Anda di halaman 1dari 15

TAJUK 1

PENGENALAN OLAHRAGA

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah olahraga dan acara-acara yang terdapat dalam olahraga. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. menjelaskan sejarah perkembangkan olahraga menjelaskan asal usul pertandingan olahraga menyatakan dan menjelaskan acara-acara olahraga

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pengenalan Olahraga

Sejarah Olahraga

Acara-acara Olahraga

Sub Tajuk 1 :Sejarah Olahraga Tahukah anda bahawa olahraga merangkumi beberapa acara yang berasaskan kepada aktiviti fizikal yang bersifat saingan atau perlumbaan. Bagaimanakah acara olahraga boleh dikategorikan? Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang menggunakan pergerakan-pergerakan asas seperti berlari, membaling dan melompat. Pengelolaan kejohanan olahraga secara tersusun dikatakan telah bermula pada zaman klasik lagi terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Mungkin anda telah mengetahui bahawa olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama yang telah dijalankan di Athens dalam tahun 1896 dan tertubuhnya Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) pada tahun 1912. Antara sukan-sukan besar yang mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa adalah Sukan Olimpik, Sukan Komanwealth dan Sukan Asia. Semua ini merupakan elemen yang penting dalam Sukan Olimpik Moden dan dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikan dan peranannya dalam meningkatkan keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain disamping menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia.

Sub Tajuk 2 : Acara-acara Olahraga Anda biasa mendengar dan melihat banyak acara-acara dalam olahraga. Acara-acara tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian iatu acara balapan dan acara padang. Acara balapan boleh dikategorikan seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Acara lari pecut (jarak dekat) Acara lari jarak sederhana Acara lari jarak jauh Acara lari berganti-ganti Acara lari berpagar Acara lari berhalangan : 100 m, 200 m dan 400 m : 800 m , 1500 m : 3000 m, 5000 m dan 10000 m : 4 x 100m, 4 x 200m dan 4 x 400m : 100 m (P),110 m (L) dan 400 m (L& P) : 3000 m 2

Acara padang pula terdiri daripada: i. ii. Acara balingan Acara lompatan : Merejam lembing,melempar cakera, melontar peluru dan membaling tukul besi : lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan lompat bergalah

Aktiviti 1.1

1. 2.

Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet, jelaskan sejarah perkembangan olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci. Senaraikan acara-acara balapan dan acara padang yang dipertandingkan pada peringkat sekolah rendah dikejohanan Olahraga MSSM.

TAJUK 2 : ACARA BALAPAN LARI PECUT, LARI BERGANTI GANTI LARI BERPAGAR, LARI JARAK SEDERHANA DAN JAUH
Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan, peraturan-peraturan lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar dan penerangan tentang jenis-jenis acara lari jarak sederhana & jauh, ciri-ciri pelari jarak sederhana & jauh, teknik larian dan peraturanperaturan lari jarak sederhana & jauh. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan teknik kemahiran asas lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar dengan cara yang betul. 2. menjelaskan fasa-fasa dalam lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar. 3. menjelaskan undang-undang dan peraturan dalam acara lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar. 4. menyatakan jenis-jenis acara yang terdapat dalam kategori lari jarak sederhana dan jarak jauh. 5. menjelaskan teknik larian jarak sederhana dan jarak jauh dengan cara yang tepat. 6. menyatakan peraturan larian jarak sederhana dan lari jarak jauh.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Balapan

Lari Pecut

Lari Berganti-ganti

Lari Berpagar

Lari Jarak Sederhana Dan Jarak Jauh

Pendahuluan 4

Anda tentu dapat mengenali acara-acara trek atau balapan kerana acaranya adalah acaraacara yang berbentuk larian di trek. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungi lapan lorong sejauh 400 meter. Tiap-tiap lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter . Di peringkat sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter. Sub Tajuk 2.1 : Lari pecut Lari pecut memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin dalam jarak tertentu (dekat) yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga anaerobik. pertandingan, acara lari pecut menggunakan teknik permulaan gaya dekam. Faktor yang Dalam mempengaruhi kepantasan ialah kekerapan langkah dan panjang langkah.

Lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut:

i.

Fasa permulaan Permulaan Gaya peluru: i. ii. iii. iv. v. Berdiri di blok, rapat kepada garisan Blok hadapan diletak 2 tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan Letakkan kaki di blok Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan Ruang seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Sederhana (Medium ) a. b. c. Blok di hadapan berada 2 tapak dari garisan permulaan dan blok belakang 2 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan Ruang seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Panjang (Elongated) a. b. c. Blok hadapan diletak 2 tapak dari gaaris permulaan dan blok belakang 3 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki Hadapan Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

Kedudukan tangan, kepala dan leher a. Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu. b. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis permulaan. c. Kepala dan leher didongak, mata pandang ke hadapan

ii.

Fasa Sedia

a. b. c. d. iii. a. b. c. d. e.

Badan diangkat dan condong ke hadapan Kedua tangan lurus menahan berat badan Kaki belakang hampir lurus Kepala pandang hadapan Fasa Berlepas Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan pantas serta tahap rendah Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya Dimulakan dengan larian /pecutan dalam jarak 30 60 meter, kedudukan condong ke hadapan dan akan berubah Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini Tahap kelajuan maksima atlet akan ditentukan oleh tahap kuasa dan kekuatan ototnya serta bagaimana kelajuan dapat dikekalkan

iv. a.

Fasa penamat Faktor yang paling penting untuk menamatkan larian ialah untuk berlari 10 m lebih dari jarak larian sebenar. Contoh :- Larian untuk larian 100m, pelari haruslah berlari untuk 110 m. b. c. d. Atlit akan terus memecut serta mengekalkan kelajuan melintasi garisan penamat. Tonjolkan bahagian torso (badan-dada) ke hadapan Bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang

Sub Tajuk 2.2 : Lari Berganti-ganti Acara ini memerlukan sekumpulan peserta yang terdiri daripada empat orang, berlari mengikut jarak tertentu, secara bergilir-gilir dengan sepantas yang mampu. Faktor pertukaran baton yang cekap dan licin merupakan faktor penentu kemenangan dalam acara ini. Pertukaran baton perlu dilakukan dalam zon pertukaran baton iaitu sepanjang 20 meter.

Peraturan 170 : Lari berganti-ganti Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi. Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi ditengahtengahnya. Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400m ( atau zon sambut kedua 4 x 200m)

sama dengan garisan permulaan 800m. Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400m ialah garisan 10m di kedua-dua belah garisan permulaan/penamat Lari berganti-ganti 4 x 100m dan kalau boleh 4 x 200m hendaklah dijalankan dalam lorong sepenuhnya. Dalam 4 x 100m dan 4 x 200m, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan itu boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon sambutnya. Satu tanda yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar zon. Bagi 4 X 400m, pelari pertama berlari dalam lorong sendiri; pelari kedua berlari 100m dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut in line) selepas itu masuk ke lorong pertama.Pelari ketiga dan keempat akan menerima baton mengikut susunan kedudukan di selekoh 200m. Peraturan ini dikuatkuasakan jika terdapat lebih daripada 4 pasukan. Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Kedudukan baton yang menjadi penentu bukan kedudukan tubuh, kaki atau tangan peserta. Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain. Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah diisytiharkan secara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan pertama. Setelah pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan.

Sub Tajuk 2.3 : Lari berpagar Dalam acara ini, ianya memerlukan seseorang membuat larian untuk satu jarak yang

mempunyai halangan dengan sepantas yang terdaya terdiri daripada beberapa kategori dan jarak ( 100 meter wanita, 110 meter lelaki dan 400 meter lelaki & wanita ). Peraturan 168 : Lari Berpagar ( Rujuk Buku Peraturan Olahraga KOAM ) 9

Sub Tajuk 2.4 : Lari Jarak Sederhana dan jarak jauh Larian jarak sederhana dan jarak jauh sama dengan lari pecut, cuma berbeza dari segi teknik dan perlakuan sahaja. Larian jarak sederhana dan jauh memerlukan daya tahan, dayatahan kelajuan dan kelajuan terutama semasa menghampiri garisan penamat. Bentuk dan pendekatan latihan lari jarak sederhana dan jarak jauh sedikit berbeza dengan lari pecut terutama dari segi jenis-jenis latihan dan juga intensiti latihan.

10

Larian jarak sederhana dan jarak jauh mempunyai persamaan dari segi teknik berlari. Perbezaannya cuma dari segi jarak, halangan dan peraturan larian. Larian Jarak Sederhana - 800 meter - 1500 meter Larian Jarak Jauh - 3000 meter, 5000 meter, 10,000 meter - 2000 meter berhalangan, 3000 meter berhalagan - Merentas desa, 10 km, separuh marathon dan marathon

Ciri-ciri Pelari Jarak Sederhana dan Jarak Jauh Pelari yang mengambil bahagian dalam acara-acara jarak sederhana dan jauh perlu mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri adalah seperti berikut: Pelari jarak sederhana dan jarak jauh harus mempunyai keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. Pelari bijak mewujudkan pendekatan terbaik untuk lariannya tanpa banyak terpengaruh dengan larian peserta lain. Pelari memerlukan taktik, strategi dan psikologi yang tinggi semasa mengambil bahagian dalam larian. Mempunyai keseimbangan yang tinggi antara kelajuan, ketahanan kelajuan dan dayatahan semasa berlari. Teknik Larian Teknik larian bermaksud cara pelari melakukan larian dari permulaan larian sehingga ke penamat larian. Permulaan Larian

11

Semua permulaan bagi lari jarak sederhana dan jarak jauh adalah sama iaitu dengan cara berdiri. Permulaan larian dilakukan oleh pelepas di tempat permulaan dengan arahan Ke garisan!!, dan tembakan pistol dilepaskan. Dalam semua acara larian jarak sederhana dan jarak jauh, pelari akan berlari dipermulaan mess start iaitu bermula di garisan lengkung secara beramairamai dan terus masuk ke lorong sebelah dalam. Bagi acara 800 meter, pelari akan bermula larian dengan dua cara iaitu: Jika peserta lebih dari 8 orang, pelari akan bermula larian dengan cara mess start iaitu bermula di garisan lengkung beramai-ramai. Jika peserta 8 orang dan kurang, pelari akan bermula di garisan permulaan satu setengah stagger dengan pelari akan berlari di lorong masing-masing sehingga selepas 100 meter barulah pelari memotong masuk ke lorong sebelah dalam. Semasa Larian Teknik-teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan kaki dan tangan pelari. Kombinasi keseluruhan badan akan memberi kelebihan dan kekuatan untuk bergerak dengan lebih pantas. Bagaimana pun latihan sistematik adalah penting bagi penyesuaian diri pelari tersebut dengan acara yang disertainya.

Teknik berlari dengan betul: Semasa berlari, kedudukan badan pelari hendaklah dalam keadaan lurus dengan kepala pada kedudukan selari dengan torso serta dalam situasi menegak dan seimbang. Pelari hendaklah mengelak dari menoleh ke belakang atau ke sebelah.

12

Mata pelari hendaklah ditumpukan pada satu titik lebih kurang tiga meter dihadapannya. Berlari di lorong paling dalam. Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri Meningkatkan dan mengekalkan kelajuan sepanjang larian. Elak memotong pelari lain di bahagian selekoh balapan Menamatkan Larian Cara menamatkan larian adalah sama dengan acara-acara larian yang lain iaitu dengan menghampiri bahagian torso ke garisan penamat. Peraturan Larian Jarak Sederhana dan Jarak Jauh Permulaan larian menggunakan gaya berdiri Bagi acara-acara sehingga dan termasuk 10km, minuman/pembasahan hendaklah disediakan, jika keadaan cuaca memerlukan ia disediakan. Pelari tidak dibenarkan mengambil minuman dari mana-mana tempat yang bukan dikhaskan Bagi acara 800 meter dengan garis permulaan satu setengah stagger, peserta akan berlari mengikut lorong masing-masing sehingga ke 100 meter pertama dan selepas melintasi satu garisan lengkung yang ditanda dengan bendera diluar balapan, peserta bebas memasuki lorong yang dikehendaki. Perlakuan menghalang pelari lain dikira satu kesalahan dan larian pelari tersebut dibatalkan.

13

Aktiviti 2.1 1. Lakarkan satu balapan 400 meter dan tunjukan tempat-tempat permulaan 800 meter serta tempat garisan memotong 100 meter pertama. 2. Senaraikan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari jarak sederhana dan jarak jauh semasa bertanding. 3. Apakah faktor-faktor yang dapat mempengaruhi larian seorang pelari pecut. 4. Apakah panduan yang boleh digunakan untuk menyusun pelari dalam acara lari berganti-ganti? 5. Nyatakan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari dalam acara lari berpagar.

14

15