Anda di halaman 1dari 22

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan 2.1 2.1.1 Membincangkan system dan institusi ekonomi Negara Islam.

a) Menghurai konsep dan ciri-ciri ekonomi Islam

940/2

b)Membincangkan kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad s.a.w , zaman kerajaan Abbasiyah dan Kesultanan Melaka

Huraikan asas-asas ekonomi Islam khususnya daripada sudut falsafah dan matlamat .

Pendahuluan : o Ekonomi Islam adalah ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat dari segi mendapatkan, mengguna atau mengurus sumber-sumber alam secara kebendaan dan kerohanian untuk kebaikan semua pihak demi mendapat keredhaan Allah S.W.T.
o

Ekonomi Islam adalah berteraskan syariah bagi melindungi ketidakadilan dalam pemerolehan dan penggunaan sumber alam dengan memenuhi kepuasan manusia untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap Alllah S.W.T. dan masyarakat seluruhnya. Konsep ekonomi Islam adalah bersandarkan kepada pegangan dan keyakinan bahawa rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. di muka bumi ini adalah cukup unuk seluruh makhluk-Nya. Oleh itu, sifat tamak atau mementingkan diri tidak perlu wujud pada diri seseorang.

Isi : Falsafah : o Berasaskan pegangan pada ajaran-ajaran Islam dan boleh dilihat dari sudut tauhid, rububiyyah, tazkiyyah, manusia sebagai kahlifah dan persaudaraan antara manusia.
o

Tauhid adalah perkara asas dalam falsafah ekonomi Islam melibatkan hubungan antara manusia dengan dengan tuhan dan manusia dengan manusia, serta hubungan manusia dengan alam sekeliling. Rububiyyah adalah konsep yang menekankan Allah S.W.T. sebagai penguasa yang membuat peraturan-peraturan yang bertujuan untuk menjaga dan menampung kehidupan makhluk demi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tazkiyyah ialah konsep kesucian jiwa dan ketinggian akhlak. Jiwa yang bersih dan akhlak yang mulia akan menghindari perkara-perkara tidak baik dalam aktiviti ekonomi. Umat Islam perlu percaya bahawa manusia dicipta oleh S.W.T. untuk dijdikan sebagai khalifah di muka bumi ini. Melalui kesedaran ini, manusia akan menjalankan amanah dan peranan untuk memakmurkan bumi sesuai dengan peranan mereka sebagai khalifah Allah S.W.T. Konsep persaudaraan sejagat tanpa batasan keturunan atau warna kulit ini akan mewujudkan suasana kehidupan yang lebih harmoni tanpa sebarang bentuk pemerasan, eksploitasi, penindasan atau penyelewengan.

o o

Matlamat : o Aktiviti ekonomi Islam bertujuan memenuhi keperluan asas setiap manusia. Keperluan asas ini termasuklah mempunyai pakaian yang sesuai, tempat tinggal yang selesa, makanan yang mencukupi dan keperluan perubatan.
1 Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan


o o

940/2

Ekonomi Islam bermatlamatkan untuk mencapai penggunaan sumber yang optimum, cekap, berkesan dan tidak membazir. Ekonomi Islam juga berhasrat untuk melaksanakan pengagihan kekayaan yang saksama dan adil. Kekayaan yang dimaksudkan ini termasuklah dari segi pendapatan, harta benda dan pembangunan. Ekonomi Islam juga bertujuan untuk menjamin hak dan peluang yang sama untuk semua orang tanpa mengira keturunan, bangsa atau warna kulit.

Kesimpulan : o Asas-asas ekonomi Islam jelas menunjukkan keadilan masyarakat dapat dipelihara berasaskan falsafah dan matlamat sistem ekonomi Islam itu sendiri.

Jelaskan prinsip asas ekonomi Islam yang berkaitan dengan pemilikan harta dan aktiviti ekonomi yang diharuskan oleh Islam. Pendahuluan : o Ekonomi menurut pandangan Islam ialah suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariah Islam sama ada diperingkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.
o o

Ekonomi Islam merupakan sebahagian daripada cara hidup Islam yang menyeluruh merangkumi aspek rohani dan jasmani. Kerangka pemikiran Islam jelas mengatakan tidak ada pemisahan antara agama dan ekonomi kerana asas ekonomi Islam berbentuk segi tiga iaitu Allah S.W.T. sebagai pencipta dan penguasa, manusia sebagai hamba dan harta kekayaan yang mesti dimanfaatkan menurut hukum dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Isi : Hak milik individu : o Pemegang hak milik sebenar ialah Allah SWT. Manusia hanya diberikan hak mengurus dan mengambil manfaat daripada harta yang dianugerahkan Allah SWT. Hak milik dalam Islam adalah tidak mutlak tetapi terikat kepada hokum dan peraturan Allah.
o

Islam mengiktiraf pemilikan harta secara individu. Pada masa yang sama Islam mensyaratkan pemilik harta supaya menjaga dan memelihara agama, jiwa, aka, kehormatan dan keselamatan harta serta melarang memperoleh harta secara haram. Pemilikan harta individu yang tidak terkawal dan terarah boleh mendatangkan gangguan terhadap orang lain dan kebajikan umum. Demi kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat, Islam telah menentukan cara-cara pemilikan harta. Dalam agihan harta hendaklah dielakkan daripada berlaku jurang pendapatan yang terlalu besar atau melakukan pembaharuan harta sehingga orang lain tidak dapat menikmati hasil daripada pengembangan harta yang banyak.

Hak milik umum : o Harta yang dikhususkan kepada kepentingan umum atau masyarakat merangkumi harta umum yang sedia ada atau ciptaan tuhan dan harta hasil usaha manusia seperti pembinaan jalan raya, talian air paip, tempat rekreasi dan seumpamanya. Harta ini perlu dipelihara dan dikongsi bersama.
o

Harta milik umum ini pada kebiasaannya diurus oleh pihak pemerintah dan diagihkan secara adil dan saksama kerana ia merupakan hak milik bersama.
2 Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

Aktiviti ekonomi yang diharuskan : o Melibatkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan. Barangan pengeluaran mestilah yang diharuskan oleh Islam iaitu yang bersih, suci, berguna dan tidak membahayakan. o Dalam proses pengeluaran mestilah dengan cara yang betul tanpa sebarang penipuan, penganiayaan, penindasan serta menjaga hak dan kebajikan pekerja.
o

Dalam proses mesti dielakkan sifat boros, pembaziran dan bakhil. Sebaliknya digalakkan sifat berjimat cermat, berhemat dan bantu membantu serta menggunakannya dalam perkara-perkar yang diharuskan sahaja.

Kesimpulan : o Pihak berkuasa atau pemerintah wajib melaksanakan sistem ekonomi yang adil dan membanteras sebarang penyelewengan demi mewujudkan keadilan dan keseimbangan dari segi agihan harta antara individu disatu pihak dan masyarakat dipihak yang lain. PRINSIP EKONOMI ISLAM 1. Kebebasan individu; Individu mempunyai hak kebebasan sepenuhnya untuk membuat suatu keputusan yang dianggap perlu dalam sebuah negara Islam. Kerana tanpa kebebasan tersebut individu muslim tidak dapat melaksanakan kewajiban asas dan penting dalam menikmati kesejahteraan dan menghindari terjadinya kekacauan dalam masyarakat. 2. Hak terhadap harta; Islam mengakui hak individu untuk memiliki harta. Walaupun begitu ia memberikan batasan tertentu supaya kebebasan itu tidak merugikan kepentingan masyarakat umum. 3. Ketidaksamaan ekonomi dalam batas yang wajar; Islam mengakui adanya ketidaksamaan ekonomi antara orang perseorangan/individu tetapi tidak membiarkannya menjadi bertambah luas. Sistem ekonomi Islam cuba menjadikan perbezaan tersebut dalam batas-batas yang wajar, adil dan tidak terlampau berlebihan. 4. Kesamaan sosial; Islam tidak menganjurkan kesamaan ekonomi tetapi ia mendukung dan menggalakkan kesamaan sosial sehingga sampai tahap bahwa kekayaan negara yang dimiliki tidak hanya dinikmati oleh sekelompok tertentu masyarakat saja. Di samping itu amat penting setiap individu dalam sebuah negara mempunyai peluang yang sama untuk berusaha mendapatkan berbagai aktiviti dan peluang ekonomi. 5. Jaminan sosial; Setiap individu mempunyai hak untuk hidup dalam sebuah negara Islam; dan setiap warga negara dijamin untuk memperoleh keperluan asas masing-masing. Memang menjadi tugas dan tanggung jawab utama bagi sebuah negara Islam untuk menjamin setiap warga negara, sama ada muslim atau non muslim, dalam memenuhi keperluan sesuai dengan prinsip hak untuk hidup. Dan terdapat persamaan sepenuhnya di antara warga negara apabila keperluan asasnya telah dipenuhi. 6. Pengagihan kekayaan secara meluas; Islam mencegah pemilikan kekayaan hanya pada kelompok kecil tertentu dan menganjurkan pengagihan kekayaan kepada semua lapisan masyarakat. 7. Larangan mengumpulkan kekayaan secara berlebihan; Sistem ekonomi Islam melarang individu mengumpulkan harta kekayaan secara berlebihan dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah perbuatan yang tidak baik tersebut supaya tidak terjadi dalam negara. 8. Kesejahteraan individu dan masyarakat; Islam mengakui kesejahteraan individu dan kesejahteraan sosial masyarakat yang saling melengkapi satu dengan yang lain, bukannya saling bersaing dan bertentangan antara mereka. Maka sistem ekonomi Islam mencuba meredakan konflik ini sehingga terwujudnya kemanfaatan bersama.

Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

Bandingkan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan di Barat.

Pengenalan : o Perkataan ekonomi daripada bahasa Greek bermaksud pengurusan rumah tangga.
o o

Menurut Routedge Dictionary of Economy ialah kaedah bekerjasama untuk memenuhi kehendak material manusia.

umum

manusia/individu

Ekonomi ialah ilmu yang mengkaji pertukaran dan penggunaan bahan/ barang pelbagai dan terhad.

Isi : Konsep : o Islam menekankan usaha mencari rezeki yang halal, tanpa menindas dan kerana Allah.
o

Barat meletakkan keuntungan material semata-mata

Pemilikan Harta : o Islam menganggap harta kekayaan adalah milik Allah dan diberikan milik sementara kepada manusia.
o

Barat menganggap harta adalah milik individu.

Matlamat : o Usaha mencari rezeki dalam Islam adalah untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.
o o

Barat-untuk memaksimakan untung, majikan menindas pekerja, bayar gaji yang rendah dan nafikan hak mereka. Barat- untuk kepuasan individu semata-mata.

Agihan Kekayaan : o Islam mensyaratkan kekayaan yang diperoleh bukan untuk individu semata-mata, malah dikenakan zakat bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.
o

Ekonomi barat meletakkan kekayaan yang diperoleh adalah hak individu.

Ekonomi yang memudaratkan awam : o Islam mensyaratkan aktiviti ekonomi yang dijalankan bagi kesejahteraan awam. Akitiviti yang memudaratkan seperti judi, arak, pelacuran, riba dan sebagainya diharamkan.
o

Barat mengiktirafkan kegiatan ini.

Kebebasan mencari rezeki : o Masyarakat Islam bebas mencari rezeki namun kerajaan berhak campur tangan bagi menjaga kepentingan umum
o

Kapitalis menuntut agar tidak campur tangan daripada kerajaan laissez faire

Kesimpulan : o Sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi kapitalis adalah berbeza kerana ekonomi Islam berdasarkan sunnah dan wahyu sedangkan kapitalis adalah ciptaan manusia.

Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

Jelaskan Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam Dengan Sistem Ekonomi Kapitalisme Yang Diamalkan Di Barat. Pengenalan: o Menurut pandangan Islam : ekonomi ialah satu ilmu yang mengakji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan sejarah Islam sama ada di peringkata perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapat keredaan Allah s.w.t o Ekonomi menurut pandangan Barat : Kajian sains sosial tentang bagaimana sumber sumber ekonomi yang terhad digunakan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. Isi-isi : PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DENGAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME. Kebebasan Terhadap dan Menurut Nilai-nilai Akhlak : o ISLAM : Tidak sahaja memberi kebebasan tetapi terhad dalam ekonomi malah ia juga memberikan perlindungan terhadap apa yang diperolehi. Nilai nilai akhlak dan sifat sifat menjadi asas pengisian prinsip berkenaan.
o

BARAT: kebebasan tidak terhad dan mementingkan keuntungan yang maksimum.

Cara Mendapatkan Harta : o ISLAM : Cara mendapatkan harta haruslah dengan jalan yang halal ( bukan dengan melakukan amalan riba, penipuan, rasuah, ekspolitasi dan cara cara yang bertentangan dengan syarak ) tertakluk kepada syariat Islam.
o

BARAT : Harta merupakan hak milik persendirian secara mutlak boleh digunakan secara bebas untuk mendapatkan keuntungan dan tiada kawalan dari sudut perundangan.

Peranan Pihak Berkuasa: o ISLAM : SYARIAH Islam mengharuskan berlakunya campurtangan pihak pemerintah dalam kegiatan kegiatan ekonomi, sama ada dalam bentuk pengurusan, penyusunan, agihan dan perancangan. Canpurtangan pihak pemerintah adalah bertujuan untuk melindungu dan menjaim kestabilan serta keadilan sosial dengan syarat ia mestilah berlandaskan syariah.
o

BARAT : Peranan pemerintah adalah minimum selagi pemilik harta mengikut saluran undang undang.

Sistem Percukaian : o ISLAM : sistem percukaian islam disyariatkan. Pemilik harta dikenakan bayaran zakat mengikut kadar dan cukai-cukai yang lain untuk diagihkan kepada pihak pihak yang berhak bagi mengurangkan jurang antara golongan berharta dan golongan tidak berharta.
o

BARAT: Pembayaran cukai tidak disyariatkan dan bertanggungjawab membayar cukai kepada pemerintah serta tanggungjawab lain ( derma dan sumbangan berdasarkan budi bicara ).

Prinsip permuafakatan : o ISLAM : Menekakan semangat muafakat untuk mengurangkan pertelingkahan antara majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli, pengeluar dengan pengguna.
o

BARAT : Hubungan antara majikan dengan pekerja dalam bentuk kontrak yang diwujudkan bagi melicinkan hubungan antara mereka. Kerajaan campurtangan bagi mewujudkan kerjasama antara majikan dengan pekerja. Dengan itu wujud hubungan tiga hala antara kerajaan majikan dan pekerja.

o
5 Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

Prinsip Istikhlaf ( pertanggungjawaban ) : o ISLAM : Manusia adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini dan pemegang amanah untuk memakmurkan dunia. Prinsip ini menggariskan pemilikan harta hendaklah melalui cara diredai oleh Allah s.w.t
o

KAPITALIS : prinsip ini hanya wujud di kalangan majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli tanpa dikaitkan dengan tuhan.

Prinsip Berkerja dan Ganjaran : o ISLAM : untung dan rugi adalah lumrah dalam muamalah islam, malah ia menadi asasnya. Berdasarkan prinsip ini, mekanimse seperti ini mudarabah dan syarikat digalakkan dalam aktiviti ekonomi.
o

BARAT : Meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan untuk mengelakkan kerugian dan mengambil keuntungan lebih banyak untuk menyelamatkan keadaan semasa berhadapan dengan kerugian.

Prinsip Menjauhkan Perbuatan Merosakkan : o ISLAM : Melarang segala bentuk keruntuhan akhlak, kerosakan masyarakat, kepincangan keluarga dan kerosakan masyarakat dalam kegiatan ekonomi.
o

BARAT : Juga melarang kerosakan tetapi tiada kawalan syariat, cuma dilakukan di atas tanggungjawab moral.

Matlamat Ekonomi : o ISLAM : Syariat tidak digugurkan ( dikekalkan ). Setiap kali kegiatan ekonomi sama ada kecil atau besar akan menjadi ibadah dan diberi ganjaran pahala jika dilakukan mengikut kehendak kehendak syarak
o

BARAT : berbentuk sekular dan syariat digugurkan bermula pada abad ke 16 dan seterusnya.

Kesimpulan : Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Bincangkan sumber-sumber pendapatan negara dan kepentingannya kepada masyarakat ada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w

Pendahuluan : o Pada 622 M Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah kesan daripada Perjanjian AlAqabah 1 dan Al-Aqabah II dengan golongan Arab Madinah iaitu suku kaum Aus dan Khazraj. Kedatangan Nabi dan golongan Muhajirin disambut baik oleh masyarakat Madinah.
o

Melalui Perjanjian Madinah, Rasulullah telah dilantik sebagai ketua negara bagi memimpin masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan Madinah merupakan negara Islam yang pertama. Sebagai pemimpin negara Rasulullah telah menjalankan pentadbiran negara, membangunkan ekonomi dan sosial di Madinah. Dari sudut ekonomi, Rasulullah telah memberi tumpuan untuk menghapuskan jurang ekonomi masyarakat Madinah dan pembangunan ekonomi selaras dengan tuntutan agama Islam.
6 Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

Isi : Derma (sedekah) : Sumber : o Derma merupakan sumber pendapatan negara yang terpenting terutarna di awal penubuhan negara Islam. Sumbangan derma dilakukan oleh masyarakat Madinah yang kaya clan berharta. Ianya dalam bentuk sumbangan keperluan asas seperti pakaian dan makanan, wang, dan harta tanah. Kepentingan : o Derma dan sumbangan ikhlas golongan Ansar telah dapat menyelesaikan masalah kemiskinan golongan Muhajirirt yang berhijrah ke Madinah tanpa membawa sebarang harta benda. Orang Ansar telah berkongsi harta mereka (rumah, kebun, dan dusun) dengan saudara mereka golongan Muhajirin.
o

Derma juga penting untuk membolehkan Rasulullah memperkukuhkan kedudukan tentera Islam.. Contohnya. Dalam peperangan Khandak, Saad bin Ubadah menderma kurma kepada tentera Islam. Usman bin Affan, Abu Bakar, Talhah bin Ubaidullah telah menderma wang untuk memperkukuhkan tentera Islam dalam perang Tabuk. Selain itu orang Islam juga telah mewakafkan tanah mereka untuk kepentingan masyarakat dan agama. Kulthum bin al-Hinm telah menyerahkan tanahnya untuk membina masjid Quba.

Rampasan Perang ( Ghanimah dan Fai) : Sumber : Kekalahan musuh dalam sin peperangan dengan tentera Islam telah menghasilkan pendapatan negara dalam bentuk hasil rampasan perang. Harta tersebut ditinggalkan oleh pihak musuh yang menyerang tentera Islam. Bentuk rampasan perang ialah bekalan makanan, senjata, binatang ternakan, dan barang perniagaan yang dibawa oleh pihak musuh. Dalam peperangan Badar, tentera Islam berjaya mendapat rampasan seperti unta, tikar Wit dan pakaian. Dalam perang Khaibar tentera Islam berjaya mendapat harta rampasan perang yang besar iaitu dianggarkan 9,500 dinar dalam bentuk senjata, unta, emas, dan kekayaan lain. Kepentingan : Setiap harta rampasan perang dibahagi kepada lima bahagian. Satu bahagian diserahkan kepada tabung negara dan empat bahagian diagihkan kepada tentera Islam yang menyertai peperangan tersebut. Walaupun hasil rampasan perang tidak besar tetapi ianya penting sebagai pendapatan negara dan sumbangan tentera Islam yang menyertai perang secara sukarela clan tidak dibayar gaji. Ianya dapat mengurangkan bebanan ekonomi masyarakat Islam. Hartanah yang ditinggalkan oleh musuh : Sumber : Di zaman Rasulullah hartanah tanah kebanyakannya yang dimiliki oleh orang Yahudi yang tinggal di Madinah. Bani Qainuqa memiliki pasar, rumah, dan kedai. Bazu Nadir dan Bani Quraizah
7 Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

memiliki ladang yang luas terutama di Khaibar. Tindakan orang Yahudi melanggar perlembagaan Madinah menyebabkan mereka diusir keluar daripada kota Madinah dan harta milik mereka ditinggalkan sebagai harta rampasan. Kepentingan : o Hartanah ini membolehkan Rasulullah mengagihkan kepada masyarakat di Madinah bagi mengurangkan jurang ekonomi dengan persetujuan golongan Ansar dan Muhajirin. Rasulullah telah mengagihkan sebahagian daripada hartanah Bani Nadir kepada dua orang Ansar yang miskin dan orang Muhajirin. Sementara itu dusun di Khaibar merupakan tanah yang dimiliki oleh petani asal dengan syarat menyerahkan sebahagian hasilnya kepada kerajaan. Tebusan Tawanan Perang : o Samber- Sumber pendapatan negara juga diperoleh daripada hasil tebusan tawanan perang. Dalam Perang Badar. Menurut Ibnu Ishaq, 20 orang tawanan perang telah membayar 75,000 dirham. Dalam peperangan orang Islam menentang Bani al-Mustaliq Ferlaya mendapat tebusan tawanan perang. o Kepentingan-Tebusan tawanan perang disyaratkan satu daripada lima bahagian di serahkan sebagai khumus kepada negara dan selebihnya kepada tentera Islam. Wang tebusan tersebut digunakan oleh Rasulullah untuk memperkukuhkan tentera Islam (kelengkapan perang) Jizyah : o Jizyah sejenis cukai yang hanya dikenakan kepada lelaki non muslim sahaja. Golongan pertama membayar jizyah kepada Rasulullah ialah penduduk oleh penduduk Taima pada tahun 7 H. Orang Yahudi Taima bersetuju membawa jizyah sebagai perlindungan keselamatan clan harta benda mereka . Selain itu jizyah juga dibayar oleh penduduk bukan Islam di Najran, Harba, dan Azruh. Kadar jizyah dibayar oleh kebanyakan mereka ialah satu dinar. Contohnya 300 orang penduduk Allan telah membayar 300 dinar untuk setahun.
o

Pembayaran Jizyah ke atas negara Islam di Madinah menunjukkan masyarakat bukan Islam di Semenanjung Tanah Arab telah mengiktiraf kepimpinan Nabi Muhammad dan negara Islam Madinah. Orang Yahudi yang sebelum ini berusaha untuk menentang kerajaan Islam terpaksa meminta perlindungan dari keraj aan Islam. Pendapatan dari cukai jizyah juga membolehkan Nabi membangunkan masyarakat Islam di Madinah.

Zakat : o Sumber pada tahun 2H zakat diwajibkan ke atas orang Islam. Zakat dibahagikan kepada dua jenis iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Zakat harta merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta apabila sampai nisabnya dan genap setahun. Zakat fitrah diwajibkan oleh Rasulullah di bulan Ramadan dengan kadar yang ditetapkan ke atas makanan rugi kepada golongan yang berhak. Zakat berikan kepada golongan yang berhak menerimanya dari hukum syarak. Zakat harta benda termasuklah hasil pertanian rug], bintang ternakan tertentu, keuntungan perniagaan, emas, dan perak..
o

Kepentingan- Selain daripada menandakan keimanan seseorang, zakat juga memberi kesan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat Islam. Ianya dapat mengurangkan jurang kekayaan dan membantu golongan yang miskin dan berada dalam kesulitan. Selain daripada kerajaan, masyarakat Islam juga berperanan dalam bidang ekonomi dan sosial. Mengikis sifat bakhil,dan menyucikan harta.

Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

Kesimpulan Apa sahaja yang berkaitan.

Bincangkan cara pengendalian perdagangan di pelabuhan Melaka sebelum kehadiran kuasa Barat. Pengenalan : Perdagangan bebas membawa maksud syarat tidak mengenakan duti kastam atau duti-duti lain ke atas import barangan dari negara lain. Teori perdagangan ini menunjukkan bahawa perdagangan akan membawa faedah jika ia tidak tertakluk kepada sekatan seperti tarif, kuota dan sebagainya. Dalam kes Melaka perdagangannya berkembang pesat atas inisiatif kerajaan dalam menyediakan kemudahan-kemudahan pentadbiran yang cekap, matawang yang stabil, kewujudan undangundang yang adil, pengenalan sistem timbang dan ukuran yang seragam. B. Isi : 1. Pemerintah Melaka memperkenalkan peraturan dan tatertibberniaga serta sistem yang tetap untuk melicinkan urus niaga di pelabuhan. 2. Para pedagang dikenakan cukai yang adil. Pedagang tempatan dicukai sebanyak 3% dan pedagang asing sebanyak 6%. Pedagangan China dikecualikan cukai tetatpi mereka perlu memberikan hadiah. Sistem Cukai berkeutamaan. 3. Kemudahan Prasarana di Pelabuhan Melaka. Pemerintah Melaka juga menyediakan gudang untuk pedagang menyimpan barang dagangan mereka. Gudanggudang ini dikelilingi oleh pagar dan pintu serta dikawal oleh penjaga. Membaiki perahu, tempat tinggal dan lain-lain 4. Laksamana dan Temenggong bertanggungjawab bagi menjagakeselamatan di perairan Melaka. 5. Terdapat juga sistem undang-undang yang bertujuan untuk memelihara keamanan dan ketenteraman di Melaka. Sistem undang-undang menggalakkan para pedagang mengunjungi Melaka. Dua teks undang-undang utama di Melaka adalah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. 6. Matawang logam yang dibuat daripada calains digunakan dalam urusniaga. 7. Di Melaka juga terdapat sistem ukuran dan timbangan yangstandard. Timbangan diukur dengan unit kati dan tahil. 8. Menyediakan surat izin atau kebenaran untuk masuk ke pelabuhan Melaka. 9. Wujudnya golongan kiwi yang mengendalikan perdagangan bagi pihak pembesar. Kesimpulan : Amat jelas sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat, Melaka telah mengamalkan budaya perdagangan bebas. Pelabuhannya yang mengenakan cukai yang adil, kewujdan pelbagai

kemudahan bagi pedagang, sistem pentadbiran yang cekap, pengenalan mata wang dan ukuran adalah bukti kewujudan budaya perdagangan bebas.

Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

Bincangkan Faktor-faktor Kemunculan Melaka Sebagai Pusat Perdagangan Di Asia Tenggara DiAlam Melayu Pada Abad Ke 15 Masehi Pengenalan :
o o o

Latar belakang Kesultanan Melayu Melaka Latar belakang kegiatan perdagangan di Alam Melayu Latar belakang Alam Melayu pada abad ke-15M

Isi-Isi Penting : Kedudukan Geografi yang Strategik : Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ia menjadi tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan Barat. Menurut Andaya dan Andaya dalam Sejarah Malaysia, kedudukan Melaka yang strategik iaitu terletak di tengahtengah jalan perdagangan antara India dan China. Sementara itu pelabuhannya terlindung daripada angin, kedudukan yang dalam dan jauh daripada paya bakau. Pemimpin yang Berwibawa : Kehadiran pemimpin yang berwibawa telah menyemarakkan lagi Melaka sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara. Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah serta Bendahara Tun Perak telah Berjaya memajukan Melaka menjadi pusat perdagangan yang terkenal di serata dunia. Para pemimpin tersebut menjadi tulang belakang yang membawa kepada keagungan politik dan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka. Peranan Dan Pengaruh Agama : Empayar Melaka merupakan empayar Islam. Pengislaman Parameswara telah menyebabkan ramai pedagang Islam telah memindahkan kegiatan perdagangan mereka ke Melaka dari Sumatera Utara. Pada masa itu saudagar-saudagar Islam meupakan pedagang utama di Melaka. Kedatangan mereka menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara.

Hubungan Persahabatan Antara Melaka dengan China : Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindunganChina daripada ancaman musuh. Melaka telah diselamatkan daripada ancaman Siam. Suasana yang aman dan damai yang wujud membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga telah menggalakkan kedatangan ramai pedagangnya yang membolehkan wujudnya perkembangan perdagangan dua hala.

10

Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

Melaka Berperanan Sebagai Pusat Entrepot : Perkembangan ekonomi perdagangan di Melaka bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pelabuhan Melaka sebagai pusat entrepot. Pelabuhan Melaka terletak di kawasan yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempah ratus yang sangat diperlukan oleh saudagar dari timur dan barat. Ini telah menggalakkan kedatangan mereka untuk mengunjungi pelabuhan Melaka. Dasar Imperialisme Kerajaan Melaka : Kerajaan Melaka Berjaya menguasai kawasan yang luas sekaligus menguasai ekonomi dan hasil pengeluaran tempatan. Hasil-hasil tempatan dibawa ke pelabuhan untuk diniagakan. Penguasaan Melaka ke atas pinggir laut Sumatera telah menyebabkan Melaka memperoleh emas dari Siak dan lada hitam dari Kampar dan Rokan. Pengurusan Perdagangan yang Cekap : Ramai pedagang asing berdagang di Melaka kerana tertari dengan pengurusan perdagangan yang cekap. Terdapat beberapa golongan penting menguruskan perdagangan seperti Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi. Syahbandar menjadi orang tengah antara saudagar asing dengan kerajaan mengenai hokum dan sistem percukaian. Nakhoda dan Kiwi bertanggungjawab dalam hal perdagangan,perkapalan dan pelayaran. Kemudahan di Pelabuhan Melaka : Terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan dan kemudahan membaiki kapal telah menggalakkan kedatangan pedagang ke Melaka. Gudang bawah tanah dibina untuk membolehkan para saudagar menyimpan barang dagangan mereka dengan jaminan perlindungan daripada api, kerosakan dan kecurian. Gudanggudang dikelilingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintu berkunci serta dikawal oleh penjaga. Sistem Cukai yang Berkeutamaan : Sistem cukai berkeutamaan telah menarik perhatian pedagang untuk berdagang di Melaka. Kerajaan Melaka telah menggunakan sistem cukai berkeutamaan iaitu cukai rasmi sebanyak 6% untuk orang India, Sri Lanka dan Burma. 3% bagi saudagar Barat yang menetap di gugusan Kepulauan Melayu dan bayaran tidak rasmi bagi saudagar yang datang dari China dan negara sahabat seperti Jawa, Maluku dan Sumatera. Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca : Kerajaan Melaka galakan penggunaan Bahasa Melayu kepada pedagang dalam urusan komunikasi dalam urusan perdagangan.
11 Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

Peranan Orang Laut : Orang Laut dilantik menjadi tentera untuk mengawal laluan perdagagnan di Selat Melaka daripada ancaman lanun. Orang Laut mengetahui selok belok ilmu kelautan khususnya di sepanjang perairan Selat Melaka. Perlaksanaan Undang-undang : Undang Laut Melaka telah dilaksanakan dalam system pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Perlaksanaan undang-undang ini membolehkan pedagangpedagang mendapat jaminan

keselamatan barang-barang, kapal dan diri mereka sendiri daripada unsur jenayah dan pencemaran lanun. Kesimpulan : Apa-apa sahaja yang berkaitan. Huraikan faktor-faktor yang mendorong Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan entrepot pada abad ke 15M. Parameswara merupakan tokoh yang bertanggungjawab mengasaskan Melaka. Berkat kecekapan dan kegigihan baginda, Melaka telah berubah daripada hanya sebuah perkampungan nelayan kecil menjadi sebuah pusat perdagangan entrepot pada abad ke 15M. Kemuncak kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan entrepot ialah semasa pemerintahan kerajaan Islam di bawah Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah. Antara faktor kemunculan pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan antarabangsa ialah kedudukannya yang strategik. Menurut Andaya dan Andaya dalam Sejarah Malaysia, Melaka terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara India dan China. Selain itu, pelabuhan ini juga terlindung daripada tiupan angin monsun, kawasan perairannya dalam dan jauh daripada paya bakau. Keadaan ini menjanjikan aktiviti perdagangan dapat dijalankan dengan selamat. Kehadiran pemimpin yang berwibawa telah menyemarakkan lagi kemunculan Melaka sebagai pelabuhan antarabangsa. Tokoh seperti Parameswara,Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Bendahara Tun Perak telah membawa nama pelabuhan Melaka dikenali seantero dunia. Peranannya sebagai pusat penyebaran Islam juga membantu merancakkan aktiviti perdagangan Melaka. Empayar Melaka merupakan sebuah empayar Islam. Kisah pengislaman Parameswara menarik minat para pedagang Islam memindahkan kegiatan perdagangan mereka dari Sumatera Utara ke Melaka. Kedatangan mereka yang begitu ramai menjadikan Melaka sebuah pusat perdagangan yang penting. Hubungan diplomatik yang Melaka jalinkan dengan China ternyata tidak sia-sia. Melaka telahmendapat pengiktirafan dan perlindungan Chinadaripada ancaman musuh khasnya Siam yang sentiasa mencari peluang untuk menakluki Melaka. Suasana aman damai menarik minat pedagang-pedagang luar untuk singgah berdagang.

12

Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

Faktor seterusnya disumbangkan olehsyahbandar, golongan kiwi, nakhoda dan orang Laut.Syahbandar menjadi orang tengah antara saudagar asing dengan pemerintah Melaka berkaitan hukum dan sistem percukaian. Nakhoda dan kiwi bertanggungjawab dalam urusan jual beli, perkapalan dan pelayaran. Sistem pengurusan yang cekap ini menarik minat pedagang luar untuk berdagang di Melaka. Orang Laut pula mahir tentang selok belok ilmu kelautan sepanjang perairan Selat Melaka. Orang Laut telah dilantik sebagai tentera dan bertanggungjawab mengawal laluan Selat Melaka daripada ancaman lanun Melaka juga menyediakan pelbagaikemudahan di pelabuhan untuk kegunaan para pedagang. Kemudahan seperti tempat penginapan, tempat berurusniaga, gudang, sistem timbang dan sukat serta kemudahan membaiki kapal telah menggalakkan kemasukan pedagang asing. Gudang bawah tanah misalnya dibina bagi membolehkan para pedagang menyimpan barang dagangan mereka dengan jaminan perlindungan daripada api, kerosakan dan kecurian. Gudang juga dikelilingi pagar kayu serta pintu berkunci yang dikawal oleh penjaga gudang. Melaka juga mengamalkan sistem cukai berkeutamaan. Contohnya, cukai rasmi sebanyak 6% dikenakan ke atas pedagang India, Sri Lanka dan Burma, cukai rasmi 3% bagi pedagang Barat yang menetap di Kepulauan Melayu serta bayaran tidak rasmi ke atas pedagang China dan negara jiran seperti Jawa, Maluku dan Sumatera. Kadar cukai berpatutan yang dikenakan tidak mendatangkan masalah kepada para pedagang asing. Dasar peluasan kuasa yang diamalkan kerajaan Melaka juga membantu kemunculannya sebagai pelabuhan entrepot. Kerajaan Melaka berjaya menguasai sejumlah kawasan yang luas sekaligus menguasai sumber ekonomi dan hasil pengeluaran tempatan. Segala hasil tempatan ini dibawa ke pelabuhan untuk diniagakan. Misalnya, kejayaan Melaka menguasai pinggir laut Sumatera menyebabkan Melaka memperoleh emas dari Siak dan lada hitam dari Kampar dan Rokan. Akhir sekali, pelaksanaan Undang-Undang Laut Melaka telah membolehkan para pedagangmendapat jaminan keselamatan tidak kira untuk barang dagangan, kapal mahupun diri mereka sendiri daripada unsur jenayah dan gangguan lanun. Kemunculan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot didorong oleh pelbagai faktor. Faktorfaktor ini saling berkait antara satu sama lain.

Konsep pembangunan ekonomi Islam adalah bersepadu dan menyeluruh. Jelaskan kegiatan ekonomi yang disarankan dalam Islam. Pendahuluan : o Pembangunan bererti pembangunan manusia dan persekitaran fizikal serta sosio budayanya. Proses pembangunan Islam bersifat komprehensif iaitu meliputi aspek-aspek akhlak, kerohanian, dan kebendaan. Ekonomi pula adalah perlakuan muslim dan mukmin dalam menguruskan sumber-sumber bagi mencapai matlamat dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Oleh itu, proses pembangunan ekonomi Islam digerakkan melalui konsep kesyukuran dan keadilan kerana Islam menentang keras konsep kekufuran dan kezaliman. Pembangunan ekonomi Islam bergantung pada aktiviti-aktiviti ekonomi. Konsep pembangunan ekonomi Islam tidak terpisah daripada konsep akidah, syariah dan akhlak.
13 Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

Isi : Aktiviti-aktiviti ekonomi yang diharuskan : o Pembangunan ekonomi Islam mengkehendaki seseorang muslim supaya menjalankan ekonomi secara yang halal. Kegiatan ini melibatkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan. Barangan pengeluaran mestilah yang diharuskan oleh Islam seperti barangan yang bersih, suci, berguna dan tidak membahayakan.
o

Proses pengeluaran mestilah betul, tanpa penipuan, penganiayaan, penindasan serta menjaga hak dan kebajikan pekerja. Pekerja pula mesti menjaga kualiti pengeluaran dan nama baik syarikat. Dalam proses penggunaan, mesti dielakkan sifat boros, pembaziran dan bakhil. Umat Islam digalakkan bersifat berjimat-cermat, berhemah dan bantu-membantu dan menggunakan perkara-perkara yang diharuskan sahaja.

Aktiviti-aktiviti ekonomi yang dilarang : o Larangan ini merangkumi aktiviti-aktiviti pengeluaran dan penggunaan. Riba, judi, lacur, kikir, boros, membazir, menyorok barang keperluan, menipu timbangan, menipu sukatan, menjual beli barang yang belum dimiliki dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh merosak, membahayakan, mengganggu keselamatan adalah diharamkan. Campur tangan pihak berkuasa : o Islam mengharuskan campur tangan pihak berkuasa dalam aktiviti ekonomi. Ini merangkumi aspek-aspek pengurusan, perancangan, dan agihan. Adalah menjadi kewajipan pihak pemerintah kerajaan Islam melaksanakan ekonomi Islam dan membanteras segala penyelewengan. Bidang kuasa pemerintah adalah bidang-bidang di luar kemampuan individu untuk melaksanakannya. Agihan pendapatan : o Islam melarang berlakunya perbezaan pendapatan yang besar di kalangan penduduk bagi mengelakkan permusuhan. Jaminan persamaan peluang : o Islam memberikan peluang seluas-luasnya dalam sesuatu perkara kepada yang berhak, menempatkan seseorang pada tempatnya, yakni sesuai dengan kebolehannya. Memerangi riba, rasuah dan monopoli : o Islam menganggap ketiga-tiga amalan ini sebagai jenayah paling buruk dan tidak berperikemanusiaan. Perbuatan ini boleh memutuskan hubungan dan menghapuskan sangka baik antara golongan kaya dengan golongan miskin dan menghancurkan konsep keadilan rakyat. Polisi kerja dan upah buruh : o Islam mengkehendaki golongan buruh dilindungi dan dibela nasib mereka. Mereka perlu diberi hak asasi, mendapat tangga gaji minima, disediakan kemudahan hidup dan sebagainya. Kesimpulan : Kesimpulannya, pembangunan ekonomi Islam adalah berbeza dengan pembangunan ekonomi barat. Pembangunan ekonomi Islam adalah sebahagian daripada keseluruhan system hidup Islam merangkumi aspek kebajikan individu, masyarakat dan negara, membela nasib golongan susah,

14

Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

menjaga hak golongan berada, mengawal aktiviti majikan, menjaga nasib pekerja, tidak terpisah daripada aspek akidah, syariah dan akhlak serta suatu gabungan yang menyeluruh dan bersepadu.

2.1.2 a) Peranan dan pelaksanaan institusi ekonomi i. Baitulmal ii.Cukai iii.Zakat


Jelaskan sumber dan peranan Baitulmal pada zaman Khulafa ar-Rasyidin. Pendahuluan (3 markah) 1. Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk mengurus harta-harta umum atau menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak, batu permata dan seumpamanya. 2. Baitulmal telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berterusan ke zaman Khulafa alRasyidin dan selepasnya dan diperkemaskan perlaksanaannya sepanjang zaman Khulafa al-Rasyidin. 3. Sumber Baitulmal diperoleh daripada 3 sumber utama a. Harta Masyarakat - Sumber yang diperoleh daripada golongan kaya dan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya. b. Harta Negara-Sumber yang diperoleh daripada harta rampasan perang, cukai kharaj, jizyah dan harta tanpa waris. c. Harta Umum-Terdiri daripada hasil perniagaan, pertanian dan sebagainya. 4. Tujuan penubuhan Baitulmal ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara, menyediakan keperluan asas dan membasmi kemiskinan. 5. Pembahagian harta Baitulmal ditentukan mengikut keperluan secara adil dan saksama berdasarkan prinsip ekonomi Islam. Isi-isi Penting. 1. Sumber Baitulmal (5 isi X 2 markah) a. Zakat. i. Sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya. ii. Terdapat beberapa jenis zakat iaitu zakat fitrah, zakat harta, zakat ternakan dan pertanian, zakat emas dan perak.

15

Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

b. Kharaj. i. Kharaj ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik di wilayah taklukan kerajaan Islam dengan kadar 10 peratus. c. Jizyah. i. Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang berada di bawah naungan negara Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam iaitu orang kafir Zimmi. ii. Jizyah dikenakan dengan beberapa syarat tertentu iaitu lelaki yang merdeka, baligh, masih bidup dan berupaya. iii. Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48 dirham. d. Ghanimah dan Al-fay. i. Ghanimah merupakan harta rampasan perang. ii. al-fay ialah harta rampasan tanpa perang, harta peninggalan orang mati yang tidak ada pewaris dan harta karun. iii. Satu perlima daripada harta ghanimah dan al-fay diperuntukkan kepada perbelanjaan pusat di Madinah. Harta yang selebihnya dibahagikan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan. e. Usyur. i. Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam. ii. Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan negara Islam dikenakan usyur sebanyak 10%. iii. Bagi kafir Zimmi yang bernaung dibawah pemerintahan kerajaan Islam hanya dikenakan sebanyak 5 %. iv. Cukai usyur yang dikenakan apabila cukup nisabnya iaitu sebanyak 200 dirham. 2. Peranan Baitulmal (5 isi X 2 markah) a. Membantu perkembangan ekonomi Islam. i. Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik. ii. Dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin. iii. Bentuk bantuan seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya. b. Sumber utama memperkukuhkan angkatan tentera. i. Penting bagi menjamin negara islam daripada ancaman musuh yang memiliki kekuatan tentera. ii. Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman, sumber Baitulmal digunakan untuk memperkukuhkan angkatan tentera Islam yang menghadapi ancaman daripada tentera Byzantine. c. Menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat. i. Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tentera. ii. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah mengeluarkan elaun kepada angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang baru ditakluki.
16 Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

iii. Ini dapat membantu memakmurkan negara daripada berlakunya perselisihan untuk memiliki tanah. d. Menyelaraskan kutipan dan agihan harta berasaskan syariat islam. i. Harta Baitulmal tidak boleh digunakan sesuka hati. ii. Pengagihannya mestilah adil dan saksama. iii. Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta Baitulmal ketika menghadapi tentangan daripada Muawiyah walaupun mendapat desakan daripada para sahabat. e. Menyimpan harta negara. Kesimpulan (2 markah) Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam dan tidak berlaku penyelewengan.
HURAIKAN PERLAKSANAAN KHARAJ PADA ZAMAN KHULAFA AL RASYIDIN. A. PENDAHULUAN (3 Markah)) 1. Latar belakang sistem cukai zaman Khulafa al Rasyidin. 2. Latar belakang pemerintahan Khulafa al Rasyidin. 3. Definisi Kharaj Kharaj merupakan cukai tertua dikenali oleh tamadun manusia. Ia dikenali dalam tamadun Firaun di Mesir. Dalam kerajaan Rom juga dikenali sebagai cukai tanah atau Kharaj yang dipanggil Tributum Soil. Demikian juga di zaman pemerintahan Kerajaan Parsi dikenali sebagai cukai seumpama itu. Keadaan ini adalah disebabkan pemerintah pemerintah zaman purba melihat takhta sebagai milik penuh Raja atau Sultan. B. ISI-ISI PENTING (7 Isi X 3Markah = 21 Markah) PELAKSANAAN KHARAJ ZAMAN KHULAFA AL RASYIDIN. 1. TANAH YANG DIKENAKAN KHARAJ.

Tanah yang ditakluki terutamanya di Iraq. Tanah ini dibahagi kepada dua jenis iaitu Tanah Bertuan dan Tanah tidak bertuan. Tanah bertuan tidak dikenakan cukai sekiranya pemilik tersebut beragama Islam. Tanah rampasan perang yang dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri daripada orang bukan Islam. Tanah yang diusahakan oleh golongan Zimmi, dengan kebenaran pemerintah Islam. Tanah terbiar yang dikerjakan oleh oleh orang Islam. Tempat tinggal golongan zimmi yang diubah menjadi kawasan pertanian. 1. JENIS JENIS KHARAJ.

Kharaj Wazifah ( Musahah ) dikenakan mengikut keluasan dan kawasan tanah atau jumlah pokok yang ditanam. Contohnya tanah di Iraq telah ditetapkan setiap Jarib anggur dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham. Kharaj Muqasamah merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan hasil yang diperolehi daripada tanaman. Penentuan kadar cukai dibuat berasaskan kepada banyak perkara daripada mengelakkan penganiayaan kepada petani.

17

Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

1.

KADAR KHARAJ.

Kadar Kharaj ditentukan berdasarkan kemampuan dan tidak membebankan. Kadar maksimum tidak melebihi separuh daripada hasil keseluruhan tanaman. Kharaj Wazifah dikenakan sekali dalam setahun tanpa mengira berapa banyak hasil pertanian yang diperolehi. Kharaj Muqasammah dikenakan setiap kali hasil pertanian diperolehi. Kharaj boleh dibayar dalam bentuk mata wang atau hasil pertanian. 1. FAKTOR YANG MENENTUKAN KADAR KHARAJ.

Kualiti tanah, kadar lebih rendah jika tanah disuburkan oleh petani melalui usahanya sendiri berbanding dengan kesuburan disebabkan oleh hujan ( alam semula jadi ). Kualiti biji benih, jika biji benih berkualiti kadar kharaj lebih tinggi dikenakan. Kedudukan tanah tanah pertanian. Jika tanah pertanian jauh di pendalaman kadar kharajnya lebih rendah berbanding dengan tanah pertanian yang berdekatan dengan bandar. 1. SYARAT SYARAT KHARAJ.

Pada awalnya Kharaj dikenakan kepada pemilik tanah penduduk zimmi sahaja. Kharaj tidak dikenakan sekiranya hasil pertanian dimusnahkan oleh bencana alam. Sekiranya tanah kharaj dipajak atau disewa, kharaj dikenakan ke atas pemilik tanah bukannya penyewa. Kharaj juga dikenakan ke atas tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian. 1. PENGUTIPAN KHARAJ.

Dilakukan secara adil, jika kharaj tidak dapat dibayar kerana masalah kewangan, mereka akan dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga mampu. Sekiranya pembayar tidak mampu membayar kharaj walaupun ia mampu mambayarnya, tindakan boleh diambil menerusi undang undang atau dijual oleh kerajaan. Bagi menguruskan kharaj di Iraq, Khalifah Umar menyerahkan kepada golongan Ahl al Ayyam sebagai Pemegang Amanah. 1/5 daripada hasil kutipan kharaj diserahkan kepada kerajaan pusat dan selebihnya dikembalikan kepada Ahl al Ayyam. Hasil kutipan Kharaj diletakkan di bawah pentadbiran Baitulmal. 1. Perlaksanaan Kharaj pada zaman Umar al Khattab telah diteruskan oleh Khalifah al

Rashidin selepasnya. Di akhir pemerintahan Uthman, golongan Ahl Al Ayyam tidak lagi diberi kuasa untuk mengurus cukai Kharaj di Iraq dan diserahkan di bawah pentadbiran gabenor. A. KESIMPULAN. ( 1 MARKAH ) Sistem Kharaj telah meninggalkan kesan yang positif dalam perkembangan ekonomi orang Islam pada zaman Khulafa ar Rashidin dan sistem ini diteruskan oleh kerajaan Bani Umaiyyah.

18

Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

Soalan: Jelaskan pelaksanaan jizyah semasa pemerintahan Khulafa al Rasyidin. Jizyah merupakan cukai pelindungan yang dikenakan kerajaan Islam ke atas orang dhimmi sebagai jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Hanya dhimmi yang memenuhi syarat seperti sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka dan bukan ahli agama sahaja yang membayar jizyah. Pelaksanaan jizyah semasa pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. telah diteruskan semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al Siddiq. Misalnya, ketika menghantar ekspedisi ke Byzantine dan Parsi iaitu sebelum perang, panglima Islam menawarkan tigan tuntutan kepada pihak musuh sama ada memeluk Islam, berperang atau membayar jizyah. Pemerintah kerajaan Hirah bersetuju membayar sebanyak 19 000 dirham setahun. Kerajaan Anbar dan Ain al Tamar pula bersetuju membayar 1 dinar per individu ketika ekspedisi ke Daumat al Jandal. Pada zaman Khalifah Umar al Khattab pula, sumberpendapatan daripada jizyah semakin meningkat ekoran banyak kejayaan dalam ekspedisi ketenteraan di Iraq, Syam dan Mesir. Malahan pemimpin Baitulmaqdis memeterai perjanjian dengan baginda dan bersetuju membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberi jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka. Masyarakat Mesir meminta Amru bin al As mengusir orang Rom dan sebagai balasan, mereka membayar jizyah 2 dinar setahun. Penduduk Syam pula dikenakan 1 hingga 4 dinar mengikut status individu. Seterusnya pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, beberapa kawasan di utara Afrika berjaya ditakluki. Jizyah telah dikenakan ke atas Tripoli, Nubah dan Qairawan setelah menandatangani perjanjian damai. Semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abu Talib, berlaku kegawatan ekonomi. Namun, jizyah tetap dikenakan. Misalnya, surat Khalifah Ali Ali kepada al-Asytar agar tidak menolak perjanjian damai oleh orang dhimmi yang bersetuju membayar jizyah. Jizyah merupakan antara punca pendapatan negara Islam yang penting. Hasil kutipan jizyah ini digunakan untuk memajukan negara seperti untuk menyediakan infrastruktur selain membantu golongan yang tidak bernasib baik.

Jelaskan jenis-jenis zakat dan kepentingannya dalam menjana ekonomi umat Islam Pengenalan : o Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga dan perkataan zakat disebut sebanyak 58 kali dalam al-Quran.
o

Zakat berasal daripada perkataan Arab zaka yang bererti penambahan atau kesucian. Dari segi bahasa, zakat membawa makna kesuburan, kesucian, keberkatan dan kedamaian. Dari segi syarak pula, zakat merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta diberikan kepada orang yang berhak menerimanya. Allah s.w.t telah mewajibkan zakat sejak permulaan Islam.

Isi : Jenis-jenis zakat : Zakat terbahagi 2 iaitu zakat fitrah dan zakat harta : o zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam setiap tahun.Tempoh mengeluarkan zakat fitrah ialah pada 1 Ramadhan sehingga hari pertama bulan Syawal sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri. Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang daripada makanan yang mengenyangkan atau makanan asasi penduduk.
19 Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan


o o

940/2

Zakat harta ialah zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta tertentu dengan kadar yang telah ditetapkan oleh syarak. Harta-harta yang berwajib dikeluarkan zakat adalah harta-harta yang penting dalam ekonomi seperti;

Hasil tanaman dan buah-buahan : o Jika menggunakan siraman air hujan- zakatnya 1/10 o Jika diusahakan sendiri 1/20 Binatang ternakan seperti kambing, unta dan lembu : o Syarat zakat binatang ternakan ialah cukup hisab, tidak digunakan sebagai barangan modal dan membiak sendiri.
o o o o

Emas dan perak (bukan perhiasan) Kadar zakat yang dikenakan 2.5% Wang simpanan (bentuk akaun simpanan, simpanan tetap atau simpanan semasa) kadar 2.5% Barang-barang perniagaan-2.5%

Kepentingan Zakat : o Membentuk masyarakat adil dan penyayang. Penggunaan wang zakat bagi mereka yang berhak dan tidak mampu boleh mengatasi masalah ekonomi dan sosial serta mengurangkan jurang perbezaan di antara golongan kaya dengan miskin.
o o

Mengeratkan persaudaraan dan tali silaturrahim antara golongan kaya dan miskin. Menjadi negara dan umat Islam kaya dan makmur. Zakat yang dikeluarkan mendapat ganjaran besar dan melahirkan umat yang kuat dari segi ekonomi dan negara kaya kerana Baitulmal yang mengumpul zakat menggunakan untuk pembangunan negara dan agama serta kebajikan rakyat. Memberi kekuatan rohani dan jasmani fakir miskin. Dari segi rohani menebalkan iman kerana pemberian diperoleh tanda-tanda kekuasaan Allah. Dari segi jasmani pendapatan zakat dapat menaikan taraf hidupnya. Digunakan untuk menyediakan kemudahan asas (infrastruktur), melabur dalam industri yang banyak memberi faedah kepada masyarakat seperti industri makanan, pakaian dan perumahan dan lain-lain. Menguji keimanan dan ketakwaan. Hanya manusia yang benar-benar beriman dan bertakwa mengeluarkan zakat dengan ikhlas. Menghampiri diri dengan Allah kerana harta dibelanjakan mengikut cara diredhai Allah dan kesyukuran dan pengagungan kekuasaan Allah dan tanda kesyukuran itu ialah tindakan kerelaan mengambil sebahagian harta bendanya untuk mencari keredhaan-Nya.

o o

Kesimpulan : o Zakat memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi negara Islam. Ia merupakan sumber penting dalam sistem percukaian negara Islam dan berfungsi kepada pembangunan sesebuah negara.

Jelaskan Perlaksanaan Zakat dan Kepentingannya Pada Zaman Kerajaan Bani Abassiyah Pendahuluan : o Zakat merupakan salah satu amalan yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam

20

Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan


o o

940/2

Zakat mula difardhukan pada tahun ke-2 hijrah setelah nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah. Setelah kerajaan Bani Abbasiyah mengambil alih pemerintahan Islam daripada kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 132H, khalifahnya masih meneruskan malah mengukuhkan lagi dasar dan pelaksanaan zakat.

Isi-isi Penting : Pelaksanaan Zakat pada Zaman Bani Abbasiyah : o Pelaksanaan zakat pada zaman ini terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta. o Zakat fitrah wajib ditunaikan setelah selesai mengerjakan ibadah puasa pada bulan ramadhan. o Zakat harta ialah zakat harta benda seperti, binatang ternakan, emas dan perak, barang perdagangan dan bijirin. Zakat Fitrah Menurut Mazhab Syafie : o Menurut mazhab Syafie zakat fitrah harus ditunaikan sebelum solat aidilfitri kerana jika diberikan selepasnya ia dianggap sedekah biasa. o Zakat ini harus diberi kepada hamba atau orang merdeka tidak dikira jantina yang memerlukan berdasarkan hadis nabi Muhammad s.a.w. :
o

Rasulullah mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan sebanyak sa kurma/ sa gandum bagi hamba sahaya dan orang merdeka, baik lelaki mahupun perempuan dan baik kanakkanak mahupun orang dewasa. (Bukhari dan Muslim)

Zakat Harta : o Pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah harta benda yang wajib dikeluarkan zakat ialah, ternakan, emas dan perak, barang perniagaan dan biji-bijian seperti beras, gandum, barli dan lain-lain. Zakat Hasil Ternakan : o Antara binatang ternakan yang wajib ditunaikan zakat ialah unta, lembu, dan kambing, yang merupakan hasil pendapatan pada masa itu. o Syarat wajib zakat ternakan ialah cukup haul dan cukup nisab. o Binatang ini mestilah diternak di padang rumput yang bebas dan binatang tersebut mestilah tidak digunakan untuk bekerja. o Kadar zakatnya adalah sama seperti yang dikenakan oleh kerajaan Bani Umaiyah. Zakat Emas dan Perak : Zakat emas dan perak wajib ditunaikan sekiranya mencapai syarat-syarat yang ditetapkan, iaitu: o Cukup nisab 5 dirham daripada 200 dirham bagi perak yang telah disepuh. Manakala bagi emas pula nisabnya 20 dinar (96 gram emas).
o o

Cukup haul cukup setahun. Milik sempurna barang yang diamanahkan, dipinjam, perhiasan wanita dan harta rampasan tidak wajib dizakatkan.

Zakat Barang Perdagangan : o Zakat perdagangan yang diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w telah diteruskan hingga zaman ini. Cara pengeluaran zakat perniagaan seperti berikut: o Apabila sudah cukuphaul, seorang peniaga hendaklah menggabungkan semua hartanya iaitu modal, keuntungan, simpanan, serta hutang yang dijangka dapat dipungut. o Seterusnya dia memeriksa barang perniagaan dan menilai barang-barang tersebut, lalu dicampurkan dengan wang dan hutang dan kemudian mengeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
21 Cikgu Aina Jaafar

Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan

940/2

Zakat Pertanian : Biji-bijian seperti padi, gandum dan lain-lain wajib dikeluarkan zakat. Antara syarat wajib zakat pertanian ialah: o Islam
o o

Mengetahui hukum wajib mengeluarkan zakat Tanah pertanian yang diusahakan itu hendaklah daripada jenis tanah yang dikenakan cukai usyur iaitu tanah milik sendiri. Jika tanah itu tanah kharaj iaitu tanah rampasan perang, maka tidak wajib dikeluarkan zakat. Kadar zakatnya ialah 1/10 jika disirami air hujan dan 1/20 jika diusahakan sendiri dengan alat penyiram.

Kepentingan zakat pada zaman kerajaan Bani Abassiyah : o Dapat mengeratkan hubungan atau tali persaudaraan antara umat Islam khususnya antara golongan kaya dan miskin. Mereka yang kurang bernasib baik akan dapat menjalani kehidupan lebih sempurna dan menguatkan perpaduan ummah.
o o o o o

Dapat membersihkan jiwa dan rohani manusia yang kotor. Terhapusnya sifat ini akan melahirkan masyarakat yang lebih aman dan bahagia. Medan ujian bagi golongan yang kaya seterusnya meningkatkan Qanaah yang membendung mereka dikuasai hawa nafsu dan kemahuan yang tidak terbatas. Mewujudkan suasana harmoni antara golongan berada dan miskin serta mendekatkan jurang sosial antara mereka. Membersihkan harta seseorang daripada bercampur dengan harta lain yang sememangnya bukan hak individu tersebut. Membawa kepada perkembangan intelektual yang pesat pada zaman kerajaan Abassiyah.

Kesimpulan : Zakat merupakan sumber pendapatan yang amat penting kepada negara dan masyarakat Islam kerana zakat bukan sahaja dapat mewujudkan suasana yang muhibbah tetapi dapat meningkatkan ketaqwaan seseorang terhadap Allah.

22

Cikgu Aina Jaafar