Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI ( ASRAF BIN MOHD RAHMAT )

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana memberi saya peluang untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tugasan kerja kursus Kurikulum Pendidikan Matematik ( MTE 3102) ini merupakan cabaran bagi saya kerana buat pertama kalinya saya akan menggunakan analisis dan mentafsir pendidikan dan kurikulum dalam konteks Malaysia dan akhir sekali penghasilan Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber sehingga mendapat pemahaman yang lengkap dan koheren inti dari kurikulum nasional dan pendidikan matematik. Di samping itu, saya mendapati tugasan ini banyak mengajar saya dan memperbaiki kemahiran saya sebagai bakal guru terutamanya dalam bidang pemulihan ini. Oleh yang demikian saya cuba mengatasi perasaan takut dan cuba berani menyahut cabaran dalam melakukan tugasan yang telah diamanahkan pada saya ini. Tambahan pula, sepanjang saya melakukan tugasan ini, saya lebih mengetahui lebih terperinci mengenai penghasilan serta penggunaan analisis sampel dan mentafsir pendidikan matematik dan kurikulum dalam malaysia. Analisis-analisis dan ujian ini membantu saya mengenali para pelajar dengan lebih mendalam seperti mengetahui latar belakang keluarga, masalah pembelajaran yang dialami, dan sebagainya. Bahkan saya juga memperoleh ilmu tentang bagaimana untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan melalui pemerhatian yang telah saya lakukan semasa Program Berasaskan Sekolah (PBS) berlangsung. Secara tidak langsung ia meningkatkan kemahiran dan pengetahuan saya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pemulihan. Ilmu dan kemahiran ini amat penting bagi saya dalam usaha saya untuk menjadi seorang guru pemulihan yang efektif dan efisien. Bukan mudah untuk mengajar para pelajar dalam kelas pemulihan kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan kemahiran mengawal kelas yang baik di samping guru itu perlu peka tentang perkembangan dan kelemahan para pelajarnya.

Selain itu, banyak juga kekangan masa yang saya hadapi, contohnya banyak aktiviti yang melibatkan saya seperti kadet remaja sekolah (KRS), Kokum dan kerja kursus mata pelajaran lain. Pada mulanya, sebelum saya pergi PBS saya menghadapi masalah dalam memperoleh maklumat hal ini kerana, banyak buku-buku rujukan di perpustakaan Institut pendidikan Guru Darulaman (IPDA) yang telah di pinjam. Ketika berada di Sabah, untuk menjalankan Program berasaskan Sekolah, masalah untuk mendapatkan maklumat melalui internet pula timbul kerana masalah dengan line internet. Oleh itu, saya berusaha mendapatkan maklumat dengan pergi ke kedai komputer untuk melayari internet. Selain itu juga, saya juga pergi ke perpustakaan keningau sabah untuk mendapatkan maklumat tentang kerja kursus ini. Selama cuti seminggu selepas program berasaskan sekolah, banyak kerja kursus yang perlu saya siapkan, walaupun bercuti tetapi saya perlu menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin berterima kasih kepada kedua ibubapa saya yang sering membantu saya dari segi kewangan. Tidak lupa juga saya kepada rakan saya iaitu nursyahida binti yunus dari kelas pemulihan dua yang membantu saya dari segi memberi semangat untuk menyiapkan tugasan ini dan tidak jaga lupa kepada rakan saya yang berada di Institut Perguruan Keningau sabah iaitu Nur machea yang membantu saya mendapatkan bahan-bahan sampingan untuk kerja kursus ini. Alhamdulillah melalui pengalaman ini saya berasa sungguh gembira kerana walaupun keadaan yang sibuk saya cuba sedaya upaya saya untuk menyiapkan tugasan ini dan tidak lupa saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya itu, suzan dan kalaiyarasi yang bertungkus-lumus, berkerjasama untuk menyiapkan tugasan ini. Secara keselurahannya, sepanjang pelaksanaan tugasan bagi subjek

Pentaksiran Dalam Pendidikan Pemulihan (PKP 3106) ini saya telah menimba pelbagai ilmu pengetahuan yang saya yakin mampu membantu usaha saya untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi, berwibawa dan dinamik pada masa akan datang. Saya

juga sedar bahawa ilmu itu tiada sempadannya dan setiap ilmu itu ada manfaatnya sendiri. Oleh itu, sebagai pelatih guru saya sedar setiap ilmu yang diperolehi amat berguna dan harus dipelajari tanpa mengira kepentigannya. Saya juga perlu lebih peka tentang kaeadah-kaedah atau cara menagatsi masalah yang dapat saya aplikasikan dalam membantu para pelajar dalam kelas pemulihan. Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana mendapat kerjasama yang baik dari pihak sekolah danrakan-rakan dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.