Anda di halaman 1dari 10

TEMA TAJUK

Semangat Perpaduan Sambutan Hari Kanak-Kanak

FOKUS UTAMA

FOKUS SAMPINGAN

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Kandungan Standard Pembelajaran

3.3 3.3.1 2.5 2.5.2

Membina dan menulis perkataan,frasa, dan ayat dengan betul. Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas. Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. Membaca,memahami dan menaakul bahan grafik dan bahan bukan grafik dengan betul.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i) Menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul. ii) Memahami dan menaakul bahan bukan grafik dengan betul.

PENGISIAN KURIKULUM

i) ii) iii)

Ilmu : Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik. Nilai Murni : Kebaikan, Kerjasama, Keakraban KBT : Kemahiran Berfikir (menjana idea), Kecerdasan Pelbagai (linguistik),

SISTEM BAHASA MEDIA

Frasa ayat Kad Imbasan,

AKTIVITI Set Induksi : 1. Guru menunjukkan gambar sekumpulan kanak-kanak bermain bola di dalam pertandingan bola sepak. 2. Guru bertanya apa yang boleh didapati pada gambar tersebut. 3. Guru menunjukkan gambar kedua iaitu gambar sekumpulan kanak-kanak sedang memasuki pertandingan mewarna. 4. Murid memberi respon terhadapa gambar tersebut. 5. Gambar yang ketiga adalah gambar seorang peserta kanak kanak memasuki pertandingan menyanyi. 6. Murid memberi respons terhadap gambar tersebut. 7. Guru menerangkan apabila tiba hari kanak-kanak, gambar berkenaan adalah contoh pertandingan dianjurkan semasa hari kanak-kanak berlangsung. 8. Guru menerangkan tentang tajuk pada hari ini iaitu sambutan hari kanak-kanak.

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

KBT : Kemahiran berfikir interpersonal

BBM : Gambar. (rujuk lampiran 1)

Langkah 1 : 1. Guru meminta murid membuka buku teks Bahasa Malaysia pada halaman 58. 2. Guru menyuruh murid membaca secara beramai ramai. 3. Guru menerangkan cara penggunaan bahasa yang betul pada setiap ayat. 4. Murid menyambung bacaan kepada yat kedua. 5. Guru mengulang cara yang sama iaitu menerangkan tentang susunan ayat yang betul dalam penggunaan penulisan bahasa Malaysia. 6. Murid meneruskan bacaan kepada ayat seterusnya. 7. Kemudian, guru bertanya kepada murid tentang susunan ayat sama ada betul ataupun salah. 8. Guru memperbetulkan sekiranya berlaku kesalahan daripada murid. NIlai : Bertanggungjawab Kerja sama Mendengar arahan KBT : Kemahiran berfikir Menganalisis Kemahiran lisan

BBM : Buku Teks Bahasa Malaysia (halaman 58)

Langkah 2 : 1. Guru memperkenalkan dengan permainan orang gantung 2. Guru menerangkan cara cara untuk permainan orang gantung tersebut. 3. Permainan ini akan dilangsungkan di dalam 3 pusingan. 4. Murid diberi kepada 5 kumpulan. 5. Setiap kumpulan perlu memlih satu huruf konsonan bagi satu pusingan. 6. Huruf yang tiada dalam permainan akan diberikan penalty orang gantung. 7. Apabila sesebuah kumpulan dikenakan 5 penalti, kumpulan tersebut dikira kalah. 8. Kumpulan yang dapat selesaikan permainan akan dikira menang. Nilai : Kerjasama Sepakat Berkeyakinan KBT : Kemahiran Berfikir Kemahiran Lisan BBM : Papan Hitam orang gantung (rujuk lampiran)

Langkah 3 : 1. Guru memaparkan satu perenggan karangan kepada murid. 2. Guru menyuruh murid membaca perenggan tersebut secara bacaan kuat. 3. Apabila murid selesai, guru memilih murid secara rawak untuk menerangkan apa yang mereka faham tentang perenggan tersebut. 4. Guru membetulkan setiap kesalahan murid. 5. Guru menyuruh murid membaca sekali lagi tetapi secara dalam kaedah bacaan senyap. 6. Guru sekali lagi memlilih secara rawak tentang apa yang mereka faham tentang perenggan tersebut. 7. Guru membetulkan sekiranya murid membuat kesalahan. Pentaksiran : 1. Guru menyebarkan lembaran kerja. 2. Murid perlu mengisi tempat kosong pada lembaran kerja tersebut. Pemulihan : 1. Guru memberikan dua perenggan ayat. 2. Murid perlu mencari isi penting dan terjemahkan di dalam jadual. Lembaran Kerja 2 Nilai : Kerjasama KBT : Kemahiran Muzik Kinestetik Kreativiti BBM: Gitar

Lembaran Kerja 1

Pengayaan : 1. Guru memberi satu perenggan ayat. 2. Murid perlu meneliti sama ada mempunyai kesalah atupun tidak.

Lembaran Kerja 3

Lampiran 1.

LEMBARAN KERJA 1

Arahan :Pilih kata hubung yang sesuai untuk menyambung 2 ayat tersebut.

1. Abu Ahmad menolong orang buta melintas jalan. 2. Ali hendak menolong ibunya . Badannya amat sakit. 3. Muizz membuat kopi .. ibunya. 4. Shazlan berjalan .......... makan aiskrim. 5. Rosli minum air . menunggu bapanya pulang.

dan

atau

sambil

sementara

tetapi

LEMBARAN KERJA 2

Arahan ;Tengok ayat di bawah.pastkan sama ada ayat majumuk itu betul ataupun salah.sila tandakan ( ) bagi betul dan ( ) untuk salah.

1. Ayah menyabut rumput dan menyapu sampah 2. Ibu memasak nasi sambil makan tengah hari. 3. Ali menolong jirannya membuat rumah atau membuat pagar. 4. Abu tidak pasti Yusuf atau Khairul memanggilnya. 5. Nizam membeli ikan untuk dijaga.

LEMBARAN KERJA 3 Arahan :Kenal pasti ayat di bawah sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk

Badrol dan Muhaimin bermain bola. Lingam suka tolong orang. Amin cium tangan ibunya. Saya menaiki teksi untuk pergi ke rumah Salim.

Syukri tunduk apabila hendak lalu dihadapan cikgu.