Anda di halaman 1dari 181

BAB 1 PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI OBJEKTIF BAB Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1.

Mentakrifkan konsep komunikasi. 2. Menjelaskan perkembangan bidang komunikasi di Barat dan M alaysia. 3. Membincangkan ilmu komunikasi sebagai ilmu sains sosial. 1.1 PENGENA LAN Dalam bab ini kita akan membincangkan perkembangan dan pembangunan bidang komuni kasi yang menjadi salah satu cabang bidang ilmu serta semakin mendapat perhatian . Bidang komunikasi menjadi semakin penting kerana kebanyakan perkara yang dilak ukan memerlukan kita berkomunikasi. Kita tidak boleh hidup tanpa komunikasi. Cub a bayangkan apa akan berlaku apabila kita kehilangan orang yang disayangi sepert i ibu bapa tetapi kita tidak meluahkan perasaan sedih melalui komunikasi. Jika k eadaan ini berterusan maka perasaan tersebut akan mengganggu fikiran kita dan su kar untuk menerima hakikat yang telah ditentukan oleh Tuhan. Komunikasi penting dalam kehidupan kita sama ada kita sebagai individu, ahli keluarga, anggota masy arakat, pekerja sebuah organisasi dan rakyat sebuah negara. Justeru untuk memper kasakan diri sebagai individu, ahli keluarga, ahli organisasi dan sebagai pemimp in, seseorang itu perlu memahami proses komunikasi. Ini penting kerana ia dapat meningkatkan komunikasi dalam diri kita supaya kita dapat menjadi komunikator ya ng baik demi kecemerlangan diri kita sendiri, keluarga, organisasi mahupun negar a. Ilmu pengetahuan mengenai teori komunikasi akan membantu kita membuat peranca ngan terhadap sesuatu situasi dan kita cuba menyelesaikannya sehingga menghasilk an kejayaan. Tidak kira sama ada dalam pelbagai situasi seperti hubungan majikan dengan pekerja, 1

pembuatan keputusan oleh pemimpin terhadap sesuatu dasar, sepasang suami isteri yang menghadapi krisis rumah tangga dan lain-lain lagi, ada teori-teori komunika si tertentu untuk menerangkannya. 1.2 TAKRIF KOMUNIKASI Komunikasi ditakrifkan sebagai satu proses sistematik yang terjadi apabila indiv idu berinteraksi dengan simbol dan melalui simbol untuk mencipta dan mentafsir m akna. Menurut Dance (1976) konsep komunikasi mempunyai tiga tahap yang berbeza s eperti berikut: 1. Tahap pemerhatian (level observation) Tahap ini mengandaikan bahawa terdapat definisi komunikasi luas dan sempit. Seca ra umum, definisi komunikasi ialah proses merapatkan hubungan yang terasing di d unia ini (Ruesch, 1957). American College Dictionary (1964) mendefinisikan komun ikasi sebagai kaedah penghantaran mesej oleh tentera, arahan menggunakan telefon , telegraf, radio dan kurier, tetapi definisi ini agak terhad maksudnya kepada k aedah penghantaran mesej menggunakan peralatan tertentu. 2. Tahap tujuan/niat (i ntentionality) Komunikasi ialah keadaan sumber menyalurkan mesej kepada penerima untuk mempenga ruhi perlakuan penerima. Setiap proses komunikasi perlu mempunyai tujuan atau ni at oleh sumber (Miller, 1966). Komunikasi juga sebagai proses mewujudkan persama an antara dua orang atau lebih, sesuatu yang dikuasai oleh seseorang atau bebera pa orang (Gode, 1959). 3. Pertimbangan normatif (normative judgement) Tahap ini melihat sama ada takrifan komunikasi mempunyai kenyataan yang menyebut tentang kejayaan ataupun ketepatan proses komunikasi. Menurut Hoben (1954) komu nikasi merupakan pertukaran secara lisan sesuatu idea atau pandangan. Definisi i ni mengandaikan bahawa pertukaran idea atau pandangan tersebut telah berjaya dil aksanakan. Manakala Berelson dan Steiner (1964) berpendapat bahawa komunikasi ia lah proses pemancaran maklumat. Namun begitu, definisi ini tidak menyebut sama a da maklumat yang disalurkan diterima atau difahami atau sebaliknya. Berdasarkan tahap definisi komunikasi yang dibincangkan dapat disimpulkan bahawa komunikasi itu sesuatu yang luas, mempunyai tujuan 2

dan kesan ataupun sebaliknya. Selalunya proses komunikasi adalah kompleks dan be rubah mengikut situasi. Oleh itu, ada kalanya kita dapati komunikasi sebenarnya bukanlah ya ataupun tidak, hitam ataupun putih tetapi berada dalam suatu kontinum yan ujud antara definisi yang luas, tidak bertujuan dan tidak mempunyai apa-apa kesa n dan bergerak kepada satu penghujung lagi iaitu definisi yang sempit, bertujuan dan mempunyai kesan. Ini digambarkan dalam Rajah 1.1. Rajah 1.1 Perbandingan Tiga Tahap Definisi Komunikasi Definisi Komunikasi Defini si Komunikasi Sempit Bertujuan Ada kesan Agak luas Bertujuan Tiada kesan Luas Tidak bertujuan Tiada kesan Menurut Littlejohn (1996) perbahasan mengenai definisi komunikasi boleh dikatego rikan seperti dalam Jadual 1.1. Jadual 1.1 Perlakuan Berkaitan Komunikasi Perlakuan Penerima Tidak terima Perlakuan Tanpa Tujuan (Simptom) 1A perlakuan dengan simptom tidak ditanggap 1B simptom yang ditanggap secara tidak sengaja Perlakuan dengan Tujuan Bukan verbal 2A mesej bukan verbal yang tidak ditanggap 2B mesej bukan verbal secara tidak sengaja Verbal 3A mesej verbal tidak ditangga p 3B mesej verbal secara tidak sengaja Terima secara tidak sengaja Beri perhatian 1C 2C 3C simptom yang diberi mesej bukan verbal mesej verbal Sumber: Littlejohn. (1996) perhatian yang diberi yang diberi perhatian perhatian Sumber: Littlejohn. (1996). 3

1A 1B 1C 2A 2B 2C 3A 3B 3C Anda menguap, tiada siapa nampak. Anda menguap dan kawan anda nampak, tetapi tia da respons pada masa itu. Hanya selepas itu baru kawan anda tahu yang anda bosan dengan perkara yang diceritakan. Anda menguap, kawan anda bertanya Bosankah awak dengar cerita saya?. Mesej bukan verbal tidak diterima; anda melambai, kawan and a tidak nampak. Rakan anda minta maaf sebab tidak melambai kembali kerana tidak sedar anda melambai kepadanya. Anda melambai kawan anda kembali. Anda hantar sur at, kawan anda tidak terima. Anda memarahi anak anda kerana tidak mengemas bilik , anak anda tahu anda bercakap dengannya tapi dia tidak beri perhatian kepada ap a yang anda cakapkan. Anda memberi penerangan kepada sekumpulan pelajar yang ber minat mendengar perkara yang anda cakapkan. Daripada senarai perlakuan yang dibincangkan yang mana satu boleh dikatakan seba gai perlakuan komunikasi?. Mengikut Motley (1990) komunikasi dihadkan kepada mes ej yang secara sedar ditujukan kepada orang lain dan diterima oleh mereka (lihat Rajah 1.2). Sementara itu, Andersen (1991) berpendapat bahawa komunikasi meliba tkan perlakuan yang memberi makna kepada orang lain, secara sedar atau tidak (li hat Rajah 1.3). Clevenger (1991) sependapat dengan Motley (1990) yang menyatakan komunikasi merupakan mesej yang dihantar dan diterima secara sedar dengan niat. Lantaran agak sukar untuk menentukan niat atau tujuan komunikator, maka menurut Clevenger perlakuan komunikasi; perlu meliputi kedua-dua pemberian dan penerima an mesej seperti Rajah 1.4. Rajah 1.2 Model Penyampai Penerima (Motley, 1990) 1A 1B 1C 2A 2B 2C 3A 3B 3C 4

Rajah 1.3 Model Penyampai (Andersen, 1991) 1A 1B 1C 2A 2B 2C 3A 3B 3C Rajah 1.4 Model Perlakuan Komunikasi (Clevenger, 1991) 1A 1B 1C 2A 2B 2C 3A 3B 3C Sumber: Littlejohn. (1996). Terdapat perbezaan antara pandangan sarjana mengenai definisi komunikasi. Sudut pandangan berbeza ini disebut sebagai perspektif. Perspektif yang berbeza menjad ikan penyelidik membuat pelbagai persoalan dan membuat penyelidikan berlainan. P erspektif ini akan disentuh lebih lanjut dalam Bab 3. Oleh itu, definisi komunik asi perlu dinilai berdasarkan setakat mana para penyelidik dapat mencapai tujuan penyelidikan mereka dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul. Saya harap an da akan jelas dan mendapat gambaran sebenarnya definisi komunikasi. Kejelasan da n kefahaman anda penting bagi membolehkan anda mengikuti perbincangan seterusnya . Bolehkah anda mendefinisikan komunikasi dari perspektif anda sendiri? 1.3 PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI Dalam bahagian ini kita akan membincangkan bagaimana bidang komunikasi berkemban g. Kita akan meninjau perkembangan bidang komunikasi di Barat dan kemudian diiku ti perkembangan bidang ini di Malaysia. 5

1.3.1 Perkembangan di Barat Bidang komunikasi merupakan antara salah satu bidang pengajian yang semakin mend apat perhatian. Komunikasi mula menjadi tumpuan dengan perkembangan pesat teknol ogi komunikasi seperti radio, televisyen, telefon, satelit, rangkaian komputer d an politik dunia. Menurut Griffin (1997) zaman perkembangan komunikasi di Barat boleh dibahagikan kepada beberapa era tertentu: (a) Era Awal (1900 1950): Kebang kitan Retorik Guru-guru yang mengajar pengucapan menjadi ahli Jabatan Bahasa Inggeris lebih me nekankan persembahan lisan. Mereka dipandang rendah berbanding orang yang mempel ajari dan mengajar kesusasteraan. Namun begitu, pada tahun 1953 terdapat lebih 2 00 universiti dan kolej di Amerika Syarikat yang mengasingkan Jabatan Pengucapan dengan Jabatan Bahasa Inggeris. Pengasingan ini menunjukkan bahawa pengucapan a wam menjadi semakin penting. Kursus yang ditawarkan menekankan panduan praktik d alam mempengaruhi penerima melalui hebahan awam (public address), interpretasi l isan, drama, debat dan perbincangan meja bulat. Guru-guru menggunakan tulisan za man Greek dan Rome sebagai bahan rujukan. Plato, Aristotle, Cicero dan Quantilia n merupakan sumber bahan pengajian dalam hebahan awam. Kritik retorik antara akt iviti yang relevan pada masa itu. Ucapan sebagai elemen komunikasi kepada peneri ma khusus. Penekanan utama ialah analisis dan apresiasi sebagai strategi yang di gunakan oleh perucap untuk menyampaikan idea kepada para pendengar. (b) Era Komu nikasi dan Sains Sosial (1930 1960): Kesan Media Menurut Griffin (1997) peringka t kedua ialah era kebangkitan empat orang sarjana yang digelar bapa penyelidikan komunikasi. Schramm (1963) telah menamakan empat orang sarjana yang menggunakan p endekatan sains perlakuan untuk mengkaji kesan mesej pembujukan terhadap audien yang ramai. Mereka terdiri daripada Harold Lasswell - ahli sains politik membuat analisis propaganda Nazi untuk mengenal pasti kesan terhadap pendengar. Menurut Lasswell proses komunikasi mengandungi empat unsur siapa berkata apa, melalui s aluran mana, kepada siapa, dengan kesan apa. 6

Kurt Lewin ahli psikologi sosial dan beliau menolak kepimpinan autoritorian. Ole h itu, beliau telah mengkaji prejudis dan bagaimana kumpulan mempengaruhi ahli d alam kumpulan. Paul Lazarsfeld pakar sosiologi yang menubuhkan Bureau of Applied Social Research atau Biro Penyelidikan Sosial Gunaan di Universiti Columbia unt uk mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan dan sektor perniagaan. Beliau men jalankan penyelidikan radio yang menjadi perintis kajian tinjauan dan teknik kum pulan fokus untuk melihat impak penyiaran terhadap emosi. Karl Hovland ahli peny elidik psikologi meminati kajian tentang perubahan sikap. Beliau menguji kesan p embujukan terhadap kredibiliti sumber dan juga susunan hujah dalam mesej. Seoran g ahli sains sosial di Universiti Chicago iaitu Bernard Berelson (1959) mengangg ap penyelidikan komunikasi semakin malap kerana kesemua pengasas yang dikenal pa sti oleh Schramm telah bersara, meninggal dunia atau meninggalkan penyelidikan k omunikasi. Justeru, Schramm (1963) sendiri telah membentuk satu disiplin komunik asi untuk menyokong bidang sains sosial yang sedia ada iaitu psikologi, sosiolog i, sains politik, ekonomi dan antropologi. Schramm yang mempunyai pendidikan dal am bidang bahasa Inggeris merupakan jurnalis yang berjaya. Pada akhir tahun 1960 -an Schramm telah menubuhkan program Ijazah Kedoktoran (Ph.d) pertama dalam bida ng komunikasi massa di Universiti of Iowa. Beliau juga menubuhkan Institut Penye lidikan Komunikasi. Dengan penubuhan Institut Penyelidikan Komunikasi ini taraf pengajian komunikasi dapat ditingkatkan dan program yang sama telah dibentuk di Universiti Stanford. Dengan sumbangan beliau, Schramm dianggap sebagai bapa komu nikasi, iaitu pengasas bidang komunikasi yang tulen kerana beliau dari bidang ke wartawanan. (c) Era Revolusi Empirik (1950 1970): Teori dalam Tabung Uji Sekitar tahun 1950-an wujud Jabatan Pengucapan yang menawarkan kursus retorik ya ng mengandaikan ucapan pembujukan hanya memerlukan perucap yang beretika dan huj ah yang disampaikan ialah logik. Namun, ahli akademik muda dan terlatih dalam bi dang sains sosial tidak dapat menerima kenyataan berkenaan sebagai kebenaran. Me reka menguji kesahihan kenyataan ini dengan mengukur perubahan sikap. Pada tahun 1950 sekumpulan penyelidik komunikasi membentuk satu pertubuhan komunikasi yang dikenali kini sebagai International 7

Communication Association (ICA). Perubahan orientasi bidang komunikasi berlaku a pabila Shahnon dan Weaver (1949) mengasaskan model linear komunikasi dan David B erlo (1960) memudahkan model kepada empat bahagian asas iaitu Sumber Mesej Saluran Penerima Model SMCR merupakan satu cara piawai untuk melihat proses komunikasi. Ekoran da ripada perkembangan yang memberangsangkan, kebanyakan jabatan di universiti menu kar nama dengan menambah perkataan komunikasi. (d) Era Pergolakan 60-an (1960 19 70): Asas Pelancaran Komunikasi antara Perseorangan Sekitar tahun ini perkembang an bidang komunikasi dipengaruhi peristiwa yang berlaku di Amerika Syarikat. Pad a era ini pelbagai isu timbul seperti isu konfrantasi, hak asasi, rusuhan di ban dar-bandar, penglibatan Amerika Syarikat di Vietnam, demonstrasi di kampus-kampu s, Beatles, hippi, revolusi seks, budaya dadah, pembunuhan J.F.Kennedy dan adikn ya Robert, Marthin Luther King, Jr. dan Malcom X. Keadaan ini memberi kesan kepa da bidang komunikasi. Sebagai contoh komunikasi antara perseorangan diperkenalka n menggantikan pidato umum. Para pensyarah di universiti menganggap pengucapan a wam sebagai ketinggalan zaman dan jabatan-jabatan komunikasi berubah secara radi kal. Perkembangan ini termasuklah: Komunikasi antara perseorangan menggantikan p idato umum. Liputan kursus ialah pada interaksi yang tertumpu kepada ciri-ciri i ndividu. (ii) Para profesor menukar haluan dengan mengajar kursus komunikasi buk an verbal, membentuk kepercayaan, pendedahan kendiri (selfexposure), mengatasi k onflik dan isu-isu berkaitan. (iii) Fokus komunikasi bertukar daripada menerangk an kebenaran kepada menunjukkan kesetiaan kepada pasangan. Apa yang dinyatakan k urang penting berbanding bagaimana ia dituturkan dan kesannya terhadap orang lai n. Halangan menjadi lebih penting berbanding kandungan mesej. (iv) Jabatan-jabat an komunikasi antara perseorangan dan media menjadi semakin penting. Walaupun re torik menjadi kurang penting tetapi ia tidak hilang dan muncul kaedah baru untuk membuat analisis retorik. 8 (i)

(e) Era Retorik Baru (1965 1980) Edwin Black (1965) mengemukakan cara baru menganalisis ucapan. Burgess (1968) te lah menerbitkan artikel seperti The Rhetoric of Black Power dan The Rhetoric of Confrontation oleh Scott dan Smith (1969). Dalam artikel tersebut ucapan awam ti dak mempunyai kaitan dengan ucapan yang disediakan dengan rapi dan tidak diterim a akal. Para sarjana berpendapat bahawa hasutan sosial dan komunikasi bukan verb al memainkan peranan penting dalam penerimaan mesej. Dalam komunikasi massa pula didapati televisyen, filem dan muzik popular mempunyai pengaruh dalam membentuk budaya umum, tidak hanya memberi hiburan semata-mata. Menurut McLuhan (1967) me dia ialah mesej (the medium is the message). Ini bermakna teknologi komunikasi m empengaruhi perkembangan dan agen perubahan masyarakat. Sifat teknologi komunika si membolehkan individu berkomunikasi antara satu sama lain. Sekitar lewat 1970an perkembangan profesional pengucapan di Amerika Syarikat berbeza daripada Sarj ana di Eropah yang menggunakan analisis Marxis untuk melihat peranan media dalam membentuk nilai masyarakat. Mereka mengkritik kajian media oleh Amerika Syarika t yang katanya bebas tetapi sebenarnya menyokong kuasa ekonomi dan politik. Pand angan sarjana Eropah itu membantu para sarjana komunikasi Amerika Syarikat menda patkan maklumat untuk terus bertelagah dengan sarjana di Eropah. (f) Era Pencari an Model Sejagat (1970 1980) Berbeza dengan sarjana retorik yang cuba membuat kepelbagaian, saintis komunikas i cuba membuat penyatuan. Fokus penyelidikan bidang komunikasi ialah menemui sua tu teori besar kerana ia penting dalam proses komunikasi. Dalam bidang pidato um pamanya, penyelidik menekankan sebab berlaku kekhuatiran bercakap. Penyelidik di namika kumpulan pula menguji ciriciri dan gaya kepimpinan, manakala penyelidik k omunikasi massa cuba menguji ciri-ciri dan kesan keganasan program televisyen. M ereka dalam bidang pembujukan pula cuba mendapat jawapan kepada persoalan Apakah faktor kredibiliti sumber?. Pada masa yang sama, kajian komunikasi antara perseor angan meliputi pendedahan kendiri (self exposure), harga diri (self esteem), kom unikasi verbal dan mengatasi konflik. Menurut Kuhn (1970) sains yang matang meme rlukan model yang mantap tetapi ahli sains sosial dalam bidang komunikasi belum mencapai tahap tersebut. Dengan itu para penyelidik komunikasi mengejar impian 9

untuk mendapatkan model komunikasi yang boleh diterima umum sebagai menggambarka n proses komunikasi. Dalam usaha mengetahui faktor yang berkaitan dengan pembent ukan mesej dan interpretasi, kebanyakan buku yang ditulis sekitar 1970-an member i gambaran model proses komunikasi. Walau bagaimanapun, ia merugikan kerana anta ra model dihasilkan itu tiada satu pun yang dapat memberi gambaran secara menyel uruh tentang proses komunikasi. (g) Era Pergolakan dalam Bidang (1980 kini) Griffin menggunakan perkataan pergolakan bagi menggambarkan percubaan untuk mengka ji pencampuran idea dan tenaga kreatif serta tekanan yang berlaku dalam bidang k omunikasi masa kini. Penubuhan lebih banyak Jabatan Komunikasi dan bidang pengkh ususan, menyebabkan ramai pelajar berminat mengikuti kursus komunikasi antara pe rseorangan dan massa. Perkembangan bidang komunikasi keorganisasian, kemahiran k epimpinan, pengurusan konflik periklanan dan perhubungan awam menjadi trend pada masa ini dan menyebabkan lebih ramai pelajar yang mengikuti bidang tersebut. Pe nyelidikan komunikasi juga berkembang selari dengan perkembangan bidang penyelid ikan umum kerana bidang ilmu memerlukan proses penyelidikan untuk berkembang. Ru musan penyelidikan yang dijalankan oleh para penyelidik komunikasi ialah seperti Handbook of Interpersonal Communication dan Handbook of Organizational Communic ation. Banyak jurnal diterbitkan yang memuatkan artikel berasaskan penyelidikan. Antaranya ialah Communication Theory, Language and Social Interaction dan The J ournal of Social and Relationships. Daripada kandungan jurnal tersebut didapati lima aliran dalam pengajian komunikasi iaitu (i) Minat yang meningkat dalam peny elidikan interpretif (untuk memahami dan memberi interpretasi) terutama kajian t entang budaya dan kritik feminis yang cuba mengutarakan ketidakseimbangan kuasa. Lebih banyak kajian menggunakan kaedah etnografi iaitu tumpuan penganalisis med ia ialah terhadap bagaimana mesej ditafsirkan oleh setiap penonton berbanding ka jian sebelumnya yang tertumpu kepada kandungan mesej TV. Percubaan untuk menembu si minda dengan membentuk model struktur mental dan proses kognitif yang menjadi panduan kepada perlakuan komunikasi. Menumpu kepada fenomena percintaan, persah abatan dan kekeluargaan. Perpecahan dalam pengajian komunikasi sekitar 1990-an. 10 (ii) (iii) (iv) (v)

Bolehkan anda bezakan ciri-ciri setiap era berkenaan? 1.3.2 Perkembangan di Mala ysia Bidang komunikasi di Malaysia berkembang dengan pesat dan berperingkat-peringkat . Namun begitu, perkembangan pengajian komunikasi di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor keperluan industri media dan komunikasi negara. Menurut Syed Arabi (2002) sejarah dan perkembangan pengajian komunikasi di Malaysia dapat ditinjau menerusi empat fasa. Pada peringkat awal, bidang komunikasi di Malaysia dipengar uhi oleh bidang kewartawanan. Sebelum mencapai kemerdekaan, media cetak khususny a surat khabar memainkan peranan penting dalam masyarakat untuk memupuk semangat kebangsaan (Mohd Safar, 1996). Di peringkat ini peranan komunikasi ialah untuk politik dan sosioekonomi. Dari segi pengajian komunikasi dalam era ini tidak wuj ud secara formal. Fasa kedua yang bermula selepas Malaysia mencapai kemerdekaan memperlihatkan bidang komunikasi menjadi semakin berkembang dan mula mendapat pe rhatian. Salah satu titik awal perkembangan tersebut dalam fasa ini ialah apabil a operasi persuratkhabaran berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur. Perpindahan ini telah menjana sektor baru iaitu media cetak negara ini. Selain itu, sekitar tahun 1970-an pula bidang komunikasi di Malaysia berkembang lagi dengan wujudny a bidang penyiaran. Pada sekitar tahun 1960-an dan 1970-an keperluan latihan sec ara formal bagi ilmu komunikasi diperluaskan (Syed Arabi, 2002). Ini dapat dibuk tikan dengan tertubuhnya beberapa institusi yang bersifat profesional berhubung komunikasi. Antara institusi yang dimaksudkan ialah Berita Nasional Malayisa (BE RNAMA) pada tahun 1968 yang memfokus terhadap hal-ehwal kewartawanan. Pada tahun 1971 pula memperlihatkan tertubuhnya Institut Perhubungan Awam Malaysia dan pen ubuhan Institut Penyiaran Tun Abdul Razak pada tahun 1972 untuk memberi latihan dalam bidang penyiaran dan media elektronik. Fasa ketiga pula telah menyaksikan anjakan paradigma dalam bidang komunikasi negara. Pada fasa ini, ilmu yang merup akan amalan komunikasi mula memperlihatkan bidang-bidang baru selain bidang kewa rtawanan dan penyiaran. Latihan serta profesion dalam penyiaran radio, televisye n dan agensi berita mula digandingkan dengan bidang periklanan dan perhubungan a wam. 11

Pertengahan tahun 1970-an merupakan tahap kemunculan komunikasi sebagai satu bid ang pengajian formal. Pada fasa ini juga menyaksikan penubuhan beberapa institus i pengajian tinggi yang menawarkan bidang komunikasi massa khususnya sebagai sat u program pengajian. Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan institusi pengaj ian tinggi awam yang pertama menawarkan pengajian komunikasi dan diikuti dengan universiti-universiti awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1.2. Ha kikatnya pendidikan komunikasi pada fasa ini tidak terhad kepada para pengamal m edia sahaja sebagaimana fasa-fasa sebelum ini. Sebaliknya, bidang komunikasi pad a fasa ini lebih bersifat terbuka tetapi masih tertumpu kepada komunikasi massa khususnya penyiaran dan kewartawanan. Jadual 1.2 Sejarah Penubuhan Program Pengajian Komunikasi IPTA Malaysia Universiti Penubuhan Tahun 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Institut Teknologi MARA (Universiti Teknologi MARA) Universiti Kebangsaan Malays ia Universiti Malaya Universiti Pertanian Malaysia (Universiti Putra Malaysia) U niversiti Sains Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Universiti Saraw ak Malaysia Universiti Sabah Malaysia Universiti Utara Malaysia 1972 1975 1976 1979 1984 1990 1993 1994 1999 Fasa terakhir iaitu yang keempat bermula sekitar 1980-an telah menunjukkan perke mbangan pesat dan meluas dalam bidang komunikasi di samping pengajian. Seiring d engan perkembangan sosioekonomi negara, komunikasi menjadi semakin signifikan ap abila ia berjaya muncul sebagai salah satu bidang komersial. Pada peringkat awal hampir keseluruhan pusat pengajian tinggi awam di Malaysia menawarkan pengajian komunikasi massa. Namun, senario 1990-an dengan berkembangnya bidang perniagaan , maka bidang komunikasi di Malaysia 12

telah memperlihatkan kemunculan bidang-bidang baru seperti komunikasi keorganisa sian, komunikasi korporat, periklanan, teknologi komunikasi dan telekomunikasi d i universiti-universiti awam. Malah kini, teknologi komunikasi merupakan kompone n pengajian komunikasi yang semakin penting dan popular. Bidang teknologi komuni kasi tidak muncul sebagai satu aliran yang tersendiri. Boleh dikatakan hampir ke semua bidang komunikasi hari ini turut menjadi teknologi komunikasi sebagai komp onen ilmu bersama. Dengan erti kata lain ianya bersifat interdisiplin. Saya berh arap anda mendapat gambaran mengenai kronologi perkembangan bidang komunikasi di Barat dan Malaysia. Saya pasti anda dapat memperoleh maklumat yang lebih terper inci bagaimana perkembangan berlaku dalam sektor pengamal komunikasi pula. Mungk in juga anda dapat menyenaraikan badan atau institusi penyelidikan komunikasi ya ng ada di Barat dan Malaysia atau mungkin anda berminat mendapat maklumat penubu han Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia. Oleh itu, ja dikan persoalanpersoalan ini sebagai perangsang pembelajaran anda dalam topik pe rkembangan bidang komunikasi ini. Bolehkan anda namakan tokoh-tokoh kewartawanan yang ternama di Malaysia? 1.4 KOMUNIKASI SEBAGAI DISIPLIN SAINS SOSIAL Bidang komunikasi bukan satu perkara yang baru. Manusia zaman kuno sudah pun ber komunikasi. Namun yang membezakan penelitian terhadap ilmu komunikasi banyak ber kaitan dengan cara, proses dan perantaraan yang digunakan. Pada peringkat awalny a perbincangan komunikasi berkisar tentang simbol, isyarat dan bahasa diikuti de ngan penulisan. Bidang ini terus berkembang seiring dengan kemunculan peralatanperalatan berkomunikasi dan media massa. Justeru itu, jika ditinjau latar belaka ng ilmu komunikasi pada peringkat awalnya, ia banyak dipengaruhi oleh bidang-bid ang sains sosial yang lain seperti psikologi, sosiologi, politik, ekonomi dan ju ga sains tulen seperti kejuruteraan dan elektronik (Rogers, 1994). Hasil penelit ian terhadap bidang-bidang sains sosial yang lain didapati beberapa teori utama bidang berkaitan telah menyumbang kepada kerangka ilmu komunikasi. Sebagai conto h, Teori Evolusi oleh Darwin akhirnya telah mencetuskan idea dan penelitian terh adap komunikasi bukan lisan. Manakala teori Freud iaitu Teori Psikoanalitik pula 13

dibuktikan telah menyumbang kepada kerangka pengajian ilmu pemujukan yang dipelo pori oleh Carl Hovland. Dalam pada itu, Teori Kritikal oleh Karl Marx pula memba ntu bidang kajian kesan media dari politik-ekonomi komunikasi. Daripada kupasan tersebut, nyata bahawa bidang komunikasi merupakan satu ilmu yang mempunyai hubu ng kait dengan ilmu-ilmu sains sosial yang lain. Tidak menghairankan jika ada ya ng berpendapat bahawa komunikasi merupakan satu bidang yang agak baru. Hal ini b erlaku kerana komunikasi sering memerlukan bidang lain bagi menyokong penjelasan nya. Oleh yang demikian, ia banyak dikaitkan dengan ilmuilmu lain yang lebih kel ihatan dominan, maka idea utamanya secara tidak langsung juga turut tenggelam. M enurut Rogers (1994), komunikasi sebagai satu bidang ilmu yang dikendalikan oleh institusi pengajian tinggi mula diperkenalkan oleh Schramm. Schramm yang sering dikenali sebagai tokoh dan bapa komunikasi telah memperkenalkan program komunik asi massa pertama dunia pada tahun 1943 semasa beliau menjadi Pengarah Iowa Jour nalism School. Pada ketika itu kajian dan bidang komunikasi amat menumpukan kepa da soal-soal kewartawanan seiring dengan keperluan dan senario semasa. Hasil dar ipada inisiatif beliau maka muncullah pusat-pusat pengajian ilmu komunikasi baru di universiti-universiti Amerika Syarikat. Usaha Schramm dikatakan sebagai penc etus kepada pengajian ilmu komunikasi secara formal dan di peringkat pengajian t inggi serata dunia. Justeru itu, tidak menghairankan jika pengajian komunikasi s ering kali disinonimkan dengan ilmu media massa. Ini kerana pengajian media mass a merupakan antara bidang pelopor yang telah menjadikan pengajian komunikasi pop ular serta terkenal. Selepas tahun 1960-an barulah horizon komunikasi ini diteri ma luas mencakupi komunikasi antara budaya, perhubungan awam, pemujukan, perikla nan, komunikasi organisasi, komunikasi pembangunan, teknologi komunikasi, teleko munikasi dan sebagainya. Saya harap anda mendapat gambaran mengenai ilmu komunik asi sebagai disiplin ilmu sains sosial. Ilmu komunikasi mempunyai hubung kait de ngan ilmu-ilmu sains sosial yang lain. Tidak menghairankan jika dikatakan bidang komunikasi ialah bidang baru. Mungkin anda mempunyai pandangan mengenai topik i ni. Senaraikan pandangan anda dan simpan, kita akan bincangkan pada perjumpaan a kan datang. 14

SOALAN DALAM TEKS 1. 2. Huraikan tiga tahap mengenai konsep komunikasi. Perkembangan bidang komunikasi b oleh dibahagikan kepada beberapa era. Bezakan era awal kebangkitan retorik dan e ra retorik baru. Semak jawapan anda di akhir bab ini. Adakah anda bersetuju bahawa ilmu komunikasi ialah ilmu sains sosial?. Beri seba b pilihan anda. Griffin, E. (1997). A first look at communication theory (3rd ed.). New York: Mc Graw-Hill. Littlejohn, S.W. (1996). Theories of human communication (5th ed). Ne w York: Wadsworth. 1.5 RUMUSAN Bab ini memberi gambaran mengenai definisi komunikasi. Ia membincangkan elemen-e lemen yang berkait dengan komunikasi. Sejarah perkembangan komunikasi turut dimu atkan dalam bab ini. Ia merangkumi perkembangan komunikasi di Barat dan Malaysia . Selain itu, topik bab ini juga menerangkan ilmu komunikasi sebagai disiplin sa ins sosial. Bab seterusnya akan membincangkan konsep, peranan dan proses pembent ukan teori dalam penyelidikan komunikasi. SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. 2. Nyataka n empat orang sarjana barat yang digelar bapa penyelidikan komunikasi. Apakah fakt or-faktor yang menyumbang kepada perkembangan bidang komunikasi di Malaysia? 15

3. Bincangkan pengaruh bidang sains sosial yang lain terhadap pengajian komunikasi. Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. (a) Tahap pemerhatian (level observation) Tahap ini mengandaikan bahawa terdapat definisi komunikasi luas dan sempit. Seca ra umum, definisi komunikasi ialah proses merapatkan hubungan yang terasing di d unia ini (Ruesch, 1957). American College Dictionary (1964) mendefinisikan komun ikasi sebagai kaedah penghantaran mesej oleh tentera, arahan menggunakan telefon , telegraf, radio dan kurier, tetapi definisi ini agak terhad maksudnya kepada k aedah penghantaran mesej menggunakan peralatan tertentu. (b) Tahap tujuan/niat ( intentionality) Komunikasi ialah keadaan sumber menyalurkan mesej kepada penerim a untuk mempengaruhi perlakuan penerima. Setiap proses komunikasi perlu mempunya i tujuan atau niat oleh sumber. Komunikasi juga sebagai proses menyatakan persam aan antara dua orang atau lebih, sesuatu yang dikuasai oleh seseorang atau beber apa orang. (c) Pertimbangan normatif (normative judgement) Tahap ini melihat sama ada takrifan komunikasi mempunyai kenyataan yang menyebut tentang kejayaan ataupun ketepatan proses komunikasi. Komunikasi merupakan pert ukaran secara lisan dan sesuatu idea atau pandangan. Definisi ini mengandaikan b ahawa pertukaran idea atau pandangan tersebut telah berjaya dilaksanakan. Komuni kasi juga ialah proses pemancaran maklumat. Namun begitu, definisi ini tidak men yebut sama ada maklumat yang disalurkan diterima atau difahami atau sebaliknya. 2. Perbandingan era awal kebangkitan retorik dan retorik baru Era Awal (1900 195 0) Kebangkitan Retorik Guru-guru yang mengajar pengucapan menjadi ahli Jabatan B ahasa Inggeris lebih menekankan persembahan lisan. Mereka dipandang 16

rendah berbanding orang yang mempelajari dan mengajar kesusasteraan. Namun begit u pada 1953 terdapat lebih 200 universiti dan kolej di Amerika Syarikat yang men gasingkan Jabatan Pengucapan dengan Jabatan Bahasa Inggeris. Pengasingan ini men unjukkan bahawa pengucapan awam menjadi semakin penting. Kursus yang ditawarkan menekankan panduan praktik dalam mempengaruhi penerima melalui hebahan awam (pub lic address), interpretasi lisan, drama, debat dan perbincangan meja bulat. Guru guru menggunakan tulisan zaman Greek dan Rome sebagai bahan rujukan. Plato, Aris totle, Cicero dan Quantilian merupakan sumber bahan pengajian dalam hebahan awam . Kritik retorik antara aktiviti yang relevan pada masa itu. Ucapan sebagai elem en komunikasi kepada penerima khusus. Penekanan utama ialah analisis dan apresia si sebagai strategi yang digunakan oleh perucap untuk menyampaikan idea kepada p ara pendengar. Era Retorik Baru Edwin Black telah mengemukakan cara baru mengana lisis ucapan. Burgess telah menerbitkan artikel seperti The Rhetoric of Black Po wer dan The Rhetoric of Confrontation oleh Scott dan Smith. Dalam artikel terseb ut ucapan awam tidak mempunyai kaitan dengan ucapan yang disediakan dengan rapi dan tidak diterima akal. Para sarjana berpendapat bahawa hasutan sosial dan komu nikasi bukan verbal memainkan peranan penting dalam penerimaan mesej. Dalam komu nikasi massa pula didapati televisyen, filem dan muzik popular mempunyai pengaru h dalam membentuk budaya umum, tidak hanya memberi hiburan semata-mata. Menurut McLuhan media ialah mesej (the medium is the message). Ini bermakna teknologi ko munikasi mempengaruhi perkembangan dan agen perubahan masyarakat. Sifat teknolog i komunikasi membolehkan individu berkomunikasi antara satu sama lain. Sekitar l ewat 1970-an perkembangan profesional pengucapan di Amerika Syarikat berbeza dar ipada Sarjana di Eropah yang menggunakan analisis Marxis untuk melihat peranan m edia dalam membentuk nilai masyarakat. Mereka mengkritik kajian media oleh Ameri ka Syarikat yang katanya bebas tetapi sebenarnya menyokong kuasa ekonomi dan pol itik. Pandangan sarjana Eropah itu membantu para sarjana komunikasi Amerika Syar ikat mendapatkan maklumat untuk terus bertelagah dengan mereka di Eropah. 17

BAB 2 TEORI OBJEKTIF BAB Setelah mempelajari bab ini, anda akan boleh: 1. Mentakrifkan makna teori. 2. Membandingkan teori, konsep dan model. 3. Membezakan teori induktif d an deduktif. 4. Mengenal pasti proses penyelidikan dan pembentukan teori. 2.1 PE NGENALAN Dalam bab ini kita akan membincangkan pembangunan dan peranan teori dalam penyel idikan komunikasi. Para saintis mengandaikan bahawa teori ialah kebenaran dan be rhubung kait dengan lima deria iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa da n bau. Ia menggabungkan penemuan dan membina satu cabang ilmu yang kolektif meng enai bagaimana dunia berfungsi. Para saintis yakin bahawa apabila sesuatu kebena ran ditemui, ia akan diiktiraf sebagai kebenaran sepanjang zaman. Saintis berpen dapat bahawa teori yang baik sebagai mencerminkan alam semula jadi dan sebagai m odel realiti yang tidak akan berubah sehingga keadaan berubah. Mereka juga berpe ndapat bahawa teori memberi penerangan dan hubungan berkenaan konsep yang berbez a dan tidak semua teori mampu memberi penjelasan, penerangan, penilaian dan rama lan yang sama. Justeru, bab ini akan menerangkan takrifan teori, perbezaan teori , konsep dan model, fungsi teori serta proses pembentukan teori. 2.2 TAKRIFAN TE ORI Apakah yang dimaksudkan dengan teori? Teori didefinisikan sebagai suatu konstruk si manusia menerangkan fenomena mengikut sudut pandangan tertentu. Ia juga merup akan kenyataan yang mengandungi konsep untuk memerihal, menerang, meramal atau m emahami dan mengawal, serta membina semula sesuatu penjelasan tentang fenomena y ang diamati (Cragan dan Shields, 1998). 19

Menurut Griffin (1997) teori merupakan peta kebenaran bagi jawapan sementara yan g dibentuk berdasarkan persoalan mengenai sesuatu fenomena. Manakala Kerlinger ( 1973) berpendapat bahawa teori ialah himpunan konsep, takrifan dan definisi yang berkait dan memberi gambaran secara sistematik mengenai fenomena dengan menjela skan hubungan antara pemboleh ubah. Tujuannya ialah untuk menerangkan dan merama lkan fenomena tersebut. Saya harap anda mendapat gambaran mengenai takrifan teor i. Mungkin anda mempunyai pandangan lain mengenai definisi teori. Anda boleh sen araikan definisi teori mengikut pandangan anda dan ia akan dibincangkan bersama saya di perjumpaan akan datang. Bolehkah anda kemukakan beberapa andaian yang boleh dijadikan teori sebagai pand uan untuk anda menjalani kehidupan seharian. 2.3 PERBANDINGAN TEORI, KONSEP DAN MODEL Menurut Syed Arabi (1998) teori mempunyai beberapa peranan dan ciri. Antara pera nan teori ialah Penerangan Suatu teori yang baik dapat menerangkan sebab berlaku nya sesuatu fenomena. Dengan menggunakan teori yang relevan, seorang penyelidik dapat menerangkan kaitan antara dua atau lebih konsep. (ii) Penjelasan Teori dap at menjelaskan sebab wujudnya sesuatu fenomena dengan menyatakan konsep yang ter dapat dalam teori berkenaan. (iii) Ramalan Jika sekiranya kita mendapati berlaku suatu fenomena dan dapat pula memperincikan beberapa konsep dalam fenomena ters ebut maka kita boleh meramalkan bahawa fenomena tersebut akan berlaku pada masa depan andainya terdapat konsep yang berkenaan dalam teori kita. (iv) Pengawalan penyelidikan Teori mendorong seseorang penyelidik membuat sesuatu bentuk kajian. Jika sesuatu teori tidak dapat dipertahankan lagi, maka penyelidik tersebut aka n menjauhkan diri daripada melakukan kajian atau cuba memperkenalkan konsep lain (i) 20

dalam usaha memastikan teori tersebut. Jika teori dinyatakan sebagai telah diuji maka sarjana akan lebih berminat untuk memperincikan konsep terdapat dalam teor i tersebut. Teori juga mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara cirinya ialah Teori merupakan suatu kenyataan yang bersifat tetap dan konsisten. Ini bermakna pertal ian antara pemboleh ubah yang dinyatakan dalam teori itu tidak berubah daripada satu kajian lain yang bertujuan menerangkan, menjelaskan atau meramalkan berlaku nya sesuatu fenomena. (ii) Bagi menerangkan fenomena yang sama tidak seharusnya berlaku percanggahan antara satu teori dengan teori yang lain. Jika sesuatu teor i bercanggah dengan teori lain, ini akan menimbulkan lebih banyak persoalan dari pada penjelasan. (iii) Teori perlu dinyatakan dengan mudah, sempurna dan jelas t entang sesuatu. Lebih terperinci sesuatu teori, maka lebih tinggi kemungkinan te ori itu diterima oleh para ahli sains sosial. (iv) Teori hendaklah mengandungi k onsep yang membolehkan pengkaji membuat ujian. Suatu teori yang baik bermakna ia telah diuji dan sentiasa pula akan diuji. Oleh itu, teori ialah suatu kenyataan yang tidak muktamad kerana ia sentiasa diuji. Sementara itu, konsep ialah satu bentuk pernyataan atau takrifan. Konsep merupakan pernyatan yang dapat menjelask an ciri sesuatu perkara. Malahan ia membantu, membentuk dan memahami situasi. Ko nsep dalam komunikasi mengandungi elemen seperti sumber, penerima, mesej, salura n, maklum balas, gangguan dan persekitaran. Sumber ialah lokasi atau tempat yang berlaku ketika proses komunikasi. Ia melibatkan sama ada individu, kumpulan ata u sesiapa sahaja yang memulakan komunikasi dengan membentuk mesej. Contohnya, me dia massa seperti televisyen, radio, surat khabar dan sebagainya menjadi sumber bagi khalayak memperoleh maklumat. Dalam situasi krisis misalnya, jurucakap orga nisasi akan dikenali sebagai sumber. Penerima merupakan individu, kumpulan atau orang ramai yang merupakan sasaran mesej (Narimah dan Saodah, 2002). Bergantung pada jenis komunikasi, penerima boleh terdiri daripada seorang manusia, sebilang an kecil manusia, sekelompok manusia atau khalayak yang ramai. Penerima lazimnya bukan hanya mereka yang mendengar ungkapan sumber atau menyaksikan perlakuannya malah mereka yang boleh (i) 21

bertindak balas terhadap mesej yang disalurkannya. Misalnya komunikasi organisas i, penerima boleh terdiri daripada staf atau pekerja, rakan sekerja atau pihak p engurusan. Mesej pula merupakan gagasan idea dan perasaan yang dikongsi bersama antara sumber dan penerima. Mesej boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk dan tu juan. Contohnya, seorang guru menyampaikan informasi mengenai pengajaran kepada pelajar, kaunselor memberikan khidmat nasihat kepada remaja yang bermasalah, war tawan menulis artikel di akhbar dan lain-lain lagi. Mesej yang disampaikan mengi kut situasi dan keperluan khalayak. Mesej bukan hanya boleh terbentuk dalam kead aan lisan tetapi juga bukan lisan seperti bahasa isyarat dan bahasa badan. Menur ut Amundson, 1993 (dalam Devito, 2000), hasil kajian menunjukkan 93 peratus dari pada mesej disampaikan secara bukan lisan manakala hanya tujuh peratus sahaja me lalui lisan. Bahasa isyarat seperti pukulan beduk menandakan waktu sembahyang ba gi orang Islam, asap digunakan oleh kaum Red Indian di Amerika dan lain-lain lag i. Bahasa badan turut digunakan untuk menyampaikan mesej. Ia bertujuan untuk mem berikan penekanan terhadap maksud sesuatu mesej. Sebagai contoh melalui mimik mu ka seseorang, kita dapat menilai sama ada individu berkenaan sedang marah, gembi ra, sedih, sakit dan sebagainya. Selain itu, pergerakan tangan, badan, gaya berp akaian, pergerakan mata dan penggunaan ruang juga menunjukkan mesej tertentu. Me sej berada dalam dua keadaan iaitu secara tersurat dan tersirat. Mesej yang disa mpaikan secara tersurat sering digunakan ketika memberi penerangan dan penjelasa n seperti di bilik darjah, dewan kuliah dan mahkamah. Namun begitu, mesej tersir at banyak digunakan oleh sasterawan dalam penghasilan syair, pantun dan sebagain ya. Mesej tersirat memerlukan penelitian terlebih dahulu sebelum membuat interpr etasi makna. Saluran merupakan usaha sumber menghantar mesejnya yang sudah diola h. Simbol yang telah diolah akan diungkapkan jika sumber mahu menyampaikan mesej nya secara lisan, dicatatkan jika sekiranya mesej mahu disampaikan dalam bentuk lukisan, digayakan jika mahu disampaikan melalui tarian atau digambarkan sekiran ya mahu disampaikan secara visual. Lazimnya, jika di tempat kerja, pihak penguru san akan menyalurkan mesej dalam bentuk lisan seperti mengeluarkan arahan dalam perhimpunan dan sebagainya. Acap kali juga mesej disalurkan secara bukan lisan s eperti menulis surat pekeliling, surat 22

arahan, memo, mel elektronik dan sebagainya. Komunikator juga boleh memilih untu k menyampaikan mesejnya secara bersemuka seperti dalam perbincangan, penasihatan dan kaunseling (Abdul Muati, 2003). Maklum balas ialah tindak balas atau respons penerima terhadap mesej yang diterimanya. Dengan kata lain maklum balas ialah m aklumat yang diberi oleh penerima kepada sumber berdasarkan mesej yang telah dit erimanya. Maklum balas daripada penerima dirangka untuk meneruskan aliran maklum at antara kedua-dua belah pihak. Apabila sumber menerima maklum balas, dia akan menggunakan maklumat itu untuk memandu ungkapan atau perlakuan seterusnya. Tanpa maklum balas komunikasi mungkin akan terhenti atau rosak, terutama apabila pene rima tidak mendapat maklumat yang cukup. Penerima akan membuat tafsiran atau kes impulan sendiri berdasarkan andaian. Kerap kali andaian begini tersasar dan tida k memenuhi apa yang dihasratkan oleh sumber. Gangguan pula melibatkan apa sahaja yang terdapat dalam persekitaran yang menggugat penghantaran dan penerimaan mes ej. Kedua-dua pihak komunikator hendaklah bekerja keras mengatasi gangguan ini. Umpamanya sumber hendaklah bercakap lebih kuat dan penerima hendaklah memberi se penuh tumpuan kepada ungkapan sumber. Gangguan terbahagi kepada dua iaitu ganggu an fizikal dan gangguan psikologikal. Gangguan fizikal biasanya datang dari alam sekeliling komunikator seperti bunyi bising enjin kenderaan, suara orang lain b erbual, bunyi alat pendingin hawa, bunyi mesin, jentera dan sebagainya. Gangguan psikologikal pula terdapat dalam minda komunikator sendiri seperti tidak mampu memberikan tumpuan fikiran, berkhayal, menganggap mesej tidak mustahak dan sebag ainya. Persekitaran ialah tempat sesuatu komunikasi berlaku. Seseorang individu sentiasa melakukan proses komunikasi dalam persekitarannya. Dalam erti kata lain proses komunikasi tidak boleh berlaku dalam keadaan vakum. Sebagai contoh, seor ang pensyarah memberi pengajaran di dewan kuliah, menonton televisyen di restora n, perbincangan di bilik mesyuarat dan sebagainya. Dalam proses komunikasi, pers ekitaran membantu kepada pembentukan komunikasi berkesan. Misalnya, perjalanan p rogram seminar memerlukan penyediaan kelengkapan dan peralatan yang lengkap. Ant aranya kemudahan hawa dingin, mikrofon, teknologi komputer, alat pandang dengar serta perabot yang selesa membolehkan mesej disampaikan tanpa gangguan terutaman ya gangguan fizikal. Namun, tidak dapat dinafikan 23

kadang kala berlakunya gangguan dalam persekitaran yang dipilih oleh sumber. Ole h itu, sumber harus memilih persekitaran yang selesa bagi khalayak untuk menerim a dan memahami mesej yang disampaikan. Bagi konsep model pula, ia ialah satu gam baran simbolik mengenai sesuatu fenomena atau satu rajah mengenai teori atau ker angka konsep. Sesuatu model memberi tumpuan pada struktur atau kandungan dalam s esuatu fenomena atau konsep dan perkaitan antaranya. Kesemua ini dipersembahkan dalam bentuk rajah. Kadang kala istilah model digunakan secara bertukar ganti deng an teori (Bell, 1990). Kedua-duanya ialah cara untuk menjelaskan kerangka konsep ( conceptual framework). Namun model sering kali menggunakan analogi untuk menggam barkan sesuatu fenomena secara visual atau grafik. Oleh itu, model bertujuan mem bantu menjelaskan dan menfokus pada isu-isu penting mengenai sesuatu fenomena ya ng dikaji. Cuba lakarkan model proses komunikasi yang berlaku dalam kursus yang sedang anda ikuti. 2.4 PENDEKATAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF Bahagian ini berhubung kait dengan pendekatan induktif dan deduktif. Penerangan meliputi definisi, proses dan peranan pendekatan induktif dan deduktif dalam pem bentukan teori. 2.4.1 Pendekatan Induktif Pendekatan induktif ialah satu proses logik yang memberi penjelasan umum berdasa rkan pemerhatian spesifik. Dalam pendekatan induktif penyelidik bermula dengan s atu set dapatan kajian atau hasil kajian dari sesebuah penyelidikan dan berusaha untuk membangunkan satu penjelasan teoritikal daripada hasil tersebut (Baxter d an Babbie, 2004). Dalam erti kata lain, pendekatan induktif ialah berdasarkan ke pada pemerhatian terhadap sesuatu kes menggambarkan sesuatu teori atau set prins ip. Contoh persoalan kajian yang dihasilkan berasaskan model indukti ialah penye lidik mendapati bahawa remaja kerap menggunakan Short Messaging Service (SMS) di mana-mana sama ada di perpustakaan, dalam kelas, semasa berjalan, menaiki keret a dan lain-lain lagi. Ini membuatkan penyelidik tertanya-tanya mengapa remaja me nggunakan SMS? Berapa kerap remaja menggunakan SMS?. Pemerhatian seumpama ini bo leh menghasilkan persoalan kajian yang berasaskan logik induktif. 24

Pendekatan induktif ialah penyelidik mencari nya. Seterusnya penyelidik akan memerhatikan erapa kes yang lain. Akhir sekali penyelidik untuk menjelaskan perkaitan dalam semua kes ekatan Deduktif

satu kes dan memerhatikan perkaitan perkaitan yang serupa itu dalam beb akan membentuk satu teori yang umum yang telah diperhatikan. 2.4.2 Pend

Dalam pendekatan deduktif, penyelidik akan memulakan kajiannya dengan menguji se suatu teori untuk menjelaskan sesuatu pemerhatian. Dengan itu penyelidik akan me ngumpul data mengenai sesuatu kes dan menggunakan teori tersebut untuk menjelask an data yang diperoleh. Pendekatan deduktif pula menggunakan satu proses logik y ang bermula dengan kesimpulan yang umum dan membuat ramalan berdasarkan pengujia n terhadap pemerhatian yang spesifik. Ia bermula daripada persoalan umum kepada pernyataan yang khusus. Persoalan kajian dihasilkan berasaskan pada model dedukt if (iaitu pengetahuan mengenai prinsip umum) membolehkan penyelidik membuat rama lan atau menggunakannya pada satu-satu kes yang spesifik. Ciri-ciri deduktif men ggariskan wujudnya satu pola yang boleh diandaikan secara logik atau berasaskan teori pemerhatian ke pola yang diandaikan itu akan diuji, sama ada ia wujud atau pun tidak. Dengan yang demikian penyelidikan berkenaan ialah berdasarkan pada te ori atau hipotesis. Selepas data dikumpulkan, dapatan kajian itu akan digenerali sasikan pada satu populasi yang besar. Sebagai contoh, andaikan seorang majikan ingin mengetahui peratusan pekerjanya yang menggunakan komunikasi ketika menjala nkan tugas. Setelah menjalankan kajian penyelidik mendapati bahawa 80 peratus da ripada pekerja menggunakan komunikasi ketika menjalankan tugas. Jika penyelidik mengandaikan bahawa lebih daripada separuh pekerja menggunakan komunikasi supaya kerja menjadi efektif berdasarkan pada data itu, maka penyelidik telah mengguna kan logik deduktif dalam membuat kesimpulan terhadap data itu. Ini bererti dalam pendekatan deduktif, penyelidik akan memulakan proses penyelidikan dengan seseb uah teori mengenai sesuatu tingkah laku, kemudian akan membentuk strategi penyel idikan dan mengumpul data untuk menguji teori tersebut. Rajah 2.1 menggambarkan perkaitan antara pendekatan induktif dan deduktif. 25

Rajah 2.1 Perkaitan antara Induktif dan Deduktif Teori Induktif Deduktif Pengumpulan data Penyelidik Induktif (Bermula dengan data) Deduktif (Bermula dengan teori) Fikirkan tentang fenomena komunikasi masyarakat Malaysia kini. Apakah teori-teor i yang boleh dibina berdasarkan pendekatan induktif dan deduktif. 2.5 PROSES PENYELIDIKAN DAN PEMBENTUKAN TEORI Anda harus ingat bahawa penyelidikan ialah suatu susunan pengalaman secara siste matik, yang digunakan oleh para sarjana bagi mencari jawapan kepada persoalan ko munikasi atau fenomena lain yang berkaitan. Oleh itu, elok kita lihat apakah pro ses penyelidikan yang kita perlu lalui bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan fenomena komunikasi. Menurut Miller dan Nicholson (1976) setiap proses penyelid ikan dimulakan dengan pertanyaan soalan-soalan. Penyelidikan yang dijalankan dap at menjawab soalan dengan cara teratur dan sistematik. Menurut Littlejohn (1996) yang bersetuju dengan pandangan Miller dan Nicholson (1976) iaitu seseorang yan g ingin menjalankan penyelidikan perlu bertanya soalan-soalan seperti, Apakah fen omena tersebut? Bagaimana harus kita namakan sesuatu fenomena? atau bertanya soalan -soalan berkaitan dengan nilai estetika perkara yang kita perhatikan seperti, Ada kah fenomena yang berlaku memberi kesan?. Adakah perkara tadi tepat? Sebagai contoh , Kenapa komunikasi di tempat kerja penting? Apakah hubungan komunikasi berkesan de ngan pengurusan pentadbiran dalam organisasi?. 26

Peringkat kedua proses penyelidikan ialah pemerhatian iaitu melihat secara objek tif perkara yang dikaji. Kaedah pemerhatian yang digunakan berbeza mengikut kese suaian kajian yang dijalankan oleh penyelidik. Ada yang berminat mengkaji rekod dan artifak, ada yang melibatkan diri dalam pemerhatian, ada yang menggunakan pe ralatan dan uji kaji yang terkawal, dan ada yang membuat kajian tinjauan menggun akan soal selidik atau borang temu bual. Semua kaedah yang digunakan dirancang b agi mendapatkan jawapan kepada persoalan yang dibentuk pada tahap pertama. Conto h, membuat soal selidik dan edar kepada pasangan yang mendirikan rumah tangga un tuk mengetahui keberkesanan komunikasi dalam mengekalkan keharmonian rumah tangg a. Peringkat ketiga ialah membentuk jawapan. Pada peringkat ini, para penyelidik cuba memberi definisi, menerang dan menjelaskan bagi membuat pertimbangan. Cont ohnya, hasil kajian yang dianalisis menunjukkan kerap berkomunikasi dan berbinca ng antara pasangan menjadikan hubungan lebih intim. Kaitan antara tiga peringkat dalam proses penyelidikan ini dapat dilihat seperti dalam Rajah 2.2. Rajah 2.2 menunjukkan setiap peringkat berkait dengan peringkatperingkat lain dan saling m empengaruhi antara satu sama lain. Pemerhatian merangsang persoalan-persoalan ba ru. Teori pula dapat dicabar oleh pemerhatian dan persoalan. Teori juga dapat me njurus pada persoalan-persoalan baru dan sebahagian pemerhatian dikenal pasti se bagai teori. Ini dapat dilihat daripada proses pembentukan teori. Rajah 2.2 Peringkat dalam Proses Penyelidikan Persoalan Teori Pemerhatian Suatu teori ialah persoalan atau kenyataan sementara berkenaan sesuatu fenomena komunikasi yang perlu kita uji sebelum mendapat jawapan. Selepas suatu teori dib entuk, teori masih lagi diuji sehingga kepastian dapat dibuat. Proses menguji te ori ialah proses penyelidikan. Tanpa penyelidikan kita tidak dapat membentuk teo ri yang mantap dan umum bagi menerangkan pelbagai aspek komunikasi. 27

Saya harap anda mendapat gambaran mengenai proses penyelidikan dan pembentukan t eori. Ia penting kerana dalam penyelidikan teori memainkan peranan penting. Teor i mempunyai hubung kait dalam penyelidikan. SOALAN DALAM TEKS 1. Apakah yang dimaksudkan dengan teori? 2. Apakah ciri-ciri teori? 3. Bagaimana kah teori dibentuk dalam penyelidikan? Semak jawapan anda di akhir bab ini. Pada pendapat anda, adakah teori diperlukan dalam sesebuah penyelidikan? Griffin, E. (1997). A first look at communication theory (3rd ed.). New York: Mc Graw-Hill. Littlejohn, S.W. (1996). Theories of human communication (5th ed.). N ew York: Wadsworth. 2.6 RUMUSAN Bab ini telah menjelaskan definisi dan peranan teori. Teori menerangkan, mengawa l, membina semula sesuatu penjelasan mengenai fenomena. Dalam proses penyelidika n, peranan teori diperlukan. Terdapat tiga peringkat dalam proses penyelidikan. Antaranya ialah mengemukakan soalan, membuat pemerhatian atau mengumpul data dan akhirnya membuat penjelasan, pertimbangan atau menghasilkan teori. Diharapkan p erbincangan dalam bab ini dapat membantu anda untuk mengikuti Bab 3 dan seterusn ya yang membincangkan secara terperinci mengenai pendekatan teori komunikasi dar i segi strukturalisme, fungsionalisme, kritikal dan budaya. 28

SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. 2. 3. Apakah fungsi teori? Bincangkan elemen-elemen komunikasi yang wujud dalam proses komunikasi. Bandingkan pendekatan indukti dan deduktif dalam penyelidikan. Semak jawapan anda di akhir bab ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Teori didefinisikan sebagai suatu konstruksi manusi a menerangkan fenomena mengikut sudut pandangan tertentu. Ia juga kenyataan yang mengandungi konsep untuk memerihal, menerang, meramal atau memahami dan mengawa l serta membina semula sesuatu penjelasan tentang fenomena yang diamati. Teori m erupakan peta kebenaran bagi jawapan sementara yang dibentuk berdasarkan persoal an mengenai sesuatu fenomena. Malah teori merupakan himpunan konsep, takrifan da n definisi yang berkait dan memberikan gambaran secara sistematik mengenai fenom ena dengan menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah. Tujuannya ialah untuk mene rangkan dan meramalkan fenomena tersebut. 2. Ciri-ciri teori Teori merupakan sua tu kenyataan yang bersifat tetap dan konsisten. Ini bermakna pertalian antara pe mboleh ubah yang dinyatakan dalam teori itu tidak berubah daripada satu kajian l ain yang bertujuan menerangkan, menjelaskan atau meramalkan berlakunya sesuatu f enomena. (ii) Bagi menerangkan fenomena yang sama tidak seharusnya berlaku perca nggahan antara satu teori dengan teori yang lain. Jika sesuatu teori bercanggah dengan teori lain, ini akan menimbulkan lebih banyak persoalan daripada penjelas an. (iii) Teori perlu dinyatakan dengan mudah, sempurna dan jelas tentang sesuat u. Lebih terperinci sesuatu teori, maka lebih tinggi kemungkinan teori itu diter ima oleh para ahli sains sosial. 29 (i)

(iv) Teori hendaklah mengandungi konsep yang membolehkan pengkaji membuat ujian. Suatu teori yang baik bermakna ia telah diuji dan sentiasa pula akan diuji. Ole h itu, teori ialah suatu kenyataan yang tidak muktamad kerana ia sentiasa diuji. 3. Proses pembentukan teori dalam penyelidikan Peringkat pertama dalam proses p enyelidikan dimulakan dengan bertanya soalan. Penyelidikan yang dijalankan dapat menjawab soalan dengan cara teratur dan sistematik. Peringkat kedua proses peny elidikan ialah pemerhatian iaitu melihat secara objektif perkara yang dikaji. Ka edah pemerhatian yang digunakan berbeza mengikut kesesuaian penyelidikan. Kaedah kajian yang digunakan perlu dirancang bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan yang dibentuk pada tahap pertama. Peringkat ketiga ialah membentuk jawapan. Pad a peringkat ini, para penyelidik cuba memberi definisi, menerang dan menjelaskan bagi membuat pertimbangan. Kaitan antara tiga peringkat dalam proses penyelidik an ini dapat dilihat seperti berikut: Menerusi rajah yang dipaparkan setiap peri ngkat berkait dengan peringkat-peringkat lain dan saling mempengaruhi antara sat u sama lain. Pemerhatian merangsang persoalan-persoalan baru. Teori pula dapat d icabar oleh pemerhatian dan persoalan. Teori juga dapat menjurus kepada persoala n-persoalan baru dan sebahagian pemerhatian dikenal pasti sebagai teori. Ini dap at dilihat daripada proses pembentukan teori. Suatu teori ialah persoalan atau k enyataan sementara berkenaan sesuatu fenomena komunikasi yang perlu kita uji seb elum mendapat jawapan. Selepas suatu teori dibentuk, teori masih lagi diuji sehi ngga kepastian dapat dibuat. Proses menguji teori ialah proses penyelidikan. Tan pa penyelidikan kita tidak dapat membentuk teori yang mantap dan umum bagi mener angkan pelbagai aspek komunikasi. Peringkat dalam Proses Penyelidikan Persoalan Teori 30 Pemerhatian

BAB 3 PENDEKATAN PEMIKIRAN TEORI KOMUNIKASI OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Menjelaskan peranan pendekatan pemikiran terhadap pembentukan teori. 2. Mengenal pasti lima pendekatan atau paradigma yang menghasilkan teori. 3. Menerangkan ciri-ciri seti ap pendekatan teori komunikasi. 4. Membezakan fokus setiap pendekatan tersebut. 5. Menjelaskan kesan setiap pendekatan tersebut terhadap pembentukan teori-teori komunikasi. 3.1 PENGENALAN Berdasarkan dua bab terdahulu, anda pastinya sudah mempunyai kefahaman yang baik tentang apa itu teori komunikasi. Dalam bab dua khususnya anda telah didedahkan dengan proses pembentukan sesuatu teori. Walau bagaimanapun, untuk memantapkan pemahaman anda terhadap apa yang telah dipelajari dan juga menyediakan pemahaman yang lebih jelas bagi bab seterusnya, bab ini akan membincangkan tentang bebera pa pendekatan pemikiran atau paradigma yang membentuk sesuatu teori. Ringkasnya bab ini akan menjelaskan kepada anda kenapa ada begitu banyak teori dan juga men gapa adakalanya sesuatu fenomena itu ada pelbagai teori yang menjelaskannya. 3.2 APAKAH PENDEKATAN PEMIKIRAN? Teori bukan merupakan satu yang statik dan tetap. Pada ketika tertentu, bukan sa haja teori baru yang tercipta malah teori yang terdahulu juga mungkin dirombak d an diolah semula. Sebagaimana yang dijelaskan dalam bab satu, hal ini wujud kera na manusia atau kehidupan ini adalah dinamik dan sentiasa berubah. Memandangkan kehidupan berubah maka 31

teori juga turut berubah. Kebiasaannya perubahan itu pula adakala bukan sesuatu yang baru tetapi ia merupakan satu pengubahsuaian terhadap perkara yang terdahul u. Teori merupakan satu aktviti yang melibatkan proses mencari jawapan dan memah ami sesuatu perkara. Manusia sebenarnya terlibat dalam mencari jawapan apabila a da usaha untuk mengetahui atau mencari kebenaran tentang apa yang berlaku. Dalam pada itu pula cara dan kaedah yang akan kita gunakan untuk mencari jawapan kepa da persoalan tersebut merupakan satu perkara yang cukup penting. Hakikatnya cara atau kaedah yang digunakan pastinya akan memberi kesan terhadap jawapan itu kel ak. Perkara inilah yang menjadi topik perbincangan dalam bab ini. Dengan memaham i pendekatan pemikiran atau paradigma, maka ia dapat memberi kefahaman yang lebi h mantap terhadap usaha memahami sesuatu teori. Cuba anda imbau kembali zaman ka nak-kanak anda, zaman remaja anda dan kini zaman dewasa anda. Apakah cara berpak aian atau perkara yang anda tuturkan sama saja pada setiap zaman tersebut. Hakik atnya perubahan dan perbezaan yang terbentuk itu digerakkan atau disandarkan ter hadap sesuatu asas. Sandaran atau asas tersebutlah yang dimaksudkan dengan pende katan pemikiran atau paradigma. Pendekatan pemikiran merujuk kepada cara atau ka edah dalam memahami dan menjelaskan sesuatu perkara. Sebenarnya apabila anda men jelaskan atau melakukan sesuatu perkara, ada asas atau sandaran tertentu yang me mbimbing kenyataan atau perbuatan anda. West dan Turner (2003) mentakrifkan pend ekatan pemikiran atau paradigma sebagai suatu tradisi keintelektualan yang meman du atau mendasari sesuatu idea. Tradisi keintelektualan (paradigma) sebenarnya m empengaruhi nilai, matlamat dan juga kaedah menyelidik dalam menghasilkan sesuat u teori. Justeru itu, sangat penting untuk anda memahami paradigma yang mendasar i teori yang bakal anda pelajari dan amalkan. Paradigma menyediakan suatu cara u mum dalam meneliti serta memahami aktiviti komunikasi. Sementara teori pula iala h suatu penjelasan yang khusus terhadap tingkah laku komunikasi tertentu. Perkai tan antara teori dan paradigma dapat divisualkan menerusi Rajah 3.1. Mungkin jug a anda tertanya-tanya apakah paradigma itu dimaksudkan sebagai suatu definisi te rhadap sesuatu perkara. Apakah paradigma boleh diertikan sebagai latar belakang sesuatu teori? Sesuatu paradigma 32

menjelaskan proses dan prinsip memahami sesuatu perkara. Pertama, paradigma menj elaskan tentang persoalan realiti yang wujud iaitu pengetahuan-pengetahuan yang ada di sekeliling kita. Misalnya, apakah betul masyarakat boleh dikawal melalui kawalan terhadap media. Keduanya paradigma menjelaskan kepada kita persoalan bag aimana dan proses dalam menjelaskan sesuatu fenomena itu. Umpamanya cara kita ma kan, ada yang menggunakan tangan, ada yang menggunakan sudu, chopstick dan sebag ainya. Terakhir ialah nilai yang dipegang oleh sesuatu paradigma. Setiap pendeka tan mempunyai falsafah atau nilai yang tersendiri. Sebagai contoh kita hendak me ngukur kekayaan. Ada yang berpendapat kita perlu ukur dengan jumlah wang tunai y ang ada, segolongan orang lain berpandangan harus diukur dengan harta benda yang dimiliki dan ada kumpulan lain mengatakan mesti diukur dengan berapa jumlah sah am. Jadi kita menjelaskan sesuatu perkara itu dengan nilai yang berbeza. Ketigatiga inilah yang menjadikan kelainan antara paradigma yang ada. Rajah 3.1 Perkaitan Teori dan Paradigma PARADIGMA TEORI Apabila anda membaca setiap jenis paradigma yang akan dibincangkan nanti, cuba k enal pasti tiga perkara asas dalam paradigma yang dibincangkan sebentar tadi. Se suatu paradigma kebiasaannya kukuh dan bertahan untuk satu jangka waktu tertentu . Paradigma juga berubah apabila wujud aliran pemikiran yang baru sesuai dengan perubahan semasa. Menurut Thomas Kuhn (1970), paradigma akan mengambil masa untu k menjadi satu aliran pemikiran yang kukuh. Kata Kuhn lagi, satu paradigma itu a kan digantikan dengan paradigma lain apabila wujud penemuan atau idea baru yang dapat memberikan pemahaman terhadap sesuatu fenomena. Oleh yang demikian, paradi gama bukan satu tetapi banyak. Paradigma dalam konteks disiplin komunikasi boleh dikategorikan dalam dua bentuk iaitu pendekatan awal dan pendekatan kontemporar i. 33

Sebagaimana senarai di sebelah, pendekatan awal merujuk kepada pendekatan i dan ii. Manakala pendekatan kontemporari pula merujuk kepada pendekatan iii, iv dan v. (i) (ii) (iii) (iv) (v) Pendekatan strukturalis. Pendekatan tingkah laku. Pen dekatan sistem. Pendekatan budaya. Pendekatan kritikal. Dalam disiplin komunikasi, teori-teori komunikasi dikatakan bermula dengan pemik iran tentang proses maklumat menerusi pemikiran sibernetik (West dan Turner, 200 3). Pemikiran tersebut menjelaskan model unggul komunikasi iaitu komunikasi seha la. Ia juga dikenali sebagai pendekatan strukturalis. Seterusnya pendekatan stru kturalis mempunyai kesinambungan dengan pendekatan tingkah laku. Pendekatan-pend ekatan seterusnya pula memperlihat kerangka pemikiran yang agak berbeza dengan d ua pendekatan awal. 3.3 PENDEKATAN STRUKTURALIS Revolusi industri lewat abad ke-19 merupakan titik tolak penting dalam sejarah d unia. Revolusi itu bukan sahaja mencetuskan era baru ekonomi masyarakat tetapi j uga cara kehidupan dan seterusnya cara manusia berfikir. Sebelum revolusi terseb ut, masyarakat hidup dalam satu sistem yang tidak begitu kompleks. Setiap aktivi ti manusia tidak melibatkan kegiatan yang bersifat besar-besaran. Dari segi kegi atan ekonomi, manusia melakukan aktiviti secara bersendirian atau kecil-kecilan. Organisasi pada ketika itu tidak mempunyai tumpuan terlalu khusus dan cara yang digunakan tidak melibatkan sumber-sumber yang pelbagai. Pada era revolusi indus tri, organisasi beroperasi secara berskala besar dan berorientasikan mesin. Wuju dnya cara-cara khusus dan peranan khusus setiap individu yang terlibat dalam keg iatan ekonomi. Oleh yang demikian idea-idea tentang kaedah terbaik menyusun dan mengatur organisasi menjadi aspek penting setiap pemikiran ketika itu. Begitulah juga halnya dengan pemikiran proses komunikasi pada masa itu. Komunikasi diliha t sebagai satu proses khusus yang melibatkan dua pihak dalam mempengaruhi khalay ak atau penerima. Pendekatan klasik dikenal pasti sebagai salah satu hasil akiba t revolusi industri. 34

3.3.1 Ciri Pendekatan Strukturalis Pendekatan ini yang juga dikenali sebagai pendekatan klasik (Miller, 2003), menj adikan mesin sebagai metafora dalam membicarakan pemikiran-pemikirannya. Dalam k onteks komunikasi kepengurusan, Henri Fayol, Max Weber dan Frederick Taylor meru pakan antara tokoh yang banyak mempengaruhi aliran pemikiran ini. Tokoh-tokoh te rsebut banyak membicarakan pengurusan yang berjaya dalam era pengeluaran secara massa. Pemikiran strukturalis memberi penekanan terhadap aspek mengurus masyarak at atau organisasi sebagai satu proses mencapai matlamat. Apa saja yang dilakuka n perlu menjurus ke arah membentuk hasil yang diimpikan. Untuk memahami idea-ide a Fayol, Weber dan Taylor dengan baik, anda disaran merujuk halaman 6-16 buku Mi ller, K. (2003). Organizational communication: Approaches and processes (3rd ed. ). Belmont: Wadsworth/Thomson Learning. Sebagai contoh, setiap perlakuan komunik asi dalam sesuatu masyarakat adalah bertujuan untuk mencapai matlamat menjadikan masyarakat itu mempunyai kehidupan yang lebih baik. Kegiatan komunikasi ialah u ntuk memastikan wujud kestabilan dalam masyarakat. Dalam hal ini pihak yang bert anggungjawab mengurus masyarakat seperti kerajaan akan memastikan proses serta b entuk komunikasi itu menyumbang kepada keadaan yang stabil dalam masyarakat. Dal am 50 dekad dahulu, semua maklumat dan proses menyampai maklumat dikawal sepenuh nya oleh kerajaan. Segala maklumat dan penglibatan aktiviti mendidik pembangunan masyarakat datangnya daripada kerajaan. Masyarakat hanya berfungsi sebagai pene rima. Semua aktiviti pembangunan oleh kerajaan akan dikomunikasikan oleh satu pi hak seperti Jabatan Penerangan menerusi radio dan televisyen. Hampir semua media kepada masyarakat dikawal oleh kerajaan. Paradigma tersebut jelas menunjukkan b ahawa wujud peranan tertentu agensi kerajaan dalam menyampaikan maklumat. Begitu juga halnya dalam sesebuah organisasi. Pihak pengurusan bertanggungjawab bagi m erancang dan melaksanakan proses komunikasi yang akhirnya dapat menjamin matlama t organisasi tersebut tercapai. Para pengurus perlu membentuk kaedah dan peranan setiap ahli organisasi dalam berkomunikasi. Dengan cara yang sedemikian maka se tiap ahli akan berkomunikasi sesuai dengan fungsi masing-masing. 35

Menerusi kedua-dua contoh yang dibincangkan sebentar tadi, pendekatan struktural is secara umumnya memperlihat idea bagaimana sesuatu sistem diurus supaya sistem tersebut stabil. Antara ciri penting pendekatan ini ialah (i) Pengkhususan (spe cialization). (ii) Pemiawaian (standardization). (iii) Boleh diramal (predictabl e). (a) Pengkhususan Dalam organisasi terbentuknya bahagian-bahagian tertentu. Kesemua bahagian terse but pula sebenarnya berangkai dan mempunyai pertalian antara satu sama lain. Nam un demikian setiap bahagian tersebut mempunyai fungsi dan peranan tertentu bagi memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar. Diyakini dengan wujudnya p engkhususan maka perjalanan organisasi lebih teratur. Individu pula boleh menjad i lebih produktif kerana pengkhusus menjadikan mereka semakin cekap. (b) Pemiawa ian Aspek kedua yang membentuk pendekatan ini ialah pemiawaian. Dengan adanya pi awaian atau satu kayu ukur terhadap bahagian-bahagian organisasi, maka bahagian tersebut boleh ditukar ganti terhadap manamana organisasi lain. Dari segi komuni kasi, fungsi televisyen dalam masyarakat di Malaysia umpamanya sama sahaja dalam masyarakat di Singapura. Oleh yang demikian fungsi televisyen antara Malaysia d an Singapura boleh ditukar ganti apabila diperlukan. (c) Boleh diramal Sebagaimana yang dimetaforakan, pendekatan ini diumpamakan sebagai satu mesin. S ifat mesin boleh diramal. Apa saja yang menjadi input sudah boleh dijangkakan ha silnya. Hal ini berlaku kerana ada peraturan yang mengawal dan memandu input ter sebut demi mancapai matlamatnya. Peraturan dilihat sebagai satu proses yang bole h dijangkakan hasilnya berdasarkan cara-cara ia dilaksanakan. 3.3.2 Komunikasi d alam Paradigma Strukturalis Berasaskan perbincangan terdahulu, terdapat beberapa prinsip penting yang dikait kan dengan paradigma strukturalis. Jika anda telah membaca teks di halaman 6 hin gga 16 buku Miller (2003), anda akan mendapati beberapa prinsip penting tersebut . Ciri-ciri pendekatan ini secara lebih 36

khusus menunjukkan bahawa paradigma strukturalis memberi penekanan terhadap stru ktur organisasi (seperti hierarki, tahap-tahap pekerja, kawalan), kuasa (autorit i, kepentingan kuasa yang sah), bentuk pekerjaan (pengkhususan dan reka bentuk s aintifik), dan sikap (khususnya kepentingan pengikut terhadap organisasi). Bagi memastikan bahawa prinsip-prinsip tersebut berlaku maka proses komunikasi memain kan peranan besar terhadap organisasi. Penekanan atau idea komunikasi berdasarka n paradigma ini dikenal pasti sebagaimana dalam Jadual 3.1 yang meliputi kandung an komunikasi iaitu arah aliran komunikasi, saluran komunikasi dan bentuk komuni kasi. Manakala dari segi tugasan pula meliputi komunikasi atas iaitu pihak super ior kepada pihak subordinat, lebih tertumpu kepada bentuk tulisan dan menekankan ciri-ciri formal. Jadual 3.1 Ciri Komunikasi dalam Pendekatan Strukturalis Kandungan komunikasi Ar ah aliran komunikasi Saluran komunikasi Bentuk komunikasi Tugasan Komunikasi ata s ke bawah Komunikasi tulisan Formal Amalan dan penjelasan tingkah laku komunikasi dalam paradigma ini banyak berkisa r kepada persoalan mewujudkan pengurusan organisasi yang cekap dan berkesan. Ind ividu bawahan atau khalayak difokuskan sebagai objek yang perlu dikawal bagi men jamin matlamat organisasi tercapai. Untuk itu perbincangan komunikasi lebih tert umpu terhadap peranan dan fungsi yang harus dimainkan oleh komunikator atau peny ampai agar penerima dapat memahaminya dengan betul. Selain itu, idea-idea atau t eori-teori dalam era paradigma strukturalis ini cenderung mengupas persoalan apa dan bagaimana komunikator perlu bertindak. Sementara khalayak pula disifatkan s ebagai pasif yakni kebiasaannya bertingkah laku hanya sebagai penerima sahaja. D aripada idea paradigma ini maka model kerangka komunikasi disifatkan sebagai mod el yang tidak kompleks. Justeru itu, teori-teori yang muncul ketika era paradigm a ini dominan ialah teori-teori yang bersifat komunikasi sehala dan lebih tertum pu kepada penjelasan terhadap komunikator. Jika anda meneliti, teori komunikasi yang awal banyak tertumpu terhadap teori komunikasi massa dan teori komunikasi b ersifat sehala dalam membentuk mesej. Antara teori yang dimaksudkan ialah sepert i Teori Peluru Ajaib, Teori Strukturalis Fungsionalis, Teori Pemimpin Pendapat d an pelbagai lagi. 37

3.4 PENDEKATAN TINGKAH LAKU Sesuatu paradigma seperti yang dinyatakan seawal bab ini bersifat tidak statisti k. Ia berubah mengikut persekitaran dan idea-idea pemikir pada satu-satu masa. B egitu juga dengan paradigma strukturalis yang bertahan hampir 40 dekad sebelum m uncul satu lagi pendekatan pemikiran baru yang dikenali sebagai pendekatan tingk ah laku (behaviourist) atau hubungan manusia (human relations). Pendekatan tingk ah laku kognitif ini merupakan satu kesinambungan paradigma yang terdahulu. Seba gaimana juga pendekatan yang terdahulu, terdapat beberapa pemikir yang mendasari asas pendekatan tersebut. Ingatkah lagi anda nama beberapa pemikir dalam pendek atan sebelum ini? Sementara itu Abraham Maslow, Douglas McGregor dan Frederick H erzberg ialah antara tokoh yang dikaitkan dengan pendekatan ini. Tokoh-tokoh ter sebut mewakili pemikir yang membincangkan sistem organisasi yang memberi penekan an terhadap aspek kemanusiaan dalam idea-idea mereka. Paradigma ini dikatakan be gitu dominan sekitar tahun 1930-an hingga 1960-an. Untuk memahami idea-idea Masl ow, McGregor dan Herzberg dengan mendalam, anda disaran merujuk halaman 30-37 bu ku Miller, K. (2003). Organizational communication: Approaches and processes (3r d ed.). Belmont: Wadsworth/Thomson Learning. 3.4.1 Ciri Pendekatan Tingkah Laku Paradigma ini dikesan muncul hasil satu penyelidikan yang dikenali sebagai kajia n Hawthorne. Kajian tersebut yang diketuai oleh Elton Mayo berminat untuk menget ahui apakah perubahan persekitaran kerja organisasi boleh mengakibatkan produkti viti yang lebih baik. Pada asasnya kajian Mayo ini kelihatan tidak begitu berbez a dengan idea para sarjana dalam paradigma strukturalis. Namun begitu Mayo tidak berminat dengan apa yang dikemukakan oleh paradigma strukturalis sebagai mempen garuhi produktiviti. Sebaliknya Mayo cuba membuktikan bahawa faktor kemanusiaan dalam persekitaran kerja berperanan besar dalam mempengaruhi produktiviti bukann ya faktor ganjaran kewangan semata-mata. Antara ciri pendekatan ini ialah peneka nan terhadap faktor kemanusiaan iaitu perhatian, interaksi sosial dan pencapaian individu. (a) Perhatian Dalam apa juga aktiviti pekerjaan atau produktiviti, nilai kemanusiaan perlu dib eri perhatian. Manusia harus dilayan sebagai individu yang 38

berperasaan dan bukannya sebagai mesin. Untuk itu bagi menggerakkan sesebuah org anisasi, masyarakat dan sistem, bukan prosedur atau peraturan yang akan menentuk an kejayaannya. Sebaliknya proses ke arah mencapai matlamat itu perlulah menerap kan amalan yang memaparkan perhatian seperti sokongan dan motivasi kendiri ahliahli. (b) Interaksi sosial Hubungan sesama ahli daripada pelbagai peringkat iala h satu keperluan. Dengan mewujudkan hubungan antara satu sama lain, sesuatu sist em itu menjadi semakin kukuh. Hubungan dan jaringan sesuatu sistem itu menurut p aradigma ini menjadi kukuh bukan kerana struktur tetapi ikatan kemanusiaan yang wujud. Interaksi yang wujud juga akan membentuk pemahaman dan perkongsian maklum at (pengurangan ketidakpastian) yang akhirnya menjadikan setiap ahli di setiap p eringkat faham dan tahu tindakan yang harus diambil bagi melancarkan aktiviti or ganisasi. (c) Pencapaian individu Kepada para pemikir pendekatan ini, mereka percaya bahawa individu sebenarnya me mpunyai keperluan atau kehendak yang perlu dipenuhinya. Keperluan kendiri merupa kan satu aspek penting untuk dicapai individu kerana dengan mencapainya maka ind ividu boleh mendapat kepuasan. Pencapaian individu merujuk kepada kepuasan keman usiaan, bukan kepuasan yang berbentuk material atau kewangan. Oleh itu, pengharg aan dari segi pencapaian, ruang memberi pendapat, terlibat dalam proses buat kep utusan dan galakan maklum balas daripada ahli organisasi atau masyarakat merupak an amalan yang dapat membantu pencapaian individu. 3.4.2 Komunikasi dalam Pendek atan Tingkah Laku Sebagaimana juga kupasan pendekatan strukturalis, pengaruh atau kesan pendekatan ini boleh diteliti menerusi kerangka yang sama seperti kandungan komunikasi, ar ah aliran komunikasi, saluran dan bentuk komunikasi. Idea komunikasi berdasarkan pendekatan ini diringkaskan menerusi Jadual 3.2. Jadual 3.2 menunjukkan kandung an komunikasi, arah aliran komunikasi dan bentuk komunikasi. Dari segi tugasan d an hal sosial pula, arah aliran komunikasi lebih menumpukan kepada komunikasi me negak dan komunikasi mendatar, menekankan saluran bersemuka dan berbentuk tidak formal. 39

Jadual 3.2 Ciri Komunikasi dalam Pendekatan Tingkah Laku Kandungan komunikasi Ar ah aliran komunikasi Saluran komunikasi Bentuk komunikasi Tugasan dan hal sosial Komunikasi menegak komunikasi mendatar Komunikasi bersemuka Tidak formal dan Dalam pendekatan tingkah laku, komunikasi dilihat berperanan dalam mewujudkan ik lim persekitaran yang menggalakkan interaksi semua pihak. Justeru itu, interaksi antara pihak yang memimpin dan pihak yang dipimpin tidak terhad kepada aspek ke rja semata-mata. Malah kandungan komunikasi turut menyentuh hal-hal sosial pihak terlibat. Kandungan komunikasi yang bersifat sosial dikenali sebagai komunikasi penyelenggaraan yang (maintenance communication) berfungsi untuk mempertahankan kualiti hubungan. Pembentukan interaksi sosial bukan sahaja dapat mewujudkan ja linan hubungan malah ia juga dapat menyumbang kepada kepuasan individu. Sebagaim ana menurut Maslow, terdapat kepuasan yang berbentuk bukan fizikal diperlukan ol eh individu. Kepuasan tersebut dapat dicapai menerusi hubungan sosial. Malah kep uasan sosial merupakan prasyarat penting yang perlu dicapai sebelum kepuasan-kep uasan lain dicari. Untuk itu, komunikasi berkisar kepada aspek-aspek sosial pent ing kepada individu sebagai motivasi dan kepuasan kerja. Pernahkah anda berasa g embira atau bersemangat untuk bekerja apabila ketua anda memuji-muji kerja anda? Adakah anda bermotivasi apabila ketua anda mengalualukan dan menerima cadangan anda dalam menyelesaikan sesuatu perkara? Sebagai usaha mewujudkan jalinan hubun gan yang baik antara semua pihak, interaksi tidak harus dihadkan. Malah untuk me mbentuk perasaan kerja yang baik interaksi daripada semua peringkat harus digala kkan. Untuk menggalakkan penglibatan ahli-ahli dalam sesuatu sistem atau organis asi, arah aliran daripada pihak atasan kepada pihak bawahan, daripada pihak bawa han kepada pihak atasan dan aliran sesama peringkat perlu berlaku. Dengan cara y ang sedemikian para ahli di dalam organisasi tidak disifatkan hanya sebagai mesi n. Pemikiran ini telah secara langsung mengubah tanggapan bahawa model komunikas i bukan sehala tetapi wujud keadaan timbal balik. Penerima juga memerlukan komun ikasi yakni melakukan maklum balas terhadap 40

komunikator. Dengan berbuat demikian komunikator dan komuniken berjaya mewujudka n interaksi yang lebih baik. Ternyata di sini bahawa dalam sesuatu model komunik asi, penerima atau khalayak bukan bersifat pasif semata-mata sebaliknya mereka j uga aktif. Untuk itu paradigma ini telah menghasilkan model dan teori komunikasi baru yang menjelaskan bahawa proses komunikasi bersifat timbal balik atau komun ikasi dua hala. Memandangkan paradigma ini meletakkan asas hubungan sosial sebag ai satu aspek penting maka aktiviti komunikasi memerlukan saluran yang interakti f. Ini bermakna saluran atau media yang digunakan perlu mampu memaparkan dan mew akili aspirasi atau perasaan individu terlibat. Dalam komunikasi, media terbaik ialah media yang mengandungi mesej dan perasaan jelas. Untuk itu komunikasi bers emuka merupakan saluran utama menurut paradigma ini berbanding komunikasi bertul is. Jika anda rujuk Rajah 3.2 didapati bahawa media yang begitu kaya dari segi k eupayaan mewakili mesej dan perasaan ialah media bersemuka. Manakala media berbe ntuk tulisan mempunyai tahap kekayaan perwakilan yang rendah. Rajah 3.2 Kekayaan Media Tinggi Bersemuka Telefon Telekonferen E-mel Nota Peribadi Surat/Memo Pengucapan Awam La poran bertulis Rendah Buletin Bagi menyokong ciri-ciri paradigma ini, komunikasi perlu berlaku dalam keadaan b ukan formal. Hubungan sosial dan hubungan kepuasan dengan organisasi akan tercap ai jika banyak interaksi berlaku. Kuantiti interaksi pula akan menjadi lebih sek iranya komunikasi boleh berlaku pada bilabila masa dan di mana-mana. Untuk itu k eadaan tidak formal merupakan 41

situasi terbaik untuk berlakunya lebih banyak interaksi. Jika pihak atasan atau pihak yang berkuasa dapat melonggarkan status-quo mereka maka ini mengecilkan ju rang dengan pihak bawahan. Salah satu cara mengurangkan jurang dan status terseb ut ialah dengan meningkatkan komunikasi tidak formal seperti makan bersama denga n ahli organisasi, mendapatkan pandangan pihak bawahan tanpa menunggu mesyuarat dan perbincangan secara spontan. Menerusi paradigma ini ia telah menyumbang kepa da pemikiranpemikiran baru kerangka teori komunikasi. Proses komunikasi tidak la gi difahami sebagaimana paradigma klasikal yakni bersifat sehala. Komunikasi per lu difahami sebagai satu yang dinamik dan berubah dari masa ke masa. Proses komu nikasi juga bersifat dua hala. Selain itu, media memainkan peranan penting. Medi a yang baik ialah media yang boleh mewakili mesej dan perasaan. Idea ini secara tidak langsung telah mengasaskan beberapa teori seperti Teori Kekayaan Media, Te ori Kesalingan Pendapat dan Teori Pemusatan Simbolik. Teori-teori berasaskan par adigma ini memberi tumpuan terhadap komunikasi yang berupaya mewujudkan hubungan yang baik dalam bertingkah laku. SOALAN DALAM TEKS 1. Apakah perbezaan dalam asas pemikiran pendekatan strukturalis dengan pendekat an tingkah laku? Semak jawapan anda di akhir bab ini. 3.5 PENDEKATAN SISTEM Tidak seperti dua pendekatan awal, pendekatan ini melihat organisasi bukan sebag ai satu bahagian tertentu tetapi sebagai organisma kompleks yang mesti berintera ksi. Pendekatan ini agak berbeza dengan pendekatanpendekatan terdahulu. Dua pend ekatan terdahulu memberi tumpuan yang besar terhadap individu iaitu cara bagaima na mereka perlu bertingkah laku. Sementara pendekatan ini pula memfokus terhadap sistem pemikiran individu. Dengan erti kata yang lain pendekatan ini mengupas i nteraksi dalam organisasi dalam bentuk lebih besar seperti sebuah keluarga, sebu ah kumpulan kecil atau kumpulan yang lebih besar seperti sebuah organisasi (West dan Turner, 2003). 42

Dikatakan bahawa pendekatan sistem bertitik tolak dari bidang biologi dan kejuru teraan. Katz dan Kahn merupakan antara tokoh yang sinonim dengan pemikiran ini. Pada tahun 1966 menerusi karya mereka iaitu The Social Psychology of Organizatio ns, Katz dan Kahn mengatakan organisasi sebagai sebuah sistem kompleks terbuka y ang memerlukan interaksi antara komponen-komponen dan persekitaran sekelilingnya . Detik 1960an dan 1970-an telah memaparkan bahawa pendekatan ini begitu dominan dalam disiplin ilmu komunikasi. 3.5.1 Ciri Pendekatan Sistem Pendekatan sistem percaya bahawa hubungan dalam organisasi tidak wujud dalam sat u sifat yang universal. Organisasi berinteraksi dengan pelbagai corak dengan did asari oleh keadaan persekitarannya. Oleh itu, ada faktor atau keadaan tertentu y ang menyumbang kepada tingkah laku organisasi. Pemikiran sistem bersandarkan kep ada beberapa ciri iaitu (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (a) Menyeluruh (wholeness). Saling bergantungan (interdependence). Berhierarki (hierarchy). Sempadan (bound ries). Maklum balas (feedback). Equifinality. Menyeluruh Dalam pendekatan sistem, sifat menyeluruh ialah ciri asasnya. Menurut kerangka p emikiran sistem, masyarakat atau organisasi tidak boleh dinilai atau dianalisis berdasarkan komponen-komponen tertentu seperti individu atau bahagian-bahagian t ertentu. Sebaliknya apabila sebuah organisasi mahupun masyarakat dikaji, ia perl u dianalisis berdasarkan keseluruhan organisasi tersebut. Para pemikir pendekata n ini menyatakan bahawa setiap elemen dalam organisasi bersifat tidak bersendiri an tetapi wujud sebagai satu entiti. Sistem ialah keseluruhan bukannya hanya bah agian-bahagian tertentu. Umpamanya, dalam menonjolkan imej baik UUM bukan sahaja tugas bahagian perhubungan awam, tetapi pelajar serta kakitangan UUM keseluruha nnya terlibat dalam menggerakkan imej UUM tersebut. (b) Saling bergantungan Sepe rti yang dinyatakan di atas, organisasi perlu dilihat sebagai satu yang menyelur uh. Oleh itu, setiap ahli atau bahagian-bahagian dalam sesuatu sistem itu saling bergantungan. Hubungan antara bahagian-bahagian tersebut sebenarnya yang memben tuk sistem. Kesemua bahagian saling 43

memberi kesan terhadap bahagian lain. Sekiranya berlaku perubahan terhadap manamana bahagian atau individu maka ia akan memberi impak terhadap bahagian lain da n seterusnya keseluruhan sistem tersebut. (c) Hierarki Setiap sistem dikatakan mempunyai lapisan atau tahap-tahap tertentu. Sebagai con toh dalam sesebuah universiti wujud bahagian-bahagian besar seperti fakulti. Man akala di setiap fakulti pula ada lapisan sistem lagi seperti jabatan-jabatan. Ke adaan ini pastinya menunjukkan bahawa wujudnya lapisan atau subsistem dalam satu sistem besar yang menggambarkan hierarki. Hierarki yang wujud pula boleh member i implikasi baik mahupun tidak baik terhadap sistem. (d) Sempadan Ciri pendekata n sistem seterusnya ialah wujudnya sempadan dalam sesebuah organisasi atau masya rakat. Sempadan tersebut akan menentukan arah aliran komunikasi dan maklumat dal am organisasi. Jika sempadan yang dibina bersifat terbuka, maka organisasi cende rung menerima input-input daripada persekitaran. Sebaliknya jika sempadan organi sasi ialah rigid atau tertutup maka keupayaan maklumat dan komunikasi untuk meng alir masuk atau keluar adalah kurang. Dengan demikian sempadan yang diwujudkan b oleh memberi kesan secara langsung terhadap sistem tersebut. (e) Maklum balas Sesebuah sistem yang berjaya mempunyai kestabilan. Justeru itu, maklum balas mer upakan mekanisme penting sebagai penyeimbang dalam organisasi. Maklum balas iala h satu proses maklumat kritikal yang disalurkan bagi membantu elemen-elemen orga nisasi yang saling bergantungan. Dengan adanya maklum balas, maka organisasi dap at menilai kedudukannya. Ilustrasi dalam Rajah 3.3 menunjukkan bagaimana maklum balas memberi kesan terhadap input dan hasil. (f) Equifinality Pendekatan sistem mempunyai andaian bahawa matlamat sesebuah organisasi atau mas yarakat boleh dicapai melalui kaedah yang pelbagai. Pencapaian matlamat tidak se harusnya mengikut kaedah-kaedah tertentu sahaja. Ini kerana dalam sesebuah siste m, elemen-elemen yang membentuk sistem tersebut dikatakan sebagai kompleks. Oleh yang demikian maka sudah pasti setiap bahagian atau elemen mempunyai kaedah yan g tersendiri untuk mencapai matlamatnya. 44

Rajah 3.3 Pendekatan Sistem MAKLUM BALAS INPUT PEMPROSESAN MAKLUMAT HASIL MAKLUM BALAS 3.5.2 Komunikasi dalam Pendekatan Sistem Pendekatan ini dapat dirumuskan sebagai satu kaedah mengkaji komunikasi secara m enyeluruh. Teori-teori komunikasi berdasarkan pendekatan ini tidak menjelaskan t entang individu sebaliknya menjelaskan tentang organisasi secara keseluruhan. Or ganisasi menurut pandangan pemikir pendekatan sistem ialah satu himpunan bahagia nbahagian yang berhierarki, saling bergantungan dan boleh disesuaikan dengan sat u sama lain atau dengan persekitarannya. Teori-teori menurut pendekatan ini beru saha membuat penjelasan berhubung bagaimana komunikasi perlu dipraktikkan bagi m ewujudkan keseimbangan dalam organisasi (Jadual 3.3). Kandungan komunikasi masih lagi menumpukan kepada arah aliran komunikasi, saluran komunikasi dan bentuk ko munikasi. Manakala dari tugasan, maklum balas dan hal sosial pula menekankan kep ada kedua-dua jenis komunikasi menegak dan mendatar, mementingkan penggunaan sal uran komunikasi bersemuka atau telefon dan berbentuk formal atau tidak formal. Jadual 3.3 Ciri Komunikasi dalam Pendekatan Sistem Kandungan komunikasi Arah ali ran komunikasi Saluran komunikasi Bentuk komunikasi Tugasan, maklum balas, hal s osial Komunikasi menegak dan komunikasi mendatar Komunikasi bersemuka, telefon F ormal dan tidak formal Berdasarkan pendekatan ini idea-idea komunikasi boleh ditinjau menerusi Jadual 3 .3. Di samping itu, pendekatan ini juga membuka ruang bagi mengkaji komunikasi d ari sudut luar organisasi. Persekitaran luar seperti yang dibincangkan mempunyai impak terhadap organisasi. Justeru itu, pendekatan ini telah mengajak kita untu k memikirkan aspek 45

komunikasi secara holistik dan bukannya hanya merujuk kepada individu atau kumpu lan tertentu sahaja. Karl Weick umpamanya merupakan tokoh yang membicarakan komu nikasi menurut pendekatan ini melalui Teori Organisasi Weick. Adakah anda berset uju bahawa dalam urusan kerja seharian, kita sering mengkaji sesuatu permasalaha n itu daripada dalaman organisasi sahaja? Benarkah aspek persekitaran luar organ isasi juga turut menyumbang kepada permasalahan tersebut? 3.6 PENDEKATAN BUDAYA Sebentar tadi kita telah membicarakan beberapa yang mengumpama organisasi sebaga i mesin dan organisasi sebagai sebuah sistem. Pada bahagian ini pula, organisasi akan diibaratkan sebagai suatu budaya. Pendekatan kali ini dikesan mempunyai as as dan pertalian pemikiran dengan bidang antropologi. Menerusi pendekatan ini or ganisasi dianalisis sebagai suatu nilai, simbol dan perilaku. Pendekatan budaya sebenarnya satu usaha untuk memahami kualiti yang ada pada organisasi dan bagaim ana kualiti tersebut membina sesebuah organisasi. Mari kita renungkan keadaan pe rsekitaran kita. Apabila kita sebut tentang DELL, HP dan ASUS apakah yang terbay ang dalam kotak pemikiran kita? Sudah tentu ketiga-tiga nama tadi kita kaitkan d engan komputer. Sebenarnya perkaitan ketiga-tiga nama tersebut dengan produk kom puter merupakan hasil pendekatan budaya dalam menerap sesuatu pemahaman kepada k ita. Menurut Miller (2003), paradigma budaya ini mula menjadi asas kajian yang p opular melalui karya Terrence Deal dan Allen Kennedy yang bertajuk Corporate cul ture: The rites and rituals of corporate Life pada tahun 1982. 3.6.1 Ciri Pendek atan Budaya Budaya merujuk kepada corak yang dikongsi bersama oleh sesebuah kumpulan menerus i pembelajaran untuk membentuk intergrasi dan juga menyelesaikan permasalahan. K eupayaan ahli-ahli membentuk pasukan dalam organisasi dipengaruhi oleh budaya. T erdapat tiga tahap dalam pembentukan budaya sebagaimana menurut Schein (1992) ia itu (i) (ii) (iii) Artifak. Nilai yang disokong. Andaian-andaian asas. 46

(a) Artifak Budaya dalam organisasi boleh dikenal pasti sama ada menerusi objekobjek fizikal mahupun perilaku sosial. Artifak merupakan tahap budaya yang boleh dikenal past i secara zahir. Petanda-petanda budaya agak jelas pada tahap ini. Kita berupaya membezakan satu organisasi dengan organisasi yang lain berdasarkan petanda-petan da tersebut. Petandapetanda tersebut merupakan satu manifestasi oleh ahli-ahli o rganisasi terhadap organisasi tersebut. Antara yang boleh dijadikan petanda bagi menggambarkan budaya ialah pakaian, reka bentuk bangunan, teknologi yang diguna kan, dokumen-dokumen bertulis dan pelbagai lagi. Sementara itu perilaku komunika si juga boleh menjadi sandaran ukuran budaya organisasi. Misalnya, gaya pembuata n keputusan, corak bermesyuarat, situasi ahli dan juga jaringan interaksi merupa kan antara artifak dalam bentuk perilaku. Apakah panggilan (gelaran) tenaga peng ajar di sekolah sama seperti panggilan tenaga pengajar di universiti? Kenapa and a berkata demikian? (b) Nilai yang disokong Tahap kedua dalam budaya merujuk kep ada nilai individu dan kumpulan yang dibentuk. Nilai ialah pemaparan penerimaan atau perkara yang harus berlaku. Kebiasaannya nilai tidak dipunyai oleh organisa si tetapi nilai dimiliki oleh individu. Dalam hal ini pihak pengurusanlah yang m emainkan peranan besar dalam membina dan membentuk nilai agar ahli-ahli organisa si mengamalkannya. Adakalanya nilai yang dipegang berbeza daripada tingkah laku. Jika ini berlaku, bermakna nilai tersebut bukannya budaya yang dikongsi secara bersama. (c) Andaian-andaian asas Ciri ketiga budaya iaitu andaian-andaian asas sebenarnya merupakan aspek terpent ing. Perkara ini walaupun disifatkan sebagai asas utama tetapi ia tidak disedari . Ini kerana ia menjadi amalan dan terserap dalam perilaku manusia secara langsu ng. Cuba anda teliti Model Budaya Organisasi dalam Rajah 3.4. Anda akan mendapat i bahawa ciri budaya yang ketiga ini tersembunyi sifatnya berbanding dengan ciri -ciri yang lain. Model tersebut umpama sebiji bawang yakni bahagian yang penting terselindung berbanding dengan bahagian yang kurang penting. Ini menunjukkan ba hawa pendekatan budaya berupaya menjelaskan tentang sesuatu organisasi secara me ndalam tidak hanya sekadar apa yang kelihatan. 47

Rajah 3.4 Model Budaya Organisasi Tahap 1 : Artifak dan Perilaku Tahap 2: Nilai Tahap 3: Andaian Asas 3.6.2 Komunikasi dalam Pendekatan Budaya Menerusi perbincangan di atas, pendekatan ini menggambarkan bahawa organisasi me rupakan sesuatu yang kompleks. Organisasi perlu dikaji bukan sekadar perkara yan g dapat dilihat dengan mata kasar tetapi juga perkara-perkara yang tersembunyi. Hakikatnya perkara yang tidak dapat dilihat secara kasar merupakan asas sebenar atau budaya sebenar organisasi. Pendekatan ini turut memberi kefahaman bahawa bu daya boleh berubah mengikut keadaan persekitaran. Ahli-ahli dalam organisasi pul a berupaya untuk menerima dan mengadaptasi sesuatu budaya dalam keadaan tertentu . Perilaku atau budaya sebenarnya merupakan satu subbudaya semasa yang wujud unt uk membentuk keharmonian atau persaingan. Jelasnya budaya merupakan satu yang bo leh dibentuk dan dikomunikasikan. Budaya terhasil menerusi interaksi-interaksi a ntara ahliahli organisasi. Pendekatan ini telah mempengaruhi ahli-ahli komunikas i untuk memahami organisasi melalui pemaparan-pemaparan yang ditonjolkan. Mempun yai budaya yang betul merupakan faktor penyumbang terhadap kejayaan sesuatu orga nisasi. 48

SOALAN DALAM TEKS 2. Berdasarkan Pendekatan Budaya, boleh atau tidak jika kita menjadikan pakaian ser agam dalam organisasi sebagai satu kajian komunikasi? Semak jawapan anda di akhir bab ini. 3.7 PENDEKATAN KRITIKAL Fenomena masyarakat tidak boleh dikesan hanya melalui kelompokkelompok kumpulan semata-mata. Kupasan serta pemikiran tentang sosial masyarakat perlu ditinjau me nerusi kaedah yang lebih luas. Pendekatan kritikal cenderung mengkaji perilaku m asyarakat sebagai satu aturan sosial oleh kuasa mahupun penindasan terhadap masy arakat. Perbincangan menerusi pendekatan ini melibatkan persoalan-persoalan sepe rti ideologi dan kesedaran sosial. Berbeza dengan perbincangan pendekatan-pendek atan sebelum ini, pendekatan kritikal secara umumnya menganggap organisasi sebag ai sebuah medan dominasi antara pihak yang berkuasa dengan pihak yang diperintah . Idea-idea pemikiran boleh dikesan menerusi pemikiranpemikiran Karl Marx dan Fr iedrich Engels. Asas pemikiran ini ialah organisasi atau sistem sosial biasanya bertujuan untuk mengekalkan status-quo golongan tertentu. Untuk itu apa saja yan g dihasilkan kepada masyarakat sebenarnya merupakan penentu keadaan masyarakat ( Littlejohn, 2002). Untuk memahami lebih mendalam pemikiran Marx yang mendasari p endekatan ini, anda disaran membaca halaman 207-232, Littlejohn, S.W. (2002). Th eories of human communication (7th ed.). Belmont: Wadsworth/Thomson Learning. 3. 7.1 Ciri Pendekatan Kritikal Sebagaimana juga pendekatan-pendekatan lain, terdap at beberapa ciri yang mendasari pendekatan ini. Antaranya ialah peresapan kuasa, kawalan produk media, gender, ideologi dan pembebasan. 49

(a) Peresapan kuasa Kuasa merupakan satu perbincangan yang cukup signifikan dalam pendekatan ini. Pa ra sarjana pendekatan ini mendakwa bahawa kuasa merupakan satu pembentukan kehid upan organisasi. Ciri kuasa begitu penting kerana ia dikaitkan dengan kawalan da n dominasi dalam ekonomi dan sosial. Kuasa secara tradisinya merujuk kepada keku atan fizikal. Namun, pada masa kini kuasa boleh terdiri daripada pelbagai bentuk . Namun, matlamatnya sama yakni mengawal dan mendominasi masyarakat. Pendekatan ini percaya bahawa struktur dalam masyarakat atau organisasi sebenarnya membentu k kuasa. Dengan mengawal struktur organisasi maka sesuatu golongan itu mempunyai kawalan terhadapnya. (b) Kawalan produk media Idea klasik Marxis beranggapan ba hawa golongan kapitalis mempunyai kawalan terhadap saluran dan cara penghasilan produk media. Produkproduk media dikatakan sebagai satu subbudaya golongan berku asa dan juga sebagai agenda tersembunyi. Ketidakseimbangan keadaan tersebut pula boleh menghasilkan konflik antara pihak-pihak tertentu. (c) Gender Pendekatan kritikal prihatin terhadap pemaparan gender. Dikatakan bahawa aliran Femenin percaya wujud usaha untuk memaparkan pemahaman dalam hubungan gender. Pe rbincangan berhubung perkara ini menyimpulkan bahawa pemaparan gender telah memb entuk diskriminasi dalam organisasi. Sebagai contoh, wanita seringkali disalahka n atau dijadikan sebagai faktor penyebab dalam kes gangguan seksual. Wanita juga seringkali dipaparkan sebagai individu yang kurang upaya dalam mengurus dan mem impin organisasi. Keadaan-keadaan tersebut menyebabkan masyarakat atau ahli-ahli organisasi mempunyai sikap bias terhadap sesuatu jantina. (d) Ideologi Menurut pemikiran kritikal, ideologi bukan merupakan satu konsep yang neutral. Sebalikny a ia mempunyai perkaitan dengan sistem kuasa dan dominasi. Ideologi ialah satu u saha membentuk pemikiran tertentu dengan hasrat mengawal sesebuah organisasi. Ap abila sesuatu ideologi bertujuan mempengaruhi struktur dan sistem organisasi, ma ka individu akan kehilangan tempat bersuara atau dikongkong. 50

(e) Pembebasan Matlamat utama pendekatan kritikal ialah membebaskan manusia daripada tradisi, i deologi, hubungan kuasa dan pelbagai halangan yang tidak diperlukan. Pendekatan ini merupakan satu proses melahirkan kesedaran dan ketahanan diri. Dipercayai ap a yang berlaku dalam organisasi merupakan proses menyokong kepentingan pengurusa n. Namun demikian jika sekiranya ahli organisasi sedar akan proses itu, mereka b erupaya mewujudkan keseimbangan kuasa dalam organisasi. 3.7.2 Komunikasi dalam P endekatan Kritikal Pendekatan kritikal telah menyediakan pemikiran dan memberi fokus terhadap isu-i su pemilikan dan kawalan media massa. Para sarjana kritikal telah menyediakan as as meneliti tindakan sosial dari sudut individu, kumpulan, institusi dan juga si stem masyarakat. Dengan mengkaji keadaan-keadaan sosial ia mampu memberi gambara n berhubung kuasa dan penguasaan yang berlaku terhadap masyarakat. Para pemikir kritikal juga percaya bahawa pengukuhan kedudukan golongan yang mendominasi seri ng kali diperkukuhkan melalui proses komunikasi. Oleh yang demikian komunikasi i tu sendiri merupakan satu wadah mengekal status quo golongan tertentu. Komunikas i bukan sekadar penyaluran mesej tetapi ia juga ialah matlamat serta sumber kuas a. Pemikiran-pemikiran yang berasaskan paradigma ini menyediakan kerangka mengan alisis masyarakat dari aspek komunikasi sebagai kuasa. Teori-teori seperti Marx Theory of Media, Hegemoni Media dan Penentuan Agenda yang berasaskan pendekatan ini berusaha menjelaskan kepada kita bagaimana komunikasi harus dilihat sebagai satu proses pergelutan kuasa sama ada kuasa politik mahupun kuasa ekonomi. 3.8 R UMUSAN Menerusi bab ini anda telah diberi penjelasan tentang apa dan bagaimana sesuatu teori itu menjelaskan fenomena-fenomena yang berlaku. Secara keseluruhannya terd apat lima pendekatan yang menjadi asas kewujudan sesuatu teori. Setiap pendekata n tersebut mempunyai fokusnya tersendiri. Ada pendekatan yang menjadikan individ u sebagai kerangka pemikiran, ada juga yang merujuk sistem sebagai asas perbinca ngannya. Kepelbagaian fokus telah menyumbang kepada penjelasan sesuatu fenomena komunikasi dari sudut-sudut yang berbeza. Dengan memahami pendekatan atau paradi gma yang membentuk teori komunikasi, ini dapat membantu anda memahami asas sesua tu teori. Selain itu, ia dapat memberi penjelasan awal kenapa ada beberapa teori 51

bagi mengupas sesuatu fenomena. Realitinya manusia mempunyai pelbagai cara dan m elihat sesuatu kejadian menerusi sudut yang berbeza. Dengan memahami kepelbagaia n pendekatan, ini menjadikan kita berupaya menilai sesuatu perkara dengan lebih menyeluruh. Perbezaan pendekatan sebenarnya menyumbang kepada pemahaman yang leb ih luas. SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. 2. 3. Nyatakan DUA perkara yang membezakan satu paradigma dengan paradigma yang lain. Jelaskan kenapa artifak tidak boleh d ijadikan rujukan utama budaya sesuatu organisasi. Jika kita hendak menjelaskan t entang kepentingan hubungan pengurus dengan pekerja bawahan, pendekatan manakah yang paling sesuai? Semak jawapan anda di akhir modul ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Pendekatan strukturalis meletakkan struktur atau re ka bentuk organisasi sebagai fokus perbincangannya. Manakala pendekatan tingkah laku pula menjadikan individu atau aspek kemanusiaan sebagai teras perbincangann ya. Boleh. Jika kita merujuk Model Budaya pakaian seragam ialah pengenalpastian budaya pada Tahap Pertama iaitu sebagai artifak. Lagipun ia merupakan satu objek yang mudah dikenal pasti. 2. 52

BAB 4 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Mentakrifkan konsep komunikasi. 2. Menjelaskan setiap ciri yang terdapat dalam konsep komuni kasi. 3. Membincangkan ilmu komunikasi sebagai ilmu sains sosial. 4.1 PENGENALAN Dalam bab ini, anda akan mempelajari tentang konsep-konsep yang terdapat dalam b idang komunikasi. Konsep-konsep berkenaan meliputi ciri-ciri proses komunikasi i aitu komunikasi bukan proses sehala, komunikasi boleh bertujuan dan tidak bertuj uan, komunikasi ialah sesuatu yang tidak boleh diulang, komunikasi merupakan fen omena yang berorientasikan penerima, komunikasi boleh berlaku secara lisan dan b ukan lisan, komunikasi dipengaruhi oleh budaya, komunikasi dipengaruhi oleh pers pektif etika, komunikasi berbeza daripada kefahaman dan komunikasi ialah konteks tual. Saya percaya anda telah mendapat gambaran awal berkaitan dengan konsep-kon sep asas dalam bidang komunikasi dalam kursus Pengantar Komunikasi yang telah an da ikuiti sebelum ini. 4.2 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI Sarjana-sarjana dalam bidang komunikasi mempunyai pandangan tersendiri berkaitan dengan elemen-elemen yang terdapat dalam komunikasi. Antaranya, Zaremba (2003) berpandangan bahawa komunikasi merupakan proses bukan linear (nonlinear process) , komunikasi boleh bertujuan dan boleh juga tidak bertujuan, komunikasi irrevers ible, komunikasi merupakan fenomena yang berorientasikan penerima, dan komunikas i boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Saya huraikan setiap satu konsep y ang dikemukakan oleh Zaremba (2003) iaitu 53

4.2.1 Komunikasi ialah Proses Bukan Linear (Communication is a Nonlinear Process) Harold Lasswell merupakan seorang teoris yang mengemukakan model yang digunakan untuk mengkaji komunikasi. Laswell menghujahkan bahawa komunikasi boleh dianalis is melalui kajian dari sudut Who says what to whom in which channel with what eff ect. Masalah berkaitan dengan model ini ialah andaian bahawa komunikasi merupakan satu proses linear atau sehala. Andaian komunikasi sebagai satu proses sehala i alah maklum balas daripada penerima terhadap sumber tidak diambil kira dalam mod el berkenaan. Proses komunikasi terhenti sehingga penerima menerima maklumat yan g disampaikan oleh sumber. Contohnya, pensyarah menyampaikan kuliah secara berte rusan hingga tamat waktu kuliah tanpa mengemukakan sebarang soalan kepada pelaja r untuk memastikan tahap kefahaman pelajar terhadap apa yang telah dikuliahkan. Meskipun Laswell tidak bertujuan agar model yang dikemukakan oleh beliau ditakri fkan berdasarkan kepada konsep sehala atau tidak sehala, tetapi model yang dikem ukakan oleh beliau menggambarkan bahawa komunikasi mengalir sehala sehingga samp ai kepada penerima. Terdapat sarjana yang menggunakan istilah proses untuk meneran gkan tentang komunikasi dan menganggap komunikasi bukannya tingkah laku (act). T ingkah laku (act) komunikasi digambarkan sebagai sesuatu yang terasing. Setiap s atu tindakan komunikasi bukanlah terjadi dengan sendirinya. Tindakan hasil darip ada proses komunikasi harus dilihat sebagai sesuatu yang terhasil atau reaksi ma sa kini yang terhasil akibat kejadian yang telah berlaku di masa lampau. Komunik asi harus difahami sebagai suatu proses iaitu proses yang berlaku apabila kita b erkomunikasi. Andaikan bahawa anda sedang mendengar suatu ceramah. Persembahan p enceramah berkenaan misalnya adalah lemah. Penggunaan perkataan beliau adalah ko mpleks, penyampaian mesej kabur dan tajuk tidak menarik. Anda merasa bosan dan m encuri melihat masa ceramah berkenaan akan berakhir. Penceramah perasan tindakan anda dan mengubah rentak ceramah beliau untuk menjadikannya lebih menarik. Tind akan penceramah untuk menukarkan rentak ceramah beliau merupakan hasil daripada perbuatan anda melihat masa. Komunikasi dalam proses ini bukanlah merupakan suat u yang berlaku secara serta-merta. Mana-mana tingkah laku komunikasi merupakan s ebahagian daripada proses. Misalnya, perasaan bosan anda terhadap penyampaian pe nceramah berkenaan menyebabkan anda melihat waktu, penceramah perasan dan kemudi an melakukan perubahan pada pola 54

penyampaian mesej. Semuanya ini berlaku sebagai satu proses yang saling bertinda k balas antara satu dengan lain bagi membolehkan proses komunikasi berjalan deng an lancar. Bolehkan anda fikirkan suatu situasi yang berubah akibat daripada tin dakan komunikasi anda. 4.2.2 Komunikasi Boleh Bertujuan atau Tidak Betujuan (Communication Can be Intentional or Unintentional) Mesej boleh disampaikan walaupun kita tidak bertujuan untuk menyampaikannya. Mis alnya, rakan sekerja kita yang mungkin seringkali datang lewat untuk mesyuarat. Mereka mungkin tidak berniat untuk berkomunikasi bahawa mereka sebenarnya malas atau tidak sistematik. Walau bagaimanapun, terdapat ahli mesyuarat yang mengaitk an antara lewat dengan kurangnya profesionalisme dan kurangnya rasa menghormati rakan lain yang datang lebih awal atau datang tepat pada waktunya. Ahli mesyuara t yang datang lewat mungkin tidak bertujuan untuk menunjukkan kepada ahli-ahli y ang lain tentang masalah disiplin yang dihadapi tetapi secara tidak langsung ata u tanpa tujuan tertentu, mesej berkenaan telah dikomunikasikan. Apa yang digamba rkan di sini ialah kakitangan organisasi mestilah berkomunikasi bagi membolehkan mereka berjaya. Kadangkala wujud masalah-masalah tertentu yang menyebabkan komu nikasi berlaku secara tidak jelas. Misalnya, masalah yang dihadapi dari segi car a penyampaian mesej, tafsiran, lapangan pengalaman yang tidak dikongsi bersama d an sebagainya. 4.2.3 Komunikasi ialah Sesuatu yang Tidak Boleh Diulang (Communic ation is Irreversible) Mesej yang telah dihantar tidak dapat dipadamkan kembali. Ini bererti apa yang t elah terkeluar daripada mulut anda tidak dapat dipadam. Ada orang yang berkata Sa ya tarik kembali apa yang telah saya katakan tetapi sebenarnya perkara ini gagal memadamkan apa yang telah dikatakan atau hati yang telah dilukakan akibat daripa da apa yang dikatakan. Mungkin kita juga turut mendengar perkataan seperti Saya t idak bermaksud untuk melukakan hati anda atau Saya tidak berniat demikian. Berbeza dengan komputer kerana mempunyai kunci yang membolehkan kita memadamkan huruf at au perkataan yang salah ditaip tetapi manusia tidak dapat melakukan demikian. Ci ri ini kadangkala menyebabkan kita masih boleh mengingati semula mesej yang tela h kita dengar semasa kita masih kanak-kanak. 55

Mesej yang sama yang telah dituturkan juga tidak dapat diulang dengan cara yang benar-benar sama atau tepat. Akan terdapat penambahan dan pengulangan tertentu a tau perbezaan apabila anda diminta untuk mengulangi sesuatu yang telah dikatakan dengan cara yang benar-benar sama. 4.2.4 Komunikasi Merupakan Fenomena yang Ber orientasikan Penerima Ciri ini merujuk kepada andaian bahawa komunikasi berlaku apabila mesej diterima dan bukannya apabila mesej dihantar. Tingkah laku menghantar mesej tidak berert i bahawa komunikasi telah beraku dalam erti kata yang sebenarnya. Dalam erti kat a yang lain mesej yang diterima merupakan mesej yang dikomunikasikan. Misalnya, jika seorang pekerja menghantar mesej kepada penyelia beliau tetapi penyelia bel iau tidak membaca mesej berkenaan, ini bererti proses komunikasi tidak berlaku. Sehubungan itu, tindakan penerima terhadap mesej yang telah disampaikan kepada b eliau penting dalam mengukur keberkesanan sesuatu mesej setelah mesej berkenaan dikomunikasikan oleh sumber. 4.2.5 Komunikasi Berlaku Secara Lisan dan Bukan Lis an Komunikasi melibatkan kedua-dua mesej lisan dan bukan lisan. Mesej lisan bererti perkataan digunakan untuk membawa makna. Mana-mana mesej sama ada diucap atau d ibaca dengan menggunakan perkataan mengandungi mesej lisan. Contohnya, apabila a nda berbual dengan rakan anda, bermesyuarat, urusan jual beli dan sebagainya. Ke banyakan aktiviti komunikasi ini bergantung kepada penggunaan komunikasi lisan. Sebaliknya, komunikasi bukan lisan tidak menggunakan perkataan untuk membawa mes ej kepada penerima. Penggunaan warna dalam buletin dan bahasa isyarat yang digun akan oleh penceramah merupakan contoh komunikasi tanpa lisan yang membawa makna kepada penerima. Penggunaan warna, saiz huruf, reka letak dan sebagainya merupak an elemen-elemen komunikasi tanpa lisan yang menggambarkan sesuatu kepada peneri ma. Begitu juga penggunaan isyarat-isyarat seperti isyarat jalan raya yang perlu difahami maknanya oleh pengguna jalan raya. Terdapat beberapa kategori komunika si tanpa lisan yang mempengaruhi komunikasi dalam sesebuah organisasi iaitu (a) Proxemics Merujuk kepada ruang dan jarak serta pengaruh ruang terhadap komunikasi. Pekerja yang mempunyai pejabat yang lebih luas dianggap 56

sebagai lebih penting berbanding dengan mereka yang ditempatkan dalam pejabat ya ng lebih kecil. Jika sesebuah organisasi mempunyai beberapa cawangan, jarak anta ra cawangan berkemungkinan akan mempengaruhi komunikasi yang berlaku antara ibu pejabat dan cawangan. Besar kemungkinan proses komunikasi kurang lancar kerana j arak yang jauh tidak memungkinkan komunikasi bersemuka digunakan secara intensif . Sehubungan ini, jarak merupakan faktor komunikasi tanpa lisan yang menjadi pen ghalang kepada kelancaran proses komunikai. (b) Kinesics Merujuk kepada pergerakan anggota badan. Mengangkat ibu jari ke atas, menuding j ari telunjuk, lambaian tangan merupakan contoh-contoh kepada tingkah laku kinesi cs. Terdapat pergerakan badan yang menjadi pengganti kepada bahasa lisan dan dik enali sebagai emblems. Seperti juga komunikasi tanpa lisan yang lain, emblems te rgantung kepada konteks dan budaya untuk ditakrifkan. (c ) Chronemics Faktor komunikasi tanpa lisan yang berkaitan dengan masa. Kita merasa kagum deng an kebolehan seseorang menepati masa. Ini menggambarkan kepada kita bahawa belia u merupakan seseorang yang profesional dan peka kepada kehendak kita. (d) Artifak Artifak merujuk kepada benda yang dihasilkan oleh manusia. Dengan itu, pakaian d an perhiasan merupakan artifak. Artifak turut menggambarkan ciri peribadi anda. Misalnya, semasa menghadiri sesuatu proses temu duga, seseorang calon akan memas tikan bahawa beliau berpakaian kemas dan menarik bagi menggambarkan penampilan y ang positif. (e) Oculesics Merujuk kepada kontak mata atau hubungan mata dan apa yang dikomunikasikan. Baya ngkan sekiranya anda mendengar ceramah, penceramah berkenaan tidak memandang sas aran sebaliknya menumpukan perhatian kepada benda-benda lain yang terdapat di se keliling bilik. Apakah perasaan anda? Bagaimanakah anda mentafsirkan tingkah lak u penerima berkenaan. Apakah implikasi terhadap mesej yang disampaikan?. Haptics (f) 57

Merupakan komunikasi tanpa lisan yang berkaitan dengan sentuhan. Contoh sentuhan ialah seperti berjabat tangan, pegangan dan sebagainya yang dilakukan oleh sumb er dan penerima. (g) Olfactics Jika anda membuat tanggapan tentang seseorang berdasarkan haruman pewangi yang d ipakai oleh beliau, ini merujuk kepada olfactics. Contoh bau ialah seperti asap rokok, pewangi, sabun dan sebagainya yang menunjukkan kepada anda tahap kebersih an yang diamalkan atau jenama yang digunakan oleh seseorang. (h) Paralanguage Dikenali juga sebagai vocalics iaitu merujuk kepada nada suara, penekanan yang d iberikan kepada perkataan dan sebagainya ketika seseorang itu berkomunikasi. Par alingual berperanan sebagai pengukuh kepada komunikasi lisan. Contohnya, seseora ng yang sedang marah akan meninggikan suara dan dalam masa yang sama muka beliau bertukar menjadi merah padam. (i) Ciri-ciri fizikal Sebagai tambahan kepada artifak seperti pakaian dan perhiasan, ciri-ciri fizikal boleh membawa maklumat tertentu yang akan ditafsirkan oleh penerima. Tinggi, re ndah, tarikan fizikal merupakan antara contoh ciriciri fizikal yang dikaitkan de ngan ketampanan, kecantikan dan sebagainya. Perbincangan berkaitan dengan ciri-c iri komunikasi tanpa lisan menggambarkan kepada kita bahawa komunikasi tanpa lis an pada hakikatnya bukan hanya merupakan pergerakan badan. Komunikasi tanpa lisa n merangkumi nada suara, bau, pakaian, saiz dan sentuhan yang menyumbang kepada makna dalam berkomunikasi. Nyatakan contoh-contoh komunikasi tanpa lisan bagi se tiap ciri yang telah dikemukakan. 4.2.6 Komunikasi Dipengaruhi oleh Budaya 58

Budaya dan proses sosialisasi memainkan peranan penting dalam hidup kita. Tingka h laku dan tindakan kita dipengaruhi oleh budaya. Budaya boleh mempengaruhi komu nikasi dari segi cara kita berkomunikasi serta cara mentafsirkan sesuatu mesej. Lantaran komunikasi turut dipengaruhi oleh persepsi, adalah penting untuk kita m engingati betapa budaya boleh berperanan dalam proses kita mentafsirkan sesuatu mesej yang telah dikomunikasikan kepada kita. Contohnya, cara kita berkomunikasi dengan orang tua haruslah menggunakan nada suara yang lembut dan merendah diri. Nilai kesopanan dan budi bahasa yang telah diterapkan dalam diri kita berperana n dalam membentuk cara kita berkomunikasi. Di samping itu, tafsiran yang diberik an terhadap sesuatu mesej turut dipengaruhi oleh budaya kita. Misalnya, masyarak at Barat lebih dikenali sebagai masyarakat yang berterus-terang apabila berkomun ikasi manakala masyarat Timur berkomunikasi secara tidak langsung dalam menyampa ikan sesuatu mesej. Perbezaan budaya dan implikasinya terhadap komunikasi mewuju dkan bidang komunikasi yang dikenali sebagai komunikasi antara budaya. Lantaran itu, memahami budaya masyarakat lain penting untuk membolehkan kita menjadi komu nikator yang berkesan apabila terlibat dalam proses komunikasi yang melibatkan i ndividu yang datang dari budaya yang berbeza. 4.2.7 Komunikasi Dipengaruhi oleh Perspektif Etika Etika merupakan garis panduan tentang tatacara kita bertingkah laku. Etika turut menjadi pegangan kita dalam membezakan tingkah laku yang benar dan salah. Etika boleh ditinjau daripada beberapa perspektif seperti perspektif ekonomi, agama, rasionaliti dan sebagainya. Etika turut merupakan perkara utama dalam mempengaru hi kita berkomunikasi. Etika penting kerana etika turut mempengaruhi kredibiliti ketika kita berkomunikasi dan iklim komunikasi yang wujud dalam sesebuah organi sasi. Pegangan anda terhadap etika dalam berkomunikasi akan mempengaruhi komunik asi anda terhadap penerima. Misalnya, anda takut untuk mengatakan sesuatu yang b enar tentang seseorang kerana takut akan melukakan hati penerima atau bimbang im plikasi daripada mengatakan sesuatu yang benar. Dalam masa yang sama anda menyed ari bahawa berbohong adalah salah dari segi etika dan menyalahi ajaran agama. Ap akah tindakan anda? 4.2.8 Komunikasi Berbeza daripada Kefahaman Kegagalan untuk menemui titik kesefahaman bersama tidak bererti proses komunikas i tidak berlaku secara efisien. Dua orang komunikasi yang terlibat dalam bidang perniagaan mungkin cuba mencari kesefahaman bersama tentang satu kontrak yang ba ru tetapi gagal 59

berbuat demikian. Meskipun mereka gagal berbuat demikian, proses komunikasi yang berlaku menyebabkan mereka mungkin telah saling memahami kedudukan antara satu sama lain dengan lebih baik. Kefahaman ini akan mempengaruhi proses komunikasi y ang mungkin akan berlaku antara mereka pada masa akan datang. Sehubungan itu, me ngandaikan bahawa proses komunikasi berkesan yang berlaku hanya dapat diukur dar i segi kefahaman semata-mata adalah tidak tepat. 4.2.9 Komunikasi adalah Konteks tual Komunikasi berlaku dan ditakrifkan dalam konteks tertentu. Perkataan yang sama d igunakan dalam konteks yang berbeza mungkin akan membawa kepada pengertian yang berbeza. Mengatakan perkataan tolong dengan nada suara yang kasar dan marah berbez a dengan menggunakan perkataan yang sama iaitu tolong secara lemah lembut dan bers opan membawa implikasi yang berbeza. Proses komunikasi yang berlaku boleh ditinj au dari konteks yang berbeza merangkumi: (a) Komunikasi intrapersonal Dalam erti kata mudah, berkomunikasi dengan diri anda sendiri. Apabila anda seda ng memikirkan tentang sesuatu yang dikuliahkan atau apa yang akan anda kata atau tulis kepada orang lain, anda sedang melakukan proses komunikasi intrapersonal. (b) Komunikasi diadik Merujuk kepada interaksi interpersonal antara dua orang. Interaksi ini mungkin b erlaku dalam bentuk formal seperti temu duga kenaikan pangkat atau informal sepe rti dua orang rakan sekerja sedang berbual semasa rehat. Komunikasi diadik merup akan proses pertukaran maklumat yang sering digunakan dalam komunikasi organisas i. (c) Komunikasi kumpulan Mesyuarat kumpulan merupakan komunikasi yang sering berlaku dalam organisasi. Se cara umumnya, komunikasi kumpulan terdiri daripada tiga hingga 15 orang. Dalam k onteks organisasi dewasa ini, komunikasi teknologi amat dipraktikkan. Mesyuarat boleh berlaku tanpa berada di waktu dan tempat yang sama. Telekonferens merupaka n salah satu media komunikasi. (d) Komunikasi publik 60

Merupakan proses komunikasi yang melibatkan sasaran yang ramai tetapi masih bole h dikenal pasti seperti Naib Canselor memberikan taklimat kepada pelajar-pelajar baru universiti semasa minggu suai kenal. (e) Komunikasi massa Melibatkan penyaluran mesej kepada sasaran yang besar jumlahnya dan tidak dikena li. Maklum balas bagi komunikasi massa lambat berlaku. Contoh komunikasi massa i alah penyaluran maklumat melalui televisyen, radio dan akhbar. SOALAN DALAM TEKS 1. 2. Bincangkan konsep-konsep komunikasi. Huraikan ciri-ciri komunikasi tanpa lisan. Semak jawapan anda di akhir bab ini. Bolehkan anda kemukakan contoh bagi setiap ciri komunikasi yang dikemukakan? 4.3 RUMUSAN Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan tentang konsepkonsep yang ter libat dalam mendefinisikan komunikasi. Komunikasi merupakan proses dua hala, dip engaruhi oleh budaya, melibatkan kesan yang melebihi kefahaman semata-mata dan m elibatkan konteks tertentu. SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. 2. Bincangkan apa yang dimaksudkan sebagai komunikas i berlaku secara kontekstual? Apakah yang dimaksudkan sebagai komunikasi bukanla h merupakan proses sehala? 61

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini. Littlejohn, S.W. (2002). Theories of human communication (7th ed.). Belmont: Wad sworth/Thomson Learning. Zaremba, A. J. (2003). Organizational communication: Fo undations for business management. Thomson: Australia. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Sarjana-sarjana dalam bidang komunikasi mempunyai pandangan tersendiri berka itan dengan elemen-elemen yang terdapat dalam komunikasi. Antaranya, Zaremba (20 03) berpandangan bahawa komunikasi merupakan proses bukan linear (nonlinear proc ess), komunikasi boleh bertujuan dan boleh juga tidak bertujuan, komunikasi irre visible, komunikasi merupakan fenomena yang berorientasikan penerima, dan komuni kasi boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. (a) Komunikasi ialah proses buk an (Communication is a nonlinear process) linear Harold Lasswell merupakan seorang teoris yang mengemukakan model yang digunakan untuk mengkaji komunikasi. Laswell menghujahkan bahawa komunikasi boleh dianalis is melalui kajian dari sudut Who says what to whom (in which channel) with what e ffect. Masalah berkaitan dengan model ini ialah andaian bahawa komunikasi merupak an satu proses linear atau sehala. Andaian komunikasi sebagai satu proses sehala ialah maklum balas daripada penerima terhadap sumber tidak diambil kira dalam m odel berkenaan. Proses komunikasi terhenti sehingga penerima menerima maklumat y ang disampaikan oleh sumber. Contohnya, pensyarah menyampaikan kuliah secara ber terusan hingga tamat waktu kuliah tanpa mengemukakan sebarang soalan kepada pela jar untuk memastikan tahap kefahaman pelajar terhadap apa yang telah dikuliahkan . Meskipun Laswell tidak bertujuan agar model yang dikemukakan oleh beliau ditak rifkan berdasarkan kepada konsep sehala atau 62

tidak sehala, tetapi model yang dikemukakan oleh beliau menggambarkan bahawa kom unikasi mengalir sehala sehingga sampai kepada penerima. Terdapat sarjana yang m enggunakan istilah proses untuk menerangkan tentang komunikasi dan menganggap komu nikasi bukannya tingkah laku (act). Tingkah laku (act) komunikasi digambarkan se bagai sesuatu yang terasing. Setiap satu tindakan komunikasi bukanlah terjadi de ngan sendirinya. Tindakan hasil daripada proses komunikasi harus dilihat sebagai sesuatu yang terhasil atau reaksi masa kini yang terhasil akibat kejadian yang telah berlaku di masa lampau. Komunikasi harus difahami sebagai suatu proses iai tu proses yang berlaku apabila kita berkomunikasi. Andaikan bahawa anda sedang m endengar suatu ceramah. Persembahan penceramah berkenaan misalnya adalah lemah. Penggunaan perkataan beliau adalah kompleks, penyampaian mesej kabur dan tajuk t idak menarik. Anda merasa bosan dan mencuri melihat masa ceramah berkenaan akan berakhir. Penceramah perasan tindakan anda dan mengubah rentak ceramah beliau un tuk menjadikannya lebih menarik. Tindakan penceramah untuk menukarkan rentak cer amah beliau merupakan hasil daripada perbuatan anda melihat masa. Komunikasi dal am proses ini bukanlah merupakan suatu yang berlaku secara serta-merta. Mana-man a tingkah laku komunikasi merupakan sebahagian daripada proses. Misalnya, perasa an bosan anda terhadap penyampaian penceramah berkenaan menyebabkan anda melihat waktu, penceramah perasan dan kemudian melakukan perubahan pada pola penyampaia n mesej. Semuanya ini berlaku sebagai satu proses yang saling bertindak balas an tara satu dengan lain bagi membolehkan proses komunikasi berjalan dengan lancar. (b) Komunikasi boleh bertujuan atau tidak betujuan (Communication can be intent ional or unintentional) Mesej boleh disampaikan walaupun kita tidak bertujuan un tuk menyampaikannya. Misalnya, rakan sekerja kita yang mungkin seringkali datang lewat untuk mesyuarat. Mereka mungkin tidak berniat untuk berkomunikasi bahawa mereka sebenarnya malas atau tidak sistematik. Walau bagaimanapun, terdapat ahli mesyuarat yang mengaitkan antara lewat dengan kurangnya profesionalisme dan kur angnya rasa menghormati rakan lain yang datang lebih awal atau datang tepat pada waktunya. Ahli mesyuarat yang datang lewat mungkin tidak bertujuan untuk 63

menunjukkan kepada ahli-ahli yang lain tentang masalah disiplin yang dihadapi te tapi secara tidak langsung atau tanpa tujuan tertentu, mesej berkenaan telah dik omunikasikan. Apa yang digambarkan di sini ialah kakitangan organisasi mestilah berkomunikasi bagi membolehkan mereka berjaya. Kadangkala wujud masalah-masalah tertentu yang menyebabkan komunikasi berlaku secara tidak jelas. Misalnya, masal ah yang dihadapi dari segi cara penyampaian mesej, tafsiran, lapangan pengalaman yang tidak dikongsi bersama dan sebagainya. (c ) Komunikasi ialah sesuatu yang tidak boleh diulang (Communication is irreversible) Mesej yang telah dihantar ti dak dapat dipadamkan kembali. Ini bererti apa yang telah terkeluar daripada mulu t anda tidak dapat dipadam. Ada orang yang berkata Saya tarik kembali apa yang te lah saya katakan tetapi sebenarnya perkara ini gagal memadamkan apa yang telah di katakan atau hati yang telah dilukakan akibat daripada apa yang dikatakan. Mungk in kita juga turut mendengar perkataan seperti Saya tidak bermaksud untuk melukak an hati anda atau Saya tidak berniat demikian. Berbeza dengan komputer kerana mempu nyai kunci yang membolehkan kita memadamkan huruf atau perkataan yang salah dita ip tetapi manusia tidak dapat melakukan demikian. Ciri ini kadangkala menyebabka n kita masih boleh mengingati semula mesej yang telah kita dengar semasa kita ma sih kanak-kanak. Mesej yang sama yang telah dituturkan juga tidak dapat diulang dengan cara yang benar-benar sama atau tepat. Akan terdapat penambahan dan pengu langan tertentu atau perbezaan apabila anda diminta untuk mengulangi sesuatu yan g telah dikatakan dengan cara yang benar-benar sama. (d) Komunikasi merupakan fenomena yang berorientasikan penerima Ciri ini merujuk kepada andaian bahawa komunikasi berlaku apabila mesej diterima dan bukannya apabila mesej dihantar. Tingkah laku menghantar mesej tidak berert i bahawa komunikasi telah beraku dalam erti kata yang sebenarnya. Dalam erti kat a yang lain mesej yang diterima merupakan mesej yang dikomunikasikan. Misalnya, jika seorang pekerja menghantar mesej kepada penyelia beliau tetapi penyelia bel iau tidak membaca mesej berkenaan, ini bererti proses komunikasi tidak 64

berlaku. Sehubungan itu, tindakan penerima terhadap mesej yang telah disampaikan kepada beliau penting dalam mengukur keberkesanan sesuatu mesej setelah mesej b erkenaan dikomunikasikan oleh sumber. (e) Komunikasi berlaku secara lisan dan bu kan lisan Komunikasi melibatkan kedua-dua mesej lisan dan bukan lisan. Mesej lisan bererti perkataan digunakan untuk membawa makna. Mana-mana mesej sama ada diucap atau d ibaca dengan menggunakan perkataan mengadungi mesej lisan. Contohnya, apabila an da berbual dengan rakan anda, bermesyuarat, urusan jual beli dan sebagainya. Keb anyakan aktiviti komunikasi ini bergantung kepada penggunaan komunikasi lisan. S ebaliknya, komunikasi bukan lisan tidak menggunakan perkataan untuk membawa mese j kepada penerima. Penggunaan warna dalam buletin dan bahasa isyarat yang diguna kan oleh penceramah merupakan contoh komunikasi tanpa lisan yang membawa makna k epada penerima. Penggunaan warna, saiz huruf, reka letak dan sebagainya merupaka n elemen-elemen komunikasi tanpa lisan yang menggambarkan sesuatu kepada penerim a. Begitu juga penggunaan isyarat-isyarat seperti isyarat jalan raya yang perlu difahami maknanya oleh pengguna jalan raya. (f) Komunikasi dipengaruhi oleh buda ya Budaya dan proses sosialisasi memainkan peranan penting dalam hidup kita. Tingka h laku dan tindakan kita dipengaruhi oleh budaya. Budaya boleh mempengaruhi komu nikasi dari segi cara kita berkomunikasi serta cara mentafsirkan sesuatu mesej. Lantaran komunikasi turut dipengaruhi oleh persepsi, adalah penting untuk kita m engingati betapa budaya boleh berperanan dalam proses kita mentafsirkan sesuatu mesej yang telah dikomunikasikan kepada kita. Contohnya, cara kita berkomunikasi dengan orang tua haruslah menggunakan nada suara yang lembut dan merendah diri. Nilai kesopanan dan budi bahasa yang telah diterapkan dalam diri kita berperana n dalam membentuk cara kita berkomunikasi. Di samping itu, tafsiran yang diberik an terhadap sesuatu mesej turut dipengaruhi oleh budaya kita. Misalnya, masyarak at Barat lebih dikenali sebagai masyarakat yang berterus-terang apabila 65

berkomunikasi manakala masyarat Timur berkomunikasi secara tidak langsung dalam menyampaikan sesuatu mesej. Perbezaan budaya dan implikasinya terhadap komunikas i mewujudkan bidang komunikasi yang dikenali sebagai komunikasi antara budaya. L antara itu, memahami budaya masyarakat lain penting untuk membolehkan kita menja di komunikator yang berkesan apabila terlibat dalam proses komunikasi yang melib atkan individu yang datang dari budaya yang berbeza. (g) Komunikasi dipengaruhi oleh perspektif etika Etika merupakan garis panduan tentang tatacara kita bertingkah laku. Etika turut menjadi pegangan kita dalam membezakan tingkah laku yang benar dan salah. Etika boleh ditinjau daripada beberapa perspektif seperti perspektif ekonomi, agama, rasionaliti dan sebagainya. Etika turut merupakan perkara utama dalam mempengaru hi kita berkomunikasi. Etika penting kerana etika turut mempengaruhi kredibiliti ketika kita berkomunikasi dan iklim komunikasi yang wujud dalam sesebuah organi sasi. Pegangan anda terhadap etika dalam berkomunikasi akan mempengaruhi komunik asi anda terhadap penerima. Misalnya, anda takut untuk mengatakan sesuatu yang b enar tentang seseorang kerana takut akan melukakan hati penerima atau bimbang im plikasi daripada mengatakan sesuatu yang benar. Dalam masa yang sama anda menyed ari bahawa berbohong adalah salah dari segi etika dan menyalahi ajaran agama. Ap akah tindakan anda? 2. Terdapat beberapa kategori komunikasi tanpa lisan yang me mpengaruhi komunikasi dalam sesebuah organisasi iaitu (a) Proxemics Merujuk kepada ruang dan jarak serta pengaruh ruang terhadap komunikasi. Pekerja yang mempunyai pejabat yang lebih luas dianggap sebagai lebih penting berbandin g dengan mereka yang ditempatkan dalam pejabat yang lebih kecil. Jika sesebuah o rganisasi mempunyai beberapa cawangan, jarak antara cawangan berkemungkinan akan mempengaruhi komunikasi yang berlaku antara ibu pejabat dan cawangan. Besar kem ungkinan proses komunikasi kurang lancar kerana jarak yang jauh tidak memungkink an komunikasi bersemuka digunakan secara intensif. Sehubungan ini, jarak merupak an faktor komunikasi tanpa lisan yang menjadi penghalang kepada kelancaran prose s komunikai. 66

(b) Kinesics Merujuk kepada pergerakan anggota badan. Mengangkat ibu jari ke atas, menuding j ari telunjuk, lambaian tangan merupakan contoh-contoh kepada tingkah laku kinesi cs. Terdapat pergerakan badan yang menjadi pengganti kepada bahasa lisan dan dik enali sebagai emblems. Seperti juga komunikasi tanpa lisan yang lain, emblems te rgantung kepada konteks dan budaya untuk ditakrifkan. (c) Chronemics Faktor komunikasi tanpa lisan yang berkaitan dengan masa. Kita merasa kagum deng an kebolehan seseorang menepati masa. Ini menggambarkan kepada kita bahawa belia u merupakan seseorang yang profesional dan peka kepada kehendak kita. (d) Artifa k Artifak merujuk kepada benda yang dihasilkan oleh manusia. Dengan itu, pakaian dan perhiasan merupakan artifak. Artifak turut menggambarkan ciri peribadi anda . Misalnya, semasa menghadiri sesuatu proses temu duga, seseorang calon akan mem astikan bahawa beliau berpakaian kemas dan menarik bagi menggambarkan penampilan yang positif. (e) Oculesics Merujuk kepada kontak mata atau hubungan mata dan apa yang dikomunikasikan. Baya ngkan sekiranya anda mendengar ceramah, pencermah berkenaan tidak memandang sasa ran sebaliknya menumpukan perhatian kepada benda-benda lain yang terdapat di sek eliling bilik. Apakah perasaan anda? Bagaimanakah anda mentafsirkan tingkah laku penerima berkenaan? Apakah implikasi terhadap mesej yang disampaikan?. (f) Haptics Merupakan komunikasi tanpa lisan yang berkaitan dengan sentuhan. Contoh sentuhan ialah seperti berjabat tangan, pegangan dan sebagainya yang dilakukan oleh sumb er dan penerima. (g) Olfactics 67

Jika anda membuat tanggapan tentang seseorang berdasarkan haruman pewangi yang d ipakai oleh beliau, ini merujuk kepada olfactics. Contoh bau ialah seperti asap rokok, pewangi, sabun dan sebagainya yang menunjukkan kepada anda tahap kebersih an yang diamalkan atau jenama yang digunakan oleh seseorang. (h) Paralanguage Di kenali juga sebagai vocalics iaitu merujuk kepada nada suara, penekanan yang dib erikan kepada perkataan dan sebagainya ketika seseorang itu berkomunikasi. Paral ingual berperanan sebagai pengukuh kepada komunikasi lisan. Contohnya, seseorang yang sedang marah akan meninggikan suara dan dalam masa yang sama muka beliau b ertukar menjadi merah padam. (i) Ciri-ciri fizikal Sebagai tambahan kepada artifak seperti pakaian dan perhiasan, ciri-ciri fizikal boleh membawa maklumat tertentu yang akan ditafsirkan oleh penerima. Tinggi, re ndah, tarikan fizikal merupakan antara contoh ciri-ciri fizikal yang dikaitkan d engan ketampanan, kecantikan dan sebagainya. 68

BAB 5 MODEL-MODEL KOMUNIKASI OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memberi defi nisi model. 2. Menyatakan kepentingan model. 3. Menjelaskan elemen-elemen yang t erlibat dalam model komunikasi. 4. Menjelaskan fungsi elemen-elemen yang terliba t. 5. Menyenaraikan model-model komunikasi. 5.1 PENGENALAN Memahami pengertian dan proses komunikasi menjadi lebih mudah sekiranya kita mem ahami model-model komunikasi. Kerangka model komunikasi terdiri daripada beberap a elemen penting yang terlibat dalam proses penghantaran mesej kepada individu a tau kumpulan individu yang lain. Model-model komunikasi yang dipersembahkan dala m bab ini menggambarkan proses komunikasi sosial yang berbentuk sehala dan dua h ala. Keseluruhan bab akan memfokus kepada penjelasan dan penghuraian model-model umum komunikasi secara praktikal dan sesuai dengan kehidupan harian kita. Tumpu an juga adalah kepada pemahaman terhadap proses yang terlibat dalam sesuatu mode l berkenaan dan bagaimana peranannya dalam pembinaan teori bagi membantu kita me mahami tingkah laku komunikasi manusia. Model secara umumnya ialah sebuah diagra m yang mudah bagi menggambarkan sesuatu proses. Model-model ini membantu kita me mahami dengan mudah proses yang berlaku. Contohnya dalam sebuah model proses kom unikasi, selain penyampai dan penerima, terdapat medium sebagai perantara penyampa ian maklumat seperti telefon, mel elektronik, kertas mahupun udara. Kemudian, ia juga menggambarkan hubungan yang terbina antara kedua-dua belah pihak penyampai dan penerima tadi, iaitu sama ada secara sehala ataupun dua hala. 69

Bidang komunikasi melihat model sebagai satu bentuk proses yang digambarkan meng gunakan pendekatan matematik, naratif atau fizikal yang bertujuan membantu memer ihalkan aliran mesej (sehala ataupun dua hala) serta gangguan-gangguan yang mung kin wujud dalam proses tersebut. Daripada penjelasan tentang apakah komunikasi i tu tadi, dapat kita nyatakan bahawa model komunikasi ialah gambaran tentang simb ol dan struktur peraturan yang terlibat dalam proses penyampaian mesej yang wuju d. Oleh itu, dapat kita fahami bahawa fungsi model ini ialah untuk Memudahkan ki ta memahami proses komunikasi yang berlaku. Sumbangan elemen-elemen yang terliba t dalam proses komunikasi tersebut. (iii) Sama ada proses komunikasi yang berlak u berstruktur sehala atau dua hala. (iv) Menjadi asas dalam pembentukan teori-te ori komunikasi seterusnya. (v) Membantu dalam mencadangkan strategi-strategi kom unikasi. (i) (ii) 5.2 MODEL KOMUNIKASI AWAL Binaan model komunikasi umum biasanya melibatkan enam elemen utama iaitu sumber, mesej, saluran, penerima, maklum balas dan gangguan. Namun, model komunikasi aw al yang menerangkan bagaimana proses komunikasi berlaku adalah lebih mudah. Ia t erdiri daripada tiga elemen saja, iaitu (i) Sumber (pihak yang menghantar mesej) . (ii) Saluran (cara mesej tersebut dihantar keluar). (iii) Penerima (pihak yang menerima mesej tersebut dan seharusnya menggunakan mesej tersebut). Model komun ikasi peringkat awal ini dipelopori oleh Aristotle dan dinamakan Model Aristotal ian. Beliau mendapat ilham tentang model ini apabila mengkaji tentang perbicaraa n kes di mahkamah. Model ini tidak membincangkan elemen maklum balas, maka ia le bih dikenali sebagai model komunikasi sehala. Model peringkat awalan ini merumus kan bahawa keberkesanan komunikasi bergantung kepada keupayaan sumber mempengaru hi penerima untuk menerima idea yang disampaikan. Pengaruh sumber ini akan diter ima oleh penerima yang mempunyai sikap 70

yang pasif dan menerima apa saja mesej yang disampaikan sumber. Selain Aristotle tokoh-tokoh awal yang mempelopori model komunikasi sehala ini ialah Harold Lass well, Claude Shannon dan Warren Weaver, dan David Berlo. Rajah 5.1 Model Komunikasi Awal SALURAN SUMBER (a) Model Lasswell (1948) PENERIMA Daripada model komunikasi awal ini Lasswell mengembangkannya dengan membentuk so alan-soalan umum seperti pembinaan berita oleh wartawan-wartawan akhbar. Rajah 5.2 Model Lasswell Siapa? Berkata apa? Melalui saluran mana? Kepada siapa? Apakah kesannya? Model Lasswell ini dianggap istimewa kerana ia memasukkan elemen kesan ke atas k halayak terhadap mesej yang telah diterima. Siapa? di sini merujuk kepada sumber m aklumat iaitu penyampai, Berkata apa? merujuk kepada mesej yang disampaikan, Melalu i saluran mana? merujuk kepada saluran yang dipilih untuk menyampaikan mesej ters ebut. Apakah kesannya merujuk kepada tindak balas yang berlaku terhadap mesej yang diterima. Contohnya, seorang ibu yang sedang berada di tempat kerja menelefon a naknya yang tinggal di rumah dan menyuruh anaknya itu mengunci pintu. Tindak bal as daripada mesej yang diterima itu tadi, si anak pun pergi mengunci pintu seper ti yang disuruh oleh ibunya. 71

Berikan contoh yang membayangkan aktiviti komunikasi yang digambarkan dalam Mode l Lasswell. (b) Model Shannon dan Weaver ( 1949 ) Kemudiannya, Shannon dan Weaver (1949) telah melakarkan proses ini dalam bentuk grafik. Model ini dibentuk berdasarkan model elektronik. Ia bersifat linear deng an andaian bahawa proses komunikasi adalah sehala antara sumber dan penerima. Su mber menterjemahkan (enkod) mesej yang hendak disampaikan dalam bentuk simbol-si mbol atau isyarat untuk disampaikan kepada penerima melalui saluran tertentu yan g dipilih. Model ini mengandaikan wujud gangguan dalam proses tersebut yang mung kin akan menjejaskan maksud. Mesej itu tadi akan diterima oleh penerima yang aka n mentafsir dengan memecahkan (dekod) simbolsimbol atau isyarat tadi semasa pros es transformasi. Hasil pentafsiran mesej oleh penerima akan sampai kepada destin asi. Rajah 5.3 Model Shannon dan Weaver Transmiter Mesej enkod hantar Isyarat saluran terima isyarat Receiver dekod mese j Sumber maklumat Destination Sumber gangguan Ringkasnya model Shannon dan Weaver ini mengandungi lima elemen penting iaitu (i ) (ii) (iii) (iv) (v) Sumber bermaklumat yang akan menghasilkan mesej. Transmite r menukar (enkod) mesej kepada simbol atau isyarat. Saluran yang membawa simbol atau isyarat. Penerima, memecah (dekod) simbol atau isyarat dan mentafsir. Desti nasi iaitu tempat di mana mesej sampai. Elemen keenam iaitu gangguan ialah faktor yang mengganggu perjalanan mesej, yang m ungkin menyebabkan mesej disalah tafsir. Contoh-contoh gangguan ialah seperti bu nyi bising, kerosakan pada saluran, merasa tidak sihat dan sebagainya. Gangguan yang wujud akan menjejaskan keberkesanan proses komunikasi. 72

Untuk membantu pemahaman para pelajar, model Shannon dan Weaver ini sekiranya di perihalkan kepada interaksi melalui telefon: (i) (ii) (iii) (iv) (c) Saluran ial ah wayar telefon. Signal ialah elektrik di dalamnya. Transmiter ialah set telefo n. Gangguan boleh terjadi pada bunyi, gangguan talian, mahupun kekurangan pada s umber atau penerima mesej. Model Berlo (1960) Sebuah lagi model komunikasi berbentuk linear diketengahkan oleh David Berlo (19 60). Model Berlo ini menekankan ciri-ciri pada setiap elemen komunikasi yang wuj ud. Ciri-ciri ini mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam memberi maksud serta saling berkait antara satu sama lain. Andaian model Berlo ini ialah setiap eleme n mempunyai kekuatan tersendiri serta saling berkaitan. Rajah 5.4 Model Berlo Sumber - Kemahiran komunikasi - Sikap - Pengetahuan - Sistem sosial - Budaya Mes ej - Unsur - Struktur - Kod - Kandungan - Gaya Saluran Lihat Dengar Sentuh Hidu Rasa Penerima - Kemahiran komunikasi - Sikap - Pengetahuan - Sistem Sosial - Bud aya Menurut Berlo keberkesanan mesej bergantung kepada tahap kemahiran komunikasi, s ikap, pengetahuan, sistem sosial dan budaya sumber serta penerima dalam memilih dan menentukan unsur, struktur, kod, kandungan dan gaya penyampaian mesej. Manak ala pemilihan saluran bergantung kepada kesediaan pancaindera sumber dan penerim a. Model Berlo juga menekankan maksud bergantung kepada kebolehan penerima menta fsir mesej. Maksudnya di sini, ciri-ciri mesej yang dipilih iaitu dari segi unsu r, struktur, kod, kandungan dan gaya bergantung kepada ciri-ciri sumber yang men yampaikan mesej iaitu dari segi kemahiran komunikasi, sikap, pengetahuan, sistem sosial dan budaya sumber berkenaan. Contohnya, sekiranya seseorang itu mempunya i kemahiran komunikasi yang tinggi, maka ciri-ciri mesej yang dipilih akan lebih menepati sasaran. Begitu juga halnya dengan penerima mesej. Sekiranya penerima mempunyai ciri-ciri yang baik dari segi kemahiran komunikasi, sikap, 73

pengetahuan, sistem sosial dan budaya yang hampir menyamai penyampai, kebarangka lian mesej itu berkesan amat tinggi. Menurut Model Berlo ini lagi, pemilihan sal uran perlu mengambil kira kebolehan pancaindera penerima agar mesej dapat diteri ma dengan sempurna. 5.3 MODEL KOMUNIKASI DUA HALA Para sarjana pada awal tahun 1950-an seperti Osgood (1954) Schramm (1954) dan Da nce (1955) mendapati bahawa proses komunikasi sebenar lebih kompleks dan bukan l inear (non-linear) dengan mengambil kira tindak balas yang berlaku antara sumber dan penerima. De Fleur telah mengenal pasti hal ini dan menambah tindak balas k epada model awal itu tadi. Model-model dua hala ini menekankan pemahaman bersama dan konsensus serta beranggapan bahawa proses komunikasi ini ialah satu proses yang berterusan dalam bentuk helix. Contohnya seperti dua orang individu yang seda ng berbual-bual. Posisi sumber dan penerima itu sentiasa silih berganti. Sumber (S) Penerima (R) (a) Model Schramm (1954) Schramm menerangkan proses komunikasi antara manusia dengan mengemukakan gambar rajah tindanan pada lapang rujuk (frames of reference). Persamaan pengalaman, ta hap pengetahuan, persekitaran dan lain-lain akan meluaskan kawasan yang tertinda n. Keadaan ini akan menjadi daya rangsangan kepada proses komunikasi yang lebih berkesan. Menurut Schramm peratusan persamaan ini akan menentukan tingkat intera ksi menjadi lebih berkesan kerana wujud pemahaman yang sama. Contohnya, pada tah un pertama, para pelajar komunikasi rata-rata tidak mempunyai pengetahuan yang l uas tentang bidang komunikasi. Para pensyarah perlu mengemukakan soalan-soalan a gar dapat memasuki ruangan yang bertindan dalam lapang rujuk agar dapat mencari ti tik 74

persamaan yang wujud. Bertitik tolak dari sini, pensyarah akan mula menerangkan dengan lebih lanjut tentang bidang komunikasi ini dan subbidang-subbidang yang a da. Dengan ini, ruangan yang tertindan tadi akan diluaskan dan persamaan yang wu jud akan menjadi lebih banyak. Rajah 5.5 Model Schramm A Sumber (enkod) B Penerima (dekod) Persamaan wujud Schramm seterusnya mengembangkan lagi model lapang rujuknya ini dengan memperken alkan elemen maklum balas dan peranan antara dua manusia dalam proses komunikasi . Menurut model kedua Schramm ini sumber dan penerima saling silih berganti mema inkan peranan sebagai sumber (enkoder) dan penerima (dekoder) mesej. Proses komu nikasi berkesan apabila wujud persamaan pentafsiran maksud (enkod dan dekod) ter hadap isyarat yang diterima. Rajah 5.6 Model Pentafsiran Maksud Schramm Mesej Sumber (enkod) Penerima (dekod) Mesej Penerima (dekod) Sumber (enkod) 75

Dalam model ini, Schramm menerangkan bahawa sumber akan memilih dan mencipta (en kod) simbol-simbol (mesej) untuk dihantar kepada penerima. Penerima akan memecah kan (dekod) simbol-simbol tadi dan mentafsir maksud. Seterusnya, penerima memili h dan mencipta (enkod) simbol-simbol dan bertindak sebagai sumber untuk menghant ar mesej (sebagai tindak balas ). Sumber asal akan menerima dan kini bertindak s ebagai penerima dengan memecahkan (dekod) simbol-simbol yang dihantar. Proses in i akan berpusing sehingga proses interaksi ditamatkan. Pada pendapat anda, apaka h persamaan paling minimum yang wujud antara dua individu? (b) Model Osgood (1954) Model Osgood (1954) juga merupakan sebuah model komunikasi dua hala. Osgood meng andaikan bahawa proses komunikasi bukanlah hanya sebagai satu proses penghantara n mesej daripada sumber kepada penerima tetapi juga melibatkan penukaran mesej a ntara penerima dengan sumber. Model Osgood ini juga mengandaikan bahawa proses p entafsiran maksud berlaku semasa mesej disampaikan oleh sumber. Andaian ini meny okong andaian oleh Berlo dan Schramm. Kemudian, Osgood menambah kepada model lin ear tersebut dengan andaian seterusnya iaitu proses pentafsiran maksud akan dima klumbalaskan oleh penerima kepada sumber pertama tadi. Model ini memberi keutama an kepada proses pentafsiran maksud. Rajah 5.7 Model Osgood Maklum Balas Sumber maklumat Perutusan Gangguan Penyebar Penerima Destinasi Perutusan Individu akan berfungsi sebagai penerima dan destinasi dalam proses komunikasi i ni. Osgood juga menyatakan bahawa komunikasi ialah satu proses interaksi berteru san antara dua individu yang terlibat dan hanya 76

akan terhenti apabila kedua-dua belah pihak berpuas hati dengan pencapaian perse fahaman terhadap apa yang dikomunikasikan. (c) Model Komunikasi Kontemporari Era 1970-an dan 1980-an merekodkan pengaruh persekitaran dan sistem sosial dalam model-model yang dibentuk. Sarjana komunikasi pada era ini melihat keberkesanan mesej komunikasi juga ditentukan oleh sistem sosial, persekitaran dan iklim yan g terlibat. Antara model yang termasuk pada zaman ini ialah Model Pergantungan y ang dipelopori oleh Ball Rokeach dan De Fleur. Model ini mengutarakan kekuatan h ubungan antara khalayak, media dan sistem sosial yang lebih luas. Andaiannya ial ah media mempunyai pelbagai fungsi dan khalayak melihat fungsi-fungsi media ini pada tahaptahap yang berlainan. Punca pergantungan kedua ialah kestabilan sosial . Apabila terdapat perubahan sosial atau konflik, maka khalayak akan lebih berga ntung kepada media sebagai sumber informasi. Kini, sarjana komunikasi mula beral ih kepada model-model yang mempunyai kecenderungan kepada khalayak (audience cen tered models) dengan andaian mesej yang berkesan akan berjaya menukar tingkah la ku, sikap dan pengetahuan penerima. Antara model ini ialah Pemasaran Terarah (Ta rgeted marketing) dan Pemasaran sosial (Social marketing). Ciri-ciri model berke naan ialah 1. Pemasaran terarah (Targeted marketing) Pemasaran Terarah ialah proses untuk mengenal pasti kelompokkelompok tertentu ya ng menjadi sasaran pemasaran. Penentuan kelompok ini pula akan digunakan bagi me mbangunkan strategi campuran pemasaran barangan atau perkhidmatan tertentu bagi setiap kelompok yang telah dikenal pasti. Tujuan utama model pemasaran terarah i ni ialah bagi mengelakkan sasaran yang terpesong, komunikasi tidak lancar dan ke mpen yang tidak mengenali keperluan sebenar khalayak. Model pemasaran terarah me nerangkan bagaimana kita boleh memperoleh khalayak sasaran yang lebih tepat. Sek iranya perkara ini dapat dilakukan, pembaziran daripada pelbagai sudut dapat dik urangkan. 77

2. Pemasaran sosial (Social marketing) Menurut Kotler (1982), pemasaran sosial (sosial marketing) ialah pelaksanaan dan pengendalian program yang berusaha meningkatkan penerimaan terhadap idea sosial atau penyebab sosial di kalangan kelompok sasaran. Ia memanfaatkan konsep segme ntasi pasaran, penyelidikan pengguna, pengembangan konsep komunikasi, kemudahan, insentif dan teori pertukaran untuk memaksimumkan tindak balas di kalangan sasa ran. Pemasaran sosial juga dikenali sebagai social cause marketing atau public i ssue marketing. Perkara penting dalam konsep pemasaran sosial ialah pemasaran ya ng tidak bermatlamatkan keuntungan malah mengutamakan kepada pengguna atau khala yak sasaran. Contoh yang paling mudah dan kerap kita saksikan ialah pemasaran te rhadap perkhidmatan kesihatan oleh kerajaan. Model-model terbaru ini memberi pen ekanan kepada persembahan mesej agar menepati cita rasa dan kehendak khalayak. S OALAN DALAM TEKS 1. 2. 3. Apakah yang dikatakan model komunikasi? Apakah fungsi model komunikasi? Huraikan tiga model komunikasi awal. Semak jawapan anda di akhir bab ini. Pada pendapat anda, apakah persamaan paling minimum yang wujud antara dua individu? 5.4 RUMUSAN Daripada pelajaran yang telah kita lalui di sepanjang bab ini, kita dapati bahaw a perkembangan model komunikasi diiringi dengan penambahan elemen-elemen dalam m odel-model komunikasi tersebut. Secara vertikalnya pula, para sarjana semakin me mikirkan ciri-ciri yang menyumbang kepada keberkesanan mesej selain daripada cir i pada elemen utama, iaitu pengaruh persekitaraan, sistem sosial serta sejauh ma na sesuatu mesej itu berjaya memenuhi cita rasa dan kehendak khalayak. 78

SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. 2. Berdasarkan fahaman anda, bincangkan perkaitan an tara elemenelemen dalam model komunikasi umum. Pilih satu model komunikasi dua h ala yang telah anda pelajari, kaitkan dengan situasi persekitaran anda. Semak ja wapan anda di akhir modul kursus ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Model komunikasi secara umumnya ialah sebuah diagra m yang mudah bagi menggambarkan sesuatu proses. Model-model ini membantu kita me mahami dengan mudah proses yang berlaku. Bidang komunikasi melihat model sebagai satu bentuk proses yang digambarkan menggunakan pendekatan matematik, naratif a tau fizikal yang bertujuan membantu memerihalkan aliran mesej (sehala ataupun du a hala) serta gangguan-gangguan yang mungkin wujud dalam proses tersebut. Fungsi Model Komunikasi ialah untuk (i) Memudahkan kita memahami proses komunikasi yan g berlaku. (ii) Sumbangan elemen-elemen yang terlibat dalam proses komunikasi te rsebut. (iii) Sama ada proses komunikasi yang berlaku berstruktur sehala atau du a hala. (iv) Menjadi asas dalam pembentukan teori-teori komunikasi seterusnya. ( v) Membantu dalam mencadangkan strategi-strategi komunikasi. 3. Model komunikasi awal (a) Model Lasswell ( 1948 ) 2. Lasswell mengembangkannya dengan membentuk soalan-soalan umum seperti pembinaan berita oleh wartawan-wartawan akhbar iaitu 79

Siapa? Berkata apa? Melalui saluran mana? Kepada siapa? Apakah kesannya? Model L asswell ini dianggap istimewa kerana ia memasukkan elemen kesan ke atas khalayak terhadap mesej yang telah diterima. Siapa? di sini merujuk kepada sumber maklumat iaitu penyampai, berkata apa? merujuk kepada mesej yang disampaikan, melalui salur an mana? merujuk kepada saluran yang dipilih untuk menyampaikan mesej tersebut. Ap akah kesannya merujuk kepada tindak balas yang berlaku terhadap mesej yang diteri ma. Contohnya, seorang ibu yang sedang berada di tempat kerja menelefon anaknya yang tinggal di rumah dan menyuruh anaknya itu mengunci pintu, maka, tindak bala s daripada mesej yang di terima itu tadi, si anak pun pergi mengunci pintu seper ti yang disuruh oleh ibunya. (b) Model Shannon dan Weaver ( 1949 ) Shannon dan W eaver (1949) telah melakarkan proses ini dalam bentuk grafik. Model ini dibentuk berdasarkan model elektronik. Ia bersifat linear dengan andaian bahawa proses k omunikasi adalah sehala antara sumber dan penerima. Sumber menterjemahkan (enkod ) mesej yang hendak disampaikan dalam bentuk simbolsimbol atau isyarat untuk dis ampaikan kepada penerima melalui saluran tertentu yang dipilih. Model ini mengan daikan wujud gangguan dalam proses tersebut yang mungkin akan menjejaskan maksud . Mesej itu tadi akan diterima oleh penerima yang akan mentafsir dengan memecahk an (dekod) simbol-simbol atau isyarat tadi semasa proses transformasi. Hasil pen tafsiran mesej oleh penerima akan sampai kepada destinasi. Model Shannon dan Weaver Transmitter Mesej Enkod Receiver Destination Mesej Sumber maklumat Hantar Saluran Isyarat Terima Isyarat Dekod Sumber gangguan Ringkasnya model Shannon dan Weaver ini mengandungi lima elemen penting iaitu 80

(i) (ii) Sumber bermaklumat, yang akan menghasilkan mesej. Transmiter menukar (enkod) mes ej kepada simbol atau isyarat. (iii) Saluran yang membawa simbol atau isyarat. ( iv) Penerima, memecah (dekod) simbol atau isyarat dan mentafsir. (v) Destinasi, tempat di mana mesej sampai. Elemen keenam iaitu gangguan ialah faktor yang mengg anggu perjalanan mesej, yang mungkin menyebabkan mesej disalah tafsir. Model Shan non dan Weaver ini sekiranya diperihalkan kepada interaksi melalui telefon: (i) (ii) (iii) (iv) (c) Saluran ialah wayar telefon. Signal ialah elektrik di dalamnya. Transmitter iala h set telefon. Gangguan boleh terjadi pada bunyi, gangguan talian, mahupun kekur angan pada sumber atau penerima mesej. Model Berlo (1960) Sebuah lagi model komunikasi berbentuk linear diketengahkan oleh David Berlo (19 60). Model Berlo ini menekankan ciri-ciri pada setiap elemen komunikasi yang wuj ud. Ciri-ciri ini mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam memberi maksud serta saling berkait antara satu sama lain. Andaian model Berlo ini ialah setiap eleme n mempunyai kekuatan tersendiri serta saling berkaitan. Model Berlo Sumber - Kemahiran komunikasi - Sikap - Pengetahuan - Sistem sosial - Budaya Mesej - Unsur - Struktur - Kod - Kandungan - Gaya Saluran Lihat Dengar Sentuh Hidu Rasa Penerima - Kemahiran komunikasi - Sikap - Pengetahuan - Sistem Sosial - Budaya Menurut Berlo keberkesanan mesej bergantung kepada tahap kemahiran komunikasi, s ikap, pengetahuan, sistem sosial dan budaya sumber serta penerima dalam memilih dan menentukan unsur, struktur, kod, kandungan dan gaya penyampaian mesej. Manak ala pemilihan saluran bergantung kepada kesediaan 81

pancaindera sumber dan penerima. Model Berlo juga menekankan maksud bergantung k epada kebolehan penerima mentafsir mesej. Maksudnya di sini, ciri-ciri mesej yan g dipilih iaitu dari segi unsur, struktur, kod, kandungan dan gaya bergantung ke pada ciri-ciri sumber yang menyampaikan mesej iaitu dari segi kemahiran komunika sinya, sikap, pengetahuan, sistem sosial dan budaya sumber berkenaan. Contohnya, sekiranya seseorang itu mempunyai kemahiran komunikasinya yang tinggi, maka cir i-ciri mesej yang dipilih akan lebih menepati sasaran. Begitu juga halnya dengan penerima mesej. Sekiranya, penerima mempunyai ciri-ciri yang baik dari segi kem ahiran komunikasinya, sikap, pengetahuan, sistem sosial dan budaya yang hampir m enyamai penyampai kebarangkalian mesej itu berkesan adalah amat tinggi. Menurut Model Berlo ini lagi, pemilihan saluran perlu mengambil kira kebolehan pancainde ra penerima agar mesej dapat diterima dengan sempurna. 82

BAB 6 TEORI-TEORI ASAS KOMUNIKASI OBJEKTIF BAB Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami teo ri-teori asas komunikasi. 2. Memahami ciri-ciri teori asas komunikasi. 3. Membez akan teori-teori asas komunikasi dengan teori-teori lain dalam komunikasi. 4. Me nyenarai dan menghuraikan teori-teori asas komunikasi. 5. Menggunakan teori-teor i asas komunikasi untuk menerangkan konsep asas interaksi manusia. 6.1 PENGENALA N Bab ini membincangkan tentang teori-teori asas dalam bidang komunikasi. Bab-bab sebelum ini telah mendedahkan anda kepada pelbagai aspek yang berkaitan dengan t eori komunikasi. Sebelum itu, kita imbas kembali pengertian teori. Cragan dan Sh ields (1998), mendefinisikan teori sebagai satu kenyataan yang mengandungi konse pkonsep dan perkaitan antaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas, m enerang, menilai, membuat ramalan dan membuat kawalan fenomena. Setiap teori kom unikasi memberi penjelasan dan perhubungan berkenaan konsep yang berbeza-beza. S esebuah teori komunikasi mungkin tidak mampu untuk menjelaskan semua fenomena ko munikasi yang berlaku atau sesetengahnya hanya spesifik kepada sesuatu fenomena sahaja seperti teori-teori khas komunikasi iaitu Teori Menjalankan Temu Bual, Te ori Pemasaran Sosial, Teori Pengucapan Awam dan lain-lain. Oleh itu, terdapat be berapa pengkategorian teori yang dibuat oleh para sarjana. 6.2 TEORI-TEORI ASAS KOMUNIKASI Teori-teori asas komunikasi digunakan untuk menerangkan dan mengenal pasti konse p-konsep asas berkomunikasi. Ia menjelaskan interaksi dalam berkomunikasi yang a sas bagi menerangkan perlakuan manusia. Ciri-ciri teori asas ini ialah ia tidak mempunyai had masa iaitu ia 83

boleh menerangkan fenomena yang berlaku pada masa dulu, sekarang dan meramal fen omena akan datang. Teori-teori asas komunikasi yang akan dibincangkan dalam bab ini ialah Teori Semantik Umum, Teori Informasi, Teori Perantaraan Makna, Teori K ognitif Disonan, Teori Interaksi Perlambangan, Pengurusan Koordinasi Makna dan T eori Himpunan Tindakan. 6.2.1 Teori Semantik Umum Teori Semantik Umum terhasil daripada kajian-kajian awal yang dibuat tentang pen ggunaan perkataan (verbal) sebagai simbol utama yang digunakan ketika berkomunik asi. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam mengetengahkan teori ini ialah I.A. Richard s, C.K. Ogden, S.I. Hayakawa dan Alfred Korzybski. Kajian-kajian mereka dilaksan akan untuk mengkaji bagaimana penggunaan perkataan-perkataan ini boleh menyebabk an kekeliruan maksud dalam berkomunikasi. Andaian teori ini ialah kekeliruan dan salah faham dapat dielakkan jika kita memahami bagaimana perkataan sebagai simb ol utama berkomunikasi digunakan. Dengan ini, komunikasi dapat diperbaiki. Teori Semantik Umum memberi fokus kepada bahasa sebagai simbol. Simbol ini pula mempu nyai ciri-ciri yang penting seperti: (i) (ii) (iii) Simbol ialah arbitrari, iait u maksudnya berubah mengikut budaya masyarakat setempat. Simbol ialah abstrak. S imbol kabur, iaitu mempunyai pengertian yang kabur dan pelbagai. Ketiga-tiga ciri simbol ini berpotensi untuk menyampaikan sesuatu mesej dengan b erkesan ataupun mungkin juga akan mencipta kekeliruan dan salah tanggapan terhad ap maksud simbol berkenaan. Sekiranya kekeliruan berlaku, perbalahan mungkin wuj ud. Tokoh-tokoh Teori Semantik Umum ini berpendapat adalah tidak mustahil untuk mencipta simbol yang dapat difahami bersama dan tidak menyebabkan timbulnya keke liruan. Mereka percaya bahawa kunci utama pemahaman ialah konteks. Maksud bergan tung kepada konteks kerana maksud akan berubah dengan berubahnya konteks. Oleh i tu, timbullah aksium komunikasi yang popular iaitu maksud terletak pada diri indi vidu bukan perkataan (Meaning are in people, not in words). 84

Berapa kerapkah anda berhadapan dengan masalah komunikasi yang diakibatkan oleh perbezaan pengertian terhadap perkataan dan simbol? 6.2.2 Teori Informasi Menjelang akhir 1940-an muncul seorang saintis bernama Claude Shannon yang telah membangunkan teori matematikal transmisi isyarat. Shannon ialah seorang juruter a telefon. Oleh itu, sasaran awal teorinya ialah untuk memaksimumkan kapasiti ta lian dan meminimumkan gangguan. Shannon agak tidak berminat untuk melihat aspek semantik sesuatu mesej atau kesan pragmatiknya kepada pendengar. Beliau tidak me ngambil kira sama ada talian atau saluran tersebut membawa rentak apa, sama ada ker oncong atau jazz, pop atau rock. Teori yang dikemukakan oleh beliau berkecenderun gan melihat masalah teknikal penghantaran bunyi, isyarat ataupun yang kita kenali se bagai simbol. Shannon sendiri pada mulanya tidak pasti potensi teorinya ini dalam menggambarkan masalah semantik dan pragmatik komunikasi interpersonal. Seorang e ksekutif di Rockefeller Foundation dan Sloan Kattering Institute on Cancer Resea rch iaitu Warren Weaver telah menulis satu esei interpretif yang mengetengahkan Teori Informasi ini sebagai sebuah teori yang mempunyai skop yang umum, asas kep ada apa jua masalah yang dihadapi dan simplistik. Esei Weaver menyimpulkan bahaw a apa jua masalah komunikasi dapat diselesaikan dengan mengurangkan kehilangan i nformasi. Weaver telah berjaya menguatkan kepercayaan ahli komunikasi kemanusiaa n bahawa teori matematikal informasi Shannon ini mudah diaplikasikan. Penjelasan dan terjemahan Weaver yang mudah difahami telah menarik minat ahli-ahli komunik asi. Terdapat banyak istilah komunikasi yang digunakan kini berasal daripada pan dangan Shannon dan Weaver seperti - message fidelity, multiple channels, informa tion loss, source credibility dan feedback. Dalam aplikasinya terhadap interaksi interpersonal, Weaver mengandaikan otak manusia sebagai sumber informasi, suara sebagai transmiter, gangguan sebagai kekurangan pada diri individu ketika berko munikasi seperti sakit kerongkong dan sebagainya ataupun bunyi bising yang melat ari perbualan. Penerimaan isyarat bergantung kepada kebolehan pendengar dengan m esej tadi mengalir daripada telinga ke otak. 85

Manakala Shannon menumpukan bahagian teknikal seperti mampukah sistem telefon be rfungsi dengan berkesan agar mesej dapat disampaikan? Weaver melihat kepada hubu ngan sumber destinasi (apa yang terjadi antara keduanya). Walau bagaimanapun, ke dua-dua ahli teori ini berkongsi matlamat yang sama iaitu memaksimumkan kadar ma klumat yang dapat disampaikan melalui sistem yang dibina. Lantaran Shannon membe ntuk satu teori teknikal, maka pengertian informasi yang digunakan juga ialah tekn ikal. Informasi bagi Shannon bererti peluang untuk mengurangkan ketidakpastian. Shannon percaya bahawa lebih tinggi medan kebebasan memilih mesej oleh individu, maka lebih sukarlah untuk diramalkan penerimaan. Sehubungan itu, andaian pertam a dalam teori ini ialah berkaitan dengan aspek teknikal sesuatu mesej. Andaian k eduanya ialah gangguan ialah musuh informasi. Bagi Shannon dan Weaver, bunyi bis ing yang mengganggu lebih daripada hanya bunyi lain yang kedengaran atau statik dalam talian. Ia ialah apa saja yang tidak dirancang oleh sumber. Kebisingan ata u gangguan ini termasuklah tulisan yang comot, suara yang tidak jelas, pergeraka n visual yang keterlaluan dan boleh mengganggu konsentrasi, semuanya ialah gangg uan. Oleh itu, gangguan dianggap sebagai sesuatu yang boleh menyekat keupayaan s aluran membawa informasi daripada transmitter kepada penerima. Antara kritikan y ang dikemukakan terhadap teori ini ialah teori ini tidak lengkap kerana ia hanya menggambarkan komunikasi sebagai aliran informasi sehala. Menurut Janet Barelas yang mengkaji kes-kes komunikasi equivocal, Teori Informasi ini seolah-olah men getepikan faktor manusia dalam proses komunikasi interpersonal. Apabila diaplika sikan kepada situasi komunikasi interpersonal, teori ini telah menjadikan manusi a seolah-olah tidak beremosi dan pasif. 6.2.3 Teori Perantaraan Makna [Mediation al Theory of Meaning (MTM)] Teori seterusnya yang akan kita pelajari ialah Teori Perantaraan Makna (MTM) yan g dipelopori oleh Chanles Osgood (1950). Chanles Osgood ialah seorang profesor d alam bidang psikologi dan komunikasi daripada University of Illinois. Untuk memu dahkan anda memahami Teori Osgood ini, cuba anda bayangkan individu tertentu dal am sesuatu situasi. Katakanlah seorang bapa dan anaknya berumur tujuh tahun seda ng berkelah di tepi pantai pada satu petang yang redup, tiba-tiba kedengaran bun yi guruh di langit dan orang menjerit guruh!. Menurut Osgood, si 86

bapa akan memproses maklumat tentang kejadian guruh di langit dan suara itu pada tiga tahap kompleksiti yang berlainan. Setiap satu tahap ini akan mempengaruhi tingkah laku si bapa tadi. Tahap pertama yang asas ialah Tahap Sensasi Awal (Raw Sensational Level). Si bapa mendengar guruh di langit dan merasakan tindak bala s refleksi terhadap otot diperutnya. Keadaan ini ialah tindak balas Stimulus-Res pons (S-R) klasik. Bunyi guruh yang kuat ini tidak memberi apa-apa maksud pada t ahap S-R, ia cuma gambaran apa yang sedang berlaku. Pada tahap kedua, persepsi b erlaku. Proses persepsi ini mengintegrasikan input pancaindera kita seperti mata , telinga, hidung, lidah dan kulit kita dengan pengalaman-pengalaman lepas yang pernah kita lalui. Dalam keadaan ini tindak balas refleksi bukan hanya gambaran apa yang sedang berlaku tetapi apa yang kita sangka (expect) akan berlaku. Darip ada pengalamannya melihat guruh di langit, si bapa telah membina satu sangkaan b ahawa guruh di langit akan diikuti dengan angin yang kuat, kilat dan hujan akan turun. Penggabungan kejadian tersebut ialah fenomena semula jadi yang berlaku ha mpir pada setiap masa sekiranya berlaku guruh di langit. Oleh itu, si bapa akan memanggil anaknya bersedia untuk pulang. Bunyi guruh tidak akan mencederakan pen dengaran tetapi kilat mungkin meragut nyawa. Tahap ketiga, ialah Tahap Gambaran (Representational). Menurut Osgood, perkataan melambangkan sesuatu tingkah laku sebagai proses perantara. Proses perantaraan (mediated) ini ialah lebih kompleks daripada tahap sensasi dan persepsi. Ia menggambarkan apa yang ditunjukkan (sig nify). Si bapa akan berteriak kepada anaknya agar naik ke pantai dan dalam masa yang sama dia menarik lengan anaknya dan berlari mencari tempat berteduh. Menuru t Osgood lagi, keadaan ini memberi gambaran aksi yang memerlukan tenaga yang tin ggi. Teori ini mengandaikan bahawa dalam situasi tadi, pengalaman setiap individ u yang berbeza mungkin mengakibatkan tindakan yang berbeza apabila berlaku guruh di langit. Osgood telah mencipta teknik kelainan semantik untuk membezakan maks ud perkataan pada setiap manusia. Selaras dengan Teori Perantaraan yang memberi fokus kepada tindak balas, perkataan digunakan untuk menggambarkan perasaan (kon otasi) berbanding deskripsi (denotasi). Osgood mengandaikan semua manusia biasa tahu maksud guruh. Bagaimana manusia bertindak balas terhadapnya? Bagaimana rasanya? Osgood mendapati hanya tiga 87

dimensi diperlukan untuk melihat pengertian terhadap sesuatu kejadian. Dapatan i ni diperolehi setelah melakukan analisis fakta terhadap kajiannya. Kritikan yang dikemukakan terhadap teori ini ialah idea menggunakan pengukuran kuantitatif te rhadap pengertian dikatakan terlalu bercitacita tinggi. Terdapat juga sarjana yang mempersoalkan sama ada dengan meletakkan perkataan dalam ruang semantik benar-b enar dapat mengukur pengertian. Namun, sekurang-kurangnya teori ini melengkapkan sebahagian teori-teori pengertian, malah lebih baik. Osgood telah mencipta teor i pengertian tiga tahap. Pertama, Tahap Sensasi Awal iaitu apabila perkataan guru h masuk ke saraf sensori, didekod dan dikenal pasti sebagai petanda kepada sesuat u. Kedua, pengertian tadi diperkembangkan melalui penggabungan input pancaindera terhadap perkara yang dilihat. Akhirnya, stimulasi dalaman dienkod kepada tinda k balas terhadap perkataan yang didengari tadi. Osgood menyatakan bahawa untuk m enerangkan pengertian setiap individu terhadap sesuatu kejadian adalah sangat ko mpleks. Berikan contoh yang pernah berlaku dalam hidup anda yang menerangkan ten tang teori Perantara Makna. Teori Kognitif Disonan (Cognitive Dissonance Theory) 6.2.4 Teori asas seterusnya dipelopori oleh Leon Festinger (1957) yang berasaskan bida ng psikologi iaitu teori tentang cara pemikiran manusia. Manusia sentiasa mencar i dan memberi alasan terhadap apa yang diperlakukannya atau sebab mereka mengamb il tindakan sedemikian. Contohnya, anak anda inginkan sebuah robot permainan yan g mahal harganya. Maka, anda telah menawarkannya sebuah permainan yang lain seba gai ganti. Pada masa ini, tentulah anak anda akan meradang dan anda mulai member i alasan-alasan supaya anak anda ini menerima tawaran yang anda buat. Tawaran-ta waran yang anda kemukakan ini merupakan dorongan agar kognitif anak anda itu men erima dan menukar fikirannya bahawa dia juga akan mendapat keseronokan dengan ma inan yang anda tawarkan kepadanya. Menurut Festinger, sekiranya anak anda tadi m enerima permainan yang anda tawarkan sebagai ganti tanpa persetujuan, ini bermak sud perlakuannya tidak menyamai apa yang dia percaya. Sekiranya hal ini berlaku, maka ketegangan mental atau disonan kognitif sedang dialami. Usaha memujuk perl u dilakukan agar keadaan ini berubah dan perlakuan serta kepercayaannya menjadi selari. 88

Teori ini menghujahkan bahawa pengalaman disonan (atau kepercayaan dan tindakan) amat dibenci dan manusia akan cuba mengelakkannya. Dalam usaha mengelakkan pera saan disonan ini, manusia akan mengelak daripada menerima pandangan yang bertent angan dengan pandangan mereka, menukar kepercayaan mereka agar bersesuaian denga n tindakan dan mendapatkan pandangan lain setelah membuat keputusan yang sukar. Persoalan yang timbul dalam diri anda ialah bagaimana disonan wujud? Disonan aka n wujud dalam keadaan seseorang itu apabila beliau (i) Mendedahkan diri kepada i nformasi-informasi yang baru. (ii) Wujudnya pilihan-pilihan yang menarik. (iii) Induksi kepada sikap atau tingkah laku yang bertentangan. 1. Mendedahkan diri ke pada informasi yang baru Pendedahan kepada informasi yang baru yang bertentangan dengan kognitif akan men yebabkan wujudnya disonan. Apabila hal ini berlaku, individu tadi akan cuba meng elak dan mencari informasi-informasi yang konsonan. 2. Wujudnya pilihan-pilihan yang menarik Apabila wujud pilihan-pilihan yang sama menarik, maka individu itu akan cuba men cari justifikasi mengapa satu-satu pilihan dibuat. Maka disonan wujud dalam situ asi ini iaitu individu tersebut memilih aspek-aspek positif alternatif yang dipi lih dan mengenal pasti aspek-aspek negatif pilihan yang ditolak. Aspek-aspek pos itif pilihan yang dipilih dan aspekaspek pilihan yang ditolak ini ialah konsonan terhadap kognitif. Ia dipercayai dan selaras dengan kognitif dari segi logik. S ebaliknya aspekaspek negatif pilihannya dan aspek-aspek positif pilihan yang tid ak dipilih ialah disonan dengan kognitif individu tersebut. Disonan tidak akan w ujud sekiranya kita tidak mempunyai apa-apa pilihan yang lain untuk dibandingkan . 3. Induksi kepada sikap atau tingkah laku yang bertentangan Festinger menggelar hal ini sebagai kepatuhan yang dipaksa. Ia melibatkan pengguna an paksaan atau pembujukan kuat seperti perjanjian memberi ganjaran untuk merangsa ng seseorang melakukan sesuatu. Wujud disonan apabila individu yang menerima pak saan itu tadi tidak mahu patuh pada arahan dan hanya melakukannya kerana terpaks a. Contohnya, seorang pelajar bernama Othman yang mengikuti kursus di sebuah uni versiti terpaksa mengambil kursus tersebut kerana perjanjian 89

yang telah ditandatanganinya dengan penaja. Othman sebenarnya tidak berminat den gan kursus berkenaan. Tingkah laku Othman mengambil kursus tersebut bertentangan dengan kognitifnya. Berdasarkan kepada perbincangan di atas menunjukkan penggun aan disonan ialah motivasi yang mendorong seseorang individu itu memikirkan semu la sikap dan tingkah lakunya. Tahap disonan yang betul akan memberi sokongan kep ada individu untuk menukar pendapat dan tingkah lakunya. Individu itu akan cuba melihat dan menilai semula kepercayaan dan nilai yang mereka pegang dengan menga lami semula disonan pada tahap tertentu. Lebih banyak disonan, maka lebih hebat intensiti individu itu bertindak untuk mengurangkan disonan dan berlakulah penge lakan situasi. Disonan boleh mengakibatkan dua kesan terhadap individu yang meng alaminya, bergantung kepada jenis elemen kognitif yang terlibat dan jumlah konte ks kognitif. Perubahan yang mungkin berlaku ialah pertama, seseorang itu mungkin akan memikirkan semula tingkah lakunya dan bertindak mengubahnya (cara pengelak an disonan) kedua, menolak pendapat baru justifikasi-justifikasi lain untuk meng ukuhkan pegangannya. Kritikan terhadap teori ialah berkaitan dengan Teori Kognit if Disonan ini dikatakan terlalu kompleks dan persepsi kendiri lebih mudah difah ami (Daryl Bem). Namun, teori ini amat besar sumbangannya terhadap bidang pemuju kan. Taktik tekanan mungkin berhasil dilaksanakan sekiranya ia dilakukan pada ta hap yang betul. Tekanan yang terlalu tinggi akan menyebabkan tindakan menjadi pa ksaan. Perubahan hasil teknik pembujukan ini dikatakan tidak akan kekal lama. 6. 2.5 Teori Interaksi Perlambangan (Symbolic Interactionism) Teori Interaksi Perlambangan yang dipelopori oleh George Herbert Mead (1969) ial ah teori yang menjelaskan simbol sebagai asas pembentukan identiti seseorang dan corak kehidupan sosialnya. Mead menyenaraikan beberapa konsep penting dalam teo ri ini iaitu minda (mind) yang didefinisikan sebagai kemampuan menggunakan simbo l yang mempunyai maksud sosial sepunya. Kemampuan ini diperoleh apabila individu berupaya menggunakan bahasa dan mempelajari maksud sosial yang dikaitkan kepada bahasa. Mempunyai minda di sini bermaksud mampu berbahasa dan mempelajari makna yang dilekatkan kepada sesuatu perkataan mengikut konteks komunitinya. Konsep k edua ialah konsep kendiri iaitu kemampuan untuk merenungi diri sendiri daripada perspektif individu lain. Bagaimana individu lain 90

menganggap kita dikatakan memberi kesan kepada konsep kendiri dan tingkah laku k ita. Ketiga ialah konsep Aku dan Saya (I and Me) didefinisikan sebagai keupayaan individu untuk menjadi objek dan subjek untuk diri sendiri. Hal ini bermaksud k ita boleh menjadi pelaku dan pemerhati kepada apa yang kita sendiri lakukan. Aku m ewakili bahagian diri yang bertindak kreatif, spontan, mengikut naluri dan kuran g memberi perhatian kepada peraturan dan kekangan sosial. Sementara Saya pula mewa kili bahagian diri individu yang lebih sedar kepada peraturan, analisis, kritis dan sentiasa bertugas memantau apa yang dilakukan oleh bahagian diri aku tadi. Ole h itu, bahagian saya dan aku saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain menjadi kan individu itu lebih unik, kreatif dan berbeza daripada orang lain. Keempat ia lah konsep mengambil peranan. Ia didefinisikan sebagai proses menghayati perseptif orang lain dan melihat pengalaman sendiri daripada pandangan mereka. Terdapat d ua kumpulan dalam konsep keempat ini iaitu particular others iaitu orang-orang y ang rapat dengan kita seperti ibu bapa, pasangan hidup, rakan karib dan lain-lai n. Generalized others ialah orang-orang lain dalam persekitaran sosial kita. Ole h itu, dapat disimpulkan bahawa teori ini menerangkan individu mencipta maksud m elalui (i) (ii) (iii) Tindakan berlaku berdasarkan pemahaman atau maksud yang ad a padanya. Maksud yang dicipta ialah berdasarkan pengalaman dan perasaan, kejadi an dan perseptif orang lain yang mempengaruhi individu tersebut. Maksud tercipta daripada pengalaman seseorang individu itu berinteraksi dengan orang lain dan p ersekitarannya. Oleh itu, maksud adalah sosial. Kritikan yang dikemukakan terhadap teori ini ia dikatakan tidak mempunyai konsep yang kukuh sebagai landasan. Sifatnya yang luas dan umum menjadikannya kabur. K ritikan yang ketiga ialah mengenai harga diri individu yang tidak diambil kira d alam andaian teori. Sekiranya diri anda dapat berfungsi seperti mana konsepkonse p yang diterangkan dalam Teori Interaksi Perlambangan ini, agaknya berapa banyak kah masalah sosial diri anda yang dapat anda atasi? 91

6.2.6 Pengurusan Koordinasi Makna (CMM) (Coordinated Management of Meaning) Teori asas komunikasi seterusnya yang akan kita bincangkan ialah Teori Penyelara san Pengurusan Makna yang dipelopori oleh Pearce dan Cronen (1980). Sebelum itu, para pelajar harus ingat bahawa tujuan kita mempelajari teori-teori asas ini ia lah agar kita memahami apa perkara asas yang berlaku apabila kita berinteraksi s esama manusia. Kita tidak semestinya bersetuju dengan kesemua teori-teori ini, t etapi ia ialah alat memahami situasi yang berlaku dalam realiti kehidupan. Pada lewat 1970-an, W. Barnett Pearce dan Vernon Cronen telah membangunkan CMM. Menur ut teori ini, dua individu yang berinteraksi akan mencipta maksud terhadap perbu alan mereka. Setiap individu ini juga akan menghasilkan sistem interpersonal yan g membantu menerangkan tindakan dan tindak balas. Teori ini berkaitan dengan beb erapa teori lain seperti Teori Pengucapan, Teori Interaksi Simbolik dan Teori Si stem. Andaian asas teori ini ialah secara umumnya teori CMM mengatakan bahawa in dividu yang terlibat dalam sesuatu perbualan akan membina realiti sosial mereka sendiri. Pearce dan Cronen percaya bahawa teori ini amat berfaedah kepada kehidu pan harian kita. Individu dalam sesebuah situasi sosial akan cuba memahami perka ra-perkara yang sedang berlaku dan menggunakan peraturan-peraturan tertentu untu k mengenal pasti sesuatu. Mereka bertindak dalam lingkungan pemahaman, menggunak an peraturan-peraturan untuk membuat keputusan yang betul tentang tindakan yang perlu diambil. Pearce dan Cronen menggunakan istilah making social worlds untuk menerangkan CMM, iaitu manusia mempunyai matlamat terhadap apa yang mereka fikir kan perlu dan mulia, begitu juga apabila mereka benci dan takutkan sesuatu. Mere ka ingin mencapai sesuatu dalam hidup dan berharap dapat menguruskan sesuatu kon flik dengan baik. Koordinasi menjadi sukar apabila dua individu melihat sesuatu perkara itu dengan cara berlainan. CMM dibina berdasarkan dua kaedah iaitu kaeda h konstitutif; merupakan kaedah yang penting untuk memahami maksud. Digunakan un tuk menjelaskan situasi atau mesej. Kaedah kedua ialah kaedah regulative iaitu k aedah yang penting untuk menentukan tindakan, tindak balas atau perlakuan. 92

CMM mencadangkan tiga cara mengaplikasikan perspektif komunikasi kepada aktiviti dunia sosial (social worlds) iaitu koordinasi, koherans dan misteri iaitu Koord inasi menjuruskan perhatian kita kepada cara tindakan disatukan untuk menghasilk an bentuk. Bentuk-bentuk ini disatukan menjadi acara dalam dunia sosial kehidupa n kita. Koordinasi ini akhirnya membina bentuk-bentuk aktiviti oleh lebih pelbag ai individu. (ii) Koherans mengarahkan perhatian kita kepada cerita yang kita sa mpaikan yang menyebabkan cerita itu tadi lebih bermakna. CMM menerangkan bahawa kita bercerita pelbagai perkara secara individu ataupun kolektif. Terdapat pelba gai ketegangan yang berlaku yang menjadikan dunia sosial ini lebih mudah difaham i sepanjang kita berhubung (koordinat) dengan pihak lain. (iii) Misteri digunaka n untuk mengingatkan kita bahawa terdapat banyak lagi perkara di dalam dunia ini selain apa yang dapat kita lihat. Semua individu yang bercita-cita mengurangkan ciri kehidupan ini ialah satu kesilapan. Oleh itu, misteri mendorong kita berfi kir bahawa dunia ini lebih besar daripada cerita-cerita yang kita sampaikan dan dengar. Teori CMM mengandaikan realiti dicipta bukan ditemui. Tindakan yang dila ksanakan bergantung kepada kesan yang diterima daripada pihak lain. Begitu juga kita memberi kesan kepada pihak lain melalui interaksi kita dengannya. Kedua, Te ori CMM mengkaji keseluruhan interaksi secara holistik. Individu-individu yang b erinteraksi akan mengkoordinasikan tindakan agar memberi kesan seperti yang diin ginkan dan akhirnya kedua-dua belah pihak dapat mengambil bahagian dengan selesa . Kritikan terhadap teori ini ialah Teori CMM dikatakan satu teori makro interak si manusia yang lahir daripada pemikir-pemikir komunikasi perucapan. Dua lapanga n dilihat untuk mencapai pemahaman terhadap manusia meliputi (i) (ii) Melihat ko munikasi daripada pandangan peserta interaksi. Hal ini dapat mencipta maksud dan fungsi selain hanya menyampaikan informasi. CMM mengiktiraf percakapan ialah pr oses sosialisasi. Kita akan lebih memahami diri kita dan orang lain dengan menye dari apa yang diucapkan dan bagaimana sesuatu itu diucapkan. Hal ini secara kons tan akan mencipta persepsi terhadap dunia sosial kita. 93 (i)

Teori CMM ini dikatakan telah berjaya membantu menjelaskan nilai-nilai kemanusia an dalam interaksi berbanding Teori Informasi Shannon dan Weaver yang telah kita pelajari sebelum ini. Teori CMM turut menekankan aspek kemanusiaan yang merangk umi maksud serta cara berinteraksi dengan menggunakan koherans, koordinasi dan m isteri dalam interaksi. Kita dapat menyedari bahawa tingkah laku kita ialah hasi l andaian tentang bagaimana kita membuat tanggapan terhadap individuindividu lai n. Tanggapan kita mungkin berlainan, namun komunikasi masih boleh terus berlaku dengan syarat kedua-dua belah pihak faham mereka datang daripada latar belakang yang berbeza dan mereka akan mencari titik persamaan yang memenuhi keperluan mer eka. Namun begitu, kelemahan yang ketara pada teori ini ialah (i) (ii) (iii) Ia telah menggunakan istilah yang terlalu banyak. Pearce dan Cronan cuba untuk memb uatkan orang lain faham teori ini daripada pandangan mereka. Teori CMM gagal unt uk memberi fokus utama terhadap perkara terpenting dalam interaksi komunikasi. T eori CMM memberi fokus kepada situasi semasa (now). Ia tidak menerangkan atau me mbuat ramalan bagaimana teori ini boleh memberi kesan terhadap kejadian akan dat ang atau situasi komunikasi masa depan. Teori ini dibina dalam perspektif ilmu k emanusiaan. Mengikut perspektif ini, teori ini mesti dinilai berdasarkan kriteri a interpretif. Kekuatan teori ini ialah ia memberi satu pengalaman dan pemahaman baru kita terhadap aktiviti manusia dalam perbualan. Namun, kemajuan yang dicap ai ini tidak mendapat sokongan para sarjana komunikasi kerana keraguan standard saintifik dan kebolehujiannya. Teori Himpunan Tindakan (Action Assembly Theory) (iv) 6.2.7 Teori Himpunan Tindakan yang dipelopori oleh John Greene (1984) menerangkan peru bahan dalam proses mental individu dalam menghasilkan mesej yang akhirnya dideng ari khalayak. Minatnya ialah terhadap hasil akhir yang dikeluarkan oleh minda ma nusia. Secara khususnya Greene cuba menggambarkan hubungan antara apa yang kita tahu dengan tindakan yang berlaku, iaitu bagaimana pemikiran ditukar kepada tind akan. Sebagai seorang pensyarah dalam bidang komunikasi di Purdue University, Gr eene berminat untuk melihat bagaimana manusia menghimpunkan tindakan verbal iait u bagaimana kita membuat perancangan untuk mengeluarkan ucapan. 94

Teori ini mengambil kira bagaimana cara individu itu membezakan antara mendapatk an informasi dan menggunakannya. Penghasilan tingkah laku menurut teori ini meli batkan dua proses penting iaitu (i) (ii) Cara mendapatkan elemen-elemen prosedur yang sebaik-baiknya daripada memori jangka panjang. Penyatuan elemen-elemen ini untuk membentuk output sebagai mewakili tindakan yang akan diambil. Menurut teori ini, pembinaan tindakan-tindakan kita ialah daripada rekod-rekod p rosedur yang disimpan dalam kotak hitam mental memori jangka panjang. Matlamat r ekod prosedur boleh melibatkan tindakan, perasaan, kepercayaan dan sebagainya ya ng berpotensi di bawah tahap sedar. Setiap satu peraturan ini disimpan dalam fik iran kerana sekurangkurangnya sekali pada masa lampau individu itu menyedari kai tan antara apa yang beliau inginkan dengan tindakan yang diambil. Teori Himpunan Tindakan ini menyatakan bahawa lebih banyak rekodrekod prosedur diamalkan, teru tamanya pada jangka masa terkini, semakin kuatlah apa yang diperolehi. Proses in i dilabelkan sebagai proses pengaktifan (activation). Greene percaya bahawa penc arian maklumat ini bukanlah dibuat secara rawak. Fikiran manusia adalah sistemat ik dan proses pemilihan yang dijangkakan berlaku ialah sesetengah rekod-rekod pr osedur diaktifkan dan sesetengahnya pula ialah pasif. Analogi ini dikatakan tida k praktikal pada masa pemilihan dibuat secara sedar. Mengapa sesetengah rekod-re kod prosedur ini tidak dapat diaktifkan? Menurut teori ini sesetengah rekod-reko d prosedur ini tidak diaktifkan kerana pengaktifan ialah proses yang wujud di ba wah tahap sedar, ia tidak memaklumkan kapasiti pemprosesan berpusat. Oleh itu, s esetengah rekod-rekod prosedur yang terpendam ini ialah ia kurang dilatih dan di aktifkan. Oleh itu, kini ia menjadi tugas minda bagi membantu menarik laluan ber sama sebagai gambaran output. Teori ini mengatakan bahawa himpunan rekod-rekod p rosedur yang telah diaktifkan ialah gambaran output terhadap tindakan yang perlu diambil. Gambaran ouput ini ialah pelan tindakan yang terpecah kepada tingkah l aku sebenar. Terdapat tiga perkara dalam pelan tindakan ini: (i) Hierarkinya yan g semakin spesifik sedikit demi sedikit daripada atas ke bawah. 95

(ii) (iii) Matlamat sosial mempraktikkan kawalan atas ke bawah. Contohnya seperti cogan kat a yang memberi semangat kepada pekerja. Cogan kata ini akan menyebabkan wujudnya tindakan yang selari dengan kehendak pihak atasan oleh para pekerja. Secara tid ak disedari, pemilihan perkara dalam cogan kata berkenaan menyumbang kepada penc apaian matlamat sosial di kalangan pekerja seperti yang dikehendaki oleh pihak a tasan organisasi. Tindakan pada tahap horizontal yang sama hanya boleh dirancang dalam satu masa. Proses Menghimpunkan Gambaran Output diandaikan oleh Teori Himpunan Tindakan mel ibatkan penglibatan memori jangka panjang kita yang mengandungi berjuta rekod-re kod prosedur yang menjalinkan tindak balas lepas dengan akibatnya. Kepelbagaian tahap kekuatan bergantung kepada seberapa kerap kita menggunakannya. Sesuatu uni t itu diaktifkan di tahap di mana sesuatu situasi ia terbentuk sepadan dengan su asana persekitaran matlamat kita sekarang. Greene menjalankan kajian berkaitan p engucapan. Beliau mengukur jangka masa senyap seseorang pengucap apabila ingin m emberi jawapan kepada soalan yang dikemukakan dan juga ketidakfasihan yang wujud ketika memberi jawapan untuk menentukan tahap pemprosesan mental. Greene menjel askan bahawa tiada pengganti kepada persediaan yang lengkap sebelum berucap. Sekir anya pengucap telah menghimpun perkataan dan tindakan sebelum berucap, pengucap akan mempunyai masa untuk memberi perhatian kepada khalayak dan maklum balas yan g ditunjukkan. Teori Himpunan Tindakan ini dikritik kerana membuat andaian tenta ng proses kognitif. Teori ini yang mendakwa latihan dan persediaan akan menyebab kan kefasihan ialah perkara yang telah dibuktikan sebelum ini. Oleh itu, teori i ni dikatakan tidak mencipta landasan baru. Teori ini juga mengandaikan bahawa ma nusia belajar daripada apa yang telah berlaku daripada konsep rekod-rekod prosed urnya. Namun kenyataannya, manusia sering tidak belajar daripada apa yang pernah dialami sebelum ini. Greene mengakhiri bahawa teorinya ini terlalu komplikated dan sukar diuji. Hal ini kerana beliau bimbang teori yang terlalu mudah tidak ak an menggambarkan proses minda yang kompleks. Namun, ramai pelajar96

pelajarnya yang berusaha memahami idea Greene ini membuat kesimpulan bahawa idea nya ini mencecah hal sebenarnya terjadi dalam proses minda manusia. SOALAN DALAM TEKS 1. Apakah yang dimaksudkan dengan teori-teori asas komunikasi? 2. Apakah definis i istilah informasi yang digunakan oleh Shannon dan Weaver? 3. Apakah andaian-an daian Teori Informasi ini? 4. Huraikan apakah yang dimaksudkan dengan Penyelaras an Pengurusan Pengertian (CMM)? 5. Apakah yang boleh dilakukan apabila berlaku k etidakselarasan kepercayaan dan kelakuan mengikut Teori Kognitif Disonan? Semak jawapan anda di akhir bab ini. Sekiranya diri anda dapat berfungsi seperti mana konsepkonsep yang diterangkan d alam Teori Interaksi Perlambangan ini, agaknya berapa banyakkah masalah sosial d iri anda yang dapat anda atasi? 6.3 RUMUSAN Dalam Bab 6 ini kita telah mengikuti penerangan mengenai teori-teori asas komuni kasi. Teori-teori asas komunikasi ini terhasil daripada pelbagai bidang seperti sosiologi, linguistik, psikologi dan lain-lain. Kajian-kajian yang dilakukan ban yak tertumpu kepada bagaimana maksud tercipta dan bagaimana ia diterjemahkan kep ada tingkah laku manusia. Teori-teori asas ini memberi fokus kepada komunikasi i ntrapersonal dan komunikasi interpersonal yang berlaku. Maksud yang tercipta ber gantung kepada diri individu dan bukannya perkataan, iaitu bagaimana manusia itu membuat tafsiran terhadap simbol-simbol yang diterima. Pentafsiran ini pula ber gantung kepada banyak aspek yang agak berbeza daripada seorang pengkaji kepada y ang lain. 97

SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. 2. Huraikan bagaimana simbol menjadi asas pembentukan diri individu yang diperkatak an oleh Teori Interaksi Perlambangan dan Teori Kognitif Disonan. Bandingkan anda ian-andaian yang dibuat oleh Teori Pengurusan Koordinasi Makna (CMM) dan Teori P erantaraan Makna (MTM) dalam membentuk tindak balas individu. Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Teori-teori asas komunikasi digunakan untuk meneran gkan dan mengenal pasti konsep-konsep asas berkomunikasi. Ia menjelaskan interak si dalam berkomunikasi yang asas bagi menerangkan perlakuan manusia. Ciri-ciri t eori asas ini ialah ia tidak mempunyai had masa iaitu ia boleh menerangkan fenom ena yang berlaku pada masa dulu, sekarang dan meramal fenomena akan datang. Shan non membentuk satu teori teknikal, maka pengertian informasi yang digunakan juga i alah teknikal. Informasi bagi Shannon bererti peluang untuk mengurangkan ketidak pastian. Andaian-andaian mengenai Teori Informasi ini ialah pertama lebih tinggi medan kebebasan memilih mesej oleh seseorang individu, maka lebih sukarlah untu k diramalkan penerimaan. Andaian keduanya ialah gangguan ialah musuh informasi. Bagi kedua-dua Shannon dan Weaver, bunyi bising yang mengganggu lebih daripada h anya bunyi lain yang kedengaran atau statik dalam talian. Ia adalah apa saja yan g tidak dirancang oleh sumber. Kebisingan atau gangguan ini termasuklah tulisan yang comot, suara yang tidak jelas, pergerakan visual yang keterlaluan dan boleh mengganggu konsentrasi, semuanya ialah gangguan. Oleh itu, gangguan dianggap se bagai sesuatu yang boleh menyekat keupayaan saluran membawa informasi daripada t ransmitter kepada penerima. 2. 3. 98

4. Pada lewat 1970-an, W. Barnett Pearce dan Vernon Cronen telah membangunkan CMM. Menurut teori ini, dua individu yang berinteraksi akan mencipta maksud terhadap perbualan mereka. Setiap individu ini juga akan menghasilkan sistem interpersona l yang membantu menerangkan tindakan dan tindak balas. Teori ini berkaitan denga n beberapa teori lain seperti Teori Pengucapan, Teori Interaksi Simbolik dan Teo ri Sistem. Secara umumnya teori CMM mengatakan bahawa individu yang terlibat dal am sesuatu perbualan akan membina realiti sosial mereka sendiri. Pearce dan Cron en percaya bahawa teori ini amat berfaedah kepada kehidupan harian kita. Individ u dalam sesebuah situasi sosial akan cuba memahami perkara-perkara yang sedang b erlaku dan menggunakan peraturan-peraturan tertentu untuk mengenal pasti sesuatu . Mereka bertindak dalam lingkungan pemahaman, menggunakan peraturan-peraturan u ntuk membuat keputusan yang betul tentang tindakan yang perlu diambil. Pearce da n Cronen menggunakan istilah making social worlds untuk menerangkan CMM, iaitu m anusia mempunyai matlamat terhadap apa yang mereka fikirkan perlu dan mulia, beg itu juga apabila mereka benci dan takutkan sesuatu. Mereka ingin mencapai sesuat u dalam hidup dan berharap dapat menguruskan sesuatu konflik dengan baik. Koordi nasi menjadi sukar apabila dua individu melihat sesuatu perkara itu dengan cara berlainan. CMM dibina berdasarkan dua kaedah: (i) (ii) Kaedah konstitutif iaitu kaedah yang penting untuk memahami maksud. Digunakan untuk menjelaskan situasi a tau mesej. Kaedah regulatif iaitu kaedah yang penting untuk menentukan tindakan, tindak balas atau perlakuan. Teori CMM mengandaikan realiti dicipta bukan dijumpai. Tindakan yang dilaksanaka n bergantung kepada kesan yang diterima daripada pihak lain. Begitu juga kita me mberi kesan kepada pihak lain melalui interaksi kita dengannya. Teori CMM mengka ji keseluruhan interaksi secara holistik. Individu-individu yang berinteraksi ak an mengkoordinasikan tindakan agar memberi kesan seperti yang diinginkan dan akh irnya kedua-dua belah pihak dapat mengambil bahagian dengan selesa. 99

5. Perkara yang boleh dilakukan apabila berlaku ketidakselarasan kepercayaan dan ke lakuan mengikut Teori Kognitif Disonan ialah (a) Mendedahkan diri kepada informa si yang baru Pendedahan kepada informasi yang baru yang bertentangan dengan kognitif akan men yebabkan wujudnya disonan. Apabila hal ini berlaku, individu tadi akan cuba meng elak dan mencari informasi-informasi yang konsonan. (b) Wujudnya pilihan-pilihan yang menarik Apabila wujud pilihan-pilihan yang sama menarik, maka seseorang in dividu itu akan cuba mencari justifikasi mengapa satu-satu pilihan dibuat. Maka disonan wujud dalam situasi ini iaitu individu tersebut memilih aspek-aspek posi tif alternatif yang dipilih dan mengenal pasti aspek-aspek negatif pilihan yang ditolak. Aspek-aspek positif pilihan yang dipilih dan aspek-aspek pilihan yang d itolak ini ialah konsonan terhadap kognitif. Ia dipercayai dan selaras dengan ko gnitif dari segi logik. Sebaliknya aspek-aspek negatif pilihannya dan aspek-aspe k positif pilihan yang tidak dipilih ialah disonan dengan kognitif individu ters ebut. Disonan tidak akan wujud sekiranya kita tidak mempunyai apaapa pilihan yan g lain untuk dibandingkan. (c) Induksi kepada sikap atau tingkah laku yang berte ntangan Festinger menggelar hal ini sebagai kepatuhan yang dipaksa. Ia melibatkan pengguna an paksaan atau pembujukan kuat seperti perjanjian memberi ganjaran untuk merangsa ng seseorang melakukan sesuatu. 100

BAB 7 KOMUNIKASI INTERPERSONAL OBJEKTIF BAB Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Mendefinisikan teori-teor i yang terdapat dalam komunikasi interpersonal atau komunikasi antara perseorang an. 2. Membincangkan definisi teori-teori komunikasi interpersonal tersebut. 3. Menjelaskan kaedah-kaedah dan contoh-contoh komunikasi interpersonal yang biasan ya menjadi amalan seseorang. 4. Mengenal pasti kebolehan komunikasi interpersona l di kalangan pelajar. 5. Menggunakan ilmu komunikasi interpersonal dalam kehidu pan seharian pelajar. 7.1 PENGENALAN Dalam bab ini anda akan diberikan penjelasan makna Komunikasi Interpersonal atau Komunikasi antara Perseorangan. Menurut Beebe, Beebe dan Redmond (1999), komuni kasi interpersonal akan berlaku apabila seseorang melakukan interaksi secara ser entak dengan orang lain dan saling pengaruh-mempengaruhi dengan tujuan mengendal ikan proses interaksi tersebut. Contohnya, jika anda mempunyai seorang kawan ata u teman sebilik di asrama kenapa anda boleh mengekalkan hubungan dengan kawan te rsebut? Biasanya hubungan tersebut boleh terjalin dengan baik dan berkekalan ker ana anda boleh berinteraksi antara satu sama lain. Inilah yang dikatakan hubunga n komunikasi interpersonal yang positif. Biasanya komunikasi interpersonal ini w ujud apabila adanya persefahaman, keserasian, hubungan yang intim, kecintaan yan g mendalam dan rasa tidak boleh berpisah dengan seseorang. Dalam hal ini ianya m elibatkan rasa mesra, boleh berkongsi keyakinan dan masalah, wujudnya sikap tolo ng-menolong dan sebagainya. Ini bertepatan dengan apa yang diutarakan oleh Adler et al. (1999) bahawa komunikasi interpersonal bolehlah dianggap sebagai satu pr oses transaksi berterusan 101

dan biasanya melibatkan mereka yang berada pada suatu suasana yang sama pengerti an serta boleh mewujudkan hubungan melalui pertukaran mesej antara mereka. Jelas nya, komunikasi interpersonal berlaku apabila terdapat sekurang-kurangnya dua in dividu berkomunikasi secara bersemuka dan terdapat maklum balas yang cepat. Menu rut Griffin (2000) terdapat sepuluh teori yang boleh dikategorikan dalam Teori K omunikasi Interpersonal, iaitu Interaksi Simbol (Symbolic Interactionism), Pengu rusan Koordinasi Makna (Coordinated Management of Meaning), Teori Melampaui Jang kaan (Expectancy Violations Theory), Teori Pengkaburan Interpersonal (Interperso nal Deception Theory), Kritikan Konstruktivisme (Constructivism), Teori Penembus an Sosial (Social Penetration Theory), Teori Pengurangan Ketidakpastian (Uncerta inty ReductionTheory), Pandangan Interaksi (Interaction View), Perhubungan Diale k (Relational Dialectics) dan Teori Keadilan Sosial (Social Judgement Theory). S etelah disenaraikan beberapa teori dalam Teori Komunikasi Interpersonal, maka ki ni anda akan diperjelaskan kepada setiap teori tersebut. 7.2 TEORI INTERAKSI SIM BOL (SYMBOLIC INTERACTIONISM) Teori Interaksi Simbol ini telah diperkenalkan oleh George Herbert Mead (1934). Beliau telah memperjelaskan mengenai kesan komunikasi antara manusia. Pada penda pat beliau, biasanya manusia membuat keputusan secara subjektif melalui apa yang difahaminya. Kehidupan manusia banyak bergantung kepada interaksi sosial yang b iasa dialaminya. Manusia juga memahami sesuatu melalui pengalaman serta peranan simbol yang membentuk masyarakat tersebut. Lazimnya manusia membuat interpretasi terhadap sesuatu perkara berdasarkan sumber yang dianggap relevan hasil daripad a interaksi dan penerimaan masyarakat. Menurut George Herbert Mead (1934) lagi, terdapat tiga prinsip utama teori ini, iaitu makna, bahasa dan pemikiran. Ketiga -tiga prinsip ini memberikan rumusan terhadap diri dan sistem masyarakat dalam k omuniti yang lebih besar. Contohnya, mengapa anda memberhentikan kereta anda apa bila lampu merah menyala di persimpangan yang terdapat lampu isyarat? Lampu mera h tersebut seolah-olah berinteraksi dengan anda. Masyarakat umumnya telah menget ahui bahawa lampu merah menandakan seseorang pemandu perlu berhenti dan ini menu njukkan berlakunya interaksi simbol antara lampu tersebut dengan manusia. 102

Makna yang diberikan oleh seseorang itu biasanya berdasarkan tindaktanduk atau t ingkah laku seseorang itu daripada persepsi masyarakat. Tingkah laku tersebut be rupaya membentuk makna atau tanda kepada diri seseorang dan apa yang difikirkann ya. Kita ambil contoh masyarakat Jepun. Mereka akan menundukkan kepala apabila b ertemu dengan orang yang lebih tua bagi menandakan rasa hormat mereka. Malah mas yarakat Melayu juga diajar bersopan dengan membongkokkan badan ketika berjalan m elintasi hadapan orang yang lebih tua sebagai tanda hormat kepada mereka. Intera ksi simbol ini jelas memberi makna kepada komunikasi interpersonal seseorang itu . Bahasa yang digunakan juga merupakan sumber makna kerana apa yang terkeluar da ripada mulut anda yang membentuk bahasa akan memperlihatkan sikap dan sifat anda sama ada lembut, kasar, benci, geram, suka dan sebagainya. Kalau anda marah, pa sti bahasa yang digunakan agak kasar seperti Keluar! Keluar! Keluar! Saya benci a wak!. Bahasa yang digunakan oleh seseorang dapat menggambarkan komunikasi interpe rsonal yang terdapat dalam dirinya. Malah bahasa juga dapat memperlihatkan masya rakat sekitarnya. Kita ambil contoh kalau pelajar dari Kelantan bertemu dengan p elajar Kelantan lain di depan pintu kuliah. Mereka akan menggunakan bahasa atau dialek Kelantan bila berkomunikasi. Mereka berasa puas apabila dapat menggunakan dialek tersebut ketika berinteraksi sesama mereka. Bagi mereka berinteraksi den gan menggunakan dialek Kelantan tersebut dapat menonjolkan simbol persabahatan y ang kukuh dan intim antara mereka. Pemikiran juga mempunyai perkaitan dengan kom unikasi interpersonal kerana manusia suka membuat interpretasi terhadap apa yang dikomunikasikan. Contohnya, jika sebuah kereta dengan lajunya tiba-tiba telah m emotong kereta anda sedangkan terdapat kereta lain di hadapan sehingga anda terb abas untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan. Kemungkinan anda akan melakuk an reaksi di luar kawalan seperti secara spontan mengeluarkan penumbuk melalui t ingkap kereta menandakan anda marah dengan sikap biadap pemandu tadi. Selalunya apa yang terdapat dalam minda akan terpancul keluar melalui perbuatan. Jika anda suka umpamanya, pasti anda akan tertawa atau senyum. Begitu juga kalau sebalikn ya, jika sedih anda akan menangis atau kelihatan sugul sahaja. Ini semua memperl ihatkan bahawa komunikasi interpersonal dicernakan melalui proses interaksi simb ol ini. Cuba anda interpretasikan tindakan rakan sebelah anda jika anda merampas pensil di tangannya semasa dia sedang menulis. 103

7.3 PENGURUSAN KOORDINASI MAKNA (COODINATED MANAGEMENT OF MEANING) Teori ini telah diperkenalkan oleh Vernon Cronen, Barnett Pearce dan Linda Harri s (1979) yang menyatakan bahawa interaksi seseorang itu lazimnya dapat memperlih atkan personaliti dan pengaruh sosial seseorang. Pembinaan peribadi dan proses k omunikasi seseorang yang baik dapat membentuk satu kesatuan matlamat yang membol ehkan manusia hidup aman dan sejahtera. Teori pengurusan koordinasi makna ini le bih menekankan komunikasi interpersonal yang berpusatkan cara bagaimana seseoran g itu berkomunikasi. Adakalanya cara penyampaian lebih penting daripada isi kand ungan yang ingin disampaikan. Dalam teori pengurusan koordinasi makna ini selalu nya bermula dengan proses persepsi seseorang terhadap orang lain. Biasanya perse psi tersebut bergantung kepada sifat kendiri seseorang itu sama ada positif atau negatif. Ini bergantung juga kepada keakraban hubungan antara seseorang itu dan akhirnya akan menghasilkan tindakan.Contohnya, seorang pegawai polis yang menja wab panggilan telefon. Biasanya dengan tegas beliau akan memberitahu nama, pangk atnya dan dengan siapa kita ingin berurusan melalui telefon. Sikap serius dan te gas ini memperlihatkan disiplin yang mereka terima selama ini melalui latihan da n pembentukan kendiri sebagai anggota keselamatan. Contoh lain, seorang ayah yan g baik akan memuji anaknya walaupun mendapat markah rendah dalam kelas, tetapi k emudian memberikan ransangan dan motivasi kepada anaknya supaya lebih tekun lagi mengulang kaji pelajaran agar menjadi pelajar yang berjaya. Pengalaman dan lati han yang diperolehi manusia untuk berinteraksi biasanya akan mempengaruhi carany a melakukan komunikasi interpersonal. Seorang anak umpamanya, terpengaruh dengan setiap apa yang dituturkan oleh seorang ibu atau bapanya kerana proses pengurus an makna kedua-dua ibu bapa tersebut amat bererti dalam diri mereka. Jelasnya, p engurusan koordinasi makna ini dapat membentuk sikap dan cara seseorang itu mela kukan komunikasi interpersonalnya. Cuba anda nasihatkan rakan anda tentang betap a pentingnya menuntut ilmu? Apakah reaksi beliau terhadap nasihat anda itu? 104

SOALAN DALAM TEKS 1. 2. 3. Apakah makna komunikasi interpersonal menurut pendapat Beebe, Beebe dan Redmond (1999)? Bagaimana komunikasi interpersonal boleh berlaku? Siapakah yang menyebut kan bahawa komunikasi interpersonal merupakan satu proses transaksi yang berteru san dan biasanya melibatkan mereka yang berada pada suatu suasana yang sama peng ertian serta boleh mewujudkan hubungan melalui pertukaran mesej antara mereka? Semak jawapan anda di akhir bab ini. Trenholm, S. & Jensen, A. (1992). communication. Belmout: Wadsworth. Interpersonal Littlejohn, S.W. (2002). Theories of human communication. Canada: Wadsworth. 7.4 TEORI JANGKAAN MELAMPAU VIOLATIONS THEORY) (EXPECTANCY Teori jangkaan melampau ini telah diperkenalkan oleh Judee Burgoon (1986) yang m emperjelaskan mengenai proses ruang, jarak, saiz dan bentuk komunikasi seseorang itu yang dapat memperlihatkan keintiman mereka. Bagi beliau apabila sesuatu per kara yang ingin dibincangkan melibatkan sama ada formal atau tidak formal, mesra atau tidak mesra bergantung kepada non-verbal yang wujud dalam bentuk jarak, ko nteks mata dan kerapatan badan mereka yang berinteraksi tersebut. Beliau percaya bahawa zon yang dibina oleh seseorang ketika berkomunikasi akan memberi makna h ubungan antara mereka. Contohnya, jika berlaku jarak perbualan seseorang itu ant ara 0 hingga 18 inci, maka kedua-dua mereka yang berkomunikasi itu dapat diangga p sangat rapat hubungannya. Jarak ini mungkin berlaku apabila pasangan 105

kekasih sedang berbual mesra atau pasangan suami-isteri atau mungkin juga seoran g ibu sedang berbisik sesuatu kepada anaknya. Manakala bagi jarak antara 18 inci hingga 4 kaki, dianggap sebagai jarak personal. Proses interaksi ini mungkin be rlaku antara seorang sahabat dengan sahabat baiknya atau antara ketua dengan pek erja yang sama jantina. Mereka mungkin sedang berbincang mengenai gerai makan ya ng akan dijunjungi waktu tengah hari nanti atau tentang teman wanita mereka yang bermasalah. Manakala jarak antara 4 kaki hingga 10 kaki dianggap sebagai jarak sosial. Jarak ini mungkin berlaku apabila terdapatnya perbincangan atau sesi mes yuarat antara ketua dengan pekerjanya dalam sebuah bilik mesyuarat yang berbentu k formal. Manakala jarak 10 kaki ke atas merupakan jarak publik. Jarak ini selal u berlaku apabila ada sesi ceramah dan biasanya penceramah dengan penonton berad a pada situasi ini ketika dalam sebuah dewan. Selain itu, cara seseorang itu men gadakan konteks mata juga penting dan ianya dapat memperlihatkan reaksi seseoran g. Jika anda ditemu duga dan anda takut untuk bertentang mata dengan mereka yang menemu duga anda, maka reaksi tersebut sedikit sebanyak memberikan implikasi ne gatif bahawa anda tidak jujur untuk berkomunikasi dan tidak yakin dengan apa yan g anda ingin tutur atau ucapkan. Jelasnya, jarak interaksi seseorang itu dapat m emberikan interpretasi terhadap keintiman hubungan seseorang. Begitu juga dengan konteks mata yang dilakukan akan memberikan jangkaan terhadap komunikasi interp ersonal yang wujud. Cuba anda masuk dalam lif dan terus memerhatikan setiap oran g dalam lif tersebut. Apa yang akan berlaku? 7.5 TEORI PENGKABURAN INTERPERSONAL (INTERPERSONAL DECEPTION THEORY) Teori Pengkaburan Interpersonal ini telah dipopularkan oleh David Buller dan Jud ee Burgoon (1996) yang mendapati ramai manusia dalam banyak situasi tidak bersik ap jujur ketika berkomunikasi. Mereka pada dasarnya berkomunikasi dengan jujur, tetapi pada hakikatnya ada tujuan atau mesej tertentu di sebalik kegiatan komuni kasi yang dijalankan. Dalam hal ini terdapat tiga strategi penipuan komunikasi y ang biasa berlaku, iaitu pemalsuan, merahsiakan dan mengelirukan. Dalam melaksan akan komunikasi interpersonal bentuk ini, menurut David Buller dan Judee Burgoon (1996) wujudnya komunikasi dua hala antara 106

komunikator dan komunikan. Biasanya mereka yang berinteraksi ini cuba mempengaru hi antara satu sama lain dan semasa berlakunya komunikasi antara mereka inilah, wujud pula apa yang dikatakan komunikasi mengkaburkan yang berbentuk pemalsuan, merahsiakan dan mengelirukan. Contohnya, jika berlaku perbincangan antara dua or ang sahabat tentang politik negara, hujah yang digunakan oleh seorang sahabat ya ng pro kepada pemerintah sering tidak berlandas atau bersandarkan sumber yang ti dak pasti kebenarannya atau sumber yang tidak diiktiraf kewibawaannya. Pujian ya ng diberikan kepada tokoh politik tertentu terlalu tinggi sehingga tidak munasab ah pada logik akal. Ada isu yang dipalsukan kebenarannya semata-mata kerana dia b ias kepada pemerintah. Manakala seorang sahabat lain terlalu anti pemerintah. Apa yang dibicarakan semuanya bersifat negatif kepada tokoh-tokoh tertentu tanpa se barang sandaran yang kukuh. Kedua-dua sahabat ini dianggap melakukan pengkaburan interpersonal semasa berkomunikasi. Adakalanya komunikasi interpersonal berbent uk pengkaburan berlaku apabila seseorang cuba merahsiakan sesuatu peristiwa atau insiden yang berlaku, tetapi daripada air mukanya dapat memperlihatkan ketidakj ujurannya semasa bertutur. Contohnya, jika seorang bekas isteri yang telah dicer aikan oleh suaminya bersikap tidak ambil kisah atau tertawa ketika menceritakan peceraiannya. Ini bermakna, beliau cuba menyembunyikan kesedihan yang dialaminya . Terdapat juga manusia bila menghadapi sesuatu masalah bertindak dengan melakuk an penipuan bagi melepaskan diri. Contohnya, seorang pekerja yang datang lambat ke tempat kerja akan mencipta pelbagai alasan agar tidak dimarahi oleh ketuanya. Terdapat juga kekaburan interpersonal apabila sesuatu interaksi yang berlaku ti dak menggambarkan perkara sebenarnya. Contohnya, seorang lelaki yang bertali leh er dan kelihatan segak dengan kereta mewah telah menawarkan program atau skim ce pat kaya. Ramai penduduk kampung yang tertarik dengan komunikasi interpersonalny a lalu menjual harta untuk sama-sama mengikuti skim cepat kaya tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah penipuan dan inilah yang mengelirukan mereka yang terliba t dalam skim tersebut. Tanya rakan anda sama ada dia faham atau tidak isi kandun gan modul Teori Komunikasi UPJJ, UUM yang diberikan kepadanya? Lihatlah kejujura n beliau ketika mengeluarkan kata-katanya. 107

7.6 TEORI KONSTRUKTIVISME (CONSTRUCTIVISM) Teori ini dipelopori oleh Jesse Delia, Barbara, J. OKeefe dan Daniel, J. O Keefe ( 1982), dengan mengutarakan alat pengukuran bagi memperoleh keputusan tentang kom unikasi interpersonal yang disebut sebagai get inside your head. Teori konstrukt ivisme oleh Jesse Delia, Barbara, J. O Keefe dan Daniel, J. OKeefe (1982) ini tela h mengguna pakai Walter Crockett Role Category Questionnaire (RCQ) yang diperken alkan oleh Crockett W. H (1965) sebagai asas mendapat keputusan terhadap komunik asi interpersonal. Menurut Griffin (2000) setiap yang dikomunikasikan ialah apa yang terdapat dalam minda seseorang penutur itu. Matlamat komunikasi interperson al akan mencapai kejayaan sekiranya perilaku pengamal bersikap terbuka dan jujur semasa berkomunikasi. Contohnya, jika seseorang itu marah, maka sikap kemarahan nya akan ditonjolkan hasil daripada apa yang tersimpan dalam mindanya. Seorang k etua dalam organisasi akan memberikan arahan kerja kepada pekerja sokongannya ap abila dia memikirkan kepentingan kerja tersebut bagi meningkatkan prestasi organ isasi. Hasil arahan kerja tersebut, akan berlaku pula maklum balas atau kritikan sama ada positif atau negatif daripada para pekerja hasil yang terdapat dalam m inda mereka. Begitu juga jika anda memberikan kritikan terhadap rakan sekuliah a nda yang meniru tugasan rakan lain untuk memudahkan kerja beliau. Teguran anda m ungkin tidak akan dilayani kerana dia meniru disebabkan tidak mempunyai masa unt uk membuat tugasan tersebut. Itulah jalan paling mudah yang terfikir oleh beliau . Rakan anda juga mungkin membayangkan bahawa anda juga mungkin akan bertindak s edemikian sekiranya berada di tempatnya. Bagaimana perasaan anda sekiranya sahab at anda tiba-tiba mengkriti anda kerana menceritakan kisah teman wanitanya kepad a rakan yang lain? 7.7 TEORI PENEMBUSAN SOSIAL (SOSIAL PENETRATION THEORY) Teori Penembusan Sosial telah diutarakan oleh Irwin Altman dan Dalmas Taylor (19 73) dengan menjelaskan, proses komunikasi interpersonal bertujuan untuk berkongs i maklumat antara seseorang. Dalam teori ini konsep utamanya ialah personaliti d iri seperti bawang besar yang mempunyai lapisan luar atau kulit yang nipis, diik uti dengan lapisan-lapisan lain yang semakin ke dalam semakin kuat dan padat. In i 108

bermakna, semakin lama kita berkenalan atau melakukan komunikasi interpersonal, maka semakin kita mengetahui isi hati kenalan kita itu. Lebih banyak seseorang i tu mengetahui tentang pasangan mereka, maka komunikasi akan menjadi bertambah pe ribadi. Ini bererti, sekiranya kita telah lama mengenali rakan atau sahabat kita , maka semakin kita mengetahui kegemaran, cita-cita, kebaikan sifat atau keburuk an peribadinya. Biasanya perkara luaran lebih kerap diceritakan kepada teman bar u seperti kursus yang diambil, asal mereka dan minat. Kemudian berlakunya pended ahan kendiri dengan memahami cita-cita, jadual hariannya dan kelemahan peribadin ya. Lazimnya tembusan berlaku dengan cepat pada peringkat awal perkenalan, tetap i menjadi lambat setelah sampai ke lapisan yang lebih tengah, seperti kisah kelu arganya yang porak-peranda hasil perceraian ibu bapanya, sikap ego dalam dirinya dan mungkin kisah putus tunangnya. Proses terakhir yang mungkin berlaku ialah k ebalikan tembusan yang merupakan proses menarik diri daripada satu lapisan kesat u lapisan seperti dilalui pada peringkat tembusan. Mungkin rakan akan tidak lagi bertegur sapa dengan anda atau melarikan diri bila bertembung dengan anda. Cont oh, kisah Adam seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berkenalan dengan Ali rakan sebiliknya yang berasal dari Kuala Lumpur. Oleh kerana rasa kes ian kepada Ali yang agak keseorangan, Adam telah mengajak Ali ke rumahnya yang t erletak di Changlon. Semasa berada di rumah Adam, Ali telah bertindak kurang sop an dengan pergi ke dapur mencari makanan dan membuka TV dengan kuat sekali sedan gkan dalam rumah itu bapa Adam sedang bersembahyang. Pada pendapat anda adakah A dam akan mengajak Ali ke rumahnya lagi? Bolehkah Ali terus menjadi sahabat Adam? Daripada contoh di atas, didapati Ali kelihatan sebagai seorang pelajar dari ba ndar yang bersikap ego, sombong dan kurang sopan. Pada luarannya didapati Ali se orang pelajar yang sama dengan pelajar lain. Tetapi bila diselidiki dalam jiwany a terdapat perasaan yang tidak disenangi oleh Adam. Pendedahan kendiri Ali diana lisis oleh Adam dengan melihat hasil perbuatan Ali. Tembusan berlaku dengan cepa t pada peringkat awal, tetapi menjadi lebih susah hingga ke lapisan tengahnya. I ni bermakna, wujud hasil hubungan pada awalnya, kemudian timbul kepuasan hubunga n dan seterusnya timbul kestabilan hubungan. Berikan tiga cadangan kebaikan dan kelemahan teori ini berdasarkan pengalaman anda membentuk hubungan dengan rakan anda. 109

7.8 TEORI PENGURANGAN KETIDAKPASTIAN (UNCERTAINTY REDUCTION THEORY) Teori ini dipopularkan oleh Charles Berger (1987) dengan memberikan fokus terhad ap penggunaan komunikasi manusia bagi memperoleh pengetahuan selain membentuk ke sefahaman antara satu sama lain apabila berkomunikasi. Biasanya apabila kita ber komunikasi dengan seseorang, kita sebenarnya berpotensi menyelidiki siapa dia, d ari mana asalnya, kenapa dia berjumpa dengan kita dan persoalan lain yang timbul dalam fikiran kita. Dalam teori ini menyebutkan bahawa jika kita pertama kali b ertemu dan berkomunikasi dengan seseorang, maka kita akan berasa tidak pasti dan biasanya berlaku dua jenis ketidakpastian, iaitu ketidakpastian perlakuan yang boleh diselesaikan melalui prosedur tertentu dan ketidakpastian kognitif yang bo leh diatasi dengan mencari maklumat. Teori ini mempunyai banyak aksiom yang meru pakan kenyataan yang diterima sebagai benar tanpa perlu melalui proses pengujian . Oleh itu, teori ini juga kadang-kadang disebut sebagai Teori Aksiomatik. Terda pat tujuh aksiom yang yang telah diperkenalkan oleh Berger (1987), iaitu Aksiom 1: Aksiom 2: Apabila tahap komunikasi verbal antara seseorang yang baru sahaja b erkenalan meningkat, maka tahap ketidakpastian akan berkurangan. Apabila tahap k omunikasi bukan verbal meningkat, maka tahap ketidakpastian berkurangan. Kekuran gan ketidakpastian menyebabkan bertambahnya komunikasi bukan verbal. Apabila tah ap ketidakpastian tinggi, perlakuan pencarian maklumat akan meningkat. Apabila t ahap ketidakpastian berkurangan, pencarian maklumat berkurangan. Apabila tahap k etidakpastian yang tinggi dalam hubungan, menyebabkan kemesraan berkurangan. Apa bila tahap ketidakpastian yang tinggi, akan menghasilkan kadar timbal balik yang tinggi. Tahap ketidakpastian rendah akan menghasilkan kadar timbal balik yang r endah. Apabila berlaku persamaan antara individu, ia akan mengurangkan ketidakpa stian. Sekiranya berlaku ketidaksamaan, ia akan meningkatkan ketidakpastian. 110 Aksiom 3: Aksiom 4: Aksiom 5: Aksiom 6:

Aksiom 7: Apabila tahap ketidakpastian yang akan menyebabkan kita kurang meminati seseoran g itu, manakala kurangnya ketidakpastian akan menyebabkan kita lebih menyukainya . Bagi memahami teori pengurangan ketidakpastian ini Griffin (2000) telah mengutar akan pandangan tentang proses pencarian maklumat dalam membentuk hubungan. Terda pat tiga perkara yang mendorong seseorang itu mencari maklumat, iaitu Pengharapa n interaksi pada masa depan apabila kita akan berjumpa dan berinteraksi dengan i ndividu berkenaan pada masa depan. Contohnya, kenalan kita sama-sama mengikuti k ursus PJJ, UUM dalam bidang komunikasi. Kita akan berpeluang bertemu kerana kebe tulan dia dari tempat yang sama. (ii) Nilai insentif kita mengetahui bahawa dia mempunyai nilai yang kita inginkan. Contoh, sahabat kita itu adik kepada salah s eorang pensyarah di Jabatan Komunikasi yang mempunyai banyak buku rujukan untuk memudahkan kita untuk membuat tugasan nanti. (iii) Devian kenalan anda itu agak berbeza dengan kenalan lain kerana setiap kali bertemu dia akan resah untuk berb icara, memandang tempat lain bila bercakap dan selalu melarikan diri bila bertem bung dengan anda. Anda ingin tahu kenapa dia berkelakuan begitu. Jelasnya, teori pengurangan ketidakpastian ini mungkin memberikan anda pandangan baru mengenai proses pembentukan hubungan dalam komunikasi antara perseorangan dan seterusnya meningkatkan lagi jalinan hubungan anda dengan sahabat anda. Cuba anda kaitkan s etiap aksiom di atas dengan hubungan anda bersama rakan sekuliah anda sejak bert emu dengannya. 7.9 PENDEKATAN VIEW ) INTERKASI (THE (i) INTERACTION Pendekatan Interaksi ini telah diutarakan oleh Paul Watzlawick, Janet Beavin dan Don Jackson (1967). Mereka menjelaskan tentang proses membentuk serta mengekalk an hubungan antara perseorangan. Untuk menerangkan hubungan antara individu dala m pendekatan interaksi ini, tiga prinsip telah diutarakan oleh Paul Watzlawick, Janet Beavin dan Don Jackson (1967), iaitu (i) Kita tidak boleh tidak berkomunik asi walaupun kita tidak begitu bersetuju dengan ibu kerana mengkritik pakaian ki ta dan tidak 111

mahu berkomunikasi dengannya, tetapi kita tetap memberikan mesej bahawa kita ada masalah. Ertinya komunikasi tetap berlaku. (ii) Manusia berkomunikasi secara di gital dan analogik komunikasi bukan verbal adalah analogik, manakala komunikasi verbal adalah digital. Contohnya, anda memberi sejambak bunga kepada pensyarah s empena Hari Guru, tetapi bahasa yang anda gunakan nadanya agak kasar. Dalam situ asi ini pemberian sejambak bunga itu ialah komunikasi analogik dan ucapan selama t dengan nada yang kasar itu ialah komunikasi digital. (iii) Komunikasi sama den gan isi kandungan membentuk hubungan apabila seseorang berkomunikasi, dia cuba m engadakan hubungan yang menerangkan kandungan atau disebut metakomunikasi. Selal unya dalam komunikasi lisan metakomunikasi ialah nada suara, penekanan terhadap perkataan, air muka dan pergerakan badan yang mempunyai makna. Kandungan pula ia lah isi mesej dan hubungan ialah bagaimana mesej disampaikan. Bagi mendapatkan g ambaran yang lebih jelas mengenai teori pendekatan interaksi ini, anda bolehlah mengikuti kisah berikut: Datuk Syed merupakan seorang tokoh korporat yang disega ni. Isterinya Datin Zainon seorang Profesor di Universiti Utara Malaysia. Mereka mempunyai tiga orang anak, iaitu Aminah yang sulung, Alijah yang tengah dan Ada m yang bongsu. Aminah sibuk sebagai pelajar Tahun Tiga di Universiti Selatan Mal aysia. Manakala Alijah pelajar Tingkatan 6 yang aktif di sekolah. Apa yang menja di masalah ialah anak mereka Adam yang belajar dalam Tingkatan 4 ialah pelajar y ang sangat degil, selalu bergaduh dan ponteng sekolah. Apabila pihak sekolah men ghubungi Datuk Syed mengenai tingkah laku anaknya Adam, Datuk Syed menganggap it u sebagai proses biasa sebagai pelajar yang kian remaja. Manakala Datin Zainon p ula bertindak menghantar surat kepada pihak sekolah mengatakan Adam selalu sakit dan tidak boleh hadir ke sekolah. Satu hari Adam telah ditangkap polis kerana d isyaki terlibat dengan perlumbaan haram. Datuk Syed telah menghubungi seorang Pe gawai Polis agar anaknya dilepaskan. Datuk Syed terpaksa menjaga identitinya seb agai tokoh korporat, lantas melakukan interaksi dengan Pegawai Polis. Manakala D atin Zainon pula terlalu menjaga statusnya sebagai Profesor dan hubungannya yang bersifat komplementari sebagai ibu dengan membohongi pihak sekolah. Manakala Am inah pula sibuk dengan kerja-kerja kursus di universiti tanpa menghiraukan apa y ang telah berlaku terhadap adiknya. Begitu juga dengan Alijah yang sering bergad uh dengan Adam di rumah. Manakala Adam membuat alasan bahawa dia tertekan dalam keluarga kerana semuanya sibuk dengan kerja sendiri tanpa mengambil berat tentan g 112

dirinya. Adam terlalu bebas untuk berbuat apa sahaja kerana kurangnya interaksi di kalangan keluarga dan apa yang dilakukan selalu mendapat pembelaan daripada i bu bapanya. Perbincangan mengenai pendekatan interaksi ini membolehkan kita lebi h memahami betapa pentingnya interaksi antara perseorangan dalam keluarga. Terda pat pelbagai masalah yang berlaku dalam keluarga dan kesemua ini berpunca daripa da pendekatan interaksi yang kurang memuaskan dan kalau berlaku interaksipun bia sanya berbentuk negatif atau kegagalan berkomunikasi. Oleh itu, bagi mendapatkan interaksi yang baik, semua pihak perlu berperanan untuk saling berkomunikasi an tara perseorangan dalam bentuk teguran, nasihat memberikan kerjasama dan membent uk kesefahaman. Begitulah yang sepatutnya berlaku kepada keluarga Datuk Syed. In i bermakna, pendekatan interaksi penting dalam membentuk komunikasi interpersona l yang baik antara seseorang dengan seseorang yang lain. Cuba anda fikirkan kena pa ibu anda selalu menyebelahi adik anda dalam setiap perkara, walaupun adik and a bersalah? 7.10 RASIONAL DIALEK (RATIONAL DIALECTICS) Rasional dialek ini diketengahkan oleh Leslie Baxter dan Barbara Montgomery (197 6) yang mengutarakan keakraban komunikasi dengan status hubungan seseorang itu. Teori ini membicarakan hubungan yang selari dengan sistem setiakawan dan kekelua rgaan. Hubungan yang berbentuk saling memberi dan menerima perlu berlaku sekiran ya ingin membentuk hubungan yang baik antara seseorang itu. Kita boleh membentuk sesuatu keputusan tetapi tidak boleh memaksa seseorang itu menerima keputusan y ang telah kita buat. Terdapat beberapa bentuk kawalan yang boleh dilakukan, iait u dengan mempengaruhi orang lain bersama-sama dengan kita. Namun, ada kalanya be rlaku kegagalan semasa berkomunikasi tersebut. Biasanya kepercayaan yang dibina bagi membentuk rasional dialek ini bergantung kepada pertimbangan yang diberikan oleh seseorang sama ada ingin bersama-sama dengan kita atau sebaliknya. Teori i ni lebih menekankan perasaan kesepakatan atau kesamaertian dan pembentukan kesef ahaman antara satu sama lain. Lazimnya rasional dialek yang diucapkan mempunyai hubungan intim dengan seseorang. Contohnya, apabila dua pasangan kekasih berbica ra, pastinya menampakkan kemesraan yang menyeronokkan.Begitu juga seorang suami yang sedang berbicara dengan isterinya. Adakalanya rasional dialek ini dapat mem perlihatkan keutuhan perhubungan seseorang mengikut daerah atau persekitarannya. Contohnya, jika 113

seorang pelajar dari Negeri Sembilan bertemu dengan seorang pelajar lain dari Ne geri Sembilan juga, maka sudah pasti mereka lebih mesra menggunakan dialek Neger i Sembilan mereka. Begitu juga jika pelajar berketurunan Boyan apabila bertemu k aum kerabatnya yang boleh berbicara bahasa Boyan, maka mereka lebih selesa mengg unakan bahasa tersebut apabila berbicara. Hubungan yang selari antara komunikasi interpersonal dengan rasional dialek ini memang tidak dapat dipisahkan kerana m elibatkan persoalan status hubungan antara seseorang itu. Contohnya, jika anda b ertemu dengan seorang kawan sebilik semasa berada di asrama dahulu dalam satu ku rsus atau bengkel, maka pastinya anda akan memeluk sahabat itu dan berbicara den gannya kisah silam yang mengimbas kembali nostalgia ketika zaman persekolahan da hulu. Pastinya anda rasa sungguh senang semasa berinteraksi, gelak ketawa dan mu ngkin menangis apabila kisah sedih dibualkan. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang rapat antara kita dengan sahabat yang terlibat dalam interaksi tersebut. Ra sional dialek juga melibatkan sikap keterbukaan atau tertutup, kepastian dan jug a ketidakpastian, hubungan yang erat mahupun hubungan yang mulai renggang antara seseorang dengan seseorang yang lain. Ini bermakna, komunikasi interpersonal da lam rasional dialek bergantung kepada persamaan pengertian antara komunikatorkom unikator yang berhubung dan sejauh mana mereka dapat menyatukan kesefahaman mere ka mengenai sesuatu perkara yang diperbincangkan serta wujud keserasian perhubun gan tersebut. Sedang anda membeli-belah bersama sahabat anda, tibatiba anda ters erempak dengan bekas guru sekolah anda yang anda minati cara pengajarannya. Apak ah yang anda akan lakukan ketika itu? 7.11 TEORI KEADILAN SOSIAL (SOSIAL JUDGMEN T THEORY) Teori Keadilan Sosial ini telah diperkenalkan oleh Muzafer Sherif dan Carl Hovla nd (1961). Teori Keadilan Sosial ini mempunyai hubungan dengan psikologi. Menuru t Muzafer Sherif dan Carl Hovland (1961) apabila seseorang mendapat, menerima at au memperoleh mesej, mereka biasanya gemar membuat penghukuman tanpa mengambil k ira mesej sebenar atau akibat daripada interpertasi yang dilakukannya. Sekiranya sesuatu berita atau komunikasi yang diterima itu tidak sehaluan dengan sikap da n personaliti seseorang itu, maka biasanya keadilan sosial tidak akan wujud dan penghukuman yang diberikan ialah negatif dan begitulah 114

sebaliknya jika berita yang diterima bersesuaian dengan diri seseorang, maka puj ian akan diberikan. Ego manusia yang menyebabkan ketidakadilan sosial tersebut b erlaku. Keadilan sosial selalu berlaku apabila sudut pandangan seseorang terhada p sesuatu perkara atau kejadian itu melibatkan komunikasi yang memihak kepada ma joriti masyarakat. Menurut teori keadilan sosial ini, biasanya mesej yang diteri ma akan dipersepsikan mengikut kehendak dan sikap penerima maklumat tersebut. Ji ka maklumat yang diterima bertentangan dengan naluri atau kehendak penerima, mak a boomerang effect atau kesan kezaliman akan berlaku. Sekiranya, maklumat yang d iterima tidak sehaluan dengan penerima atau tidak dipersetujui, maka tindakan me mulau atau seseorang itu tidak akan memberikan komitmen yang bersunguh-sungguh. Akhirnya, jika melibatkan perasaan ego dalam diri seseorang, maka akan berlaku r asa tidak puas hati dan seterusnya mereka bertindak untuk menolak segala makluma t yang diberikan. Malah Osmo Wiio (1978) ada mengutarakan enam kegagalan berkomu nikasi, iaitu Komunikasi biasanya gagal kecuali nasib. Dalam hal ini empat prins ip telah dinyatakan, iaitu Jika komunikasi akan gagal, ia pasti gagal. Jika komu nikasi tidak boleh gagal, ia mungkin akan gagal. Jika komunikasi cenderung untuk berjaya sebagaimana yang dirancang, ia mestilah berkeadaan sebagaimana yang tid ak dirancang. Jika anda berpuas hati bahawa komunikasi anda itu berkemungkinan b erjaya, ada kemungkinan juga komunikasi tersebut akan gagal. (ii) Jika mesej bol eh difahami dalam berbagai-bagai cara, ia akan difahami dalam cara yang begitu d an begini dan ini banyak mendatangkan mudarat. (iii) Biasanya, bila kita berkomu nikasi, ada orang lain yang lebih mengetahui daripada apa yang anda maksudkan de ngan mesej anda itu. (iv) Semakin banyak komunikasi dilakukan, maka semakin suka r komunikasi itu untuk berjaya atau overload communication. (v) Dalam komunikasi , tidak mustahak tentang sesuatu perkara itu berlaku, tetapi lebih dipertikaikan bagaimana perkara itu boleh berlaku. Kita mungkin mempunyai dua dunia yang sama , iaitu dunia khayalan media massa dan dunia seharian yang jarang sekali kedua-d ua dunia ini bertemu. 115 (i)

(vi) Mustahak sesuatu butiran berita itu adalah berkait rapat secara songsang de ngan jarak dua kali ganda. Contohnya, berita sahabat anda Ahmad bertumbuk dengan jirannya lebih mustahak bagi anda berbanding dengan berita sepuluh ribu orang t erbunuh dalam banjir di India. Apakah perasaan anda apabila bertemu dengan seora ng kawan lama andayang anda dapati beliau baru sahaja dibebaskan dari penjara? 7 .12 RUMUSAN Sebagai rumusan dalam bab ini, para pelajar telah diberikan pengetahuan mengenai sepuluh teori yang terdapat dalam Komunikasi Interpersonal atau Komunikasi anta ra Perseorangan. Jelas sekali, kita tidak dapat mengelak daripada berkomunikasi. Apa juga yang kita lakukan sama ada bercakap, berdiam diri atau bergerak, semua nya melibatkan komunikasi. Biasanya komunikasi interpersonal ini tidak boleh dit arik balik. Walaupun kita boleh meminta maaf, tetapi amat mustahil untuk kita me narik balik kata-kata yang telah kita luahkan. Dalam komunikasi interpersonal in i ada yang bersifat kontekstual dan terdapat empat bentuk konteksnya yang utama, iaitu dari segi psikologi yang melibatkan keinginan, nilai, keperluan, personal iti, konsep kendiri dan nilai kendiri kepada kedua-dua mereka yang terlibat dala m komunikasi antara perseorangan ini. Konteks hubungan melibatkan tahap kepercay aan, kuasa, kawalan, tahap pendedahan kendiri dan pengalaman mengenai diri masin g-masing. Seterusnya, konteks situasi melibatkan persekitaran fizikal dan kontek s budaya yang melibatkan unsur-unsur budaya yang mempengaruhi proses interaksi. SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. 2. 3. 4. Apakah komunikasi interpersonal atau komuni kasi antara perseorangan. Terangkan kenapa teori komunikasi interpersonal pentin g? Kenapa personaliti diri seseorang itu biasanya disamakan seperti lapisan kuli t bawang? Pendedahan kendiri penting dalam Teori Tembusan Sosial. Jelaskan prose s pendedahan diri dalam teori ini. Teori Pengurangan Ketidakpastian dikenali jug a sebagai Teori Aksiomatik. Mengapa? 116

5. Nyatakan tiga prinsip dalam pendekatan interaksi oleh Paul Watzlawick, Janet Bea vin dan Don Jackson (1967). Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Menurut Beebe, Beebe dan Redmond (1999), komunikasi interpersonal akan berlaku apabila seseorang melakukan interaksi secara serenta k dengan orang lain dan mereka pula saling mempengaruhi dengan tujuan mengendali kan proses interaksi tersebut. Biasanya komunikasi interpersonal ini wujud apabi la adanya persefahaman, keserasian, hubungan yang intim, kecintaan yang mendalam dan rasa tidak boleh berpisah dengan seseorang. Dalam hal ini ia melibatkan ras a mesra, boleh berkongsi keyakinan dan masalah, wujudnya sikap tolong-menolong d an sebagainya. Kata-kata tersebut diutarakan oleh Adler, Rosenteld dan Towne (19 99). 2. 3. 117

BAB 8 KOMUNIKASI KUMPULAN OBJEKTIF BAB Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Mendefisikan konsep komunikasi kumpulan. 2. Membincangkan definisi komunikasi kumpulan kecil . 3. Menjelaskan maksud pemikiran kelompok atau groupthink. 4. Mengenal pasti pr oses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. 5. Memahami komunikasi kepemimp inan dan kepengikutan. 8.1 PENGENALAN Dalam bab ini anda akan diperjelaskan tentang teori dan makna komunikasi kumpula n. Menurut Devito (1997), kumpulan merupakan himpunan individu yang berstruktur dan berinteraksi bagi mencapai matlamat yang sama. Lazimnya, kumpulan mengandung i lebih daripada dua orang dan wujud bersama dalam jangka masa tertentu. Kumpula n dibina atas persetujuan ahli-ahli kumpulan berdasarkan norma-norma tertentu. D alam sesebuah kumpulan setiap ahli mempunyai peranan masing-masing bagi menentuk an visi dan matlamat kumpulan tercapai. Kumpulan sebenarnya boleh diwujudkan dal am sesebuah organisasi seperti pembentukan Jawatankuasa Penerbitan yang bertangg ungjawab menguruskan sesuatu hasil penerbitan seperti buku cenderamata, newslett er dan sebagainya. Begitu juga Jawatankuasa Promosi yang bertanggungjawab mempro mosikan sesuatu barangan keluaran sesebuah organisasi. Ini bermakna jawatankuasa tadi merupakan satu kumpulan yang bertanggungjawab untuk merancang, mengelola d an mengambil sebarang tindakan untuk merealisasikan matlamat organisasi mereka. Kumpulan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kumpulan formal dan kumpulan tidak formal. Biasanya kumpulan formal mempunyai struktur yang jelas, iaitu jawatan se perti Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa. Di samping itu, ku mpulan formal juga mempunyai peraturan-peraturan tertentu. Manakala kumpulan tid ak formal pula tidak mempunyai struktur yang rasmi dan ketua boleh dipilih darip ada 119

kalangan ahli. Pemilihan ketua sering berubah mengikut masa dan tugas. Tugas uta ma kumpulan ialah menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 8.2 KOMUNIKASI KU MPULAN Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh tidak berkomunikasi dalam kumpulan. M alah kita dituntut untuk bersama-sama dalam banyak hal seperti semasa di tempat kerja atau di rumah. Atas kelebihan berkumpulanlah, maka kita sering dituntut un tuk melaksanakan sesuatu projek atau urusan semasa bekerja. Biasanya, kewujudan kumpulan menuntut setiap anggota organisasi berkomunikasi bagi menjaga dan memel ihara persahabatan antara mereka. Walaupun berkomunikasi merupakan perkara utama semasa berkumpulan, masalah dan isu keberkesanan kumpulan masih menjadi topik p erbincangan. Mungkin ini berlaku kerana komunikasi telah menjadi perkara biasa s ehingga tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Dalam bab ini kita akan membi ncangkan konsep komunikasi dengan memberikan penekanan kepada faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya bagi menjayakan komunikasi dalam kump ulan. Sebenarnya, komunikasi merupakan suatu proses yang dinamik dan menuntut pe ngamalnya berusaha untuk menjayakannya. Ketika kita bercakap, maka kita sebenarn ya sedang berkomunikasi. Ini merupakan satu andaian yang agak berbahaya kerana p endengar mungkin tidak berminat untuk mendengar atau tidak mahu menerima apa yan g kita tuturkan. Cuba anda terangkan faedah kumpulan perbincangan untuk membuat atau menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah? 8.3 KOMUNIKASI KUMPULA N KECIL Menurut Napier dan Gershenfeld (1993) komunikasi kumpulan kecil berlaku apabila lima hingga tujuh orang berbincang dan ia bergantung kepada kepada tugasan dan m atlamat kumpulan tersebut. Terdapat kumpulan yang mempunyai ahli yang sama tahap dan ada kumpulan yang mempunyai ahli yang berbilang status. Walau apapun sifat atau bentuk sesuatu kumpulan itu, peranan dan tanggungjawab setiap ahli amat mus tahak (Ezhar Tamam, 1999). Tubbs (1998) mendefinisi komunikasi kumpulan kecil ia lah proses setiap anggota kumpulan bertukar dan berkongsi maklumat sama ada seca ra 120

lisan atau bukan lisan untuk mempengaruhi antara satu sama lain. Manakala Beebe dan Masterson (1994) pula berpendapat, komunikasi kumpulan kecil merupakan inter aksi bersemuka antara individu yang berkongsi maklumat dan merasakan mereka seba gai ahli kumpulan yang saling bergantung antara satu sama lain. Menurut Barker, Wahles dan Watson (1995), komunikasi kumpulan kecil dapat dibezakan dengan komun ikasi lain dalam tiga perkara, iaitu komunikasi kumpulan terdapat kesan pemerhat i yang dapat mempengaruhi kandungan dan cara mereka berkomunikasi. Kedua, lazimn ya interaksi di kalangan ahli organisasi menjadi bertambah kompleks dengan perta mbahan jumlah ahli baru dalam kumpulan tersebut. Ketiga, dalam komunikasi kumpul an sering berlaku pengaruh majoriti dan pengaruh minoriti. Oleh itu, bilangan me rupakan faktor penting dalam hal membuat keputusan. Komunikasi kumpulan kecil in i mempunyai banyak kelebihan. Menurut Ezhar Tamam (1999) terdapat beberapa keleb ihan jika bekerja secara berkumpulan berbanding dengan bekerja secara bersendiri an. Antaranya (i) (ii) (iii) Dengan berkumpulan kita akan memperoleh banyak makl umat dan pandangan. Konsep berkumpulan juga membolehkan ahli kumpulan berkongsi maklumat serta bertukar-tukar pendapat dengan jayanya. Kumpulan biasanya mempuny ai daya kritis dan kreatif yang lebih baik jika dibandingkan dengan daya kreativ iti perseorangan. Lebih banyak alternatif yang boleh dikenal pasti apabila berfi kir secara kumpulan. Dengan berkumpulan kita boleh menggunakan pelbagai kaedah a tau teknik untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan cara yang le bih kreatif dan inovatif. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya seseorang p elajar belajar dalam bentuk kumpulan. Bukan sahaja kefahaman meningkat, tetapi j uga daya ingatan serta berpeluang untuk berbincang dan bertanya sesuatu yang kur ang difahami. Penglibatan dalam kumpulan memberikan kepuasan kerana ia membolehk an kita memenuhi keperluan sosial dan dapat mengenali lebih ramai orang serta bo leh berbangga sekiranya dapat memberikan sumbangan kepada kumpulan. Fikirkan sat u kumpulan kerja yang pernah anda sertai. Buat satu pemetaan tentang peranan set iap individu yang terlibat dalam kumpulan tersebut termasuk anda. 121 (iv) (v) (vi)

8.4 PEMIKIRAN KELOMPOK (GROUPTHINK) Satu lagi bentuk pendekatan komunikasi kumpulan ialah Pemikiran Kelompok atau Gr oupthink. Kumpulan dalam konteks organisasi biasanya terlibat dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Justeru itu, untuk mendapatkan keputusan terbaik , setiap ahli yang terlibat dalam mesyuarat perlu berperanan dan berkomunikasi u ntuk mengambil sesuatu keputusan. Menurut Griffin (2000), Randy Hirokawa dan Den nis Gouran menyebut bahawa interaksi kumpulan memberi kesan yang positif dalam m embuat keputusan. Walau bagaimanapun, dalam proses membuat keputusan ini sering kali berlaku perkara negatif yang menghalang keputusan yang memuaskan. Mengapa p erkara sedemikian berlaku? Adakah proses komunikasi dalam kumpulan sudah tidak b erkesan? Mungkinkah ahli dalam organisasi tersebut tidak mengetahui peranan masi ng-masing dalam sesuatu kumpulan? Bagi mengenal pasti mengapa sesuatu keputusan dalam kumpulan itu tidak memberi hasil keputusan yang baik, Janis (1982) merupak an sarjana awal yang telah memperkenalkan satu teori atau pendekatan pemikiran k elompok atau groupthink. Beberapa contoh yang boleh dikaitkan dengan pemikiran k elompok ialah kes-kes yang berlaku seperti kes kemusnahan Pusat Dagangan Dunia d i Amerika Syarikat,kes Ombak Tsunami yang melanda dan banyak lagi kes-kes semasa yang memerlukan pemikiran kelompok ini. Mungkin juga kes pengkorporatan, perogo lan yang berleluasa, keruntuhan moral remaja, masalah penyalahgunaan dadah dan s ebagainya dapat dilihat sebagai masalah pemikiran kelompok atau groupthink keran a beberapa situasi lain yang dihadapi selepas berlakunya peristiwa tersebut. Sam a-sama kita fikirkan situasi ini. Dalam organisasi X satu jawatankuasa telah dib entuk bagi mengkaji penggunaan teknologi komunikasi, khususnya komputer dalam or ganisasi mereka. Bolehlah kita namakan kumpulan yang bertanggungjawab tersebut s ebagai ICTU. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Manusia. Anggota lain yang terlibat ialah Ketua Unit Kewangan, Ketua Unit Perkhi dmatan, Ketua Unit Pengeluaran dan beberapa orang daripada bahagian teknikal. Ku mpulan ICTU ini telah bermesyuarat bagi mendapatkan maklumat yang mempunyai perk aitan dengan pembekalan, nasihat daripada pakar komputer dan sistem maklumat. Se telah mengadakan mesyuarat dan meneliti segala aspek, maka kumpulan tersebut tel ah mencadangkan kepada pihak pengurusan tertinggi organisasi agar membeli 300 un it komputer yang berharga RM5,000 seunit untuk dibekalkan kepada sebahagian dari pada anggota atau pegawai dalam organisasi yang kritikal 122

memerlukan komputer tersebut. Sebagai percubaan ada di kalangan pihak pengurusan atasan bersetuju supaya organisasi hanya membeli 50 unit dahulu. Namun, 300 uni t komputer tetap dibeli kerana organisasi boleh menjimatkan kos dengan diskaun 1 5 peratus yang diberikan oleh pembekal sekiranya membuat pesanan melebihi 100 un it. Apabila pembekal telah membekalkan komputer tersebut dengan pelaburan yang b egitu banyak, tetapi pelaburan tersebut tidak memenuhi harapan daripada pihak pe ngurusan tertinggi; pembelian komputer tersebut tidak membantu peningkatan penge luaran organisasi, tetapi telah menjadi masalah kepada pekerja. Mengapa perkara ini berlaku? Apakah yang terjadi kepada Jawatankuasa ICTU dalam organisasi X itu ? Mungkin pelbagai jawapan boleh diberikan terhadap kes di atas, tetapi apa yang jelasnya keputusan yang telah dibuat tidak tepat. Cuba kita lihat proses yang m ungkin telah berlaku dalam kumpulan Jawatankuasa ICTU dalam organisasi X tersebu t. Mungkin juga pemikiran kelompok telah berlaku semasa keputusan dibuat dan beb erapa perkara boleh dikenal pasti untuk memperlihatkan pemikiran kelompok telah berlaku, iaitu (i) Gambaran bahawa kumpulan ICTU tidak mungkin membuat kesilapan disebabkan kumpulan tersebut dianggotai oleh setiap bahagian yang terlibat dala m pengurusan organisasi X dan mempunyai pengalaman dalam bidang masing-masing. J elasnya kumpulan Jawatankuasa ICTU telah membuat tindakan yang sewajarnya kerana bagi mereka dengan membelanjakan lebih RM1 juta apabila organisasi menghadapi k etidakpuasan hati di kalangan pekerja merupakan satu tindakan yang bijak pada ku mpulan ICTU ini. Keputusan rasional secara berkumpulan telah berlaku. Walaupun o rganisasi X mempunyai polisi bahawa pekerja yang mempunyai tahap kepuasan yang t inggi akan meningkatkan produktiviti, tetapi dalam situasi ini mereka membuat ke putusan yang rasional kerana jika sistem komputer dalam organisasi mereka semaki n canggih dan dipertingkatkan, maka dijangkakan para pekerja juga akan menunjukk an prestasi kerja yang lebih baik. Semua ahli kumpulan ICTU bersetuju dengan ras ional pendapat tersebut. Melihat mereka yang berada di luar sebagai stereotaip. Biasanya apabila kumpulan yang terlibat dalam membuat keputusan membuat andaian bahawa setiap kritikan daripada luar terhadap segala cadangan baik pada pemikira n mereka dihalang, maka itu dianggap cuba menggagalkan sesuatu yang baik. Berlak unya self-censorship yang membawa maksud kita sendiri yang menjadi penapis terha dap pandangan kita sendiri. Kumpulan ICTU mungkin telah merasakan bahawa keputus an mereka boleh 123 (ii) (iii) (iv) (v)

(vi) (vii) (viii) jadi tidak membawa implikasi seperti yang diharapkan. Bagi kumpulan tersebut pan dangan para pekerja yang terlibat dalam penggunaan komputer tersebut tidak diamb il kira kerana kumpulan sendiri telah menolak bahawa perkara tersebut sebagai sa tu masalah. Gambaran yang lebih jelas mendapati semua ahli kumpulan sebulat suar a bersetuju dengan keputusan yang diambil. Situasi ini berlaku tetapi bahagian k ewangan kurang bersetuju dengan keputusan yang dibuat. Selain itu, Ketua Unit Pe rkhidmatan juga kurang faham kenapa pembelian komputer itu penting dan dipesan b egitu banyak. Namun, apabila pihak lain bersetuju, maka mereka berdiam diri supa ya memberikan gambaran semua pihak bersetuju. Tekanan kepada mereka yang kurang bersetuju. Walaupun Ketua Unit Kewangan kurang bersetuju dengan perbelanjaan yan g begitu banyak, tetapi beliau tidak menyuarakan pandangannya kerana khuatir aka n diberikan tekanan dan ada juga alternatif yang diberikan agar pekerja yang tid ak berprestasi baik walaupun mempunyai komputer dikurangkan gaji mereka. Terdapa t individu yang melantik diri mereka sebagai pengawal kepada ketua atau mindguar d. Dia akan muncul dengan sendirinya di kalangan ahli kumpulan bagi mempertahan dan menyokong apa sahaja cadangan yang dibuat oleh ketua. Dengan kata lain, tiad a berlakunya bangkangan terhadap apa juga keputusan yang dibuat. Apa yang ingin diketengahkan dalam kes ini ialah tanda-tanda biasa yang dapat di lihat dalam kumpulan apabila sesuatu keputusan dibuat. Situasi ini wujud apabila kumpulan cuba menunjukkan bahawa mereka bersatu dan bersepakat dalam keputusan yang mereka lakukan. Walaupun kedapatan unsur-unsur kurang bersetuju atau kurang yakin mengenai keputusan yang dicapai, namun demi menjaga perasaan atau reputas i mereka yang terlibat sebagai ahli kumpulan, maka mereka menolak perasaan sendi ri supaya keputusan yang dibuat seolah-olah sebulat suara. Jika perkara seumpama ini berlaku, maka ini memperlihatkan ada tandatanda pemikiran kelompok atau gro upthink telah berlaku. Ceritakan kepada rakan sekumpulan anda bagaimana anda per nah menjadi pemikiran kelompok untuk membincangkan sesuatu isu dalam persatuan a nda semasa di sekolah dahulu? 124

SOALAN DALAM TEKS 1. Apakah makna kumpulan ? 2. Terangkan dua bentuk kumpulan yang biasa wujud dal am sesebuah organisasi? 3. Nyatakan satu kelebihan bila berada dalam kumpulan? 4 . Apakah peranan pemikiran kelompok atau groupthink? Semak jawapan anda di akhir bab ini. 8.5 PENYELESAIAN KEPUTUSAN MASALAH DAN MEMBUAT Setiap kumpulan mempunyai masalah yang perlu diselesaikan. Kedapatan kumpulan ya ng bijak dan boleh menyelesaikan masalah sama ada masalah rutin atau masalah buk an rutin atau masalah inovatif. Apakah yang menyebabkan perbezaan keupayaan ini? Mungkin ia mempunyai perkaitan dengan pengetahuan dan amalan prosedur dalam pen yelesaian masalah tersebut. Manakala kegagalan kumpulan untuk menyelesaikan masa lah dengan berkesan kerana mungkin kumpulan tersebut gagal meneliti secara menda lam tentang sesuatu masalah itu. Menurut Ezhar Tamam (1999) dalam penyelesaian m asalah kumpulan, keputusan perlu dibuat. Penyelesaian masalah merupakan proses m encari jawapan kepada masalah dan hambatan-hambatan yang berkaitan. Bagi menyele saikan masalah kumpulan, mereka perlu mengakui bahawa wujudnya masalah dan berus aha untuk mengatasinya. Menurut Beebe dan Masterson (1994) masalah boleh dibahag ikan kepada tiga kategori, iaitu masalah rutin, masalah bukan rutin dan masalah kreatif atau inovatif. Masalah rutin ialah masalah biasa yang kerap berlaku dan perlu diselesaikan dengan segera. Biasanya masalah rutin merupakan masalah yang telah diketahui dan cara penyelesaiannya mungkin mudah. Manakala masalah bukan r utin ialah masalah yang timbul apabila sesuatu itu menyeleweng daripada sepatutn ya dan punca masalah tidak diketahui. Masalah jenis ini memerlukan kaedah-kaedah tertentu untuk mengatasinya. Bagi masalah kreatif dan inovatif pula ialah masal ah yang berkaitan dengan usaha bagi meningkatkan prestasi sesuatu situasi atau s istem. 125

VanGundy (1981) pula telah mengkategorikan masalah kepada dua sahaja, iaitu masa lah yang berstruktur dan masalah yang tidak berstruktur. Masalah yang tidak bers truktur merupakan masalah kumpulan yang kurang bermaklumat dan menghadapi ketida kpastian yang tinggi. Menurut Barker et al. (1995), masalah dibahagikan kepada t iga, iaitu masalah fakta, masalah sikap dan masalah polisi serta tindakan. Masal ah fakta memerlukan fakta untuk mengatasinya. Manakala masalah sikap merupakan m asalah yang melibatkan pertimbangan nilai yang berbentuk subjektif. Masalah poli si dan tindakan ialah masalah yang dapat diselesaikan melalui mesyuarat dan perb incangan. Biasanya dalam mengatasi masalah terdapat beberapa langkah yang boleh diambil, iaitu mengenal pasti masalah, mendefinisi masalah dan menganalisis masa lah tersebut. Kumpulan perlu bersepakat mengenai skop masalah yang dihadapi. Di samping itu, kumpulan perlu menganalisis masalah tersebut dari sudut punca, kesa n, simptomsimptom, submasalah dan kriteria memilih alternatif. Fisher (1980) men gutarakan pendekatan deskriptif untuk menyelesaikan masalah. Bagi beliau, dalam keadaan biasa kumpulan melalui proses normal untuk mengatasi masalah, kecuali ji ka ada faktor-faktor luar dibawa masuk secara terancang. Pengetahuan dan pengala man kumpulan membantu proses penyelesaian masalah, melicin serta mempercepatkan tempoh kumpulan menempuh fasa-fasa penyelesaian masalah kumpulan. Terdapat empat fasa dalam proses penyelesaian masalah kumpulan, iaitu orientasi, konflik, kemu nculan dan pengukuhan. Fasa orientasi, peringkat awal dan lebih berbentuk pengen alan serta penyesuaian diri. Manakala fasa konflik ialah lanjutan daripada fasa orientasi. Anggota kumpulan akan mula memberikan pendapat mereka. Fasa ini juga berperanan mempengaruhi fikiran anggota lain supaya menerima pendapat mereka. Ke mudian fasa kemunculan pula yang berperanan untuk menentukan titik persamaan dan pertemuan di kalangan ahli kumpulan. Fasa terakhir ialah fasa pengukuhan yang b ersikap atau bersemangat kesatuan serta kepaduan. Pada fasa ini ahliahli kumpula n perlu mempunyai perasaan yang positif terhadap ahli-ahli lain serta keputusan yang akan diambil. Pendekatan seterusnya ialah pendekatan berfungsi yang berpera nan memberikan ahli kumpulan untuk menyelesaikan masalah secara berkesan bukanny a kerana mereka bertingkah laku seperti yang sepatutnya. Pendekatan berfungsi me nurut Hirokawa dan Pace (1983) ialah 126

(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi) Melihat masalah daripada pelbagai sudut dan ruang lingkup yang amat luas. Mengum pul dan menggunakan data yang sesuai untuk dikaji masalah dan bukannya bersandar pada buah fikiran sahaja. Menilai kembali pandangan yang dikemukakan oleh orang lain. Mencari dan menggunakan bukti-bukti secara berkesan dalam membuat kesimpu lan. Sensitif terhadap bukan sahaja pada hal tugasan, tetapi juga perasaan orang lain. Perbincangan perlulah spesifik dan jangan terkeluar daripada tajuk atau i su yang diperbincangkan. Kumpulan perlu mencari seberapa banyak alternatif yang boleh. Kumpulan perlu terbuka kepada pandangan dan hujah minoriti. Menilai kemba li pilihan dan keputusan sama ada memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dalam membuat keputusan dan pilihan. Berhenti atau rehat seketika apabila kumpulan mer asa letih atau mengalami kebuntuan. Membuat kenyataan atau komunikasi yang berku aliti, iaitu komunikasi yang tidak menyusahkan, mesej yang mudah difahami dan id ea yang bernas. Pendekatan seterusnya ialah pendekatan preskriptif yang memberi fokus kepada age nda dan teknik khusus yang boleh diamalkan oleh kumpulan dalam menyelesaikan mas alah. Dengan mengamalkan cara dan teknik yang disyorkan dengan betul, kumpulan d apat mencari jalan penyelesaian pada masalah. Pendekatan preskriptif juga boleh memberi panduan kepada kumpulan bagaimana menstrukturkan perbincangan. Menurut V anGundy (1995) banyak teknik untuk menstrukturkan proses penyelesaian masalah. B eliau menegaskan bahawa kajian mendapati keberkesanan kumpulan menyelesaikan mas alah meningkat apabila kumpulan menstrukturkan proses penyelesaian masalah terse but. Penyelesaian masalah akan memudahkan untuk membuat keputusan kerana menurut Brillhart dan Galanes (1992), terdapat beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan oleh kumpulan dalam membuat keputusan. Antaranya 1. Ikut kata pakar dalam kumpul an Kemungkinan dalam kumpulan mempunyai kepakaran tentang sesuatu isu, maka secara tidak formal mungkin kepakaran ahli tersebut boleh digunakan untuk membuat keput usan, tetapi hendaklah diberikan masa perbincangan yang mencukupi. 127

2. Mengikut kata pakar daripada luar kumpulan Kaedah ini sesuai sekiranya tiada anggota dalam kumpulan yang berkebolehan, berp engetahuan atau pakar untuk membincangkan alternatif-alternatif penyelesaian. 3. Purata kedudukan dan pengkelasan alternatif Kumpulan boleh membuat keputusan dengan meminta setiap anggota membuat keutamaan (kedudukan atau pengkelasan) terhadap alternatifalternatif dan kemudian mendapa tkan purata kedudukan atau pengkelasan bagi setiap alternatif. Alternatif-altern atif yang pengkelasannya tertinggi diambil sebagai pilihan. Mungkin kaedah ini t erdapat kelemahannya iaitu tidak mengambil kesempatan kelebihan perbincangan dan muafakat. 4. Cara rawak Kaedah ini tidak disyorkan kerana tidak melibatkan pertimbangan yang teliti dan sistematik. Kaedah ini hanya digunakan sekiranya kumpulan berada dalam keadaan t erdesak atau menemui kebuntuan. 5. Suara majoriti Kaedah ini biasa digunakan dan keputusan mengikut suara majoriti lebih berkesan. Namun, jika ada ahli yang tidak bersetuju akan menimbulkan masalah. Untuk tidak menimbulkan masalah, kumpulan perlu menyediakan masa yang mencukupi bagi perbin cangan. Suara majoriti boleh diambil secara undi terbuka atau sulit. 6. Kaedah k onsesus Keputusan secara konsesus akan tercapai apabila majoriti anggota menyokong alter natif yang dicadangkan. Ahli yang tidak menyokong (sekiranya ada) mungkin tidak akan membantah. Keputusan secara konsensus selalunya tidak mempunyai masalah pel aksanaan. 7. Ikut kata ketua Kaedah ini melibatkan ketua mendapatkan pandangan ahli kumpulan. Ketua akan memb uat keputusan berdasarkan cadangan ahli dan pertimbangan peribadi serta berharap keputusan yang diambil adalah terbaik. Kaedah ini juga sama seperti suara major iti dan suara minoriti yang boleh diambil terima dalam membuat keputusan. 128

Cuba anda terangkan kenapa seseorang itu memilih atau menyokong sesuatu keputusa n? 8.6 KOMUNIKASI KEPEMIMPINAN DAN KEPENGIKUTAN Sesuatu kumpulan itu tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna sekiranya tidak wujud kepemimpinan yang berkesan walaupun kumpulan tersebut kaya dengan sumber-s umber dan anggota-anggota yang berkemahiran teknikal. Pemimpin ialah seseorang y ang digelar melalui pelantikan, pengundian, kemunculan atau lain-lain cara dan d iiktiraf sebagai lebih berwibawa. Kepemimpinan juga ditafsirkan sebagai proses m erancang, menggerak, mengarah, membimbing, menyelaras dan menilai aktiviti-aktiv iti kumpulan dalam melaksanakan sesuatu tugas. Biasanya kepemimpinan selalu dihu bungkaitkan dengan kemajuan dan produktiviti ahli dalam kumpulan, maka persoalan mengenai pemimpin dan kepemimpinan tidak boleh diambil mudah. Barker et al. (19 95) menyebut bahawa kepemimpinan sebagai satu kemahiran komunikasi yang menggera kkan kumpulan ke arah pencapaian matlamat dan kesejahteraan kumpulan. Komunikasi kepemimpinan merupakan stail, cara gaya, kaedah dan strategi komunikasi yang di gunakan oleh para pemimpin semasa menjalankan peranan serta tugas formal dan tid ak formal mereka. Tugas-tugas formal termasuklah memberi arahan, taklimat, membe ri teguran, menyelaras, mendapatkan maklum balas dan sebagainya. Terdapat bebera pa sifat komunikasi kepemimpinan yang telah dikenal pasti. Antara sifat-sifat te rsebut menurut Mohd.Yusof (1988) ialah (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Peluan g diberikan kepada ahli untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat mereka. Menjad i pendengar yang baik untuk mendengar rintihan dan keluhan ahli kumpulan. Mengga lakkan ahli kumpulan menyampaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan tugas h arian mereka. Menyatakan apa sahaja yang mereka maksud. Memberi maklumat yang be nar-benar diperlukan oleh ahli dalam kumpulan. Bertanggungjawab memberi penjelas an yang boleh memberikan kepuasan kepada ahli dalam kumpulan. Maklum balas dan c adangan ahli dalam kumpulan perlu didengar ketika membuat keputusan. 129

Manakala kepengikutan pula merupakan satu aspek yang amat penting bila berbicara mengenai kepemimpinan. Keberkesanan seseorang pemimpin bergantung kepada kualit i pengikutnya. Jika ingin mengetahui sejauh mana kehebatan seseorang pemimpin, m aka lihatlah kepada pengikutnya. Biasanya, pengikutlah yang akan menentukan sama ada pengaruh pemimpin tersebut berkesan atau tidak. Oleh itu, menjadi tanggungj awab pengikut untuk membantu serta memudahkan pemimpin menjalankan fungsinya den gan berkesan. Pengikut memainkan peranan yang berkesan untuk membantu pemimpin d an seterusnya menyumbang secara bermakna kepada keberkesanan kumpulan. Pengikut juga mestilah mengetahui dan mengamalkan prinsip-prinsip kepengikutan yang tepat dan jelas. Menurut Ezhar Tamam (1994), terdapat beberapa prinsip yang perlu dia malkan untuk menjadi pengikut yang baik iaitu 1. Taat kepada ketua selagi tidak menyalahi lunas-lunas yang sebenar mengikuti seseorang ketua selagi apa yang den gan peraturan organisasi, moral dan Jelasnya, pengikut wajib menyokong dan melak sanakan wawasan yang benar dan Ini bermakna, pengikut perlu diarahkan tidak bercanggah bertentangan dengan agam a. membantu pemimpin dalam bermoral. 2. Tidak dilakukan sebagai satu tanggungjawab Pengikut mematuhi ketua bukannya dengan niat untuk menyenangkan hati atau mengam bil hati ketua, tetapi pengikut mematuhi ketua sematamata kerana tanggungjawab. Sekiranya prinsip ini dipegang oleh pengikut, maka ketaatan itu bukanlah suatu p erkara yang berat dan membebankan. 3. Taat kepada kedudukan dan bukannya kepada orang Pengikut mematuhi sesuatu arahan itu kerana arahan itu datangnya daripada ketua, tidak kira siapa yang menjadi ketua itu. Sekiranya seseorang pengikut tidak mem berikan kerjasama, mengambil sikap tidak ambil peduli terhadap ketuanya, maka su dah tentu akan menjejaskan prestasi kumpulan dan organisasi. 4. Berpegang kepada prinsip dan bukannya pada personaliti Apabila bergerak dalam sesuatu kumpulan, maka berpeganglah kepada prinsip ketua itu kerana ini penting bagi menjamin kesinambungan, 130

kestabilan dan kemantapan kumpulan. Sekiranya pengikut hanya berpegang kepada pe rsonaliti, maka kemungkinan kumpulan akan lemah dan hilang arah sekiranya pemimp in tersebut tidak lagi menjadi ketua. 5. Menegakkan yang benar dan memerangi yan g batil Prinsip ini bukan sahaja menjelaskan tujuan sebenar komunikasi, tetapi juga menj adikan komunikasi lebih mulia dan dihargai. Interaksi yang dilakukan bukan untuk menang, bukan untuk mengampu, bukan untuk menunjuk, bukan untuk kepentingan dir i, tetapi lebih untuk mencari kebenaran bagi kumpulan dan organisasi. 6. Bersama dengan kumpulan Pengikut perlu bersama-sama dengan kumpulan dan mengikut keputusan kumpulan wala upun keputusan tersebut tidak disukai. Namun, keputusan kumpulan ialah hasil per bincangan ahli-ahli yang ramai. Oleh itu, ia merupakan adab bagi pengikut untuk mengikut keputusan tersebut dan jangan menimbulkan sikap pemberontakan dan sabot aj terhadap segala keputusan yang telah dipersetujui ramai. 7. Tidak bangga apab ila pendapat diterima Pengikut bertanggungjawab untuk memberi buah fikiran yang bernas. Pendapat yang dikemukakan ada kalanya diterima dan ada kalanya ditolak. Jangan pula berasa ban gga, sombong, riak dan bermegah-megah sekiranya pandangan dan pendapat anda seba gai pengikut diterima. Namun, jika pendapat anda sebagai pengikut ditolak jangan lah pula merasa kecewa dan berkecil hati. 8. Hormati perbezaan Manusia mempunyai perbezaan pandangan dan pendapat. Oleh itu, perselisihan merup akan perkara biasa dalam sesebuah kumpulan. Setiap ahli berhak untuk mengeluarka n pendapat masing-masing asalkan pendapat tersebut logik dan mengikut lunas-luna s yang bertepatan. Bagi menjaga hubungan dalam kumpulan, setiap pengikut mestila h menghormati pandangan dan pendapat ahli lain. 9. Taat masa senang dan masa sus ah Sebagai pengikut, lazimnya mudah untuk mematuhi arahan ketua apabila ada kepenti ngan diri sendiri. Sebaliknya sukar untuk melaksanakan sesuatu arahan sekiranya memerlukan pengorbanan. Oleh itu, taat kepada 131

pemimpin tidak hanya kepada perkara-perkara yang dirasakan seronok sahaja, tetap i perlu menyeluruh dalam segenap aspek untuk kebajikan kumpulan atau organisasi. 10. Minta persetujuan ketua sebelum melakukan sesuatu Sebagai pengikut yang setia, sebelum melakukan sesuatu langkah penting, perlulah terlebih dahulu memaklum dan mendapat restu daripada ketua. Amalan ini amat pen ting kerana ianya dapat memanfaatkan bukan sahaja untuk diri seseorang itu, teta pi juga kepada kumpulan. Selain itu, kerjasama dan sokongan ahli lain dalam kump ulan mudah diperoleh sekiranya pihak ketua telah memberikan persetujuan. Berdasa rkan pemahaman, penelitian dan pengalaman anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang b aik dan berkesan? 8.7 RUMUSAN Diharapkan semoga para pelajar telah memahami apa yang dikatakan kumpulan dan pe mbentukan kumpulan. Sebenarnya maju atau mundurnya sesebuah kumpulan itu bergant ung kepada amalan komunikasi mereka. Ini bermakna, komunikasi dalam kumpulan dap at diibaratkan sebagai darah yang mengalir dalam tubuh badan manusia. Komunikasi kumpulan ialah eleman asas yang dapat menyatukan seluruh anggota atau ahli dala m sesebuah kumpulan itu untuk menjadi lebih mantap dan kuat bagi mencapai matlam at kumpulan. Kumpulan kecil merupakan satu bentuk kumpulan yang berguna bagi pem bangunan sesebuah kumpulan. Bekerja dalam kumpulan merupakan proses pengalaman y ang kompleks, tetapi amat menarik. Dengan memahami bagaimana kumpulan kecil berf ungsi, komunikator dapat mengurangkan ketidakselesaan dan ketidakpastian apabila bekerja dalam kumpulan. Komunikasi berbentuk pemikiran kelompok atau groupthink sangat penting dalam menjayakan sesebuah kumpulan kerana ini dapat menyelesaika n masalah dan seterusnya membuat keputusan. Idea merupakan eleman yang sangat pe nting dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan sama ada pada peringkat a nalisis masalah ataupun mencari alternatif-alternatif dalam penyelesaian masalah . Idea akan diperoleh dengan berfikir secara rasional dan kreatif. Ini boleh dip eroleh sekiranya dapat diwujudkan pemikir kelompok atau groupthink yang dinamik dalam sesebuah kumpulan. Manakala komunikasi 132

kepemimpinan dan kepengikutan ialah asas dalam kumpulan kerana jatuh bangunnya s esebuah kumpulan bergantung kepada pemimpin dan pengikut yang berada dalam kumpu lan tersebut. Kepemimpinan merupakan proses menerajui sebuah kumpulan atau kesan ggupan untuk memberi perkhidmatan terbaik untuk ahli dalam kumpulan. Taat perkar a pokok dalam prinsip kepengikutan kerana ini dapat membentuk satu wadah yang di punyai bersama serta mengutuhkan sesebuah kumpulan. Muhd. Mansur Abdullah. (1998 ). Komunikasi dalam pengurusan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Joann Ke yton. (1999). Communicatiing in group (2nd ed.). Boston: Graw Hill. SOALAN PENIL AIAN KENDIRI 1. 2. 3. 4. 5. Kenal pasti satu kumpulan yang pernah anda anggotai. Jelaskan mengapa anda menga nggotai kumpulan tersebut? Sekiranya anda dilantik sebagai jururunding kepada se buah syarikat, apakah nasihat anda kepada syarikat tersebut untuk meningkatkan k esepaduan kumpulan? Terangkan kaedah-kaedah membuat keputusan dalam kumpulan? Be kerja dalam kumpulan bagi meneliti kemungkinan sesuatu alternatif dipilih untuk menyelesaikan sesuatu masalah ialah perkara penting dalam pemikiran kelompok ata u groupthink. Bincangkan. Kenal pasti lima faktor yang boleh menyebabkan kegagal an usaha seorang ketua dalam menggerakkan kumpulannya. Semak jawapan anda di akh ir modul kursus ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Kumpulan merupakan himpunan individu yang berstrukt ur dan berinteraksi bagi mencapai matlamat yang sama. Lazimnya, kumpulan mengand ungi lebih daripada dua orang yang wujud 133

bersama dalam jangka masa tertentu. Kumpulan dibina atas persetujuan ahli-ahli k umpulan berdasarkan norma-norma tertentu. Dalam sesuatu kumpulan setiap ahli mem punyai peranan masingmasing bagi menentukan visi dan matlamat kumpulan tercapai. 2. Kumpulan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kumpulan formal dan kumpulan ti dak formal. Biasanya kumpulan formal mempunyai struktur yang jelas, iaitu jawata n seperti Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa. Di samping itu , kumpulan formal biasanya mempunyai peraturan-peraturan tertentu. Manakala kump ulan tidak formal pula tidak mempunyai struktur yang rasmi dan ketua boleh dipil ih daripada kalangan ahli. Pemilihan ketua sering berubah mengikut masa dan tuga s. Kelebihan berada dalam kumpulan: (i) Dengan berkumpulan ini kita akan mempero leh banyak maklumat dan pandangan. Konsep berkumpulan juga membolehkan ahli kump ulan berkongsi maklumat serta bertukar-tukar pendapat dengan jayanya. (ii) Kumpu lan biasanya mempunyai daya kritis dan kreatif yang lebih baik jika dibandingkan dengan daya kreativiti perseorangan. Lebih banyak alternatif yang boleh dikenal pasti apabila berfikir secara berkumpulan. (iii) Dengan berkumpulan kita boleh menggunakan pelbagai kaedah atau teknik untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan cara yang lebih kreatif dan inovatif. (iv) Pembelajaran akan le bih berkesan sekiranya seseorang pelajar belajar dalam bentuk kumpulan. Bukan sa haja kefahaman meningkat, tetapi juga daya ingatan serta berpeluang untuk berbin cang dan bertanya sesuatu yang kurang difahami. (v) Penglibatan dalam kumpulan m emberikan kepuasan kerana ia membolehkan kita memenuhi keperluan sosial kerana d apat mengenali lebih ramai orang serta boleh berbangga sekiranya dapat memberika n sumbangan kepada kumpulan. 4. Pemikiran kelompok atau groupthink merupakan pro ses interaksi kumpulan yang memberikan kesan positif dalam membuat keputusan. Wa lau bagaimanapun, semasa proses membuat keputusan ini, kumpulan tersebut sering kali berlaku perkara negatif yang menghalang keputusan yang memuaskan. 3. 134

BAB 9 TEORI KOMUNIKASI ORGANISASI OBJEKTIF BAB Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Menghuraikan pendekatan klasik, pendekatan sumber manusia dan pendekatan hubungan manusia. 2 . Menjelaskan andaian-andaian yang terdapat dalam teori-teori komunikasi organis asi. 3. Menerangkan tentang andaian-andaian komunikasi yang diaplikasikan dalam setiap pendekatan. 9.1 PENGENALAN Dalam bab ini, anda akan mempelajari tentang teori-teori dalam bidang komunikasi organisasi. Terlebih dahulu kita perlu memahami pengertian komunikasi organisas i. Bidang komunikasi organisasi berteraskan kepada dua konsep utama iaitu komuni kasi dan organisasi. Secara umumnya, organisasi ialah kolektiviti sosial yang me libatkan aktiviti-aktiviti yang dikoordinasi bagi tujuan mencapai matlamat indiv idu dan kolektif (matlamat bersama). Melalui koordinasi terhadap aktiviti-aktivi ti yang dijalankan untuk mencapai matlamat sesebuah koordinasi, struktur organis asi dibentuk bagi membolehkan kakitangan organisasi saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam konteks persekitaran organisasi yang lebih luas. Komunikas i memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi. Komunikasi merupakan suat u proses transaksional dan simbolik. Proses transaksional ialah komunikasi melib atkan dua atau lebih kakitangan organisasi berinteraksi dalam persekitaran organ isasi. Simbolik ialah proses transaksional yang mewakili tahap perlambangan yang tertentu. Perlambangan dalam konteks ini ialah proses komunikasi mempunyai taha p abstrak yang tertentu. Misalnya, penggunaan perkataan seperti Encik, Tuan, serta Pu an mewakili rasa hormat terhadap status atau kedudukan seseorang dalam sesebuah o rganisasi. Carta organisasi merupakan perlambangan kepada struktur hierarki yang berlaku oleh sesebuah organisasi dan mempengaruhi proses komunikasi yang 135

diamalkan dalam organisasi berkenaan. Sehubungan ini, mempelajari bidang komunik asi bererti memahami interaksi antara kakitangan organisasi dalam konteks organi sasi. Terdapat teori-teori yang dikemukakan bagi memahami andaian-andaian berkai tan dengan proses komunikasi yang berlaku dalam sesebuah organisasi. Sehubungan itu, tiga pendekatan berkaitan dengan teori komunikasi organisasi yang disentuh dalam bab ini iaitu Pendekatan Klasik, Pendekatan Hubungan Manusia dan Pendekata n Sumber Manusia. Terdapat tiga teori yang dibincangkan dalam setiap pendekatan. Pendekatan klasik merangkumi Teori Pengurusan Klasik yang dikemukakan oleh Henr i Fayol, Teori Birokrasi oleh Max Weber dan Teori Pengurusan Saintifik oleh Fred erick Taylor. Teori-teori yang tergolong dalam pendekatan Hubungan Manusia ialah Teori Hierarki Keperluan Maslow, Teori Motivasi-Hygience oleh Herzberg, serta T eori X dan Teori Y oleh McGregor. Manakala Teori Grid Pengurusan oleh Blake dan Mounton, Teori Sistem IV oleh Likert dan Teori Z oleh William Ouchi. Kita akan m embincangkan setiap satu teori-teori berkenaan dan andaian-andaian berkaitan kom unikasi organisasi bagi setiap pendekatan. 9.2 PENDEKATAN KLASIK Pendekatan klasik merupakan himpunan teori-teori terawal yang membincangkan anda ian-andaian berkaitan komunikasi dalam sesebuah organisasi. Teori-teori yang ter golong dalam pendekatan klasik ini kemudiannya berkembang membentuk pelbagai teo ri yang lain. 9.2.1 Teori Pengurusan Klasik (Henri Fayols Theory of Classical Man agement)

Teori ini mula diperkenalkan oleh Henri Fayol. Fayol dianggap sebagai bapa kepada teori pengurusan moden. Beliau merupakan seorang Perancis yang hidup pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Dua ciri utama yang diperkenalkan oleh beliau ap abila memperkatakan tentang pengurusan organisasi ialah elemen-elemen pengurusan d an prinsipprinsip pengurusan. Elemen-elemen pengurusan terdiri daripada perancanga n (planning), penyusunan (organizing), arahan (command), koordinasi (coordinatio n), dan kawalan (control). Prinsip pengurusan pula terdiri daripada scalar chain, u nity of command, unity of direction, division of labor, order dan span of control. Se ang kita teliti setiap satu elemen yang terdapat dalam pengurusan yang dikemukak an oleh Fayol. Perancangan melibatkan keupayaan 136

meramal masa depan oleh pihak pengurusan organisasi bagi menentukan cara terbaik untuk mencapai matlamat organisasi. Fayol (1949) percaya bahawa perancangan tin dakan yang dilakukan oleh organisasi dapat membantu penggunaan sumber-sumber org anisasi dan memilih kaedah terbaik untuk mencapai matlamat organisasi. Penyusuna n merupakan keupayaan pihak pengurusan sesebuah organisasi untuk menyusun sumber manusia dan melakukan penilaian terhadap pretasi kerja sumber manusia berkenaan . Arahan merupakan elemen yang digunakan oleh pihak pengurusan organisasi dalam menetapkan tugas kepada kakitangan demi mencapai matlamat organisasi. Manakala k oordinasi pula merupakan penyelarasan aktiviti yang dilakukan secara berasingan dalam sesebuah organisasi bagi mencapai kesepaduan. Pengawalan pula melibatkan p enyelarasan antara matlamat dan aktiviti kakitangan serta organisasi bagi memast ikan organisasi berfungsi seperti yang ditetapkan. Seterusnya, kita teliti pula ciri-ciri yang terdapat dalam prinsip pengurusan. Prinsip pengurusan pula meliba tkan aspek-aspek berkitan dengan struktur organisasi, kuasa dalam organisasi dan tingkah laku organisasi. Prinsip berkaitan dengan struktur organisasi ialah and aianandaian tentang bagaimana aspek yang berbeza dalam sesebuah organisasi patut diuruskan. Enam ciri berkaitan dengan struktur organisasi ialah 1. Scalar chain Prinsip ini mencadangkan bahawa organisasi harus disusun dalam hierarki vertikal dan komunikasi harus dihadkan kepada aliran berbentuk vertial (aliran ke atas d an ke bawah berdasarkan carta organisasi). 2. Unity of command Prinsip ini mencadangkan bahawa kakitangan sepatutnya diarah untuk melaksanakan sesuatu tugas oleh hanya seorang penyelia. 3. Unity of direction Prinsip ini mencadangkan bahawa aktiviti-aktiviti yang mempunyai matlamat yang s ama harus diletakkan di bawah penyeliaan seorang penyelia. 4. Division of labor 137

Prinsip ini mencadangkan bahawa matlamat kerja hanya boleh dicapai jika kakitang an organisasi diberi tugas yang terhad dari segi pengkhususan kerja. 5. Order Prinsip ini mencadangkan supaya terdapat tempoh pelantikan bagi setiap kakitanga n dan tugas dalam organisasi. 6. Span of control Prinsip ini mencadangkan bahawa pengurus akan menjadi paling berkesan jika merek a hanya mengawal sebilangan kakitangan tertentu. Fayol secara umumnya mencadangk an bilangan 20-30 orang kakitangan pada pengurusan tahap pertama dan enam orang kakitangan bagi pengurusan yang lebih atas. Prinsip seterusnya berkaitan dengan pengurusan kuasa dalam organisasi. Prinsip ini melibatkan enam ciri iaitu 1. Pem usatan (Centralization) Prinsip ini mencadangkan bahawa organisasi menjadi paling efektif apabila pengur usan pusat mempunyai kawalan terhadap buat putusan dan aktiviti kakitangan organ isasi. Walau bagaimanapun, Fayol mempercayai bahawa faktor-faktor kontingensi se perti saiz firma, ciri-ciri peribadi pengurus dan faktor-faktor kakitangan boleh mempengaruhi tahap pemusatan kuasa yang optimum. 2. Kekuasaan dan tanggungjawab (authority and responsibility) Prinsip ini mencadangkan bahawa pengurus memperoleh tanggungjawab yang datangnya daripada kedudukan dalam organisasi dan ciri-ciri peribadi mereka seperti kepin taran dan pengalaman. Prinsip ini turut mencadangkan bahawa tanggungjawab mesti selaras dengan autoriti atau kekuasaan. 3. Disiplin (discipline) Prinsip ini mencadangkan bahawa kakitangan organisasi sepatutnya taat kepada per aturan organisasi dan pihak pengurus. Dari segi ganjaran, Fayol mencadangkan cir i-ciri berikut berkaitan dengan ganjaran yang berpatutan bagi kakitangan organis asi: 138

1. Pampasan kakitangan (renumeration of personnel) Prinsip ini mencadangkan bahawa kakitangan harus diberi ganjaran dalam bentuk ga ji dan faedah yang bersesuaian. 2. Persamaan (Equity) Prinsip ini mencadangkan bahawa dalam konteks memberikan pampasan kakitangan har us dilayan secara adil. Prinsip ini berasaskan kepada andaian bahawa motivasi ut ama kakitangan ialah kewangan dan prestasi kerja diukur berdasarkan kepada jumla h pampasan yang diterima daripada organisasi. 3. Jaminan tempoh perkhidmatan (Te nure stability) Prinsip ini mencadangkan bahawa organisasi harus memberikan jaminan dalam bentuk tempoh masa tertentu bagi membolehkan kakitangan mencapai prestasi yang maksimu m. Dengan ini, Fayol mencadangkan bahawa kakitangan diberikan ganjaran dalam org anisasi dan kakitangan mengetahui bahawa mereka mempunyai jaminan kerja dan ganj aran dalam bentuk kewangan setelah penilaian dilakukan secara adil. Prinsip Ting kah Laku Organisasi: Fayol mengemukakan tiga prinsip berkaitan dengan tingkah la ku dan sikap kakitangan organisasi iaitu 1. Penyelarasan antara keperluan indivi du dan keperluan umum organisasi (Subordination of individual interest to genera l interest) Prinsip ini mencadangkan bahawa organisasi hanya menjadi berkesan apabila kepent ingan secara menyeluruh mengatasi kepentingan individu. Berdasarkan kepada prins ip ini kakitangan mesti mengutamakan matlamat organisasi melebihi keperluan indi vidu. 2. Inisiatif (Initiative) Prinsip ini mencadangkan supaya pengurus harus meletakkan nilai dan matlamat kep ada kakitangan dan mengarahkan kakitangan supaya berusaha sepenuhnya untuk memen uhi matlamat organisasi. Esprit de corps 3. 139

Prinsip ini mencadangkan bahawa semangat kerja ialah Three Musketeers iaitu satu u ntuk semua dan semua untuk satu. Berdasarkan kepada perbincangan berkaitan teori yang dikemukakan oleh Fayol, didapati bahawa Fayol telah mengemukakan idea-idea yang berkaitan dengan pengurusan dan prinsip-prinsip yang terdapat dalam mengur uskan sesebuah organisasi. Bahagian seterusnya membincangkan tentang Teori Birok rasi oleh Max Weber. Adakah ciri-ciri yang dikemukakan oleh Fayol masih diamalka n oleh organisasi masa kini? 9.2.2 Teori Birokrasi (Max Webers Theory of Bureaucr acy) Teori komunikasi kedua dalam konteks teori-teori pengurusan kelasik ialah teori yang dikemukakan oleh Max Weber yang merupakan seorang ahli sosiologi German. Me skipun Fayol dan Weber hidup dalam abad yang sama tetapi teori yang dikemukakan oleh Weber amat berbeza dengan teori yang dikemukakan oleh Fayol. Dalam Teori Bi rokrasi yang dikemukakan oleh Weber, Weber mengemukakan ciri-ciri organisasi iai tu birokrasi. Weber percaya bahawa pertama, birokrasi beroperasi dalam konteks h ierarki yang jelas. Kedua, Weber melihat birokrasi dicirikan sebagai pembahagian tenaga buruh. Ketiga, Weber percaya bahawa birokrasi dicirikan oleh pemusatan d alam membuat keputusan dan kekuasaan. Ketiga-tiga ciri ini hampir sama dengan ap a yang dikemukakan dalam Teori Pengurusan Klasik oleh Fayol. Sebagai tambahan ke pada ciri-ciri hierarki, pembahagian tenaga buruh dan pemusatan, Weber menekanka n bahawa birokrasi secara relatifnya merupakan sistem tertutup. Sistem tertutup bererti birokrasi yang diamalkan oleh sesebuah organisasi akan mencuba seboleh m ungkin untuk mengelakkan daripada pengaruh persekitaran luaran yang boleh mengga nggu perjalanan organisasi. Weber juga menekankan tentang kepentingan peraturan bagi membolehkan organisasi berfungsi dengan sempurna. Weber percaya bahawa pera turan secara rasional perlu wujud. Di samping itu, perlu wujud peraturan bagi se gala kontigensi dalam organisasi. Peraturan perlu ditulis dengan jelas. Salah sa tu andaian penting dalam teori yang dikemukakan oleh Weber ialah fungsi kekuasaa n (functioning of authority). Weber melihat pelaksanaan birokrasi ialah berasask an kepada autoriti, kuasa dan disiplin. Beliau 140

mencadangkan kewujudan autoriti berdasarkan kepada tiga andaian asas iaitu autor iti tradisional, autoriti karismatik dan autoriti rasionalperundangan. Setiap sa tu jenis autoriti dibincangkan seperti berikut: 1. Autoriti tradisional Berasaskan kepada kepercayaan tentang kedudukan hierarki tertentu dalam struktur organisasi. Misalnya, pemerintahan beraja yang diamalkan di Malaysia ialah berd asarkan kepada tradisi lama pemerintahan beraja yang diamalkan oleh masyarakat M elayu. Dalam organisasi tertentu, sesetengah ketua atau pihak pengurusan terting gi dalam organisasi mempunyai autoriti berlandaskan tradisi berbanding dengan ke bolehan sebenar, tindakan atau tingkah laku. Kerapkalinya, organisasi sebegini m erupakan organsasi yang diwarisi turun-temurun atau lebih kepada organisasi yang dimiliki oleh keluarga. 2. Autoriti karismatik Merupakan kuasa yang berdasarkan kepada personaliti dan keupayaan untuk menarik sokongan pengikut dan berinteraksi dengan pengikut. Autoriti karismatik ialah da lam konteks individu mempunyai pengikut dan memperoleh ketaatan daripada pengiku t melalui kuasa dan personaliti beliau. 3. Autoriti berdasarkan rasional perunda ngan (rational-legal authority) Merupakan kuasa yang berdasarkan kepada pelaksanaan peraturan yang terbina darip ada maklumat dan kepakaran. Menurut Weber, setiap kuasa berlandaskan kepada peru ndangan dan rasional. Kuasa yang dimiliki oleh seseorang adalah sah selagi ia se laras dengan norma. Ketaatan kakitangan ialah terhadap norma atau peraturan yang diamalkan. Bagi ketiga-tiga jenis autoriti atau kekuasaan ini, menurut Weber, a utoriti berasaskan perundangan merupakan jenis kuasa yang mendominasi organisasi . Birokrasi merupakan satu sistem tertutup yang dikawal oleh autoriti kekuasaan perundangan atau peraturan yang diamalkan oleh sesebuah negara atau organisasi. Adakah birokrasi masih lagi diamalkan dalam pengurusan organisasi masa kini? 141

9.2.3 Teori Pengurusan Saintifik (Frederick Taylors Theory of Scientific Management) Teori ketiga dan terakhir yang diklasifikasikan di bawah andaian Pendekatan Klas ik ialah teori yang diperkenalkan oleh Frederick Taylor pada awal kurun ke-20. T aylor merupakan seorang ahli prniagaan Amerika Syarikat. Taylor menumpukan kepad a fungsi organisasi pada tahap mikro. Taylor tidak menekankan struktur organisas i tetapi terhadap hubungan antara pengurus dan kakitangan dan kawalan terhadap k akitangan semasa bekerja. Kita bincangkan komponen-komponen yang terdapat dalam teori berkenaan. Empat ciri atau komponen utama dalam Teori Pengurusan Saintifik yang dikemukakan oleh Taylor ialah Terdapat satu cara yang terbaik untuk melaku kan setiap kerja (there is one best way to do every job) Sistem ini bertentangan dengan sistem pembelajaran lama. Sistem pembelajaran lama menekankan bahawa kem ahiran bekerja diperoleh melalui warisan dari satu generasi ke satu generasi. Ta ylor percaya bahawa cara terbaik untuk melakukan sesuatu kerja boleh dikenal pas ti melalui kajian berkaitan masa dan aktiviti untuk menghasilkan sesuatu produk. Dengan itu, aspek kritikal bagi melaksanakan sistem dalam menentukan cara yang paling efisien ialah berasaskan masa yang diambil oleh kakitangan bagi mencapai tugas yang ditetapkan. Cara terbaik untuk melaksanakan sesuatu kerja yang telah dikenal pasti kemudiannya akan diajar kepada semua kakitangan organisasi untuk d ilaksanakan. (ii) Pemilihan kakitangan yang sesuai untuk melakukan kerja Taylor percaya bahawa kakitangan harus dipilih secara saintifik dan dilatih untuk melak ukan kerja. Ini kerana prestasi kerja kakitangan akan mempengaruhi pencapaian ma tlamat organisasi. (iii) Kepentingan latihan seperti yang dicadangkan dalam kaji an penyelaras antara masa dan aktiviti. (iv) Terdapat perbezaan tugas antara pen gurusan dan pekerja. Menurut Taylor, pengurus organisasi merupakan individu yang paling sesuai untuk melakukan kerja-kerja berfikir, merancang dan mengurus orga nisasi. Pihak buruh pula melaksanakan apa yang dirancang dan diarah oleh penguru s. Berdasarkan kepada andaian-andaian yang dikemukakan, Teori Pengurusan Saintif ik merupakan salah satu kaedah saintifik untuk menentukan cara terbaik bagi mela kukan sesuatu kerja. Setelah cara terbaik ditetapkan, kakitangan dipilih untuk m elaksanakan tugas berkenaan dan dilatih menggunakan kaedah yang sesuai dengan ka jian 142 (i)

masa dan aktiviti. Organisasi berfungsi melalui mengekalkan jarak hubungan antar a kakitangan dan pekerja yang bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja dan peng urus bertanggungjawab untuk berfikir dan mengurus. Apakah jenis pekerjaan yang m asih mengamalkan ciri yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lai n? 9.3 ANDAIAN BERKAITAN PENDEKATAN KLASIK KOMUNIKASI DALAM Dalam organisasi klasik, komunikasi tentang tugas kurang dititikberatkan. Ciri-c iri komunikasi dalam konteks pengurusan organisasi klasik dapat dilihat dari seg i arah aliran komunikasi, saluran komunikasi dan stail komunikasi. (a) Arah alir an komunikasi Pada hakikatnya wujud pelbagai arah aliran komunikasi dalam sesebuah organisasi seperti komunikasi ke atas dan ke bawah iaitu pengurus berkomunikasi dengan subo rdinat dan sebaliknya. Dalam teori klasik yang dikemukakan oleh Fayol, Weber dan Taylor, aliran komunikasi yang paling mustahak ialah aliran vertikal (mendatar) mengikut aliran hierarki. Kebanyakan proses komunikasi ialah komunikasi ke bawa h dalam bentuk arahan dan peraturan. Hanya terdapat sedikit maklum balas daripad a pihak pengurusan bawahan kepada pihak pengurusan atasan. Walau bagaimanapun, F ayol membenarkan sedikit fleksibiliti dari segi komunikasi horizontal berbanding dengan Weber dan Taylor. (b) Saluran komunikasi Pelbagai saluran boleh digunakan untuk berkomunikasi misalnya saluran bersemuka, saluran bertulis dan juga melalui perantara seperti berkomunikasi melalui telef on dan komputer. Teori-teori klasik mengandaikan bahawa saluran bertulis merupak an saluran yang paling kerap digunakan. Ini dapat dibuktikan berdasarkan kepada beberapa andaian yang dikemukakan. Misalnya, Weber menekankan kepada peraturan d an kepentingannya dijelaskan dalam bentuk tulisan. Taylor dan Fayol mempunyai pa ndangan yang sama. Misalnya, kenyataan bahawa mempunyai hanya satu cara yang terb aik bagi melakukan setiap kerja dalam andaian teori pengurusan saintifik membawa kepada kepentingan arahan kerja ditulis dalam bentuk tulisan. Ringkasnya, peneka nan kepada peraturan dan prosedur yang jelas bagi membolehkan 143

organisasi berfungsi dengan berkesan membolehkan kita mengandaikan pergantungan yang besar kepada komunikasi berbentuk tulisan dalam bentuk arahan, penyataan mi si, peraturan dan penilaian prestasi. (c) Gaya komunikasi Pendekatan klasik mengandaikan stail komunikasi lebih kepada berbentuk formal. M isalnya, penggunaan pangkat atau gelaran bagi membezakan kakitangan pengurusan d an kakitangan bawahan. Pemilihan perbendaharaan kata dan penggunaan bahasa yang standard juga merupakan ciri komunikasi dalam pendekatan klasik. Mengapakah komu nikasi kurang dipentingkan dalam pendekatan klasik? 9.4 PENDEKATAN HUBUNGAN MANU SIA Dari tahun 1924 higga tahun 1933, pelbagai kajian dijalankan di Western Electron ic Company Hawthorne Plant di Illinois. Kajian-kajian ini dikenali sebagai kajia n Hawthorne. Kajian pertama diterajui oleh Elton Mayo dari University Harvard. M ayo dan rakan-rakannya berminat untuk mengetahui bagaimana perubahan dalam perse kitaran kerja akan mendatangkan kesan terhadap produktiviti pekerja kilang. Hasi l kajian menunjukkan produktiviti meningkat sering kali dikaitkan dengan perubah an keadaan kerja serta faktor-faktor sosial dan keperluan emosi pekerja. Kajian Hawthorne bertindak selaku katalis kepada perubahan teori organisasi daripada te ori-teori klasik kepada pendekatan hubungan manusia. Pendekatan Hubungan Manusia mula menekankan peranan komunikasi terutamanya komunikasi tidak formal dan komu nikasi kumpulan. Bahagian seterusnya akan memerihalkan tentang teori berkaitan d engan hubungan kemanusiaan yang dikemukakan oleh Abraham Maslow, Frederick Herzb erg dan Douglas McGregor. 9.4.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow Abraham Maslow mengemukakan Theori Hierarki Keperluan dengan andaian bahawa manu sia dimotivasi oleh keperluan asas. Terdapat lima keperluan asas yang perlu dipe nuhi oleh manusia iaitu 1. Keperluan fisiologikal Merupakan keperluan tubuh badan manusia seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan tidur. Dalam konteks organisasi, keperluan ini boleh 144

dipenuhi melalui pemberian gaji bagi membeli makanan dan pakaian serta keperluan fizikal lain. 2. Keperluan keselamatan Termasuk keperluan untuk bebas daripada bahaya dan ancaman persekitaran. Dalam k onteks organisasi, keperluan ini dapat dipenuhi melalui pemberian gaji yang memb olehkan kakitangan mendapatkan perlindungan dan kesihatan. 3. Keperluan afiliasi Dirujuk sebagai keperluan kepada rasa dipunyai atau keperluan kasih sayang iaitu memberi dan menerima dalam konteks hubungan sesama manusia. Keperluan ini boleh dipenuhi oleh organisasi melalui pembentukan hubungan sosial dengan rakan seker ja dan pihak pengurusan. 4. Keperluan harga diri Perlu memenuhi rasa pencapaian dan peningkatan. Harga diri boleh dibahagikan kep ada esteem dalaman dan esteem luaran. Esteem dalaman iaitu boleh dicapai melalui pengiktirafan dan perhatian. Esteem luaran pula boleh dipenuhi melalui rasa pen capaian dan keyakinan. Dalam konteks organisasi, keperluan eksternal boleh dipen uhi melalui struktur ganjaran dan pampasan. Esteem dalaman boleh dipenuhi melalu i pemberian tugas yang mencabar serta peluang kepada kakitangan untuk mencapai d an cemerlang dalam melaksanakan tugas berkenaan. 5. Keperluan kepada pencapaian kendiri Merupakan bentuk kerja yang membolehkan individu melaksanakan tanggungjawab dan kreativiti di tempat kerja. Teori yang dikemukakan oleh Maslow ini memberikan co ntoh jelas tentang prinsip hubungan manusia dan kemungkinan dilaksanakan dalam k onteks organisasi. Tiga ciri pertama dikenali sebagai keperluan asas terendah da n dua keperluan teratas ialah keperluan tertinggi. Organisasi boleh melaksanakan dasar tertentu dalam memenuhi keperluankeperluan ini di kalangan kakitangan. Ap akah keperluan-keperluan anda pada setiap tahap yang diandaikan dalam Teori Hier arki Keperluan oleh Maslow? 145

9.4.2 Teori Motivasi-Hygience Teori Motivasi-Hygience diperkenalkan oleh Herzberg dibina pada awal tahun 1950an dan diperkukuhkan pada tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an. Teori ini dibina oleh Herzberg berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dijalankan tentang ke puasan kerja dan faktor-faktor yang menyumbang kepada kepuasan dan ketidakpuasan dalam bekerja. Andaian asas teori yang dikemukakan oleh beliau ialah terdapat c iri-ciri tertentu di tempat kerja yang membuatkan pekerja berpuas hati dan tidak berpuas hati. Faktor-faktor yang menyebabkan pekerja berpuas hati dikenali seba gai faktor pemotivasi and faktor yang menyumbang kepada ketidakpuasan bekerja di kenali sebagai faktor hygiene. Beliau mencadangkan bahawa faktor motivasi boleh wujud tanpa faktor hygiene dan faktor hygiene boleh wujud tanpa faktor motivasi. Berikut dikemukakan empat situasi untuk kita fikirkan bersama tentang kepuasan dan ketidakpuasan dalam bekerja di kalangan kakitangan organisasi. 1. Situasi 1 Keadaan kerja individu yang mempunyai kedua-dua faktor hygiene (persekitaran ker ja yang bersih, gaji yang baik dan penyelia yang kompeten) dan faktor-faktor mot ivasi seperti kerja yang mencabar, tanggungjawab dan peluang kenaikan pangkat. D alam keadaan ini, pekerja boleh merasa gembira dan berpuasa hati serta dalam mas a yang sama merasa tidak gembira dan tidak berpuas hati. 2. Situasi 2 Keadaan kerja yang mempunyai faktor hygiene tetapi tiada faktor motivasi. Pekerj a boleh gembira dan boleh juga tidak gembira. Misalnya, seorang pekerja yang bek erja dalam persekitaran kerja yang baik dan penyelia yang cekap tetapi tugasnya membosankan dan menjalankan tugas yang sama secara berulang-ulang. 3. Situasi 3 Keadaan kerja yang mempunyai faktor motivasi tetapi tiada faktor hygiene. Situas i ini dianggap sebagai mencabar bercampur dengan persekitaran kerja yang teruk. Pekerja berkemungkinan akan merasa gembira dan tidak gembira dalam masa yang sam a. 146

4. Situasi 4 Kerja yang tidak dicirikan dengan faktor-faktor hygiene dan faktor motivasi. Ini kerana pekerja yang sama melakukan tugas yang sama secara berulang-ulang. Berda sarkan kepada situasi-situasi yang diberikan, Herzberg mengandaikan bahawa peker ja yang hadir bekerja ialah mereka yang gembira dan bermotivasi manakala pekerja yang tidak hadir bekerja merupakan pekerja yang tidak gembira dan merasa tertek an. Mengapakah tahap kegembiraan pekerja berbeza-beza berdasarkan setiap situasi yang dikemukakan? 9.4.3 Teori X dan Teori Y Teori X dan teori Y merupakan teori terakhir yang diklasifikasikan di bawah pend ekatan hubungan manusia. Teori X dan Teori Y dikemukakan oleh Douglas McGregor. Teori X dan Teori Y mewakili pelbagai andaian berkaitan fungsi pengurusan sesebu ah organisasi yang menjadi panduan kepada pengurus. Teori X mewakili persepsi ne gatif pengurus tentang pekerja dalam sesebuah organisasi. Sebaliknya, teori Y pu la mewakili andaian-andaian yang positif tentang kakitangan sesebuah organisasi. Mernurut McGregor, pengurus yang mengamalkan Teori X dipengaruhi oleh andaian b ahawa: (i) (ii) Pengurus bertanggungjawab untuk menguruskan elemen-elemen produk tiviti seperti wang, bahan dan manusia dalam konteks yang bermatlamatkan ekonomi . Dalam hal yang berkaitan dengan manusia selaku pekerja, pengurusan organisasi merupakan kegiatan untuk mengarahkan usaha pekerja, memotivasikan pekerja, menga wal tindakan pekerja dan mengubahsuai tingkah laku pekerja selaras dengan keperl uan dan kehendak organisasi. Pihak pengurus perlu terlibat secara aktif dalam ak tiviti organisasi kerana pekerja adalah pasif dan mungkin melakukan tingkah laku yang bertentangan dengan kehendak organisasi. Dengan itu, pekerja perlulah dipu juk, dihukum, dikawal dan aktiviti mereka mestilah diarah. Memberikan arahan mer upakan tugas pihak pengurusan. Purata pekerja bekerja ialah bekerja sesedikit ya ng mungkin. 147 (iii) (iv)

(v) (vi) (vii) (viii) Pekerja kurang bercita-cita, tidak gemar mengambil tanggungjawab dan lebih gemar diarah. Lebih mementingkan diri sendiri yang mungkin bertentangan sama sekali d engan kehendak organisasi. Secara semula jadinya mereka menolak perubahan. Tidak begitu pintar. McGregor menegaskan bahawa kebanyakan pengurus organisasi berpegang kepada andai an di atas walaupun pada hakikatnya andaian itu tidak benar. Beliau percaya baha wa pengurus harus mengkonseptualisasikan pekerja sebagai dimotivasikan oleh kepe rluan hierarki tertinggi seperti yang dicadangkan oleh Maslow dan berupaya untuk bekerja sendiri. Ini digambarkan dalam Teori Y. Teori Y mengandaikan bahawa: (i ) (ii) Daya usaha fizikal dan mental untuk bekerja secara semula jadinya sama se perti bermain dan berehat. Faktor luaran dan ancaman kepada hukuman bukanlah mer upakan satu-satunya cara untuk menggerakkan daya usaha pekerja ke arah mencapai matlamat organisasi. Ganjaran yang paling signifikan seperti kepuasan terhadap e go dan penghargaan kendiri boeh merangsang usaha ke arah pencapaian matlamat org anisasi. Secara puratanya manusia tidak hanya boleh menerima tanggungjawab tetap i turut mencari tanggungjawab. Keupayaan untuk menyelesaikan masalah organisasi secara kreatif ada di mana-mana dan pada setiap pekerja. Potensi intelektual man usia perlu digunakan sepenuhnya. (iii) (iv) (v) Dengan itu, Teori X mengandaikan bahawa daya usaha yang kukuh perlu dilakukan ol eh pengurus untuk memotivasikan pekerja yang secara asasnya tidak bermotivasi. S ebaliknya, pengurus yang berpegang kepada Teori Y pula mengandaikan bahawa peker ja amat bermotivasi untuk memenuhi keperluan kepada pencapaian dan self-fulfillm ent dan menjadi tugas pengurus untuk merangsang keinginan semula jadi pekerja ya ng pintar dan bermotivasi ini. Pada pandangan anda, adakah penyelia terdekat and a mengamalkan Teori X atau Teori Y dalam menguruskan kakitangannya? 148

9.5 (a) KOMUNIKASI DALAM PENDEKATAN HUBUNGAN MANUSIA Kandungan komunikasi Dalam konteks pendekatan hubungan manusia, komunikasi yang berkaitan dengan tuga s tetapi bertujuan untuk mengekalkan kualiti hubungan manusia diamalkan. Jenis k omunikasi yang diamalkan ialah maintenance communication. Dengan itu, komunikasi sosial penting di tempat kerja. Ini dibuktikan berdasarkan kepada Teori Maslow yang menekankan kepentingan keperluan afiliasi yang boleh dipenuhi melalui tolak ansur dalam interaksi sosial. Menurut Maslow, keperluan kepada interaksi sosial mestilah terlebih dahulu dipenuhi sebelum bergerak kepada keperluan seterusnya iaitu esteem dan self-actualization. (b) Arah aliran komunikasi Dalam pengurusan organisasi klasik, komunikasi selalunya dicirikan dengan bentuk vertikal dan ke bawah. Pendekatan hubungan manusia tidak menafikan kepentingan komunikasi dalam bentuk ini tetapi arah aliran komunikasi tidak dihadkan kepada hanya bentuk ke bawah sahaja. Komunikasi horizontal adalah mustahak. Misalnya, M cGregor yang menekankan tentang keupayaan kakitangan untuk memenuhi pencapaian d an kecemerlangan di tempat kerja mencadangkan bahawa interaksi di kalangan kakit angan sama pentingnya dengan komunikasi ke bawah dalam mencapai matlamat organis asi. (c) Saluran komunikasi Dalam organisasi klasik, penekanan saluran diberikan kepada saluran komunikasi d alam bentuk tulisan. Manakala, pendekatan kemanusiaan menitikberatkan interaksi interpersonal. Jumlah kandungan mesej dan komunikasi yang berbentuk emosi dan ka ndungan sosial adalah mustahak dalam konteks hubungan komunikasi antara pengurus an atasan dan pekerja sesebuah organisasi. (d) Gaya komunikasi Lantaran, penekanan yang diberikan oleh pendekatan kemanusiaan adalah organisasi sosial dan memenuhi keperluan afiliasi. Komunikasi adalah lebih kepada berbentu k tidak formal. Tambahan lagi, pendekatan hubungan kemanusiaan ini bertujuan unt uk mengurangkan perbezaan status antara pengurus dan kakitangan bawahan sebagai salah satu cara untuk memenuhi keperluan sosial. 149

Adakah terdapat perbezaan dari segi andaian berkaitan komunikasi dari segi pende katan klasik dan pendekatan hubungan manusia? 9.6 PENDEKATAN SUMBER MANUSIA Meeskipun pendekatan hubungan manusia dilihat sebagai salah satu alternatif kepa da pendekatan klasik, terdapat kritikan-kritikan yang dikemukakan terhadap teori berkenaan. Antaranya ialah andaian-andaian berkaitan dengan teori ini boleh dig unakan secara manipulatif. Ini membawa kepada pendekatan seterusnya iaitu pendek atan sumber manusia. Teori-teori berkenaan ialah Teori Grid Pengurusan (Blake an d Moutons Managerial Grid), Sistem IV (System IV) dan Teori Z (Theory Z). 9.6.1 T eori Grid Pengurusan Robert Blake dan Jane Mouton membina Grid Pengurusan yang kini dikenali sebagai Grid Kepimpinan. Grid kepimpinan merupakan pengukuran untuk meningkatkan latihan yang sering diberikan kepada pengurus bagi mempertingkatkan gaya kepimpinan ser ta merangsang kepuasan dan kreativiti pekerja. Andaian asas ialah kepimpinan aka n menjadi lebih berkesan jika pemimpin menitikberatkan manusia dan pengeluaran s ecara serentak. Blake dan Moutin membentuk grid yang menggambarkan perhatian yan g perlu diberikan kepada manusia dan pengeluaran dari tinggi ke rendah. Gaya kep impinan yang diamalkan oleh pengurus boleh ditempatkan dalam grid ini berdasarka n pada tahap perhatian yang diberikan kepada kedua-dua aspek berkenaan. Berdasar kan kepada kedudukan dalam grid, Blake dan Mouton mengemukakan lima jenis stail pengurusan iaitu 1. Impoverished management Tahap perhatian yang diberikan terhadap manusia dan pengeluaran adalah rendah. P engurus dalam kategori ini tidak menitikberatkan organisasi dan pekerja, dan han ya melakukan usaha yang minimum. 2. Country club management Dicirikan oleh tinggi perhatian diberikan terhadap manusia dan rendah perhatian terhadap pengeluaran. Pengurus dalam kategori ini meletakkan usaha untuk mewujud kan persekitaran yang menitikberatkan persahabatan dan hubungan kemanusiaan. Aut hority-compliance 3. 150

Tinggi perhatian terhadap pengeluaran dan rendah perhatian terhadap hubungan man usia. Pengurus akan meletakkan keseluruhan usaha untuk menyusun atur semua kompo nen di tempat kerja bagi memaksimumkan kecekapan untuk mencapai matlamat organis asi. 4. Middle-of-the road management Stail pengurus yang menitikberatkan kemanusiaan dan pengeluaran. Apakah gaya pen gurusan organisasi anda? yang diamalkan dalam 9.6.2 Sistem IV Grid pengurusan yang dikemukakan oleh Robert Blake dan Jane Mouton berkaitan den gan bagaimana pengurus mengaplikasikan stail kepimpinan untuk memaksimumkan pote nsi sumber manusia dalam sesebuah organisasi. Teori seterusnya iaitu Sistem IV b ertujuan untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang bentuk organisasi yan g bersesuaian dengan pergerakan kemanusiaan yang ideal. Pelopor kepada teori ini ialah Rensis Likert. Teori yang dikemukakan oleh Likert mengandaikan bahawa ter dapat pelbagai bentuk organisasi yang mempunyai kesan yang berbeza terhadap matl amat individu dan organisasi. Beliau mengemukakan empat bentuk organisasi yang d ilabelkan sebagai Sistem 1 hingga Sistem IV. Likert percaya bahawa setiap bentuk organisasi berkenaan adalah berbeza dari segi faktor-faktor motivasi, komunikas i, buat putusan, penetapan matlamat, kawalan, struktur pengaruh dan prestasi. Si stem 1 dikenali sebagai Exploitive Authoritative Organization yang mengandaikan bahawa motivasi didorong oleh ancaman dan ketakutan, komunikasi ke bawah dan tid ak tepat, buat putusan oleh pihak atasan, arahan diberikan dan kawalan oleh piha k atasan. Exploitive Authoritative Organization termasuklah kesemua aspek pengur usan negatif yang diandaikan oleh pendekatan klasik dan saintifik. Sistem II dik enali sebagai Benevolent Authoritative Organization. Organisasi jenis ini diciri kan oleh inovasi melalui ganjaran ekonomi dan ego, komunikasi yang terhad, buat putusan oleh pihak atasan, penetapan matlamat melalui arahan dan kawalan oleh pi hak atasan. Dalam banyak hal, ia hampir sama dengan Sistem 1 kecuali tidak memas ukkan matlamat mengeksploitasi pekerja. Walau bagaimanapun, stail pengurusan dal am 151

bentuk ini lebih kepada berbentuk autoritatif iaitu pihak pengurus mempercayai b ahawa ini merupakan sistem terbaik untuk semua pekerja. Sistem III ialah consult ative organization yang amat berbeza daripada Sistem I dan Sistem II. Dalam kont eks organisasi ini, keputusan dan kawalan masih dilakukan oleh pihak atasan. Wal au bagaimanapun, sebelum keputusan dibuat, kakitangan akan dirujuk terlebih dahu lu dan pandangan mereka diambil kira. Matlamat ditetapkan selepas perbincangan d ilakukan dan terdapat komunikasi yang berlaku secara atas dan bawah mengikuti al iran hierarki yang diamalkan oleh organisasi. Sistem IV ialah sistem penglibatan (participative organization), iaitu keputusan dilakukan oleh setiap ahli dalam organisasi dan matlamat ditetapkan sepenuhnya oleh kumpulan kerja. Kawalan dilak ukan pada setiap tahap organisasi dan bentuk komunikasi ialah ke atas, ke bawah dan mendatar. Sumbangan setiap ahli dalam organisasi amat dihargai dan ganjaran diberikan kepada kakitangan untuk memenuhi setiap keperluan. Keempat-empat siste m ini menggambarkan peralihan daripada pengurusan klasik dan saintifik kepada or ganisasi yang memberikan penghargaan dan sumbangan terhadap penglibatan kakitang an. Likert mempercayai bahawa organisasi mementingkan sumber manusia (Sistem IV) dan bukan hanya tingkah laku pengurusan. Beliau turut menekankan kepentingan st ruktur yang menggalakkan penglibatan dan prestasi pekerja yang dikenali sebagai Linking Pin. Apakah jenis organisasi yang mengamalkan ciri-ciri pengurusan yang diandaikan dalam Sistem IV? 9.6.3 Teori Z William Ouchi mencadangkan Teori Z berdasarkan kepada pengurusan yang diamalkan di organisasi-organisasi Jepun. Ouchi menganalisis secara perbandingan syarikatsyarikat Amerika Syarikat dan Jepun. Ouchi menghujahkan bahawa perbezaan corak p engurusan antara syarikatsyarikat Amerika Syarikat dan syarikat Jepun ialah kera na budaya kebangsaan yang berbeza. Misalnya, budaya kolektivis yang diamalkan ol eh syarikat Jepun menghasilkan organisasi yang menekankan kepada buat putusan be rsama dan tanggungjawab bersama manakala budaya Amerika Syarikat pula ialah apab ila buat putusan dan tanggungjawab individu lebih diberikan penekanan. Ouchi tid ak mencadangkan bahawa syarikat Amerika Syarikat harus bertukar mengamalkan peng urusan Jepun tetapi beliau berhujah bahawa perbezaan budaya menyebabkan seseteng ah bentuk pengurusan tertentu 152

tidak sesuai diaplikasikan. Wujud prinsip-prinsip pengurusan tertentu yang boleh diaplikasikan di organisasi yang berbeza. Jadual 9.1 Perbezaan antara Teori J dan Teori A Jenis J Pekerjaan untuk seumur h idup Penilaian dan kenaikan pangkat yang lambat Kerjaya yang tidak terlalu khusu s Mekanisme kawalan implisit Keputusan dibuat secara kolektif Tanggungjawab bers ama Menitikberatkan keseluruhan organisasi Jenis A Pekerjaan jangka pendek Penil aian dan kenaikan pangkat berterusan Kerjaya yang khusus Mekanisme kawalan yang eksplisit Keputusan dibuat secara individu Tanggungjawab individu Menitikberatka n bahagian 9.7 KOMUNIKASI MANUSIA DALAM PENDEKATAN SUMBER Pendekatan sumber manusia mengiktiraf peranan komunikasi dalam sesebuah organisa si. Aspek-aspek yang dibincangkan di sini ialah kandungan komunikasi, arah alira n komunikasi, saluran komunikasi dan stail komunikasi. (a) Kandungan komunikasi Komunikasi yang dipraktikkan lebih kepada komunikasi inovatif (innovation commun ication), iaitu interaksi tentang idea baru, bagaimana sesuatu kerja boleh dilak sanakan dengan baik, hasil baru yang boleh dijana oleh organisasi, cara penstruk turan organisasi yang berbeza dan sebagainya. (b) Arah aliran komunikasi Dari segi arah aliran komunikasi, aliran komunikasi didominasi oleh aliran ke ba wah tetapi dalam konteks pendekatan sumber manusia. Kedua-dua bentuk komunikasi horizontal dan vertikal digalakkan bagi memenuhi kepuasan dalam berkomunikasi se sebuah organisasi. Dalam pendekatan kemanusiaan, matlamat ialah untuk menggalakk an aliran komunikasi merentasi hierarki organisasi meliputi komunikasi ke atas, horizontal dan diagonal. (c) Saluran komunikasi 153

Dalam komunikasi yang menitikberatkan hubungan kemanusiaan, komunikasi bersemuka ditekankan kerana ciri sosial aspek komunikasi dan memenuhi keperluan tertinggi . (d) Gaya komunikasi Stail komunikasi yang ditekankan ialah komunikasi yang berbentuk maklumat (infor mative communication). Ini kerana maklumat merupakan input penting yang akan mem bantu kakitangan organisasi melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan lebih sempurna dan berkesan. Fikirkan contoh-contoh budaya yang b erbeza antara masyarakat Malaysia dan masyarakat barat. 9.8 PENDEKATAN SISTEM Pendekatan seterusnya yang akan dibincangkan ialah berkaitan dengan pendekatan s istem iaitu suatu pendekatan yang agak berbeza berbanding dengan pendekatan hubu ngan manusia dan pendekatan sumber manusia. Terlebih dahulu kita akan meneliti a pa yang dimaksudkan dengan konsep-konsep asas dan sistem, seterusnya bagaimana k onsep ini boleh diaplikasikan dalam konteks komunikasi organisasi. 9.8.1 Kompone n-Komponen Sistem Pada tahap yang paling asas, sistem merupakan komponen-komponen. Dalam sistem bi ologi, komponen termasuklah sel-sel dan organ-organ. Dalam organisasi, sistem te rmasuklah kakitangan dan jabatan-jabatan yang membentuk organisasi. Tugas pertam a pakar-pakar atau pengkaji teori yang berkaitan dengan sistem ialah untuk menel iti komponen yang bersesuaian dan merangkumi sistem. Setelah komponen-komponen d alam sistem dikenal pasti, penting untuk diteliti bagaimana bahagianbahagian ini disusun dan fungsi setiap bahagian berkenaan. Tiga konsep yang mencirikan kompo nen dalam sistem ialah susunan hierarkikal, saling pergantungan dan permeability . (a) Susunan hierarkikal Komponen sistem tersusun dalam bentuk yang sangat kompleks yang melibatkan subsi stem dan supersistem. Misalnya, universiti sebagai sebuah organisasi. Universiti terdiri daripada fakulti, jabatan, pusat dan institut. Subsistem ini mengandung i kumpulan kerja dan individu. Hierarki dalam konteks ini berbeza dengan pendeka tan klasik iaitu 154

hierarki dikaitkan dengan autoriti. Dalam konteks pendekatan sistem, hierarki di kaitkan dengan penelitian iaitu sistem ialah gabungan subsistem dan ia merupakan bahagian daripada supersistem yang lebih besar. (b) Saling Pergantungan Merupak an konsep kedua yang mencirikan komponen sistem iaitu saling pergantungan. Salin g pergantungan merujuk kepada fungsi pergantungan satu komponen dengan komponen yang lain. Misalnya, dalam konteks pengurusan universiti, pihak fakulti bergantu ng kepada Jabatan Bendahari untuk mendapatkan peruntukan kewangan bagi membolehk an fakulti berfungsi dan melaksanakan urusan seharian. Organisasi sebagai satu s istem amat bergantung antara satu sama lain. Lantaran itu, tidak ada satu kompon en pun dalam sesebuah organisasi yang boleh berfungsi dengan lancar tanpa bantua n yang aktif daripada bahagian sistem yang lain. (c) Permeability Merupakan sempadan yang membenarkan maklumat dan bahan-bahan untuk mengalir ke d alam dan ke luar organisasi. Tahap permeability ialah pelbagai dari satu sistem ke sistem yang lain iaitu ada yang tertutup dan ada yang terbuka. SOALAN DALAM T EKS 1. 2. 3. Bincangkan teori-teori yang terdapat dalam pendekatan klasik. Apakah pendekatan komunikasi yang diandaikan dalam teori-teori pendekatan klasik? Huraikan teori-t eori yang dikemukakan pendekatan hubungan manusia. Semak jawapan anda di akhir bab ini. Griffin, E. (1997). A first look at communi cation theory (3rd ed.). New York: McGraw-Hill. Littlejohn, S.W. (2002). Theorie s of human communication (7th ed.). Belmont: Wadsworth/Thomson Learning. 155

Miller, K. (2001). Communication theories: Perspectives, processes and contexts. Boston: McGraw Hill. Miller, K. (2003). Organizational communication: Approache s and processe (3rd ed.) Belmont: Wadsworth/Thomson Learning. Miner, J. B. (1980 ). Theories of organizational behavior. Hindsdale: The Dryden Press. 9.9 RUMUSAN Secara keseluruhannya bab ini telah menghuraikan tentang teori-teori komunikasi organisasi. Tiga pendekatan boleh digunakan apabila membincangkan tentang komuni kasi organisasi iaitu pendekatan klasik, pendekatan hubungan manusia dan pendeka tan sumber manusia. Setiap pendekatan berkenaan mempunyai andaian-andaian yang t ersendiri berkaitan peranan komunikasi dalam sesebuah organisasi. SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. 2. Apakah andaian-andaian tentang komunikasi yang di kemukakan dalam pendekatan klasik, pendekatan hubungan manusia dan pendekatan su mber manusia? Huraikan ciri-ciri yang terdapat dalam pendekatan sistem. Semak ja wapan anda di akhir modul kursus ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Teori yang terdapat dalam pendekatan klasik ialah T eori Pengurusan Klasik, Teori Birokrasi dan Teori Pengurusan Saintifik. (a) Teor i Pengurusan Klasik Teori ini mula diperkenalkan oleh Henri Fayol. Elemen-elemen pengurusan terdiri daripada perancangan (planning), penyusunan (organizing), ar ahan (command), koordinasi (coordination), dan kawalan 156

(control). Prinsip pengurusan pula terdiri daripada scalar chain, unity of command, unity of direction, division of labor, order dan span of control. Prinsip pengurusan m elibatkan aspek-aspek berkaitan dengan struktur organisasi, kuasa dalam organisa si dan tingkah laku organisasi. Prinsip berkaitan dengan struktur organisasi ial ah andaian-andaian tentang bagaimana aspek yang berbeza dalam sesebuah organisas i patut diuruskan. Enam ciri berkaitan dengan struktur organisasi ialah 1. Scalar chain Prinsip ini mencadangkan bahawa organisasi harus disusun dalam hierarki vertikal dan komunikasi harus dihadkan kepada aliran berbentuk vertial (aliran ke atas d an ke bawah berdasarkan carta organisasi). 2. Unity of command Prinsip ini mencadangkan bahawa kakitangan sepatutnya diarah untuk melaksanakan sesuatu tugas oleh hanya seorang penyelia. 3. Unity of direction Prinsip ini mencadangkan bahawa aktiviti-aktiviti yang mempunyai matlamat yang s ama harus diletakkan di bawah penyeliaan seorang penyelia. 4. Division of labor Prinsip ini mencadangkan bahawa matlamat kerja hanya boleh dicapai jika kakitang an organisasi diberikan tugas yang terhad dari segi pengkhususan kerja. 5. Order Prinsip ini mencadangkan supaya terdapat tempoh pelantikan bagi setiap kakitanga n dan tugas dalam organisasi. 6. Span of control Prinsip ini mencadangkan bahawa pengurus akan menjadi paling berkesan jika merek a hanya mengawal sebilangan tertentu kakitangan. Fayol secara umumnya mencadangk an bilangan 20-30 157

orang kakitangan pada pengurusan tahap pertama dan enam orang kakitangan bagi pe ngurusan yang lebih atas. Prinsip seterusnya berkaitan dengan pengurusan kuasa d i dalam organisasi. Prinsip ini melibatkan enam ciri iaitu 1. Pemusatan (Central ization) Prinsip ini mencadangkan bahawa organisasi menjadi paling efektif apabila pengur usan pusat mempunyai kawalan terhadap buat putusan dan aktiviti kakitangan organ isasi. Walau bagaimanapun, Fayol mempercayai bahawa faktor-faktor kontigensi sep erti saiz firma, ciri-ciri peribadi pengurus dan faktor-faktor kakitangan boleh mempengaruhi tahap pemusatan kuasa yang optimum. 2. Kekuasaan responsibility) dan tanggungjawab (Authority and Prinsip ini mencadangkan bahawa pengurus memperoleh tanggungjawab yang datangnya daripada kedudukan dalam organisasi dan ciri-ciri peribadi mereka seperti kepin taran dan pengalaman. Prinsip ini turut mencadangkan bahawa tanggungjawab mesti selaras dengan autoriti atau kekuasaan. 3. Disiplin (Discipline) Prinsip ini mencadangkan bahawa kakitangan organisasi sepatutnya taat kepada per aturan organisasi dan pihak pengurus. Dari segi ganjaran, Fayol mencadangkan cir i-ciri berikut berkaitan dengan ganjaran yang berpatutan bagi kakitangan organis asi: 1. Pampasan kakitangan (Renumeration of personnel) Prinsip ini mencadangkan bahawa kakitangan harus diberikan ganjaran dalam bentuk gaji dan faedah yang bersesuaian. 2. Persamaan (Equity) Prinsip ini mencadangkan bahawa dalam konteks memberikan pampasan kakitangan har us dilayan secara adil. Prinsip ini berasaskan kepada andaian bahawa motivasi ut ama kakitangan ialah kewangan dan prestasi 158

kerja diukur berdasarkan kepada jumlah pampasan yang diterima dari organisasi. 3 . Jaminan tempoh perkhidmatan (Tenure stability) Prinsip ini mencadangkan bahawa organisasi harus memberikan jaminan dalam bentuk tempoh masa tertentu bagi membolehkan kakitangan mencapai prestasi yang maksimu m. Prinsip Tingkah Laku Organisasi: Fayol mengemukakan tiga prinsip berkaitan de ngan tingkah laku dan sikap kakitangan organisasi iaitu 1. Penyelarasan antara k eperluan individu dan keperluan umum organisasi (Subordination of individual int erest to general interest) Prinsip ini mencadangkan bahawa organisasi hanya menjadi berkesan apabila kepent ingan secara menyeluruh mengatasi kepentingan individu. Berdasarkan kepada prins ip ini kakitangan mesti mengutamakan matlamat organisasi melebihi keperluan indi vidu. 2. Inisiatif (Initiative) Prinsip ini mencadangkan supaya pengurus harus meletakkan nilai dan matlamat kep ada kakitangan dan mengarahkan kakitangan supaya berusaha sepenuhnya untuk memen uhi matlamat organisasi. 3. Esprit de corps Prinsip ini mencadangkan bahawa semangat kerja ialah Three Musketeers iaitu satu u ntuk semua dan semua untuk satu. (b) Teori Birokrasi (Max Webers Theory of Bureau cracy) Salah satu andaian penting dalam teori yang dikemukakan oleh Weber ialah fungsi kekuasaan (functioning of authority). Weber melihat pelaksanaan birokrasi adalah berasaskan kepada autoriti, kuasa dan disiplin. Beliau mencadangkan kewu judan autoriti berdasarkan kepada tiga andaian asas iaitu autoriti tradisional, autoriti karismatik, dan autoriti rasionalperundangan. Setiap satu jenis autorit i dibincangkan di bawah: 1. Autoriti tradisional 159

Berasaskan kepada kepercayaan tentang kedudukan hierarki tertentu di dalam struk tur organisasi. Misalnya, pemerintahan beraja yang diamalkan di Malaysia adalah berdasarkan kepada tradisi lama pemerintahan beraja yang diamalkan oleh masyarak at Melayu. 2. Autoriti karismatik Merupakan kuasa yang berdasarkan kepada personaliti dan keupayaan untuk menarik sokongan pengikut dan berinteraksi dengan pengikut. Autoriti karismatik ialah da lam konteks individu mempunyai pengikut dan memperoleh ketaatan daripada pengiku t melalui kuasa dan personaliti beliau. 3. Autoriti berdasarkan rasional perunda ngan (Rational-legal authority) Merupakan kuasa yang berdasarkan kepada pelaksanaan peraturan yang terbina darip ada maklumat dan kepakaran. Menurut Weber, setiap kuasa berlandaskan kepada peru ndangan dan rasional. Kuasa yang dimiliki oleh seseorang sah selagi ianya selara s dengan norma. Ketaatan kakitangan ialah terhadap norma atau peraturan yang dia malkan. (c) Scientific Management) Teori Pengurusan Saintifik (Frederick Taylors Theory of Empat ciri atau komponen utama dalam Teori Pengurusan Saintifik yang dikemukakan oleh Taylor ialah Terdapat satu cara yang terbaik untuk melakukan setiap kerja (There is one best way to do every job) Sistem ini bertentangan dengan sistem pe mbelajaran lama. Sistem pembelajaran lama menekankan bahawa kemahiran bekerja di peroleh melalui warisan daripada satu generasi ke satu generasi. Taylor percaya bahawa cara terbaik untuk melakukan sesuatu kerja boleh dikenal pasti melalui ka jian berkaitan masa dan aktiviti untuk menghasilkan sesuatu produk. (ii) Pemilih an kakitangan yang sesuai untuk melakukan kerja Taylor percaya bahawa kakitangan harus dipilih secara saintifik dan dilatih untuk melakukan kerja. Ini kerana pr estasi kerja kakitangan akan mempengaruhi pencapaian matlamat organisasi. (iii) Kepentingan latihan seperti yang dicadangkan dalam kajian penyelaras antara masa dan aktiviti. (iv) Terdapat perbezaan tugas antara pengurusan dan pekerja. Menu rut Taylor, pengurus organisasi merupakan individu yang paling sesuai untuk mela kukan kerja-kerja berfikir, merancang dan mengurus 160 (i)

organisasi. Pihak buruh pula melaksanakan apa yang dirancang dan diarah oleh pen gurus. 2. Dalam organisasi klasik, komunikasi tentang tugas kurang dititikberatk an. Ciri-ciri komunikasi dalam konteks pengurusan organisasi klasik dapat diliha t dari segi arah aliran komunikasi, saluran komunikasi dan stail komunikasi. (a) Arah aliran komunikasi Pada hakikatnya wujud pelbagai arah aliran komunikasi dalam sesebuah organisasi seperti komunikasi ke atas dan ke bawah iaitu pengurus berkomunikasi dengan subo rdinat dan sebaliknya. Dalam teori klasik yang dikemukakan oleh Fayol, Weber dan Taylor, aliran komunikasi yang paling mustahak ialah aliran vertikal (mendatar) mengikut aliran hierarki. Kebanyakan proses komunikasi ialah komunikasi ke bawa h dalam bentuk arahan dan peraturan. Hanya terdapat sedikit maklum balas daripad a pihak pengurusan bawahan kepada pihak pengurusan atasan. Walau bagaimanapun, F ayol membenarkan sedikit fleksibiliti dari segi komunikasi horizontal berbanding dengan Weber dan Taylor. (b) Saluran komunikasi Pelbagai saluran boleh digunaka n untuk berkomunikasi misalnya saluran bersemuka, saluran bertulis, dan juga mel alui perantara seperti berkomunikasi melalui telefon dan komputer. Teori-teori k lasik mengandaikan bahawa saluran bertulis merupakan saluran yang paling kerap d igunakan. Ini dapat dibuktikan berdasarkan kepada beberapa andaian yang dikemuka kan. Misalnya, Weber menekankan kepada peraturan dan kepentingannya dijelaskan d alam bentuk tulisan. Taylor dan Fayol mempunyai pandangan yang sama. Misalnya, k enyataan bahawa mempunyai hanya satu cara yang terbaik bagi melakukan setiap kerja dalam andaian teori pengurusan saintifik membawa kepada kepentingan arahan kerj a ditulis dalam bentuk tulisan. Ringkasnya, penekanan kepada peraturan dan prose dur yang jelas bagi membolehkan organisasi berfungsi dengan berkesan membolehkan kita mengandaikan pergantungan yang besar kepada komunikasi berbentuk tulisan d alam bentuk arahan, pernyataan misi, peraturan dan penilaian prestasi. (c) Stail komunikasi 161

Pendekatan klasik mengandaikan stail komunikasi lebih kepada berbentuk formal. M isalnya, penggunaan pangkat atau gelaran bagi membezakan kakitangan pengurusan d an kakitangan bawahan. Pemilihan perbendaharaan kata dan penggunaan bahasa yang standard juga merupakan ciri komunikasi dalam pendekatan klasik. 3. Teori yang t ergolong dalam pendekatan hubungan kemanusiaan dikemukakan oleh Abraham Maslow, Frederick Herzberg dan Douglas McGregor. Teori Hierarki Keperluan Maslow Abraham Maslow mengemukakan Teori Hierarki Keper luan dengan andaian bahawa manusia dimotivasi oleh keperluan asas. Terdapat lima keperluan asas yang perlu dipenuhi oleh manusia iaitu 1. Keperluan fisiologikal Merupakan keperluan tubuh badan manusia seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan tidur. Dalam konteks organisasi, keperluan ini boleh dipenuhi melalui pembe rian gaji bagi membeli makanan dan pakaian serta keperluan fizikal lain. 2. Kepe rluan keselamatan Termasuk keperluan untuk bebas daripada bahaya dan ancaman persekitaran. Dalam k onteks organisasi, keperluan ini dapat dipenuhi melalui pemberian gaji yang memb olehkan kakitangan mendapat perlindungan dan kesihatan. 3. Keperluan afiliasi Dirujuk sebagai keperluan kepada rasa dipunyai atau keperluan kasih sayang iaitu memberi dan menerima dalam konteks hubungan sesama manusia. Keperluan ini boleh dipenuhi oleh organisasi melalui pembentukan hubungan sosial dengan rakan seker ja dan pihak pengurusan. 4. Keperluan harga diri Perlu memenuhi rasa pencapaian dan peningkatan. Harga diri boleh dibahagikan kep ada esteem dalaman dan esteem luaran. Esteem dalaman boleh dicapai melalui pengi ktirafan dan perhatian. Esteem luaran pula boleh dipenuhi melalui rasa pencapaia n dan keyakinan. Dalam konteks 162

organisasi, keperluan eksternal boleh dipenuhi melalui struktur ganjaran dan pam pasan. Esteem dalaman boleh dipenuhi melalui memberikan tugas yang mencabar sert a peluang kepada kakitangan untuk mencapai kecemerlangan dalam melaksanakan tuga s berkenaan. 5. Keperluan kepada pencapaian kendiri Merupakan bentuk kerja yang membolehkan individu melaksanakan tanggungjawab dan kreativiti di tempat kerja. Teori Motivasi-Hygience oleh Herzberg Andaian asas t eori yang dikemukakan oleh beliau ialah terdapat ciri-ciri tertentu di tempat ke rja yang membuatkan pekerja berpuas hati dan tidak berpuas hati. Faktor-faktor y ang menyebabkan pekerja berpuas hati dikenali sebagai faktor pemotivasi dan fakt or yang menyumbang kepada ketidakpuasan bekerja dikenali sebagai faktor hygiene. Beliau mencadangkan bahawa faktor motivasi boleh wujud tanpa faktor hygiene dan faktor hygiene boleh wujud tanpa faktor motivasi. Berikut dikemukakan empat sit uasi untuk kita fikirkan bersama tentang kepuasan dan ketidakpuasan dalam bekerj a di kalangan kakitangan organisasi. 1. Situasi 1 Keadaan kerja individu yang mempunyai kedua-dua faktor hygiene (persekitaran ker ja yang bersih, gaji yang baik dan penyelia yang kompeten) dan faktor-faktor mot ivasi seperti kerja yang mencabar, tanggungjawab dan peluang kenaikan pangkat. D alam keadaan ini, pekerja boleh merasa gembira dan berpuasa hati serta dalam mas a yang sama merasa tidak gembira dan tidak berpuas hati. 2. Situasi 2 Keadaan kerja yang mempunyai faktor hygiene tetapi tiada faktor motivasi. Pekerj a boleh gembira dan boleh juga tidak gembira. Misalnya, seorang pekerja yang bek erja dalam persekitaran kerja yang baik dan penyelia yang cekap tetapi tugasnya membosankan dan menjalankan tugas yang sama secara berulang-ulang. 3. Situasi 3 Keadaan kerja yang mempunyai faktor motivasi tetapi tiada faktor hygiene. Situas i ini dianggap sebagai mencabar bercampur dengan persekitaran 163

kerja yang teruk. Pekerja berkemungkinan akan merasa gembira dan tidak gembira d alam masa yang sama. 4. Situasi 4 Kerja yang tidak dicirikan dengan faktor-faktor hygiene dan faktor motivasi. Ini kerana pekerja yang sama melakukan tugas yang sama secara berulang-ulang. Teori X dan Teori Y oleh McGregor Teori X dan teori Y merupakan teori terakhir yang d iklasifikasikan di bawah pendekatan hubungan manusia. Teori X dan Teori Y dikemu kakan oleh Douglas McGregor. Teori X dan Teori Y mewakili pelbagai andaian berka itan fungsi pengurusan sesebuah organisasi yang menjadi panduan kepada pengurus. Teori X mewakili persepsi negatif pengurus tentang pekerja dalam sesebuah organ isasi. Sebaliknya, Teori Y pula mewakili andaian-andaian yang positif tentang ka kitangan sesebuah organisasi. Mernurut McGregor, pengurus yang mengamalkan Teori X dipengaruhi oleh andaian bahawa: (i) (ii) Pengurus bertanggungjawab untuk men guruskan elemen-elemen produktiviti seperti wang, bahan dan manusia dalam kontek s yang bermatlamatkan ekonomi. Dalam hal yang berkaitan dengan manusia selaku pe kerja, pengurusan organisasi merupakan kegiatan untuk mengarahkan usaha pekerja, memotivasikan pekerja, mengawal tindakan pekerja dan mengubahsuai tingkah laku pekerja selaras dengan keperluan dan kehendak organisasi. Pihak pengurus perlu t erlibat secara aktif dalam aktiviti organisasi kerana pekerja adalah pasif dan m ungkin melakukan tingkah laku yang bertentangan dengan kehendak organisasi. Deng an itu, pekerja perlulah dipujuk, dihukum, dikawal dan aktiviti mereka mestilah diarah. Memberikan arahan merupakan tugas pihak pengurusan. Purata pekerja beker ja ialah bekerja sesedikit yang mungkin. Pekerja kurang bercita-cita, tidak gema r mengambil tanggungjawab dan lebih gemar diarah. Lebih mementingkan diri sendir i yang mungkin bertentangan sama sekali dengan kehendak organisasi. Secara semul a jadinya mereka menolak perubahan. Tidak begitu pintar. 164 (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii)

McGregor menegaskan bahawa kebanyakan pengurus organisasi berpegang kepada andai an di atas walaupun pada hakikatnya andaian itu tidak benar. Beliau percaya baha wa pengurus harus mengkonseptualisasikan pekerja sebagai dimotivasikan oleh kepe rluan hierarki tertinggi seperti yang dicadangkan oleh Maslow dan berupaya untuk bekerja sendiri. Ini digambarkan dalam Teori Y. Teori Y mengandaikan bahawa: Da ya usaha fizikal dan mental untuk bekerja secara semula jadinya sama seperti ber main dan berehat. (ii) Faktor luaran dan ancaman kepada hukuman bukanlah merupak an satu-satunya cara untuk menggerakkan daya usaha pekerja ke arah mencapai matl amat organisasi. Ganjaran yang paling signifikan seperti kepuasan terhadap ego d an penghargaan kendiri boeh merangsang usaha ke arah pencapaian matlamat organis asi. (iii) Secara puratanya manusia tidak hanya boleh menerima tanggungjawab tet api turut mencari tanggungjawab. (iv) Keupayaan untuk menyelesaikan masalah orga nisasi secara kreatif ada di mana-mana dan pada setiap pekerja. (v) Potensi inte lektual manusia perlu digunakan sepenuhnya. Dengan itu, Teori X mengandaikan bah awa daya usaha yang kukuh perlu dilakukan oleh pengurus untuk memotivasikan peke rja yang secara asasnya tidak bermotivasi. Sebaliknya, pengurus yang berpegang k epada Teori Y pula mengandaikan bahawa pekerja amat bermotivasi untuk memenuhi k eperluan kepada pencapaian dan self-fulfillment dan menjadi tugas pengurus untuk merangsang keinginan semula jadi pekerja yang pintar dan bermotivasi ini. (i) 165

BAB 10 TEORI KOMUNIKASI PEMBANGUNAN OBJEKTIF BAB Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memerihalkan beberapa teori komunikasi pembangunan. 2. Membincangkan kritikan dan kerelevana n setiap teori yang dibincangkan dalam teori komunikasi pembangunan. 3. Membinca ngkan aplikasi setiap teori yang dibincangkan dalam teori komunikasi pembangunan dengan kehidupan manusia. 10.1 PENGENALAN Sebagai pengenalan kepada bab ini, penting bagi pelajar memahami serba sedikit t entang bidang komunikasi pembangunan. Komunikasi pembangunan merupakan satu bida ng komunikasi berhubung penggunaan media, proses, perancangan, dan strategi komu nikasi untuk memperbaiki keadaan kemanusiaan dan kehidupan. Menurut Mohd Baharud in dan Mohd Khairie (2003), bidang komunikasi massa banyak menyumbang kepada pem bentukan atau fokus terhadap komunikasi pembangunan. Ini kerana komunikasi massa lebih bertumpu kepada aspek media seperti kewartawanan, penyiaran dan penerbita n. Manakala komunikasi pembangunan tidak hanya menumpukan kepada penggunaan medi a semata-mata tetapi juga melibatkan komunikasi kemanusiaan sebagai proses mempe rcepatkan perubahan sosial masyarakat (Mohd Baharudin & Mohd Khairie, 2003). Per kembangan dan perubahan terhadap manusia dapat dijelaskan dengan pelbagai teori sama ada teori-teori psikologi, sosiologi, antropologi, politik, ekonomi dan seb againya. Walaupun ada teori yang menjelaskan bahawa manusia berubah secara evolu si namun sarjana yakin bahawa proses pembelajaran sosial dan pembudayaan merupak an faktor besar dalam menjelaskan perubahan masyarakat (Littlejohn, 1999). Teori -teori tersebut menjelaskan bahawa tingkah laku masyarakat pada umumnya dapat di bentuk dan dididik. Media sebagai alat yang bersifat massa dianggap dapat mempen garuhi dan memberi kesan terhadap 167

usaha-usaha membangunkan masyarakat. Menerusi media, pelbagai pemikiran dan tekn ologi baru dapat disebarkan dan seterusnya memotivasikan masyarakat ke arah peru bahan serta pembangunan (Mohd Baharudin & Mohd Khairie, 2003). Sehubungan itu, d alam bab ini, kita akan membincangkan tiga teori yang berkaitan dengan teori kom unikasi pembangunan. Untuk pengetahuan pelajar, teori-teori tersebut ialah Teori Difusi Inovasi (Diffusion of Innovation Theory), Teori Penentuan Agenda (Agenda Setting Theory), dan Teori Lingkaran Senyap (Spiral of Silence Theory). 10.2 Te ori Difusi Inovasi (Diffusion of Innovation Theory) Teori Difusi Inovasi merupakan satu teori yang telah dipelopori oleh Rogers (199 5). Untuk pengetahuan semua pelajar, difusi inovasi merupakan konsep asas yang m enjadi kerangka pemikiran dalam membicara komunikasi pembangunan. Difusi inovasi juga berhubung dengan bagaimana sesuatu idea, teknologi baru, barangan baru pen gguna atau teknik-teknik baru berkembang di kalangan berbagai-bagai khalayak seh ingga diterima dan dilaksanakan oleh penguna-penggunanya. Sebagai contoh inovasi ialah internet. Mari kita imbau kembali sejarah kemasukan internet ke Malaysia. Internet hanya mula dibawa masuk ke Malaysia pada awal 1980-an oleh Dr. Mohamed Awang Lah yang pada ketika itu merupakan pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elek trik dan Elektronik, Universiti Malaya. Dr. Mohamed pada awalnya telah berusaha membuat pelbagai eksperimen dan cuba membangunkan satu sistem jaringan maklumat untuk kegunaan tempatan. Tetapi sejauh mana masyarakat sedar tentang inovasi ini pada masa itu berbanding pada masa sekarang? Semua ini berkaitan juga dengan di fusi inovasi. Masyarakat telah didedahkan dengan inovasi ini melalui pelbagai sa luran komunikasi termasuk saluran fizikal dan saluran kemanusiaan sehingga merek a membuat keputusan untuk menggunakan internet secara meluas sebagaimana pada ha ri ini. Faktor masa iaitu setelah lebih 20 tahun internet dibawa masuk ke Malays ia, juga merupakan faktor yang mendorong masyarakat menggunakan internet sebagim ana yang berlaku pada masa sekarang. Sehubungan contoh di atas, pelajar perlu me ngetahui bahawa terdapat empat unsur-unsur utama dalam difusi inovasi. Unsur-uns ur tersebut ialah (i) Suatu inovasi. (ii) Dihubungkan melalui saluran-saluran te rtentu. (iii) Mengikut tempoh masa. 168

(iv) Di kalangan ahli-ahli sebuah sistem sosial (Rogers, 1995). Secara terperinc inya, unsur-unsur tersebut ialah seperti berikut: (a) Suatu inovasi Suatu inovasi ialah suatu idea, teknik, amalan atau objek yang dianggap baru ole h seseorang individu atau sesebuah sistem sosial. (b) Saluran komunikasi Difusi ialah proses inovasi itu tersebar daripada sumbernya (pencipta) kepada penerima. Mesej-mesej sampai daripada seorang individu kepada individu yang lain melalui saluran komunikasi seperti media massa atau komunikasi interpersonal. (c) Mengik ut tempoh masa Jangka masa tertentu diperlukan semasa Proses Keputusan-Inovasi. Proses pembuata n keputusan pemerimaan inovasi ini ialah satu proses mental dan ia bermula darip ada individu menerima pengetahuan tentang inovasi, membentuk sikap terhadap inov asi, membuat keputusan untuk menerima atau menolak, melaksanakan inovasi dan akh irnya mengesahkan keputusan yang telah dibuat. (d) Sistem sosial Sebuah sistem s osial ialah satu populasi individu yang saling berhubungan dan terlibat secara b ersama untuk menyelesaikan masalah bagi mencapai sesuatu matlamat. Sistem sosial juga boleh mempengaruhi difusi inovasi. Jika norma-norma sebuah sistem sosial i tu bersifat menyokong inovasi dan pemimpin pendapat mereka juga menerima sesuatu inovasi tersebut, maka individu lain dalam sistem tersebut akan turut mengikuti tindakan mereka. 10.2.1 Proses Pembuatan Keputusan Seperti yang telah dinyataka n di atas, para pelajar tentunya telah mengetahui bahawa jangka masa tertentu di perlukan semasa Proses Keputusan-Inovasi. Proses pembuatan keputusan penerimaan inovasi ini ialah satu proses mental dan ia bermula daripada individu menerima p engetahuan tentang inovasi, membentuk sikap terhadap inovasi, membuat keputusan untuk menerima atau menolak, melaksanakan 169

inovasi, dan akhirnya mengesahkan keputusan yang telah dibuat. Oleh itu, dalam p roses Proses Keputusan-Inovasi pula, terdapat lima peringkat utama yang terlibat (Rajah 10.1). Menurut Rogers (1995), seseorang individu dikatakan akan sentiasa mencari maklumat di berbagai-bagai peringkat untuk mengurangkan ketidakpastian terhadap sesuatu inovasi semasa Proses KeputusanInovasi berlaku. Untuk pengetahu an pelajar, peringkat-peringkat tersebut ialah (a) Pengetahuan Pada peringkat ini individu mula terdedah tentang kewujudan inovasi dan mula men getahui tentang fungsi inovasi tersebut. Individu yang lebih awal menerima pende dahan biasanya terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi, mempunyai stat us sosial yang tinggi, lebih terdedah kepada media massa, mempunyai jaringan kom unikasi interpersonal yang baik dan mempunyai lebih banyak hubungan dengan agen perubahan. Saluran media massa amat penting pada peringkat ini kerana ia berkesa n untuk membentuk pengetahuan tentang inovasi. (b) Pembujukan Pada peringkat ind ividu membentuk sikap untuk menyukai sesuatu inovasi. Ciri-ciri sesuatu inovasi akan menentukan kadar penerimaannya. Lima sifat inovasi ialah 1. Kelebihan relat if Kelebihan yang relatif bagi teknologi baru ialah darjah ukuran setakat mana pera latan baru ini dianggap lebih baik berbanding daripada peralatan yang sedia ada. Sebagai contoh, sekiranya teknologi komputer dianggap sebagai lebih mudah digun akan untuk menaip dan menyunting teks, mempunyai pelbagai bentuk format untuk me nulis laporan, lebih efisien kerana dapat menyimpan dan menghantar maklumat deng an lebih cepat berbanding mesin taip, maka kemungkinan teknologi komputer lebih diterima pakai berbanding mesin taip. Kelebihan relatif ini boleh diukur melalui dua jenis kelebihan iaitu dari segi kelebihan eknomi (wang dan daya saing) dan juga kelebihan sosial (meningkatkan status dan kuasa). 170

2. Keselarasan Keselarasan ialah darjah ukuran setakat mana inovasi atau perubahan itu selaras dengan nilai-nilai yang sedia ada, pengalaman lalu dan keperluan semasa. Sebagai contoh, sekiranya teknologi komputer serasi dengan keperluan melaksanakan kerja dalam organisai, maka lebih tinggilah tahap penerimaan dan penggunaannya. 3. Ke sulitan Kesulitan ialah darjah ukuran setakat mana teknologi baru itu secara relatifnya dianggap susah untuk difahami dan susah untuk menggunakannya. Sebagai contoh, se kiranya teknologi komputer dianggap terlalu kompleks, maka tidak ramailah indivi du yang akan menggunakannya. 4. Kebolehcubaan Kebolehcubaan ialah darjah ukuran iaitu teknologi baru tersebut boleh dieksperim en untuk tujuan pengujian. Ujian ini akan dapat mengurangkan ketidakpastian dan seterusnya akan dapat meningkatkan tahap penerimaan. 5. Kebolehlihatan Kebolehlihatan pula ialah darjah ukuran setakat mana operasi dan hasil daripada teknologi baru itu boleh dilihat untuk dibuat penelitian atau penilaian oleh pen gguna inovasi. Saluran komunikasi antara perseorangan amat penting pada peringka t pembujukan ini kerana ia lebih berkesan untuk membentuk dan mengubah sikap ter hadap inovasi yang secara langsung boleh mempengaruhi keputusan menerima atau me nolak inovasi. Penilaian individu terhadap sesuatu inovasi yang sedang beliau pe rtimbangkan untuk diterima bukan berasaskan penyelidikan saintifik oleh pakar te tapi biasanya melalui penilaian subjektif oleh rakan-rakan berdekatan yang telah menerima sesuatu inovasi. Rakan-rakan yang berdekatan ini bukan setakat menjadi model sosial tetapi juga merupakan lingkaran sokongan kepada seseorang untuk me niru tingkah laku menggunakan inovasi yang sama. 171

(c) Keputusan Pada peringkat ini individu membuat keputusan sama ada menerima atau menolak ses uatu inovasi. (d) Pelaksanaan Pada peringkat ini pula individu telah menerima in ovasi dan sedang mengguna serta melaksanakannya. (e) Pengesahan Pada peringkat pengesahan, individu yang telah mengguna dan melaksanakan inovasi akan membuat keputusan sama ada untuk terus menggunakannya jika ia bersesuaian dan berkesan (penerimaan berterusan) atau menghentikan penggunaannya jika didapa ti inovasi tersebut berkeadaan sebaliknya (penghentian). Perkara sebaliknya juga boleh berlaku pada peringkat ini, individu yang pada awalnya menolak sesuatu in ovasi itu akan mula menjadi pengguna pada akhirnya (penerimaan terkemudian) jika didapati inovasi itu berkesan atau akan terus menolak penggunaannya (penolakan berterusan). Apakah ciri-ciri internet yang boleh dijadikan contoh bagi setiap p eringkat yang dibincangkan. 10.2.2 Kategori Penerima Teknologi Untuk pengetahuan pelajar, Rogers (1995) meny atakan bahawa terdapat lima kategori penerimaan individu terhadap inovasi. Lima kategori tersebut ialah inovator, penerima awal (early adopters), majoriti pener ima awal (early majority), majoriti penerima terkemudian (late majority), dan pe nerima yang paling lewat (laggards). Golongan inovator menurut Rogers (1995) ial ah mereka yang sentiasa bersifat berani mencuba, sentiasa mencari idea baru dan lebih kosmopolitan dalam hubungannya dengan rakan sebaya. Sementara penerima awa l, biasanya terdiri daripada individu tempatan yang dihormati dan merupakan pemi mpin pendapat dalam sistem sosial. 172

Rajah 10.1 Model Peringkat dalam Proses Keputusan-Inovasi (Rogers, 1995) SALURAN KOMUNIKASI KEADAAN TERDAHULU 1. 2. 3. 4. Amalan terdahulu Keperluan/masalah yang dialami Pe mbaharuan Norma-norama sistem sosial I PENGETAHUAN II PEMBUJUKAN III KEPUTUSAN IV PELAKSANAAN V PENGESAHAN 173 Ciri-Ciri Unit Pembuat Keputusan Ciri-Ciri Inovasi 1. PENERIMAAN Penerimaan Berterusan Penerimaan Terkemudian Penghentian 1. 2. 3. Ciri-ciri sosioekonomi Pemboleh ubah personaliti Tingkah laku komunikasi 1. 2. 3. 4. 5. Kelebihan relatif Keselarasan Kesulitan Kebolehcubaan Kebolehlihatan 2. PENOLAKAN Penolakan Berterusan Sumber: Rogers, E. M. (1995). 173

10.2.3 Model Resapan Inovasi Rogers (1995) menyatakan bahawa kebanyakan penyelid ik yang mengikuti model klasik resapan inovasi hanya melihat perhubungan yang di gambarkan dalam Rajah 10.2 sebagai anak panah #1 (angkubah yang berkaitan dengan penerimaan individu terhadap teknologi). Bagaimanapun, menurut Rogers (1991) la gi, kajian tentang teknologi komunikasi telah meluaskan penyelidikan resapan ino vasi dengan memasukkan penyelidikan tentang hubungan yang digambarkan oleh anak panah #2 (yang menunjukkan hasil yang berkaitan dengan penggunaan) dan anak pana h #3 (yang menunjukkan faktor yang berkaitan dengan kesan sosial media baru). Rajah 10.2 Jenis Angkubah Utama dalam Penyelidikan Penerimaan, Penggunaan dan Ke san Sosial Teknologi Komunikasi Ciri- Ciri Individu 1. 2. 3. Kedudukan sosioekonomi Tingkah laku komunikasi Angk ubah personaliti 2. # 1 Penerimaan Media Baru 1. Penerimaan berbanding penolakan Sifat inovatif (sejak d ari awal menerima) # 2 Penggunaan Media Baru 1. 2. 3. Jumlah yang digunakan Kepelbagaian penggunaannya Lain-lain # 3 Kesan Sosial 1. Produktiviti (pengeluaran yang bertambah baik) 2. Ketidaksamarat aan yang lebih besar antara yang kaya informasi dengan yang miskin informasi. 3. Lain-lain Sumber: Rogers, E. M. (1995). Menurut Rogers (1991), terdapat tiga impak yang berlaku kepada individu atau seb uah sistem sosial akibat penerimaan atau penolakan sesebuah inovasi. Impak terse but ialah (i) Impak yang diingini dan tidak diingini. (ii) Impak langsung dan ti dak langsung. (iii) Impak yang dijangka dan tidak dijangka. Impak yang diingini ialah kesan fungsi sesebuah inovasi individu atau sistem sosial. Impak yang diin gini membantu individu atau sebuah sistem sosial berfungsi dengan lebih berkesan . Sebaliknya impak yang tidak 174

diingini ialah kesan tidak berfungsi inovasi terhadap individu atau sistem sosia l. Menurut Rogers (1991), istilah diingini dan tidak diingini adalah sama dengan kes an positif atau kesan negatif dalam konteks ini. Impak langsung pula bermaksud p erubahan pada individu atau sistem sosial yang berlaku kerana tindak balas serta -merta kepada sesebuah inovasi. Manakala, impak tidak langsung adalah perubahan akibat impak langsung sesuatu inovasi. Sementara itu, impak yang dijangka ialah perubahan yang disebabkan sesuatu inovasi yang dikenali dan dikehendaki oleh ahl i dalam sistem sosial tetapi impak yang tidak dijangka ialah perubahan yang tida k dikehendaki atau dikenali. 10.2.4 Kritikan dan Kerelevanan Teori Difusi Inovas i Menurut McQuail dan Windahl (1981), Teori Difusi Inovasi merupakan satu teori yang terhasil melalui banyak pengalaman dalam aplikasi media massa dan agen-agen perubahan lain bagi tujuan perubahan terancang. Selain itu, teori ini juga tela h banyak digunakan dalam kajian-kajian komunikasi sehingga ia mengukuhkan lagi T eori Difusi Inovasi. Namun begitu, teori ini relatifnya lebih bersifat preskript if yang mana pada keadaan sebenar ia mungkin tidak tepat. Teori atau model ini m enggambarkan satu paradigma yang dominan terhadap hubungan antara komunikasi dan pembangunan yang dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai tidak lagi relevan. M alah ini juga diakui oleh Everette M. Rogers sebagai pengubal teori ini (Rogers, 1976) bahawa paradigma dominan yang dicadangkannya telah ketinggalan dan tidak lagi relevan. Untuk pengetahuan pelajar, berikut merupakan antara kritikan-kriti kan yang dibuat terhadap Teori Difusi Inovasi (i) Teori ini dibentuk daripada pe rspektif agen perubahan eksternal dan superior yang dikatakan amat berkuasa dan berpengaruh dalam mempromosi serta mengubah tingkah laku serta penerimaan indivi du lain. Sedangkan pada hakikatnya, individu sendiri mampu mengubah kehendak bel iau atau juga lebih mengetahui apa yang beliau perlukan berbanding orang lain. T erutamanya pada masa sekarang, individu menghadapi persaingan yang hebat dalam k ehidupan dan perlu mempunyai jati diri sendiri daripada mengikuti apa yang dikeh endaki oleh agen perubahan di sekeliling dirinya. Teori ini juga dikatakan menya mai model linear yang menetapkan kesemua aspek perancangan diambil kira dalam me mperkenalkan sesuatu inovasi baru. Namun begitu, pada hakikatnya penerimaan 175 (ii)

inovasi ialah satu proses yang mungkin dipengaruhi oleh faktorfaktor lain yang m ungkin tidak terfikir semasa perancangan awal. (iii) Didapati bahawa pembujukan dan perubahan sikap hanya wujud di peringkat pengetahuan dan keputusan sahaja se dangkan ia tidak seharusnya menjadi demikian. (iv) Dalam kehidupan sebenar, bany ak kebarangkalian dan unsur-unsur peluang yang lain yang mempengaruhi pembuatan keputusan oleh individu. Ini kerana tidak mustahil sekiranya individu menerima s esuatu teknologi kerana prestij dan meniru gaya orang lain sekalipun mereka memp unyai pengetahuan yang sedikit mengenai teknologi tersebut. SOALAN DALAM TEKS 1. 2. Siapakah yang telah menggubal Teori Difusi Inovasi? Mengapa beliau membina teori ini? Nyatakan empat unsur inovasi? Semak jawapan anda di akhir bab ini. Griffin, E. A. (2000). A first look at comm unication theory (4th ed.). Boston: McGraw-Hill. McQuail, D. & Windahl, S. (1981 ). Communication models: For the study of mass communications. New York: Longman . Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad. (2003). Pengantar komunikasi. Sint ok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Rogers, E. M. (1995). Diffusion of innov ation (4th ed.). New York: The Free Press. Severin, W. J. & Tankard JR, J. W. (2 000). Communication theories: Origins, methods, and uses in the mass media (5th ed.). New York: Addison Wesley Longman, Inc. 176

10.3 TEORI PENENTUAN AGENDA Pelajar perlu mengetahui bahawa Teori Penentuan Agenda merupakan teori yang cuba menerangkan tentang kesan media massa terhadap masyarakat. Menurut McQuail dan Windahl (1981), terdapat banyak hipotesis yang telah dibentuk untuk menerangkan tentang kesan media massa terhadap masyarakat dan salah satu yang paling kerap d igunakan ialah tentang bagaimana media massa dapat mempengaruhi khalayak dengan memberi tumpuan kepada sesetengah isu dan mengabaikan sesetengah isu yang lain. Di sini, pelajar perlu memahami bahawa aspek pembelajaran lebih ditekankan berba nding aspek perubahan sikap dan perubahan pendapat dalam mengenal pasti kesan me dia massa terhadap masyarakat. Banyak kajian lepas telah membuktikan bahawa makl umat yang kerap muncul atau diketengahkan oleh media akan memberi kesan kepada m asyarakat. Hipotesis penentuan agenda telah membuktikan satu hubungan mengenai k esan pendapat dengan aspek pembelajaran kerana didapati bahawa masyarakat belaja r dan mengetahui tentang sesuatu isu dan bagaimana mereka mengandaikan kepenting an setiap isu tersebut. Antara Teori Penentuan Agenda yang bertepatan untuk dibi ncangkan ialah Teori Penentuan Agenda yang dinyatakan oleh McCombs dan Shaw (197 2, 1976). McCombs dan Shaw (1976) menyatakan bahawa khalayak tidak hanya belajar daripada isu-isu awam dan semua perkara melalui media, khalayak juga sebenarnya belajar tentang betapa pentingnya sesuatu isu atau topik yang kerap ditekankan oleh pihak media. Sebagai contoh, dalam satu-satu kempen pilihan raya, apabila c alon yang bertanding membincangkan tentang sesuatu isu, pihak media akan menentu kan isu mana yang akan diberikan perhatian. Perhatian dan penekanan pihak media yang menentukan agenda untuk dipertontonkan kepada khalayak akan menyebabkan kha layak bukan sahaja mengetahui tentang isu terbabit tetapi akan menilai bahawa is u tersebut sangat penting. Merujuk kepada Rajah 10.3, kita dapat melihat bahawa apabila pihak media memberi perhatian kepada isu X1 dan X6, publik atau masyarak at akan mempunyai persepsi bahawa isu X1 dan X6 adalah lebih penting berbanding isu-isu lain. 10.3.1 Kritikan dan Kerelevanan Teori Penentuan Agenda Kritikan ut ama bagi Teori Penentuan Agenda ini ialah terdapat ketidakpastian terhadap kesan langsung media ke atas agenda peribadi individu iaitu sama ada penentuan agenda akan berkesan melalui pengarah interpersonal individu atau sebaliknya. Perbezaa n kesan ini 177

boleh dikaji dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Kritikan kedua ialah mengenai perbezaan agenda yang terlibat. Agenda ini boleh jadi agenda individu a tau kumpulan atau juga agenda institusi sama ada dari parti politik atau pihak k erajaan. Ini merupakan aspek yang penting bagi mengenal pasti kesan media terhad ap masyarakat atau individu. Rajah 10.3 Model Penentuan Agenda: Isu yang Lebih Diberikan Tumpuan oleh Pihak M edia akan Dinilai sebagai Lebih Penting oleh Khalayak (Publik) Isu X1 X2 X3 X4 X5 X6 Perbezaan Tumpuan Media Persepsi Publik Terhadap Isu X1 X2 X3 X4 X5 X6 McQuail, D. & Windahl, S. (1981). Sumber: SOALAN DALAM TEKS 3. Apakah maksud penentuan agenda? 4. Penentuan agenda seringkali dikaitkan deng an kempen pilihan raya dan politik. Adakah ia sesuai dengan konteks kempen pilih an raya di Malaysia? Bandingkan dengan konteks pilihan raya di Amerika Syarikat. Semak jawapan anda di akhir bab ini. 178

Anda dikehendaki berfikir sejenak tentang berita-berita yang disiarkan di stesen -stesen televisyen utama seperti TV3, NTV7 dan RTM1. Adakah ia juga menekankan a spek penentuan agenda? Adakah ia agenda individu atau agenda institusi? Griffin, E. A. (2000). A first look at communication theory (4th ed.). Boston: McGraw-Hi ll. McQuail, D. & Windahl, S. (1981). Communication models: For the study of mas s communications. New York: Longman. Severin, W. J. & Tankard JR, J. W. (2000). Communication theories: Origins, methods, and uses in the mass media (5th ed.). New York: Addison Wesley Longman, Inc. 10.4 TEORI LINGKARAN SENYAP (SPIRAL OF SI LENCE THEORY) Untuk pengetahuan para pelajar, Teori Lingkaran Senyap merupakan teori yang digu nakan untuk menjawab persoalan tentang bagaimana pendapat publik dibentuk atau d ibangunkan. Teori ini diasaskan oleh seorang profesor sosiologi Jerman iaitu Eli sabeth Noelle-Neuman pada tahun 1974. Dalam perbincangan mengenai Teori Lingkara n Senyap ini, Noelle-Neuman telah menyatakan bahawa media massa berpengaruh terh adap pendapat publik tetapi kuasa ini tidak dinilai begitu penting atau tiada ke san kerana sebelum ini begitu kurang penyelidikan yang dijalankan. Secara tidak langsung, beliau juga menolak perspektif yang menyatakan kesan minimum media mas sa kerana terdapat situasi-situasi tertentu apabila media massa sememangnya berk uasa dan berpengaruh. Menurut Noelle-Neuman, tiga ciri media massa iaitu kumulas i (cumulation), ubiquity dan konsonan (consonance) apabila digabungkan memberi k esan hebat terhadap pembentukan pendapat publik. Pendekatan ini menganalisis dat a di peringkat masyarakat dan bukannya di peringkat individu seperti dalam kajia n penentuan agenda. Konsonan pula merujuk kepada gambaran bersepadu tentang sesu atu kejadian atau isu yang boleh dikembangkan dan sering kali dikongsi oleh pelb agai akhbar, majalah, rangkaian televisyen dan media lain. Kesan konsonan dapat mengatasi masalah pendedahan terpilih kerana individu tidak boleh memilih sebara ng mesej lain dan ia mengemukakan 179

gambaran bahawa kebanyakan individu melihat sesuatu isu itu mengikut apa yang di kemukakan oleh media massa kerana media menonjolkan perkara dan perspektif yang sama dan secara kolektifnya mereka menekankan perkara yang sama. Satu lagi fakto r yang berpengaruh ialah lingkaran senyap. Apabila sesuatu isu kontroversi berba ngkit, individu akan membentuk gambaran tentang taburan pendapat umum dan seteru snya cuba menentukan apakah pendapat umum itu berubah ke arah bersetuju dengan p endapat dan pendirian mereka. Oleh itu, sekiranya individu merasakan bahawa pend irian dirinya berada dalam kelompok majoriti, individu akan cenderung untuk berd iam diri. Begitu juga sekiranya pendapat umum telah berubah sebagaimana pendiria n dirinya, individu juga cenderung untuk terus berdiam diri terhadap sesuatu isu yang berbangkit. Semakin individu berdiam diri, lebih ramai orang akan merasaka n bahawa sesuatu sudut pandangan itu tidak diwakili dan ia menjadi semakin sepi dan terpinggir. 10.4.1 Kerelevanan Teori Lingkaran Senyap Media massa dalam hal ini memainkan peranan penting sebab ia menjadi sumber untuk orang ramai mencari taburan pendapat umum. Media massa memberi kesan terhadap lingkaran senyap ini m engikut tiga cara iaitu Ia membentuk gambaran tentang pendapat yang lebih domina n. Ia membentuk gambaran tentang pendapat yang semakin banyak diterima. (iii) Ia membentuk gambaran tentang pendapat yang boleh diucapkan di khalayak ramai tanp a berasa takut diri mereka disisihkan. Perkara ini berlaku memandangkan media ma ssa merupakan sebahagian daripada sistem yang digunakan oleh individu untuk memp eroleh maklumat tentang persekitarannya. Untuk menjawab persoalan di luar ruang lingkup peribadinya, individu akan bergantung sepenuhnya kepada media massa untu k mendapatkan fakta dan membuat penilaian tentang sesuatu pendapat umum. Individ u juga akan bertindak balas seperti biasa kepada tekanan pendapat yang dihebahka n kepada umum iaitu yang diterbitkan oleh media massa. (i) (ii) 180

SOALAN DALAM TEKS 5. 6. Mengapa individu mengambil tindakan untuk senyap apabila muncul sesuatu isu? Sia pakah tokoh yang bertanggungjawab mengemukakan Teori Lingkaran Senyap? Mengapa? Semak jawapan anda di akhir bab ini. Griffin, E. A. (2000). A first look at communication theory (4th ed.). Boston: M cGraw-Hill. McQuail, D. & Windahl, S. (1981). Communication models: For the stud y of mass communications. New York: Longman. Severin, W. J. & Tankard JR, J. W. (2000). Communication theories: Origins, methods, and uses in the mass media (5t h ed.). New York: Addison Wesley Longman, Inc. 10.5 RUMUSAN Daripada perbincangan mengenai ketiga-tiga teori, dapat disimpulkan bahawa dalam komunikasi pembangunan, media massa termasuklah teknologi komunikasi amat penti ng sebagai agen perubahan kepada masyarakat. Masyarakat merupakan entiti yang ak tif dan sentiasa menggunakan media massa untuk mencari maklumat dan membangunkan kelompok masyarakat dan diri mereka sendiri. SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. 2. Pro gram berita di televisyen mampu membentuk pemikiran penonton. Bincangkan dengan menggunakan pendekatan Teori Penentuan Agenda. Teori Lingkaran Senyap memberikan tiga ciri media massa dan tiga cara media memberikan kesan kepada fenomena ling karan 181

senyap. Nyatakan kesemuanya. Nyatakan lima kelompok penerima teknologi menurut R ogers. Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1 . Teori Difusi Inovasi ialah satu teori yang telah dipelopori oleh Rogers (1995) . Ini kerana Difusi Inovasi berhubung dengan bagaimana sesuatu idea, teknologi b aru, barangan baru pengguna atau teknik-teknik baru berkembang di kalangan berba gai-bagai khalayak sehingga diterima dan dilaksanakan oleh pengunapenggunanya. T erdapat empat unsur-unsur utama dalam difusi inovasi, iaitu (i) (ii) (iii) (iv) 3. Suatu inovasi. Dihubungkan melalui saluran-saluran tertentu. Mengikut tempoh masa. Di kalangan ahli-ahli sebuah sistem sosial. 2. Penentuan Agenda menerangkan tentang kesan media massa terhadap masyarakat dan s alah satu yang paling kerap digunakan ialah tentang bagaimana media massa dapat mempengaruhi khalayak dengan memberi tumpuan kepada sesetengah isu dan mengabaik an sesetengah isu yang lain. Agak kurang sesuai dalam kontek kempen pilihan raya di Malaysia kerana tiada satu pun parti politik dibenarkan untuk memancing undi di media-media yang sedia ada. Keadaan ini amat berbeza di Amerika Syarikat. In dividu mengambil tindakan untuk senyap terhadap sesuatu isu kerana ia dipengaruh i oleh faktor lingkaran senyap. Faktor ini menyatakan bahawa apabila sesuatu isu kontroversi berbangkit, individu akan membentuk gambaran tentang taburan pendap at umum dan seterusnya cuba menentukan apakah pendapat umum itu berubah ke arah bersetuju dengan pendapat dan pendirian mereka. Oleh itu, sekiranya mereka meras akan bahawa pendirian meraka berada dalam kelompok majoriti, mereka akan cenderu ng untuk mendiamkan diri. Begitu juga sekiranya pendapat umum telah berubah seba gaimana pendirian mereka, mereka juga cenderung untuk terus berdiam diri terhada p sesuatu isu yang 182 4. 5.

berbangkit. Semakin mereka berdiam diri, lebih banyak orang akan merasakan bahaw a sesuatu sudut pandangan itu tidak diwakili dan ia menjadi semakin senyap. 6. T eori Lingkaran Senyap merupakan satu teori yang digunakan untuk menjawab persoal an tentang bagaimana pendapat publik dibentuk atau dibangunkan. Teori ini diasas kan oleh seorang profesor sosiologi Jerman iaitu Elisabeth Noelle-Neuman pada ta hun 1974. Ini disebabkan pada pendapat Noelle-Neuman media massa berpengaruh ter hadap pendapat publik tetapi kuasa ini tidak dinilai begitu penting atau tiada k esan kerana sebelum ini begitu kurang penyelidikan yang dijalankan. 183