Anda di halaman 1dari 2

HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

REFLEKSI INDIVIDU (MARNEY KANE ANAK WILLIAM SAIR)

Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya tugasan ini dapat disiapkan dengan lancar dan tepat pada masanya. Berbanyak terima kasih juga saya

ucapakan kepada semua pihak yang telah memberi bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, terdapat pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi. Salah satu daripadanya ialah dari segi

kekangan masa. Oleh sebab terlalu sibuk dengan tugasan di sekolah dan juga di rumah, saya menghadapi masalah dari segi menguruskan masa dengan betul. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat satu jadual harian di mana saya akan memperuntukkan masa untuk membuat tugasan dan juga ulangkaji. Selain daripada itu, saya juga menghadapi masalah dari pencarian bahan. Saya mengajar di kawasan luar bandar yang mana kemudahan untuk menggunakan internet adalah amat terhad. Namun demikian, saya berusaha untuk menggunakan sepenuh masa pada hujung minggu untuk turun ke bandar dan mencari bahan yang diperlukan sama ada dari internet mahupun sumber rujukan yang lain. Tugasan yang diberi telah mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada saya tentang cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh negara kita Malaysia dalam mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum. Saya juga menyedari betapa

besarnya pengorbanan pemimpin-pemimpin negara kita dalam merealisasikan Wawasan negara. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, saya juga sedar akan tanggungjawab saya untuk berusaha mengekalkan keharmonian dan perpaduan negara. Tanpa kerjasama yang erat, sudah tentu rakyat Malaysia tidak akan dapat hidup dengan aman dan bersatu-padu. Sesungguhnya, saya berbangga menjadi rakyat Malaysia.

HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

Tugasan ini juga mengajar saya erti kesungguhan dan tidak mengenal putus asa. Saya juga belajar untuk membahagikan masa dan sanggup berkorban agar tugasan ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.