Anda di halaman 1dari 16

PEMARKAHAN

2.

TUGASAN (1) (2)

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011 3.

FORUM JUMLAH

KRM 3063: BENTUK DAN RUANG


TAJUK TUGASAN 1

AKTIVITI PENGAJARAN

KUMPULAN UPSI 07 (A112 PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA DEWI PUSPITA BT HJ MASOD NO.ID D20102043292 NO.TELEFON 013-2485080

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR ZAMZANA BT ZAMZAMIR @ ZAMZAMIN

TARIKH HANTAR: 25 OKTOBER 2012

TUGASAN 1: (Individu) / 20 markah / Minggu ke 6 (26 Oktober 2012)

Bagi tajuk tertentu daripada sukatan pelajaran bentuk dan ruang yang anda pilih sendiri, rancangkan 2 (DUA) aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan bahan berikut: bahan konkrit, media atau teknologi. Kedua-dua aktiviti pengajaran itu mestilah melibatkan bahan berbeza. Contohnya, sekiranya satu aktiviti melibatkan bahan konkrit maka satu lagi aktiviti melibatkan teknologi. Aktiviti yang anda rancangkan itu mestilah bersesuaian dengan pengajaran selama 40 minit, setiap satunya. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Aktiviti ini adalah asli atau berdasarkan pengalaman anda sendiri. Format penulisan mengandungi:

i.

Tema.

ii. Tajuk. iii. Hasil pembelajaran. iv. Pengetahuan sedia ada. v. Langkah-langkah (nyatakan tempoh bagi setiap langkah).

vi. Bahan pengajaran (sama ada bahan konkrit, media dan teknologi: diintegrasikan dalam (v)) vii. Penilaian (boleh diintegrasi dalam (v)) viii. Jangkaan refleksi (jangkaan kesukaran dalam pelaksanaan serta cara mengurangkan / mengatasi)

AKTIVITI 1
Tahun i. Tema ii. Tajuk iii. Hasil Pembelajaran :2 : Sukatan dan Geometri : Ruang : Pada akhir pengajaran, murid dapat ; 1. Menamakan sekurang-kurangnya 5 bentuk 3D yang berbeza dengan betul 2. Melabel dengan betul sekurang-kurangnya 5 bentuk 3D yang berbeza. iv. Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui bentuk-bentuk 3D v. Langkah-langkah pengajaran :

Langkah 1: 5 minit

a) Guru meminta murid menunjukkan permukaan atas, tepi dan bucu meja mereka. Murid merasai dan membuat pemerhatian pada meja masing-masing. b) Murid menjawab soalan lisan dari guru Contoh: i. Cuba kamu rasa permukaan atas, tepi dan bucu meja. ii. Apa yang kamu rasa? c) Murid dibimbing oleh guru untuk berbincang tentang aktiviti yang dijalankan.

Langkah 2: 15 minit

a) Guru mengagihkan beberapa bongkah berbeza kepada murid dan meminta murid menyatakan ciri-ciri bongkah yang diberikan. b) Murid menyebut ciri-ciri bongkah seperti kubus, kon, silinder, piramid, sfera dan kuboid. c) Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid (aktiviti individu) d) Murid melabelkan ciri-ciri bentuk 3D dengan bimbingan guru.

Langkah 3: 10 minit

a) Guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu set bongkah 3D. b) Guru meminta murid membilang permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah yang dibekalkan. c) Murid menyatakan kepada berapa bilangan permukaan rata, permukaan

melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah: kubus, kon, silinder, piramid, sfera dan kuboid. d) Ketua setiap kumpulan akan tampil kehadapan dan menerangkan ciri-ciri bongkah kepada rakan dan guru akan memberi penghargaan kepada kumpulan yang beerjaya menerangkan dengan tepat.

Contoh: 1. Berapakah bilangan permukaan rata pada kubus? 2. Berapakah bilangan permukaan melengkung pada kon dan silinder? 3. Adakah sfera mempunyai permukaan melengkung?

Langkah 4: 10 minit

a) Guru mengedarkan kad soalan kepada setiap kumpulan. b) Setiap kumpulan dikehendaki untuk menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan berpandukan kepada bongkah 3D yang dibekalkan. c) Wakil bagi setiap kumpulan dikehendaki menerangkan jawapan kumpulannya. d) Guru akan berbincang dengan murid mengenai jawapan mereka dan membuat penilaian bagi setiap jawapan yang diberikan.

vi. Bahan pengajaran

Bahan, peralatan dan bahan sumber : 1) bola sepak 5 biji 2) kotak tisu 5 kotak 3) bekas minuman dalam tin 5 unit 4) set bongkah 3D 2 set 5) lembaran kerja

a) Bahan konkrit (Bongkah-bongkah 3D)

b) Kad soalan

1. Berapakah bilangan permukaan rata pada kubus? 2. Berapakah bilangan permukaan melengkung pada kon dan silinder? 3. Adakah sfera mempunyai permukaan melengkung?

4. Berapakah bilangan permukaan rata pada kuboid? 5. Berapakah bilangan permukaan melengkung pada sfera? 6. Adakah silinder mempunyai permukaan melengkung?

vii. Penilaian

Penilaian aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan iaitu apabila setiap kumpulan murid dapat menjawab dengan tepat berdasarkan soalan pada kad soalan. Ia dapat dinilai dalam langkah yang keempat apabila setiap kumpulan murid menunjukkan jawapan mereka dan seterusnya guru atau murid lain akan membantu jika terdapat kumpulan yang melakukan kesalahan pada jawapan mereka melalui perbincangan yang dijalankan. Apabila murid dapat menjawab dengan tepat, barulah lembaran kerja akan diberikan kepada mereka sebagai latihan tambahan secara individu dan guru boleh menilai pencapaian individu. viii. Jangkaan refleksi

Daripada maklum balas murid, saya dapati mereka memberi respon yang agak memuaskan terhadap soalan yang saya kemukakan pada permulaan pengajaran iaitu set induksi. Ini telah menunjukkan saya telah meransangkan minat murid dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada mereka dan menunjukkan murid dalam keadaan bersedia untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan murid dalam menjalankan aktiviti adalah aktif dan menunjukkan semangat bekerjasama dalam perbincangan menyiapkan aktiviti yang diarahkan dengan baik. Aktiviti yang saya rancang telah menjurus kepada pencapaian objektif pengajaran pada hari itu.

Dengan mengimbas kembali, objektif pengajaran yang telah ditetapkan sebelum ini turut tercapai dengan 97% kerana terdapat seorang murid membuat sedikit kesilapan memperihalkan permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi bentuk tiga dimensi (3D). Murid-murid dapat menjawab lembaran kerja yang diberi dengan betul setelah disemak. Kekuatan dan kelemahan : Saya perlu mengawal masa yang digunakan dalam semua fasa pengajaran supaya tidak menjejaskan mana-mana aktiviti yang telah dirancang. Selain itu saya kurang memberi galakan kepada murid yang menjawab soalan dengan betul semasa pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dirancang dapat memupuk nilai kerjasama antara murid-murid serta mengukuhkan kefahaman mereka terhadap isi pengajaran yang disampaikan. Juga tidak ketinggalan dengan bahan bantu mengajar yang menarik perhatian murid dan seterusnya meningkatkan pencapaian objektif pembelajaran pada hari itu.

Nada suara saya yang lantang dan jelas memudahkan murid-murid saya faham akan soalan saya dan seterusnya melibatkan diri dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Murid-murid juga memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap sesi pengajaran yang dilaksanakan. Namun begitu, saya gagal memanggil seorang demi seorang untuk mencuba menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh saya. Soalan-soalan yang diajukan adalah secara keseluruhan kelas dan tidak dapat mengesan kefahaman murid terutamanya bagi murid LINUS. Sebagai seorang guru yang efektif, saya seharusnya memanggil nama murid untuk menjawab setelah mengajukan soalan kepada murid dan lebih bertanyakan soalan yang berkaitan dengan topik untuk menguji kefahaman murid LINUS. Sekiranya murid LINUS yang dipanggil masih tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan, saya perlulah menunjukkan kesabaran dan memberi galakan kepada murid tersebut sehingga dapat menjawab soalan yang dikemukan selain daripada menaksir kefahaman murid terhadap isi pengajaran hari itu. Lama-kelamaan keyakinan pada diri murid tersebut dapat dibina sedikit demi sedikit begitu juga dengan merasai penghargaan daripada saya dalam menjawab soalan. Oleh itu, murid tersebut akan meneruskan usaha mereka untuk mencapai kejayaan.

Selain itu, kelemahan-kelemahan lain yang dapat dikenalpasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah saya telah lupa menyediakan salah satu bentuk bongkah 3D iaitu berbentuk sfera. Saya berasa cemas apabila mendapati bogkah 3D berbentuk sfera tidak ada. Jadi saya terpaksa mengubah strategi rancangan pengajaran saya dengan menggunakan bola sepak menggantikan sfera. Saya juga mendapati interaksi antara murid dan guru adalah kurang memuaskan. Murid hanya menjawab soalan saya setelah diajukan kepada mereka sahaja.

Lampiran 1 Lembaran Kerja (Pengayaan)

Nama: _____________________________________ Kelas: _______________

Lampiran 2 Lembaran Kerja (Pemulihan)

Nama: _____________________________________ Kelas: _______________

AKTIVITI 2
Tahun i. Tema ii. Tajuk iii. Hasil Pembelajaran :2 : Sukatan dan Geometri : Ruang : Pada akhir pengajaran, murid dapat ; 1. Mengenalpasti dengan betul sekurang-kurangnya 3

daripada 4 bentuk 2D yang berbeza 2. Melukis dengan betul sekurang-kurangnya 3 daripada 4 bentuk 2D yang berbeza. iv. Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui bentuk-bentuk 2D v. Langkah-langkah pengajaran :

Langkah 1: 5 minit

a) Guru meminta murid membuat pemerhatian terhadap gambar yang dipaparkan oleh guru. Murid menyatakan bentuk-bentuk yang dapat dilihat berdasarkan gambar. b) Murid menjawab soalan lisan dari guru Contoh: i. Apakah bentuk yang kamu lihat? ii. Nyatakan ciri-ciri bentuk tersebut? iii. Namakan objek yang kamu tahu sama denagn objek yang kamu lihat.

Contoh: Segiempat sama (sapu tangan)

c) Murid dibimbing oleh guru untuk menyatakan bentuk-bentuk 2D yang biasa dilihat dalam kehidupan harian.

Langkah 2: 15 minit

a) Guru memperkenalkan bentuk-bentuk 2D menggunakan slaid-slaid Powerpoint b) Murid diminta menamakan bentuk-bentuk 2D yang dipaparkan dalam Powerpoint. Contoh: bulatan, segitiga, segiempat sama, segiempat tepat.

(Aktiviti menggunakan Powerpoint disertakan)

Langkah 3: 10 minit

a) Guru meminta murid meneka apakah nama bentuk 2D berdasarkan ciri-ciri yang dipaparkan pada slaid Powerpoint.

Contoh 1: Saya ada 3 garisan lurus yang bertemu membentuk 3 bucu. Jangkaan jawapan murid: Tigasegi Guru akan menerangkan kepada murid bahawa bentuk 2D yang mempunyai 3 garisan lurus yang bertemu membentuk 3 bucu adalah segitiga, bukan tigasegi.

Contoh 2: Saya mempunyai satu garisan melengkung dan satu permukaan yang bulat. Jangkaan jawapan murid: Bulatan Guru akan memberikan pujian / penghargaan kepada murid kerana jawapan yang betul.

Langkah 4: 10 minit (Aktiviti menulis)

a) Guru meminta murid menekap bentuk-bentuk 2D berpandukan objek. Contoh objek: duit syilingbulatan

b) Murid diminta menggunting bentuk-bentuk yang dilakarkan dan tampal pada helaian lampiran. c) Murid diminta melukis bentuk-bentuk 2D yang disebut oleh guru. d) Guru akan berbincang dengan murid mengenai jawapan mereka dan membuat penilaian bagi setiap jawapan yang diberikan.

vi. Bahan pengajaran Bahan, peralatan dan bahan sumber :

1. Penyangkut baju (hanger) 2. Duit syiling 3. Peraut (sharpener) 4. Lembaran kerja vii. Penilaian

Dalam p & p pada hari ini, saya telah menggunakan perisian powerpoint sebagai bahan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar yang canggih ini telah menarik minat murid kerana seiring dengan perkembangan dunia sekarang yang mana kapur dan papan hitam dilihat sudah tidak relevan lagi. Power Point yang dipaparkan amat menarik dan bersesuaian dengan tajuk pengajaran pada hari ini serta juga dapat merangsangkan minat murid dan menggalakkan mereka memberikan tumpuan terhadap isi pengajaran. Lembaran kerja yang disediakan kepada murid juga bersesuaian dan mengikut tahap penguasaan murid iaitu murid LINUS (pemulihan) dan murid PERDANA (pengayaan).

Berdasarkan aktiviti yang saya telah jalankan, jika saya diberi peluang untuk mengajar tajuk ini sekali bagi kumpulan murid yang sama, saya akan lebih bersedia dengan menyediakan Power Point yang lebih menarik lagi berbanding dengan slaid powerpoint yang digunakan sekarang. Selain itu, saya akan memeriksa semua bahan bantu mengajar saya dengan teliti sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga akan membuat pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain dikaitkan dengan kaedah dan teknik mengajar bagi menarik penglibatan murid secara aktif. Suasana pembelajaran yang mesra juga akan saya wujudkan menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala dalam kelas seperti memberi senyuman atau respons yang positif kepada murid yang sudi menjawab soalan saya. Melalui cara ini barulah saya dapat membantu murid-murid dalam mencapai objektif pembelajaran secara produktif dan berkesan.

Lampiran 1 Lembaran Kerja (Pemulihan)

Lampiran 2 Lembaran Kerja (Pengayaan)

Anda mungkin juga menyukai