN21 sebagai sistem pendidikan baru bagi negara ini masih mempunyai kekurangan dalam mengutamakan pelajaran Ugama Islam sebagai pelajaran penting bagi negara ini dan pegangan majoriti rakyatnya sebagai Negara Islam.

TUGASAN

49

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM PIN2103

1.

Dengan menggunakan grafik banding beza , jelaskan perbezaan antara sejarah perkembangan pendidikan Islam zaman Rasulullah SAW dan zaman Khulafa Ar Rashidin. Bina satu grafik bagi menjelaskan perkembangan Islam di zaman Rasulullah SAW, Khulafa Ar Rashidin, Zaman Umaiyyah dan zaman Abasiyyah dari sudut institusi, kurikulum dan metodologi Huraikan kesan perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia sebelum dan selepas merdeka dengan perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia masa kini.

2.

3.

3.6 Tugasan Perbincangan. i. ii. iii. Analisis secara banding beza sejarah pendidikan di zaman Rasulullah s.a.w., khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umaiyah dan Bani Abasiyah. Bincangkan ciri-ciri pendidikan di Malaysia sebelum dan selepas merdeka. Sediakan sinopsis dalam bentuk grafik perkembangan Pendidikan Islam di: Thailand Singapura Indonesia Brunei

50