Anda di halaman 1dari 2

Refleksi: Secara terus-terang saya dengan rakan sepasangan saya katakan bahawa tugasan kali ini amat mencabar

kerana pelbagai kajian dan rujukan perlu dilakukan untuk menyempurnakan kerja kursus ini yang bertentangkan kerapatan dan kemantapan hubungan etnik dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di negara kita. Walau bagaimanapun, amat kami bersyukur kerana mampu juga kami menyiapkan tugasan ini yang mampu membantu kami pada masa yang akan datang kerana subjek ini merupakan subjek yang sungguh berguna kepada kami dalam memperkasakan lagi ilmu pengetahuan mengenai ciri-ciri pembentukan sesuatu etnik ni negara kita yang tercinta, Malaysia. Umumnya, tugasan kerja kursus ini memberikan kami satu gambaran yang jelas tentang susur-galur sebenar pembentukan etnik di Malaysia melalui perkembangan sejarah sejak zaman penjajahan lagi. Di samping itu, tidak terlepas peluang juga kami dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam sejarah hubungan etnik di negara kita. Selain itu, kami juga telah berjaya mempertingkatkan elemen pengajaran mengenai hubungan rakyat Malaysia melalui kerja kursus ini. Langkah menerangkan konsep saling menghormati sesama kaum dan etnik dalam kehidupan amat wajar untuk membangunkan negara dengan beberapa penambahan agar citacita murni setiap rakyat dapat dilaksanakan. Seperti yang mana dimaklumkan, tugasan ini sememangnya merupakan tugasan yang rumit. Sungguhpun tugasan ini merupakan subjek minor dalam kursus perguruan kami, namun saya dan rakan sekumpulan saya tidak memandang ringan terhadap kerja tugasan ini. Sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak halangan dan masalah telah kami hadapi. Contohnya, masalah-masalah seperti kekurangan informasi dan sumber rujukan telah melambatkan proses penghasilan tugasan kami. Namun demikian, kami tidak senang berputus asa. Kami telah bertungkus lumus mengumpulkan data dan maklumat dalam proses penghasilan kerja kursus ini. Namun begitu, ingin kami berterima kasih juga kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan dalam menjayakan tugasan ini terutamanya atas bantuan dan bimbingan pensyarah Hubungan Etnik kami yang mulia, iaitu Encik Selvaraj A/L Palaniappan. Beliau telah banyak membantu dan menyebabkan proses penyiapan projek kami bergerak lancar.

Malah, tidak juga terlewat untuk kami mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang membuat tajuk tugasan yang sama dengan kami. Sikap mereka yang tidak mementingkan diri sendiri amat kami hargai. Kami telah saling berkongsi maklumat yang telah kami perolehi dan bersedia untuk saling memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan kami masing-masing. Kami sendiri juga telah banyak maklumat tambahan baik dari laman web internet mahupun buku dan jurnal. Akhir sekali, dapat juga saya simpulkan bahawa melalui subjek ini, ia dapat banyak membantu kita merancang sesuatu perkara berkaitan dengan ketamadunan di negara kita di samping menambahkan ilmu pengetahuan mengenainya. Kami berharap kerja kursus yang telah dihasilkan dengan sempurna ini memenuhi kriteria yang diperlukan oleh pensyarah yang membuat soalan tugasan ini dan menepati kehendak soalan yang diberikan. Ilmu yang kami perolehi sepanjang penulisan dalam tugasan ini akan kami aplikasikan sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian.