Anda di halaman 1dari 4

6.

PELAKSANAAN

AKTIVITI

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

MENGGUNAKAN KAD DALIL AVU ZAR ZAD Kaedah baru yang akan saya gunakan untuk menangani masalah menulis Jawi dalam kalangan 30 murid 2 Optimis adalah Kad Dalil Avu Zar Zad. Kad Dalil Avu Zar Zad menggabungkan dua kaedah yang akan dapat menangani masalah murid tidak kenal huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan bagi menangani masalah murid tidak tahu apakah huruf Jawi yang boleh disambung dan huruf Jawi yang tidak boleh disambung. Pada sebelah kad, Teknik Dalil menunjukkan Jadual Kunci Huruf bagi menunjukkan huruf-huruf tunggal Rumi yang bersamaan huruf-huruf tunggal Jawi. Pada sebelah yang lain pula ditunjukkan Teknik Avu Zar Zad yang menunjukkan huruf-huruf Jawi yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung dengan huruf selepasnya. Huruf hamzah, alif, va, wau, zai, ro, zal dan dal atau dikenali sebagai Avu Zar Zad adalah huruf-huruf yang tidak boleh disambung. Pada kad, selepas huruf-huruf ini diletakkan symbol ( - ). Huruf-huruf Jawi selain daripada huruf-huruf Avu Zar Zad boleh disambung dengan huruf-huruf lain selepasnya. Pada kad, simbol (+) diletakkan. Berikut ialah aktiviti intervensi yang dijalankan dengan Kad Dalil Avu Zar Zad: 6.1 Aktiviti I: Kenali Dalil Cinta Jawi

Aktiviti Tak Kenal Maka Tak Cinta adalah bagi membolehkan saya memperkenalkan Kad Dalil kepada murid. Saya memberikan Kad Dalil Avu Zar Zad kepada setiap murid dan mengajar mereka bagaimana untuk menggunakan kad tersebut berdasarkan tahap pengetahuan sedia ada mereka sendiri. (Contoh Kad di Lampiran C). Pada permulaannya, saya membantu murid mengenal pasti persamaan huruf tunggal Rumi dengan huruf tunggal Jawi. Langkah seterusnya membezakan penggunaan huruf kaf dan qaf (iaitu huruf kaf di awal suku kata manakala huruf qaf di akhir suku kata). Seterusnya saya membimbing murid mengenali dan membezakan hurufhuruf diagraf dan huruf vocal di awal suku kata. Saya juga membimbing murid-murid menggunakan Kad Dalil untuk menulis suku kata mudah dalam tulisan Jawi. Pemerhatian: Sesi pengajaran dan pembelajaran sambil menggunakan Kad Dalil ternyata dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang meriah. 30 orang murid sasaran kajian juga

kelihatannya bersungguh-sungguh mengikuti sesi P&P sehingga waktu mata pelajaran Jawi tamat. Penerangan dan soal jawab sambil memegang Kad Dalil Avu Zar Zad ternyata dapat menarik minat murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P. Saya berpuas hati dan bersyukur dengan sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan murid. 6.2 Aktiviti II: Cuba-cubaan

Aktiviti cuba-cubaan adalah untuk menguji kemahiran murid menggunakan Kad Dalil bagi menjawab soala-soalan mengenai huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi serta bagi menguji kemahiran murid menyambung suku kata mudah dalam tulisan Jawi. Soal jawab secara lisan juga dijalankan bagi mengesan minat murid terhadap matapelajaran Jawi. Setelah soal jawab secara lisan iaitu memanggil murid secara bergilir-gilir untuk memberi jawapan terhadap soalan yang saya kemukakan, saya memberi beberapa soalan latih tubi kepada murid iaitu soalan-soalan yang mengandungi huruf tunggal Rumi. Saya meminta murid-murid menulis huruf Jawi yang mempunyai persamaan dengan huruf Rumi yang ada pada kertas latih tubi masing-masing dengan melihat Kad Dalil Huruf. Setelah semua murid selesai menulis jawapan masing-masing, saya menulis jawapan yang betul di papan tulis. Murid-murid diminta menandakan jawapan mereka, sama ada betul atau salah. Aktiviti seterusnya ialah menulis beberapa perkataan mudah dalam tulisan Jawi (suku kata terbuka dan suka kata tertutup). Tujuan aktiviti ini ialah untuk membiasakan murid menulis perkataan-perkataan tertentu menggunakan huruf Jawi. Sambil melihat kad, saya juga membantu murid-murid menulis perkataan-perkataan. Saya juga memandu murid dalam penulisan dengan menulis dua huruf Jawi yang perlu ada dalam setiap perkataan yang dihasilkan. Selain itu, gambar-gambar objek turut dilukis di sebelah perkataan yang hendak ditulis untuk membantu murid menulis dengan betul.

Pemerhatian: Saya dapati semua murid dapat memberikan jawapan yang tepat bagi setiap soalan yang dikemukan secara lisan di samping dapat menulis jawapan yang betul pada kertas latihan

masing-masing. Kegembiraan dan kepuasan jelas terbayang pada wajah mereka. Saya merasa sangat seronok selain berpuas hati dengan perubahan sikap mereka. 6.3 Aktiviti III: Kenali Avu Zar Zad, tiada lagi azab

Sambil meminta murid-murid memegang Kad Avu Zar Zad masing-masing, saya menerangkan mengenai huruf-huruf yang menghasilkan bunyi Avu Zar Zad dan menjelaskan bahawabahawa huruf-huruf tersebut boleh disambung di pangkalnya tetapi tidak di hujungnya. Selain daripada huruf-huruf Avu Zar Zad, huruf-huruf tersebut boleh disambung di pangkal dan di hujungnya. Saya juga menerangkan maksud symbol ( + ) dan ( - ) yang ada pada Kad Avu Zar Zad. Apabila sesuatu perkataan Jawi mengandungi salah satu huruf Avu Zar Zad, maka simbol ( - ) ditulis selepas huruf tersebut. Tapi jika huruf selain huruf Avu Zar Zad maka symbol ( + ) ditulis selepas itu. Setelah selesai simbol-simbol ditulis, saya meminta murid menyambung huruf-huruf. Saya memberi peringatan, sekiranya selepas sesuatu huruf ada tanda ( + ), maka huruf itu boleh disambungkan dengan huruf di hadapannya. Tetapi jika selepas sesuatu huruf ditulis symbol ( - ), maka huruf itu tidak boleh disambung dengan huruf selepasnya. Setelah memberi penerangan, saya juga menyoal murid secara lisan bagi mengenal pasti tahap pemahaman mereka. Pemerhatian: Saya dapati murid-murid memberi respons yang sungguh menakjubkan. Mereka seronok mencuba untuk menyambung huruf-huruf sambil menggunakan Kad Avu Zar Zad. 6.4 Aktiviti IV: Duga-dugaan

Aktiviti duga-dugaan adalah aktiviti memberi Soalan Latih Tubi Untuk bagi menguji kemahiran murid menggunakan Kad Avu Zar Zad untuk mengenal pasti huruf-huruf tunggal Jawi yang boleh disambung serta yang tidak boleh disambung. Apabila telah pasti mereka dapat memahami bagaimana untuk menggunakan kad, saya memberi soalan yang mengandungi huruf-huruf

tunggal Jawi. Saya meminta murid-murid menyambung huruf-huruf Jawi tersebut dengan menggunakan Jadual Teknik Avu Zar Zad. Soalan mengandungi 15 kata nama dan ditulis dalam huruf-huruf Jawi yang tidak bersambung. Murid-murid diminta menulis semula perkataan dalam tulisan Jawi dengan betul. Sepanjang menyiapkan latihan, murid-murid dibenarkan untuk menggunakan Kad Avu Zar Zad sebagai panduan. Setelah semua murid telah menyiapkan latihan mereka, saya meminta seorang demi seorang keluar ke papan hitam untuk menulis jawapan mereka. Pemerhatian: Murid kelihatan bersungguh-sungguh menyiapkan latihan. Apabila saya bertanya siapa yang mahu ke depan untuk menulis jawapan, semuanya mengangkat tangan masing-masing dan begitu yakin untuk ke depan kelas untuk menulis jawapan di papan hitam. Alangkah gembira rasanya di jiwa apabila melihat perubahan positif pada murid. 6.5 Aktiviti v

Sepatutnya berfokus untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Jawi (perlu diukur sama ada minat meningkat atau tidak!!)