Anda di halaman 1dari 3

SMK TAMAN TUANKU JAAFAR 71450 SEREMBN, NEGERI SEMBILAN.

PERATURAN MENGISI BUTIR-BUTIR DALAM BUKU JADUAL KEDATANGAN


1- MAKLUMAT PELAJAR : 1.1 Maklumat peribadi pelajar hendaklah diisikan dengan betul, kemas dan lengkap. 1.2 Tuliskan dengan Huruf Besar dan gunakan pen Hitam sahaja. 1.3 Bilangan dalam sekolah hendaklah bertulis dengan nombor siri kemasukan/tahun pelajar mendaftar. Contoh : pelajar mendaftar tahun 2007 dengan nombor siri 1875 ditulis 1875/07. 1.4 Tentukan semua catatan butiran adalah sama dengan Kad Pengenalan dan Surat Beranak. 1.5 Dilarang menggunakan liquid paper. Sebarang kesilapan hendaklah dipotong dan diinitial di tepi kesilapan. 1.6 Catatkan nama pelajar mengikut sususan abjad. Pelajar yang masuk lambat, catatkan namanya di bahagian bawah sekali dan disusun mengikut abjad pada bulan seterusnya. 1.7 Ruangan Rumah, Persatuan Kelab dan Sukan dicatatkan Rumah SUKAN sahaja. 1.8 Tarikh masuk darjah/tingkatan adalah tarikh mula persekolahan pelajar di tingkatan sekarang. 1.9 Pastikan nombor telefon adalah yang terkini dan dapat dihubungi. 1.10 Jangan padam nama pelajar tanpa tahu sebab. Dapatkan : iSurat pindah (sekiranya pindah sekolah) iiSurat Mohon Berhenti daripada ibubapa (sekiranya berhenti) iiiSurat Buang Sekolah (sekiranya dibuang) 2- BAYARAN TAMBAHAN (mengikut pekeliling semasa) : 2.1 Hanya catatkan nombor resit BAYARAN TAMBAHAN. 2.2 Pelajar yang baru masuk dari sekolah lain, dikecualikan membayar Tambahan dengan syarat resit Bayaran Tambahan dari sekolah lama diserahkan kepada Guru Tingkatan. 2.3 Nama pelajar ditulis kekal mengikut nombor resit kelas asal (001, 002, 003 hingga seterusnya). Tidak perlu tulis mengikut susunan abjad pelajar. 2.4 Pelajar yang berpindah kelas, tulis di bahagian catatan ----berpindah ke kelas 2.5 Pelajar yang baru masuk, tulis di bahagian catatan ---dibayar di kelas .. 2.6 Catatkan juga setiap bayaran yang dibuat kepada pejabat sekolah beserta nombor resitnya, jumlah bayaran dan tarikh bayaran di bahagian bawah senarai nama pelajar. Lekatkan resit tersebut pada muka surat ini. 3- PENANDAAN JADUAL KEDATANGAN : 3.1 Jadual Kedatangan akan diperiksa dari masa ke semasa oleh guru jadual kedatangan dan pihak pengurusan. 3.2 Pelajar tidak dibenarkan mengambil dan menandakan jadual kedatangan 3.3 Sebarang perubahan perkara bagi seseorang pelajar mesti ditulis dengan jelas,bukan tanda sengkang (-) 3.4 Semua jadual kedatangan perlu ditanda di Tapak Perhimpunan semasa perhimpunan sebelum masuk kelas bagi sesi pagi dan petang dan terus di letakkan di pejabat selepas perhimpunan pada setiap hari. Ia tidak boleh dibawa balik atau ditinggalkan di merata tempat. 3.5 Guru tingkatan, hendaklah mencatatkan juga ketidakhadiran pelajar di dalam Borang Ketidakhadiran yang disediakan di kaunter pejabat dan diserahkan kepada GPK Hem untuk sesi pagi dan Penyelia Petang untuk sesi petang pada setiap hari. Pelajar ini hendaklah dipanggil pada setiap kali perhimpunan untuk diambil tindakan. 3.7 Gunakan simbol yang telah diberikan di bawah untuk menanda buku jadual kedatangan untuk

memudahkan kerja pengurusan oleh AJK Jadual kedatangan. i. Pelajar yang hadir ke sekolah ditanda I ii. Pelajar yang tidak hadir bersebab (ada surat ibubapa/surat sakit) ditandakan s iii. Pelajar yang ponteng sekolah ditandakan O iv. Pelajar yang lewat (sebelum waktu ke-3) ditandakan L v. Pelajar yang mewakili sekolah dalam sebarang aktiviti rasmi ditandakan R vi. L dan R hendaklah dikira sebagai hadir ke sekolah vii. Pelajar yang digantung sekolah G
G

3.8.

Hari kelepasan hendaklah ditandakan dengan garis lurus sepanjang ruang dan ditul iskan cuti.. melintang ruang. Cuti yang diambil oleh sekolah hendaklah ditulis Cuti peristiwa. 3.9. Jadual kedatangan mesti ditutup oleh Guru Tingkatan pada hari persekolahan tiap-tiap hujung bulan. 3.10. Pastikan muka surat Penyata Bulan mengikut Bangsa dan Analisa Kedatangan Setahun diisi dengan lengkap dan terkini kerana maklumat ini penting untuk dihantar ke JPNS. 3.11 Sekiranya ada pelajar yang berpindah sekolah: i. Dicatatkan ..berpindah sekolah.. mulai dari tarikh dia berpindah pada bulan itu. ii. Tutup jadual kedatangan seperti biasa pada bulan tersebut. iii. Nama pelajar itu akan dipotong pada bulan berikutnya dan jumlah bil hadir, tidak hadir dan hadir + tak hadir sejak awal tahun hendaklah ditolak. 3.12 Sekiranya pelajar dibuang sekolah: i. Dicatatkan ..buang sekolah.. mulai dari tarikh surat buang sekolah dihantar pada bulan itu. ii. Tutup jadual kedatangan seperti biasa pada bulan tersebut. iii. Nama pelajar itu akan dibuang pada bulan berikutnya dan jumlah bil hadir, tidak hadir dan hadir + tak hadir sejak awal tahun hendaklah ditolak. iv. Sekiranya pelajar tersebut diterima untuk kemasukan semula, gunakan nombor pendaftaran yang lama. Bilangan hari yang tidak hadir semasa dibuang sekolah dikira ponteng. v. Namanya akan ditulis dibahagian bawah sekali dan disusun semula mengikut abjad pada bulan seterusnya. vi. Bilangan hari hadir, tak hadir dan hadir + tak hadir yang ditolak dulu dimasukkan semula vii. Bilangan tak hadir yang ditolak dahulu mesti dicampur bilangan hari ponteng semasa dibuang sekolah untuk dimasukkan semula ke dalam ruangan ketidakhadiran. 3.13 3.14 Sekiranya ada pelajar yang bertukar ke kelas lain (1A-1C) maka bilangan hari ketidakhadirannya di 1A dibawa ke kelas 1C. Apabila ada pelajar baru masuk: i. Catatkan namanya di bahagian bawah senarai nama pelajar (yang telah disusun mengikut abjad pada bulan Januari) dan susun mengikut abjad pada bulan seterusnya. ii. Tutup jadual kedatangan seperti biasa.

4- CARA PENGIRAAN: 4.1 Hitung panjang kedatangan =

Jumlah kedatangan Bilangan hari belajar

( jawapan hendaklah nombor bulat)

4.2

Hitung panjang bilangan murid = Jumlah kedatangan yang patut ada Bilangan hari belajar Peratus Kedatangan = Jumlah kedatangan Jumlah kedatangan yang sepatutnya

(jawapan nombor bulat)

4.3

x 100%

4.4

Pastikan kiraan jumlah ketidakhadiran murid pada ruangan mendatar adalah sama dengan ruangan menegak pada setiap hujung bulan.

5- SURAT AMARAN 5.1 Surat amaran diberi kepada pelajar yang ponteng dan bermasalah. 5.2 Hari gantung sekolah tidak dikira untuk pengiraan surat amaran. 5.3 Sila dapatkan surat Amaran Pertama , Kedua , Terakhir dan Buang Sekolah dari pejabat sekolah dan diisi dalam 4 salinan ( s.k Unit Hem JPNS, GPK Hem, Ibubapa dan Guru tingkatan). 5.4 Sila rujuk jadual di bawah sebagai panduan guru. SURAT Amaran Pertama Amaran Kedua ( berdaftar Akuan terima) Amaran Terakhir (berdaftar Akuan terima) Buang Sekolah (berdaftar Akuan terima) Jumlah hari 5.5 BIL HARI TIDAK HADIR BERTURUT-TURUT Pada hari ke-3 7 hari selepas amaran Amaran Pertama (hari ke-10) 7 hari selepas Amaran kedua (hari ke-17) 14 hari selepas Amaran Terakhir (hari ke31) 31 hari BIL HARI TIDAK HADIR BUKAN BERTURUT-TURUT Pada hari ke-10 10 hari selepas Amaran Pertama (hari ke-20) 20 hari selepas Amaran kedua (hari ke-40) 20 hari selepas Amaran Terakhir (hari ke-60) 60 hari

5.6

Tuliskan dalam jadual kedatangan seperti berikut di bahagian Catatan muka surat terakhir. AP Amaran pertama AK amaran kedua AT Amaran terakhir BS Buang sekolah Simpan semua surat amaran dalam sampul/fail berasingan. Tampalkan Rekod Surat Amaran di bahagian belakang Jadual Kedatangan.

6- BUKU PENDAFTARAN: 6.1 Semua butir-butir peribadi pelajar baru perlu diisi dalam buku Pendaftaran mengikut susunan berterusan dan tidak meninggalkan ruang kosong buku pendaftaran tersebut. 6.2 Sila dapatkan nombor bilangan dalam sekolah daripada guru buku pendaftaran.

Anda mungkin juga menyukai