Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH SARIBAS DEBAK, SARAWAK

KERTAS KERJA

PROGRAM KECERIAAN/ GALAKAN MEMBACA PUSAT SUMBER


2013

PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH SARIBAS, 95500, DEBAK SARAWAK PROGRAM PEMBANGUNAN/ KECERIAAN/ GALAKAN MEMBACA PUSAT SUMBER 1. PENGENALAN Pusat Sumber Sekolah merupakan tempat yang menjadi sumber kepada warga sekolah untuk menambahkan maklumat juga sebarang informasi tambahan kearah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Saribas, menyediakan perkhidmatan untuk membaca dan meminjam buku serta alatan bantu mengajar untuk para murid dan guru. Dengan adanya Program Keceriaan Pusat Sumber ini, diharapkan , lebih banyak buku dan bahan yang dapat disediakan untuk kegunaan para pelajar dan guru disamping keadaan pusat sumber yang lebih selesa dan kondusif. 2. VISI PUSAT SUMBER Pusat Sumber adalah salah satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan semua pihak sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulum. Pusat Sumber juga dapat membantu mempertingkatkan mutu pendidikan di samping membentuk golongan murid dan guru yang berilmu, kreatif, dinamik dan berdisiplin melalui aktiviti-aktiviti yang dapat menggerakkan minda dan menjana ilmu mereka. 3. MISI PUSAT SUMBER 1. Mewujudkan satu Sumber Pelbagai Media di sekolah untuk kegunaan guru dan pelajar. 2. Sebagai pusat mengumpul dan mengedarkan segala macam maklumat dalam Teknologi Pendidikan yang boleh diperolehi dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Kementerian Pendidikan dan lain-lain. 3. Melengkapkan Pusat Sumber dengan mengintegrasikan automasi dan teknologi agar memudahkan dan mempercepatkan pengurusan dan pentadbiran Pusat Sumber Sekolah. 4. Membantu meningkatkan kualiti sekolah ke arah kecemerlangan.

4. NAMA PROGRAM : PROGRAM PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER 5. MOTO PSS : ANDA MEMBACA ANDA BERJAYA 6. MATLAMAT Menyediakan PSS yang lengkap dan selesa untuk kegunaan para pelajar dan guru untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. 7. OBJEKTIF Dari program ini dapat : Menyediakan PSS yang lebih kondusif dan menarik minat pelajar untuk lebih kerap datang ke PSS. Dapat menambahkan bahan bacaan di dalam PSS. Lebih menggalakan para pelajar untuk meminjam dan membaca buku di PSS. Prestasi para pelajar dalam segala bidang dapat ditingkatkan.

8. PELAKSANAAN PROGRAM Sepanjang tahun 9. PERUNTUKAN


Kewangan PCG

Telah dipanjangkan ke mesyuarat Kewangan 2013 supaya kewangan tersebut dapat dicairkan untuk aktiviti PSS.

10. SASARAN Semua pelajar,guru-guru dan kakitangan sekolah.

11. KEPERLUAN Bil Keperluan/ bahan 1 Pembelian bahan-bahan bacaan: Buku buku bacaan NILAM Surat khabar Majalah ilmiah Kosmik Dewan Siswa Dewan Masyarakat Ekonomi Dewan Sastera Fokus SPM RM6.50x 6 bulan = RM39 RM4.00x 6 bulan = RM24 RM6.00x 6 bulan = RM36 RM7.00x6 bulan = RM42 RM6.50x6 bulan = RM39 RM7.00x6 bulan = RM42 RM3000 Anggaran kos RM5244.80 RM218 x 8 bulan = RM1744 Catatan/Tujuan Bacaan tambahan

Buku-buku rujukan PMR, 2 3 4 5 6 7 8 9 SPM dan STPM Membeli kain untuk alas dibuat skirting meja sirkulasi di PSS Bunga untuk hiasan di meja Rak surat khabar Pewangi Polisterin (hiasan) Kertas warna Cat Pelaka Anugerah NILAM i. Hadiah ii. Sijil JUMLAH 12. Penutup Dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak pentadbir diharapkan pihak pengurusan PSS dapat menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang dengan sebaik mungkin. RM360 RM200 RM100 RM200 RM100 RM200 RM200 RM100 RM50 RM11720.80 Keceriaan Keceriaan Menggantikan yang lama Keceriaan Keceriaan Keceriaan Pengiktirafan pelajar

Disediakan oleh; ________________ Nik Nor Rozilawani bt Nik Ismail (Guru Pusat Sumber SMKSD)

Disokong oleh; ___________________ Awang Daud bin Awang Lehin (Pengetua SMKSD)

Anda mungkin juga menyukai