Anda di halaman 1dari 2

MOHAMAD ZIKRUL HAKIEM BIN MOHD SUHAIMI .

T3SN1

Refleksi Individu

Pada Semester ini, saya telah mempelajari SCE 3109 iaitu tenaga dalam kimia. Bersama pensyarah yang berpengalaman iaitu Puan Yew Lee Hiang, banyak yang saya pelajari pada semester ini berkaitan dengan kimia. Bagi memenuhi keperluan subjek ini, saya telah mengharungi beberapa eksperimen dan projek-projek yang berkaitan dengan subjek kimia khususnya.

Pengajaran kimia dianggap abstrak dan bersifat akademik menjadi faktor yang mempengaruhi tahap prestasi pelajar yang rendah dalam mata pelajaran Kimia. Walaupun pada mulanya saya tidak berapa memahami subjek kimia ini,namun setelah mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing yang berpengalaman,sedikit sebanyak membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam subjek ini.Penerangan konsep dan formula kimia oleh pensyarah yang sangat jelas membuka minda saya.Selain itu,saya dapati untuk menarik minat murid-murid untuk mempelajari sains,seorang guru harus mengetahui pendekatan yang sesuai untuk mengajar muridmurid.Seorang guru harus tahu teknik dan cara yang sesuai untuk menerangkan konsep sains kepada murid lebih-lebih lagi dalam subjek fizik.Ilmu ini dapat saya gunakan kelak semasa mengajar di sekolah nanti. Aktiviti-aktiviti di dalam makmal memerlukan saya bekerja dalam kumpulan kecil untuk mengumpul data dengan membuat pengukuran, menganalisis data, membuat ramalan dan keputusan, dan membuat perbincangan tentang konsep-konsep asas yang terlibat dalam aktiviti tersebut. Strategi menggunakan memberi fokus bagaimana pengetahuan boleh digunakan melalui latihan dan masalah yang relevan dan realistik di dalam dunia sebenar. Penekanan dan tumpuan diberikan kepada tugasan yang relevan dan wujud dalam kehidupan harian.Saya berharap melalui aktiviti makmal ini,ilmu yang saya peroleh dapat saya gunakan ketika menempuh profesion perguruan kelak.

MOHAMAD ZIKRUL HAKIEM BIN MOHD SUHAIMI .T3SN1

Selain itu,saya juga menjalani aktiviti pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK). AKtiviti ini semuanya berkait rapat dengan silibus sains sekolah rendah. Saya mendapati sebenarnya, subjek kimia itu sendiri boleh dieksploitasikan oleh guru untuk mengajar kimia berdasarkan perhubungan antara kimia dengan konteks kehidupan sebenar. Pengunaan situasi kehidupan sebenar berupaya merangsang sifat ingin tahu manusia tentang bagaimana sesuatu benda terjadi, memberi motivasi kepada individu untuk memahami konsep kimia yang mendasari situasi tersebut dan memberi keyakinan kepada murid mempelajari konsep kimia yang lebih abstrak. Saya berharap perkara-perkara ini dapat saya aplikasikan di dalam kelas semasa saya menjadi guru nanti.

Anda mungkin juga menyukai