Anda di halaman 1dari 26

PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 3 E FORUM JUMLAH

QGU3013

KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PEND.JASMANI DAN KESIHATAN


TAJUK TUGASAN

FolioTEACHING GAME FOR UNDERSTANDING (TGFU)


KUMPULAN UPSI 20(A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID D NO. TELEFON

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan NAMA TUTOR E-LEARNING: DR ABD RAHIM B.MOHD SHARIFF TARIKH SERAH : 9.NOVEMBER.2012

ISI KANDUNGAN

BIL 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 8.0 9.0

TAJUK Pengenalan Teaching Game For Understanding (TGFU) Matlamat Teaching Game For Understanding (TGFU) Objektif Teaching Game For Understanding (TGFU) Faktor Yang Mendorong Untuk Mengkaji TGFU Kepentingan TGFU Menyatakan Komponen TGFU Menjelaskan Kepentingan Pengajaran Menggunakan Kaedah TGFU Membanding dan Membezakan Antara Pengajaran Secara Tradisional Dengan Kaedah TGFU

HALAMAN 3 4-5 5 6 7-8 9-13 14-15 16-18 19-25 26-28 29

10.0 Contoh RPH TGFU 11.0 Kaedah Pengajaran Teaching Game For Understanding (TGFU) 12.0 Bibliografi

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

1.0 PENGENALAN TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING (TGFU) Mengikut kajian David Understanding dan Rod Thorpe ( 1982 ) dari Universiti Loughboroungh, Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang mana ia merupakan suatu pengajaran permainan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. Melalui TGFU ini murid dapat memfokuskan pada keseluruhan permainan berdasarkan prinsip atau konsep yang diterapkan dalam kaedah mengajar menggunakan TGFU. Kementerian telah menyediakan panduan bagi guru untuk menggunakan kaedah TGFU dalam pendidikan jasmani agar murid-murid dapat berseronok dalam mengikuti aktiviti yang dijalankan disamping menjadikan kelas tersebut sebagai motivasi kepada murid untuk lebih mengikuti fokus pada aktiviti yang dijalankan. Di samping itu melalui TGFU ini murid dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara murid. Konsep yang digunakan melalui kaedah TGFU ini adalah bebas dan tidak mempunyai peraturan tertentu, kerana berbentuk aktiviti yang menyeronokan dalam pembelajaran. TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu. TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan TGFU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU ini juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara pelajar. Mengikut pengkaji TGFU iaitu David Bunker dan Rod Thorpe, TGFU ini dihasilkan kerana mereka mendapati murid-murid kurang tertarik dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru kerana ia tidak berbentuk aktiviti yang menyeronokkan. Di samping itu pengetahuan guru juga terhad tentang sesuatu permainan. Oleh itu TGFU ini telah digunakan bagi mencapai matlamat dan objektif permainan yang dijalankan. Selain itu mereka juga mendapati bahawa kadar perkembangan murid terlalu perlahan dalam memahami sesuatu konsep permainan tersebut. 3

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan Oleh itu, bagi memperbaiki kelemahan sistem pengajaran ini maka mereka telah dapat menghasilkan satu kaedah TGFU agar pembelajaran ini dapat menarik minat murid seterusnya memahami konsep permainan dengan lebih berkesan. Melalui TGFU, murid bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok. 2.0 MATLAMAT TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING (TGFU) Melalui aktiviti permainan ini, murid-murid dapat memperkembangkan dari segi pertumbuhan fisiologikal, psikologikal dan sosiologikal mereka pada setiap peringkat perkembangannya. Melalui aktiviti permainan dengan berbagai-bagai cara akan dapat mengembangkan potensi yang terpendam dan juga bakat seseorang murid kerana aktiviti ini tidak hanya terbatas kepada pergerakkan fizikal dan senaman biasa. Murid-murid juga dapat mempelajari kemahiran-kemahiran baru dalam aktiviti tersebut serta akan lebih memahami konsep-konsep tertentu serta pelbagai latar perhubungan bagi sesuatu permainan ketika mereka mencipta dan merangka sesuatu permainan baru. Melalui pengdekatan TGFU ini, murid-murid akan dapat mengawal pergerakkan, mempertingkatkan ketangkasan dan pergerakkan serta berupaya menggunakan anggota badan dan minda sebagai alat dalam sesuatu permainan yang penuh saingan. Di samping itu murid juga dapat membentuk dan memperkembangkan personaliti kerana ia merupakan satu aktiviti yang menerapkan aktiviti memerlukan daya fikir yang kreatif. Murid-murid merupakan individu yang boleh dikatakan sensitif dengan persekitaran jadi jika persekitaran itu kurang menyenangkan maka pembelajaran akan terganggu. Bagi membentuk persekitaran yang sihat maka ia memerlukan aktiviti yang dapat menarik minat murid untuk terlibat dalam aktiviti yang dijalankan.

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

Murid-murid juga akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang asas sistem badan manusia. Mereka akan dapat mengetahui tentang bahagian-bahagian anggota badan dan memahami mekanisme serta fungsi otot-otot badan dalam tubuh badan mereka. Akhir sekali melalui kaedah TGFU ini juga segala penghayatan dan amalan nilai murni dapat dipupuk semasa menjalankan permainan sesama ahli dalam kumpulan. 3.0 OBJEKTIF TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING (TGFU) Objektif yang ingin diterapkan menggunakan kaedah teacher games for understanding (TGFU) ialah dapat membantu murid-murid memperolehi pengetahuan asas tentang peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori permainan kanak-kanak. Apabila kaedah TGFU digunakan maka secara tidak langsung akan meningkatkan komunikasi dengan murid-murid lain. Ini adalah kerana aktiviti yang dijalankan memerlukan kerjasama antara satu sama lain untuk memperolehi tujuan yang sama iaitu mendapatkan markah kemenangan. Kebanyakkan aktiviti yang dijalankan adalah dalam bentuk kumpulan. Dari segi peralatan pula, guru dapat memaksimumkan penggunaan kepelbagaian alatan dengan gaya yang betul dan selamat dalam sesuatu aktiviti permainan. Murid-murid juga dapat menyelesaikan masalah dengan mencipta aktiviti permainan atau pun dengan mengubah variasi dalam permainan. Aktiviti yang menyeronokan dapat melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya imaginasi murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti yang bermakna. Kaedah pengajaran lama kurang menerapkan aspek keseronokkan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan kerana ia hanya aktiviti yang berbentuk pengajaran kemahiran semata-mata tanpa melibatkan permainan yang dapat menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dirancang akan dapat mengeksploitasikan segala kemahiran murid-murid dan juga dapat memberi peluang kepada mereka untuk belajar dalam suasana yang menggembirakan dan selesa. Di samping itu nilai-nilai murni juga dapat diterapkan dalam diri murid-murid kerana ia melibatkan kerjasama antara rakan-rakan bagi mencapai matlamat kumpulan.

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

4.0 FAKTOR YANG MENDORONG UNTUK MENGKAJI TGFU Pendorong para pengkaji mengkaji disebabkan oleh pencapaian permainan kurang memuaskan. Murid-murid kurang menikmati dan berseronok dalam permainan yang disediakan oleh guru. Murid-murid adalah bersifat lebih pasif dan tidak aktif dalam permainan. Selain itu, pendidik pada masa itu mempunyai pengetahuan yang terhad tentang permainan. Mereka tidak memahami matlamat dan objektif bagi setiap permainan yang dijalankan. Permainan yang dirancangkan hendaklah mempunyai matlamat tertentu supaya murid-murid dapat mempelajari sesuatu melalui permainan. Faktor yang lain adalah seperti lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan. Melompat, melari dan membaling bola merupakan kemahiran asas yang banyak membantu murid bergerak cergas dan aktif dalam permainan. Mereka juga memerhatikan bahawa Pendidikan Jasmani pada masa itu adalah terlalu bergantung kepada jurulatih atau guru untuk membuat keputusan. Mereka ingin mengkaji satu set kajian yang berkesan dan dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mereka juga terdorong untuk mengkaji TGFU atas sebab kadar perkembangan dalam permainan yang terlalu lambat dan tidak menonjolkan. Pendidikan pada masa itu kurang mementingkan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran. Maka, mereka pun berusaha untuk mengkaji TGFU.

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan 5.0 KEPENTINGAN TGFU Sesungguhnya pelbagai pendapat menyatakan tentang kepentingan model TGFU dalam dunia pendidikan jasmani untuk menjadikan TGFU diakui sebagai altenetif memajukan bidang sukan dikalangan murid. Pendekatan TGFU menyarankan bahawa taktik pemainan untuk dapat diertikan sebagai pengenalan pertama, pelajar harus mengetahui kenapa dan bila keterampilan itu diperlukan dalam konteks permainan, pelaksanaan taktikal dalam keterampilan dilahirkan. Pendekatan TGfU harus dapat diterapkan pada pengajaran jasmani para murid, meningkatkan motivasi untuk kematangan, dan seterusnya meningkatkan kesihatan psikologi dan fizikal. Pendekatan ini berasaskan daripada pendapat Crum (2003) bahawa komuniti pendidikan jasmani tidak menerima dan memberikan keutamaan bagi kosmologi nilai profesionalnya, iaitu dengan bukti bahawa fungsi utama seorang guru pendidikan jasmani adalah untuk membantu pelajar ke arah belajar. Belajar apa? Sesungguhnya dalam pembelajaran pendidikan jasmani, seorang murid tidak akan belajar apa-apa selain belajar menjadi manusia yang memiliki gaya hidup aktif secara jasmani. Di sinilah kesulitan pada pendidikan jasmani. Metod yang kurang tepat tidak akan mencapai tujuan pendidikan jasmani secara khusus dan pendidikan secara umum. Misalnya pengajaran permainan yang memfokuskan pada teknik (technique focused games) yang sampai saat ini masih mendominasi program pendidikan jasmani. Menurut Hopper, murid tidak dapat meningkatkan kemampuannya secara maksimum dalam menemukan kesempurnaan yang pada akhirnya menjadikan permainan sebagai sebahagian dari gaya hidup sihat mereka. Model TGFU yang menggunakan pendekatan latihan taktikal adalah lebih menyeluruh bagi mewujudkan pemain yang berkesan, sesuai untuk murid dalam pelbagai kumpulan kemahiran, dapat menggalakkan murid berfikir secara kreatif, bijak membuat keputusan tentang pemilihan taktik, bekerjasama sesama pemain dan dapat menguasai kemahiran sukan (Ho, 2003; Light & Fawns, 2003 ) dapat memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada kerana mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai permainan yang diubahsuai secara berperingkat.

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

Pengajaran permainan yang berpusat pada permainan adalah suatu pendekatan yang dihubungkan dengan model Teaching Games for Understanding (TGFU). TGFU menawarkan suatu cara yang membolehkan pelajar untuk mengapresiasi kemudahan bermain sehingga mendorong keinginan pelajar untuk belajar teknik bermain dan meningkatkan penguasaan dalam permainannya. Pendekatan TGFU merupakan pengajaran permainan yang berpusat pada bermain itu sendiri. Di dalam TGFU mengapa memainkan suatu permainan itu diajarkan terlebih dulu sebelum bagaimana keterampilan yang diperlukan untuk memainkan permainan itu diajarkan. Menurut Hopper, proses tersebut melibatkan pengajaran murid menggunakan permainan yang dimodifikasi dan diaplaksikan sesuai dengan jasmani, sosial, dan perkembangan mental mereka.

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan 6.0 MENYATAKAN KOMPONEN TGFU. Falsafah TGFU masih diubahsuai dan diperkembangkan dari semasa ke semasa untuk menghasilkan suatu idea yang lagi cemerlang. Pada tahun 2004 Webb dan Pearson telah kategorikan permainan kepada 4 kategori utama: 6.1 Sasaran (Target) Merupakan satu kaedah di mana murid perlu membuat sasaran untuk mendapatkan mata atau markah. Sasaran adalah penting dalam sesetengah permainan jadi murid perlu fokus terhadap sasaran tersebut untuk mendapatkan mata dan secara tidak langsung murid tersebut dapat menguasai kemahiran permainan yang menggunakan ketepatan sasaran. Antara contoh permainan yang menggunakan kaedah sasaran ialah seperti bowling, achery dan golf 6.2 Striking/ Fielding Merupakan kaedah yang digunakan dalam permainan yang melibatkan pukulan dan larian seperti baseball,softball dan criket. Antara kaedah yang boleh digunakan bagi permianan ini ialah mengadakan perlawanan dua kumpulan. Kumpulan 1 (striking ) akan akan cuba mendapatkan markah dengan membuat larian yang selamat dan berjaya selepas membuat pukulan dalam masa yang ditetapkan. Pasukan 2 ( fielding ) jika berjaya menghalang pasukan striking akan mendapat markah. 6.3 Jaring/ dinding (net/wall) Permainan ini menekankan kemahiran manipulasi alatan seperti bola. Kumpulan yang mendapat markah melalui objek yang dapat dihantar ke gelanggang lawan dan pihak lawan tidak dapat menghantar balik dalam kawasan gelangang. Antara permainan yang dapat menggunakan kaedah ini seperti seperti badminton, squash dan table tennis. 6.4serangan (Invasion) Aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk kumpulan di mana ia menetapkan masa. Kumpulan yang mendapat markah jika masuk ke dalam pihak lawan. Permain yang menggunakan kaedah ini seperti bola sepak, bola keranjang dan bola baling.

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan Berikut dihuraikan komponen yang terdapat dalam model TGFU yang lain.

6.5 Bentuk Permainan Bentuk permainan dalam model kurikulum Bunker & Thorpe (1982) ialah permainan mini yang menyerupai permainan sebenarnya. Bentuk permainan itu melibatkan ruang permainan, alatan permainan, bilangan pemain dan lain-lain. Murid-murid perlu memahami bentuk permainan untuk mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan. memberi tunjuk ajar yang betul sesuai untuk semua peringkat umur. membantu murid untuk belajar cara membuat keputusan dan penyelesaian masalah. mengandungi kategori permainan yang berbeza tetapi mempunyai kurikulum yang sama. situasi permainan yang sesuai telah di tetapkan, pola permainan mini yang dimainkan oleh anak-anak berusia 11 dan 12 tahun boleh menyerupai versi permainan orang dewasa. 6.6 Hargai Permainan Murid perlu memahami peraturan permainan yang diubahsuaikan dari permainan asal. Kemudian, mereka akan menghayati bahawa pengubahsuaian peraturan akan mengubah taktik yang akan digunakan. Misalnya, apabila peraturan diubah agar saiz gol dibesarkan, maka penjagaan gol adalah lebih susah dan taktik pertahanan juga perlu diubah. memahami peraturan permainan walaupun permainan itu mudah. penting untuk mengingati peraturan yang diberi mengikut bentuk permainan tersebut. menambah dan mengrangkan intensiti adalah penting dalam sesuatu permainan bagi menambah keseronokan dalam sesuatu sesuatu permainan itu atau menambah kesukaran terhadap kesukaran permainan tersebut. penambahan undang-undang tentang tempat, masa dan kawasan boleh juga menceriakan suasana permainan.

10

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan 6.7 Kesedaran Taktikal Pelajar menggunakan peraturan permainan untuk menambah faedah kepada pasukan sendiri sambil mengurangkan prinsip-prinsip permainan seperti: mencipta ruang untuk pihak sendiri / menghadkan ruang pihak lawan. bertindakbalas terhadap kekuatan / kelemahan pasukan diri / lawan menggunakan tektik dalam sesuatu permainan amat diperlukan. membolehkan sesuatu pasukan mengawal permainan dengan baik. asas tektik yang dibina tidak semestinya akan berjaya sebaliknya perlu diubah untuk memenuhi kehendak permainan tersebut. penambahan kepada kesedaran taktikal akan mendedahkan kelemahan pihak lawan tetapi penambahan ini adalah terhad mengikut peraturan. 6.8 Membuat keputusan. Semasa permainan dijalankan, murid-murid sentiasa menilai situasi, menjangka kemungkinan dan membuat keputusan memilih tindakan yang sesuai mengikut situasi tentang: apa yang perlu dilakukan bila melakukannya bagaimana melakukannya cara membuat keputusan dalam masa yang singkat secara tepat dan pantas adalah sukar. Dalam pendekatan ini perbezaan antara keputusan yang dibuat berdasar kenapa yang hendak dilakukan dan bagaimana yang hendak dilakukan. a) What to do? Ini jelas didapati bahawa kesedaran tektikal adalah berpatutan jika keputusan dibuat. Ia sentiasa ada dalam setiap permainan, sesuatu aspek sentiasa berubah. Dalam membuat keputusan, setiap situasi perludiambil kira seperti

11

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan kemampuan untuk mengenal pasti petunjuk-petunjuk untuk dimasukkan sebagai proses untuk memilih perkara-perkara yang penting. b) How to do it? Masih ada lagi keputusan bahawa apakah jalan yang terbaik untuk melakukannya dan pilihan yang menepati kehendak keadaan pada saat yang kritikal.

6.9 Perlaksanaan Kemahiran Setelah murid-murid mengenal pasti apa yang perlu dibuat dan bila perlu membuatnya, mereka adalah rela dan bersedia untuk belajar bagaimana melakukan kemahiran dengan berkesan. Semua kemahiran itu dipelajari mengikut kesesuaian dalam konteks permainan. dalam mempersembahkan kemahiran yang digunakan untuk menunjukkan hasil yang sebenar yang diperlukan dalam pergerakan seperti yang diajar oleh guru. konteks mengajar dan dapat mengenali kebolehan guru tersebut. ianya berbeza dengan apa yang dipraktikkan dan menguasai aspek kualiti dan persembahan keberkesanan pergerakan mekanikal dan relevensinya mengikut keadaan permainan. 7.0 Prestasi Hasil pembelajaran dinilai berdasarkan kriteria tertentu dalam aspek-aspek: kebolehan kemahiran pelajar dalam situasi permainan respon yang bersesuaian dengan situasi yang berada di dalam permainan. ini merupakan hasil daripada latihan yang telah dilakukan sebelum ini. melalui pencapaian yang telah dicapai, kita boleh mengetahui pelajar tersebut merupakan atlit yang berpotensi atau tidak samada diperingkat sekolah atau antarabangsa. melalui pencapaian yang telah dicapai ia boleh menjadi kayu ukur terhadap teknik yang berkesan.

12

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

7 .1 Kesimpulan Aspek berturutan bagi model itu adalah kritikal. Berlainan dengan kaedah pengajaran tradisional, kaedah atau cara ini bermula dengan permainan dan peraturan bagi persamaan itu telah ditetapkan untuk perkembangan kesedaran tektikal dan membuat keputusan dimana telah mendahului faktor respon bagi perlaksanaan kemahiran dan pencapaian. Penyempurnaan kepuasan bagi setiap tahap yang telah diberi memerlukan pengubah-suaian bagi permainan dan terus ke penilaian semula bagi memenuh isyarat permainan baru tersebut.

13

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

8.0 MENJELASKAN KEPENTINGAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH TGFU

Murid bukan sahaja terlibat secara aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang malahan juga adalah penting untuk murid belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pantas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok. Menurut, Almy (1984, Fagen) menyatakan kanakkanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas daripada segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Model TGFU bentuk kemahiran secara menyeluruh dan bebas yang boleh dipindah ke pelbagai sukan. Oleh itu, TGFU amat sesuai dengan pembentukan pemahaman pengajaran kepada sesuatu permainan yang ingin diterapkan kepada kanak-kanak. Taktikal yang dikuasai sesuai dengan beberapa permainan yang sama kemahirannya. Kita akan melihat TGFU daripada perspektif psikologi, Thorpe menganalisis bahawa dalam meletakkan psikologi dalam TGFU sebagai kerangka kerja pendorong. TGFU menekankan pada permainan dan mengarahkan pelajar untuk menemukan permainan itu, yang merupakan modal dalam cabang (interaksi sosial, kedamaian sosial, dan mencari teman) dengan berharap pelajar dapat mengembangkan peraturan, dan tantangannya untuk dapat mencapai bekerja dengan taktik yang tepat. Kemampuan melatih secara individual atau dalam kelompok kecil, sebagai pemangkin pelajar dapat bekerjasama dengan yang lain dalam usaha membantu perkembangan pemikiran. Di dalam TGFU, pelajar dapat menghalusi dan mengembangkan penampilan mereka sendiri dalam situasi permainan yang secara berperingkat, di bawah bimbingan guru, berkembang ke arah permainan dewasa yang lebih canggih.

14

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan Pembelajaran kendiri akan tumbuh apabila pada diri seseorang memiliki pemahaman yang positif terhadap permasalahan pembelajaran yang dihadapi. Dalam target games yang terdapat dalam model TGFU, murid-murid didorong mengembangkan kesadaran taktikal dan kemampuan pembuatan keputusan manakala hal ini menjadi orientasi utama dalam pengajaran. Target games merupakan permainan yang menuntut konsentrasi, ketenangan, fokus, dan ketelitian yang tinggi dalam permainannya. Apabila aktiviti target games dilakukan maka akan terbentuk sifat-sifat yang terdapat dalam target games. Setelah konsep diri pelajar terbentuk dari aktiviti target games memberikan kekuatan mental yang mendorong terjadinya proses pembentukkan perwatakan pemain yang mantap dan hebat.. Prinsip-prinsip Pedagogi TGFU Thorpe kemudian memperkenalkan empat dasar prinsip pendidikan yang digunakan dalam hubungannya dengan model kurikulum TGFU untuk tidak mengembangkan program pendidikan jasmani. Empat dasar prinsip pendidikan itu

mendapatkan perhatian dalam literatur pendidikan jasmani sama keadaannya dengan model TGFU. Empat dasar prinsip pendidikan itu adalah Sampling, Modification-Representation, Modification-Exaggeration, Tactical Complexity. (Holt, Strean, and Garcia Bengoechea, 2002: 168-169). Sampel. Prinsip sampel didasarkan bahwa permainan harus dipilih sehingga variasi pengalaman dapat ditawarkan, dan kemungkinan yang ada untuk menunjukkan kesamaan antara jenis-jenis permainan yang berbeza. Semua itu membawa pada pemahaman akan permainan yang jauh lebih baik.

15

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan 9.0 MEMBANDINGKAN DAN MEMBEZAKAN ANTARA PENGAJARAN SECARA TRADISIONAL DENGAN KAEDAH TGFU. 9.1 Pendekatan Tradisional Terdapat banyak perbezaan antara pengajaran teaching game for understanding dengan pengajaran tradisional yang boleh diutarakan. Antaranya ialah pengajaran tradisional dalam bentuk pengajaran untuk menerangkan tentang kemahiran tertentu tanpa melibatkan murid-murid secara maksimum dalam aktiviti di samping aktiviti yang dijalankan kurang memberikan keseronokkan kepada murid-murid untuk terlibat dalam pembelajaran. Melalui pengajaran menggunakan kaedah tradisional, ia hanya bertumpu kepada arahan guru sahaja yang bermaksud guru yang menerangkan murid apa yang perlu dilakukan dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan dalam pembelajaran. Jadi muridmurid tidak akan dapat memberikan idea yang kreatif dalam aktiviti yang akan dijalankan. Ini berbeza dengan kaedah TGFU yang mana ia melibatkan sepenuhnya murid-murid dalam aktiviti yang dijalankan. 9.1.1 Ciri-Ciri Pengajaran Tradisional Menggunakan prinsip pengajaran tradisional. Guru memberi arahan dan murid mengikut arahan. Aplikasi pembelajaran sehala, guru sebagai pengajar Kebaikan guru mudah merancang, sesuai untuk kegiatan bahaya dan kemahiran khas. Ciri-ciri pendekatan tradisional. Kurikulum yang ditetapkan Mementingkan pengajaran Guru menentukan tugas Tugasan diberikan kepada pelajar Guru menentukan piawaian, berfokus kepada guru 16

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan Mengukur pengajaran mengikut gred. 9.2 Pendekatan Tgfu Melalui kaedah TGFU juga murid-murid akan didedahkan dengan secara amali dan teori supaya dapat mencapai tahap kefahaman yang maksima dalam sesuatu permainan. Kaedah tradisional hanya berbentuk aktiviti yang sama dalam setiap pengajaran dan pembelajaran iaitu memanaskan badan, amalan kemahiran, latihan permainan kecil dan menyejukkan badan. Manakala kaedah TGFU pula dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan, diikuti dengan aktiviti situasi permainan mini dan menganalisis permainan. Seterusnya disambung dengan aktiviti situasi permainan mini dan aktiviti menyejukkan badan sebagai aktiviti penamat pelajaran atau latihan. 9.2.1 Ciri-Ciri Pengajaran Kaedah TGFU Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu permainan diadaptasi daripada permainan sebenar tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain dari aspek fizikal, sosial serta intelek mereka dan infrastuktur yang bersesuaian. Apresiasi permainan seperti aspek peraturan permainan atau undang-undang yang diubahsuai serta diberi variasi untuk menarik minat pemain. Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa proses permainan dalam usaha untuk mengatasi pihak lawan. Membimbing mereka ke arah kemahiran membuat keputusan seperti menilai situasi untuk menentukan apa yang perlu dilakukan, mengenalpasti dan menjangkakan kemungkinan serta membuat tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan. Pendekatan ini berkonsepkan ansur maju dengan mempraktikkan kemahiran yang mudah dan yang telah dikuasai. Kemahiran diperkenalkan dalam bentuk permainan dan bukannya latih tubi terhadap kemahiran itu sendiri. 17

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

Pengajaran Tradisional Perlakuan kemahiran Lebih mementingkan kepada pemahaman perlakuan dalam sesuatu aktiviti atau kemahiran yang dipelajari. Ikut Kurikulum yang disediakan. Permainan

Kaedah TGFU

Permainan merupakan fokus utama dalam setiap permainan Lebih mirip kepada permainan yang mencabar minda.

Permainan penguasaan hanya pada kemahiran yang terlalu asas selalunya gagal difahami sepenuhnya oleh pelajar. Prestasi Dinilai setelah selesai pengajaran dan pembelajaran Buat Keputusan Tidak dapat membuat keputusan dan terlalu mengharapkan kepada guru. Kesedaran Taktikal Dilakukan dalam situasi permainan sebenar. Tahu hasil pendedahan guru

Appresiasi Permainan Penggunaan taktik dan boleh diubah suai untuk kemajuan permainan. Kesedaran Taktikal Dikuasai semasa permainan dalam usaha atasi pihak lawan. Buat Keputusan Boleh membuat keputusan sendiri.

Perlakuan Kemahiran Berlaku dalam suasana permainan yang direka khas, Lebih menguasai kerana pemahaman kendiri.

18

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan


10.0 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TGFU

Nama Guru Sekolah Tahun Umur Mata pelajaran Bilangan Murid Hari Tarikh Masa Kemahiran Objektif

: Nor Azah bt Ahmad Sahuddin : Sekolah. Kebangsaan Kapar Klang, Selangor Darul Ehsan :4 Adil : 10 Tahun : Pendidikan Jasmani : 30 orang : Isnin :1 Oktober 2012 :8.00pagi-9.00pagi (60 minit) : Sepakan Asas (Menendang) : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; Psikomotor: i) melakukan hantaran leret dengan kaki lurus ke hadapan dan dan badan menghadap sasaran. ii)menahan dan mengawal pergerakan bola menggunakan bahagian dalam kaki. Kognitif : i) memahami bahawa kaki lurus ke hadapan dan badan menghadap ke sasaran untuk menambah ketepatan ii) mengetahui tujuan kaki lurus ke hadapan semasa lakuan untuk menambahkan daya. iii)mengetahui kaki mengikut lajak selepas hantaran untuk menambah ketepan dan daya.

Afektif

: i)menambah keyakinan diri semasa melakukan hantaran leret dan menambah keseronokan semasa bermain.

Kecerdasan Pelbagai

: Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.

Pengetahuan Sedia Ada : i) Murid biasa dengan permainan bola sepak ii) Murid mengetahui tempat atau kawasan permainan bola sepak.

19

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan Kemahiran berfikir :i) membanding/membeza (KBKK) ii) murid dapat membezakan permainan bola sepak dengan sepak takraw. iii) murid dapat membuat gambaran mental urutan langkah yang perlu dilakukan semasa melakukan hantaran leret. Gaya Pengajaran : Arahan dan Penemuan Terbimbing Teaching Game For Understanding (TGFU) Penggabungjalinan : Hubungkait antara kemahiran bola sepak dengan kemahiran sepak takraw. Penerapan nilai : Jujur dan bekerjasama. Strategi Pengajaran: Teori Kontekstual

20

Bil 1

Butiran Bahagian/ Aktiviti Mengajar/Fokus Organisasi masa Pembelajaran QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan Permainan kecil (Bintang Beralih) a. Guru memilih setiap ketua murid (tikus) membuat bulatan. b. Murid yang lain pergi mencari rumah iaitu ketua murid tadi dan berdiri di belakangnya.Murid yang ada rumah menjadi anak tikus. c. Murid yang tiada rumah akan menjadi kucing. d. Guru akan memilih seorang murid(anak tikus) untuk keluar dari rumah ke rumah lain. Pada masa yang sama kucing akan cuba menangkapnya. e. Anak tikus akan berlari Memanaskan menuju ke rumah bapa badan dan atau ibu tikus lain.Jika regangan terselamat anak tikus barisan belakang sekali dari rumah itu keluar pula. Begitulah seterusnya.

Alatan/cacatan

Sistem kardiovaskular. Meningkatkan kadar nadi. Meningkatkan suhu badan Kesungguhan

= Guru = Tikus = Kucing

Permulaan (10 minit)

Regangan - Secara berpasangan. - Membuat regangan secara berpasangan. - Regangan kepala,

1 1

3 meter. 2 1 2 33 1

Memahami -Arahan Koordinasi -badan 21 Kekuatan -tangan Daya

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

Refleksi: a) Guru meminta respon murid berkaitan P&P dengan bertanya soalan. b) Guru memberi pengetahuan umum kemahiran kepada murid. c) Beri tugasan kepada murid, cari artikel/keratan mengenai bola sepak. d) Bersurai secara berkumpulan e) Sorakan dan tepukan semangat. Bersurai dengan tertib: a) murid berbaris dalam 2 barisan dalam keadaan tertib dan bersalam. b) guru pandu murid kembali ke kelas dan pastikan sentiasa dalam keadaan disiplin dan tertib.

22

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan 11.0 KAEDAH PENGAJARAN TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING (TGFU) 11.1 Kaedah Demonstrasi Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani: a. Pendahuluan Susun murid supaya mereka boleh dengar dan lihat. Murid boleh duduk, melutut atau berdiri. Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah seperti di dalam kelas. Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini. b. Demonstrasi Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar. Ikut cara dan prosedur yang piawai. Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan. c. Demonstrasi dan pengajaran Semasa membuat perlakuan, beri butiran yang sepatutnya. Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan. Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu. Gunakan kaedah ansur maju dan mengajar mengikut turutan yang sebenarnya. Kaitkan pertalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.

23

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan d. Ulang demonstarsi dan butiran yang penting Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit. Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan. Beri butiran penting. e. Penutup Ulang butiran penting. Menggalakkan perbincangan. Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran.

11.2 Perlaksanaan TGFU Warm-up (tidak semestinya melakukan regangan) Terus bermain Guru menerangkan cara bermain dengan ringkas dan jelas Perhatikan murid-murid dan menilai permainan Hentikan permainan pada masa yang sesuai untuk bertanya soalan. Guru perlu memberi masa untuk murid-murid berfikir dan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan Guru memberi maklum balas/pujian untuk jawapan/cadangan yang baik Cooling down (regangan boleh dilakukan di bahagian ini)

24

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

11.3 Contoh Soalan Soalan boleh dimulakan dengan soalan yang memerlukan pemikiran aras rendah(LOT); iaitu jawapan tertutup.(ya, tidak, sini, sana, dan sebagainya) Contoh: a. Di mana anda harus tendang bola itu? Jawapan: Di sini. b. Tendang bola ke arah sana, rugi kan? Jawapan: Ya c. Adakah tendangan tinggi dapat markah? Jawapan: Tidak

25

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

12. BIBLIOGRAFI 1. Abdul Hafidz Bin Haji Omar, Husain Bin Ayob& Zalawati Binti Sufian (2003) Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2. Mohd Sofian Omar Fauzee (2006). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Karisma Publications Sdn. Bhd. 3. Teaching Games for Understanding (TGFU) in primary and secondary physical education. 4. Hooper, T. (1998).Teaching Games Centered Gemes using Progressive Principles of Play. Victotoria : CAHPERD. 5. Kirk, D. & MacDonald. (1998). Situated Learning in Physical Education. Journalof Teaching in Physical Education. Canada : University Of Alberta.

Internet 1. http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/inclusionOC.pdf 2. http://www.tgfu.org/ 3. http://www.tgfu.info/ 4. http://tgfu.wetpaint.com/page/The+Model 5. http://fpokpor86.blogspot.com/2009/01/tgfu.htm

26

Anda mungkin juga menyukai