Anda di halaman 1dari 28

SEKOLAH KEBANGSAAN KINDU TUARAN KERTAS KERJA PERKHEMAHAN

TEMPAT

: PUSAT KOKURIKULUM NEGERI SABAH KEM MALANGANG, TUARAN, SABAH.

TARIKH

: 15 - 18 SEPTEMBER 2011 (KHAMIS AHAD)

ANJURAN

: KELAB REKREASI, SEKOLAH KEBANGSAAN KINDU, TUARAN

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi untuk murid-murid tahun 5 dan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kindu, Tuaran. Program ini disertai oleh 20 orang murid tahun 5 dan 20 orang murid tahun 6 yang terpilih dan diiringi oleh 5 orang guru pengiring. Perkhemahan ini akan diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Sabah Kem Malangang, Tuaran pada 15 hingga 18 September 2011 iaitu selama 4 hari 3 malam.

Selari

dengan

perkembangan

semasa

yang

semakin

mencabar

ini,

kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Perkhemahan ini juga dilaksanakan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

2.0 MATLAMAT

Matlamat perkhemahan ini dilaksanakan adalah untuk memndedahkan dan memberi kemahiran serta pengalaman kepada murid-murid berkaitan dengan kemahiran asas dalam aktiviti perkhemahan dan kepentingannya dalam kehidupan . Bukan itu sahaja, perkhemahan ini juga adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dan kerja berpasukan serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.
2

Beberapa aktiviti telah dirancang untuk menjayakan perkhemahan ini, disamping membina sifat kepimpinan, keberanian serta semangat setiakawan dalam diri peserta seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai seorang murid yang bertanggungjawab. Tambahan pula,perkhemahan ini juga menyediakan aktiviti kerohanian untuk membentuk nilai-nilai murni dan insan yang seimbang dari segi

jasmani, emosi dan rohani.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengaplikasikan kemahiran-kemhiran yang telah dipelajari mengenai aktiviti perkhemahan. 3.2 Pelajar dapat mengurus, merancang, dan megelolakan aktiviti-aktiviti perkhemahan. 3.3 Pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas perkhemahan mengikut kemampuan diri. 3.4 Menyemai semangat cinta akan alam sekitar dalam diri para peserta serta peka terhadap isu-isu alam sekitar. 3.5 Pelajar dapat meningkatkan pembelajaran menerusi pengalaman-

pengalaman yang menyeronokkan dan selamat dalam persekitaran yang berbeza-beza. 3.6 Pelajar dapat membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa. 3.7 Murid-murid dapat menunjukkan sikap positif, semangat kewarganegaraan, kesedaran sivik yang tinggi dan memupuk semangat patriotisme. 3.8 Pelajar dapat megembangkan sifat-sifat kreatif dan inovatif serta membuat keputusan yang bijak terutama dalam keadaan segera atau cemas. 3.9 Melahirkan insan yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
3

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh perancangan diadakan aktiviti ini ialah pada 15 hingga 18 September 2011. 4.2 Dilaksanakan selama 4 hari 3 malam. 4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Pusat Kokurikulum Negeri Sabah Kem Malangang, Tuaran ini : 5.1 Mempunyai bentuk perkhemahan. muka Bumi yang sangat sesuai untuk aktiviti

5.2 Tempat ini merupakan salah satu tempat khas untuk aktiviti perkhemahan di Negeri Sabah.

6.0 KONSEP PERKHEMAHAN

6.1 Mengikut Kumpulan 6.1.1 Pengagihan peserta kepada 8 platun 6.1.2 Memasak berkumpulan

6.1.3 Sentri mengikut kumpulan 6.2 Pertandingan 6.2.1 Platun cemerlang 6.2.2 Pertandingan Persembahan Malam Kebudayaan 6.3 Kerohanian dan moral 6.3.1 Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh bagi orang Islam 6.3.2 Ceramah Moral bagi yang bukan Islam

7.0 AKTIVITI REKREASI Terdapat 4 jenis aktiviti rekreasi yang utama, iaitu: 1) Flying fox 2) Polo air 3) Orienteering 4) Jungle tracking

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

8.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK Penaung Encik Mat Shah Bin Hasan (Guru Besar SK Kindu)

Penasihat Program Encik Hairi Bin Said (Penolong Kanan Kokurikulum SK Kindu)

Pengarah Program En. Rahim Nanang

Timbalan Pengarah Program En. Hafizul Rakmadin

Setiausaha Cik Siti Zulaiha Binti Kasby

Timbalan Setiausaha Cik Norlina Rais

Bendahari Cik Arina Binti Ali


5

8.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Ahli Jawatankuasa

Senarai Nama Ahli Pang Wang Ji ( K ) Omar Ali Santu

AJK Peralatan dan Pengisian

Mohd Noor Japlus Mohd Azwan Bin Mohmad Mohd Afiq Bin Johari

Usma Mardiah Binti Marudin ( K ) Afifiah Binti Matlin AJK Makanan Najah Nasuha Yunus Melisa Christilla Cheryl Polo Godwin Ezet Doimeh

Mohd Mahfujah Bin Mahmud ( K ) Muhammad Syamin Bin Ismail AJK Kebajikan dan Keselamatan Elvisya Francis Rozzarica Jamieus Farah Binti Jasni

Najwa Binti Abdul Hakim ( K ) Nur Atiqah Binti Supi AJK Kebersihan Nur Salihah Binti Isa Nuramalina Mohammad Asri Hafizul Ismail Binti Rajak

Nurul Syamimi Binti Ahmad ( K ) AJK Cenderamata dan Hadiah Susan Agronica Siti Kadijah Binti Harun
6

Zaiton Binti Mohd Sanusi Sakinah Binti Ahmad Shah

Mohd Sukiri Abu Hassan ( K ) Manika Binti Masdin AJK Kerohanian Madelline Chrietine Joyner Dultan Kong Fi

Ahmad Syafiq Bin Mohd Yunus ( K ) Sharif Bin Osman AJK Sijil Penyertaan/ Buku Program Khairunissa Binti Satim Haliamatu Binti Roslan Dila Binti Rebin Asma Binti Busran

Muhammad Syamin Bin Ismail ( K ) Sharif Bin Osman AJK Pendaftaran Peserta Melisa Christilla Natasha Dimpile Chew Faryzian Binti Piut

Senarai Semak Tugas AJK Peralatan dan Pengisian 1. Bekerjasama dengan semua jawatankuasa untuk menentukan peralatan yang diperlukan 2. Menetapkan tempat pengagihan dan pemulangan alatan 3. Memastikan alatan selamat digunakan 4. Memastikan alatan dipulangkan dalam keadaan yang baik dan cukup
7

AJK Makanan 1. Mendapatkan jumlah peserta dan pegawai yang terlibat 2. Memastikan tahap kualiti makanan yang tinggi 3. Memastikan makanan disediakan dalam kuantiti yang mencukupi 4. Memastikan makanan disediakan dalam masa yang ditetapkan 5. Menentukan menu harian 6. Menentukan menu bagi kumpulan tertentu ( vegetarian ) 7. Mengambil tindakan atas aduan yang berkaitan 8. Menentukan lokasi penyediaan makanan 9. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan dan pembelian barangan mentah AJK Kebajikan dan keselamatan 1. Memaklumkan kepada hospital/pusat kesihatan 2. Memohon pihak kesihatan membuat fogging kawasan 3. Menyediakan kenderaan yang bertindak sebagai ambulans sekiranya berlaku kecemasan 4. Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas 5. Menyediakan petugas dengan peralatan yang mencukupi semasa/ setiap aktiviti yang dijalankan. 6. Memastikan petugas mahir dalam Pertolongan Cemas 7. Merekod rawatan pesakit AJK Kebersihan 1. Menyediakan plastik sampah untuk setiap tapak perkhemahan 2. Menyediakan tong sampah yang bersesuaian di lokasi-lokasi tertentu 3. Memastikan seluruh kawasan perkhemahan bersih sepanjang masa 4. Mencadangkan tapak lokasi pembuangan sampah 5. Menyediakan plastik-plastik khas di tandas peserta perempuan 6. Memastikan tandas dan bilik air sentiasa bersih 7. Menyediakan sekurang-kurangnya 2 tong sampah besar

AJK Hadiah dan Cenderamata 1. Menyusun tempahan hadiah 2. Menguruskan cenderamata perasmi 3. Menguruskan hadiah untuk para pemenang 4. Menyediakan keperluan alatan untuk majlis penyampaian hadiah 5. Mendapatkan senarai pemenang-pemenang 6. Menyediakan petugas untuk majlis penyampaian hadiah 7. Memastikan penerima bersiap sedia awal 8. Menyediakan anggaran perbelanjaan AJK Kerohanian 1. Menyediakan jadual bertugas imam mengikut waktu solat 2. Mengendalikan kuliah maghrib dan subuh (muslim) 3. Mengendalikan kuliah moral (bukan muslim) AJK Sijil Penyertaan dan Buku Program 1. Menguruskan segala keperluan untuk menyediakan sijil penyertaan kepada peserta perkhemahan 2. Menyediakan buku program AJK Pendaftaran Peserta 1. Mengurus dan mengendalikan pendaftaran peserta 2. Memastikan semua peserta mendaftarkan diri pada masa yang telah ditetapkan 3. Menyenaraikan nama peserta dalam setiap program yang dijalankan 4. Bertanggungjawab terhadap kehadiran peserta dalam setiap aktiviti yang dijalankan 5. Memastikan peserta menghadiri dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti

9.0 SENARAI NAMA GURU PENGIRING

BIL

NAMA PEGAWAI

1. 2. 3. 4. 5.

En. Rosli Bin Ramli En. Faizal Bin Ismail Pn. Mariam Binti Arfah En. Mohd. Nizam Bin Zamri En. Richard John

10. 0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil. Perkara Pengangkutan Bas Besar SewaLokasi 02 Sewa tapak khemah Dapur =RM 100 x 4hari =RM 50 x 4hari =RM 400 =RM 200 Amaun (Unit diperlukan) 1 Buah Jumlah harga (RM) = RM 300

01

Makanan 1.Minum pagi 2.Makan tengah hari 03 I. II. 3.Minum petang 4. Makan malam 5. Minum malam = RM 4.00 x 40 orang x 4hari = RM 4.00 x 40 orang x 4hari = RM 2.00 x 40 orang x 4hari = RM 5.00 x 40 orang x 4hari = RM 2.00 x 40 orang x 4hari = RM 640 =RM 800 =RM 320 =RM 800 =RM 320

Cenderamata 04 Buah-buahan
10

3 Bakul

= RM 150

HadiahPertandingan I. 05 II. III. Hamper (RM 30) Hamper (RM 50) Hamper (RM 100) = RM 30 x 1 buah = RM 50 x 1 buah =RM 100 x1 buah =RM 30 =RM 50 =RM 100

Sijil 06 Peserta Guru Pengiring = 40 orang = 5 orang = RM 300 RM 4,590

07

Hal-hal lain Jumlah (RM)

11.0 MENU MAKANAN

Menu/Hari Sarapan

Khamis Mee goreng Telur mata kerbau Milo Nasi putih Ayam masak kicap Sayur terung Air kosong Kuih Teh Nasi putih

Jumaat Roti Telur rebus Nescafe

Sabtu Nasi goreng Sosej goreng Milo Nasi putih Ayam masak merah Sayur petola Air kosong Kuih Teh Nasi putih

Ahad Nasi goreng Telur goreng Nescafe Nasi putih Ayam masak sos Sayur kubis Air kosong

Makan Tengahari

Nasi putih Ayam goreng Sayur campur Air kosong

Minum Petang Makan

Kuih Teh Nasi putih


11

Malam

Ikan goreng Sayur peria Air sirap Susu Biskut

Sup ikan Sayur kangkung Air sirap

Ikan masak sos Sayur tomato Air sirap Susu Biskut

Minum Malam

Susu Biskut

12.0

SENARAI PERALATAN

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

Alatan Khemah igloo Cangkul Parang Tali Rafia Set Kemah Penggali Khemah Flyset 6 x 10 Bendera sabah Bendera malaysia Bendera sekolah Lampu suluh (besar) Helmet Tali karmental Bola

Kuantiti 10 Buah 8 Buah 8 Bilah 8 utas 20 Set 8 Buah 8 Buah 1 Helai 1 Helai 1 Helai 4 Buah 16 buah 8 utas 5 biji

Catatan

Alatan Memasak (Peminjaman daripada kantin sekolah)

14. 15.

Dapur gas Tong gas

8 buah 8 Buah
12

16. 17. 18. 19. 20. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 36. 37. 38. 40. 41. 42. 43.

Kuali Kuali (besar) Periuk masak (sederhana) Periuk Nasi Piring Plastik Sudu Gelas Plastik Garfu Senduk sayur Senduk nasi Senduk lauk Cerek (besar) Lesung Batu Sudip ( besar ) Sesaban Plastik Kotak ais Besen Batu Pengasah Kain Buruk Pembuka tin Baldi Bekas minuman besar Pemetik api Pisau Plastik sampah

8 Buah 3 Buah 2 Buah 8 Buah 54 Buah 54 Buah 54 Buah 50 buah 10 buah 10 Buah 10 Buah 4 Buah 4 Buah 4 Buah 4 Buah 3 Buah 5 Buah 4 Buah 10 Helai 3 Buah 5 Buah 3 Buah 3 Buah 8 Bilah 120 Bungkus RM 1.20 120 = RM144.00

Bahan Memasak 46. 47. Mee Beras 20 bungkus 30 kilogram


13

RM 40.00 RM 75.00

48. 49. 50. 51. 52.

Ayam Telur Roti Ikan Sayur Petola Kubis Peria Sayur campur Terung Kangkung

20 kilogram 2 tray 5 bungkus 10 kilogram

RM 160.00 RM 16.00 RM 15.00 RM 50.00

5 bungkus 5 bungkus 5 bungkus 5 bungkus 5 bungkus 5 bungkus

RM 5.00 RM 5.00 RM 5.00 RM 5.00 RM 5.00 RM 5.00

53. 54. 55. 56. 57. 60. 61. 62.

Milo Nescafe Tepung Gula Teh Susu Perencah Sosej

2 tin 2 bungkus 5 kilogram 10 kilogram 2 bungkus 2 bungkus 2 bungkus 10 bungkus Jumlah :

RM 30.00 RM 30.00 RM 10.00 RM 20.00 RM 5.00

RM 15.00 RM 8.00 RM 25.00 RM553.00

14

13.0

TENTATIF PROGRAM

13.1

Jadual perkhemahan (sila rujuk lampiran)

13.2

Tentatif Majlis Perasmian Penutupan

09.45 am 10.00 am 10.10 am

: : :

Peserta berkumpul Ketibaan perasmi Nyanyian lagu - Sabah Tanah Airku - Negaraku - Lagu Sekolah

10.25 am 10.35 am

: :

Bacaan doa Ucapan Alu-aluan Pengarah Program Oleh Encik Rahim Bin Nanang

10.45 am 11.00 am 11.30 am

: : :

Ucapan wakil peserta - Penghulu Penyampaian sijil, hadiah dan cenderamata Ucapan perasmian penutupan program Oleh Encik Mat Shah Guru Besar SK Kindu, Tuaran

11.45am

Majlis bersurai

15

14.0

PERASMIAN PENUTUPAN

Perkhemahan ini akan dirasmikan oleh Encik Mat Shah,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kindu, Tuaran dalam Majlis Perasmian Penutup Aktiviti Perkhemahan. Ia akan berlangsung di perkarangan dewan yang disediakan berdekatan dengan tapak perkhemahan

15.0

PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang akan diperolehi oleh para peserta melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dalamprogram ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Disediakan oleh :

(SITI ZULAIHA BINTI KASBY) Setiausaha Perkhemahan Kelab Rekreasi SK Kindu, Tuaran
16

Disemak oleh:

(EN. RAHIM BIN NANANG) Pengarah Perkhemahan Kelab Rekreasi SK Kindu, Tuaran

Disahkan oleh:

(EN. MAT SHAH BIN HASAN) Guru Besar SK Kindu, Tuaran

17

LAMPIRAN

18

LAMPIRAN 1

Sekolah Kebangsaan Kindu, Peti Surat 02, 89207 Tuaran, Sabah Tel: 088-675432 Fax: 088-9865432

Kepada: Ibu Bapa / Penjaga ..........................................

ruj. Kami: xx1234/11/09 ruj. Tuan: xx8765/11/08

18 OGOS 2011 Tuan/Puan,

KEBENARAN

IBU

BAPA

PENJAGA

PELAJAR

UNTUK

MENGIKUTI

PERKHEMAHAN KELAB REKREASI SEKOLAH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Kelab Rekreasi Sekolah Kebangsaan Kindu akan mengadakan satu aktiviti perkhemahan rekreasi luar yang melibatkan 40 orang ahli kelab rekreasi dan juga 5 orang guru pengiring.

02. Anak tuan/puan yang merupakan ahli Kelab Rekreasi Sekolah terlibat dalam aktiviti ini. Berikut adalah ketetapan bagi program yang akan dilaksanakan: Tarikh Hari Tempat : : : 15 hingga 18 September 2011 Khamis hingga Ahad Pusat Kokurikulum Negeri Sabah Kem Malangang, Tuaran

19

03. Sehubungan dengan itu, anak tuan/puan diminta untuk membawa kelengkapan alat tulis untuk kegunaan ketika perkhemahan. Selain itu, anak tuan/puan juga diminta untuk membayar yuran penyertaan sebanyak RM3.00.

04. Keselamatan dan kebajikan anak tuan/puan adalah di bawah tanggungjawab kami sepanjang aktiviti ini. Dengan ini disertakan surat kebenaran untuk anak tuan/puan mengikuti perkhemahan ini.

05. Kerjasama dari pihak tuan/puan adalah sangat dihargai.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang Menjalankan Tugas,

............................................... (SITI ZULAIHA BINTI KASBY) Setiausaha Perkhemahan Kelab Rekreasi, Sek. Keb. Kindu, Tuaran.

20

Ibu Bapa / Penjaga ..........................................

Guru Besar, Sek. Keb. Kindu

KEBENARAN PELAJAR MENGIKUTI PERKHEMAHAN REKREASI LUAR. (sila lengkapkan butiran pengesahan kebenaran berikut) Saya ________________________, no. kad pengenalan ___________________, ibu bapa / penjaga kepada ___________________________ membenarkan / tidak

membenarkan anak / jagaan saya untuk mengikuti aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Sekolah.

Sekian terima kasih.

Tandatangan ibu bapa / penjaga :

Tarikh :

_________________________ Nama:......................................... No. KP:.......................................

_________________

21

LAMPIRAN 2

Sekolah Kebangsaan Kindu, Peti Surat 02, 89207 Tuaran, Sabah Tel: 088-675432 Fax: 088-9865432

EN. DAEN SANI, Ketua Pengusaha, Bahagian Pengurusan Kem Malangang Tuaran.

ruj. Kami: xx1234/11/09 ruj. Tuan: xx8765/11/08

18 OGOS 2011

Tuan, PERMOHONAN KEBENARAN UNTUK MENGGUNAKAN TAPAK PERKHEMAHAN KEM MALANGANG Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 02. Kelab Rekreasi Sekolah Kebangsaan Kindu akan mengadakan aktiviti

perkhemahan rekreasi luar yang melibatkan ahli-ahli kelab yang terdiri daripada tahun 5 dan tahun 6 serta beberapa orang guru pengiring. Berikut adalah ketetapan bagi program yang akan dilaksanakan: i. ii. iii. 03. Tarikh Hari Bilangan peserta : 15 hingga 18 September 2011 : Khamis hingga Ahad : 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring

Kami berharap agar pihak tuan akan dapat mempertimbangkan permohonan

kami. Kerjasama daripada pihak tuan/puan adalah sangat kami hargai dalam melaksanakan aktiviti ini.
22

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang Menjalankan Tugas,

............................................... (SITI ZULAIHA BINTI KASBY) Setiausaha Perkhemahan Kelab Rekreasi, Sek. Keb. Kindu, Tuaran.

23

LAMPIRAN 3 Sekolah Kebangsaan Kindu, Peti Surat 02, 89207 Tuaran, Sabah Tel: 088-675432 Fax: 088-9865432

Setiausaha Balai Polis, Bahagian Daerah Kota Belud, P/s 401 256710 Kota Belud,

ruj. Kami: xx1234/11/09 ruj. Tuan: xx8765/11/08

18 OGOS 2011

Tuan/Puan,

MAKLUMAN PELAKSANAAN REKREASI LUAR BILIK DARJAH. Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Kelab Rekreasi Sekolah Kebangsaan Kindu akan mengadakan perkhemahan bertempat di Kem Malangang, Tuaran yang melibatkan ahli-ahli kelab rekreasi yang terdiri daripada pelajar tahun 5 dan tahun 6. Justeru, kami meminta jasa baik tuan/puan untuk menjaga dan mengawasi tapak perkhemahan sepanjang kami menjalankan perkhemahan tersebut.

03. Berikut adalah ketetapan bagi program yang akan dilaksanakan: i. ii. iii. Tarikh Tempat Bilangan peserta : 15 hingga 18 September 2011 : Kem Malangang, Tuaran : 45 orang termasuk guru pengiring

24

03. Kerjasama daripada pihak tuan/puan adalah sangat kami hargai. Diharapkan dengan kerjasama ini kami akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya tanpa sebarang halangan.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang Menjalankan Tugas,

............................................... (SITI ZULAIHA BINTI KASBY) Setiausaha Perkhemahan Kelab Rekreasi, Sek. Keb. Kindu, Tuaran.

25

LAMPIRAN 4

Sekolah Kebangsaan Kindu, Peti Surat 02, 89207 Tuaran, Sabah Tel: 088-675432 Fax: 088-9865432

Encik Razak Bin Ahmad, Ketua Kampung Malangang, 89217 Tuaran.

ruj. Kami: xx1234/11/09 ruj. Tuan: xx8765/11/08

18 OGOS 2011

Tuan,

MAKLUMAN PELAKSANAAN REKREASI LUAR BILIK DARJAH. Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Kelab Rekreasi Sekolah Kebangsaan Kindu akan mengadakan perkhemahan bertempat di Kem Malangang, Tuaran yang melibatkan ahli-ahli kelab rekreasi yang terdiri daripada pelajar tahun 5 dan tahun 6. Berikut adalah ketetapan bagi program yang akan dilaksanakan: i. ii. iii. Tarikh Tempat Bilangan peserta : 15 hingga 18 September 2011 : Kem Malangang, Tuaran : 45 orang termasuk guru pengiring

26

03. Kerjasama daripada pihak tuan/puan adalah sangat kami hargai. Diharapkan dengan kerjasama ini kami akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya tanpa sebarang halangan.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang Menjalankan Tugas,

............................................... (SITI ZULAIHA BINTI KASBY) Setiausaha Perkhemahan Kelab Rekreasi, Sek. Keb. Kindu, Tuaran.

27

28

Anda mungkin juga menyukai