Anda di halaman 1dari 27

1 DEFINISI ZAMAN LOGAM Zaman Logam bermaksud satu tempoh di mana kebudayaan dalam masyarakat telah muncul objek-objek

logam sebagai unsur-unsur utama yang menggantikan alat-alat batu. Fungsi alat batu dalam kehidupan harian mereka telah diambil alih oleh objek logam. Contohnya seperti kapak batu, pisau batu yang berfungsi untuk kegiatan pertanian seperti kapak besi atau gangsa dam mata tajam. Menurut Profesor Zuraina Majid, pengalaman yang panjang dalam penghasilan tembikar bagi manusia Zaman Neolitik yang memerlukan pemerhatian saintifik pada sifat dan ciri bahan serta kebolehan mereka menghasilkan api dengan suhu yang tinggi menjadi asas kepada peringkat teknologi seterusnya membawa kepada penghasilan logam.1 Zaman Gangsa pula bermaksud zaman dalam sejarah manusia apabila gangsa menjadi logam utama bagi pengeluaran peralatan. Zaman ini bertembung dengan kedatangan zaman sejarah di Asia Barat daya.2 Gangsa muncul sekitar 3,500 hingga 4,000 tahun dahulu. Kemudian diikuti oleh artifak besi sekitar 2,000 tahun sehingga 2,500 tahun dahulu.3 Zaman Logam dikatakan melalui tiga tahap iaitu Zaman Tembaga, Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Walau bagaimanapun, kemunculan Zaman Logam ini tidak bermakna berakirnya Zaman Batu secara mendadak. Alat-alat batu masih terus digunakan walupun disaingi oleh alat-alat logam. Arah perkembangan Zaman Logam tidak semestinya sentiasa melalui tiga tahap kerana ada kalanya penggunaan gangsa dan besi berjalan serentak.4 Tambahan pula, tidak terdapat satu pemisahan yang jelas antara Zaman Gangsa
1

Zuraina Majid, (2003), Archeology In Malaysia, Universiti Sains Malaysia: Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, hlm 170. 2 Frank Hole, Robert F. Heizen, (terj) Shakila Yaacob, (1990), Arkeologi Prasejarah Satu Pengenalan Ringkas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 70. 3 Zuraina Majid, Archeology In Malaysia, hlm 170. 4 Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn, Bhd, hlm 23.

2 dan Zaman Besi. Ini kerana kedua-duanya seringkali muncul pada zaman yang sama di semua tempat yang sama. Sebagai contoh, sesetengah tempat di Thailand yang mungkin telah dimulai dengan kemunculan objek gangsa secara sendiri tanpa kehadiran objek besi sejak 3000 BC. Zaman Logam Awal berlaku bersama-sama pengenalan teknologi baru dan barang-barang dagangan ke Kepulauan Indo-Malaysia dari sumber-sumbernya di Vietnam, India dan China.5 Ekonomi Zaman Logam berorientasikan ekonomi sara diri kepada pertanian komersil. Terdapat pengkhususan pertanian dan hasilnya kepada orang lain yang mewujudkan golongan pemerintah, orang-orang kerajaan, tentera dan sebagainya. Perkembangan gangsa terlebih dahulu berlaku berbanding besi yang lebih keras di Barat dan Asia Barat. Zaman Logam di Asia Tenggara pula tidak seharusnya dipisahkan antara Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Dari segi pentarikhan, Zaman Logam telah bermula di Asia Tenggara sejak 3000 BC tetapi masih belum mewakili Zaman Logam secara keseluruhannya kerana pada ketika itu lebih kurang 3000 BC kebanyakan tempat di Asia Tenggara seperti Tanah Melayu dan kawasan kepulauan masih dalam kebudayaan Neolitik dan di beberapa tempat di kepulauan, objek logam hanya muncul pada awal Masihi. Ada pendapat telah menyatakan bahawa Zaman Logam telah pun bermula di Asia Tenggara pada kira-kira 1,500 BC khususnya di Tanah Besar. Ini berbeza pula di kawasan kepulauan yang mana secara umumnya objek logam hanya muncul kira-kira 500 BC. Ini bermakna Zaman Logam di Asia Tenggara kita seharusnya perlu dilihat dalam dua keadaan iaitu dalam konteks perkembangan industri logam di kawasan Tanah Besar sebagai pelopor kepada industri Barat dan perkembangan Zaman Logam di kawasan

Peter Bellwood, (2000), Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama, hlm 387.

3 Kepulauan Indo Malaysia sebagai pengguna objek logam. Teknologi pembuatan logam sememangnya datang dari kawasan terbesar sama ada dari Thailand, Vietnam Utara, China tetapi teknologi itu kemudiannya telah berkembang ke kawasan kepulauan melalui interaksi dua hala yang terhasil dari kegiatan perdagangan serantau. CIRI-CIRI KEMAJUAN YANG MEMBAWA POLITI-POLITI AWAL DI ASIA TENGGARA. I) ZAMAN LOGAM AWAL KEPADA KEMUNCULAN

1. TEKNOLOGI Pada Zaman Awal Logam, terdapat kemajuan teknologi dalam pembuatan logam. Ia menggunakan teknik melebur dan mengaloi. Ia jelas dalam catatan kajipurba bahawa terdapat alat-alat yang diperbuat daripada logam dan perkembangan pengetahuan masyarakat tentang kaji logam dan kerja-kerja logam. Kaji logam ialah satu proses teknologi yang rumit. Pembuatan alat-alat daripada logam memerlukan kemahiran pengkhususan yang cukup tinggi dan luas. Bijih pada amnya tidak menyerupai logam yang didapati daripadanya. Oleh itu, kegiatan mencari dan menggali timbunan bijih itu adalah memerlukan cara yang khas dan pengetahuan yang tinggi. Demikian juga, dengan melebur bijih dan memgaloikannya mengikut kadar yang betul supaya ia dapat menghasilkan kekerasan dan kekukuhan yang diperlukan. Selain itu, pembuatan acuanacuan, penuangan serta kerja-kerja penglicinan alat-alat buatan itu adalah proses teknologi yang rumit. Adalah sukar hendak dibayangkan bahawa teknik-teknik tersebut tidak dijumpai kesan-kesannya Dengan itu, kenyataan-kenyataan yang ada sekarang

4 menyatakan bahawa aktiviti seperti pertanian, kerja logam di Asia Tenggara adalah berasal daripada idea-idea dan rangsangan daripada sumber-sumber luar .6 Hubungan di antara Malaysia dengan Tanah Besar Asia Tenggara yang terjalin pada Zaman Neolitik Akhir itu terus berkembang. Beberapa alat gangsa seperti gendang gangsa, loceng gangsa dan mangkuk gangsa dijumpai di beberapa tempat di Malaysia. Alat-alat itu dipercayai dibawa masuk dari luar. Tempat asal alat-alat itu ialah dari tanah besar Asia Tenggara. Gendang gangsa dijumpai di Kampung Sungai Lang (Selangor), Batu Buruk (Terengganu), Sungai Tembeling (Pahang) dan Tempasuk (Sabah). Manakala loceng gangsa dijumpai di Kelang (Selangor) dan di Kampung Pencu (Muar, Johor). Mangkuk gangsa pula dijumpai di beberapa tempat seperti di tebing sungai di Perak, Selangor dan Pahang. Mata kapak gangsa juga dijumpai di beberapa tempat seperti di tebing sungai di Perak, Selangor, Pahang, Gua Harimau (Perak) dan juga di Sabah. Hiasan pada gendang dan loceng gangsa itu mempunyai beberapa persamaan dengan hiasan pada gendang dan loceng gangsa yang dibuat di Dong Son (Vietnam). Justeru itu, kedua-dua alat itu dipercayai dibawa dari Dong Son. Barangan tersebut merupakan barang-barang mewah yang dibawa ke Malaysia pada Zaman Gangsa itu. Masyarakat yang memiliki barang-barang tersebut telah mencapai taraf kehidupan yang tinggi dan tersusun. Hanya individu atau keluarga yang kaya atau terkemuka sahaja dapat memiliki alat-alat itu yang melambangkan status pemiliknya. Buktinya, terdapat beberapa jumpaan acuan-acuan untuk membuat mata kapak gangsa di beberapa tempat di Malaysia.7

Wan Abdul Rahman Latif et al, (2001), Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia: Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur, hlm 9. 7 Nik Hasssan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman, (1992, Malaysia, Warisan dan Perkembangan : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 8.

5 Dengan adanya teknologi pembuatan alatan logam pada Zaman Logam Awal ini, maka ia telah menunjukkan bahawa masyarakat di Asia Tenggara pada masa tersebut mempunyai kepakaran dalam bidang seni dan pertukangan. Hal ini jelas dibuktikan dengan terhasilnya gendang-gendang tertua yang diusahakan di Dong Son iaitu Heger I, II, III dan IV. Menurut ahli-ahli arkeologi, ia adalah alatan logam yang terbaik pada tempoh tersebut. Contohnya gendang Heger, ia mempunyai diameter 65cm dan dihiasi dengan corak manusia, haiwan dan geometri. Ia telah ditemui di kawasan perkuburan di Dong Son yang berdekatan Thanh Hoa. Manakala gendang Heger IV yang kebanyakkannya dijumpai di Yunan dan mempunyai ciri-ciri kecinaan. Gendang ini lebih dikenali sebagai jenis China. Pada umumnya, gendang Dong Son mempunyai permukaan yang rata, rangka yang lebar, dinding yang lurus dan kaki yang lebar. Menurut Heger, gendang ini mempunyai lima bahagian iaitu pukul, bahu, pinggang, kaki dan pemegang.. Malahan kemahiran yang kreatif masyarakat pada masa ini telah menghasilkan tiga jenis ukiran pada gendang Dong Son iaitu corak naturalistik, zoomorfik dan geometri. Gendang corak zoomorfik mempunyai gambar satu bulatan dikelilingi tangen, pola duri dan mata gergaji.8 Masyarakat Melayu purba, umpamanya tidak terlepas daripada konflik yang boleh menimbulkan pergaduhan dan pentempuran antara mereka mungkin kerana berebut satusatu kawasan perairan, persawahan atau perdagangan. Keperluan senjata dan ilmu peperangan mengubah peralatan hidup mereka yang selama ini berguna bagi pemburuan atau pertanian menjadi alat yang juga boleh digunakan untuk mempertahankan diri
8

Peter Bellwood, (terj) T.W. Kamil, (2000), Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, hlm 117.

6 daripada serangan binatang buas dan juga peperangan. Selain itu, terdapat juga kemajuan dalam penciptaan roda yang mempercepat pengangkutan yang memungkinkan hubungan yang lebih segera dengan kawasan lain. Selain berdagang, masyarakat dari tanah besar Asia Tenggara datang ke Semenanjung Malaysia mungkin juga kerana hendak mencari logam mentah. Logam timah dan tembaga merupakan dua jenis logam utama dalam pembuatan alat gangsa. Sejak Zaman Neolitik, Semenanjung Malaysia memang terkenal sebagai kawasan yang kaya dengan bijih timah dan emas. Ini dapat dibuktikan melalui jumpaan alat-alat tertentu di kawasan yang terdapat bijih timah. Alat-alat tertentu seperti alat tembikar berkaki tiga dijumpai di kawasan yang kaya dengan bijih timah merupakan alat-alat yang ada kaitan dengan pengaruh dari tanah besar Asia Tenggara. Jumpaan alat untuk membuat kain kulit kayu serta jumpaan gelang tangan batu di kawasan bijih timah itu juga menunjukkan adanya hubungan dengan tanah besar Asia Tenggara kerana kegiatan mencari logam timah.9 Alat tembikar Zaman Neolitik Akhir dan Zaman Gangsa Awal di Ban Kao (Thailand) dan di beberapa tempat lain di selatan Thailand menunjukkan pada asasnya wujud persamaan dari segi bentuk dan teknologi dengan alat tembikar dari Gua Cha dan di beberapa buah tapak arkeologi lain di Malaysia juga menunjukkan wujud perkaitan idea dan teknologi di antara kawasan-kawasan tersebut. Alat tembikar berkaki yang dijumpai di Jenderam Hilir, Kodiang (Kedah) dan Bukit Cuping juga dipercayai lahir daripada idea dan teknologi yang sama seperti yang terdapat di Ban Kao.

Nik Hasssan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman, Malaysia, Warisan dan Perkembangan, hlm 8.

7 Bukti yang wujudnya alat tembikar berkaki di Jenderam Hilir menunjukkan bahawa masyarakat Zaman Neolitik di Semenanjung Tanah Melayu telah menjalin hubungan dengan masyarakat lain di Asia Tenggara khususnya Tanah Besar Asia Tenggara. Hubungan itu mungkin berkembang melalui perdagangan . Idea dan teknologi membuat tembikar tanah serta alat-alat tembikar yang lain telah sampai kepada masyarakat Zaman Neolitik di Semenanjung Tanah Melayu melalui aktiviti perdagangan. Semasa masyarakat di Tanah Melayu berada pada tahap Zaman Neolitik Akhir itu, ada masyarakat di Tanah Besar Asia Tenggara yang telah pun memasuki ke Zaman Logam. Alat-alat yang digunakan oleh masyarakat di tanah besar Asia Tenggara dibuat daripada gangsa sejak lebih kurang 4000 tahun dahulu.10 2. EKONOMI

Aktiviti Pertanian Zaman Logam masih menyaksikan aktiviti pertanian yang semakin berkembang

melalui peralatan-peralatannya yang lebih maju yang diperbuat daripada gangsa dan besi. Zaman ini juga merupakan kesinambungan sistem ekonomi daripada Zaman Neolitik di mana aktiviti ini membolehkan masyarakatnya hidup menetap. Pertanian ini telah

mengubah corak hidup daripada mengumpul makanan sendiri kepada menghasilkan makanan. Pertanian merupakan kegiatan ekonomi yang terpenting kepada masyarakat zaman itu. Contohnya di Bac Bo, masyarakatnya telah mempunyai ilmu pengetahuan

10

Nik Hasssan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman, Malaysia, Warisan dan Perkembangan, hlm 9.

8 dalam bidang pertanian. Mereka telah mengeluarkan makanan sendiri dan tidak lagi mengumpul makanan seperti zaman-zaman sebelumnya. Masyarakat Bac Bo telah mulai bercucuk tanam terutamanya padi. Buktinya dapat dilihat pada gendang gangsa yang terdapat ukiran manusia sedang menumbuk padi. Masyarakat di sini juga telah mempunyai kemahiran kerja-kerja pertanian seperti mencangkul atau menyabit dan membajak tanah. Ini berdasarkan penemuan artifak dan alat pertanian seperti sabit gangsa dan mata bajak. Penggunaan bajak telah menjadikan aktiviti pertanian dijalankan secara intensif. Contohnya di Co Loa sebanyak 100 bilah mata tenggala yang dibuat daripada gangsa ditemui dan di Kuala Selinsing, Perak juga telah ditemui kapak yang berbatang panjang. Perkembangan ini membawa perubahan yang besar dalam kehidupan manusia. Penggunaan logam memungkinkan penggunaan alat pertanian seperti bajak, beliung dan cangkul yang diperbuat daripada logam yang mempergiatkan aktiviti pertanian seperti memotong menebas dan menggali. Peluasan aktiviti pertanian ini dapat menyara kehidupan masyarakat yang besar.

Aktiviti Penternakan Selain menjalankan aktiviti pertanian, masyarakat pada zaman ini juga

menjalankan aktiviti menternak binatang sebagai sumber makanan sementara menunggu tanaman mereka mengeluarkan hasil. Contohnya di Bac Bo, kerbau digunakan untuk membajak tanah. Selain itu, telah ditemui tulang-tulang ayam, anjing dan babi di Kuala Selinsing yang membuktikan wujudnya aktiviti penternakan binatang. Terdapat juga bukti yang menunjukkan masyarakat pada Zaman Logam Awal menjalankan aktiviti penternakan binatang di samping berburu di mana telah ditemui batu yang berbentuk telur dipahat dalam bentuk gajah serta babi rusa dan orang lelaki di

9 kedua-dua sisinya. Alat-alat gangsa seperti lembing, kapak tangan yang soket, pisau gangsa dan mata kail telah digunakan untuk memburu binatang di hutan dan juga sebagai senjata dan alat untuk mempertahankan diri. Peralatan yang digunakan untuk memburu ini telah ditingkatkan kemajuannya berbanding pada sebelumnya iaitu Zaman Neolitik. Hal ni telah menunjukkan bahawa masyarakat pada Zaman Logam Awal mempunyai aktiviti pemburuan dan penternakan binatang secara tidak langsung.11 3. PERKAPALAN DAN PELAYARAN. Apabila hubungan masyarakat semakin meluas, mereka memerlukan alat pengangkutan untuk pergi ke tempat yang jauh. Antara faktor-faktor yang mengatakan bahawa zaman Gangsa dan Besi di Semenanjung Tanah Melayu adalah sezaman adalah kerana wujudnya alat-alat daripada gangsa yang kecil bilangannya yang terdiri daripada gendang gangsa, loceng gangsa dan mangkuk gangsa. Alat-alat gangsa itu dijumpai di Sungai Lang (Selangor), Batu Buruk (Terengganu), Tembeling (Pahang) dan Paguh di Muar (Johor). Kesemua alat gangsa itu dijumpai di kawasan sungai atau di pesisir pantai. Keadaan ini menunjukkan bahawa kawasan itu merupakan tempat persinggahan kapal-kapal yang berdagang di Asia Tenggara dan menjadi sumber pengumpul bahan bahan mentah yang diperlukan untuk perdagangan purba itu. Dengan kedudukan sedemikian, besar kemungkinannya pembesar-pembesar di situ berupaya membeli barang-barang import seperti gendang gangsa dan loceng gangsa. Barang-barang itu dipercayai diimport dari Dong-son, Vietnam berasaskan kepada hiasan dan bentuk alat11

Peter Bellwood, (terj) T.W. Kamil, (2000), Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, hlm 228.

10 alat itu. Petempatan-petempatan itu juga merupakan jalan keluar bagi barang-barang hutan dan juga logam seperti bijih timah, emas dan lain-lain lagi yang terdapat di kawasan pedalaman di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Ada pendapat yang melihat Zaman Logam itu sebagai zaman yang melibatkan kedatangan penduduk dari Tanah Besar Asia Tenggara secara beramai-ramai ke Kepulauan Asia Tenggara kerana mencari bahan-bahan logam mentah untuk industri logam. 12 Tapak-tapak masyarakat prasejarah di pesisir melahirkan masyarakat maritim di mana mereka membuat hubungan melalui jalan laut kerana mereka berkemahiran dalam membuat perahu dan kapal yang membolehkan mereka dapat belayar ke tempat-tempat yang lebih jauh. Keadaan ini dapat menggalakkan aktiviti perdagangan iaitu melalui penggunaan sistem barter dengan kawasan-kawasan pedalaman dan juga menjalinkan hubungan dengan masyarakat lain di Asia Tenggara. Ahli prasejarah memperolehi bukti yang menunjukkan kawasan tumpuan Zaman Logam yang sangat besar yang dikenali sebagai Dong Son. Oleh sebab itu peringkat yang baru ini dikenali sebagai Kebudayaan Dong Son yang bermula kira-kira pada abad ketiga sebelum Masihi. Daripada kebudayaan ini, terbinanya Empayar Funan di mana wujudnya hubungan masyarakat Melayu dengan pedagang yang lalu-lalang di antara Timur dengan Barat. Hal ini dapat menunjukkan bahawa hubungan masyarakat pada Zaman Logam Awal ini semakin luas dan berkembang dari sudut perdagangan dan kebudayaan melalui pelayaran kerana mereka mempunyai kemahiran dalam perkapalan.13 Di Kuala Selinsing pula telah ditemui tinggalan arkeologi berupa perahu yang dibuat dengan teknik pasak dan tali pancang yang mungkin dipakai dalam perdagangan di mana dipercayai
12

Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.al, (1991), Malaysia Kita, Kuala Lumpur: Institusi Tadbiran Awam, (INTAN), hlm 32. 13 Ibid.

11 masyarakat setempat terlibat dalam hubungan dagang yang menghubungkan India dan China yang melalui Selat Melaka.14

KESAN KEMAJUAN PADA TAHAP AWAL ZAMAN LOGAM 1. KEPERCAYAAN Unsur-unsur kepercayaan masyarakat Zaman Logam adalah bersifat animisme. Mereka telah melakukan pemujaan roh. Ini dapat dibuktikan dalam kebudayaan Dong Son, gendang adalah unsur yang sangat penting dalam pemujaan roh. Selain daripada itu, gendang juga berfungsi sebagai penghormatan kepada nenek moyang. Paluan gendang juga dianggap sebagai bunyi keramat seruling atau bunyi lembu betina oleh sebahagian masyarakat. Paluan gendang ini diinterpretasikan untuk memanggil pulang roh-roh nenek moyang mereka. Gendang gangsa yang mempunyai bentuk istimewa digunakan pada waktu-waktu tertentu sebagai alat upacara. Selain itu juga, mereka mempercayai terhadap unsur kekuatan persekitaran (natural of enviroment). Ini dapat dibuktikan dengan fungsi gendang di zaman kebudayaan Dong Son untuk memohon hujan untuk mengelakkan daripada malapetaka dan banjir. Malahan telah terdapat ukiran katak pada gendang gangsa adalah ditafsirkan untuk memanggil hujan. Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa penduduk Zaman Logam masih lagi mempercayai kehidupan selepas kematian sebagaimana penduduk di Zaman Neolitik.15

14

Peter Bellwood, (terj) T.W. Kamil, (2000), Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, hlm 413. A.J. Bernet, (1988), The Kettledrums of Southeast Asia: A Bronze Age World and Its Aftermath , Rotterdam: A.A.Balkema, hlm 76.
15

12 2. PERDAGANGAN. Pada Zaman Logam Awal ini, interaksi antara masyarakat di Semenanjung Tanah Melayu dengan masyarakat luar telah berkembang luas terutama dari sudut kebudayaan. Oleh itu, kehidupan juga bertambah maju. Di zaman ini muncul petempatan-pelabuhan yang mengumpulkan bahan-bahan untuk diperdagangkan kepada pedagang-pedagang luar. Ada diantara petempatan-pelabuhan yang menjadi kaya dan maju sebagai akibat daripada kedudukan yang strategik. Petempatan pelabuhan itu menjadi kerajaan awal pelabuhan dan pemerintahnya mungkin menjadi pengasas kepada sistem beraja dan negeri awal yang muncul kemudian dan ada kalanya menjadi kerajaan-pelabuhan pada abad-abad sebelum 1,000 Masihi di Malaysia. Ada petempatan-pelabuhan itu yang menjadi taraf entrepot dan menerima pengaruh India seperti yang berlaku di Lembah Bujang, Kedah. Pada zaman ini, hubungan masyarakat maritim itu terjalin dengan masyarakat yang begitu jauh seperti Vietnam. Ini dapat dilihat melalui tinggalan gendang gangsa dan loceng gangsa jenis Dong-son. Artifak-artifak itu dipercayai dibawa dari luar melalui perdagangan. Contohnya, penemuan gendang Dong Son di Batu Buruk, Terengganu. Kawasan interaksi masyarakat pesisiran adalah lebih luas dan jauh. Hal ini memungkinkan lahirnya idea-idea dengan lebih cepat dan membawa perubahan yang cepat pula kepada cara hidup masyarakat. Perkembangan kebudayaan yang dicapai oleh masyarakat pesisir adalah lebih cepat dan besar daripada yang dicapai oleh masyarakat pedalaman.16

16

Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.al, Malaysia Kita, hlm 18.

13 Perubahan-perubahan yang berlaku dalam kebudayaan masyarakat prasejarah di pesisiran memperlihatkan perubahan kepada status sesetengah petempatan itu. Ada antara petempatan di pesisir itu yang mencapai taraf pelabuhan dan kerajaan selewat-lewatnya pada kurun kelima Masihi. Ada pula yang berperanan sebagai pelabuhan pengumpul bahan untuk pelabuhan entrepot. Contohnya, Lembah Bujang telah menjadi pelabuhan kerajaan dan seterusnya berkembang menjadi pelabuhan pengumpul bahan untuk pelabuhan entrepot. Mungkin juga petempatan-petempatan yang lain seperti Kelang, Kuala Terengganu, Muar, Santubong dan beberapa tempat yang lain telah juga mengalami perubahan-perubahan yang sama. Perubahan cara hidup masyarakat maritim itu membawa perubahan kebudayaan juga.17 Pusat kaji logam yang terbesar dan yang pertama disiasat dari segi kaji purba di Asia Tenggara ialah tapak Dong Son di tebing Sungai Song Ma di Vietnam Utara. Di sini ahli-ahli kaji purba menjumpai kesan-kesan sebuah perkampungan purba, setengahnya di bina bertiang di atas air yang sangat sesuai kedudukannya untuk mengawal perjalanan perdagangan yang penting melalui darat dan sungai. Penduduk Dong Son purba itu hidup bukan sahaja dengan bertani tetapi juga dengan berniaga. Hal ini dibuktikan dengan adanya beberapa alat gangsa yang indah yang diimport dari negeri China.18 Tempat-tempat alat gangsa yang dijumpai merupakan tempat yang terkenal pada zamannya. Masyarakat di petempatan tersebut telah menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar. Petempatan itu dipercayai menjadi jalan keluar untuk membawa bahan logam dari kawasan pedalaman seperti petempatan Batu Buruk di Kuala Terengganu yang berkemungkinan menjadi pusat mengumpul bahan dari pedalaman negeri Kelantan,
17

18

Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.al, Malaysia Kita, hlm 18. Peter Bellwood, (terj),T.W. Kamil, (2000), Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, hlm 74.

14 Terengganu dan Pahang. Kelang pula menjadi pusat pengedaran barang-barang logam dari pedalaman di sekitar Selangor dan Perak. Selain itu, Kampung Pencu dipercayai menjadi pusat pengumpul dan pengedar barang-barang di sekitar kawasan Johor dan Negeri Sembilan. Hubungan perdagangan telah wujud sejak Zaman Neolitik lagi iaitu Inter Regional yang berasaskan sistem barter. Mereka telah menjadikan gendang mini Dong Son sebagai alat pertukaran. Buktinya terdapat penemuan gendang mini di rantau Asia Tenggara seperti Ban Chiang, Non Nok Tha, Ban Na di Thailand, Klang, Kuala Tembeling di Malaysia dan Pulau Sangeang di Indonesia. Perdagangan jarak jauh juga telah dijalankan iaitu dengan negara China dan India bagi mendapatkan bahan-bahan seperti timah, tembaga merah dan plumbum yang sukar didapati dan harganya yang mahal di Asia Tenggara. Buktinya jelas dengan penemuan manik kaca dari batu carnelian dari India di temuai di Bac Bo. Bukti lain ialah penemuan loket dua kepala di Thailand dan juga Palawan. Menurut Peter, gendang gangsa yang sama dari Heger I telah ditemui di Vietnam Utara, Loas, Thailand, Cambodia dan Malaysia. Ini menunjukkan gendang gangsa ini telah digunakan sebagai alat perdagangan.19 Antara alat-alat gangsa yang ditemui termasuk gendang gangsa, loceng gangsa, mata kapak gangsa dan mangkuk gangsa. Alat-alat besi yang ditemui pula adalah seperti manik besi, kepala panah besi dan pisau. Kebanyakan alat gangsa yang ditemui adalah di kawasan sungai dan pesisiran pantai yang merupakan tapak perdagangan. Kerana kawasan-kawasan tersebut menjadi tempat pengumpulan bahan-bahan mentah. Oleh itu, Zaman Logam ini dilihat sebagai Kepulauan Asia Tenggara terutamanya untuk mendapatkan bahan-bahan mentah. Zaman logam ini memperlihatkan tahap kemajuan
19

Peter Bellwood, (terj),T.W. Kamil, (2000), Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, hlm 74.

15 peradaban manusia iaitu masyarakat telah menggunakan hasil pengumpulan mereka untuk ditukarkan dengan bahan-bahan lain. Cara hidup masyarakat pada Zaman Gangsa Besi ini menunjukkan satu lagi tahap kemajuan yang dicapai dalam sejarah hidup manusia. Selain menyara diri dengan dengan cara hidup lama semasa tahap Neolitik iaitu memburu, menangkap ikan, bercucuk tanam dan berdagang. Bagi mereka yang tinggal di kawasan pesisir pantai, masyarakat pada Zaman Logam itu terlibat juga dengan pengeluaran hasil daripada bahan hutan, sumber laut dan juga bahan-bahan mentah yang diimport seperti batu permata untuk dijadikan manik. Contohnya, masyarakat di Kuala Selinsing.20 Berbagai-bagai jenis alat yang dicipta oleh masyarakat tempatan daripada bahan mentah dari dalam dan luar dapat dilihat pada hasil penyelidikan arkeologi di Pulau Kalumpang, Perak. Petempatan di Pulau Kalumpang itu adalah petempatan di kawasan hutan bakau. Maka masyarakat yang tinggal di situ meneroka sumber hutan paya bakau di Sungai Selinsing serta Selat Melaka. Penduduknya menghasilkan berbagai-bagai jenis manik daripada siput, tulang dan batu permata yang diimport. Melalui perdagangan ini, kawasan masyarakat pesisir menjadi semakin berkembang dan luas kerana wujudnya hubungan dengan masyarakat luar.21 3. KEPELBAGAIAN STATUS MASYARAKAT Pada Zaman Logam Awal ini telah berlaku pengkhususan dalam masyarakat kerana wujudnya organisasi sosial yang kompleks dan petempatan menjadi lebih maju dan besar. Terdapat kecenderungan ke arah hidup yang lebih menetap dan penggunaan
20 21

Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.al, Malaysia Kita, hlm 8 Ibid.

16 tenaga buruh dalam kerja-kerja pengairan serta petempatan. Ini menggalakkan pertumbuhan susunan masyarakat dan politik yang bertambah rumit. Masyarakat pada zaman logam ini mempunyai beberapa golongan individu dan telah wujud satu susun lapis masyarakat yang teratur. Masyarakat itu tidak lagi menjalankan kegiatan yang berbentuk sara diri sahaja, bahkan menjalankan kegiatan yang lebih luas. Maka wujudlah pelbagai golongan yang terdiri daripada pemimpin, petani, tentera, tukang, golongan agama, peniaga dan lain-lain. Daripada situ, wujudlah juga petempatan-petempatan kecil di Asia Tenggara.22 Pada Zaman Logam juga telah wujud pengkelasan masyarakat. Pada masa ini telah terdapat golongan yang dikenali sebagai Chiefdom atau ketua. Orang yang mempunyai gendang Dong Son adalah golongan yang berkuasa dan kaya. Ini telah mewujudkan pemusatan kuasa. Para pengkaji arkeologi telah mengesan kerajaan yang wujud, contohnya Co Loa yang dikelilingi parit besar berukuran 2000 kali ganda daripada Kampung Neolitik di Phong Nguyen sebagai benteng pertahanan. Ini telah mewujudkan satu sistem pemerintahan di Co Loa di kawasan delta Sungai Merah pada 257 cm hingga 208 cm.23 Manakala sesiapa mempunyai gendang cerek adalah mempunyai status yang tinggi bagi ketua atau raja di Indonesia. Ini dibuktikan di Malang, gendang buluh yang kecil dan ketua kampung mempunyai gendang kayu yang besar digantung di hadapan rumah. Ini jelas kepada kita bahawa masyarakat ketika ini telah ada perbezaan status masyarakat. Antara bentuk-bentuk perhiasan yang biasa dijumpai ialah gelang tangan yang berbentuk T seperti ditemui yang dipakai lelaki dalam pertengahan umur. Selain
22 23

Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.al, Malaysia Kita, hlm 9.

Higham Charles,(1989), The Archaelogy of Mainland Southeast Asia, New York: Cambridge University Press, hlm 60.

17 itu, bentuk lain yang dijumpai ialah C D bulat dan rata. Kemungkinan ketiga-tiga bentuk tersebut adalah bukti wujudnya proses pengkelasan kategori masyarakat tersebut. Alat perhiasan ini telah ditemui di kawasan Ban Chiang iaitu kawasan yang banyak memberi satu sumbangan yang besar terhadap Zaman Logam Awal ini.24 Para arkeologi menjelaskan peralatan gangsa yang ditemui di kubur-kubur melambangkan status sosial mayat tersebut. Golongan raja atau ketua akan mempunyai saiz gendang yang lebih besar berbanding golongan rakyat yang memiliki gendang gangsa yang lebih kecil dan rendah nilainya. Ini membuktikan wujud strafikasi sosial yang membahagikan golongan kaya dan golongan miskin. Ia juga dijadikan sebagai mas kahwin dalam upacara perkahwinan seperti diamalkan oleh masyarakat Lamet di Utara Laos.25 Disini jelaslah bahawa masyarakat Zaman logam Awal ini mempunyai petempatan yang lebih kompleks dan telah ada perbezaan status. Ini telah dibuktikan dengan penemuan artifak-artifak yang ditinggalkan dalam kubur mereka. Sebahagian daripada petempatan Zaman Logam Awal ini didapati berkembang sebagai pelabuhan dan kemudian mencapai taraf entrepot yang menjadi pembuka tirai kepada zaman-zaman agung dengan terdiri kerajaan-kerajaan baru. Antara kerajaan-kerajaan awal tersebut adalah Gangga Negara di Perak, Langkasuka berhampiran Patani, Tan-Tan di Terengganu, Chih-Tu di Kelantan dan Kedah Tua di Kedah. Jika diteliti perkembangan kebudayaan bangsa Melayu purba, semenjak mereka mula mendatangi Alam Melayu khususnya Kepulauan Melayu dari Dataran Yunan hingga kedatangan pengaruh dari luar yang awal menunjukkan mereka sudah merupakan
24

Joyce C. White, (1982), Discovery of A Loast Bonze Age , Ban Chiang, Philadephia: The University Museum, Institution Travelling Exhibition Service, hlm 39. 25 A.J. Bernet, The Kettledrums of Southeast Asia: A Bronze Age World and Its Aftermath, hlm 76.

18 masyarakat yang berdisiplin dan mempunyai organisasi sosial yang tersendiri dalam suatu jangka masa beribu-ribu tahun lamanya. Nilai hidup mereka begitu progresif, demokratik bahkan mempunyai sistem sosio-politik dan ekonomi berasaskan gotongroyong yang amat kuat.26 II) 1) ZAMAN LOGAM AKHIR Kebudayaan Dong Son Kebudayaan Dongson atau Von Moa Dongson berasal dari nama sebuah kampung di Vietnam iaitu Thanh-Hoa di Utara Vietnam di mana tinggalan kebudayaan yang dijumpai dibawa masuk ke Asia Tenggara dari negara China. Kebudayaan ini merupakan hasil gabungan tahap kebudayaan Dong Dau. Gendang Dong Son dipercayai berasal dari Vietnam, Yunan, dan Selatan China, tetapi turut dijumpai di Malaysia, IndoChina dan Irian Jaya. Kebudayaan Dong Son dianggap sebagai objek istimewa di kalangan masyarakat Dong Son kerana ia menggambarkan dari segi budaya hidup dan amalan tradisi masdyarakat di kawasan Bac Bo yang memuja semangat dan roh nenek moyang melalui penemuan gendang gangsa di Ngo Lut Huang Ho yang mempunyai ilustrasi kapal dan terdapat tentera yang mengambarkan perjalanan ke akhirat. Malah ia juga dianggap sebagai lambang ketua suku, status dan kuasa serta kewujudan dalam kedudukan sosial di mana ianya hanyalah mampu dimiliki oleh golongan atasan sahaja.27 Lukisan Dong Son mempunyai daya cipta (style) yang menyerupai lukisanlukisan di negara China dalam abad keempat dan ketiga SM. Hasil kebudayaan Dong Son ialah gendang gangsa yang dihiasi dengan lukisan yang kadang-kadang melambangkan
26

Abdul Rahman Hj Abdullah, (1995), Sejarah Asia Tenggara, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, hlm 39. 27 Kempers Bernet dan A.J.The Kettle, (1988), Drum Of South East Asia: A Bronze Age World Aftermath, Rafferdam, hlm 40.

19 binatang dan manusia. Malah adat menanam buyong dan tempayan juga bermula pada zaman Dong Son. Motif-motif lukisan yang lazim didapati di atas perkakas gangsa dan batu Dong Son ialah sulor batang berlapis, bulatan bersambing tangen, corak garis berolek yang berjalin, lebih bebas dan rumit perbuatannya dari corak megalithic. Lukisan yang dijumpai pada dinding sebelah dalam kubur di Sumatera, Semenanjung dan Gugusan Pulau Melayu yang ditekap dengan cermin dan manik yang mana ianya adalah buatan tempatan tetapi kebanyakannya dibawa dari kawasan-kawasan Mediterranian yang juga menunjukkan bahawa telah wujud hubungan perdagangan antara Eropah, India dan Asia Tenggara pada masa itu. Corak tradisional Dong Son masih dijumpai dikalangan orang-orang China Selatan, Batak, Dayak dan kumpulan Melayu Proto. Wujudnya masyarakat kompleks dengan jumpaan kubur mewah yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu : Perkuburan orang miskin Perkuburan Golongan Pertengahan Golongan Kaya

Alatan gangsa ditemui secara meluas di Dataran Asia Tenggara dan China bahagian Selatan tetapi kesamaan corak dan bahan-bahan terutamanya gendang yang menunjukkan pengaruh sangat kuat bengkel-bengkel Dong Son di Vietnam Utara. Gendang ini memainkan peranan penting di tahap zaman gangsa lewat yang dijumpai di Bac Bo, Vietnam Utara. Gendang gangsa merupakan satu artifak yang memperlihatkan kekayaan kebudayaan serta mempunyai nilai seni yang tinggi, lukisan yang menarik dan unik serta kandungan utamanya ialah aloi atau campuran dua atau lebih galian logam seperti timah dan plumbum serta tembaga merah (copper).

20 Gendang Dong Son terbahagi kepada dua yang pertama iaitu style di mana ianya dijumpai di kebanyakan tempat di Thailand, IndoChina dan Kepulauan Indonesia. Ianya diperbuat dari logam dan besi tanpa berukir dan berfungsi sebagai alat kegunaan harian. Manakala yang kedua ialah culture yang hanya terdapat di Vietnam Utara khususnya di Lembah Sungai Merah dah Thanh Hoa. Ianya berbentuk dan berukiran serta mewakili menifestasi roh nenek moyang. Besi pula mula digunakan diperingkat akhir Dong Son dan secara meluas apabila orang-orang India datang membuka petempatan baru di Asia Tenggara.

2)

Kebudayaan Sa Hyunh Kebudayaan Sa Hyunh berlangsung sekitar 600 SM turut dikenali sebagai Iron

Age dan ianya dipelopori oleh suatu kelompok penduduk penutur bahasa Autronesia yang berasal dari Kepulauan Indonesia-Malaysia. Kawasan ini termasuk di dalam zaman besi dan pada zaman ini wujudnya kebudayaan yang mendorong kepada perdagangan. Terdapat juga tempayan-tempayan kubur atau jar burial serta barangan hiasan seperti anting-anting lingling o serta buah rantai berkepala binatang. Kawasan ini dikatakan menjalankan menjalankan pertanian intensif. Tapak utama Sa Hyunh terdapt di kawasan pantai Mualia dari Vietnam Tengah hingga Selatan samapai ke Delta Mekong, Hang Gon, Phua Hua dan Gong Ca Va serta utara dari Sa Hyunh iaitu Da Nang. Tempayan yang ditemui dihiasi dengan lorekan corak kerang. Manakala tapak kubur tempayan besar di Giong Ca Va berhampiran Kota Ho Chi Minh ditemui 18 anting-anting berkepala yang diperbuat daripada kaca. Selain itu alatan

21 besi yang ditemui ialah alat tenunan cincin dan gelang serta sebuah pedang buatan cina yang dijumpai di Hang Gon antara lain gelang loceng dan bekas kecil serta kaca.

CONTOH-CONTOH JUMPAAN ARTIFAK PADA ZAMAN LOGAM Sebagaimana yang kita sedia maklum, jumpaan artifak ini merupakan bukti-bukti yang penting untuk menunjukkan suatu masyarakat atau petempatan itu benar-benar wujud. Oleh itu dengan adanya bukti ini ia dapat memperkukuhkan lagi fakta-fakta yang dikemukakan. Menurut ujian karbon budaya Dong Son dan zaman awal protosejarah, Vietnam mula muncul antara 500 dengan 300 SM. Artifak logam yang paling awal dijumpai di Kepulauan Asia Tenggara pada Zaman Logam adalah bercorak Dong Son. Terdapat pelbagai artifak gangsa jenis Dong Son yang dijumpai di tapak-tapak

petempatan Dong Son sendiri dan kubur di Vietnam Khe, Lang Ca dan Lamg Vac. Antara jumpaan yang ditemui disitu ialah mangkuk dan bekas kecil, kapak corong dengan bentuk tajam disisi, cangkul bercorong, mata anak panah dan mata tombak bertangkai atau bercorong, belati dengan tangkai berbentuk antropomosis, gelang, kepala tali pinggang dan lain-lain. Dari tapak ini juga sejumlah kecil alat besi. Di samping itu juga dijumpai beberapa mata tombak dan sekurang-kurangnya serta cangkul besi yang dibuat dengan teknik cetak yang mirip buatan China. Semasa pengaruh kerajaan China ke atas Vietnam Utara, kebudayaannya bertindan lapis dengan tahap kebudayaan Dong Son. Terdapat juga barangan yang mirip buatan China dijumpai di sana. Corak dasar artifak Dong Son dan Yunan tidak banyak bertindan lapis dengan corak artifak logam yang dihasilkan dari

22 China. Ia juga berbeza dengan industri gangsa dan besi zaman India yang menghasilkan peralatan tangkai dan bercorong. Selain itu, artifak Zaman Logam juga ditemui di pelabuhan Oc-Eo di Vietnam Selatan. Barang dagangan yang ditemui ialah patung Buddha bercorak Gandhara, teraan (seals), cincin, barangan gangsa, manik-manik carnelian dan agate. Ditemui juga mata wang kerajaan Roman abad kedua Masihi dan beberapa pecahan cermin perunggu Dinasti Han akhir di Cina. Jumpaan itu terdiri daripada manik-manik bercorak India dari batu dan kaca dengan menggunakan bahan yang elok yang diperoleh setempat mahupun daripada India. Temuan ini juga ditemui di Malaysia seperti Khlong Thom, Krabi, dan Kuala Selinsing di Perak. Oc-Eo juga memiliki sejumlah perhiasan timah yang dipercayai dibawa dari Thailand, Laos dan Malaysia. Terdapat beberapa dari negeri kecil yang awal di Semenanjung Melaka dan khususnya dibahagian Thailand yang pada mulanya lebih sempit telah berkembang besar antara lainnya disebabkan hasil eksport timah, hasil hutan serta rempah-rempah yang makin meningkat jumlahnya seperti yang ditunjukkan oleh bukti-bukti sejarah. ( Wolters 1967, Dunn 1975: Hall 1985).28 Sementara di Indonesia pula, artifak yang dijumpai ialah kapak corong dan gendang (nekara). Dengan menkaji lukisan orang Tartar di gendang tersebut, dapat dipastikan bahawa ia mempunyai hubungan dengan negara China. Manakala di Malaysia iaitu di Sungai Lang (Selangor), Batu Buruk (Terengganu), Sungai Tembeling (Pahang), dan Paguh, Muar (Johor) ditemui alat-alat gangsa seperti gendang gangsa, loceng gangsa, dan mangkuk gangsa. Memandangkan yang hiasan-hiasan binatang dan manusia yang

28

Peter Bellwood,(2000), Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, Jakarta: PT Gtamedia Pustaka Utama, hlm 399-400.

23 terdapat pada alat-alat ini, ia mempunyai persamaan dengan alat-alat buatan Dong Son, lalu ia dianggap dibawa dari Indonesia. Disamping itu, terdapat juga alat-alat besi yang dipanggil tulang mawas yang dijumpai di Cangkat Menteri, Sungai Bernam, Perak. Tetapi alat-alat jenis kapak berbatang panjang ini lebih banyak dijumpai dalam penggalian di Kuala Selinsing Perak. Walaupun industri besi tidak terdapat dalam kebudayaan Dong Son, sebaliknya terdapat dalam kebudayaan Tien yang berdekatan dengan Yunan, namun industri di Tanah Melayu seolah-olah menjadi kesinambungan tradisi asalnya di Vietnam. 29 Selain daripada tulang mawas, di Cangkat Menteri, Perak juga dijumpai tapak kubur batu kepingan.30 Pada Zaman Logam ini, selain daripada artifak gangsa, terdapat juga jumpaan artifak besi. Artifak besi ini dibawa dari budaya Sa Huynh yang terlibat dalam penyebaran teknik-teknik pembuatan logam khususnya besi ke Kepulauan Asia Tenggara. Ia bermula di Vietnam Selatan dan diamalkan oleh orang-orang Cham yang menuturkan bahasa Austronesia. Sebelum kewujudan budaya Sa Huynh, Vietnam

bahagian Selatan dikelilingi oleh penduduk yang bertutur dalam bahasa Austronesia. Secara umumnya, artifak yang dijumpai ialah seperti alat yang bertangkai corong seperti skop, lembing, kapak dan alat tidak bercorong (sabit), pisau bertangkai, cincin dan gelang batu spiral. Ditemui juga sebuah pedang yang mungkin buatan Cina di Hang Gon (Saurin 1973) yang berkemungkinan besar bahawa teknologi pembuatan peralatan besi yang diperkenalkan ke daerah ini bersumberkan dari Cina. Di tapak-tapak Sa Huynh menunjukkan bahawa wujudnya penggunaan peralatan besi yang lebih banyak berbanding dengan Dong Son. Di Malaysia telah dijumpai alat besi jenis bersoket di
29

Abdul Rahman Abdullah, Sejarah & Tamadun Asia Tenggara Sebelum & Sesudah Pengaruh Islam, hlm 23-24 30 Nik Hassan Suhaimi bin Nik Abdul et.al, Malaysia Kita, hlm 17.

24 Kampung Sungai Lang iaitu sebilah mata lembing besi berlubang dan terdapat jumpaan kubur tempayan dan tinggalan tembikar yang bercorak goresan kulit kerang agak sama dengan penemuan pada kubur tempayan zaman logam awal di Filiphina, Borneo Utara dan di Laut Sulawesi Indonesia. Manakala di Thailand pula penggunaan alat-alat besi berlaku di Ban Na Di, Ban Chiang, dan juga di Chiang Hian dalam kegiatan pertanian.31

KESIMPULAN Kajian yang dilakukan oleh ahli arkeologi terhadap tempat-tempat awal di Asia Tenggara menunjukkan pada zaman ini merupakan titik permulaan kehidupan manusia yang mempunyai budaya hidup yang lebih maju dan moden pada zamannya. Jumpaanjumpaan serta kesan-kesan yang dijumpai membuktikan masyarakat memiliki aspek yang tinggi dari segi kehidupan mereka. Kita dapat melihatnya melalui penemuan gendang Dong Son. Zaman Logam merupakan zaman terakhir di dalam prasejarah. Walaupun masyarakat pada masa itu telah mencapai taraf kemajuan, tetapi mereka masih mewarisi sedikit sebanyak cara hidup masyarakat sebelumnya seperti pertanian, perdagangan dan pembuatan perahu. Masyarakat pada Zaman Logam dikatakan lebih maju kerana mereka tidak lagi terikat kepada corak kehidupan yang primitif malahan dapatlah dikatakan Zaman Logam adalah titik awal kepada kehidupan yang manusia yang lebih moden dan maju. Ia juga menunjukkan bahawa tahap teknologi yang diperkenalkan adalah agak tinggi nilainya iaitu melalui penggunaan logam. Faktor-faktor yang telah dinyatakan telah banyak membawa perubahan dan kemajuan kepada masyarakat Zaman Logam Awal yang merangkumi bidang sosial, ekonomi, politik dan kepercayaan. Seni ukiran telah
31

Peter Bellwood, Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, hlm 395-396.

25 berkembang di kalangan masyarakat pada zaman tersebut menunjukkan wujudnya ciri kekreatifan di dalam masyarakat yang mampu menghasilkan ukiran pada sesuatu peralatan seperti gendang Dong Son. Seterusnya, dunia menyaksikan sebahagian daripada petempatan awal pada Zaman Logam tersebut kesan daripada kemajuan yang terjadi telah berkembang menjadi sebuah pelabuhan seterusnya menjadi pembuka tirai kepada zaman-zaman agung yang terdiri daripada kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara iaitu zaman protosejarah yang mempunyai sistem ekonomi, politik dan sosial yang lebih teratur.

26

BIBLIOGRAFI
A.J. Bernet. (1988). The Kettledrums of Southeast Asia: A Bronze Age World and Its Aftermath. Rotterdam: A.A.Balkema. Abdul Rahman Abdullah. (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Rahman Hj. Abdullah. (1995). Sejarah Asia Tenggara. Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh. Universiti Sains Malaysia. Frank Hole, Robert F. Heizen. (terj) Shakila Yaacob. (1990). Arkeologi Prasejarah Satu Satu Pengenalan Ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Higham Charles.(1989). The Archaelogy of Mainland Southeast Asia. New York: Cambridge University Press. Joyce C. White. (1982). Discovery of A Loast Bonze Age. Ban Chiang, Philadephia: The University Museum, Institution Travelling Exhibition Service. Kempers Bernet dan A.J.The Kettle. (1988). Drum Of South East Asia. A Bronze Age World Aftermath, Rafferdam. Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.al. (1991). Malaysia Kita: Institusi Tadbiran Awam (INTAN). Kuala Lumpur. Nik Hasssan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman. (1992). Malaysia, Warisan dan Perkembanga., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Peter Bellwood. (terj) T.W. Kamil. (2000). Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama. Wan Abdul Rahman Latif et al. (2001). Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Bahasa. Zuraina Majid. (2003). Archeology In Malaysia. Universiti Sains Malaysia:
Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia.

27

Anda mungkin juga menyukai