Anda di halaman 1dari 5

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM DBK 10302 LAPORAN AJK MAKANAN DAN PENDAFTARAN

1.0

PENDAHULUAN Program Bina Insan Guru (BIG) adalah hasil gabungan daripada aktiviti yang

telah dirancang dengan dilaksanakan oleh tiga orang wakil dari setiap seksyen. Tarikh program ini berlansung adalah pada 18 hingga 20 Mei 2012 yang bertempat di Pusat Perkembangan dan Pembangunan Insan, Yayasan Pendidikan Johor, Mersing. Sesi pendaftran akan berjalan di dataran Melewar pada jam 8.00 pagi dan peserta akan dilepaskan untuk menaiki bas pada jam 9.00 pagi mengikut kumpulan. Sepanjang program ini berlansung selama 3 hari 2 malam, perkhidmatan makanan telah disediakan oleh pihak katering YPJ. Makanan yang disediakan oleh pikah YPJ adalah sebanyak enam kali makan sehari iaitu termasuklah sarapan pagi, minum pagi yang akan dibekalkan kepada peserta ketika berada di tempat aktiviti dijalankan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam. 2.0 LAPORAN SEBELUM Sebanyak lapan perjumpaan telah dilaksanakan oleh pihak Jawatankuasa Induk BIG bagi membincangkan perjalanan sebelum berlansungnya program BIG ini. Segala maklumat yang berkaitan telahpun dipanjangkan mengikut seksyen masing-masing seterusnya mengagihkan mereka dalam kumpulan biro masing-masing. Bagi pihak biro makanan dan pendaftran, dua kali perjumpaan telah dijalankan oleh pihak Jawatankuasa Makanan. Kedua-dua perbincangan ini dijalankan adalah untuk meminta pendapat dan pandangan dari semua ahli biro melalui kaedah sumbangsaran bagaimana untuk melancarkan perjalanan program seperti yang dirancang.

3.0

LAPORAN KESELURUHAN
AJK MAKANAN DAN PENDAFTARAN 1

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM DBK 10302

Pada jam 7.45 pagi, kaunter pendaftaran telah dibuka dengan kerjasama dari Biro Makanan dan Pendaftaran ERT Seksyen 1 di tempat yang telah ditetapkan iaitu di Dataran Melewar. Peserta mula mendaftar pada jam 8.00 pagi dan mereka diarahkan untuk berada dalam barisan kumpulan masing-masing. Semasa pendaftaran berlansung, peserta dibekalkan dengan fail poket yang mempunyai segala perincian perjalanan program termasuklah tentatif program, jadual agihan tugas untuk makanan dan kebersihan dean makan, risalah kerohanian, kertas A4 dan sebatang pansel. Selain itu, baju peserta BIG telah diserahkan mengikut warna yang telah dipersetujui oleh setiap ahli seksyen. Pada hari pertama sampai di YPJ, Mersing, makanan tengah hari dan minum petang tidak dapat disediakan atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, masalah makanan ini telah dapat diselsaikan dengan kerjasama pihak Rimba Bay, Mersing. Mereka bersetuju akan meyediakan makanan tengah hari dengan harga yang berpatutan. Makanan tiba pada jam 12.30 tengan hari di YPJ, Mersing seperti yang dijanjikan. Makanan yang disediakan pada hari tersebut mengikut menu yang ditetapkan dan memuaskan. Seterusnya pada makan malam, makanan yang telah dijanjikan sampai lewat iaitu pada jam 6.45petang. Pada ketika itu, semua peserta menunjukkan reaksi yang tidak baik kepada semnua Ahli Jawatankuasa yang bertugas. Tambahan lagi hidangan yang sampai hanyalah sayur sahaja. Tetapi akhirnya pada jam 7.00 petang, makanan malam telah dihidangkan oleh pihak katering iaitu sayur petola, ikan masak kicap dan buah pisang sebagai pencuci mulut. Pada hari kedua, AJK yang bertanggungjawab terhadap makanan para peserta berbincang dengan pihak katering mengenai waktu dan jadual makan yang telah terdapat dalam tentatif yang telah dirangka. Pihak katering memahami dan memohon maaf diatas kelewatan dan masalah yang berlaku pada hari pertama program berjalan. Makanan bagi peserta yang berpantang juga disediakan oleh pihak katering diatas
AJK MAKANAN DAN PENDAFTARAN 2

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM DBK 10302 permintaan pihak kami. Makanan pada hari kedua telah dihidangkan berdasarkan waktu yang telah ditetapkan. Kini tiada lagi masalah waktu yang dihadapi. Pada jam 10.00 pagi, hidangan makan pagi dibekalkan kepada peserta di tempat aktiviti berlansung iaitu di perkarangan aktiviti air. Mereka membekalkan air kotak dan sepaket kek untuk para peserta. Selesai sahaja program, pada jam 12.00 tengah hari makanan tengah hari disediakan dengan menu ayam masak merah dan sayur bayam serta buah tembikai sebagai pencuci mulut. Pada keseluruhannya, makanan yang disediakan adalah berbeza-beza mgikut keperluan dan ianya bersesuaian dengan selera para peserta dan peserta yang berpantang iaitu sesuai dengan keperluan para peserta. Dari aspek kebersihan dewan makan, pada hari pertama, dewan makan YPJ dilihat sangat tidak terurus. Kebanyakkan peserta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Jadual yang telah disediakan oleh pihak Jawatankuasa makanan tidak dipatuhi oleh para peserta. Makanan pensyarah juga tidak dihidangkan dan ini memaksa pihak jawatankuasa sendiri yang menghidangkan makanan bagi pihak peserta. Keadaan ini mendesak Pengarah Program terpaksa menegur mereka supaya membersihkan semula dewan makan dan mematuhi semua peraturan seperti yang diinginkan seperti taklimat dan dalam jadual yang disediakan. Teguran demi teguran yang dibuat akhirnya mendatangkan hasil apabila peserta sudah mula memenuhi dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Keadaan ini sedikit sebanyak diharapkan dapat memberi pengalaman kepada mereka untuk sentiasa menghormati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan dimana jua kita berada dan siapa kita sebenarnya.

4.0

KEKANGAN PROGRAM
AJK MAKANAN DAN PENDAFTARAN 3

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM DBK 10302 Dari pemerhatian yang dibuat sepanjang program berlansung, kekangan yang paling besar yang dihadapi oleh pihak jawatankuasa adalah dari aspek ketepatan masa dan disiplin peserta. Pemerhatian berlansung sepanjang program termasuklah sewaktu sesi pendaftaran bermula. Keadaan ini dapat dilihat apabila ada diantara para peserta yang tidak menepati masa pendaftran seperti yang telah diberitahu pada sesi taklimat bersama para peserta BIG. Masalah ini dari masa kesemasa dilakukan oleh segelintir peserta sehingga mereka telah ditegur oleh Pengarah Program dan keadaan ini mendatangkan perlabai spekulasi di kalangan peserta dan Jawatankuasa.

Selain itu,sebagai seorang manusia, kita tidak terlepas dari membuat kesalahan, begitu juga dari pihak kami Jawatankuasa Induk yang terlepas pandang mengenai makanan para peserta yang mengalami alahan dan peserta yang berpantang. Selain faktor komunikasi yang kurang berkesan dari kedua-dua belah pihak iaitu dari pihak YPJ dan pihak jawatankuasa. Ini adalah berkemungkinan keadaan yang mendesak dan kekangan masa membuatkan perjalanan program tidak sama dengan apa yang dirancang oleh kami. Menu makanan yang telah disediakan untuk peserta kepada pihak YPJ tidak dipanjangkan kepada ketering selain hanya menjalankan perbincangan melalui alam maya iaitu perbualan telefon. Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak telah menjalankan tanggungjawab dan peranan yang baik sepanjang program ini dijalankan. Masalah menu dan penghantaran makanan akhirnya dapat diselesaikan pada hari kedua setelah berbincang dengan pihak katering dan YPJ, Mersing dengan professional, baik dan berkesan.

5.0

PENUTUP
AJK MAKANAN DAN PENDAFTARAN 4

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM DBK 10302 Secara keseluruhannya, dari aspek makanan dan pendaftaran walaupun terdapat pelbagai masalah yang dihadapi, ia masih dapat diselesaikan dengan tahap professional yang tinggi sepanjang program BIG ini dijalankan. Pihak YPJ juga berpuas hati dengan tahap pencapaian dan disiplin yang ditunjukkan oleh para peserta diakhir program berlansung walaupun pada peringkat permulaan, mereka kurang menyenangi disiplin yang ditunjukkan oleh para peserta kerana beberapa faktor yang dirahsiakan daripada kotak pengetahuan kami. Diharapkan program ini akan dilaksanakan oleh semua para guru untuk memberikan sedikit pengalaman dan pengajaran kepada mereka. Akhir kata Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datang dari diri sendiri.

Kejayaan bermula dari kesilapan dan kegagalan dan ia mengajar kita untuk berusaha dengan lebih gigih

Disediakan oleh,

________________________ (SITI AISHAH BINTI MD ARIS) AJK Biro Makanan Jawatankuasa Induk BIG Sek 1,2,4 dan7, FPTV, UTHM

AJK MAKANAN DAN PENDAFTARAN