Anda di halaman 1dari 3

www.sagadbl.

com

Nota Sains Tingkatan 3 4.5 Persenyawaan dan Kehamilan

CREATED BY : CIKGU IRWAN

Bab 4 Pembiakan
1. Melibatkan dua induk yang berbeza jantina (lelaki/jantan) dan (perempuan/betina) 2. Ia melibatkan organ seks yang menghasilkan GAMET (sel pembiakan) dan proses PERSENYAWAAN 3. Gamet jantan dikenali sebagai SPERMA dan gamet betina adalah OVUM Perbezaan Sperma dan Ovum

Sel yang terkecil dalam badan Berbentuk seperti berudu Bergerak dengan ekor Berjuta-juta sperma dibebaskan

Sel yang terbesar dalam badan Berbentuk sfera bulat Tidak boleh bergerak sendiri Hanya satu ovum dibebaskan setiap bulan

nukleus sperma dengan nukleus ovum membentuk zigot. Zigot akan berkembang membentuk embrio dan kemudian menjadi fetus (janin) sebelum dilahirkan.

: Percantuman

Sperma memasuki ovum semasa proses persenyawaan

CIKGU IRWAN@2013

Page 7

www.sagadbl.com

Nota Sains Tingkatan 3 TERDAPAT 2 JENIS PERSENYAWAN:

CREATED BY : CIKGU IRWAN

Bab 4 Pembiakan Persenyawaan luar Persenyawaan dalam

Persenyawaan luar: Persenyawaan sperma dan ovum di luar badan betina. Biasanya berlaku di dalam air seperti katak. Persenyawaan dalam: Persenyawaan sperma dan ovum di dalam badan betina. Berlaku pada hidupan darat seperti burung, reptilia dan mamalia.

Persenyawaan luar katak di kawasan berair

PROSES PERSENYAWAAN DAN KEHAMILAN:


1. Semasa pengovulan, ovari melepaskan ovum ke dalam tiub falopio 2. Semasa ejakulasi, zakar (penis) memancutkan sperma ke dalam faraj (vagina) 3. Beribu-ribu sperma memasuki uterus melalui serviks dan kemudian terus berenang memamasuki tiub falopio 4. Di tiub falopio, persenyawaan berlaku apabila hanya satu sahaja sperma dapat bergabung dengan ovum. Nukleus sperma akan bercantum dengan nukleus ovum membentuk zigot. 5. Zigot akan berkembang membentuk bebola sel yang dikenali sebagai embrio. 6. Embrio akan bergerak sepanjang tiub falopio hingga ke uterus dan terbenam pada dinding uterus. Proses ini dikenali sebagai proses penempelan. 7. Embrio akan terus berkembang dan membentuk fetus (janin). Fetus juga akan terus berkembang sehingga dilahirkan yang panggil sebagai bayi.

CIKGU IRWAN@2013

Page 8

www.sagadbl.com

Nota Sains Tingkatan 3

CREATED BY : CIKGU IRWAN

Bab 4 Pembiakan

Proses perkembangan bayi

Gambarajah Fetus dan Plasenta

FUNGSI PLASENTA: Pertukaran bahan antara ibu dan fetus seperti makanan, bahan buangan dan oksigen Ibu memberikan makanan, antibodi, dan oksigen manakala bayi menyingkirkan bahan buangan seperti karbon dioksida dan urea FUNGSI TALI PUSAT: Menghubungkan fetus dengan ibu Memindahkan bahan antara fetus dan ibu FUNGSI CECAIR AMNION: Sebagai penyerap hentakan Memberi perlindungan kepada fetus daripada kecederaan Membenarkan embrio/fetus bergerak bebas semasa pertumbuhan

CIKGU IRWAN@2013

Page 9