Anda di halaman 1dari 16

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 1

MEMBINA DAN MENGESAHKAN INSTRUMEN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PINTAR (Develop and Affirm an Instrument for Teaching and Learning of Gifted Students) WAN AMERAN WAN MAT SITI RAHAYAH ARIFFIN JAMIL AHMAD ABSTRAK USULAN PENYELIDIKAN: Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar yang dibina berasaskan model kurikulum iaitu model isi kandungan, model proses-produk dan model epistemologi. Instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan dan juga pendekatan pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar-pelajar pintar cerdas. Pembangunan instrumen ini adalah perlu untuk memastikan program yang dirancang mencapai matlamat untuk memacu pembentukan modal insan yang cemerlang intelek, sahsiah dan jati diri sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang berketerampilan dalam semua aspek seperti emosi, jasmani, rohani dan intelek. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Data kualitatif akan dikumpul melalui temubual mendalam bersama pakar dan dianalisis melalui perisian NVIVO 8. Data dari temubual pakar akan digunakan untuk menghasilkan instrumen soal selidik dan akan ditadbir kepada sampel yang dipilh untuk mendapatkan data kuantitatif. Kajian rintis instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar akan ditadbirkan kepada pelajar-pelajar PERMATApintar serta guru-guru yang terlibat mengajar pelajar pintar semasa perkhemahan kali kedua pada bulan November 2010. Kajian sebenar akan dijalankan dengan menggunakan instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar yang telah mantap dan disahkan oleh pakar ke atas mereka yang terlibat secara langsung dengan PERMATApintar yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar di Sekolah PERMATApintar dan pelajar-pelajar pintar cerdas yang akan memulakan sesi pengajian pada tahun 2011. Data kajian sebenar akan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 13, perisian WINSTEPS version 3.62.4 dan AMOS versi 7. Model pengukuran Rasch digunakan untuk mengetahui kesesuaian item dan seterusnya mengguna structural equation model (SEM) bagi mengukur model dalam confirmatory factor analysis (CFA) untuk mengetahui kesesuaian model. ABCTRACT RESEARCH PROPOSAL: The purpose of this study was to develop and affirm an instrument for teaching and learning of gifted students. The formation of this instrument was based upon three curriculum models. They were the content model, process and product model and the epistomologi model. This instrument will be applied to assess the effectiveness of teaching and learning approach of the gifted

Wan Ameran, Siti Rahayah & Jamil

students. The Development of this instrument was necessary in order to ensureas necessary in order to ensure the program has achieved to spur intelligent human capital with positive personality and strong characternin accordance of the National Education Philosophy. The approachhe approach of the study were qualitative and quantitative. First qualitative data was collected from protocol interviews conducted among the expertise in teaching gifted student then analysed using NVIVO 8. Next a questionaire was further prepared using the data analysed. These questionaires were given to a group of selected samples to prepare a quantitative data. A pioneer study will be carried out using the instrument among the PERMATApintar students in the second camp in November 2010. Then a proper s tudy will be conducted in PERMATA School using the established and outhorised instrument among teachers ang gifted students who will be begin their sessions in 2011. The final findings will be analysed using the SPSS version 13, WINSTEP version 3.62.4 and Amos version 7. Rasch assessment model will be used to find out the suitability of the items followed by Structural Equation Model (SEM) to measure the models used in the Confirmatory Factor Analysis. PENGENALAN Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) sebagai garis panduan untuk menghasilkan pendidikan berkualiti secara menyeluruh dengan mewujudkan enam teras strategik. Salah satu teras strategik dalam PIPP ialah membangunkan modal insane bermula dari zaman kanak-kanak prasekolah hingga ke institusi pengajian tinggi. Di kalangan pelajar ini terdapat pula sekumpulan individu yang mempunyai kelebihan intelektual berbanding rakan sebaya mereka. Memandangkan mereka adalah aset negara yang perlu diberi perhatian demi mencapai cita-cita negara untuk menjana modal insan. Oleh itu, KPM sangat komited bagi menghasilkan generasi berilmu, berkemahiran dan bertanggungjawab terhadap pembangunan pelajar pintar yang bakal menjadi modal insan negara. Oleh yang demikian, setiap perancangan dan pelaksanaan yang akan diusahakan harus berdasarkan wawasan untuk membawa perubahan dan anjakan paradigma dari segi pemikiran, orientasi dan tindakan seluruh negara dalam sistem pendidikan pelajar-pelajar pintar. Kemajuan dan perubahan kehidupan yang dialami kini menjadi satu cabaran yang besar tehadap sistem pendidikan negara ini. Cabaran utama dan kritikal yang dihadapi oleh sistem pendidikan ialah untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti bagi menghasilkan bakal aset negara yang berpotensi, berilmu pengetahuan, berkemahiran dengan kehendak dan aspirasi masyarakat. PERNYATAAN MASALAH Pelajar pintar merupakan khazanah berharga negara yang memerlukan kurikulum khas serta pemantauan yang berterusan agar negara mendapat manfaat. Oleh itu, mereka perlu dikenal pasti melalui proses pencarian terancang supaya tidak tertinggal berbanding pelajar pintar di negara lain (Rosmah, 2009). Thailand dan

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 3

Singapura telah mengadakan sekolah khas manakala Cina dan Australia telah memulakan program bagi pelajar pintar mereka. Adalah menjadi harapan negara agar pelajar pintar dapat menjalani program di Malaysia dan seterusnya dapat memberi khidmat kepada negara. Isu-isu semasa diperkatakan sekarang adalah lebih menumpukan kepada persoalan apakah perlunya satu usaha yang berterusan ke arah menyediakan bimbingan kepada kanak-kanak pintar ini dan sama sekali tidak membiarkan saja khazanah berharga negara atau permata negara ini berlalu begitu saja. Membimbing pelajar ini memerlukan kurikulum khas dan diiringi pemantauan yang berterusan. Golongan berkeupayaan tinggi ini mampu menerajui ilmu ke tahap yang dibanggakan di samping meneroka ilmu-ilmu baru bagi generasi akan datang. Namun, mereka perlu dibimbing untuk mengeksploitasi kebolehan dan kecerdikan semula jadi yang dianugerahkan kepada mereka. Menurut Abdullah (2007), pelbagai cara dapat digunakan untuk mempertingkatkan kepintaran dan kecerdasan murid dalam bidang yang ditonjolkannya seperti mengatur program dan menyediakan strategi tentang apa yang hendak diajar. Namun isu perlaksanaan iaitu susunan aktiviti yang dirancang mengikut jangka masa yang ditetapkan semasa pengajaran dan pembelajaran mencapai sasaran yang ditetapkan. Kanak-kanak pintar cerdas sering menghadapi masalah pembelajaran dan juga masalah sosial disebabkan kejahilan serta sikap negatif guru terhadap ciri-ciri pembelajaran serta perbezaan individu dalam melayani keperluan pendidikan pelajar-pelajarnya (Mohd Hussain, 1995). Merujuk laporan tahunan (2008) oleh JNJK ke atas pemeriksaan penuh sekolah rendah dan sekolah menengah didapati pengajaran dan pembelajaran masih belum mencapai tahap yang membanggakan manakala kemenjadian murid belum menyerlah dan masih terdapat pengetua yang belum dapat menggerakkan pembaharuan dan meningkatkan prestasi p&p guru di sekolah mereka. Laporan tahunan (2008) JNJK juga mendapati pencapai kelulusan purata UPSR dibawah 30% yang berpunca daripada kelemahan mentafsir dan menterjemahkan dasar-dasar sedia ada serta kaedah pelaksanaannya. Atas kesedaran inilah pengkaji ingin membina instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar ini bagi membimbing sekolah dan memberitahu institusi pendidikan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar pintar berjalan lancar. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan dan mengesahkan instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar yang diubahsuai daripada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Pengajaran dan Pembelajaran (SKPM-P&P) yang diguna pakai di sekolah aliran perdana berasaskan model kurikulum oleh van Tassel-Baska (1986). Pembinaan instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar-pelajar pintar cerdas. Pembangunan instrumen ini adalah untuk memastikan program yang dirancang untuk pelajar ini mencapai matlamat membina modal insan yang cemerlang inteleknya, sahsiahnya dan jati diri sejajar

Wan Ameran, Siti Rahayah & Jamil

dengan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi perlu dibangunkan agar penilaian dan pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran ke atas guru-guru yang mengajar pelajar pintar dapat dijalankan dan diharap dapat menjana guru serta menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam sistem pendidikan negara.. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ialah untuk membangun instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar. Objektif terperinci kajian ini adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti faktor untuk menilai pengajaran dan pembelajaran guru mengajar pelajar pintar. 2. Mengenal pasti pandangan pakar pendidikan pintar tentang faktor pengajaran dan pembelajaran pelajar pintar 3. Mengenal pasti pandangan guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran pintar. 4. Meneroka faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran inovatif dan kreatif pelajar pintar. 5. Kualiti pengajaran dan pembelajaran yang menyumbang kepada pembinaan instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar. 6. Menentukan kesahan kandungan, kesahan kriteria, kesahan konstruk dan kebolehan percayaan instrument pengajaran dan pembelajaran pintar 7. Mencadangkan satu model penilaian pengajaran dan pembelajaran pintar. PERSOALAN KAJIAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. Apakah faktor untuk menilai P&P guru mengajar pelajar pintar? Bagaimana pandangan pakar pendidikan pintar tentang faktor P&P pelajar pintar? Apakah pandangan guru yang terlibat dalam P&P pintar? Apakah faktor yang mempengaruhi P&P inovatif dan kreatif pelajar pintar? Apakah kualiti P&P yang menyumbang kepada pembinaan instrumen P&P pintar? Apakah kesahan kandungan, kesahan kriteria, kesahan konstruk dan kebolehan percayaan instrument P&P pintar? KERANGKA KONSEPTUAL Instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar bertujuan untuk melaksanakan pemantauan dan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran ke atas guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar pintar mestilah mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi supaya menghasilkan penyeliaan yang berkesan. Pembinaan

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 5

instrumen melibatkan langkah-langkah yang berurutan Murphy dan Davishofer (2005) mencadangkan Pembinaan instrumen terbahagi kepada empat fasa iaitu (i) perancangan; (ii) pembinaan; (iii) penilaian kuantitatif; dan (iv) pengesahan instrument dan menggunakan seperti dalam Rajah 1.
Rancangan Pelajaran Tahunan Model Kandungan -Pecutan -Berasas Kemahiran Pendekatan D-P -Kandungan Intelek - Fasilitator ProsesProduk -Mendalam -Berasaskan Produk Orientasikan Sumber Saintifik -Kolaborasi Model Epistemologi -Berasaskan Estetik Pendekatan -Perbincangan - Tema dan Idea -Kaedah Socratik Rancangan Pelajaran Harian Set Induksi Item Performance Analisis Pertama Menggunak an Model Rasch -Peta ItemIndividu -Polariti Item -Kesesuaian Item -Indek Pengasingan imensionaliti -Kesesuaian Individu -Respon Luar Jangkaan - Kefungsian

Teknik Penyoalan Guru Penglibatan Murid Peneguhan

Teori Behaviurism e (Skinner 1971) Teori sosial (Bandura 1986, 2001)

Latihan dan Tugasan Murid Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid Penutupan

Prosedur pembinaan P&P Pintar: 3 peringkat reka bentuk instrument (Cohen & Swerdlik 2002) Pendekatan pembinaan P&P Pintar: -RasionalEmpirikal (Murphy & Davidshofer 2005)

Kategori
Analisis Kedua Kebezaan Kefungsian Item DIF Menggunak an Model Rasch - Gender

Hasil Kerja Murid

Pengurusan Kelas Item Performance

Perwatakan Guru

Analisis Model Persamaan Struktural (SEM) 1. CFA 2. Pengesah an Model

RAJAH 1. Kerangka konseptual ini diadaptasi berdasarkan model kurikulum oleh Van Tassel-Baska (1986, 1988, 2003) dan Van Tassel-Baska dan Brown (2007).

Instrumen Pengajaran dan Pembelajaran Pintar

Teori kognitif (Ausubel (1978)

Penyampaian/perkembangan Pelajaran

Pembinaan Instrumen P&P Pintar: -Teori Pengukuran -Teori Respons Item -Model Rasch

Wan Ameran, Siti Rahayah & Jamil

Menurut Van Tassel-Baska (1986) terdapat tiga buah model kurikulum yang terbukti berkesan dikalangan populasi pelajar pintar pada pelbagai peringkat perkembangan dan dalam pelbagai bahagian khusus iaitu, (i) Model pengisian kandungan, (ii) Model kajian proses - produk, dan (iii) Model konsep epistemologi. Model Isi Kandungan/Masteri Model ini menitik berat kemahiran belajar dan (konsep domain inkuiri). Pelajarpelajar pintar digalakkan bergerak pantas dalam bahagian isi kandungan. Oleh yang demikian kadangkala kepantasan isi kandungan mendominasi aplikasi model ini. Apabila kaedah Diagnostik - Preskriptif (D P) digunakan, pelajar diuji dahulu kemudian baru diberi bahan pengajaran untuk dikuasai. Pendekatan D-P ini berkesan dalam keadaan yang terkawal. Dalam kaedah D-P ini guru dan pembantu guru berperanan sebagai fasilitator. Kurikulum kaedah ini disusun berdasarkan intelektual dan mengikut urutan dan secara bergandaan (kumulatif) menjurus kepada asas kecekapan yang memudahkan pencapaian. Van Tassel Baska (1984) telah membuktikan keberkesanan model ini dalam pengajaran bahasa Latin. Guru-guru Bahasa Inggeris yang mengajar sebagai bahasa asing telah menggunakan model dalam pengajaran masteri Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar. Model ini telah mewakili sebagai kaedah pengajaran kendiri kepada pelajar pintar yang merangkumi progresif yang sekolah boleh faham. Guru-guru juga menyusun semula isi kandungan yang diajar mengikut kemahiran tinggi dan konsep-konsep supaya tugasan pelajar meningkat tinggi dimana memberi gambaran keseluruhan (holistik) topik yang diajar. Murid pintar cerdas digalakkan agar cepat menghabiskan kandungan sesuatu subjek atau secara ringkasnya ia lebih kepada pembelajaran pecutan. Model isi kandungan ini dapat mengurangkan kemampuan mata pelajaran bacaan dan matematik kepada satu pertiga. Proses ini terjadi dengan dua kaedah memodifikasikan kurikulum iaitu; 1. Memberikan pelajar dengan peningkatan kemahiran mengikut kemampuan pelajar, menguji/menilai profisiensi pelajar dengan memberi tugasan kerja berasaskan/berdasarkan (kemajuan/pencapaian peningkatan tahap) tahap pencapaian berperingkat; dan 2. Menyusun semula kemahiran asas kepada kemahiran berkelompok tinggi untuk mengurangkan masa pembelajaran dan seterusnya menggalakkan pengalaman mencabar kepada pelajar-pelajar pintar. Penilaian kebelbagaian kecerdasan semasa di dalam kelas akan memberi gambaran sebenar tentang pencapaian pelajar. Dengan ini, akan membantu guru untuk menyediakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran yang berkesan. Model Proses Produk Model proses - produk lebih menekan kemahiran menyelidik dalam bidang saintifik dan sosial yang memberi ruang kepada pelajar untuk mengembangkan produk yang berkualiti. Model ini menggunakan kaedah kolaboratif yang melibatkan guru, pelajar

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 7

dan orang yang mengguna model ini sebagai satu kumpulan untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah (problem based learning). Pelajar akan bekerja secara aktif dalam memulakan research topik, memilih reka cipta, mereka menjalan kajian literatur, memilih corak ekperimental, membentang dalam proposal mereka. Pelajar memberi fokus kpd kemahiran proses perkembangan Saintifik inkuiri dan cuba untuk mengembangkan produk yang berkualiti tinggi melalui tiga peringkat inkuiri iaitu; i) pra inkuiri /kemahiran level 1, ii) kaedah inkuiri(kemahiran level 2), dan iii) kemaharin mengintepritasikan. Epistemologi Model Model ini memfokus kepada pelajar berbakat dalam memahami dan menghargai ilmu pengetahuan dimana pelajar didedahkan kepada idea, tema dan prinsip yang merentasi domain pengetahuan. Peranan guru dalam model ini adalah sebagai penyoal, menimbulkan isu untuk dibincangkan dan didebatkan. Murid pula akan memberi tumpuan kepada pembacaan, membuat refleksi dan menulis. Model ini lebih memberi asas kepada murid untuk memahami kreativiti dan juga proses intelektual melalui analisa secara kritis terhadap produk. Ia juga memberi konteks untuk integrasi antara kognitif dan objektif afektif ke dalam kurikulum. Ramai penulis tentang pelajar pintar telah bersetuju tentang kaedah epistemologi dalam kurikulum untuk pelajar pintar (ward 1961; Hayes-Jacob, 1981; Maker, 1982; Tannenbaum, 1983) dalam Van tassel-Baska (1986). KAJIAN KEPUSTAKAAN Malaysia sudah bersedia untuk mengadakan program bimbingan khas kepada pelajar pintar agar pelajar ini dapat megembangkan potensi mereka ke tahap optimum. Pelajar pintar merupakan khazanah berharga negara yang memerlukan kurikulum khas serta pemantauan yang berterusan agar negara mendapat manfaat. Golongan pelajar pintar cerdas di negara ini perlu dikenal pasti dan proses pencarian perlu dirancang dengan teratur agar mereka dapat menerima program pengayaan dan pecutan secara holistik. Program ini memerlukan penelitian khas dari segi jasmani, emosi rohani dan intelek yang dipupuk secara seimbang agar perkembangan mereka berlaku secara optimum. Pelajar pintar di negara ini tidak seharusnya tertinggal ke belakang berbanding pelajar pintar di negara lain. DEFINISI DAN MAKNA Definisi Pintar Cerdas Pintar menurut Kamus Dewan ialah cekap dan pandai, manakala cerdas bermaksud sempurna akal. Hasan (2009), menjelaskan pintar cerdas adalah kelebihan luar biasa dari segi minda dan kelakuan yan dimiliki individu. Menurutnya lagi kelebihan ini dapat membantu mereka membuat adaptasi secara lebih selesa kepada persekitaran hidup mereka dan didapati sering di hadapan dibandingkan dengan anak-anak lain yang sebaya.Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai The Stanford-Binet Test menyatakan

Wan Ameran, Siti Rahayah & Jamil

pintar cerdas ialah keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan taakulan dengan baik. Lewis Terman (1916), menyatakan pintar cerdas kebolehan individu untuk berfikir secara abstrak. Allport (1937) menyatakan pintar cerdas keupayaan individu mengatasi masalah dalam kehidupan seharian. Burt (1954) menyatakan pintar cerdas kebolehan kognitif yang umum dan semulajadi. Piaget (1950) menyatakan pintar cerdas kebolehan individu buat adaptasi terhadap persekitaran fizikal dan sosial. Berbakat Merujuk kepada perkataan Gifted iaitu seseorang yang berpotensi menjadi cemerlang samada dalam bidang akademik atau bukan akademik. Menurut Gagne (1998) seseorang itu dikatakan berbakat apabila dia menampakkan potensinya dalam bidang tersebut. Kecerdasan/Kepintaran Gardner (1983) mendefinisikan kepintaran sebagai An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural setting (Frames of Mins 1983). Pernyataan ini telah dirumuskan oleh Linda Campbell, Bruce Campbell & Dee Dickinson (1999) sebagai kebolehan menyelesaikan masalah, kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. 1. Teori Dasar Percubaan (Prototype-Based Theory) masih berpegang kepada kepintaran didefinisikan sebagai berdasarkan kebolehan yang ada pada diri pelajar dari segi motivasi, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, minat yang luar biasa tentang sesuatu, kreativiti dan imaginasi, kebolehan mengingat, kelucuan, pertanyaan dan kebolehan berfikiran ke hadapan. 2. Teori Dasar Contoh (Example-Based Theory) mendefinisikan kepintaran sebagai satu konsep kepunyaan/pengkategorian berdasarkan pengalaman. Kepintaran pelajar adalah berdasarkan kepada contoh seseorang pelajar pintar yang terdahulu sebagai pengalaman untuk dijadikan contoh kepada yang lain. 3. Teori Model Dasar (Theory-Based Models) mengaitkan kepintaran dengan hubungan berdasarkan kepercayaan, kategori dan sistem pendidikan sesuatu masyarakat. Kecerdasan dan Kreativiti Wechsler (1974) menerangkan definisi kecerdasan menjurus kepada lima komponen utama, (1) pemikiran abstrak, (2) pembelajaran dari pengalaman, (3) penyelesaian masalah melalui insight, (4) penyesuaian diri kepada situasi baru dan (5) kebolehan memfokus dan sustaining keupayaan agar matlamat yang diingini dapat dicapai. Seorang pelajar yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi tidak semestinya seorang pelajar yang pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi biasanya memiliki cirri-ciri tingkah laku yanh unik. Mohd

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 9

Hussain (1995) mendapati antara ciri-ciri kreatif yang biasanya dilaporkan oleh kebanyakan penulis adalah seperti berikut; (1) Mudah tertarik pada perkara yang kompleks, misteri, artistic, dan estetik. (2) Suka kelainan daripada orang lain seperti cara berpakaian, fesyen, pilihan, dan sebagainya. (3) Suka berfantasi, bermain-main dengan imiginasi, atau idea-idea sendiri. (4) Memiliki keyakinan diri yang tinggi serta suka dan berani mengambil risiko. (5) Mempamerkan sikap idealistic dan tidak suka bergantung pada orang lain. (6) Memiliki sifat ingin tahu dan suka meneroka sesuatu yang baru. (7) Bersungguh-sungguh dan komited dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau aktiviti. (8) Tidak suka dikawal dan dikongkong. Ciri dan Keperluan Kanak-Kanak Pintar Sally (2007) menyenaraikan tiga kaedah mengajar pelajar-pelajar pintar cerdas: 1. Menyediakan bahan-bahan kandungan pengajaran yang sesuai dan memberi tugasan yang mencabar; 2. Memulakan unit pelajaran dengan memilih konsep dalam kurikulum atau disiplin teras, mengenal pasti satu atau lebih generalisasi yang sesuai, dan mereka bentuk tingkat pelajaran yang berkaitan dengan generalisasi tersebut. Tingkat pelajaran adalah strategi pelajaran di mana guru-guru mentaksir tahap kesediaan (minat, pengetahuan sedia ada dan tahap kemahiran) pelajarpelajar dan mengumpulkan mereka mengikut pengajaran dan penghasilan yang sewajarnya; dan 3. Bagi pelajaran atau unit yang diberi, guru boleh merancang dari tiga hingga enam latihan yang berlainan yang memfokuskan kepada konsep dan generalisasi yang sama tetapi menggunakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pelajaran yang aras kesukaran yang meningkat dan semakin kompleks. Disebabkan tahap kesediaan pelajar akan berbeza bagi setiap topik, kumpulan pelajar dalam kelas akan berbeza bergantung pada perubahan kurikulum. Tingkat pelajaran menyesuaikan semua pelajar dengan tahap kesediaan individu dan tahap kandungan, dan menyediakan peluang kepada pelajr untuk mencabar diri mereka sendiri. Pencarian dan Profil Kanak-Kanak Pintar di Malaysia Dalam konteks pendidikan di Malaysia, ujian untuk menentukan darjah kecerdasan (DK) bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan di sekolah-sekolah. Alat untuk mengukur DK tidak terdapat di sekolah-sekolah di Malaysia. Walaupun potensi kognitif pelajar tidak diukur dengan ujian-ujian penentu DK, namun potensi kognitif dalam bentuk potensi akademik dapat dilihat daripada keputusan peperiksaan yang cemerlang. Satu kaedah untuk menentukan potensi kognitif pelajar perlu diwujudkan di sekolah-sekolah di Malaysia untuk memberi maklumat awal tentang potensi kognitif pelajar. (Rosadah et.al 2005). Mohd Zuri et. al (2005) dalam kajian mereka mendapati bahawa pelajar pintar adalah lebih baik dari pelajar yang lain kerana semua pelajar belajar dalam satu bilik darjah yang mempunyai nilai baik yang sama. Pelajar pintar cerdas akademik (PCA) yang berpersonaliti ekstrovert lebih cenderung belajar bersendirian daripada belajar berkumpulan. Dapatan juga

10

Wan Ameran, Siti Rahayah & Jamil

mendapati sukar untuk mengklasifikasikan PCA merupakan pelajar yang berpersonaliti ekstrovert atau sebaliknya, ini kerana setiap pelajar adalah unik. Terdapat PCA yang perlu belajar dalam bentuk berkumpulan dan sering mengadakan perbincangan dengan guru dan rakan sebaya, manakala terdapat juga pelajar yang gemar belajar bersendirian dan memerlukan guru tuisyen persendirian untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Program Pengayaan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual Kebanyakan pendidik dan sarjana dalam bidang pendidikan pintar cerdas berpendapat bahawa cara yang terbaik untuk melayani keperluan pendidikan kanak-kanak pintar cerdas ialah dengan mengadakan program khas iaitu satu program yang berbeza daripada program yang ditawarkan untuk pelajar-pelajar biasa. Program ini melibatkan perbezaan dan kelainan cara gaya pembelajaran. Cara berfikir, tahap kecerdasan dan sebagainya yang dimiliki oleh pelajar-pelajar pintar (Abraham 2001). Menurut Lindy (2007), program perkhemahan musim panas tempatan yang dijalankan untuk pelajar pintar selama tiga minggu telah mengumpul data demografi pelajar bagi membantu mengenal pasti perubahan terhadap akademik dan kestabilan emosi pelajar. Rinn dan Wininger (2007) dalam kajian beliau menunjukkan remaja pintar cerdas yang menyertai sukan mempunyai kekuatan fizikal yang lebih baik, kestabilan emosi, keyakinan diri, dan keyakinan dalam bersosial dengan rakan sebaya yang sama jantina berbanding dengan remaja yang tidak menyertai sukan. Sokongan Psikologi dan Sosial Kanak-Kanak Pintar Terdapat empat jenis perkembangan akademik pelajar pintar iaitu pelajar cemerlang (full-bloomer), baik (good-achiever), lemah (fade-away) dan lambat berkembang (late-bloomer). Kajian yang dijalankan oleh Seokhee Cho et.al (2008) menunjukkan pelajar-pelajar tersebut mempunyai keyakinan terhadap diri, kebolehan intelek, motivasi, dan sikap terhadap sekolah adalah sama. Dapatan jua menunjukkan pelajar cemerlang membaca lebih banyak sejak kecil berbanding pelajar-pelajar lain. Sokongan ibu bapa sangat-sangat diperlukan untuk menyokong perkembangan diri anak-anak pintar cerdas agar mereka tidak mengalami kemurungan dan kekecewaan dalam hidup mereka ( Rinn et.al 2008). Vrignaud, et. al (1991) dalam kajian mereka berkaitan teknik yang dilaksanakan di Perancis untuk pelajar pintar cerdas yang mempunyai tahap akademik yang luar biasa serta kadar intelektual yang tinggi dan pelajar berbakat dalam seni dan sukan. Dapatan mendapati Perancis telah menjalankan program pecutan (acceleration) dan program pengukuhan (enrichment). Memahami Anak Pintar Jennifer (2007) mendapati cara terbaik untuk perkembangan anak-anak pintar ialah dengan menempatkan anak-anak pintar di kelas yang terbaik dengan kepintarannya. Guru kelas perlu mengetahui apakah keupayaan anak-anak pintar cerdas berdasarkan kepintarannya. Kenal pasti keupayaan kecerdasan anak-anak sama ada dari segi matematik, ataupun kecerdasan dari segi lapangan lain seperti

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 11

membuat persembahan ataupun keupayaan memahami. Setelah mengenal pasti keupayaan dan kecerdasan pelajar tadi, guru kelas dan sekolah mestilah menyediakan keperluan bagi pengembang kepintaran itu. Ini merupakan kaedah yang terbaik bagi pelajar pintar cerdas. Pelajar pintar cerdas perlu diberi perhatian oleh guru dan guru mestilah menggunakan gaya pengajaran yang bersesuaian. Model Perbezaan antara Bakat dengan Pintar Cerdas Menurut Gagne Menurut Gagne (2003) Model yang membezakan di antara istilah Barat dengan Istilah Pintar Cerdas adalah merupakan pembangunan teori wujudnya pintar cerdas yang mana kebolehan sedia ada (gift) bertukar kepada kemahiran khusus (talents) dalam sesuatu bidang melalui proses pembelajaran dan latihan. Gagne dalam Noriah et al.(2009) aptitud adalah bakat semula jadi yang merangkumi domaindomain seperti intelek, penghasilan kreatif, kepimpinan berserta interpersonal dan psikomotor. Aptitud merujuk kepada potensi kecekapan seseorang untuk melakukan sesuatu. Justeru, bagi individu yang asalnya berbakat (gifted) akan menjadi pintar cerdas (talented) apabila melalui proses perkembangan yang meliputi pembelajaran. Namun, terdapat masalah dalam proses perkembangan yang dilalui termasuk persekitaran yang tidak membantu, sifat dan sikap diri yang berpegang pada nilai yang salah atau minat yang lebih memberi tumpuan kepada perkermbangan diri dalam bidang lain. METODOLOGI Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor untuk menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran pintar serta membina dan menentusahkan instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar berdasarkan model-model dan teori pengukuran yang berkaitan. Untuk memeriksa kefungsian item dan mengesan kesahan serta kebolehpercayaan instrument pengajaran dan pembelajaran pintar, model pengukuran Rasch digunakan. Manakala untuk mengesahkan item-item yang mengukur tema dalam sesuatu konstruk, model pengukuran dalam confirmatory factor analysis (CFA) digunakan. Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian ini akan melibatkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif iaitu pendekatan triangulasi. Menurut Creswell (2007), penggabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif membolehkan pengkaji memperolehi data yang lebih komprehensif. Keseluruhan kajian ini akan dibahagi kepada empat fasa iaitu perancangan, proses pembinaan, penilaian kuantitatif dan pengesahan. Fasa satu menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes penerokaan berbentuk kes pelbagai (multiple case). Fasa dua melibatkan pembinaan item berdasarkan spesifikasi instrumen yang dibina dengan membentuk jadual spesifikasi instrumen (JSI) dan fasa setrusnya menentukan kebolehpercayaan dan kesahan instrumen menggunakan Rasch Model. Fasa akhir melibatkan kajian sebenar menggunakan instrumenyang dibina.

12

Wan Ameran, Siti Rahayah & Jamil

Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian terdiri daripada pensyarah, guru dan pelajar yang terlibat dalam projek permata pintar. Seramai enam orang penyarah yang merupakan pakar serta dua orang guru akan ditemubual dalam proses pembinaan item. Kajian keatas instrumen akan melibatkan seramai 1000 orang terdiri daripada pensyarah, guru, instruktur, pembantu dan pelajar yang terlibat dalam program PERMATApintar. Kajian Rintis Satu kajian rintis akan dijalankan terhadap 50 orang responden yang mewakili pelajar dan guru untuk memastikan instrumen yang digunakan boleh difahami, sesuai dan releven serta dapat memberi maklumat dan maklum balas yang diperlukan. Hasil daripada kajian rintis akan melibatkan beberapa sesi permurnian dan pemantapan instrumen soal selidik. Analisis Statistik Data daripada temu bual akan dianalisis oleh pengkaji dengan menggunakan perisian Nvivo version 8. Data temu bual secara mendalam serta literatur digunakan untuk mengenal pasti faktor-faktor pengajaran dan pembelajaran pintar. Hasil dapatan faktor-faktor pengajaran dan pembelajaran pintar ini seterusnya digunakan dalam pembentukan awal item item instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar. Menurut Yin (2003) pengkaji kualitatif perlu mendokumentasikan kaedah bagi kajian kes mereka dalam usaha menentukan sama ada pendekatan mereka itu konsisten dan boleh dipercayai. Kajian rintis adalah untuk memilih item yang baik (Cohen & Swerdlik 2002). Model pengukuran Rasch akan digunakan bagi menganalisis data untuk meneliti indeks kebolehpercayaan dan kesahan konstruk instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar dan dalam fasa terakhir Pengkaji dari pelbagai bidang kajian pendidikan terutamanya dalam bidang penilaian pendidikan menuntut bahawa terdapat kelebihan menggunakan kedua dua kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif berbanding dengan memilih sama ada kaedah kualitatif atau kaedah kuantitatif (Firestone & Pennell 1997; Fraser et al. 1988). KESIMPULAN Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar. Pembangunan instrumen ini adalah untuk memastikan bahawa program yang dirancang untuk pelajar pintar mencapai matlamat bagi memacu pembentukan modal insan yang cemerlang intelek, sahsiah dan jati diri. Satu instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi perlu dibangunkan agar penilaian dan pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran keatas guru yang mengajar pelajar pintar dapat dijalankan. Ini diharap dapat menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam sistem pendidikan negara. Perancangan pembangunan modal insan diberi keutamaan dalam perancangan pendidikan. Pembangunan insan pintar 25 tahun

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 13

dari sekarang iaitu mulai 2010 akan menghasilkan individu yang kreatif dan inovatif. RUJUKAN Alimuddin Mohd Dom. (2006). Kepimpinan instructional, peranan pengetua dan guru besar dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Abraham, S. J. (2001). Multiple intelligences in the classroom. Issues in Education, 24: 1-14. Berita Harian. (2009). 17 April. Bond, T.G. & Fox, C.M. (2001). Applying the Rasch Model: Fundamental measurement in the human sciences. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates Publishers. Briggs, C. J., Reis, S. M., & Sullivan, E. E. (2008). A national view of promising programs and practices for culturally, linguistically, and ethnically diverse gifted and talented students. Gifted Child Quarterly. 52; 131-144 Brody, L., Mills, C. (1997). Gifted children with learning disabilities: A review of the issues, Journal of Learning Disabilities, 30, 282-286. Chan, D.W. (2008). Giftedness of Chinese students in Hong Kong: Perspectives from different conceptions of intelligences. Gifted Child Quarterly, 52; 40-53. Creswell, J. W. (1998). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five traditions. Thousand Oaks, CA: Sage Publications. Cresswell, J.W. (2009). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods approaches. Los Angeles: SAGE Publications. Fetzer, E. A. (2000). The gifted learning disabled child: A guide for teachers and parents. Gifted Child Today, 23,44-50. Goddard, R., Sweetland, S. & Hoy. W. (2000). Academic emphasis of urban elementary school and student achievement in reading and mathematics; A multilevel analysis: Educattion Administration Quarterly, 36(5), 683 702. Gorodetsky, M. & Klavir, R. (2003). What can we learn from how gifted / average pupils describe their processes of problemsolving? Learning and Instruction, 13, 305-325. Hair, Jr., J.F., Anderson, R.E., Tatham, R.L., & Black, W.C. (2006). Multivariate data analysis. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall. Hambleton, R.K. Swaminathan, H. & Rogers, H.J. (1991). Fundamental of item response theory. London: Sage Publication, Inc. Hasan Mohd Ali. (2009). Anak kita memang pintar cerdas: Panduan membina potensi diri anak-anak. PTS Publication & Distributors sdn.bhd. Holland, P.W., Thayer, D.T. (1998). Differential item performance and the MantelHaenszel produre. In Wainer. H., & Braun, H.I. (pnyt). Test validity, 129-145. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates. Hong, E & Aqui, Y. (2004). Cognitive and motivational characteristics of adolescents gifted in mathematics: Comparisons among students with different types of giftedness. Gifted Child Quarterly, 48: 191-201.

14

Wan Ameran, Siti Rahayah & Jamil

Jennifer Riedl Cross. (2007). Developing your childs talent in the real world: Dealing with juxtaposition between ideal and actual gifted education. Gifted child today. pg 50-56. Jiannong, S. & Xingli, Z. (2008). Self-concept of gifted children age 9 to 13 years old. Journal for the education of the gifted. Vol.31, 4; 481-499. Copyright@2008 prufrock press inc., http://www.prufrock.com Jolly, L. J. (2005). Pioneering definitions and theoretical positions in the field of gifted education. Gifted Child Today. 28, 3; 38-41: Research Library. Jolly, J. L. & Kettler, T. (2008). Gifted education research 1994-2003: A disconnect between priorities and practice. Journal for the Education of the Gifted. Vol. 31, 4; 427-446. Copyright@2008 prufrock press inc., http://www.prufrock.com Mahoney, A. S. (2008). Goodness of fit: The challenge of parenting gifted children. Parenting for High Potential, 18-21. Mohd Zuri Ghani, Rahimi Che Aman, Nik Roslina Nik Yaacob & Aznan Che Ahmad. (2005). Mengenal pasti perbezaan personaliti ekstrovert dan introvert dalam kalangan pelajar pintar cerdas akademik (PCA) berdasarkan gender. Jurnal Pendidikan 23: 111 112. Manning. S. (2006). Recognising gifted student: A practical guide for teachers. New York: Kappa Delta Pi. Monaco, T. et al. (2009). Teachers Identify and Support At-Risk gifted Students in the regular Classroom. The New New Zealand Journal of Gifted Education. 15 (1). National Association for Gifted Children. (1990). Giftedness and the gifted. Whats it all about? ERIC Clearinghouse on Handicapped and Gifted Children. Retrieved from www.nagc.org/index.aspx?id=121 National Association for Gifted Children. (2008). Is there a definition of gifted? Retrieved Mac 30, 2010, from http://www.nagc.org/index.aspx?id=548 Nik Azis Nik Pa. (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan praktik. Kajang: Institut pengajian Ilmu-ilmu Islam Ng dan Sandiyao. (2005). Masalah sosio-emosi kanak-kanak pintar cerdas. Masalah Pendidikan, 5-12. Pallant, J.F. (2001). SPSS Survival Manual: A step guide to data analysis using SPSS for windows. Ver. 10. Illinois: Allen & Unwin. Rosadah, Noriah dan Zalizan. (2005). Profil pemprosesan kognitif pelajar pintar cerdas akademik di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan, 30: 35-49. Rinn, A. N. & Wininger, S. R. (2007). Sports participation among academically gifted adolescents: Relationship to the multidimensional self-concept. Journal for the Eduction of the Gifted, 31 (1): 35-56. http://www.prufrock.com Rinn, A. N., Jamieson, K. M., Gross, C. M., & McQueen, K. S. (2008). A canonical correlation analysis of the influence of social comparison, gender, and grade level on the multidimentional self-concepts of gifted adolescents. Social Psychology of Education. Rubin, H. J., & Rubin, I. S. (2005). Qualitative interviewing: The art of hearing data. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 15

Seokhee, C., Doehee, A., Suksil, H., & Hyejin, P. (2008). Academic developmental patterns of the Korean gifted during the 18 years after identification. Personality and Individual Differences. 45: 748-789. Shaunessy, E. (2007). Implications for gifted education. Gifted Child Quarterly, 51: 119-135. Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, konsep dan amalan dalam pengukuran dan penilaian. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Siti Rahayah Ariffin. (2008). Inovasi dalam pengukuran dan penilaian pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Siti Rahayah, Roseni & Hafsa. (2008a). Factors contributing to multiple intelligences among teenagers. Jurnal Pendidikan, 33: 35-46. Siti Rahayah Ariffin, Noriah Mohd Ishak, Abdul Ghafur, Rodiah Idris, Benedict & Wan Ameran Wan Mat. (2008b). Assessing generic skills using Rasch Model approach: A method for construct validity and reliability. ICEI 2008. Siti Rahayah Ariffin, Noriah Mohd Ishak, Abdul Ghafur, Rodiah Idris, Wan Ameran Wan Mat & Benedict. (2008c). Innovation using Rasch Model approach in measuring generic skills. ICEI 2008. Sternberg, R.J., Grigorenko, E.L, & Kenneth, K.K. (2005). Intelligences, races and Genetics. American Psychological Association, 60 (1): 46-59. Tidwell, R. (1980). A psyho-education profile of 1,593 Gifted High School Students. Gifted Child Quarterly, 24 (2): 63-68. Torrance, E. (1997). Potentially creative youth. In R. Frederickson & J. Rothney (Eds.), Recognizing and assisting multipotential youth. Columbus: Charles E. Merrill Publishing Company. Utusan Melayu. 3 Mac 2009. Utusan Melayu. 17 April 2009. Van Tassel-Baska, J. (1986). Effective curriculum and instructional models for talented students. Gifted Child Quarterly, 30: 164-169. VanTassel-Baska, J. (1988). Comprehensive for gifted learners. Massachusetts: Allyn & Bacon. VanTassel-Baska, J. (1994). Comprehensive curriculum for gifted learners. 2nd Ed. Boston: Allyn & Bacon. Van Tassel-Baska, J. & Brown, E. F. (2007). Toward best practice: An analysis of the efficacy of curriculum models in gifted education. Gifted Child Quarterly. 51: 342-358. Vrignaud, P., Bonora, D., & Dreux, A. (1991). Counselling the gifted and talented in France: Minimizing gift and maximizing talent. International Journal for the Advancement of Counseling, 27: 211-228 Wasonga, T.A. (2005). Multicultural education knowledgebase, attitudes and preparedness for diversity. The International Journal of Education Management, 19(1): 67-74. Watts, G. (2006). Teachers attitudes to the acceleration of the gifted: a case study from New Zealand. Gifted and Talented, 10: 13-21.

16

Wan Ameran, Siti Rahayah & Jamil

Webb, J.T. (1994). Nurturing social-emotional development of gifted children. ERIC EC Digest#E527. Winebrenner, S. (2001). Teaching gifted kids in the regular classroom. Minneapolis, MD: Free Spirit Publishing Inc. Wright, B.D., & Masters, G.N. (1982). Rating scale analysis. Chicago: MESA Press. Yin, R. K. (1989). Case study research: Design methods. Newbury Park, CA: Sage Publications.

Anda mungkin juga menyukai