Muharram ( )محرّمadalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada
asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT
melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan
ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa
terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan
Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan
kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya
melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru
Islam (Kalendar Hijriah).
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan
memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada
hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan
10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari
Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa
yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka
seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan
perut mereka.
Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain
hari.
1.
Peristiwa 10 Muharram
10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa
penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi
menegakkan keadilah dan kebenaran.
Peristiwa lain
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata; Hari Assyuuraa' ialah
hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari
perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan
terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana
itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.
Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah,
mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka
tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani
Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini".
Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi
SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.
Abul Laits berkata; Dinamakan Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan
Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah
memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;
Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa'. Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari
Assyuuraa' kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat
ini. Bulan Rejab. Allah menjadikannya sebagai kemuliaan nagi umat ini dan
melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.
Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah diberikan kepada
umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka. Di bawah ini ada
beberapa terjemahan hadith untuk panduan kita bersama;
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa
sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat
sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)
Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang berpuasa
pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada
hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar)
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa
hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang
akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda,
"semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada
hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda
juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".
(SahihMuslim)
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang
yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka,
"Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh
mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak
daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain
berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh
Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi
Digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa
akhir (akhir Zulhijjah) dan awal tahun (awal Muharram).
Selepas sholat subuh pada 1 Muharram digalakkan kita membaca Ayatul Kursi
sebanyak 360 kali dengan membaca Isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali
bacaan. Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya, akan diberikan keselamatan
dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki. Sesudah selesai
hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.
Berkata para ulama' salaf, empat belas (14 ) malam yang afdhal dihidupkan:
"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari
berpuasa."
"Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu
ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan
dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"
"Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH
melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."
"Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram
dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram"
.
Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat
mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram di alaf baru ini dengan cara
sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Anbiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang-
orang Sholihin. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas dalam kontek
kita mendekat diri dengan sumber segala kekuatan, keindahan, kasih sayang dan
kebahagiaan daripada Allah SWT, Insya –Allah
Wallahu Alam.
6