Anda di halaman 1dari 26

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat taufik dan hidayah-Nya , tugasan Kerja Kursus Pendek Bahasa Melayu Kontekstual ini dapat disiapkan tepat pada waktunya. Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang sudi dan telah memberikan kerjasama yang jitu dalam usaha menyempurnakan tugasan ini, terutamanya kepada pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual kami, Puan Zawiyah kerana telah memberikan teguran dan tunjuk ajar kepada kami untuk menghasilkan hasil tugasan yang mantap dan sempurna..Selain itu , jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan atas kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang penyempurnaan kerja kursus ini. Dalam usaha melaksanakan tugasan ini, sudah pasti setiap individu menginginkan hasil yang terbaik. Saya juga tidak terkecuali dan saya telah berusaha memberikan sepenuh komitmen dan dedikasi bagi memastikan tugasan ini dapat dihasilkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan . Namun sebagai manusia biasa, saya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, Saya memohon maaf di atas segala kecacatan ataupun ketidaksempurnaan yang terdapat dalam ini. Insyaallah, segala teguran dan kesilapan yang dilakukan akan saya jadikan pengajaran di masa hadapan.Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu dari diri kami sendiri. Sekian,terima kasih.

PENGENALAN
Bahasa Melayu Kontekstual merupakan satu mata pelajaran yang mengajar tentang penggunaan Bahasa Melayu supaya lebih baik dalam kehidupan seharian dan dalam penulisan.Selain itu,Bahasa Melayu Kontekstual mengajar tentang penggunaan komunikasi. Kemahiran tatabahasa sama ada secara lisan atau bertulis perlu dikuasai dengan sebaik mungkin oleh individu yang bergelar pendidik.Hal ini disebabkan kemahiran tatabahasa mempunyai kaitan secara langsung dengan profesion keguruan.Tanpa penguasaan tatabahasa yang baik,seseorang pendidik itu akan menghadapi kesukaran dalam menyampaikan ilmu sama ada yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar atau pun sebagai perekamodal insan gemilang. Kemahiran tatabahasa merupakan salah satu elemen yang perlu dikuasai oleh guru sebagai wahana untuk melaksanakan tugas sebagai seorang guru.Jika mereka mengusai kemahiran ini pasti pengajaran yang mereka lakukan akan lebih mudah difahami oleh anak-anak murid dan seterusnya pengajaran mereka akan lebih berkesan. Definisi dan Konsep Kesilapan Bahasa Kesilapan bahasa sering bahasa berlaku berlaku sama ada dalam para bentuk tulisan mahu bahasa

punlisan.Kesilapan

disebabkan

pengguna

kurangmenguasai tatabahasa atau peraturan-peraturan bahasa berkenaan.Menurut Corder(1981) kesilapan bahasa merupakan bentuk-bentukpertuturan yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati.Nik Safiah Karim(1980) pula mentakrifkan kesalahan bahasa sebagaipenggunaan bahasa yang melanggar peraturanperaturan bahasa yang telah dipersetujui,sama ada pada peringkat sebutan,pilihan kata atau susunan frasa atau ayat.Aspek kesilapan tatabahasa merangkumi

morfologi,sintaksis,lisan dan tulisan.

ASPEK MORFOLOGI
Kesalahan Penggunaan Imbuhan Antara kesalahan tatabahasa yang dapat dikesan dan sering dilakukan oleh pelajar kita ialah dalam penggunaan imbuhan. Kesalahan ini sering dilakukan oleh pelajar ketika mereka hendak membentuk atau membina ayat dengan kata-kata berimbuhan. Seperti yang kita ketahui imbuhan bermaksud bentuk terikat yang ditambah pada sesuatu kata. Selepas membuat penilaian terhadap latihan pelajar berkaitan penggunaan imbuhan ini, terdapat tiga faktor kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam penggunaan imbuhan tersebut. Faktor kesalahan penggunaan imbuhan tersebut ialah: a.) Menggunakan imbuhan yang tidak tepat atau tidak sesuai pada tempatnya.

Contoh : Penjenayah itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun supaya dia tidak berlaku jenayah lagi Penjenayah itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun supaya dia tidak melakukan jenayah lagi

Salah

Betul

b.) Menggunakan imbuhan pada kata atau tempat yang tidak sepatutnya menerima imbuhan. Contoh :

Salah

Pokok kelapa itu melambai-lambai apabila ditiupi angin. Pokok kelapa itu melambai-lambai apabila ditiup angin.

Betul

c.)

Menggunakan imbuhan di tempat yang tidak perlu diletakkan imbuhan.

Contoh : Dahulu saya tinggal di Alor Setar, tetapi sekarang saya meninggal di Kuala Kangsar. Dahulu saya tinggal di Alor Setar, tetapi sekarang saya tinggal di Kuala Kangsar

Salah

Betul

Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk Seterusnya kesalahan tatabahasa yang dikesan ialah kesalahan semasa menggunakan kata majmuk. Proses pemajmukan kata berlaku apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan. Kata majmuk ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kata majmuk bebas iaitu dieja secara berasingan contohnya seperti kereta api, alat tulis manakala kata majmuk mantap pula dieja secara serangkai contohnya warganegara, olahraga dan lain-lain lagi.Terdapat tiga kesalahan yang dapat dilihat semasa menggunakan kata majmuk ini. Antara kesalahan tersebut ialah : a.) Murid tidak dapat membezakan antara kata majmuk yang ditulis serangkai dengan kata majmuk yang tidak ditulis secara berasingan. Contoh 1: Pemandangan di sekitar bandaraya Ipoh sangat indah.

Salah

Betul

Pemandangan di sekitar Bandar raya Ipoh sangat indah

Contoh 2 : Salah Betul Encik Ahmad ialah warganegara Malaysia. Encik Ahmad ialah warga negara Malaysia

b.) Kesalahan menggadakan keseluruhan kata majmuk atau mengulang kata nama kedua dengan menggadakan perkataan kedua. Contoh ; Kapal terbang-kapal terbang itu sedang membuat pertunjukkan di Salah udara Kapal terbang itu sedang membuat pertunjukkan di udara.

Betul

Dalam penggandaan kata majmuk, perkataan pertama sahaja yang digandakan manakala perkataan kedua dibiarkan kekal. c.) Murid mengasingkan kata majmuk yang menerima imbuhan apitan. Contoh : Usaha kerajaan untuk menyatu padukan rakyat di negara kita Salah dianggap telah berjaya. Usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat di negara kita Betul dianggap telah berjaya.

Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan hendaklah ditulis serangkai.

KESALAHAN PENGGUNAANKATA GANTI NAMA

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang..

Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya: Salah Betul Kucing itu mati. la dilanggar lori. Kucing itu mati dilanggar lori

Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya:

Salah Betul

Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah.

Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamukamu, *andaanda, *mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:

Salah Betul

Merekamereka yang bersalah akan dihukum. Mereka yang bersalah akan dihukum.

Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya: Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh.. Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh.

Salah Betul

Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA BILANGAN

Terdapat 6 jenis kata bilangan:

Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya. Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya. Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya. Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap. Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya. Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.

Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan keduadua tidak boleh disingkatkan.

Salah setengah orang Tiap murid Berbagai warna Kedua mempelai Salah Para-para penduduk perlu bekersama

Betul Setengah-setengah orang Tiap-tiap murid Berbagai-bagai warna Kedua-dua mempelai

Kata para tidak boleh diulang. Betul Para penduduk perlu bekerjasama.

Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan. Salah Betul dua meter setengah dua jam suku tiga ringgit setengah

dua setengah meter dua suku jam tiga setengah ringgit

KESALAHAN PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.

Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan. SALAH setiap orang murid semua orang pekerja seluruh buah kampung segala ekor binatang sekalian orang peserta para orang guru BETUL setiap murid semua pekerja seluruh kampung segala binatang sekalian peserta para guru

Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. SALAH beberapa buah usul kedua-dua bentuk sifat setiap buah sumbangan semua buah pendapat segala butir cadangan tiap-tiap bentuk kenangan pelbagai bentuk teguran BETUL beberapa usul kedua-dua sifat setiap sumbangan semua pendapat segala cadangan tiap-tiap kenangan pelbagai teguran

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI

Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugasuntuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalamayat. Contoh kata sendi ialah di, ke, dari, pada, kepada, daripada, dalam, akan, bagi,untuk, hingga, sampai, seperti, oleh, dengan, bagai, demi, tentang, sejak, terhadap,antara.

1) Contoh Kesalahan Salah Betul Pertunjukan itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan.. Pertunjukan itu dibatalkan oleh sebab tidak mendapat kelulusan

Analisis : Kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasasendi. Kata kerana yang tergolong dalam kelas kata hubung tidak bolehdiletakkan selepas kata sendi oleh .Jadi gunakan frasa nama sebab.

2) Contoh Kesalahan. Salah Betul Dia berlari daripada rumah ke kedai. Dia berlari dari rumah ke kedai.

Analisis : Kata sendi dari digunakan dalam hal yang ada hubungan dengan masa,tempat dan arah manakala kata sendi daripada digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak,pertentangan dan menunjukkan keanggotaan.

3) Contoh Kesalahan. Salah Betul Pinggan itu dihempaskannya kepada lantai . Pinggan itu dihempaskannya ke lantai.

Analisis : Kata sendi ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit yang tidakbernyawa, sementara kepada digunakan untuk benda bernyawa dan bendaabstrak kecuali masa.

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA KERJA

KATA KERJA TRANSITIF

KATA KERJA INTRANSITIF

Kata kerja transitif terbahagi kepada: (melukis, membaca, mencari) ( menyanyikan, membesarkan ) ( membanjiri, menghadiahi.) ( memperdaya, memperoleh) ( memperhatikan, mempergunakan). ( mempelajari, mempersentai

kata kerja yang berawalan menkata kerja yang berapitan men..kan kata kerja yang berawalan mengi kata kerja yang berawalan rangkap memper . kata kerja yang berapitan memper.kan kata kerja yang berapitan memper.i

Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan menSALAH buang sampah goreng ikan BETUL Membuang sampah menggoreng ikan

Kata kerja transitif yang berapitan menkan dan meni berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.

Contoh: SALAH Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak. Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran. Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara. Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping. Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar. Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping. Yatie menasihati saya agar rajin belajar. Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran. Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara. BETUL Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan Ishak segelas air.

Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:


Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya. Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar.) Kata kerja yang berapitan beran ( berdekatan, berguguran ) Kata kerja yang berapitan berkan ( berpandukan, berlandaskan ) Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar ) Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa )

Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh:

Salah tanya kepada Hamidah jangan lompat senyum kepada Kartina

Betul bertanya kepada Hamidah jangan melompat tersenyum kepada Kartina

KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KATA HUBUNG

Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata,frasa dengan frasa, atau klausa dengan klausa dalam ayat gabungan atau ayatpancangan. Contoh kata hubung ialah kerana, supaya, jika, kalau, asalkan,walaupun, sungguhpun, sambil, sebelum, semenjak, sampai, apabila, manakala,setelah, dan, serta, lalu, tetapi, melainkan, dan kecuali. Contoh Kesalahan: Salah Betul Siti menangis bila mendengar berita itu. Siti menangis apabila mendengar berita itu

Analisis :Kata bila merupakan kata tanya. Gunakan kata hubung apabila. KESALAHAN DARI SEGI PERBENDAHARAAN KATA Kesalahan umum tatabahasa dari segi penggunaan kata biasanya terjadi kerana kesalahan ejaan. Hal ini demikian kerana dalam bahasa Melayu, ada beberapa kata yang seakan-akan sama ejaannya tetapi mempunyai makna yang berlainan. Selain itu, ada pula kata yang sesuai dan tepat digunakan hanya dalam konteks ayat yang tertentu saja dengan berdasarkan makna kata tersebut.

Senarai Kata yang Sering Disalahgunakan

1 ) Adakah dan Apakah

Kedua-dua kata tersebut adalah kata tanya.Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan nama binatang, nama benda,keterangan tentang sesuatu (seperti sebab) dan untuk menanyakan sesuatuyang tidak khusus. Contoh : Adakah benar cerita Ahmad itu ? Apakah binatang yang berleher panjang itu ?

2) Ahli dan Anggota Kata ahli bererti orang yang mahir atau faham benar dalam sesuatu bidang.( ahli bahasa, ahli politik, dan lain-lain lagi.Kata anggota pula bererti bahagian tubuh dan orang yang masuk dalam sesuatukumpulan atau golongan.

Contoh : Mereka sangat ahli dalam bidang pembedahan Saya sudah menjadi anggota Persatuan Bulan Sabit Merah

3) Golong dan Gulung Golong bererti membahagi-bahagi dalam beberapa kumpulan.Gulung bererti barang yang berhelai-helai atau berutas-utas yang berbentuk panjang bulat sebagai akibat digulung. Contoh : a) b) c) Sudah menjadi kebiasaan Pak Mat menggulung rokok daun nipahsebelum tidur. Golongan petani sering tertindas. Mereka tergolong dalam orang yang bernasib baik.d)Tikar mengkuang itu

digulungnya dengan berhati-hati.

4) Penempatan dan Petempatan Penempatan bererti perihal menempati atau menempatkan. Petempatan bererti kawasan yang menempatkan. Contoh : a) b) Penempatan orang-orang pelarian Bosnia diurus oleh pihak ABIM. Kawasan petempatan orang-orang Asli di Bukit Lanjan akan dibangunkan.

5) Pedalaman dan Pendalaman Pedalaman bererti kawasan yang terpencil atau daerah yang jauh dari perhubungan dan kemudahan.Pendalaman bererti usaha mendalami atau mendalamkan. Contoh : a) b) c) d) Pembangunan di kawasan pedalaman akan dilaksanakan segera olehkerajaan. Kebanyakan suku kaum asal negeri itu masih tinggal di kawasan pedalaman. Pendalaman ilmu dalam pelbagai bidang perlu kita lakukan. Pendalaman sungai Kelang perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir.

6) Dalam dan di dalam Perkataan dalam yang berfungsi sebagai kata sendi nama hadir di hadapan.Kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.Di dalam membawa pengertian mempunyai ruang atau jarak. Contoh : a) b) c) d) Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan. Saya tidak terlibat dalam urusan mereka. Pengembara itu sesat di dalam hutan. Pen itu disimpan di dalam laci.

ASPEK SINTAKSIS
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Sintaksis bermaksud bidang yang mengkaji rumus tatabahasa yang berdasarkan kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa

Kesalahan Dari Segi Frasa


Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)

1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui: 2. Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh Pengulanagn kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya. Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya. Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya. Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.

SALAH Dua biji telur-telur Para pendidik-pendidik

BETUL Dua biji telur Para pendidik

3. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Contoh:

Lukisan itu cantik-cantik belaka. Pakaian di situ mahal-mahal harganya. Ayam di situ gemuk-gemuk

4. Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat.

D beerti unsur yang diterangkan M beerti unsur yang menerangkan

Contoh kesalahan : SALAH lain-lain hal Nani Kedai Roti goreng cempedak Maggi mi tomato sos mini bas mini taman BETUL hal-hal lain Kedai Roti Nani cempedak goreng mi Maggi sos tomato bas mini taman mini

5. Frasa Adjektif Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, dan paling. Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat.

Contoh;

SALAH Bangunan itu tertinggi. Nani terpandai.

BETUL Bangunan itu paling tinggi. Nani paling pandai.

Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan. Contoh:

Salah Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. Noralah pemain yang paling terhandal.

Betul Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. Noralah pemain yang terhandal.

Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali gus. Contoh:

SALAH Buah langsat ini sangat manis sekali. Budak itulah yang paling nakal sekali.

BETUL Buah langsat ini manis sekali. Budak itulah yang paling nakal.

Sungguh indah nian pemandangan di situ. Sungguh indah pemandangan di situ.

6. Frasa Kerja Intransitif

Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa objek. Kata kerja intransitif yang berapitan ber.kan mesti diikuti frasa nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.

SALAH berlandaskan pada undang-undang berbantalkan dengan lengan berpandukan pada kamus beratapkan dengan langit bertilamkan dengan rumput

BETUL berlandaskan undang-undang berbantalkan lengan berpandukan kamus beratapkan langit bertilamkan rumput

7. Frasa Kerja Transitif

Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.

Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan. SALAH BETUL Beliau turut menyentuh perkara itu. Nora tidak mengetahui hal itu.

Beliau turut menyentuh tentang perkata itu. Nora tidak mengetahui akan hal itu

Kami membincangkan tentang masalah itu. Kami membincangkan masalah itu Mereka melebarkan lagi jalan itu Nani menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut di luar negara. Cerpen ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah. Cerpen ini mengisahkan perjuangan menentang penjajah Mereka melebarkan jalan itu lagi Nani menceritakan pengalamannya semasa menuntut di luar negara.

KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYAT


1. Ayat Gabungan

Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau bebearapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh: Nani dan Nora ke perpustakaan. Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.

Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh:

SALAH Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi? Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau Jelai.

BETUL Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi? Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai.

2. Ayat Pancangan

Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh: a. Kereta Pak Leh itu terbabas. Ayat terbit dia atas daripada dua ayat, iaitu: i. Kereta itu terbabas. ii. Kereta itu kereta Pak Leh.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh: SALAH Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya. Bangunan itu yang tinggi Menara Maybank. BETUL Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya. Bangunan yang tinggi itu Menara Maybank.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh: SALAH Kami berdoa kamu berjaya. Semua orang tahu dia anak Pak Hamid. BETUL Kami berdoa agar kamu berjaya. Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid.

3. Ayat tergantung Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.

Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang. Contoh: Budak itu / menangis. Farhana / jatuh ke dalam longkang.

Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya.

Contoh :

SALAH Di seluruh negara mengalami banjir. Kerana hal itu akan dibincangkan.

BETUL Seluruh negara mengalami banjir. Hal itu akan dibincangkan.

Dengan kehadiran tuan akan menyerikan Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. majlis ini.

4.

Ayat yang Tidak Betul Susunannya Kata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat. Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku. Contoh: SALAH Ini hari Azizah tidak datang. Buku ini saya tidak mahu membaca. Yang melukis gambar ini Zainallah. BETUL Azizah tidak dating hari ini. Saya tidak mahu membaca buku ini. Zainallah yang melukis gambar ini.

Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu - Lisan

Mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa asing (bahasa Inggeris) Contoh: SALAH BETUL You dah makan? Kalau belum, I nak belanja. Awak dah makan ? Kalau belum,saya belanja.

Mengabaikan peraturan bahasa / ejaan Contoh: SALAH Terima kasih di atas kesudian tuan-tuan Hari ini adalah hari yang paling menggembirakan saya yang mana pada hari ini saya menyambut hari jadi saya Ayah ke XYZ Klinik Mengabaikan makna kata Contoh: SALAH Kerajaan menggalakkan kita melancung Para-para hadirin diminta mengambil bahagian.. BETUL Kerajaan menggalakkan kita melancong.. Para hadirin diminta mengambil bahagian.. BETUL Terima kasih atas kesudian tuan-tuan.. Hari ini adalah hari yang paling menggembirakan saya kerana pada hari ini saya menyambut hari jadi saya Ayah ke Klinik XYZ

Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu Penulisan


KESALAHAN EJAAN (Huruf konsonan D menggantikan DH) SALAH
Mudharat Fardhu dhaif dharurat

BETUL
Mudarat fardu Daif darurat

KESALAHAN TANDA BACA a) Kesalahan Tanda Titik/Noktah (.) Tanda titik atau noktah ialah tanda baca yang penting dan mesti digunakan dengan betul. Selain berfungsi sebagai tanda penamat dalam ayat, tanda titik juga digunakan untuk menyatakan singkatan. Kesalahan berlaku apabila tanda titik tidak digunakan, seperti berikut:

SALAH Hj Ak Ali Dk Hjh Roslina Prof Dr Yahya

BETUL Hj. Ak. Ali Dk. Hjh. Roslina Prof. Dr. Yahya

2.

Kesalahan Tanda Sempang (-) Terdapat banyak tempat dalam penulisan yang memerlukan sempang, tetapi penggunaannya sering diabaikan. Tidak menggunakan sempang pada tempat-tempat yang diperlukan merupakan kesalahan. Berikut dihuraikan kesalahan-kesalahan dari segi penggunaan tanda sempang:

Sebagai Tanda Kata Ganda

Kata ganda ditulis dengan penggunaan tanda sempang.

SALAH meja meja jabatan jabatan berkata kata bantah membantah ipar duai saudara mara

BETUL meja-meja jabatan-jabatan berkata-kata bantah-membantah ipar-duai saudara-mara

Antara Ke dengan Angka

Sempang hendaklah hadir antara ke dengan angka. SALAH ke 21 atau ke21 ke 102 atau ke102

BETUL ke-21 Ke-102

Antara Angka yang Merujuk Tahun dengan Akhiran -an

Sempang perlu hadir antara angka yang merujuk tahun dengan akhiran -an. SALAH tahun 90 an atau tahun 90an tahun 20 an atau tahun 20an

BETUL tahun 90-an tahun 20-an

Antara Huruf Kecil dengan Huruf Besar

Huruf besar digunakan apabila merujuk Tuhan atau nama khas. Jikalau huruf besar ini digunakan serangkai dengan perkataan lain, maka sempang digunakan untuk memisahkan huruf besar dengan huruf kecil. Contohnya: 1) Merujuk Tuhan

SALAH hambaMU atau hamba mu rahmatNya atau rahmat Nya

BETUL hamba-Mu rahmat-Nya

2) Huruf besar bagi nama khas

SALAH pro Barat atau proBarat pan Asia atau panAsia KDN nya atau KDNnya

BETUL pro-Barat pan-Asia KDN-nya

Punca-Punca Mengapa Berlakunya Kesilapan Umum Tatabahasa Bahasa Melayu.


Antaranya adalah:
Sikap individu yang memandang ringan terhadap bahasa Melayu. Ada juga segelintir masyarakat yang malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan anggapan bahasa Melayu tidak setaraf dengan bahasa Inggeris. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh ibu bapa di rumah akan memberi kesan kepada anak-anak. Jika di rumah, bahasa Melayu digunakan secara meluas pasti anak-anak tidak kekok menggunakan bahasa tersebut di luar rumah. Pengaruh bahasa lain juga turut memberikan kesan dalam penggunaan Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa ibunda memberikan pengaruh dalam cara bertutur bahasa Melayu. Pengaruh media massa turut mengganggu penguasaan tatabahasa

murid.Pengaruh menulis secara pesanan ringkas boleh menjejaskan penguasaan bahasa lisan dan tulisan murid. Gangguan dari segi penggunaan bahasa yang menggunakan bahasa ibunda iaitu dialek pertuturan, bahasa daerah dan bahasa pasar. Berlaku kekeliruan yang berpunca daripada penggunaan bahasa yang tidak seragam. Kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh guru semasa mengajar tidak berkesan dan tidak sistematik. Kurang kebolehan dan keupayaan menyatakan sesuatu hingga murid terpaksa menggunakan perkataan pertama bagi lahirkan buah fikiran. Berlaku juga kekeliruan yang berpunca daripada kecuaian dan kurang pengetahuan dan pemahaman antara sebutan dan penglihatan.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KESILAPAN UMUM TATABAHASA:

Mengadakan kempen melalui media elektronik dan media cetak seperti televisyen, radio, risalah, surat khabar dan lain-lain. Dengan ini, ianya akan menimbulkan kesedaran kepada masyarakat tentang penggunaan bahasa yang betul.

Melalui pendidikan iaitu cikgu dapat dijadikan sebagai idola bagi pelajar. Cikgu perlulah menggunakan bahasa rasmi atau formal semasa mengajar. Dengan ini, pelajar akan turut sama menggunakan bahasa formal. Oleh itu, kerancuan bahasa dapat di atasi.

Mengadakan lebih banyak bengkel tentang bahasa. Melalui bengkel ini, pelajar dapat didedahkan dan diajar dengan lebih mendalam tentang pengunaan bahasa yang betul. Dengan ini, mereka dapat memperbaiki kesilapan pengunaan bahasa yang salah.

Penutup
Tatabahasa adalah satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting kerana sistem bahasa yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai diguna pakai di sepanjang masa atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak berubah. Bermula dengan penggunaan kata yang pelbagai jenis dan kelompok, ditambah pula dengaan penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan bahasa Melayu semakin luas dalam segenap bidang dan lapisan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua agar bersama-sama mendukong cita-cita negara untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah

Anda mungkin juga menyukai