Anda di halaman 1dari 9

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

PRAKTIKAL 2 Tajuk Tujuan

: KADAR KAKISAN BESI, KELULI DAN KELULI NIRKARAT

: Kadar Kakisan Besi, Keluli Dan Keluli Nirkarat :Untuk membezakan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli nil karat

Pernyataan Masalah : Adakah kadar kakisan besi, keluli dan nirkarat berbeza? Hipotesis : Kadar kakisan besi, keluli, dan keluli nirkarat berbeza. Besi berkarat dengan paling cepat, diikuti oleh keluli dan keluli nirkarat. Pembolehubah Dimanipulasikan : : Jenis paku (paku besi, paku keluli, dan paku keluli nirkarat tidak berkarat) Bergerak balas Dimalarkan : Keadaan pengaratan paku : Suhu, kuantiti air dan oksigen

Radas dan Bahan Bahan : Paku besi, paku keluli nirkarat, agar-agar, dan kalium heksasianoferat (111) Radas : Tabung uji, bikar, dan rak tabung uji.

1|

SARINA SAARI

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

Prosedur 1. Membersihkan, paku besi, paku keluli dan paku keluli nirkarat dengan menggunakan kertas pasir . 2. Memasukkan paku besi ke dalam tabung uji A, paku keluli ke dalam tabung uji B, dan paku keluli nirkarat ke dalam tabung uji C. 3. Menyediakan larutan agar-agar 5% dengan melarutkan 5 g agar-agar ke dalam 100 cm3 air panas. Beberapa titik larutan kalium heksasianoferat (111) dicampurkan ke dalam larutan agar-agar itu.Seperti Radas 1. 4. Menuang larutan agar-agar ke dalam setiap tabung uji sehingga paku terendam dengan sempurna. 5. Memerhati setiap tabung uji selepas 4 hari untuk menentukan sama ada a) warna biru tua terbentuk di sekeliling paku b) keadaan paku

Radas 1

2|

SARINA SAARI

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

Keputusan

Tabung uji

Keamatan warna biru tua

Keadaan paku

A (Paku Besi) B (Paku keluli) C (paku keluli berkarat)

Tinggi Rendah Tiada

Banyak berkarat Berkarat Tidak berkarat

Perbincangan 1. Apabila besi berkarat, atom besi akan kehilangan dua electron dan menjadi ion ferum (11), Fe2+. Fe(p) Fe2+ (ak) + 2e-

2. Bahan kimia kalium heksasianoferat (111) digunakan untuk mengesan kehadiran ion ferum (11) melalui pembentukan mendakan biru tua. 3. Pengesahan kewujudan ion Fe 2+ oleh kalium heksasianoferat (111) menunjukkan bahawa besi telah berkarat. 4. Keamatan warna biru tua menggambarkan tahap pengaratan paku besi. 5. Berdasarkan pemerhatian yang diperoleh, paku besi biasa paling banyak berkarat. Permukaan paku disalut dengan lapisan pepejal coklat- kemerahan. 6. Paku keluli nirkarat tidak berkarat. Paku ini dibuat daripada besi yang telah dicampur dengan karbon serta logam peralihan seperti kromium dan nikel.Paku ini tidak menghasilkan larutan biru. Permukaannya masih bersih dan berkilat 7. Paku keluli biasa berkarat perlahan-perlahan. Paku ini dibuat daripada campuran besi dan karbon sahaja. Tanpa kehadiran logam peralihan, keluli ini boleh berkarat.Paku ini menghasilkan larutan biru muda. Permukaan paku dihakis sedikit. 8. Denagn itu, susunan kadar pengaratan Besi > keluli> keluli nirkarat 9. Keamatan warna bru menunjukkan darjah kakisan. Semakin tinggi keamatan warna biru larutan, semakin banyak pengaratan berlaku kerana kadar kakisan lebih tinggi.
3|
SARINA SAARI

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

10. Larutan gelatine digunakan untuk menetapkan kedudukan paku. Sebarang pergerakan pada paku akan mengubah keamatan warna biru pada larutan. 11. Larutan kalium heksasianoferat (III) digunakan untuk mengesan kehadiran ion Fe 2+. Larutan ini bertindak balas dengan ion Fe2+untuk menghasilkan larutan biru tua.

Kesimpulan Aloi lebih tahan kakisan berbanding dengan logam tulen.Kadar kakisan besi, keluli, keluli nirkarat adalah berbeza beza.

4|

SARINA SAARI

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

Soalan dan Jawapan 1. Terangkan fungsi Larutan kalium heksasianoferat (III). Larutan kalium heksasianoferat (III) digunakan untuk mengesan kehadiran ion Fe 2+. Larutan ini bertindak balas dengan ion Fe2+untuk menghasilkan larutan biru tua. 2. Apakah hubungan antara keamatan warna biru dan kadar pengaratan? Keamatan warna biru menunjukkan darjah kakisan. Semakin tinggi keamatan warna biru larutan, semakin banyak pengaratan berlaku kerana kadar kakisan lebih tinggi.

3. Terangkan bagaimana penggunaan agar-agar dapat membantu pemerhatian eksperimen. Larutan gelatine digunakan untuk menetapkan kedudukan paku. Sebarang perubahan pada paku akan dapat dilihat dengan lebih jelas untuk membuktikan bahawa pengaratan berlaku

4. Namakan kandungan keluli dan keluli nirkarat. Keluli terdiri daripada 99% ferum dan I % kromium Keluli nirkarat terdiri daripada 74 % ferum , 18 % Kromium dan 8 % Nikel

5. Bezakan kadar pengaratan besi, keluli, dan keluli nirkarat dan terangkan sebabnya. Paku besi biasa paling banyak berkarat. Permukaan paku disalut dengan lapisan pepejal coklat- kemerahan. Paku keluli nirkarat tidak berkarat. Paku ini dibuat daripada besi yang telah dicampur dengan karbon serta logam peralihan seperti kromium dan nikel.Paku ini tidak menghasilkan larutan biru. Permukaannya masih bersih dan berkilat. Paku keluli biasa berkarat perlahan-perlahan. Paku ini dibuat daripada campuran besi dan karbon sahaja. Tanpa kehadiran logam peralihan, keluli ini boleh berkarat.Paku ini menghasilkan larutan biru muda. Permukaan paku dihakis sedikit.

5|

SARINA SAARI

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

6. Bagaimanakah susunan atom di dalam besi bila dikaitkan dengan sifat mudah mulur dan boleh ditempa? Logam besi bmengandungi atom yang sama saiz. Susunan atom adalah rapat dan teratur. Lapisan atom mudah bergelongsor antara satu sama lain. Daya tarikan antara atom logam tulen sangat kuat, tetapi tidak tegar. Apabila suatu daya dikenakan, lapisan-lapisan atom boleh menggelongsor antara satu sama lain. Ini menjadikan logam tulen mudah ditarik untuk dijadikan dawai yang panjang. Logam tulen dikatakan mempunyai sifat kemuluran. Dalam keadaan semulajadi, penyusunan atom-atom logam tidak sempurna kerana mempunyai ruangan kosong. Apabila satu blok logam tulen diketuk atau ditekan, sebahagian kumpulan atom logam tergelincir ke kedudukan yang baru supaya memenuhi ruangan kosong. Ini membolehkan logam dijadikan pelbagai bentuk. Logam tulen dikatakan mempunyai sifat kebolehtempaan.

7. Jelaskan perbezaan antara aloi gentian dan aloi interstitial

Atom-atom yang diselitkan adalah hampir sama saiz dengan atomatom dalam logam. Contohnya, dalam Loyang (brass), atom-atom kuprum (tembaga) dan zink adalah hampir sama saiz. Atom-atom yang diselitkan dalam aloi celahan adalah berbeza saiz daripada atom-atom logam. Contohnya, gangsa terdiri daripada atomatom kuprum (tembaga) dan timah yang mempunyai saiz yang berbeza.

6|

SARINA SAARI

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

RUJUKAN Raymond Chang (2002) Chemistry Seventh Edition:Mc Graw-Hill Higher Education. Toh Kim Hau (2004) Master StudiSasbadi SPM Kimia. Selangor :SasbadiSdn Bhd. Yeap Tok Kheng (2012) Longman Esensi Kimia Tingkatan 4. Selangor : Pearson Tan Yin Toon, Loh Wai Leng & Tan On Tin (2007) Success Chemistry SPM. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kamus Kimia KBSM (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Di akses dari http://ppgsains2iptb.blogspot.com/p/bahan-rujukan.html

7|

SARINA SAARI

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

LAMPIRAN
GAMBAR-GAMBAR SEMASA EKSPERIMEN DIJALANKAN

Paku yang berlainan jenis

Paku yang telah diletakkan di dalam larutan agar-agar

Keadaan paku selepas 4 hari

8|

SARINA SAARI

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

9|

SARINA SAARI