Anda di halaman 1dari 2

Pentaksiran elemen iltizam dinilai berdasarkan dua Aktiviti Pentaksiran elemen iltizam dalam bentuk aktiviti bertujuan untuk

mentaksir pengalaman, penghayatan dan keterlibatan yang bersungguh-sungguh calon dalam aktiviti yang dipertanggungjawab. Aktiviti 1 Tugasan Harian (a) Calon dikehandaki membuat tugasan seperti menulis karangan, menulis laporan hasil kerja amal, mendapatkan maklumat dari pusat sumber, membuat rencana tentang kegiatan sosial masyarakat dan lain-lain berhubung dengan pembelajaran Pendidikan Moral. (b) Tugasan yang diberikan hendaklah berasaskan nilai yang hendak dikesan dan dikaitkan dengan isu-isu semasa. (Mestilah masukkan sekurang-kurangnya 2 nilai moral dan digariskan). (c) Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan moral. (d) Penulisan untuk tugasan harian ini boleh dijalankan pada bila-bila masa. (e) Setiap tugasan mestilah dibuat pada kertas A4 dan ditulis lebih kurang 250patah perkataan. (f) Calon hendaklah mendokumentasikan sekurang-kurangnya 8 hasil tugasan harian yang terbaik dan dijadikan folio. Contoh Isu isu pencemaran alam isu penderaan pembuangan bayi masalah keruntuhan akhlak masalah disiplin pelajar Aktiviti 2 Kerja Amal Calon dikehandaki melibatkan diri dalam empat aktiviti Kerja Amal yang berkaitan dengan tiga bidang pembelajaran Pendidikan Moral iaitu: BIDANG Perkembangan Diri Kekeluargaan Alam Sekitar BILANGAN AKTIVITI 1 aktiviti 1 aktiviti 2 aktiviti

Calon dikehendaki melampirkan satu sijil penghargaan /surat perakuan yang sah dan satu gambar setiap aktiviti atau apa-apa bahan yang boleh dijadikan bukti penglibatan Kerja Amal yang telah dilakukan. Tulis laporan sahaja tidak diakui membuat kerja amal. Contoh kerja amal:perkembangan diri

-aktiviti kokurikulum (sukan / persatuan) -Pembimbing Rakan Sebaya ( mengajar kawan ) -ceriakan papan kenyataan sekolah -membaikpulih perabot sekolah -mengumpul bahan bacaan untuk perpustakaan -perkhemahan -membuat kerja bakti di rumah kebajikan -keceriaan kelas Bidang Kekeluargaan Sambutan hari jadi sediakan, bersihkan tempat. Melancong bersama keluarga bawa beg, sediakan makanan, aktiviti menyediakan tapak berkelah Sambutan hari ibu bapa sediakan kek, tempat dll Majlis perkahwinan Membantu anggota keluarga membuat kerja rumah Contoh: bersihkan rumah, bersihkan pinggan mangkuk Alam Sekitar Gotong Royong Kitar semula Menceriakan / mengindahkan / mencantikkan kawasan kediaman . Memelihakan & memulihkan taman mini sekolah Membersihkan taman rekreasi

Kerja-kerja amal lain yang memberi kebaikan untuk kepentingan keluarga dan masyarakat. Cara Menyediakan Penilaian Folio (a) Pendokumentasian folio mesti mengikut cara berikut: (i) Kulit folio Kerja kursus Pendidikan Moral SPM (1225/2) Tahun _ Nama: Nombor Kad Pengenalan: Angka Giliran: (ii)Isi kandungan [ muka surat 1] -Tajuk Tugasan [8] -Tajuk Aktiviti [4]