Anda di halaman 1dari 32

1.

0 PENGENALAN

Asas Pendidikan Muzik lebih menekankan mengenai pandangan ahli falsafah dan kepentingannya dalam Pendidikan Muzik sama ada melalui kuliah, pembacaan dan penerangan dengan kelas. Di samping itu, Asas Pendidikan Muzik juga membincangkan mengenai matlamat dan fungsi muzik dalam pendidikan di mana kepentingan muzik itu diberi sedikit penekanan. Turut didedahkan dalam Asas Pendidikan Muzik ini juga adalah mengenai perihal implikasi falsafah. Hal ini kerana faktor-faktor dari segi sosiologi dan psikologi sedikit sebanyak mempengaruhi tingkah laku muzikal tersebut. Domain-domain pengajaran dan pembelajaran muzik juga dijelaskan dengan lebih teliti lagi.

Dalam situasi bilik darjah bagi pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Muzik, seseorang guru perlu memahami dengan lebih lanjut mengenai asas falsafah tersebut. Hal ini kerana perkara sedemikian banyak membantu dalam menjayakan proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan dan menarik minat murid. Apabila pemahaman mengenai falsafah tersebut dapat dikuasai, seseorang guru akan mendapat lebih input mengenai isu asas sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Dengan adanya falsafah dalam pendidikan muzik ini juga akan membantu seseorang guru tersebut mencapai tahap keyakinan yang tinggi dan menjadikan falsafah itu sebagai bahan rujukan dalam memhami situasi murid dan sebrang pembaharuan di dalam kelas.

Melalui falsafah dalam pendidikan muzik ini juga dapat membantu seseorang guru itu terutama guru Pendidikan Muzik dalam membuat sebarang keputusan. Hal ini kerana mereka perlu bertindak dan berfikir secara mendalam bagi mengelak sebarang kesan terhadap murid mereka di masa hadapan.

2.0 NOTA GRAFIK

JOHAN HENRICH PESTALOZZI

EMILIE JACQUES DALCROZE PANDANGAN AHLI FALSAFAH

EDWIN GORDON

CARL ORFF

SUZUKI

Implikasi Sosiologi

Implikasi Psikologi

Memberi keyakinan kepada murid untuk Bahan

pembelajaran

haruslah

sesuai

berhadapan dengan khalayak ramai. Cth : dengan tahap pemikiran murid. Mengikut nyanyian, drama tahap.

Murid senang untuk bekerjasama dengan Gunakan penilaian formatif kepada murid orang lain. Cth: lakonan untuk menilai kemajuan. Supaya murid tidak tertekan dan dapat bersedia dengan lebih baik. Cth: bt ujian penilaian kibod secara formatif.

Dapat meningkatkan taraf ekonomi dalam Guru menggunakan alam belajar yang tingkah laku muzikal. Cth: mengajar alat kondusif muzik untuk situasi inkuiri dan

penerokaan. Cth: bunyi-bunyi not dan cara memainkannya.

Dapat melakukan aktiviti sosiobudaya. Guru menekankan aspek berdikari supaya Cth: tarian makyong murid dapat meneroka tingkah laku

muzikal itu.

Guru mengaitkan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru. Cth: murid tahu Murid yang lebih maju akan membantu bunyi kord C, maka guru guna kord C murid yang kurang maju. Guru guna teknik sebagai asas lagu. pemusatan pelajar.

Pengajaran berasaskan kepada kebolehan Guru memupuk murid.

motivasi intrinsik. Cth:

murid melibatkan diri secara aktif dalam tingkah laku muzikal tanpa bantuan guru.

Muzik

memberi

saluran

yang

dapat Pembelajaran

konsep-konsep

muzik

meluahkan perasaan.

dengan penggunaan otot-otot kecil.

Muzik

memberi

keseronokan

dan Kebolehan kanak-kanak bertutur tentang sesuatu pengalaman.

pengalaman

Muzik

sentiasa

digunakan

untuk Faktor

urutan

diperkenalkan

terlebih

mengiringi aktiviti fizikal atau psikomotor.

dahulu seperti tempo, elemen masa dan sebagainya.

3.0 KEPENTINGAN FALSAFAH DALAM PENDIDIKAN MUZIK

3.1 Pandangan ahli falsafah: Antara tokoh yang berperanan besar dalam perkaitan mengenai falsafah dalam Pendidikan Muzik ini ialah Johann Henrich Pestalozzi. Beliau merupakan seorang berbangsa Swiss yang mempengaruhi banyak rasional dan prinsip asas dalam Pendidikan Muzik di seluruh dunia. Principle of The Pestalozzi System in Music merupakan prinsip beliau yang telah diperkenalkan di seluruh dunia pada tahun 1809. Terdapat enam prinsip yang telah dinyatakan sendiri oleh Pestalozzi. Antaranya, beliau menyatakan bahawa bunyi perlu diajar sebelum tanda atau simbol diperkenalkan. Hal ini dapat dilihat di mana murid-murid diajar menyanyi terlebih dahulu sebelum mempelajari segala notasi muzik.

Selain itu, Pestalozzi juga menyatakan bahawa kaedah penemuan kendiri perlu dipraktikkan. Hal ini di mana murid diberi peluang untuk meneroka sendiri bunyi-bunyi. Murid juga diberi peluang untuk meniru bunyi dalam proses pembelajaran mereka. Apabila hal ini dapat dikuasai, murid dapat membuat kesimpulan berhubung bunyi yang didengar sama ada bunyi tersebut merupakan bunyi sekeliling atau bunyi yang telah diciptakan. Seterusnya, Pestalozzi juga menyatakan bahawa pembelajaran perlulah mengikut peringkat sistematik di mana murid diajar satu unsur muzik sahaja dalam satu ketika. Hal ini kerana murid perlu menguasai satu unsur muzik tertentu sebelum beralih kepada unsur yang lain. Sebagai contoh, murid mempelajari hal yang berkaitan dengan irama. Setelah mereka menguasai unsur ini, mereka bertukar pembelajaran mereka kepada unsur melodi dan yang seterusnya mengikut peringkat tertentu.

Pestalozzi juga menekankan bahawa murid perlu diberi pembelajaran secara praktikal atau amali. Hal ini kerana segala aspek mengenai teori mahupun prinsip dapat mereka kuasai. Di samping itu, murid digalakkan menghubungkaitkan segala aktiviti amali ini dengan aspek teori atau prinsip. Secara tidak langsung, murid akan terlibat dengan pembelajaran secara heuristik. Selain itu, Pestalozzi juga menyarankan agar murid ini diberi peluang untuk berlatih dan membuat kajian yang berkaitan dengan elemen muzik secara kendiri. Hal ini berkait rapat dengan satu pengajaran yang menerapkan pendekatan berkonsep. Di samping itu juga, Pestalozzi menyatakan bahawa nyanyian solfa adalah tidak digalakkan. Seterusnya, segala nama not untuk nyanyian mahupun muzik instrumental hendaklah diselaraskan.

Terdapat juga pandangan dari ahli falsafah yang lain mengenai Pendidikan Muzik ini. Bagi pandangan mengenai kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik, Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau sequential. Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol di mana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi terlebih dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Antaranya ialah Jalinan Monofoni di mana muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Terdapat juga Jalinan Homofoni di mana melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Begitu juga dengan Jalinan Polifoni di mana satu atau dua melodi dibunyikan berterusan dengan menggunakan alat iringan. Selain itu, Emilie Jaques Dalcroze turut menyatakan bahawa gerak geri tubuh badan hendaklah digunakan bagi menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap 8

aspek-aspek

muzik.

Falsafah

Pendidikan

Muzik

mengikut

Dalcroze

adalah mengutamakan perasaan dan pergerakan fizikal sewaktu menikmati muzik. Beliau berpendapat murid perlu bertindak secara fizikal melalui pergerakan badan apabila menghayati melodi muzik. Justeru, Dalcroze memberi penekanan terhadap memperkembangkan potensi individu

untuk mengekspresikan perasaan dan diri melalui muzik. Kebolehan mendengar, memahami dan menikmati muzik melalui pergerakan secara tidak langsung dapat memberi kebebasan kepada individu untuk

memperkembangkan daya imaginasi dan idea. Dalcroze berpegang kepada beberapa prinsip bagi menguatkan teori pembelajaran yang diperkenalkan.

Antaranya, secara semula jadi, setiap kanak-kanak mempunyai emosi dan perasaan. Oleh yang demikian, pembelajaran muzik awal kanak-kanak haruslah tertumpu tentang strategi bagaimana hendak menzahirkan emosi muzik kepada bentuk-bentuk pergerakan anggota badan yang bersesuaian dengan muzik yang diperdengarkan. Selain itu, anggota badan adalah instrumen yang paling dekat bagi kanak-kanak untuk menggambarkan atau meluahkan emosi mereka.

Seterusnya, kanak-kanak akan bergerak balas secara spontan dengan gaya dan pergerakan tertentu bagi menyatakan perasaannya terhadap muzik yang didengari. Di samping itu juga, sebelum bermain alat muzik, kanak-kanak harus berlatih terlebih dahulu. Apresiasi muzik di kalangan kanak-kanak tidak dapat diterapkan dengan hanya latihan-latihan aural atau penerangan lisan mengenai tonaliti, pic dan harmoni. Kefahaman tentang elemen-elemen utama dalam muzik dapat diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang mengaitkan pembelajaran muzik dengan pergerakan manusia seperti berlari,

berjalan,berdiri, duduk dan sebagainya. Sebagai contoh; konsep cepat (allegro) atau sederhana (moderate) dapat dikaitkan dengan pergerakan

berlari atau berjalan yang berkait terus dengan pengalaman kehidupan seharian mereka.

Di samping itu, Carl Orff turut memperkenalkan satu pendekatan di mana penekanan perlu diberikan kepada pelbagai jenis pengalaman muzikal. Antaranya ialah melalui imitasi iaitu murid mengajuk balik elemen muzik yang di alami. Begitu juga dengan eksplorasi iaitu murid mencari sendiri pengetahuan tentang muzik. Seterusnya, improvisasi iaitu murid belajar dari asas ton di mana murid mengetahui skel pentatonik merupakan skel yang mempunyai lima ton. Selain itu, Carl Orff turut memperkenalkan pendekatan creation iaitu murid diberi peluang untuk mencipta dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa. Begitu juga dengan literasi iaitu murid menulis dan membaca nota muzik. Bagi pandangan ahli falsafah dari Jepun iaitu Suzuki pula, beliau turut membuat satu kaedah iaitu pendekatan bakat atau talent education. Bagi Reimer pula, terdapat empat cabang falsafah yang dapat dihuraikan. Cabang falsafah tersebut ialah ekspressionalisme, referentialisme, formalisme dan naturalisme. Naturalisme merupakan cabang falsafah yang paling tua digunakan sebelum terciptanya cabang yang baru. Setiap cabang falsafah ini mempunyai pendapat dan prinsip masing-masing yang berbeza.

3.2 Matlamat dan fungsi dalam pendidikan:

3.2.1 Matlamat ; Muzik mempunyai matlamatnya yang tersendiri dalam

pendidikan. Antara matlamat muzik dalam pendidikan ialah murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam pendidikan 10

muzik. Hal ini kerana muzik merupakan subjek teras yang diajar di sekolah rendah. Setiap pengajaran yang diberikan mestilah inginkan murid menguasai apa yang di ajar agar objektif dan matlamat tercapai. Selain itu, matlamatnya juga menginginkan murid menghargai pelbagai jenis muzik Malaysia serta budaya yang berkaitan dengannya. Muzik yang diajar dalam pendidikan bagi murid sekolah rendah merangkumi jenis muzik yang ringkas dan didedahkan dengan jenis muzik di Malaysia. Matlamat muzik dalam pendidikan juga ingin memperkembangkan kemahiran menyanyi dengan amalan teknik yang betul. Dalam subjek muzik, murid akan diajar menyanyi selain menguasai teori-teori muzik yang diajar. Guru akan mengajar murid menyanyi dengan teknik yang betul. Matlamat pendidikan muzik juga menginginkan murid membaca dan menulis notasi muzik yang diajar. Murid akan diajar dengan teori-teori asas muzik di peringkat yang rendah sebelum bergerak kepada peringkat yang tinggi. Notasi-notasi mudah diajar dan murid dipastikan dapt menguasai dan membaca notasi-notasi tersebut. Muzik dalam pendidikan juga ingin melahirkan murid yang menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni tersebut dalam kehidupan seharian sama ada berada di sekolah ataupun di luar kawasan sekolah.

3.2.2 Fungsi ; Muzik berfungsi meluahkan perasaan. Apabila murid diberikan pendedahan tentang pendidikan muzik ini, guru dapat mengetahui tingkah laku dan perasaan yang dialami oleh murid tersebut. Selain itu, apabila murid gemar menyanyi, mereka boleh

11

menggunakannya sebagai satu cara mengekspresikan perasaan dan idea.

Muzik dalam pendidikan juga berfungsi untuk mencungkil bakat, potensi dan kebolehan murid dalam bidang muzik seperti bermain alat muzik, nyanyian dan sebagainya. Bakat murid dalam muzik juga akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling. Hal ini kerana, apabila berlaku interaksi antara murid dan guru, contohnya pendapat dan kritikan yang membina dari guru yang berpengalaman dapat membantu murid

memperbaiki bakat yang ada agar bakat mereka terus digilap. Bagi murid yang berbakat besar, bakat mereka tidak terus terkubur jika dilatih dan dicungkil. Oleh itu, guru berperanan untuk memberikan galakan dan bimbingan kepada murid-murid tersebut.

Muzik

dalam

pendidikan

juga

berfungsi

meningkatkan

penghayatan muzik dalam kalangan murid secara kompleks dan canggih. Contohnya, nyanyian sesebuah lagu yang bertemakan patriotik. Apabila murid pandai dan tahu cara untuk menghayati lagu, mereka dapat menyampaikan lagu tersebut dengan penuh perasaan dan penghayatan tentang lagu patriotik tersebut. Terdapat sesetengah murid yang mudah menhayati sesebuah lagu sehingga memberi kesan dalam diri dan kehidupannya. Sesebuah muzik yang disertakan dengan penghayatan yang ditinggi dapat disampaikan dengan berkesan.

Muzik dalam pendidikan juga dapat menerapkan nilai-nilai murni yang berkesan. Terdapat pelbagai nilai-nilai murni yang 12

dimasukkan di dalam lagu. Nilai-nilai tersebut boleh dijadikan pegangan hidup dan diamalkan di dalam kehidupan seharian. Contohnya lagu yang berunsurkan kasih sayang kepada ibu bapa dapat memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang pengorbanan ibu bapa kepda anak-anaknya. Oleh itu, muridmurid akan merasa insaf dan tidak akan menderhakai ibu bapa mereka.

Muzik juga dapat membantu murid mendapatkan hiburan semasa belajar. Kemungkinan murid mengalami sedikit tekanan semasa belajar dan mereka memerlukan hiburan untuk mengatasi tekanan tersebut. Selain itu, muzik juga dapat memberikan hiburan keseronokkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Muzik dalam pendidikan juga dapat membantu memahami sifat manusia dari aspek perhubungan antara manusia. Hal ini kerana muzik juga memerlukan interaksi antara seseorang individu dengan pihak lain. Seseorang yang amat meminati muzik dapat dikesan melalui interaksi dan komunikasi mereka.

Muzik dalam pendidikan juga berfungsi dalam kemahiran muzikal. Fungsi dalam kemahiran muzikal dapat dibahagikan kepada tiga cabang iaitu kemahiran, pemahaman dan sikap. Dari segi kemahiran, muzik diajar agar muzik itu dapat dihayati secara rasional kerana dalam muzik itu sendiri mempunyai

keistimewaannya sendiri. Tujuan muzik diajar juga ialah agar murid dapat mendengar dan memahami muzik tersebut. Selain itu juga,

13

murid dapat belajar kemahiran menyanyi, bermain alat muzik serta memahami notasi muzik.

Dari segi pemahaman pula, murid dapat mengetahu bentukbentuk muzik yang digunakan dalam sesuatu muzikal tersebut. Contohnya, sesuatu lagu itu terdapat pelbagai alat muzik yang digunakan seperti kibod, gitar dan sebagainya. Muzik juga dapat menyepadukan pengetahuan muzikal secara ilmiah dan murid dapat memahami fungsi muzik dan kedudukan muzik dalam masyarakat sekeliling.

Dari segi sikap pula, murid dapat menghargai muzik sebagai saluran yang sihat untuk meluahkan perasaan. Selain itu, pembelajaran muzik ini dapat melanjutkan pengalaman muzik seseorang seperti menghadiri konsert, pertunjukkan teater dan sebagainya. Murid juga dapat menilai muzik dengan bijaksana yang mempunyai citarasa yang berteraskan mutu iaitu murid mengetahui muzik itu mempunyai nilai dan kualiti.

Huraian di atas menunjukkan muzik mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam bidang pendidikan dan sangat membantu untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri mereka.

14

3.3 Implikasi Faktor Sosiologi Dan Psikologi:

Menurut Campbell 1995, muzik adalah satu kesenian yang tertumpu pada aspek aural atau pendengaran. Oleh itu, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi. Manakala, muzikal pula terdiri daripada nyanyian, perkusi dan pergerakan.

Sosiologi

mengikut

Pitirim Sorokin, adalah ilmu yang mempelajari

hubungan dan pengaruh timbal balik antara aneka macam gejala sosial (misalnya gejala ekonomi, gejala keluarga, dan gejala moral), sosiologi adalah ilmu yang mempelajari hubungan dan pengaruh timbal balik antara gejala sosial dengan gejala bukan sosial, dan yang terakhir, sosiologi adalah ilmu yang mempelajari ciri-ciri umum semua jenis gejala-gejala sosial lain.

Implikasi faktor sosiologi dalam tingkah laku muzikal ialah, murid dapat meningkatkan keyakinan diri di hadapan khalayak ramai. Setiap murid memerlukan keyakinan kerana keyakinan dapat digunakan terutamanya dalam aspek tingkah laku muzikal. Murid perlulah mempunyai keyakinan kerana dalam tingkah laku muzikal seperti aspek nyanyian, perkusi dan

pergerakan, murid harus berinteraksi sama ada dengan diri sendiri, pasangan mahu pun masyarakat. Guru haruslah menggunakan teknik pemusatan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru haruslah memberi satu lirik terlebih dahulu kepada murid dan barulah guru menyuruh murid menyanyi. Nyanyian tersebut haruslah dilakukan dihadapan kelas bagi memberi keyakinan kepada murid. Nyanyian tersebut harus dinilai kerana guru dapat mengesan di mana, kelebihan dan kekurangan murid tersebut.

15

Implikasi sosiologi yang seterusnya ialah, murid dapat bekerjasama dengan orang lain. Apabila seseorang murid itu mempelajari tingkah laku muzikal, maka murid tahu bahawa mereka perlu bekerjasama dengan orang lain supaya suatu tingkah laku muzikal itu dapat dilakukan dengan baik. Sebagai contoh, guru memberi satu topik lakonan. Oleh itu, murid haruslah melakonkan watak tersebut dengan baik. Murid haruslah dapat meluahkan perasaan dan emosi dalam watak yang telah diberikan. Aktiviti yang dilakonkan memerlukan kerjasama dengan orang lain dan murid haruslah pandai bagaimana melontarkan intonasi serta nada dalam watak tersebut. Oleh itu, apabila murid terlibat secara langsung dalam aktiviti muzikal ini, maka murid dapat menenangkan perasaan mereka.

Implikasi sosiologi yang ketiga ialah, murid yang lebih maju akan membantu murid yang lemah. Dalam aspek ini, murid yang lemah sering kali berasa kerdil apabila berhadapan dengan murid yang maju. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa peka terhadap keperluan murid yang mana memerlukan perhatian yang lebih terutamanya daripada kawan-kawan dan guru. Guru haruslah menekankan aspek pemusatan pelajar iaitu murid menjadi guru kepada murid yang lain. Murid itu akan menjadi tutor dan secara tidak langsung akan mengajar rakan yang lemah dengan cara yang lebih baik. Sebagai contoh, jika guru hendak mengambil kira faktor ini dalam pengajaran dan pembelajaran, guru harus menyusun meja dengan kaedah cluster. Cluster iaitu kaedah berkelompok, dimana, murid yang lebih maju perlu ada dalam setiap kumpulan tersebut. Murid yang maju mungkin dapat mengajar murid yang lemah tentang cara nyanyian yang baik mahu pun tentang not-not lagu. Kesimpulannya, kaedah murid menjadi guru akan lebih mudah dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran tingkah laku muzikal.

16

Faktor sosiologi yang seterusnya ialah, muzik memberi keseronokan kepada murid. Apabila seseorang murid belajar, dan berasa seronok, sudah tentu mereka akan tertarik untuk belajar dengan lebih lagi. Muzik sangat memberi keseronokan kerana murid dapat meluahkan apa yang ingin mereka sampaikan. Sebagai contoh, murid dapat meluahkan perasaan marah dengan melakonkan satu babak lakonan, jadi jika murid dapat memahami apa yang ingin disampaikan melalui lakonan tersebut. Selain itu, apabila murid berasa tenang, mereka akan mendengar lagu yang mempunyai nada yang perlahan dan membuatkan mereka menikmati setiap saat lagu tersebut dengan perasaan yang sayu dan segar. Maka, tidak hairanlah jika muzik dapat memberi keseronokan kepada murid.

Individu yang mempunyai nilai sosiologi dalam kehidupan dapat mempengaruhi tingkah laku muzikal kerana, setiap individu dapat

mengurangkan rasa malu dalam diri. Muzikal ialah satu seni yang mana mementingkan faktor nyanyian, lakonan dan seni itu sendiri Seperti yang sedia maklum, muzikal memerlukan keyakinan dalam setiap tingkah laku kerana muzikal mementingkan aspek pergaulan dalam perhubungan.

Pergaulan dalam perhubungan yang dimaksudkan ialah, individu harus berinteraksi dengan baik bagi meningkatkan nilai keyakinan dalam diri. Aspek interpersonal dan intrapersonal perlu digunakan bagi menilai sejauhmana sosiologi mempengaruhi tingkah laku muzikal. Interaksi tersebut haruslah melibatkan diri sendiri mahupun dengan orang lain.. Oleh itu, jika individu tidak berkeyakinan untuk menyanyi mahupun berdiri di hadapan khalayak, ini bermakna, individu itu tidak mempunyai daya keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri.

17

Manakala, psikologi pula berasal daripada perkataan Yunani iaitu psyche bererti jiwa dan ogos bererti ilmu. Jadi secara zahirnya, psikologi bererti jiwa ilmu. Di zaman yunani kuno, Plato menyebut jiwa sebagai idea manakala Aristotle menyebut jiwa sebagai fungsi mengingat.

Keseluruhannya, psikologi didefinisikan sebagai ilmu pengetahuan dan rangsangan jiwa yang datang dari otak pemikiran dan terjadinya pergerakanpergerakan.

Implikasi faktor psikologi yang boleh mempengaruhi tingkah laku muzikal ialah, bahan pembelajaran haruslah sesuai dengan tahap murid.

Pembelajaran yang menarik ialah satu pembelajaran yang boleh merangsang minda dan kognitif murid. Contohnya, guru perlu memberi satu not muzik dan menyuruh muzik memainkan not tersebut dengan menggunakan alat muzik yang mereka mahir. Selepas itu, guru boleh menggabungkan kemahiran muzik mereka dengan menambahkan unsur nyanyian yang betul supaya muzik tersebut menjadi muzik yang bermakna. Maka, secara tidak langsung, psikologi telah mempengaruhi tingkah laku muzikal murid itu sendiri.

Implikasi faktor psikologi yang kedua ialah, penggunaan ujian formatif kepada murid untuk menilai kemajuan. Ujian formatif ialah ujian tidak formal yang boleh dilakukan pada bila masa sahaja kecuali pada akhir tahun atau pertengahan tahun. Ujian ini harus dilakukan bertujuan supaya murid sentiasa bersedia dalam melakukan aktiviti dan mudah ingat tentang apa yang telah dipelajari. Guru boleh melakukan ujian amali kibod dan rekoder supaya murid mudah mengingat not dan juga kord lagu. Murid juga akan mudah teransang daya pemikirannya, kerana guru kerap kali membuat ujian dan akan membuat mereka mudah ingat tentang apa yang telah dipelajari.

18

Oleh itu, penggunaan ujian formatif amat penting supaya murid dapat menguasai pembelajarn sekali gus meningkatkan daya psikologi mereka. Implikasi faktor yang seterusnya ialah, faktor urutan diperkenalkan terlebih dahulu seperti tempo, elemen masa dan sebagainya. Faktor ini dilihat

bersesuaian dengan implikasi dalam tingkah laku muzikal kerana murid belajar daripada senang kepada kompleks. Jadi, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran juga haruslah daripada permulaan hingga penghabisan. Oleh itu, murid akan cepat faham tentang pembelajaran tersebut.

Implikasi faktor psikologi yang terakhir ialah, guru memupuk motivasi intrinsik kepada murid. Motivasi intrinsik ialah motivasi secara dalaman yang dipupuk oleh murid itu sendiri. Guru perlu memupuk motivasi ini kepada murid agar murid lebih senang berdikari dalam melaksanakan kemahiran muzikal ini. Seperti sedia maklum, kemahiran muzikal memerlukan aspek kemahiran murid itu sendiri dan bukannya berdasarkan teori. Kemahiran inilah yang dapat membentuk jati diri murid menjadi seniman yang berjaya pada masa hadapan. Kemahiran muzikal ialah suatu kemahiran yang memerlukan ketahanan daya pemikiran yang baik kerana , tanpa motivasi yang baik, murid tidak akan dapat mencapai kejayaan pada masa akan datang. Guru ialah pendukung peranan utama dalam memastikan murid

berjaya dalam kemahiran tingkah laku muzikal ini. Setiap motivasi yang diberikan akan meningkatkan minda murid bahawa mereka perlu berdikari tanpa dibantu oleh guru. Maka, motivasi yang dipupuk oleh guru akan menyerlahkan lagi tingkah laku ekmahiran muzikal murid itu sendiri.

Secara tuntasnya, psikologi dan sosiologi merupakan satu falsafah yang penting dalam menghasilkan tingkah laku muzikal yang positif. Implikasi dan faktor yang telah dinyatakan di atas menunjukkan peri pentingnya, kemahiran 19

muzikal dalam setiap individu. Dengan kemahiran yang dapat ditonjolkan, menyerlahkan lagi bakat murid itu sendiri dan menjadikan setiap murid itu istimewa dengan mempunyai kelebihan muzik yang tiada daripada orang lain. Kemahiran muzikal ini membuktikan bahawa muzik bukannya songsang seperti yang digembar-gemburkan kerana muzik merupakan mainan jiwa yang sangat penting dan baik jika kita pandai mengubah dan membentuk suatu muzik itu sendiri.

20

4.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Tuhan kerana segala limpahan nikmatNya kepada saya telah dapat menyiapkan tugasan KKBI ini. Asas Pendidikan Muzik merupakan satu subjek yang menarik dan mampu memberikan satu perubahan buat dimensi dan perspektif konsep dan teori dalam kehidupan kanak-kanak mempelajari muzik. Melalui tugasan ini, saya dapat menambah pengetahuan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digabungjalinkan dalam mata pelajaran pengkhususan. Di samping itu juga, saya dapat memahami tentang kepentingan falsafah dalam pendidikan muzik. Hal ini kerana saya telah mendapat banyak input mengenai pandangan ahli falsafah barat terhadap pendidikan muzik.

Di samping itu, segala pandangan, pendekatan mahupun kaedah yang telah dinyatakan oleh ahli falsafah seperti Pestalozzi, Gordon, Carl, dan juga Dalcroze amat penting bagi melancarkan serta menjayakan proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan. Justeru menjadikan Pendidikan Muzik satu subjek yang amat diminati murid sekolah terutamanya murid sekolah rendah. Selain itu, saya juga sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan mengenai matlamat atau tujuan falsafah tersebut serta mengetahui segala fungsi falsafah tersebut diwujudkan. Hal ini akan membantu perkembangan Pendidikan Muzik di negara kita.

Sebagai seorang bakal pendidik suatu hari nanti, kepentingan falsafah dalam Pendidikan Muzik dapat membantu secara tidak langsung dengan adanya maklumat- maklumat tentang implikasi falsafah tersebut sama ada dari segi sosiologi mahupun psikologi. Hal ini dapat mengurangkan kesukaran terhadap kita dalam mengaplikasikan sesuatu pendekatan mengenai Pendidikan Muzik. Di 21

samping itu, segala fakta sejarah tentang Pendidikan Muzik dapat saya ketahui dengan adanya subjek Asas Pendidikan Muzik ini. Apabila berada di sekolah nanti, saya akan dapat mengetahui seterusnya mencungkil bakat murid yang sekian lama terpendam tanpa pengetahuan sesiapa.

Kesimpulannya, Pendidikan Muzik dapat memberi kesan yang positif dalam arus pendidikan Negara. Hal ini kerana aspek ini menjadikan setiap pembelajaran atau pengajaran di sekolah lebih berkesan dan efektif. Di samping itu, tugasan ini member saya satu pengalaman yang amat berguna pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: MUHAMMAD LOKMAN HAKIM BIN NASIR PISMP BM/PJ/MUZIK Semester 3 Ambilan Januari 2010 890101-11-6035

22

Alhamdulillah.. Pertama dan selamanya saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan inayahNya dapat saya selesaikan tugasan KKBI Pendidikan Muzik ini bersama kumpulan dengan jayanya. Tugasan kali ini amat memberikan peluag kepada kami untuk mendapatkan pelbagai maklumat secara khusus terutamanya berkaiatan dengan Falsafah Pendidikan Muzik yang dipelopori oleh tokoh tokoh dari barat seperti Edwin Gordon , Pestalozzi dan Carl orff yanag mana mereka membawa falsafag fahaman mereka tersendiri yang didasarkan kepada fahaman falsafah yang diguna pakai pada masa itu seperti ekspressionalisme, referentialisme, formalisme dan naturalisme . Tugasan ini guna mendedahkan saya tentang tujuan sebenar pendidikan muzik diperkenalkan dalam kurikulum sekolah secara bersepadu . Jika dulu saya hanya mengetahu bahawa pendidikan muzik disekolah hanya bertujuan untuk memenuhi sukatan pembelajaran semata mata tetapi kini saya mula memahami tujuan asal dan matlamat ataupun falsafah disebalik matapelajaran Pendidikan Muzik diserapkan kedalam Kurikulum sekolah . Saya mula meyedari bahawa Matapelajaran seni sebegini amat penting bagi melahirakan Modal insan kelas pertama yang dicita citakan oleh Negara dan juga memenuhi pelajar yang segaris dengan matlmat Falsafah Pendidikan Negara iaitu pelajar yang seimbang dari segi JERIS . Dalam menyelesaikan tugasan ini juga kami meminta bantuan daripada pelajar PISMP Muzik Semester 5 dalam mendapatkan nota dan tunjuk ajar dalam mengatur pendokumentasian tugasan. Pensyarah pembimbing juga iaitu Puan Hajah Rokiah Bt Ahmad dan Encik Kamaruddin B Yusof juga banyak membantu dalam proses mendapatkan maklumat dan pengurusan tugasan yang lebih teratur . Tidak kurang juga bantuan daripada rakan rakan sekelas yang sudi berkongsi maklumat dan memberikan pandangan serta kritikan membina . dengan kehadiran mereka mereka

23

inilah semua permasalahan yang datang dapat diselesaikan terutamanya apabila kami gagal mendapatkan maklumat yang tepat di Laman Sesawang tetpai Alhamdulillah berkat pertolongan dari mereka kami berjaya memperolehiya daripada buku buku dan nota yang dikongsi bersama. Akhir kata , pendidikan muzik perlu diserapkan kedalam kurikulum sekolah secra menyeluruh ini kerana aspek muzuk penting dalam melahirkan insan yang lebih seimbang dan ianya amat penting dalam pengabungjalinan disiplin ilmu yang berbeza dalam proses P&P selain itu ianya mampu menjadikan proses penyerah ilmu kepada pelajar terjadi dalam keadaan menyeronokkan. Sekian Terima Kasih

Disediakan oleh :

MOHD RIDZWAN BIN CHE HARUN 881106035731 PISMP BM/PJ/MUZIK SEMESTER 3

24

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya dan rakan kumpulan yang lain menyiapkan tugasan kerja kursus pendek bagi subjek MZU 3104 yang merupakan Asas Pendidikan Muzik. Bagi subjek ini, lebih menekankan tentang falsafah pendidikan muzik, kepentingannya, matlamat dan fungsi yang menekankan kepentingan muzik itu sendiri serta implikasinya.

Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya mendapat pendedahan tentang ahli-ahli falasafah muzik yang terlibat. Antaranya ialah Pestalozzi dan Reimer. Pestalozzi menekankan pendidikan diperoleh melalui pancaindera. Selain itu, pelajar juga perlu dididik mengikut perkembangan semulajadi. Pestalozzi juga menyatakan bahawa pembelajaran haruslah berlaku secara langsung. Mengikut prinsip sistem Pestalozzi, bunyi dia di ajar sebelum simbol notasi. Guru juga harus menggalakkan murid meniru, membuat pemerhatian, mendengar dan membezakan bunyi-bunyi bagi menentukan pengalaman yang diterima oleh murid sama ada sana atau berbeza. Kaedah ini dinamakan dengan nama kaedah penemuan sendiri. Penggunaan solfa dalam nyanyian tidak digalakkan dalam prinsip ini.

Tugasan ini juga memerlukan saya dan rakan mencari maklumat dan menghuraikan matlamat dan fungsi muzik dalam pendidikan. Matlamat muzik dalam pendidikan secara ringkasnya menginginkan murid menguasai kemahiran dan pengetahuan asas muzik, mengamalkan nilai murni serta mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik. Matlamat ini penting untuk membentuk murid yang sentiasa mempunyai pengetahuan tentang muzik walaupun secara asas dan sebagai guru, saya harus menitikberatkan matlamat ini agar tercapai.

25

Muzik berfungsi sebagai medium yang sihat untuk menyalurkan luahan perasaan. Selain itu, bakat dan potensi murid dapat ditonjolkan seperti kebolehan murid dalam bidang muzik seperti bermain alat muzik, nyanyian dan sebagainya. Bakat murid dalam muzik juga akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling. Hal ini kerana, apabila berlaku interaksi antara murid dan guru, contohnya pendapat dan kritikan yang membina dari guru yang

berpengalaman dapat membantu murid memperbaiki bakat yang ada agar bakat mereka terus digilap. Bagi murid yang berbakat besar, bakat mereka tidak terus terkubur jika dilatih dan dicungkil. Oleh itu, guru berperanan untuk memberikan galakan dan bimbingan kepada murid-murid tersebut.

Implikasi dari faktor sosiologi juga telah dikesan daripada beberapa sumber. Antaranya ialah pengaplikasian tingkah laku muzikal dalam pengajaran dan

pembelajarn dapat memberi keyakinan kepada murid untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Selain itu murid senang untuk bekerjasama dengan orang lain serta dapat meningkatkan taraf ekonomi dalam tingkah laku muzikal.

Manakala implikasi dari faktor psikologi pula ialah bahan pembelajaran haruslah sesuai dengan tahap pemikiran murid. Selain itu guru boleh menggunakan penilaian formatif kepada murid untuk menilai kemajuan. Supaya murid tidak tertekan dan dapat bersedia dengan lebih baik. Bagi memastikan murid sentiasa berminat dengan pengajaran dan pembelajaran, guru haruslan sentiasa melakukan aktiviti yang dapat memupuk motivasi intrinsik di mana murid akan melakukan sesuatu aktiviti dengan kehendak sendiri.Oleh yang demikian, muzik dalam pendidikan memberikan seribu satu manfaat kepada semua yang terlibat dalam pendidikan. Selain itu dapat membentuk generasi muda yang sentiasa cintakan hasil seni tanah air di samping mengharumkan nama negara.

26

Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang falsafah muzik dan kepentingan muzik itu sendiri. Terbukti bahawa muzik itu penting kepada individu, masyarakat, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: NOOR AFIFAH BINTI ABD WAHAB PISMP BM/PJ/MUZIK Semester 3 Ambilan Januari 2010 900728-02-5694

27

Bismillahhirrahmanirrahim

Dengan ini, saya ingin memanjatkan sepenuhnya rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin-Nya, dapat saya menyiapkan tugasan kerja khusus ini. Tugasan ini memerlukan kami mencari maklumat tentang pandangan tokoh, fungsi dan matlamat, dan implikasi faktor sosiologi dan psikologi.

Apa yang saya peroleh sepanjang melakukan tugasan ini ialah, ilmu pengetahuan tentang pandangan tokoh yang menyatakan kepentingan falsafah dalam pendidikan. Tokoh tersebut ialah Reimer. Reimer ialah seorang ahli falsafah yang percaya bahawa muzik wujud dalam diri setiap individu dan nilai-nilai estetika muzik. Reimer juga mempunyai dan empat falsafah iaitu ekspressionalisme, empat falsafah ini

referentialisme,

formalisme

naturalisme.

Apabila

dirungkaikan, saya dapati bahawa keempat-empat falsafah ini mempunyai konsep yang berbeza.

Ekspressionalisme mementingkan nilai yang boleh ditafsir, referentialisme memfokuskan kepada rujukan sesuatu seni, formalisme pula tentang seni itu sesuatu yang formal dan naturalisme menekankan tentang mengaitkan bunyi dan seni dengan alam semula jadi. Saya juga dapati bahawa tokoh seperti Pestalozzi turut memberi pandangan tentang muzik iaitu, nama-nama dalam nyanyian dan muzik instrumental diselaraskan mengikut Pestalozzi dan penggunaan solfa tidak digalakkan.

Pestalozzi juga menekankan prinsip mengajar bunyi sebelum simbol atau kaedah hafalan sebelum catatan. Ini bermakna Pestalozzi menekankan aspek aural terlebih dahulu kerana pemahaman lebih penting daripada hafalan. Pestalozzi juga menggalakkan pelajar membuat pemerhatian melalui mendengar, meniru dan 28

membezakan bunyi bagi menentukan pengalaman yang diterima sama ada sama, atau berbeza. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah penemuan sendiri. Pestalozzi juga lebih gemar mengajar satu aspek pengajaran sahaja dalam satu ketika.

Selain itu, saya juga dapati bahawa apabila saya menyiapkan tugasan ini, saya mempunyai lebih banyak maklumat tentang fungsi dan matlamat dalam pendidikan. Pendidikan Muzik bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni.

Matlamat inilah yang memberi kesan kepada saya untuk membentuk generasi yang mendatang. Saya juga dapati bahawa muzik mempunyai banyak fungsi, antaranya ialah, muzik merupakan salah satu aktiviti utama yang membolehkan kita menyalurkan sumber tenaga kreatif yang semula jadi manakala muzik juga dapat meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia serta meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada. Saya juga dapati bahawa muzik berfungsi meningkatkan celik huruf dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.

Muzik juga merangsang keyakinan dan harga diri anak anda dan ia menjadi faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual 29

kanak-kanak. Dalam pendidikan muzik juga dapat memberikan peluang kepada setiap individu untuk meluahkan perasaannya secara sihat.

Muzik

juga

membolehkan

setiap

individu,

malah

setiap

bangsa

mempertunjukkan atau memperlihatkan identiti masing-masing. Pembelajaran muzik dapat membantu kita untuk lebih memahami sifat manusia dari aspek perhubungan antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan juga tentang ibadah dan kerohanian manusia. Kita juga dapat mempelajari tentang beraneka jenis kebudayaan lain di dunia dengan lebih mendalam melalui saluran muzik. Begitulah antara kefahaman yang saya peroleh daripada matlamat dan fungsi muzik.

Selain itu, saya juga memperoleh maklumat tentang implikasi faktor sosiologi dan psikologi dalam mempengaruhi tingkah laku. Faktor sosiologi yang saya peroleh ialah, murid dapat meningkatkan keyakinan dalam diri terutama apabila berhadapan dengan khalayak ramai. Selain itu, murid juga mudah untuk bekerjasama dengan orang lain dalam melakukan sesuatu tingkah laku muzikal. Manakala, muzik juga dapat meningkatkan taraf ekonomi seperti mengajar teknik nyanyian mahupun alat muzik. Implikasi sosiologi juga bermakna, murid dapat melakukan aktiviti sosiobudaya dengan aktif.

Bagi implikasi faktor psikologi pula, guru dapat menggunakan penilaian secara formatif dalam melakukan ujian amali menggunakan kibod. Bahan pembelajaran juga haruslah sesuai dengan tahap murid supaya murid tidak merasa tertekan dengan subjek yang diajar. Guru juga menggunakan alam belajar yang kondusif untuk situasi inkuiri dan penerokaan. Oleh itu, saya dapati bahawa pendidikan muzikal memberi implikasi yang positif dalam sistem pendidikan negara kita.

30

Tuntasnya, saya ingin menyatakan bahawa, ilmu yang saya peroleh daripada tugasan ini akan saya gunakan pada masa hadapan supaya dapat menjadikan saya seorang insan dan guru yang baik dan adil.

Sekian, wassalam.

Disediakan oleh: NURUL FATIHAH BINTI ABD HAMID PISMP BM/PJ/MUZIK Semester 3 Ambilan Januari 2010 901105-03-5794

31

5.0 BIBILIOGRAFI

Buku:

Abdullah, J. (1993). Pendidikan muzik semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka

Abdullah, J. (2002) Music Education in Malaysia: The Current Reality: Paper presented at the 1st Malaysian National Conference for Music Education PWTC , Kuala Lumpur, Malaysia, July, 2002. Johami Abdullah. (1990). Music education in Malaysia: An overview.The Quarterly Journal Of Music Teaching And Learning. 1(4): 44-53.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1983). Sukatan pelajaran sekolah rendah: muzik (1983). Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Sukatan pelajaran sekolah rendah: pendidikan muzik (1995). Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Reimer, B. (1989). A philosophy of music education. 2nd ed. Englewood Cliffs, NJ: Apprentice-Hall.

32

Anda mungkin juga menyukai