Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

Bahan bantu mengajar amat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa bahan bantu mengajar, murid sukar untuk memahami apa yang diajar oleh guru. Ini akan membantut proses pembelajaran mereka.dan menyebabkan mereka berasa bosan dan mula membenci matapelajaran tersebut. Justeru, guru perlulah melakukan sesuatu bagi menarik minat murid dan dalam masa yang sama menggunakan bahan tersebut untuk memudahkannya untuk mengajar di dalam kelas. Bahan bantu mengajar ini perlulah sesuai dengan konsep dan objektif yang perlu dicapai dan dalam masa yang sama sesuai dengan tahap pencapaian murid; tidak terlalu rendah ataupun tinggi. Bahan bantu mengajar boleh terdiri daripada komputer, television, papan hitam, whiteboard dan sebagainya. Guru boleh mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar untuk memastikan murid senantiasa memberi perhatian kepada pengajaran di dalam kelas. Setelah meneliti serta menghayati apa yang dimaksudkan dengan teknologi maklumat dan komunikasi maka dapatlah saya fahami betapa pentingnya perkara ini diwujudkan dalam sesebuah kelompok komuniti atau masyarakat untuk memastikan kemajuan serta pembangunan komuniti itu tidak ketinggalan jauh dari masyarakat lain. Dalam usaha untuk merealisasi objektif dan falsafah pendidikan negara ke arah masyarakat berteknologi dan bermaklumat, terutama sekali yang berteraskan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup, saya dapati ianya amat berguna sebagai salah satu alat bagi memperolehi banyak maklumat untuk diketengahkan kepada pelajarpelajar. Penggunaan teknologi maklumat untuk tujuan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup adalah bertepatan dengan usaha menjadikan pelajar celik computer dan berkemampuan menggunakan alat ini secara yang lebih cekap dan mahir. Meskipun pada awalnya para pelajar dan guru masih lagi perlu mendalami kemahiran menggunakan pelbagai alat teknologi maklumat ini untuk mendapat bahan berkaitan subjek Kemahiran Hidup, namun berkat ketekunan dan kebijaksanaan pihak-pihak tertentu terutama sekali Kementerian Pelajaran, para guru, ibubapa-ibubapa dan masyarakat maka semua ini telahpun dapat ditangani secara beransur-ansur.

Walaupun saya dapati usaha-usaha pelbagai pihak, terutama sekali guruguru yang mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup untuk menimba bahan-bahan berkaitan di laman sesawang atau dari portal majalah tertentu, namun masih ada terdapat banyak kekangan-kekangan dalam usaha memperkembangkan Kemahiran Hidup dalam era teknologi maklumat yang semakin berkembang ini. Kekangan dan cabaran yang paling utama ialah penggunaan teknologi yang begitu meluas dalam internet, ruang siber dan globalisasi. Apapun cabaran itu,penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup membolehkan saya lebih berkemampuan, kreatif dan mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kelas. Para pelajar juga sudah tentunya menunjukkan minat yang tinggi dan melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Di sinilah kemuncak penggunaan teknologi maklumat yang amat besar sekali. Ini kerana alatalat ini bukan sahaja digunakan sabagai alat memotivasikan pelajar untuk terus memberi tumpuan terhadap pengajaran guru tetapi juga untuk memastikan pelajar mendapat bahan-bahan yang berkaitan secukupnya. Saya juga amat teruja kerana telah dapat mengetahui arah tuju cabaran baru dalam era teknologi maklumat dalam memperkembangkan kemahiran dalam hidup, menjadi pengetahuan, sumber pemodenan, sumber maklumat dan teknologi. Untuk mencapai hasrat ini, lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dapat diperolehi dari teknologi maklumat. Impian ini hanya dapat di capai dengan adanya lebih banyak sumber dan dapatan yang mudah dan pantas. Sesungguhnya, tanggungjawab memperkembang, mempertahankan dan memodenkan mata pelajaran yang berat ini tidak dipikul oleh pihak tertentu sahaja. Dengan kata lain, semua pihak mestilah melibatkan diri secara aktif. Saya rasakan inilah masanya untuk kita melakukan sesuatu yang besar maknanya kerana kita masih berada di pangkal jalan era teknologi maklumat. Jika tidak kita akan karam dalam arus globalisasi yang semakin maju dan canggih. Salah satu kemudahan teknologi maklumat yang disediakan oleh kementerian pelajaran untuk guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup ialah kemudahan computer atau laptop dan capaian internet. Dengan kemudahan teknologi maklumat yang canggih ini saya boleh memilih bahan dan sumber pendidikan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pengajaran Kemahiran Hidup di dalam kelas. Pengumpulan maklumat dan bahan dari segala sumber maklumat samada memalui internet atau teknologi maklumat lain dapat mempertingkatkan keberkesanan pengajaran pembelajaran saya di dalam bilik kelas. Keberkesanan melayari internet tidak dapat dinafikan kerana pelajar-pelajar boleh mendapat manfaat daripada sumber yang tidak terbatas dan interaktif.

Mengintergrasi teknologi maklumat berdasarkan daripada kategori muridmurid ataupun stail pembelajaran dan tahap keselesaan belajar murid-murid dapat membantu saya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid-murid dalam bilik kelas dengan berkesan. Peningkatan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada adalah peranan penting Teknologi maklumat dan komunikasi. Sesungguhnya peranan internet sebagai sumber yang begitu luas kepada saya, ia memudahkan bagi saya untuk terus mendapat bahan-bahan pengajaran dan rujukan serta penyelidikan yang berkesan. Melalui portal-portal pendidikan pula, samada portal tempatan ataupun luar yang berkaitan bahan-bahan pengajaran Kemahiran Hidup, ianya dapat memberikan kefahaman yang lebih kepada muridmurid. Guru pula boleh mengemaskini dan mengulang pakai bahan-bahan tersebut disamping mendapat bahan-bahan terkini dari portal-portal yang disediakan. Seperti yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran yang selama ini telah mendukung prinsip memperkasakan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup seperti mana matapelajaran teras yang lain, saya dapati ianya amat penting bagi diri saya dalam usaha merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Ini telah pun memberi impak yang positif kepada pencapaian serta prestasi akedemik murid-murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan . Sesungguhnya, hasil daripada penelitian dan pemahaman saya tentang satu lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan internet ialah melalui E-Learning, maka dapatlah saya fahami bahawa pengelibatan pelajar secara holistic dalam bilik kelas adalah menjadi fokus utama. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran cara e-learning ini murid-murid adalah pembuat perancangan dan menentukan kesesuaian bahan dalam e-learning bergantung kepada tahap mereka. Walaupun saya dapati bahawa penggunaan teknologi maklumat jenis ini amat menguntungkan para pelajar dan guru namun cabaran dalam melaksanakan e learning terutama sekali peringkat mengakses adalah masalah utama di Malaysia. Apapun cabarannya, saya akui bahawa e-learning amat membantu saya dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Oleh itu, dengan berbantukan alat-alat elektronik berserta teknologi maklumat seperti ini maka sudah tentulah proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup yang saya jalankan berjaya sepenuhnya dan objektifnya tercapai.

Selain penggunaan sumber-sumber maklumat dari Pusat Sumber Elektronik saya juga boleh menambah nilai bahan sumber melalui aktiviti hand s on serta interaksi dengan alat teknologi canggih lain untuk mengoptimumkan proses pengajaran saya. Misalnya saya, boleh menjadikan pengajaran saya lebih berkesan dengan menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan seterusnya menggunakan bahan cetak pada kad latihan atau bahan bacaan yang berkaitan Kemahiran Hidup. Pengajaran pembelajaran diteruskan lagi dengan menggunakan internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir pengajaran nanti murid-murid digalakkan membuat persembahan hasil pembelajaran berbantukan komputer dan disebarkan kepada rakan sebaya. Saya juga telah dapat memahami dan mendapat pengertian betapa perlunya saya sebagai seorang guru menguasai teknologi-teknologi maklumat dan komunikasi terkini untuk menceduk sebeberapa banyak yang mungkin bahan-bahan pengajaran untuk Kemahiran Hidup. Disamping itu dengan bertukar maklumat seperti ini akan menjurus kepada pengelibatan yang maksimum daripada pelajar saya. Saya pula tidaklah membazir terlalu banyak masa dengan memberi arahan, membuat teguran serta mengawal tingkahlaku segelintir pelajar. Kesimpulannya, Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah amat berguna kepada saya sebagai alat bantu mangajar di dalam bilik kelas terutama sekali semasa mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup. Saya juga cadangkan agar lebih banyak program-program atau kursus-kursus berkaitan teknologi maklumat perlu ditawarkan agar guru seperti saya dapat mempertingkatkan kemahiran menggunakan komputer serta mengendalikan perisian yang pelbagai yang semakin hari semakin bertambah jumlahnya dan semakin canggih dan mantap.