Anda di halaman 1dari 31

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM Mata Pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan Tajuk Kemahiran : Asas Ulum

Syariah (Ibadah) : 5 Adnin : 30.9.2011 : 8.40-9.10 Pagi : 15 Orang : Tayamum : Menyatakan pengertian tayamum melakukan kemahiran bertayamum.

PENGETAHUAN SEDIA ADA : 1. Murid mengetahui anggota tayamum. 2. Murid mengetahui bahan yang digunakan untuk bertayamum.

HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan pengertian tayamum. 2. Menjelaskan rukun dan cara bertayamum. 3. Menerangkan sebab-sebab yang mengharuskan bertayamum. 4. Menyenaraikan syarat-syarat tayamum. STRATEGI PEMBELAJARAN: 1. Berpusatkan guru. 2. Berpusatkan murid.
1

3. Berpusatkan bahan. KAEDAH PEMBELAJARAN : 1. Soal jawab 2. Penerangan 3. Demonstrasi 4. Simulasi 5. Tunjuk cara 6. Kuiz KEMAHIRAN BERFIKIR : 1. Menyenaraikan. 2. Menyatakan . 3. Mengklasifikasikan. PENERAPAN NILAI : 1. Sentiasa menunaikan solat yang difardhukan dalam apa keadaan sekalipun. 2. Sentiasa menjaga kebersihan diri walaupun ketika ketiadaan air. 3. Istiqamah melakukan ibadah solat. BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) ; 1. Papan gulung. 2. Komputer / LCD. 3. Kad Gambar. 4. Kad ayat / kad huruf 5. Debu tanah yang suci / tepung / bedak.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : Langakah / Masa Pendahuluan Bacaan Doa. (2minit) Set Induksi (3 minit) -Tayamum -Gambar Air Dan Debu Tanah. Isi Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Ketua kelas membaca doa diikuti oleh murid-murid lain. -Guru meminta seorang murid Kad huruf membina perkataan daripada LCD kad huruf yang diberikan. -Guru meminta murid Catatan / Alat

membaca secara berkumpulan perkataan yang telah berjaya dibina. -Guru membawa air dan debu tanah/ menunjukkan gambar air dan debu tanah. -Guru bersoal jawab tentang kegunaan dua bahan tersebut: Terangkan kegunaan air dan tanah (debu)? Apakah dilakukan
3

yang apabila

perlu air

tiada untuk melakukan

ibadah? Apakah ibadah-ibadah yang memerlukan debu apabila ketiadaan air?

-Guru

mengaitkan

jawapan-

jawapan murid dengan tajuk yang akan dipelajari. Langkah 1 (5 minit) Pengertian Tayamum. -Guru memaparkan pengertian LCD tayamum . -Secara berkumpulan, guru

meminta murid membacanya. -Kemudian, murid individu. Langkah 2 (5 minit) Rukun Tayamum. -Guru mahjung memaparkan / LCD carta LCD yang guru meminta secara

membacanya

dalam bentuk lut sinar / kertas mengandungi rukun tayamum. -Murid membaca secara carta yang dan

mengandungi rukun tayamum individu berkumpulan. Langkah 3 (10 minit) Syarat Tayamum. Amali -Guru mahjung memaparkan / LCD sebab carta LCD yang Kertas dan

dalam bentuk lut sinar / kertas Bedak mengandungi


4

syarat tayamum.

-Murid membaca carta yang mengandungi perkara-perkara di atas secara individu dan berkumpulan. -Murid bersoal jawab dengan guru tentang rukun, sebab yang mengharuskan tayamum dan syarat tayamum. -Guru menjelaskan persoalan yang dikemukakan oleh murid. -Guru melakukan bertayamum. -Guru menunjukkan cara memilih ketua simulasi

bertayamum yang betul. -Guru melakukan bertayamum. -Guru membimbing murid meminta simulasi murid cara

membentuk kumpulan untuk

dengan kaedah tunjuk cara yang betul.

Penutup (5minit)

Pengukuhan Penilaian.

Dan -Secara individu, guru meminta Kuiz murid menjawab soalan kuiz Kertas yang disediakan. -Dengan bimbingan guru murid menjawab semua soalan. -Guru membuat kesimpulan lampiran

dan memberikan peneguhan positif kepada murid. -Guru mengedarkan lampiran soalan yang menghendaki murid mengelaskan di antara rukun tayamum dan syarat bertayamum. -Murid diminta menampalkan helaian kertas soalan di dalam buku rumah. kerja sebagai kerja

PERANCANGAN

a) PENGETAHUAN SEDIA ADA : 1. Murid mengetahui anggota tayamum. 2. Murid mengetahui bahan yang digunakan untuk bertayamum. Murid diharap mengetahui anggota tayamum dan anggota wuduq. Murid juga dilihat dapat membezakan anggota wuduq dan anggota tayamum. Murid-murid juga mampu menjawab dengan betul bahan yang digunakan untuk berwuduq dan bertayamum.

b) HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan pengertian tayamum. 2. Menjelaskan rukun dan cara bertayamum. 3. Menerangkan sebab-sebab yang mengharuskan bertayamum. 4. Menyenaraikan syarat-syarat tayamum. Melalui objektif pengajaran murid-murid diharap dapat menyatakan pengertian tayamum dengan jelas dan betul sama ada dengan cara membaca ataupun hafazan. Selain itu, murid-murid diharap dapat mengetahui rukun bertayamum disamping sebab-sebab yang mengharuskan bertayamum. Dan diakhirnya diharapkan murid-murid dapat menunjukkan ataupun melakukan cara bertayamum yang betul sama ada melalui percakapan, perbuatan dan penulisan. Dengan ini secara tidak langsung, murid-murid mengetahui syarat bertayamum dengan betul. Dilakukan dengan cara yang betul tanpa dan dengan bimbingan guru.
7

c) STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: 1. Berpusatkan guru. 2. Berpusatkan murid. 3. Berpusatkan bahan. Melalui startegi berpusatkan guru, murid akan lebih terkawal dan berdisiplin semasa sesi pengajaran berlangsung. Dengan cara ini akan memudahkan guru menyampaikan arahan, melakukan aktiviti yang lebih teratur dan menguji tahap kecekapan seorang guru bagi menarik perhatian murid-murid untuk memberikan tumpuan semasa proses pembelajaran.

Strategi berpusatkan murid pula dapat melahirkan murid-murid yang berdaya saing, kreatif, berani dan meningkatkan keupayaan diri mereka. Kita dapat mengenal pasti potensi seseorang murid apabila mereka terlibat secara langsung semasa proses pembelajaran berlangsung. Aktiviti secara berkumpulan dan individu pastinya menentukan tahap kefahaman mereka.

Penggunaan bahan yang mudah dan tidak membebankan guru menambah baikkan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Apatah lagi sekiranya mereka sendiri dapat menggunakan dan mengaplikasikan bahan yang telah disediakan.

d) KEMAHIRAN BERFIKIR : 1. Menyenaraikan. 2. Menyatakan . 3. Mengklasifikasikan.

Kemahiran berfikir adalah menyatakan pengertian tayamum dengan jelas apabila murid dapat menjawab dengan ataupun tanpa bimbingan guru. Murid juga diharap dapat menyenaraikan dan mengelaskan syarat dan rukun tayamum. Melalui kemahiran ini, murid diharap dapat mengenalpasti bentuk gabungjalin antara mata pelajaran lain dengan mata pelajaran Agama Islam.

e) PENERAPAN NILAI : 1. Sentiasa menunaikan solat yang difardhukan dalam apa keadaan sekalipun. 2. Sentiasa menjaga kebersihan diri walaupun ketika ketiadaan air. 3. Istiqamah melakukan ibadah solat.

Penerapan nilai yang sesuai diharap dapat

melatih murid melakukan amalan yang

kebaikan dengan mengaplikasikan teknik atau cara bertayamum dengan betul. Penilaian nilai juga boleh ditekan melalui kaedah ujian atau peneguhan menerima atau memperolehi peneguhan positif.

f) KAEDAH PEMBELAJARAN : 1. Soal jawab 2. Penerangan 3. Demonstrasi 4. Simulasi 5. Tunjuk cara 6. Kuiz Kaedah yang biasa digunakan oleh guru adalah bersoal jawab secara sehala ataupun dua hala. Iaitu antara guru dan muridnya ataupun melalui guru sahaja. Kaedah penerangan lebih kepada cara guru menyampaikan ilmu dan murid menerimanya sebagai pembelajaran.

g) BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) ; 1. Papan gulung. 2. Komputer / LCD. 3. Kad Gambar.
10

4. Kad ayat / kad huruf 5. Debu tanah yang suci / tepung / bedak.

Bahan bantu mengajar adalah bahan yang digunakan sebagai asas untuk membantu guru semasa proses pengajaran guru dan pembelajaran murid. Bahan bantu tersebut membantu guru dari segi penjimatan masa, mempertingkatkan minat murid untuk belajar, murid dapat memahami dengan lebih mendalam dan realistic, ingatan pembelajaran mengikut topik juga semakin mudah.

Murid akhirnya merasai keseronokan belajar yang berkesan dengan pengalaman pembelajaran yang sebenar yang dapat memperkembangkan kefahaman dan corak pemikiran murid-murid. PELAKSANAAN a) Pendahuluan Bacaan Doa.

Masa yang diperuntukan adalah 2 minit. Ini adalah salah satu cara untuk muridmurid lebih bersedia untuk belajar kepada mata pelajaran yang lain. Disamping itu, ianya melatih murid-murid lebih berdisiplin dengan menerapkan teknik bacaan yang betul dan beradab tanpa dan dengan bimbingan guru.

b) Set induksi -Tayamum -Gambar Air Dan Debu Tanah. Masa yang diperuntukan adalah 3 minit. Dalam langkah ini, guru menggunakan strategi berpusatkan guru, murid dan bahan. Kaedah penyoalan, penggunaan kad huruf dan LCD membantu guru menyampaikan pengertian dengan jelas.

11

-Guru meminta seorang murid membina perkataan daripada kad huruf yang diberikan. -Guru meminta murid membaca secara berkumpulan perkataan yang telah berjaya dibina. -Guru membawa air dan debu tanah/ menunjukkan gambar air dan debu tanah. -Guru bersoal jawab tentang kegunaan dua bahan tersebut: Terangkan kegunaan air dan tanah (debu)? Apakah yang perlu dilakukan apabila air tiada untuk melakukan ibadah? Apakah ibadah-ibadah yang memerlukan debu apabila ketiadaan air?

-Guru mengaitkan jawapan-jawapan murid dengan tajuk yang akan dipelajari. c) Langkah 1 - Pengertian Tayamum. Dengan menggunakan LCD, guru memaparkan pengertian bertayamum. Kemudian guru menggunakan kaedah penerangan serta soal jawab. -Guru memaparkan pengertian tayamum . -Secara berkumpulan, guru meminta murid membacanya. -Kemudian, guru meminta murid membacanya secara individu. d) Langkah 2 Rukun Tayamum. Dengan menggunakan strategi berpusatkan murid, guru memaparkan rukun tayamum menggunakan LCD. -Guru memaparkan carta dalam bentuk lut sinar / kertas mahjung / LCD yang mengandungi rukun tayamum.
12

-Murid membaca berkumpulan.

carta yang mengandungi rukun tayamum secara individu dan

e) Langkah 3 Syarat Tayamum. Amali

Dalam masa 10 minit yang diperuntukkan, guru memaparkan syarat-syarat bertayamum dengan menggunakan LCD dan melakukan perlakuan bertayamum yang betul bersama-sama dengan murid. Strategi berpusatkan murid dan bahan digunakan. Di dalam langkah ini, guru menggunakan kaedah simulasi atau tunjuk cara untuk melakukan perlakuan tayamum dengan menggunakan bedak sebagai debu tanah. -Guru memaparkan carta dalam bentuk lut sinar / kertas mahjung / LCD yang mengandungi sebab dan syarat tayamum. -Murid membaca carta yang mengandungi perkara-perkara di atas secara individu dan berkumpulan. -Murid bersoal jawab dengan guru tentang rukun, sebab yang mengharuskan tayamum dan syarat tayamum. -Guru menjelaskan persoalan yang dikemukakan oleh murid. -Guru memilih ketua melakukan simulasi bertayamum. -Guru menunjukkan cara bertayamum yang betul. -Guru meminta murid membentuk kumpulan untuk melakukan simulasi cara bertayamum. -Guru membimbing murid dengan kaedah tunjuk cara yang betul.
13

f) Penutup Pengukuhan Dan Penilaian.

Dalam 5 minit, guru melakukan aktiviti pengukuhan dengan menggunakan strategi berpusatkan murid dan bahan. Secara rawak, murid diminta menjawab soalan yang diberikan dengan menggunakan perisian software yang disediakan. Murid-murid diminta membanding beza untuk memilih jawapan yang betul. Guru pula memberikan peneguhan positif hasil daripada jawapan yang diberikan. Di akhirnya, guru memberikan lampiran soalan sebagai kerja rumah. -Secara individu, guru meminta murid menjawab soalan kuiz yang disediakan. -Dengan bimbingan guru murid menjawab semua soalan. -Guru membuat kesimpulan dan memberikan peneguhan positif kepada murid. -Guru mengedarkan lampiran soalan yang menghendaki murid mengelaskan di antara rukun tayamum dan syarat bertayamum. -Murid diminta menampalkan helaian kertas soalan di dalam buku kerja sebagai kerja rumah.

14

KEBERKESANAN

1. Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Sejajar Dengan Keperluan Sukatan Skop kandungan tajuk memenuhi objektif sukatan pelajaran. Pengalaman pembelajaran. Penilaian pembelajaran sejajar dengan objektif pembelajaran. pembelajaran yang disediakan sejajar dengan objektif

2. Penggunaan

Pengajaran

Dan

Pembelajaran

Dilaksanakan

Secara

Sistematik Dan Cekap. Pemilihan strategi dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Mempunyai kesinambungan pengajaran dan pembelajaran. Berjaya mengurus murid.

3. Tugas Pengajaran Difahami Dan Dilaksanakan Dengan Jelas. Pengajaran menepati keperluan tajuk yang diajar.
15

4. Berusaha Melibatkan Murid Secara Perlakuan Dalam Perlaksanaan Tugas Pembelajaran. Berusaha meningkatkan penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh. Menyediakan persekitaran bilik darjah yang positif.

5. Menyediakan Aktiviti Dan Tugas Pembelajaran Yang Mencabar Daya Kognitif Murid. Menyesuaikan pengalaman pembelajaran dengan keupayaan dan gaya pembelajaran murid. Menggerakkan minat dan motivasi terhadap aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan.

6. Berkeyakinan Dalam Menyampaikan Isi Pelajaran Dengan Jelas Dan Memberikan Penerangan Yang Tepat. Berkeupayaan menyampaikan pelajaran dengan jelas sama ada secara lisan dan kognitif. Berjaya memaksimumkan kefahaman murid. Berkeupayaan mempelbagaikan mod penyampaian.

7. Memantau Perkembangan Dan Masalah Pembelajaran Murid . Bertindak membantu pembelajaran murid. Menggunakan aktiviti / cara yang sesuai untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid. Memberikan maklum balas pembelajaran secara spontan dan konstruktif.
16

8. Menunjukkan

Iltizam

Dan

Profesionalisme

Yang

Tinggi

Dalam

Melaksanakan Obligasi Pengajaran Dan Pembelajaran. Berdaya usaha dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Sentiasa bertindak secara professional dalam pengajaran dan pembelajaran. Berusaha mengekalkan hubungan profesianal dengan murid.

9. Berusaha Mengekalkan Motivasi Pembelajaran Murid. Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menghubungkaitkan pembelajaran dengan bidang tugas guru. Menyediakan aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar. Membina kesedaran terhadap kepentingan ilmu dan pembelajaran.

10.

Prihatin

Terhadap

Masalah

Pembelajaran

Murid

Dan

Bersedia

Memberikan Bimbingan Secara Berterusan. Menegsan maslah pembelajaran murid berdasarkan pemantauan dan pengesanan pembelajaran murid. Berusaha membimbing murid secara individu ataupun kumpulan.

17

REFLEKSI

Guru Pendidikan Islam seharusnya mempunyai kemahiran merancang dan melaksanakan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam memerlukan perancangan yang kreatif supaya pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang bermakna dan menyeronokkan kepada murid-murid.

Alhamdulillah, tugasan yang diberikan dapat disiapkan walaupun menghadapi pelbagai halangan. Rancangan harian yang dirancang dengan teliti dan sempurna memudahkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, guru juga seharusnya memahami konsep merancang pengajaran, objektif pengajaran dan matlamat yang ingin dicapai dalam proses pengajaran.

Di samping bahan pengajaran, strategi dan kaedah perlu ditekankan untuk mencapai keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pastinya murid-murid mempunyai semangat ingin menimba ilmu dengan pengalaman pembelajaran yang terkawal dan berdisiplin. Ini akan menitipkan kesan atau nilai positif dalam jiwa murid-murid bahawa pembelajaran itu suatu yang mudah dan tidak membebankan.

18

Di akhir pengajaran dan pembelajaran seharusnya kepuasan dapat dilihat melalui riak wajah baik murid-murid yang menandakan kefahaman mereka. Keberkesanan ini juga meningkat semangat guru untuk lebih berusaha dan menambah multimedia. mutu pengajaran disamping penggunaan bahan-bahan pembelajaran. Sama ada bahan maujud, lampiran kerja ataupun penggunaan bahan

19

GAMBAR AIR DAN DEBU TANAH.

PENGERTIAN TAYAMUM.

menyapu debu tanah ke muka Tayamum ialah dengan beberapa syarat dan kedua-dua hingga disertai ke belah siku niat tangan
20

Jawapannya ; Tayamum ialah menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat disertai niat. Tayammum bermaksud menyapu debu tanah yang bersih ke muka dan dua tangan sebagai ganti wudhuk dan mandi wajib ketika ketiadaan air atau tidak mampu menggunakan air kerana sakit, terlalu sejuk atau sebagainya. RUKUN TAYAMUM.

1.Niat .


Sahaja aku bertayammum untuk membolehkan bersolat fardu kerana Allah Taala. 2.Menyapu debu tanah ke muka. 3.Menyapu debu tanah pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku.
21

4.Tertib.

SYARAT-SYARAT TAYAMUM.

1.Bertayamum apabila masuk waktu solat. 2.Telah berusaha untuk mendapatkan air,atau tidak dapat menggunakan air. 3.Menghilangkan najis sebelum melakukan tayamum. 4.Hendaklah menggunakan debu tanah yang suci bukan yang mustamal. 5.Sekali bertayamum untuk satu solat fardu sahaja.

LATIHAN PENGUKUHAN.

22

LATIHAN
1. Pernyataan di bawah adalah benar tentang syarat tayammum, kecuali: A. Sekali tayammum untuk satu solat fardu sahaja B. Tidak dapat menggunakan air C. Hendaklah menggunakan tanah yang mustakmal D. Menghilangkan najis sebelum melakukan tayammum
SOALAN SETERUSNYA

23

2. Tayammum melibatkan anggota..

A. Muka, kedua-dua belah tangan, telinga B. Muka, kedua-dua belah tangan C. Muka, kedua-dua belah tangan, rambut, telinga, kaki D.Muka, kedua-dua belah tangan, rambut, kaki.

SOALAN SETERUSNYA

24

2. Tayammum melibatkan anggota..

A. Muka, kedua-dua belah tangan, telinga B. Muka, kedua-dua belah tangan C. Muka, kedua-dua belah tangan, rambut, telinga, kaki D.Muka, kedua-dua belah tangan, rambut, kaki.

SOALAN SETERUSNYA

25

3. Tepukkan pertama adalah untuk disapu ke.

A.Muka B.Tangan kanan C.Tangan kiri D.Kaki kanan

SETERUSNYA

4. SUSUN SEMULA GAMBAR DI BAWAH MENGIKUT URUTAN YANG BETUL.


1 2 3 4

BERNIAT

DEBU TANGAN KIRI SAPU KE TANGAN KANAN

TEPUKAKAN KEDUA

DEBU TANGAN KANAN SAPU KE TANGAN KIRI

TEPUKKAN PERTAMA

MENYAPU KE MUKA

A. 5, 3, 4, 1, 2, DAN 3 B. 1, 5, 6, 3, 4 DAN 2 C. 1, 5, 6, 3, 2 DAN 4 D. 1, 5, 3, 6, 4 DAN 2 SETERUSNYA

26

27

28

29

LATIHAN: TAYAMMUM
NOMBORKAN PERNYATAAN DI BAWAH SUPAYA MENJADI PENGERTIAN TAYAMMUM YANG LENGKAP.

menyapu debu tanah ke muka tayammum ialah dengan beberapa syarat

DUA

TAHNIAH!!

30

disertai niat hingga ke siku dan kedua-dua belah tangan

31

Anda mungkin juga menyukai