Anda di halaman 1dari 7

Melodi: Oh susanna Tajuk: Wajar tak wajar Marilah kawan, tolong bantu saya Mempelajari pelajaran tentang pecahan

Tiga per empat, empat per tiga Apakah dia perbezaan di antaranya Tiga per empat, pecahan yang wajar Nilainya kurang dari satu, kurang dari satu Marilah kawan, mari kawan Tolong bantu saya Empat pertiga, pecahan tak wajar Nilainya lebih dari satu, lebih dari satu Empat per empat, marilah kita semua meneka Pecahan wajar atau tidak Apa jawapannya Empat per empat, pecahan tak wajar Nilainya sama dengan satu, sama dengan satu Mari mari lah kawan bantu saya Mempelajari pelajaran, tentang pecahan

Melodi: This old man Tajuk: Bahagi pen Sepuluh batang pen Agih secara rata Kepada lima orang budak lelaki Sepuluh bahgi lima Sepuluh batang pen Dua batang seorang Berapa orang budak boleh dapat pen Sepuluh bahgi lima Bahagi, bahagi Agihan sama rata Atau tolak secara berulang-ulang Dua setiap seorang

Melodi: London bridge is falling down Tajuk: Masa itu berlian Masa itu berharga Hargai masa kita Masa bagai berlian Hargai masa Kalau masa dah lepas Tak mungkin kembali Enam puluh saat seminit Sejam enam puluh minit Dua puluh empat jam sehari Satu minggu tujuh hari Masa bagai berlian Hargai masa Masa itu berharga Hargai masa kita Kalau masa dah lepas Tak mungkin kembali Enam puluh saat seminit Sejam enam puluh lah minit Dua puluh empat jam sehari Satu minggu tujuh hari Masa itu berharga hargai masa kita Kalau masa dah lepas Tak mungkin kembali

Melodi: Twinkle twinkle little stars Tajuk: Bakul berbaris Darab, darab, mendarab Dua bakul rambutan Lima biji sebakul Semua berapa biji Dua darablah lima Jawapannya sepuluh Darab, darab, mendarab Sembilan baris bakul Dua bakul sebaris Semua berapa bakul Sembilan darab dua Lapan belas semuanya

Bakul, bakul, berbaris Sembilan baris bakul Dua bakul sebaris Lima biji sebakul Semua berapa biji rambutan yang berbaris

Iya iya yo

Melodi: Wau bulan (dikir barat) Tajuk: Empat operasi Marilah semua kita belajar Ilmu empat operasi Tambah, tolak, darab, bahagi Kalau tambah, jumlahkannya Kalau tolak, kurangkannya Ingatlah wahai kawan semua Kalau darab, gandakannya Kalau bahagi, agihkannya

Melodi: Old mac donald Tajuk: Graf Ada dua jenis graf Mari belajar Graf palang dan piktograf Berbentuk grafik Kita belajar piktograf dulu Oh nanti pula untuk graf palang Pik-to-graf-pik-to-graf Iya iya yo Jangan lupa tulis tajuk serta labelnya Petunjuk pula adalah penting sekali Supaya graf mudah difahami dan dibaca oleh kita semua Graf palang dan piktograf Iya iya yo ( semua ulang 2x) Ada dua jenis graf Mari belajar Graf palang dan piktograf Berbentuk grafik Kita belajar piktograf dulu Oh nanti pula untuk graf palang Pik-to-graf-pik-to-graf

Melodi: Bingo Tajuk: Beli susu Emak suruh saya pergi ke kedai runcit oh Beli susu lembu, satu liter Satu liter, sebotol satu liter Tapi bila sampai kedai, jumpa milliliter oh Jadi saya beli, dua botol susu Satu botol ada, lima ratus m-l oh Dua kali lima ratus, sama dengan satu ribu Seribu mililiter, ialah satu liter Seribu mililiter, ialah satu liter oh Saya beli dua botol susu di kedai itu Dua kali lima ratus, sama dengan seribu Seribu mililiter, ialah satu liter oh Saya beli dua botol susu di kedai itu Dua kali lima ratus sama dengan seribu Dua kali lima ratus sama dengan seribu Saya beli dua botol susu di kedai itu Dua kali lima ratus sama dengan seribu Dua kali lima ratus sama dengan seribu

Melodi: Rasa sayang Tajuk: Seronok mengukur Hai kawan marilah kita mengukur Cara ukur menarik, cara ukur menarik Jika tak ada pembaris, guna anggota badan Inilah satu jengkal, buka tanganlah depa Itulah tapak kaki mu, satu langkah ke hadapan Inilah dia satu jengkal, buka tanganlah

itu depa Itulah tapak kaki mu, satu langkah ke hadapan Jika tak ada pembaris, gunakanlah anggota badan (semua ulang 4x) Hai kawan marilah kita mengukur Cara ukur menarik, cara ukur menarik Jika tak ada pembaris, guna anggota badan Inilah caranya, untuk kita mengukur

Melodi: London bridge is falling down Tajuk: Ra pu sa Ratus puluh dan satu, ra-pu-sa, rapu-sa Mari kita belajar, nilai tempat Sepuluh satu ialah, sepuluh, sepuluh Kumpul semua semula, nilai puluh Sepuluh puluh ialah, seratus, seratus Kumpul semua semula, nilai ratus Bila menulis nombor, ingatkan, ingatkan Ratus puluh dan satu, nilai tempat Ratus puluh dan satu, ra-pu-sa, rapu-sa Mari kita belajar, nilai tempat Bila menulis nombor, ingatkan, ingatkan Ratus puluh dan satu, nilai tempat

Dua belas sisinya, semua panjang yang sama Bucu-bucunya ada lapan Apa namanya, nama pepejal itu Itu adalah kubus Satu lagi pepejal, hampir sama rupanya Dua belas sisinya, enam muka yang sama rata Sisi tak semua sama, kuboidlah namanya Lihat pula silinder, dua muka sama rata Satu muka melengkung, tapaknya bulat Tapi tidak berbucu, sisi lurusnya memang tidak ada, itulah silinder Mari kita belajar, kubus kuboid silinder Semua pepejal ada banyak ciricirinya Ada yang hampir sama, ada pula berbeza Permukaannya ada enam, semua muka rata Dua belas sisinya, semua panjang yang sama Bucu-bucu nya ada lapan Apa namanya, nama pepejal itu Itu adalah kubus Marilah kita sama-sama belajar Bongkah-bongkah ini

Melodi: Doraemon Tajuk: Kubus kuboid silinder Mari kita belajar, kubus kuboid silinder Semua pepejal ada banyak ciricirinya Ada yang hampir sama, ada pula berbeza Permukaannya ada enam, semua muka rata

Melodi: Barbie girl Tajuk: Ingatkan masa Berapa jam kah dalam sehari itu Dua puluh empat jam, dua puluh empat jam Berapa minit dalam satu jam itu Enam puluh minit, enam puluh minit Berapa saat kah dalam satu minit Berapa saat kah dalam satu minit Murid mana yang tahu cepatlah jawab, cepatlah jawab, cepatlah jawab

Saya cikgu menjawap soalan itu, jawapannya enam puluh saat Seminit bersamaan enam puluh saat Kawan marilah kita hafal Sejam enam puluh minit Seminit enam puluh saat O o oh Berapa jam kah dalam sehari itu Dua puluh empat jam, dua puluh empat jam Berapa minit dalam satu jam itu Enam puluh minit, enam puluh minit Berapa saat seminit Enam puluh Berapa minit sejam Enam puluh, enam puluh Berapa jam kah sehari Dua puluh empat Kawan mari kita hafal O o oh O o oh Enam puluh saat dalam satu minit Enam puluh saat dalam seminit Kawan marilah kita hafal bersama Kawan marilah kita hafal Sejam enam puluh minit Seminit enam puluh saat O o oh Berapa saat seminit Enam puluh Berapa minit sejam Enam puluh, enam puluh Berapa jam kah sehari Dua puluh empat Kawan mari kita hafal O o oh O o oh Berapa jam kah dalam sehari itu Dua puluh empat jam, dua puluh empat jam Berapa minit dalam satu jam itu Enam puluh minit, enam puluh minit Berapa jam kah dalam sehari itu Dua puluh empat jam, dua puluh empat jam

Berapa minit dalam satu jam itu Enam puluh minit, enam puluh minit Berapa saat seminit Enam puluh Berapa minit sejam Enam puluh, enam puluh Berapa jam kah sehari Dua puluh empat Kawan mari kita hafal O o oh O o oh Ingatkan lah masa kita

Melodi: Ten little indians Tajuk: Mengenal bentuk Mari kita kenal bentuk Lihat sisi lihat bucu Sisi lurus, bucu tajam Bentuk mesti yang rata Tiga sisi tiga bucu Semua sisi tertutup Ada lagi tiga sudut Segi tiga namanya Empat sisi empat bucu Sisi lurus, bucu tajam Ada empat sudut tegak Apa nama bentuknya Ada empat sudut tegak Ialah segi empat tepat Jika sisi semua sama Segi empat samalah Mari kita kenal bentuk Lihat sisi lihat bucu Sisi lurus, bucu tajam Bentuk mesti yang rata Mari kita kenal bentuk Lihat sisi lihat bucu Sisi lurus, bucu tajam Bentuk mesti yang rata

Melodi: Baa baa black sheep Tajuk: Susun nombor Susun nombor ikut arahan Satu dua tiga, tertib menaik Tiga dua satu, tertib menurun Susun nombor mesti tepat tertibnya

Melodi: Clementine Tajuk: Perimeter Perimeter suatu bentuk Lihat semua sisinya Tambah semua sisi itu Perimeter jumlahnya Bagi segi empat sama Senang saja rumusnya Empat sisi sama panjang Perimeter jumlahnya Untuk segi empat tepat Tidak susah rumusnya Dua panjang dua lebar Perimeter jumlahnya Segi tiga, tiga sisi Beginilah rumusnya Dua sisi tambah tapak Perimeter jumlahnya Perimeter suatu bentuk Lihat semua sisinya Tambah semua sisi itu Perimeter jumlahnya Perimeter suatu bentuk Lihat semua sisinya Tambah semua sisi itu Perimeter jumlahnya

4 x dengan 2 jawapannya ialah 8 5 x 2 jawapannya 10 6 x 2 jawapannya 12 7 x 2 jawapannya 14 8 x dengan 2 jawapannya 16 9 x 2 jawapannya 18 10 x 2 jawapannya 20 11 x 2 jawapannya 22 12 x dengan 2 jawapannya 24 Melodi: Nenek si bongkok tiga Tajuk: Purata Kisah ini kisah purata Mari mendengar bersama-sama Cara mengira purata Perlu ikut rumus purata Rumusnya senanglah sahaja Cari hasil tambah semua nombor Bahagi dengan bilangan nombor Akan dapat jawapan nanti Kami berikan satu contoh Dua, enam, sepuluh dan dua Ada empat nombor semuanya Hasil tambahnya dua puluh Berapakah purata ini? Dua puluh dibahagi empat Mari kawan cepat berfikir Lima ialah purata ini

Melodi: Itsy bitsy spider Tajuk: Sifir dua 1 x 2 jawapannya 2 2 x 2 jawapannya 4 3 x 2 jawapannya ialah 6

Melodi: If you are happy and you know it Tajuk: Pecahan setara Satu per dua dan dua per empat Pecahan setara nilainya sama Apakah ia pecahan pada satu per dua Adakah ia pecahan setara Satu per tiga dan dua per enam

Pecahan setara nilainya sama Kawan-kawan fikirlah, apa pecahan setara Bagi pecahan satu per tiga Satu per empat dan dua per lapan Pecahan setara nilainya sama Kawan-kawan fikirlah, apa pecahan setara Bagi pecahan satu per empat

Melodi: Old mac donald Tajuk: Tambah dan tolak Kalau jumpa sebelum, kita tolaknya Kalau jumpa si kurang, kita tolaknya Kalaulah jumpa dengan si beza, kita juga tolak tolak tolak Sebelum kurang dan beza, semua ditolak Kalau jumpa selisih, kita tolaknya Kalaulah jumpa banding, kita tolaknya Kalaulah jumpa dengan si rugi, kita juga tolak tolak tolak Selisih banding dan rugi, semua ditolak Kalau jumpa si diskaun, kita tolaknya Kalau jumpa si baki, kita tolaknya Kalaulah jumpa dengan si awal, kita juga tolak tolak tolak Diskaun baki dan awal, semua ditolak Kalau jumpa selepas, kita tambahnya Kalau jumpa si lebih, kita tambahnya Kalaulah jumpa dengan si lewat, kita pun juga tambah tambahnya Selepas lebih dan lewat, semua ditambah Kalau jumpa dividen, kita tambahnya Kalaulah jumpa untung, kita tambahnya Kalaulah jumpa dengan si jumlah, kita pun juga tambah tambahnya Dividen untung dan jumlah, semua ditambah

Melodi: Tiga Kupang Tajuk: Perpuluhan Perpuluhan ada titik, itulah tajuk kami Mari kita belajar tentang perpuluhan Persepuluh nilai tempat perpuluhan yang pertama Perseratus nilai tempat perpuluhan kedua Persepuluh untuk satu tempat perpuluhan itu Perseratus untuk dua tempat perpuluhan itu Maka tiga tempat perpuluhan itu, untuk per berapa kah jawapannya Persepuluh, perseratus diikuti dengan apa Persepuluh, perseratus diikuti perseribu Itulah nilai tempat perpuluhan yang ketiga Marilah kita belajar maksud perpuluhan Perpuluhan ada titik, itu tajuk kami Mari kita belajar tentang perpuluhan Persepuluh nilai tempat perpuluhan yang pertama Perpuluhan ada titik, itulah tajuk kami Melodi: Under the sea Tajuk: Peratus dan pecahan Peratus peratus itu, pecahan perseratus Apakah maksudnya itu, mari kita berfikir Oh empat dari seratus, berapakah peratus Oh lapan dari seratus, berapakah peratus Mari teka, oh mari kawan, mari teka, siapakah yang mahu meneka Peratus peratus ialah pecahan pada perseratus Mari kawan ku oh kawan ku, jawap bersama Oh empat dari seratus, ialah empat peratus

Oh lapan dari seratus, ialah lapan peratus Senangnya senangnya oh, maksud peratus itu kan Peratus peratus itu pecahan perseratus Mari teka, oh mari kawan, mari teka, siapakah yang mahu meneka Aiyo satu peratus itu, siapa tahu maksudnya Aiyo enam peratus, siapa tahu maksudnya Mari teka, oh mari kawan, marilah teka, siapa yang mahu Aiyo satu peratus itu, satu dari seratus Aiyo enam peratus, enam dari seratus Ingatlah oh kawan-kawan ku, jangan lupakan maksud peratus Pecahan perseratus, boleh tukar pada peratus Kalau jumpa peratus itu, tukarlah kepada perseratus Senangnya senangnya oh, maksud pada peratus itu kan Mari teka, oh mari kawan, mari teka, siapakah yang mahu meneka Peratus peratus ialah pecahan pada perseratus Mari kawan ku oh kawan ku, jawap bersama Mari teka, oh mari kawan, mari teka, siapakah yang mahu meneka Peratus peratus ialah pecahan pada perseratus Mari kawan ku oh kawan ku, jawap bersama Mari kawan ku oh kawan ku, jawap bersama Mari kawan ku oh kawan ku, jawap bersama