Anda di halaman 1dari 13

nota tambah BMM 3117

a) Teknik latih tubi Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di sampimg menjamin kekekalannya. Teknik ini sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat, atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu : Sebutan - Menyebut patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. Tatabahasa - Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum bahasa daripada semua aspek. Perbendaharaan kata - Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu. Kefasihan - Menggunakan perkataan lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. Kefahaman latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan teknik ini ialah teknik ini mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan. b) Teknik Simulasi Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu, atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu, dan mencatat isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. c) Teknik Permainan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi, masalah, atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip. Melalui teknik ini pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman, dan sebagainya. d) Teknik Sumbang Saran Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti, dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis. Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid. Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas. Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak. Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan. Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea. Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbang saran adalah patut dan mencukupi. Digalakkan menggunakan prinsip 5WH (What? Why? Who? Where? When? How? ) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik. Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli yang pelbagai kebolehan.

e) Teknik Permainan Bahasa Permainan bahasa ialah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan memberi peluang kepada pelajar memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna, dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khasnya. Ia diintepretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :

merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan, dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan, dan penggayaan. f) Teknik Soal Jawab Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Soalan yang dikemukakann memerlukan pelajar berfikir di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah : Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik, dan kritis. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. g) Teknik Bercerita Merupakan salah satu teknik yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata, dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis dalam kalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak, dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku, dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting yang harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan, dan minat murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek sebenar, atau BBM lain. Sediakan kad perkataan, frasa, atau ayat yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak

disampaikan. h) Teknik Drama Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif, dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada, dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala, dan dan lainlain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. i) Teknik Inkuiri Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Dapat menimbulkan daya refleksi di kalangan pelajar. Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pengendalian teknik inkuiri ialah : Proses mengenali masalah Mengkaji ramalan Mengumpul maklumat Menganalisis Membuat rumusan

4.5.10 Teknik Perbincangan Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Teknik perbincangan ialah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing tentang sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya

bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajam minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli kumpulan. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala ke arah perkara yang betul. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis mengikut apa yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

4.5.11 Teknik Forum Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk dan dijalankan secara formal. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, yang membolehkan pelajar berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti. 4.5.12 Teknik Perbahasan Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. Antara manfaat teknik ini ialah : Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas dalam kalangan pelajar. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

4.5.13 Teknik Kuiz Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah Melayu. Tujuannya ialah : Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik tertentu. Pelajar dapat mengulang kaji sambil bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan secara teka-teki. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu : Dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar. 4.5.14 Teknik Permainan Bahasa Permainan bahasa merupakan aktiviti pengajaran pembelajaran yang mengandungi unsur bermain yang menggembirakan. Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan bahan-bahan tertentu dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronkkan, bersahaja dan bermakna. Jenis-jenis permainan bahasa digolongkan mengikut tumpuan kemahiran tertentu. KEMAHIRAN AKTIVITI Mendengar Mengecam, meneka bunyi tertentu atau penyataan yang diberikan. Bertutur Menceritakan kembali cerita yang didengar, main teka teki, meneka tokoh, membisik pesanan atau nyayian-puisi. Membaca Membaca teks sastera, menyesuaikan gambar dengan cerita atau silang kata. Menulis Menulis dialog berdasarkan teks atau kartun, menulis sinopsis, membina ayat dll. Bentuk permainan bahasa: Permainan bahasa terdiri daripada dua bentuk. Bentuk pertandingan Bentuk penghayatan kendiri. Langkah pelaksanaan: Sebelum: Menentukan jenis permainan

Cara permainan ( innndividu, pasangan, kumpulan ) Syarat permainan masa, bahan, peraturan, petugas. Semasa: Peringkat awal, induksi set. Peringkat pertengahan langkah pengajaran. Peringkat akhir kemahiran pengukuhan Selepas: Menentukan semua bahan disimpan semula. Perbincangan guru-pelajar. 4.6 Rumusan Kesimpulan daripada penerangan serta perbincangan kita di atas dapatlah dikatakan bahawa perkembangan teknologi komputer dalam pendidikan akan terus berkembang pesat. Perkembangan pesat teknologi digital akan terus memberi suntikan kepada sektor pendidikan. Teknologi komputer akan menjadi pengupaya penting dalam proses pendidikan. Teknologi ini penting untuk menyediakan pelajar-pelajar bagi menghadapi era maklumat.
Dari Wikipedia, ensiklopedia bebas

Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macammacam, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata berbeda sekali antara dulu dan sekarang. Umumnya boneka dibuat sebagai mainan anak-anak, namun terkadang digunakan untuk fungsi fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat gaib ataupun mistik misalnya berupa upacara upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan jelangkung, sihir ataupun upacara pemanggilan roh. Seringkali boneka ditemukan pada makam-makam kuno atau situs-situs sejarah maupun prasejarah.

http://officesoft.files.wordpress.com/2008/04/boneka-muslim.jpg You might also like:


Guru bahasa yang baik : Pengenalan Prabacaan Nota UAK BM - Ringkasan 1


LinkWithin

Posted by pak long at 2:05 PM Labels: Nota Literasi Bahasa

04 October 2009

Prabacaan

Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. CITATION www09 \l 1033 (www.bakalguru.com, 2009). Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaan pembacaan bagi individu tersebut. Pada setiap penguasaan bacaan ini terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca. Setiap tahap boleh disimpulkan seperti berikut:

Kaedah Abjad (Tahap prabacaan). Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Muridmurid dikehendaki mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf abjad. Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku kata itu. Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola, buku, dada, dan cucu. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Misalnya untuk perkataan buku, mula -mula disebut nama huruf bi dan yu diikuti penyebutan bunyi suku kata bu; kemudian disebut nama huruf ke dan yu dikuti penyebutan bunyi suku kata ku, dan akhir disebut perkataan buku. Penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong ai, umumnya satu huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi sahaja.

Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya satu suku kata. Suku kata itu terhasil dengan menggabungkan satu atau lebih daripada satu konsonan dengan satu vokal atau diftong. dengan satu vokal atau diftong.

Dengan perkataan lain, struktur suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah dikenal pasti. Hal ini

memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Apabila murid menguasai suku kata, mereka dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak memahami makna perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini menyediakan murid asas yang kukuh untuk membaca.

Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak. Berbekalkan pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini dan dengan menggunakan sumber yang minimum seperti buku, ditokok dengan kesungguhan dan kesabaran, sesiapa sahaja dapat mengajarkan bacaan kepada mana-mana kumpulan sasar dengan menggunakan kaedah ini.

Guru sekolah rendah dapat melaksanakan kaedah ini berpandukan buku dan dengan menggunakan carta abjad, carta suku kata dan kad perkataan. (http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com, 2009). Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis). Kaedah ini lebih menekankan amalan membuat latih tubi tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat dan kurang memberi tumpuan kepada nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf lain untuk membentuk suku kata dan perkataan. Contoh lambang b bukannya bi tetapi disebut beh, a disebut ah dan begitulah seterusnya. Kaedah fonik ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan membolehkan mereka yang baru belajar membaca melakukan latihan sebutan perkataan-perkataan baru. Menurut Sofiah Hamid (1985: 1), selepas murid-murid mempelajari sejumlah perbendaharaan kata, mereka akan membandingkan unsur-unsur yang sama dalam perkataan-perkataan tersebut, dan kemudiannya membuat satu kesimpulan umum mengenai bunyi-bunyi yang terdapat dalam perkataanperkataan yang telah dipelajari. Contohnya, selepas murid-murid diajarkan perkataan-perkataan yang

dimulakan dengan bunyi yang sama seperti mana, mama, makan, baju, bapa, bawa, mereka diajar melihat dan mengenal bahawa perkataan-perkataan itu bermula dengan huruf dan suku kata yang sama tetapi memberi makna yang berbeza-beza. Kaedah Seluruhan Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman). Kaedah inijuga dikenali dengan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, dan kaedah ayat. Kaedah ini lebih menumpukan kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk benda yang dipamerkan itu. Kanak-kanak dilatih untuk melakukan dua kemahiran di dalam satu masa, iaitu menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Berbantukan gambar yang dilabelkan berhampiran dengan perkataan tersebut, kanak-kanak boleh menyebut perkataan untuk mewakili maksud yang terdapat di dalam gambar tersebut. Kaedah Frasa. Seperti kaedah perkataan, kaedah ini pun mementingkan unsur-unsur yang bermakna semasa permulaan pengajaran membaca. Kaedah ini berasaskan andaian bahawa frasa merupakan unit yang lebih besar daripada perkataan, dan dengan ini lebih menarik minat murid-murid daripada perkataan. Frasa-frasa yang bermakna boleh dibentuk dengan dua atau tiga perkataan yang mudah, contohnya: Ini meja Ini kerusi Itu buku Itu bola Frasa-frasa ini kemudiannya dipanjangkan untuk membentuk ayat-yat mudah, misalnya:

Ini meja saya Ini kerusi guru Itu buku saya Itu bola Ahmad Semasa mengajar, guru akan memilih frasa-frasa yang sesuai agar terdapat peningkatan dalam proses pengajaran, daripada yang senang kepada yang susah. Dengan cara ini juga perkataan-perkataan yang baru dapat diperkenalkan. Kaedah Kalimat. Menurut kaedah ini, murid-murid terlebih dahulu diperkenalkan kepada kalimat-kalimat atau ayat-ayat yang pendek dan bermakna. Guru akan menulis dan membaca satu kalimat daripada pertuturan beberapa kali. Kemudian murid-murid disuruh mengulangi membaca kalimat tersebut. Sesudah itu perhatian murid-murid ditarik kepada perkataan-perkataan yang membentuk kalimat itu. Perkataan-perkataan yang dipelajari kemudian disisipkan ke dalam kalimat-kalimat baru. Selepas itu barulah unsur-unsur suku kata dan huruf dalam perkataan diperkenalkan. Pengetahuan mengenai unsur-unsur kemudiannya digunakan untuk membentuk kemampuan mengenal perkataan baru secara tepat dan berdikari.

Rujukan: http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/ http://bakalguru.com Sofiah Hamid

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknikteknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi. Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajarpelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya. Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknikteknik demostrasi. Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu. PENDEKATAN Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan. Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.