Anda di halaman 1dari 14

KERTAS KERJA PEMBINAAN MAKMAL KOMPUTER

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

TAHUN CADANGAN : 2013

1. PENDAHULUAN Makmal Matematik (MM) perlu diwujudkan untuk membolehkan guru-guru pelatih mendalami ilmu matematik. Selain daripada itu, ia juga berperanan untuk mencambahkan minat pelajar terhadap mata pelajaran ini bagi melahirkan para guru pelatih yang pintar dan cemerlang dalam matematik. Hal ini adalah kerana

pembinaan Makmal Matematik menyediakan satu kaedah baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik. Para guru pelatih akan mendapati bahawa proses pembelajaran akan menjadi bermakna, mudah difahami, menyeronokkan dan seterusnya dapat melauskan ilmu pengetahuan mereka tentang Matematik. Sejajar dengan misi kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Membangunkan Potensi Individu melalui Pendidikan Berkualiti, maka saya, Lam Pui Han sebagai guru pelatih di bawah Jabatan Matematik mengambil inisiatif untuk membina sebuah makmal matematik di Institut Perguruan Kampus Sultan Abdul Halin. Maka, dengan ini amatlah berharap cadangan ini dipertimbangkan dan akan mendapat perhatian dari pihak-pihak yang berkenaan bagi menjamin kecemerlangan guru pelatih dalam menguasai ilmu matematik dan seterusnya mampu menyumbang ilmu yang diperoleh kepada generasi yang akan datang.

2. RASIONAL & MATLAMAT Tujuan utama Makmal Matematik ini diadakan ialah memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk menimba ilmu matematik melalui kaedah Pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang baru. Guru-guru pelatih juga akan memperoleh pengalaman yang banyak dalam menjalankan penerokaan dan penemuan berkaitan masalah yang bersangkutan Matematik melalui penyediaan aset-aset yang telah disediakan dalam Makmal Matematik bagi kemudahan pensyarah dan guru pelatih . Dengan ini, para guru pelatih akan mendapat kesan yang realistik kerana mereka boleh terlibat dalam gerak kerja sama ada secara individu atau berkumpulan untuk mencari satu penyelesaian Matematik. Malahan, Makmal Matematik turut dapat mengurangkan beban para pensyarah untuk menyediakan peralatan mengajar kerana semuanya telah disediakan dalam Makmal Matematik. Hal ini dapat meningkatkan profesionalisme mereka kerana mereka dapat berfokus untuk menyampaikan satu input atau pengajaran dengan lebih cekap dan profesional.

3. OBJEKTIF

Penggunaan yang optimum Makmal Matematik dalam kalangan guru pelatih dapat :

a. Memberi motivasi kepada para guru pelatih untuk meneroka pembelajaran matematik secara mendalam dan berterusan. b. Membina sikap yang positif dalam matematik. Para guru pelatih akan merasa seronok dengan matematik. c. Memupuk perasaan kerjasama dan bertanggungjawab. Murid lebih bertanggungjawab untuk menjaga asset atau peralatan dalam Makmal Matematik. d. Menghargai dan menghayati keindahan matematik menerusi kaedah inquiri penemuan dan penerokaan. e. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah matematik serta mencapai persetujuan bagi penyelesaian yang didapati. f. Memperkembangkan kekuatan berfikir secara kreatif dan kritis, logik dan imaginasi melalui aktiviti Matematik sama ada secara kumpulan atau individu. g. Melahirkan guru pelatih yang dapat mengaplikasikan pengetahuan Matematik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. h. Menghayati dan mengamalkan nilai murni seperti sikap positif, bekerjasama dan bertanggungjawab.

4. LOKASI SASARAN Bilik pengajaran Mikro (Tingkat dua Bangunan pentadbiran). Bilik ini dijadikan pilihan kerana telah disediakan dengan beberapa kemudahan yang dapat mengurangkan perbelanjaan bagi membina satu makmal komputer. Sebagai contohnya, kerusi dan Interactive white board telah disediakan. Malahan, keadaan bilik tersebut yang kondusif iaitu dari segi keluasan dan juga dipasangkan dengan penghawa dingin nescaya dapat memberi keselesaan kepada guru-guru pelatih untuk menuntut ilmu matematik di situ. Gambar bilik tersebut boleh dirujuk pada lampiran. 5. Bahan bahan yang diperlukan ( Anggaran perbelanjaan )

Dalam cadangan membina makmal matematik ini, terdapat banyak asset yang perlu disediakan bagi memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Matematik dijalankan secara optimum.. Maka, Antaranya adalah aset yang disediakan boleh dibahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah aset elektronik manakala bahagian kedua pula adalah aset yang bukan elektronik. Oleh itu, dengan ini akan didemonstrasikan dalam bentuk jadual aset yang diperlukan dalam Makmal Matematik yang dicadangkan beserta dengan anggaran perbelanjaannya sekali Aset-Aset Keperluan Makmal Matematik

Aset-aset elektronik Bil Jenis barangan Kuantiti Anggaran Harga (1 unit) 1. Komputer Pensyarah (Jenama LENOVO) 2. Komputer Guru Pelatih (Jenama LENOVA) 3. Mesin Pencetak 3 dalam 1 4. Projektor LCD (ACER) 5. OHP 1 RM 499 1 RM 2099 1 RM 350 1 x RM 350 = RM 350 1 X RM 2099 = RM 2099 1 x RM499 = RM 499 6. Pembesar Suara 1 RM 1299 1 x RM 1299 = RM 1299 JUMLAH RM 17884.00 12 RM 1049 1 RM 1049 1 x RM 1049 = RM 1049 12 x RM 1049 = RM 12588 Jumlah (RM)

Aset-aset bukan elektronik Bil Jenis barangan Kuantiti Anggaran Harga Jumalah

(1 unit) 1. Almari Berkaca a. Buku b. Peralatan c. Pameran 2. Meja panjang untuk menempatkan komputer. 3. Meja Amali 2 RM 220 4 RM 499 4 x RM 499 = RM 1996 2 x RM 220 = RM 440 4. Tong sampah 1 RM 4.90 1 x RM 4.90 = RM 4.90 5. Almari menyimpan peralatan ICT JUMLAH 1 RM 299 1 x RM 299 = RM 229 RM 5123.90 1 2 2 RM 509 5 x RM 509 = RM 2454

Jadi, melalui anggaran perbelanjaan yang ditunjukkan di atas, dapat dilihat bahawa saya telah mengklasifikasikan aset-aset kepada dua jenis iaitu elektronik dan bukan elektronik. Jumlah anggaran perbelanjaan = Aset aset elektronik + aset-aset bukan elektronik = RM 17884.00 + RM 5123.90 = RM 23007.90

Malahan, bahan-bahan lain yang perlu diletakkan sekali dalam makmal matematik adalah seperti bahan-bahan alat bantu mengajar Matematik, buku-buku matematik, peralatan matematik seperti sempoa dan penimbang, bahan maujud seperti kubus dan sebagainya. Namun, semua ini tidak memerlukan sebarang perbelanjaan. 6.0 Pelan makmal Matematik

Seperti yang telah dinyatakan bahawa tempat yang dicadangkan untuk membina makmal komputer adalah Bilik Pengajaran Mikro. Terdapat beberapa perubahan mengenai susun atur peralatan haruslah diubah . Oleh itu, Pelan Makmal Matematik berserta dengan petunjuk serta fungsi bagi setiap petunjuk tersebut akan ditunjukan pada halaman-halaman seterusnya. PELAN MAKMAL MATEMATIK

Berikut akan dijelaskan mengenai petunjuk bagi setiap satu butiran dalam pelan Makmal Matematik disertakan dengan kegunaannya. BIl Petunjuk Nama Petunjuk 1. Meja Pensyarah beserta komputer Meja pensyarah akan diletakkan di hadapan sekali. Hal ini adalah untuk memudahkan pensyarah memerhati guru pelatih supaya proses Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) bilik darjah dijalankan secara terkawal. Tambahan pula,meja pensyarah disediakan juga bertujuan untuk membolehkan pensyarah menyediakan bahan-bahan yang ingin disampaikan kepada guru pelatih sebelum bermulanya P&P. Bukan itu sahaja, para pensyrah juga boleh meletakkan barangnya di atas meja pensyarah yang disediakan. Malahan, semua guru pelatih juga akan mempunyai peluang untuk bersoal jawab kerana pensyarah dapat melihat dengan jelas jika berada di hadapan. Meja guru pelatih ini dapat menampung seramai 6 orang guru pelatih. Komputer yang digunakan adalah berbentuk LCD Jenama LEDOVO. Maka, setiap meja akan disediakan Kegunaan / catatan

2.

Meja guru pelatih dengan komputer dipasang dan kerusi.

dengan 3 buah komputer. Setiap komputer akan dikongsi oleh 2 orang guru pelatih. Seperti yang dapat kita perhatikan, perkongsian meja dan cara susunannya iaitu dari aspek setiap guru pelatih akan menghadap satu sama lain adalah bertujuan untuk memudahkan aktiviti-aktiviti seperti perbincangan, kerja kumpulan dan inkuiri penemuan. Sudut ICT ini disediakan bertujuan untuk menyimpan peralatan-peralatan ICT seperti CD dan VCD berkaitan dengan matematik. Selain itu, ia juga akan dijadikan tempat untuk meletak projector LCD,pembesar suara dan OHP untuk mengelakkannya daripada rosak. Oleh hal yang demikian, memandangkan benda-benda yang disimpan di sudut ICT banyak akan digunakan oleh para pensyarah Matematik. Maka dengan itu, sudut ini akan disediakan di hadapan tempat meja pensyarah untuk memudahkan pensyarah untuk mengambil apa sahaja peralatan yang diperlukan. Tong sampah disediakan di lokasi di mana semua orang keluar masuk iaitu di tepi pintu. Hal ini adalah untuk

3.

Sudut ICT

4.

Tong sampah

memudahkan guru-guru pelatih untuk membuang sampah kerana ia diletakkan pada laluan yang bebas. Malahan, tong sampah ini turut disediakan untuk menjaga kebersihan Makmal Matematik Almari bercermin kaca ini telah disediakan sebanyak 5 buah. Salah satu daripadanya akan disediakan untuk menyimpan bukubuku ilmiah/ rujukan matematik. Dua buah lagi disediakan untuk menyimpan peralatan matematik seperti penimbang dan alat bantu mengajar khususnya seperti bahanbahan maujud yang boleh digunakan oleh guru pelatih untuk berlatih menggunakannya untuk mengajar murid-murid kelak. Dua buah lagi adalah disediakan untuk menyimpan hasil kerja guruguru pelatih seperti buku pop up dan solid platonic dan Archimedes. Interactive White Board disediakan sebagai tujuan untuk memudahkan guru menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran. IWB memberi peluang kepada guruguru pelatih untuk lebih mendekatkan diri kepada dunia ICT kerana IWB telah disediakan dengan teknologi

5.

Almari bercermin kaca

6.

Interactive White Board (IWB)

yang canggih. Sebagai contohnya, mereka boleh menulis dan melukis dengan menggunakan ikon-ikon yang disediakan dalam IWB. Papan kenyataan disediakan untuk melekatkan notis-notis yang penting, jadual tugasan membersihkan makmal matematik dan juga info-info mengenai matematik noleh juga dilekatkan. Mesin pencetak ini disediakan untuk tujuan memudahkan para guru pelatih untuk membuat salinan jika terdapat info penting yang diperlukan dalam buku-buku yang disediakan dalam Makmal Komputer. Malahan, ia juga memudahkan pensyarah kerana pensyarah boleh membuat salinan kepada guru pelatih jika didapati salinan yang dibuat adalah tidak mencukupi. Meja amali ini akan diletakkan di bahagian paling belakang bilik Mikro. Meja ini disediakan sekiranya murid akan menjalankan aktiviti amali seperti menghasilkan pop up atau membuat teselasi dengan menggunakan kentang. Tujuan meja ini disediakan adalah untuk mengelakkan sebarang

7.

Papan kenyataan

8.

Tempat meletakkan mesin pencetak 3 in 1

9.

Meja Amali

kerosakan atau kekotoran pada komputer . kemungkinan teselasi yang melibatkan penggunaan warna akan mengotorkan tempat atau meja meletakkan komputer.

7.0 Penutup Besarlah harapan daripada pihak kami berharap bahawa semoga cadangan pembinaan Makmal Matematik ini akan beroleh sokongan dari pihak Institut Perguruan Kampus Sultan Abdul Halim. Semoga cadangan ini akan

dipertimbangkan dan seterusnya dilaksanakan dengan jayanya bagi mencapai hasrat melahirkan guru-guru pelatih yang mencintai ilmu matematik dan seterusnya mampu untuk menyampaikan ilmu yang diperoleh kepada generasi yang akan datang. Moga- moga semua sumbangan dan bantuan yang diberi sama ada dari segi perbelanjaan dan pembinaan akan mendapat keberkatan daripada Yang Maha Berkuasa.

Disediakan oleh, .. (LAM PUI HAN) Ahli Jabatan Matematik Institut Perguruan kampus Sultan Abdul Halim

LAMPIRAN Gambar Bilik Pengajaran Mikro

Terletak di Bangunan Pentadbiran A Tingkat 2

Pandangan Bilik Pengajaran Mikro dari hadapan

Pengajaran Bilik Pengajaran Mikro dari belakang

Anda mungkin juga menyukai