Anda di halaman 1dari 4

JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: 2/4 : Kedua : 25 29 Mac 2012 : Masalah Pengurusan Masa

Minggu ini merupakan minggu kedua saya berpraktikum di sini. Saya dapati pada minggu ini, jadual beserta aktiviti sekolah agak ketat menyebabkan saya tidak sempat untuk mendapatkan tidur yang cukup. Pengurusan masa sangat penting dalam kehidupan sehari-hari supaya setiap masa dapat di gunakan sepenuhnya dengan baik.

1. Analisis Masalah ini timbul kerana saya tidak tahu bagaimana untuk membahagikan masa mengajar, membuat alat bantu dan juga aktiviti sekolah. Jadual yang agak serabut dan ketat menyebabkan saya tidak tahu membahagikan masa dengan baik.Pengurusan masa yang baik sangat penting supaya setiap masa dapat digunakan secara sebaik mungkin.

2. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya haruslah sentiasa merujuk dan meminta nasihat serta tips berguna daripada guru pembimbing supaya masalah ini dapat diatasi. b) Saya perlu sentiasa menggunakan masa dengan sepenuhnya. c) Saya perlu bersikap lebih matang supaya dapat membahagikan masa dengan betul dan tidak sia-sia. d) Saya juga perlu meminta nasihat daripada rakan-rakan yang dapat menguruskan masa dengan baik.

3. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mengatasi masalah ini dalam masa yang terdekat bagi mengelakkan masalah p ada masa hadapan, terutama pada masa saya diselia.

Disemak oleh guru pembimbing

Disahkan oleh pensyarah penyelia : . : .. : ..

Tandatangan : Tandatangan : Tarikh : Nama

Tarikh

Nama

JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: 3/4 : Ketiga : 1 5 April 2012 : Penambahbaikan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

Minggu ini merupakan minggu ketiga saya berpraktikum di sini. Saya dapati mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlu ditambahbaikan. Mungkin murid akan cepat bosan sekiranya aktiviti yang sama sahaja diulang-ulang setiap kali pengajaran. Oleh itu, saya hendaklah mencari jalan yang terbaik untuk menambahkan mutu pengajaran di dalam bilik darjah.

1. Analisis Masalah ini timbul kerana saya tidak tahu bagaimana untuk menjadikan pengajaran lebih menarik dan agak ketandusan idea untuk mendapatkan idea-idea aktiviti pengajaran yang lebih menarik. Melalui aktiviti menarik yang dilakukan, pada masa yang sama dapat meningkatkan kefahaman dan menarik minat murid untuk belajar. Saya risau murid akan bosan dan tidak seronok sewaktu pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. Oleh itu, saya harus cepat bertindak supaya masalah tersebut tidak berlaku.

2. Cadangan Tindakan Susulan e) Saya haruslah sentiasa merujuk dan meminta nasihat serta tips berguna daripada guru pembimbing supaya masalah ini dapat diatasi. f) Saya perlu sentiasa mencari maklumat berkenaan aktiviti menarik untuk pengajaran di laman sesawang. g) Saya perlu berfikir secara lebih kreatif dan memahami minat dan keperluan murid. h) Saya juga perlu bertukar-tukar pendapat daripada rakan-rakan yang mengenai aktiviti aktiviti yang menarik dan berkesan digunakan di

dalam bilik darjah.

3. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mengatasi masalah ini dalam masa yang terdekat bagi mengelakkan masalah ini di masa hadapan, terutama pada masa saya diselia. Saya harap dapat menambah baik pengajaran saya dari masa ke semasa supaya murid lebih cepat faham dan seronok semasa aktiviti dijalankan.

Disemak oleh guru pembimbing

Disahkan oleh pensyarah penyelia : . : .. : ..

Tandatangan : Tandatangan : Tarikh : Nama

Tarikh

Nama