Anda di halaman 1dari 18

1

USRAH WADAH PENDIDIKAN : PENGAPLIKASIANNYA MELAHIRKANINSAN


TERPELAJAR DANTERDIDIK

Oleh:
Norsaadah binti Din @ Mohamad Nasirudin
Jabatan Usuluddin, Akademi Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
No tel:0193539510
E-mail: norsaadah@kuis.edu.my


Yusni bin Mohamad Yusak
Penolong Pengarah Kanan
Bahgian Pembangunan Dan Penilaian Kurikulum
Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi
No tel: 019-2200649
Email:yusni@mohe.gov.my


Muhamad Fadzil bin Abd Manap
Diploma Usuluddin, Akademi Islam, KUIS
No tel : 017 2722494
Email: Fadil_manap@yahoo.com

Abstrak
Sistem pendidikan hari ini perlu mengalami tranformasi apabila dilihat gagal melahirkan
insan tadibi kerana dinilai melalui faktor luaran yang mengikut pandangan Eurocentrism
tanpa menilai sahsiah rohani seseorang.Orientasi peperiksaan dan menilai prestasi pelajar
berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan belum mampu mengembalikan pendidikan
menurut falsafah tasawwur Islam melalui Islam as Core yang menjadi kanvas
kurikulumAllah SWT.Justeru kertas kerja inimembincangkan kepentingan program usrah
sebagai kurikulum rasmidi segenap institusi pendidikan sebagai wadah pembentukan insani
dengan menumpukan komponen utama dalam usrah iaitu pembimbing usrah (naqib), modul
dan silibus, penilaian usrah dan penglibatan tenaga pengajar dalam program tersebut.

Kata kunci: Usrah,Wadah Pendidikan,Aplikasi Insan Terpelajar danTerdidik

2

PENDAHULUAN

Pendidikan semestinya menekankan kepada makna dan tanggungjawab pendidik terhadap
fitrah asalnya iaitu melahirkan insan beradab yang berdaya fikir, kreatif, kritis dan inovatif
dan bukan sekadar menjadi penyampai kurikulum (curriculum delivery).Sistem
diperkuatkan dan berorientasikan bukan sekadar peperiksaan dan menilai prestasi pelajar
berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan, bahkan mengambil kira aspek sahsiah pelajar
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu falsafah tentang manusia yang
berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama.Falsafah pendidikan ini bertujuan untuk
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial
(Muhammad Nordin, 2011; Anon, 2011).

Terdapat pelbagai wasilah pendidikan yang boleh membawa kepada kesempurnaan
pentarbiyahan peribadi muslim dan membentuk persefahaman yang mendalam kepada
manhaj Islam (Annuar Saleh. 2000). Dalam wasilah khusus, usrah adalah unit asas dan
tulang belakang dalam pendidikan Islam bagi membina semula keperibadian ummah
sejagat.

PENGERTIAN USRAH

Epistimologi perkataan usrah berasal dari kalimah Arab ( ) yang bermaksud
keluarga.Kamus Dewan Edisi Ketiga menyatakan usrah ialah perkumpulan yang melibatkan
3

kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk dan sebagainya (Kamus Dewan
2005:1783).Manakala di dalam kamus al-Munjid fi al-Lughatu wa al-Alam,( ) adalah
mufrad kepada iaitu satu perkumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.
Manakala dari sudut istilah sebagaimana pandangantokoh gerakan Islam Al-Syahid Hassan
al-Banna (1906-1949), melihat usrah sebagai satu kelompok kecil manusia yang beriman
dengan Islam, yang berusaha tolong-menolong sesama sendiri untuk memahami dan
menghayati Islam, mempertingkatkan ilmu dan amal dengan menghindari maksiat dan
permusuhan.

Usrah disusun bermatlamatmenghampirkan diri kepada Allah, merapatkan
ukhuwwahIslamiyah, memelihara dan menghubungkan diri sesama manusia dan alam,
mendalami fardu ain, meluaskan fahaman terhadap Islam, memberi galakan serta bimbingan
dalam ibadah kepada ahli usrah, meledakkan potensi diri yang sebenar,merawat unsur negatif
diri, menanam rasa bangga terhadap Islam,melaksanakan intima dan wala kepada
organisasi, mengkaji dan merawat halangan individu beramal, mendalami ilmu fiqh dakwah
serta meningkatkan penguasaan organisasi luar dan dalam. Prinsip-prinsipnya adalah
berdasarkan kepada al-Quran dan al-Hadith dan yang digariskan oleh ulama melalui ijmak
dan qias (Ahmad Munawar et. al, 2005; Arifin, 2012) .

Melalui pentakrifan usrah di atas dapat disimpulkan bahawa usrah adalah sekumpulan ahli
yang terdiri daripada kuantiti yang kecil sekitar 3-10 orang berkumpul (smart circle)
bertujuan membinakeperibadian muslim yang seimbang duniawi dan ukhrawi dengan
dipimpin oleh seorang ketua atau naqib.
4

Matlamat ini sejajar dengan firman Allah SWT :
.!-._lsl_1`.l.!-._ls..`-l1.<|<.,.:,!1-l_
Maksudnya:
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.Dan
bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi
sesiapa yang melanggar perintahNya).
Surah Al-Maaidah 5:2

Manifestasi semangat usrah ini perlu dibawa dan diletakkan ke center stage semula atau
menjadi awlawiyat sebagai wadahpendidikan Islam. Pelbagai pelan pemerkasaan usrah perlu
dilaksanakan di semua peringkat sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah,
institusi pengajian tinggi awam mahupun institusi pengajian tinggi swasta merangkumi usaha
dengan menghidupkan usrah-usrah unit yang telah lama mati, meneroka peluang usrah-
usrah baru, mengkreatifkan pendekatan usrah dan mendalami akan keberkesanan silibus
usrah (Syed Mikael, 2005).

RINGKASAN SEJARAH PERKEMBANGAN USRAH

Pada zaman Rasulullah SAWtidak wujud istilah usrah namun sejarah bermula sebelum
kedatangan Islam ke negara Arab.Orang-orang Arab Jahiliyyah hidup dalam keadaan yang
penuh dalam kegelapan.Mereka mengamalkan kepercayaan syirik dan penyembahan tuhan-
tuhan palsu.Orang-orang kaya mengamalkan sikap menindas golongan miskin.Mereka telah
lupa ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.Begitu juga dengan
5

ajaran Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS. Mereka telah mencampur-adukkan ajaran Allah SWT
dan Rasul dengan ajaran yang lain.

Setelah Nabi Muhammad SAW diangkat sebagai Rasulullah, baginda telah menjalankan
dakwah secara berperingkat-peringkat iaitu secara sembunyi-sembunyi (dikhususkan kepada
kaum keluarga dan sahabat yang terdekat) dan secara terang-terangan (dakwah kepada
masyarakat).

Pendekatan ini mula dikenali sebagai usrah oleh pendokong mujaddid gerakan Islam
Ikhwanul Muslimin al-Syahid Hasan al-Banna kerana melihat kepada pendekatan dakwah
Rasulullah SAW.dengan mengumpulkan kelompok yang kecil yang bermula dari keluarga
terdekat dan seterusnya kepada masyarakat sejagat.

Pembentukan usrah yang pertamadilakukan di Darul al-Arqam iaitu di rumah al-Arqam bin
Abi al-Arqam, Rasulullah SAWmengajar mereka yang hadir setiap ayat al-Quran yang baru
diturunkan. Kemudian dihafal serta diberi huraian yang jelasbertujuan memberi kefahaman
yang tepat kepada para sahabat tentang maksud sesuatu ayat yang diturunkan.Pendekatan ini
dilakukan Baginda SAW bagi memudahkan para sahabat dan umat Islam mempraktikkan
saranan al-Quran dalam ibadat dan kehidupan seharian.

Di dalam dakwah Rasulullah SAW., baginda mengibarkan panji-panji risalah tauhid, untuk
menegakkan keadilan dan kebenaran bagi mencapai kebahagian di dunia dan di
6

akhirat.Baginda menekankan di dalam diri umat Islam roh ubudiyyah bagi menjadikan
umatnya hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.Baginda menanamkan roh
optimis yang menjadikan umatnya tidak putus asa dalam melaksanakan tugas-tugasnya demi
menegakkan kalimah Allah Taala. Selain itu juga di dalam dakwah, baginda menamakan roh
jiwa bertanggungjawab terhadap apa yang telah dipertanggungjawabkan, sanggupmenerima
risiko dalam perjuangan dan tidak mudah putus asa dalam menyebarkan dakwah Allah
Taala.

Baginda menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti ikhlas, baik hati, amanah
bertanggungjawab, bersikap benar, berani dan sebagainya dalam diri para sahabat. Antara
dalil yang menunjukkan kepentingan kedudukan akhlak yang tinggi, firman Allah Taala:
|,l>,s`..._,.|_l-l_l>,Ls_
Maksudnya :
Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala-pahala yang amat besar yang tidak putus-
putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam).Dan bahawa sesungguhnya engkau
mempunyai akhlak sangat-sangat mulia.
Surah al-Qalam 68:3-4

Dalam pentarbiyahannya, baginda melaksanakan program-program akhlak yang berterusan
melalui contoh-contoh sifat mulia nabi-nabi terdahulu yang diceritakan di dalam al-Quran
dan melalui qudwah hasanah baginda sendiri. Rasulullah SAW. merupakan contoh utama dan
ikutan yang baik bagi semua umat Islam.

7

Pada keseluruhannya, pentarbiyahan secara kelompok atau berkumpulan yang dilaksanakan
oleh Rasulullah sangat berkesan dalam penyampaian ilmu. Selepas kewafatan baginda, para
sahabat meneruskan perjuangan dakwah sama seperti apa yang dilakukan oleh baginda
Rasulullah SAW. dengan mengumpulkan umat dalam kelompok yang kecil dan seterusnya
kepada kelompok yang besar (Anon, 2001).

PELAKSANAAN USRAH DI INSTITUSI PENDIDIKAN

Usrah merupakan satu aktiviti kurikulum penting yang perlu disusun bagi mempersiapkan
semua anggota di institusi pendidikan sama ada dari kalangan pelajar, guru, pensyarah
mahupun pegawai pentadbiran dengan fikrah dan kualiti di bidang sahsiah dan kepimpinan
yang mampu memenuhi aspirasi agama, bangsa dan negara. (Asfarizan, 2009)Ia perlu
dirancang dan dikendalikan dengan sistematik. Hasil pemerhatian dan
pembacaanpenulisprogram usrah yang jalankan adalah mengikuti konsep usrah yang
diperkenalkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Ikatan Usrah atau Keluarga antara semua anggota di institusi pendidikan menjadi
contohdenganmemperkuat dan meninggikan mutu Ukhuwah atau Persaudaraan di antara
sesamamereka.Mereka perlu memandang berat serta bersedia untuk menjadi batu-bata yang
sihat lagi berguna kepadabangunan keluarga bentukan yang mulia; iaitu Usrah Islamiah
atau Keluarga Islam.Rukun usrah itu tiga perkara yang harusdipelihara dan diambil berat
untuk bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan usrah tersebut tidak semata-mata
8

menjadi suatu beban yang tidak mempunyai sebarang erti.Iamesti dipatuhi dan difahami oleh
ahli dalam kumpulan. Rukun tersebut ialah:

1. At-taaruf (Berkenalan):
Ahli dalam kumpulan usrah hendaklah menganggap semua ahli sebagai saudara kandung
sendiri dan berusaha menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada
hubungan yang keruh seperti bertengkar, bergaduh, bermasam muka dan membenci. Allah
berfirman yang bermaksud: sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara

2. At-tafahum(Bersefahaman):
Rukun kedua ini menuntut persefahaman dalam kalangan ahli usrah.Menerima nasihat
dengan hati yang terbuka tanpa sebarang prasangka, berlapang dada dengan perbezaan
pendapat serta menerima kelebihan dan kelemahan seseorang adalah ciri persefahaman yang
perlu ada dalam setiapa ahli.Nabi Muhammad bersabda yang memberi maksud: agama
itulah adalah nasihat.

3. At-takaful (Bantu Membantu):
Setiap ahli usrah perlu mengamalkan sikap tolong-menolong sesama ahli.Mereka tidak
membiarkan ahli dalam kumpulan mengharungi kesusahan seorang diri.Mereka perlu
bersama-sama memikul beban yang ditanggung oleh ahli dalam kumpulan.Ia bertepatan
dengan Firman Allah dalam Surah al-Maidah: 2, yang mafhumnya: dan bertolong-
menolonglah kamu di atas kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong menolong di
9

atas dosa dan permusuhan, dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat keras
seksaannya.

Adab-adab Usrah

Bagi memelihara kelancaran usrah dan mencapai segalamaksudnya, setiap ahli perlu
mematuhi adab-adabusrah seperti berikut:
1. Ikhlaskan niat
2. Hadir tepat pada waktu yang ditetapkan
3. Memberikan tumpuan semasa usrah
4. Melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik
5. Berkongsi ilmu dan kefahaman
6. Mendengar dan menghormati pandangan ahli lain dengan sikap lapang dada
7. Memberikan pandangan dengan sopan dan tawaduk
8. Bertanya khabar sahabat seusrah
9. Mencatit segala maklumat dan ilmu
10. Memohon keuzuran sekiranya tidak dapat hadir
11. Tutup majlis dengan doa kaffarah

Kualiti usrah yang cemerlang dan berkesan

Program usrah yang berkesan merupakan wadah tarbiah yang membantu meningkatkan
prestasi setiap ahli usrah sama ada sebagai pelajar, guru, pensyarah mahupun pegawai
pentadbiran dalam organisasi, masyarakat dan negara. Ini kerana setiap aktiviti dirancang
secara kreatif dan inovasi untuk memahami, mengaplikasi dan menghayatiprinsip asas aqidah
Islam, ibadah, akhlak dan dakwah Islam. Antara teknik meningkatkan kreativiti usrah iaitu:
10

1. Merancang pengurusan pertemuan dari aspek objektif , masa yang tertentu dan
kandungan usrah bersesuaian dengan tahap pemikiran ahli
2. Menggunakan kebolehan dan kelebihan ahli
3. Bermuzakarah
4. Kajian masalah/ buku
5. Rehlah
6. Lawatan
7. Berbuka puasa secara berjemaah
8. Perkhemahan
9. Qiamullail bersama

Aturcara Usrah Yang Disarankan

1. Muqaddimah- Naqib membuka majlis dengan kata-kata aluan, bacaan al-Fatihah,
suntikan motivasi (agar peserta rasa kehadiran mereka sebenarnya menguntungkan)
ataupun lain-lain yang dirasakan sesuai. Fadhail amal sangat sesuai sebagai pembuka
langkah. Sangat baik jika naqib mengimbas kembali dapatan-dapatan penting dalam
usrah sebelum ini sebagai pengukuhan.

2. Tilawah - Setiap ahli membaca sejumlah ayar al-Quran secara menatapnya sambil
disaksikan oleh ahli-ahli lain. Ayat-ayat ini dibaca bersambung-sambung bermula dari
surah al-Baqarah dan seterusnya. Selepas semua tamat membaca, perbincangan
dibuka, pembetulan dan pemurnian bacaan akan dilakukan bersama-sama
terutamanya oleh naqib ataupun ahli yang ada ilmu tajwid.

3. Tadabbur - Naqib ataupun ahli yang tahu akan menyentuh satu dua ayat yang sudah
dibaca dalam tilawah tadi dan menghuraikannya ataupun memberi apa-apa refleksi
tentangnya. Perbincangan dibuka.

11

4. Hafazan - Setiap yang ada mempamerkan hafazan mereka sambil disemak oleh yang
lain, sama ada ayat-ayat pilihan sendiri ataupun ayat-ayat yang telah dalam silibus
usrah

5. Tazkirah - Satu ataupun dua orang ahli yang sampai gilirannya akan menyampaikan
tazkirah masing-masing sebagai satu latihan dan perbincangan dibuka.

6. Pengisian - Naqib menyampaikan bahan utama usrah sama ada bahan pilihannya
sendiri, bahan yang dipersetujui bersama ataupun lebih baik adalah bahan yang ada
dalam sukatan/ silibus usrah. Contohnya buku-buku tertentu, bahan bercetak, kitab
tafsir seperti Fi Zilalil Quran ataupun bahan-bahan utama lain. Oleh kerana masa
berusrah terhad, bahan utama ini boleh diselang-selikan pada setiap minggu serta
perbincangan dibuka.

7. Hal-hal lain - Naqib mengumumkan info terkini dunia. Setiap ahli boleh meluahkan
apa saja yang berkaitan seperti isu semasa, hal ehwal usrah, perkongsian masalah,
perancangan program dan sebagainya.

8. Penutup - Peringatan-peringatan ringkas, tarikh usrah akan datang dan rumusan usrah
kali ini oleh naqib. Ditutup dengan Tasbih Kifarah dan surah al-Asr.




PENGISIAN/
MASA
ISI KANDUNGAN KAEDAH PELAKSANAAN CATATAN

Muqaddimah
(5 minit)

Umum

1. Naqib menanyakan seorang ahli
tentang isi-isi penting perbincangan
tajuk minggu terdahulu.


12

2. Naqib memberitahu, tajuk
perbincangan hari ini adalah adab
dengan guru.


Pembentangan
tajuk
(20 minit)

Guru Menurut Perspektif
Islam

- Guru mempunyai
kedudukanmulia dalam Islam.
- Guru dianggap mulia kerana
memiliki ilmu dan beramal
dengannya dan
menyampaikannya.


1. Naqib meminta seorang ahli
membaca Surah Fatir ayat 28 dan
terjemahan maksud ayat.

2. Naqib menghuraikan pengajaran
ayat tersebut.




Tatacara Adab Pelajar Dengan
Guru

- hormati dan kasihi guru
- menyambut kedatangan guru
dengan baik
- memberi salam, mendoakannya
- tidak berbual dan melakukan
kerja lain ketika guru mengajar
- meminta izin untuk bertanya
atau mencelah
- tidak memusuhi guru dan
sebagainya


1. Naqib meminta ahli secara rawak
untuk enyenaraikan tatacara adab
pelajar dengan guru.

2. Naqib juga bertanya tentang
apakah adab-adab sebagai murid?


Perbincangan
tajuk
(15 minit)

Kesan Tidak Beradab Dengan
Guru

- mendapat dosa
- dibenci guru
- ilmu tidak berkat
- gagal dalam pelajaran


1. Naqib menanyakan setiap ahli
usrah tentang kesan-kesan tidak
beradab beradab dengan guru.

2. Naqib bertanya peranan mereka
apabila terdapat kawan-kawan yang
tidak beradab dengan guru.



Perbincangan
semasa
(15 minit)

Aktiviti Sampingan Usrah

- membuat kad ucapan khas Hari
Guru usrah dan memberikannya
kepada semua guru
- menziarahi bekas-bekas guru
sekolah yang sudah bersara
bersama-sama

Muhasabah

1. Naqib meminta pandangan ahli
usrah tentang aktiviti yang boleh
dilakukan untuk menunjukkan
penghargaan kepada guru.

2. Naqib membuka ruang kepada
sebarang persoalan yang ingin
diutarakan berhubung dengan adab
dengan guru.

3. Naqib mengajak ahli untuk
bermuhasabah agar sentiasa menjaga
adab dengan guru?

4. Naqib memperingatkan ahli untuk
berjumpa dengan guru dan
memohon maaf seandainya terdapat
kesilapan atau sekiranya pernah
melanggar adab terhadap guru.


13


Penutup
(5 minit)

Kesimpulan
- guru adalah insan yang mulia
kerana mengajarkan kita ilmu
- beradab dengan guru adalah
adab yang palingutama dalam
menuntut ilmu

1. Naqib memberikan kesimpulan
perbincangan.

2. Naqib mengingatkan semua ahli
usrah agar dapat beramal dengan
adab dengan guru.

3. Sesi perjumpaan diakhiri dengan
kaffaratul majlis.



Jadual 1: Contoh pelaksanaan usrah pelajar
Sumber: Sukatan Usrah Badar dan Bidayatul Hidayah Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama(SMKA) Sheikh Haji Mohd Said

Pelaksanaan modul program usrah telah diberikan kepada para naqib dan naqibah sebagai
panduan untuk mereka menjalankan usrah.Berdasarkan pelaksanaan program usrah tersebut
ia memenuhi ciri sesebuah program menurut Joint Committee Standards iaitu satu set aktiviti
yang dirancang secara sistematik, menggunakan sumber, mencapai matlamat yang
ditentukan, berkaitan dengan keperluan tertentu, penglibatan individu dan beberapa
kumpulan, dalam konteks yang tertentu serta mempunyai dokumen tentang hasil dan impak
sesuatu program.

Penglibatan pihak pentadbir, guru pembimbing, para naqib dan naqibah, sukatan usrah,
modul pelaksanaan usrah serta penilaian usrah merupakan aspek penting yang menjadikan
program usrah berjalan seperti yang telah dirancang. Justeru, keperluan untuk menilai
program dengan menggunakan model penilaian program terutamanya penilaian pemantauan
(monitoring evaluation) amat sesuai dijalankan bagi program yang telah mantap dan program
tersebut masih lagi berjalan. Penilaian ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa
sesebuah program tersebut berada pada landasan yang betul dan ia juga adalah asas untuk
perbaikan kecil program (Muhammad Nordin, 2011).
14


HASIL PENGAPLIKASIAN USRAH

1. Muroqabah : Menghayati Amalan Kerohanian
Usrah seharusnya dimulakan dengan merapatkan diri kepada AllahSWT. Usrah yang terbaik
adalah usrah yang disertai dengan solat fardu berjamaah kerana terbukti hati-hati ahli usrah
akan terikat. Kajian saintifik juga telah membuktikan solat berjamaah mampu memusatkan
pemikiran, tenaga dan kasih sayang setiap ahli jamaah, sehinggakan kesemua rasa susah,
senang di kalangan ahli usrah akan dikongsi bersama. Solat jamaah juga boleh bertindak
sebagai zon ketenangan atau zon untuk setiap insan kembali berkumpul, berkongsi kekuatan
dan semangat daripada asakan dunia.

Selain itu usrah boleh dimulakan dengan iftar jamaiy, atau majlis berbuka puasa.Ini juga
satu entri kerahmatan Allah yang amat besar. Dengan komitmen berpuasa bersama-sama,
contoh terbaik adalah pada hari Isnin dan Khamis, semua ahli usrah akan berkongsi
kepayahan berpuasa, menahan diri bersama dan kemudiannya berbuka puasa dengan jamuan
yang sekadarnya. Doa berbuka puasa juga boleh disulam dengan pengharapan agar Allah
memperkukuh kembali ukhuwwah yang longgar dan memperbaharui ruh yang kental.

Setelah selesai solat Maghrib berjamaah, bacaan al-Mathurat wajar mengambil
tempat.Walaupun waktu bacaan yang paling awla untuk Mathurat adalah selepas solat Subuh
dan Asar, namun atas kekangan masa, selepas solat Maghrib juga adalah amat
15

digalakkan.Impak Mathurat jika diamati dengan teliti, membawa kesan yang mendalam pada
jiwa kepada seorang insan.

2. Munaqashah : Menghayati Budaya Ilmu
Usrah yang sudah dimulakan dengan muroqabah, wajar disambut dengan munaqashah, iaitu
agenda menghayatiilmu bukan hanya mempelajari ilmu. Tidak sekadar dihadkan kepada
tafsiran ayat-ayat yang tipikal, pembacaan hadith dengan gaya klasik, ruh ilmu di dalam
usrah juga perlu dengan cara dan penyampaian ilmu yang baru dan menarik, penuh
komitmen, bertenaga dan yang terpenting berkaitan dengan realiti kontemporari. Natijahnya,
ahli usrah akan terlonjak semangatnya untuk terus menekuni dan menjiwai ilmu-ilmu yang
disampaikan di dalam usrah. Ilmu di dalam usrah amat memerlukan agenda re-branding
untuk meraikan idealisme generasi muda yang sentiasa mahukan pembaharuan pada hari ini.
Dalam kata lain, isi (content) ilmu di dalam usrah harus diperteguhkan, manakala dalam masa
yang sama cara penyampainnya (delivery) juga harus menarik.

3. Muhasabah : Memahami dan Melibatkan Diri dengan Isu Semasa
Ini adalah persiapan terpenting yang perlu ada pada setiap ahli usrahsebelum beraksi di
medankehidupan realiti. Usrah perlu jadi one-stop center untuk menjadi ruang perkongsian
berita yang punya nilai.Berita-berita dan perkembangan perlu merangkumi radius tempatan
dan antarabangsa.Setiap berita yang dikongsikan juga perlu disaring agar memberi agenda
bertindak dan bukan hanya agenda untuk sekadar tahu.

16

4. Mujahadah : Menghayati Ruhul Jihad Fisabilillah

Budaya mujahadah dipilih untuk menduduki tempat kesempurnaan tertinggi di dalam institusi
pendidikan.Setiap anggota diminta agar memberi yang terbaik untuk Islam,bukan sisa-sisa
daripada kita untuk Islam.Kata-kata hikmah dari seorang ulama berkata; Andai kamu beri
separuh masa kamu pada Islam, akan lahirlah Islam itu Islam Separuh, tetapi jika kamu
memberikan seluruh masa kamu untuk Islam, akan lahirlah Islam itu, Islam Sempurna.

Faham jihad yang dilatari dengan mesej bersungguh-sungguh untuk agama, wajar diarus-
perdanakan dalam institusi pendidikan hari ini.Jiwa bersungguh-sungguh berkorban pada
agama ini juga sebenarnya yang mahu ditanam di dalam setiap penghujung usrah.

Peranan naqib memberi kata-kata semangat dan titipan keperihatinan pada waktu penutup
setiap usrah inilah, yang seringkali dilihat menjadi decisive factor atau faktor penentu yang
bakal menegapkan komitmen dan keazaman setiap ahli usrah untuk hadir ke usrah
seterusnya, dan bukannya rasa terbeban dengan pelbagai masalah dunia untuk
menghadirinya.

Usrah yang mempunyai ruh jihad fi-sabilillah ini juga, harus ditutup dengan doa yang
masyhur iaitu doa Robitah. Doa yang dibacakan oleh naqib dan diaminkan oleh setiap ahli
usrah ini, mampu jadi ikrar untuk terus sama-samadalam masa senang atau susah.

17

KESIMPULAN

Usrah dan pendidikan itu amat saling berkaitan dan memberi kekuatan bagi sesebuah institusi
pendidikan. Usrah merupakan program peningkatan sahsiah yang unggul dalam melatih
seorang insan menghayati cara hidup Islam. Pendedahan awal tentang kepentingan tauhid
kepada Allah,menjadikanRasulullahsebagairolemodel
sertamemahamiperjuangandakwahNabi Muhammad SAW memberikan panduan dan
pedoman dalam menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran.Sesungguhnya keberkesanan
program usrah bergantung sepenuhnya kepada komitmenyangditunjukkanolehsemuayang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program tersebut.Justeru, usrah adalah
sesuatu perkumpulan manusia yang mampu memberi perubahan dan terus dirahmati dalam
agenda mengangkat martabat insan terpelajar dan terdidik ruhnya.

RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim
Ahmad Munawar, Nor Saleha, Zulkefli, 2005.Aplikasi Falsafah Pendidikan Islam dalam
Pendidikan Usrah di Kolej Iniversiti Islam Selangor.Kerja kerja prosiding Wacana
Pendidikan Islam (siri 4). Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
Annuar Saleh. 2000. Konsep Siyasah Syarieyah Dalam Harakah Islamiah.Selangor. Teras
Bakti. Hlm.141.
Anon. 2001.Usrah Menjana Mahasiswa Muttaqi. Siri 3.Selangor. Bahagian Pembangunan
Mahasiswa. Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor.
Anon. (Khamis Oktober, 2011).KUIS Sasar Lahir Insan. Keluaran Khas Berita Harian.
Arifin Hasan.2012. Konsep Usrah Yang Sebenar.PDN Resources (M) Sdn Bhd.
Selangor:Ampang.
Asfarizan, M. (2009, Februari 14).Program Usrah Pelajar. Retrieved Jun 3, 2012, from
SMKA Bandar Penawar: http://smkabpenawar.bpi.edu.my/example-pages/166-
program-usrah-badar.html
18

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus al-Munjid fi al-Lughatu wa al-Alam.
Muhammad Nordin, Jamil, Ab Halim Tamuri. (2011). Pelaksanaan Program Usrah Badar di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN)
IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara (pp. 514-517). Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Syed Mikael Rizal Aidid. 2005.Usrah Sebagai Pemangkin Budaya
Gerakan.http://www.mndamadani.my/content/view/217/2/
Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. 2007. Abdullah Basmeith. Kuala
Lumpur: Jabatan Pemajuan Islam Malaysia (JAKIM)