Anda di halaman 1dari 23

1.

0 PENDAHULUAN

Bangsa bertamadun mempunyai identiti peradabannya tersendiri. Kita di Malaysia bukan bermula dari sesuatu yang vakum sifatnya. Kalau budaya bangsa merupakan pengumpulan idea, perasaan, kepercayaan, lambang, nilai, bentuk kemasyarakatan, objek, kebendaan yang diwariskan dari generasi ke generasi, maka corak yang sedang kita capai semakin hampir. Cita-cita melahirkan sebuah negara maju sepenuhnya dalam tuntutan acuan kita sendiri. Acuan sudah tersedia, tetapi yang diperlukan ialah pengisiannya. Sebaliknya pula kalau dilihat rasional yang ada, maka transformasi ekonomi yang akan terjadi tentunya dari landasan struktur asas yang ada dengan mengambil nilai asing yang sesuai. Itulah hakikatnya dan sejarah. Negara telah melangkah ke alaf baru dua belas tahun lalu dan pada tahun 2020, Malaysia dijangka menjadi sebuah negara maju, meninggalkan tarafnya sebagai negara membangun. Ekonomi negara misalnya, sentiasa diukur pencapaiannya mengikut KDNK dan pertumbuhan ekonomi sebenar. Kini, Malaysia merupakan antara negara membangun termaju hari ini. Banyak projek pembangunan telah dilaksanakan di negara ini dan ia telah mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Kepesatan pembangunan yang berlaku di negara ini sebenarnya adalah ekoran perancangan menyeluruh yang telah diambil oleh pihak kerajaan terutamanya dalam bidang ekonomi. Kestabilan ekonomi dan politik yang dikecapi, Malaysia kini telah menarik ramai pelabur asing untuk melabur di negara ini.

2.0 SEJARAH ASAS EKONOMI MELAYU

Sejarah tamadun Melayu yang tercatit bermula diawal

abad keempat Masihi

dimana catitan paling awal adalah di dalam bentuk batu surat yang dijumpai di Sungai Siak Sumatera. Politi feudal Melayu semenjak zaman itu hingga ke zaman Melaka yang berakhir pada tahun 1511 adalah semata-mata ditunjangi suatu sistem ekonomi yang berkisar di sekeliling perdagangan antarabangsa. Empayar Melayu pertama, iaitu Srivijaya, yang berpusat di Palembang berkembang merangkumi seluruh Nusantara serta wilayah-wilayah di Selatan Siam, Kampuchea dan Philipines dan bertahan selama lebih 600 tahun. Kejatuhannya adalah disebabkan oleh runtuhnya penguasaan perdagangan antarabangsa oleh politiknya akibat daripada pemansuhan perjanjian perdagangan inter-Kerajaan oleh Maharaja Ming, di China. Keruntuhan ini melemahkan kumpulan politi di Palembang dan akhirnya dikalahkan oleh dinasti Sailendra dari Jawa. Kejatuhan ini digantikan dengan Empayar Melayu kedua, iaitu Melaka yang diasaskan dan dikembangkan juga oleh perdagangan antarabangsa dengan China dan dengan India serta Negara-negara Islam Parsi dan Arab. Melaka pun dijatuhkan juga oleh kehilangan kukuasaan kumpulan politiknya ke atas perdagangan antarabangsa oleh mercantalisma Negara-negara barat, selepas bersemarak selama 100 tahun. Proses pembangunan ekonomi Srivijaya dan Melaka selama 700 tahun itu bersemarak di muara-muara sungai di kawasan-kawasan pasisir sahaja. Pusat-pusat pertumbuhan Melayu bertabur di kiri kanan Tasek Melayu (yang sekarang dipanggil Selat Melaka), di kawasan pasisir Kmapuchea turun ke Selatan Siam dan Pantai Timur

Semenangjung Tanah Melayu, di kawasan pasisir kepulauan Philipines, Borneo dan di seluruh pasisir kepulauan Jawa dan Sulawesi. Pusat-pusat ini dihubungi dengan

jaringan perdagangan maritime diantara mereka, yang mana pusat besar di zaman Srivijaya adalah Palembang dan Bandar Melaka pula menjadi pusat utama di zaman Kesultanan Melaka. Dari Palembang dan Bandar Melaka pertukaran barang secara

entropot dibuat dengan pedagang-pedagang luar, khususnya daripada China, India dan dunia Islam Timur Tengah. Kawasan-kawasan pendalaman di daratan hanya merupakan kawasan-kawasan sumber alam tanpa didiami oleh banyak penduduk. Jika ada penduduk pun, sistem

kependudukannya adalah bertaburan, (bukan berkelompok secara perbandaran atau perkampungan) di tepi-tepi sungai. Khazanah dari pendalaman seperti gading gajah, kayu-kayuan, lilin-lebah, rotan, kayu cendana, emas, bijih timah dan rempah ratus diangkut ke pusat-pusat pertumbuhan di muara sungai. Penerokaan tanah untuk pembangunan agrarian tidak berlaku secara besarbesaran kerana kos melepas di bidang perniagaan maritime adalah lebih tinggi daripada bertani. Ataupun berkemungkian besar orang-orang Melayu tidak mempunyai minat di bidang pertanian, walaupun kelompok-kelompok masyarakat Melayu seperti di Acheh, di Kepulauan Jawa dan Sulawesi pada zaman-zaman itu sudah mempunyai kemahiran di dalam bidang pertanian rempah-ratus dan juga padi. Kemakmuran Srivijaya dan Melaka yang berhasil daripada perdagangan

antarabangsa itu, tidak dapat ditandingi oleh mana-mana empayar di zaman-zaman mereka. Palembang dan Bandar Melaka dicatitkan sebagai Bandar-bandar yang

mengandungi lebih 100,000 penduduk dan Kerajaan-kerajaannya pada masa itu menyara tidak kurang daripada 20,000 bala tentera tetap (standing army) masing3

masing.

Sifat demografi ini jika dibandingkan dengan zaman mutakhir ini, akan

meletakkan Palembang dan Bandar Melaka di dalam kedudukan sama dengan Bandar New York, London atau Tokyo berserta dengan aliran-aliran perdagangan masingmasing. Piawaian pertukaran dagangan di masa itu adalah disandarkan kepada emas. Ini adalah lebih konkrit daripada keadaan sekarang yang bersandarkan kepada keyakingan umum ke atas nilai wang masing-masing Negara. Kemakmuran Srivijaya dan Melaka hanyalah semata-mata berasaskan

perdagangan antarabangsa dimana kumpulan politi itu sendiri menjadi pedagang utama. Undang-undang maritime yang mengawal perjalanan perkapalan serta perdagangan entrepot dan perdagangan pasisir merupakan sistem undang-undang utama di dalam empayar-empayar Melayu ini. Disebaliknya, tiada langsung undan-undang mengenai

bidang pertanian yang tercatit. Pertanian hanya merupakan sector sekunder sahaju. Malah bahan-bahan makanan banyak diimport dari Negara-negara luar seperti Siam dan Burma. Teras ekonomi Melayu yang berbentuk perdagangan antarabangsa ini menelorkan teknologi perkapalan dan pengetahuan pelayaran yang meluas dan mendalam. Tome Pires yang menulis di abad 16, mencatitkan bahawa perahu-perahu layar Melayu yang membawa barangan niaga adalah lebih effisien dari segi ruang dan kelajuannya daripada kapal-kapal perdagangan Eropah pada masa itu. Lautan menjadi sama penting dengan tanah. Dan pentingnya lautan didalam kehidupan ekonomi Melayu diabadikan di dalam istilah tanahair untuk memanggil negaranya. Berkisar di sekeliling teras perdagangan antarabangsa ini struktur social Melayu terbentuk dengan sifat-sifat keterbukaan di dalam nilai budayanya. Pengaruh-pengaruh dari India dan Cina menjadi pengaruh luar yang dominan di zaman Srivijaya. Di zaman 4

Melaka pula pengaruh-pengaruh dari dunia Islam menjadi pengaruh dominan. Walau apapun pengaruh yang datang sifat kemelayuan bangsa Melayu tetap wujud dan bertahan. Orientasi ekonomi orang-orang Melau pada masa itu adalah menjurus kepada perkumpulan (group oriented) kerana pengumpulan modal yang banyak diperlui, yang tidak dapat ditangani oleh individu. Lagi pula perjalanan kapal yang jauh dan berbahaya, mengenakan tahap risiko yang tinggi baik keatas modal maupun nyawa. Dengan

berkongsi scara pengumpulan modal dan tenaga, risiko ini diratakan, dan juga keselamatan diri lebih senang dipertahankan. Gejala organisasi sosial ini merupakan putik-putik koperatisasi didalam ekonomi perdagangan bangsa Melayu. Di dalam pada itu orientasi kumpulan-kumpulan perdagangan ini ialah sifat memandang keluar dan dengan semangat kembara yang membakar sekaligus menyemarakkan perdagangannya. Hasil daripada penyemarakan perdagangan ini

bahasa suku Melayu dan agama Islam disebarkan ke seluruh pasisir Nusantara. Keupayaan penyemarakan ini digandingkan dengan keupayaan saudagar-saudagar Melayu menguasai bahasa suku-suku lain di kawasan pasisir Nusantara dan juga kawasan-kawasan pasisir benua China dan India. Bangsa Melayu pada masa itu adalah merupakan bangsa penjual lebih daripada menjdai bangsa pembeli. Sifat sesuatu bangsa penjual yang selalunya menakluki

Negara ataupun ekonomi orang lain ialah kebolehan menguasai bahasa masyarakatmasyarakat pembeli. berbahasa orang lain. Hang Tuah, yang dikenali bukan sahaja sebagai seorang pahlawan handal, malah juga sebagai ketua delegasi-delegasi perdagangan Melaka, diriwayatkan boleh 5 Lidah Melayu dari masa itu lagi telah dilentur agar cekap

menguasai beberapa dialek Cina dan India. I-Ching menceritakan penguasaan bahasa Sanskrit dan lain-lain bahasa oleh golongan agama Melayu di Palembang. Justru kerana mengembara merentas lautan, menguasai ilmu pelayaran dan perdagangan melalui penguasaan bahasa-bahasa asing, dan mengadaptasikan elemenelemen budaya asing yang secucuk dengan nilai budayanya, bangsa Melayu mewarisi segala syarat-syarat untuk menakhluki ekonomi dunia. Kekuatan ekonomi dan politik Srivijaya dan Melaka bukti kepada hakikat ini. Ahli sejarah Cina, I-Cing, yang bermastutin di Palembang pada abad 7, selama 25 tahun, mengabadikan catitan kekayaan ini dengan menggelarkan bumi Melayu sebagai tanah emas. Maharaja-Maharaja Cina menghadiahkan payung kuning kepada maharaja-

maharaja Melayu baik di Palembang maupun di Melaka sebagai melambangkan pengakuan kekuatan ekonomi Melayu pada masa itu. Rumusan daripada coretan ringkas sejarah ekonomi Melayu ini ialah, bangsa Melayu di zaman-zaman kegemilangannya adalah merupakan bangsa pedagang antarabangsa, bukan bangsa tani. Dari skima evolusi masyarakat kearah tahap

kemajuan, boleh dikatakan bahawa bangsa Melayu telah mencapai tahap kemajuan yang tinggi semenjak 1500 tahun dulu lagi. Catatan sejarah Melayu tidak pernah memasuki kegemilangan agrarian, selain daripada huma Wan Empuk dan Wan Malini di Bukit Seguntang. Tetapi sebaliknya catatan mengenai kesemarakan industri tenunan Melayu, peleburan besi (bangsa Melayulah bangsa pertama mencipta teknologi melebur bijih besi) untuk pengeluaran barangan, pengeluaran barangan kayu yang termasuk pembinaan kapal dan pengeluaran barang-barang emas dan perak banyak terdapat di dalam buku-buku sejarah dan riwayat-riyawat Melayu. Pertanian hanya merupakan

bidang pengeluaran non-tradables untuk penggunaan domestik. 6

3.0

EKONOMI MALAYSIA

3.1

SEBELUM MERDEKA

Jika dilihat daripada perspektif sejarah Malaysia, penjajah British telah menggalakkan perkembangan masyarakat secara plural melalui dasar Pecah dan Perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan, perladangan dan perdagangan. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, landasan keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan wujudnya jurang antara kaum.

3.2

SELEPAS MERDEKA

Kepincangan yang wujud hasil pelaksanaan dasar Pecah dan Perintah adalah punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ekoran peristiwa rusuhan kaum ini telah memaksa kerajaan merangka satu dasar yang bersepadu. Oleh itu, dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum di negara ini. Bagaimanapun, dasar ini tidak berjaya mencapai keseluruhan matlamatnya. Justeru, kerajaan terpaksa melaksanakan langkah lain yang sewajarnya bagi menjamin pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dan pada masa sama cuba mewujudkan keseimbangan antara kaum. 7

Apabila akhirnya British meninggalkan Malaya pada tahun 1957, bangsa Melayu sekali lagi mula memerintah negaranya sendiri. Ekonomi pada ketika itu pada dasarnya berasaskan komoditi utama dengan pergantungan tinggi kepada getah dan timah yang menyumbang sebanyak 70 peratus daripada jumlah pendapatan eksport, 28 peratus daripada pendapatan kerajaan dan 36 peratus daripada jumlah pekerjaan. Ekonomi pada asasnya dipandu oleh sektor swasta. Pelaburan swasta mencapai pertumbuhan purata tahunan sebanyak 7.3 peratus. Ekonomi juga tetap bergantung kepada perniagaan luar negara untuk menjana pendapatan daripada tukaran wang untuk membiayai

pembangunannya. Kerajaan untuk negara yang baru merdeka telah mencari jalan segera untuk mengatasi kelemahan dan struktur ekonomi dengan memberi pertanian tumpuan serta kepada

mengembangkan

memodenkan

pengeluaran

menekankan

pembangunan luar bandar. Penggantian import adalah strategi yang digunakan untuk menggalakkan pembangunan industri yang memberi tumpuan kepada industri

berasaskan sumber seperti getah dan timah. Hasil daripada kemajuan yang dicapai dalam pertanian dan perkilangan termasuk utiliti, perkhidmatan dan sektor-sektor lain, Malaysia telah muncul pada akhir 1960an dengan asas ekonomi yang lebih dalam, lebar dan kukuh. Sumbangan eksport barangan dan perkhidmatan dalam KDNK menurun dari 52.6 peratus dalam tahun 1960 kepada 45.1 peratus dalam tahun 1970, manakala sumbangan getah dan timah dalam eksport keseluruhan barangan juga menurun dari 70 peratus kepada 53 peratus dalam dekad tersebut. Oleh yang demikian, pada tahun 1970, fasa pertama daripada transformasi ekonomi Malaysia, iaitu kepelbagaian pertanian, telah menampakkan kesan di mana kayu balak dan minyak kelapa sawit muncul sebagai komoditi eksport terpenting. Dengan 8

penemuan telaga minyak di pesisir Sarawak, pengeluaran petroleum mentah pula semakin penting. Pertumbuhan keseluruhan 6 peratus setahun bukan sahaja lebih tinggi dari yang disasarkan malah lebih cepat daripada sasaran 5 peratus oleh Pembangunan Dekad PBB untuk negara-negara membangun.

4.0

PENGGUBALAN DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein Bapa Pembangunan

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Bapa Pemodenan

Pengubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969, merupakan suatu usaha yang komprehensif dan bersungguh-sungguh untuk membaiki kedudukan taraf ekonomi orang-orang Melayu, didalam rangka penyusunan semula ekonomi Negara. Selepas jangka masa 20 tahun, petunjuk penting iaitu pemegang ekuiti didalam sektor korporat mencapai nisbah 22% iaitu masih jauh daripada nisbah sasaran 30%. Nisbah memegang ekuiti didalam sector korporat ini dianggap lebih penting daripada lain-lain nisbah kerana ianya merupakan teras struktur ekonomi moden Negara

Malaysia. Sebelum DEB dilancarkan nisbah pemegang orang-orang Melayu hanyalah 1.4%. Di dalam perencanaan pertumbuhan ekonomi Malaysia, sektor koperatlah diberi tanggungjawab menerajui pergerakan export-led-growth. Tidak dapat dinafikan bahawa untuk mencapai matlamat-matlamat wawasan 2020, ekonomi Malaysia mesti bergantung kepada pasaran dunia untuk menjual barangan dan perkhidmatan pengeluarannya. Juteru itu pembangunan ekonomi orang-orang Melayu mestilah dialirkan kedalam arus ini iaitu arus perdagangan koperat global. Dan pencapaian tahap 22% pada tahum 1992 itu merupakan suatu pencapaian yang kurang menggalakan (walaupun ianya boleh dibanggakan) memandangkan bahawa orang-orang Cina telahpun mencapai nisbah 55% iaitu 15% lebih daripada apa yang sepatutnya mereka dapati. Masaalah ketinggalan orang-orang Melayu ini diharapkan akan dapat ditangani didalam Rancangan Pembangunan Nasional yang menggantikan DEB. Dasar dan

strategi disusun untuk penglibatan orang-orang Melayu berlaku dengan lebih meluas dan mendalam. Pelan Induk Pembangunan Industri Negara diperluaskan untuk menjangkau ke wilayah-wilayah kependudukan Melayu. Program pembangunan sumber manusia Usaha penswastaan syarikat-

dikalangan orang-orang Melayu diperhebatkan lagi.

syarikat Kerajaan memberi kemudahan infrastruktur dan organisasi koperat kepada individu dan kumpulan-kumpulan Melayu. Segala perlakuan yang dibuat oleh Kerajaan yang diterajui UMNO ini merupakan suatu skim kejuruteraan social yang murni yang mana pencapaian-pencapaiannya (walaupun tidak mencapai sasaran setakat ini), tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pergerakan politik lain didunia ini. Lenin dengan The New Economic Policynya didalam revolusi Bolshevik, telah gagal selepas 72 tahun pengimplementasian secara kuku besi. 10

DEB, walaupun dijalankan secara sederhana dan dikritik habis-habisan oleh segelintir rakyat, termasuk orang-orang Melayu sendiri, telah menunjukkan pencapain yang boleh dibanggakan, jikalau petunjuk-petunjuk lain, (selain dari nisbah penglibatan dalam sector koperat) baik petunjuk ekonomi, walaupun petunjuk social diambil kira. Kejuruteraan social yang dimaksudkan ini ialah suatu transformasi budaya Melayu yang dulunya berkisar di sekeliling system nilai, norma, corak organisasi, dan aspekaspek seni yang berasaskan kehidupan ekonomi pertanian, kepada budaya yang berkisar di sekeliling system yang berasaskan ekonomi perindustrian, perkhidmatan dan perdagangan. Pada permulaan transformasi ini akan muncul kelas-kelas menengah

yang asas ekonominya, perkhidmatan dan perdagangan. Telah wujud dizaman mutakhir ini kelas menengah dan kelas atasan Melayu yang besar. Dan kelas bawahan Melayu pun yang masih di bidang pertanian tidaklah

merangkumi orang-orang Melayu yang meleset ekonominya. Boleh dikatakan hampir kesemua mereka mendapat manfaat ekonomi daripada program dan projek

pembangunan Negara selama ini. Wujudnya kelas atasan dan menengah Melayu yang besar ini, memunculkan persepsi mengenai keadilan didalam semua bidang kehidupan yang diadunkan dari filasafah liberal barat. Siswazah-siswazah Melayu khususnya yang pulang dari pusatpusat pengajian tinggi di barat, akan mempersoalkan tentang keadilan social dengan menggunakan kaca-mata structural-functionalism yang sekali imbas nampak liberal dan objektif. Soal mengapa penswastaan diberikan kepada usahawan-usahawan Melayu

sahaja, ditimbulkan, begitu juga dengan soal-soal kuota di dalam pembahagian biasiswa dan lain-lain isu mengenai dasar-dasar Kerajaan, termasuk hak-hak keistimewaan Melayu ke atas pemilikan tanah. 11

Kemunculan fenomena ini dikalangan kelas atasan dan menengah Melayu memang didugakan, kerana manusia yang tidak pernah ditindas akan mempunyai pemikiran yang liberal. Dari satu segi ianya adalah sangat baik untuk pembangunan Negara yang majmuk masyarakatnya. Justeru itu, lagi besar kelas atasan dan

mengengah Melayu, dan juga kelas atasan dan menengah bukan Melayu, maka akan terhapuslah prasangka antara kaum. Dan masaalah hubungan ras di Malaysia akan diatasi akhirnya. Tetapi, apakah pada masa ini masyarakat Melayu dapat menerima persepsi liberal ini iaitu dimasa pencapaian ekonomi masih lagi jauh dari sasaran sebenar? Jawabnya, belum lagi. Rata-rata, rakyat Melayu menolak persepsi liberalisma ini dimasa

pilihanraya-pilihanraya 1986 dan 1990. Pada masa itu PAS cuba mengeksploitasi sistem tanah rizab Melayu, dan membuka peluang-biasiswa kepada orang-orang bukan Melayu. PAS kalah teruk dikawasan-kawasan Melayu di luar Kelantan. Rasional yang mengasaskan dasar dan strategi kerajaan didalam menangani pembangunan ekonomi di dalam perspektif pembangunan negara bangsa (nationbuilding) keseluruhannya dan menggariskan lokasi-lokasi orang-orang Melayu didalam struktur ekonomi yang akan muncul pada tahun 2020. Rationale ini memberikan Bagi mendapatkan

legitimacy kepada proses politik - ekonomi negara mutakhir.

kefahaman mengenai legitimacy ini, pendekatan diachronic, iaitu pendekatan secara menganalisiskan sejarah pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat Melayu digunakan. Pendekatan diachronic ini akan menunjuk bahawa sistem budaya Melayu di dalam sejarah bukanlah berasal daripada sistem agrarian. Malah sistem agrarian Melayu itu sendiri adalah hasil daripada proses involusi (mundur ke belakang) selepas kejatuhan 12

kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511. Sebelum itu orang-orang Melayu telah maju didalam skima kemajuan tamaddun manusia, iaitu suatu tamadun yang diasaskan kepada system nilai, norma, corak organisasi, teknologi dan seni yang tinggi dan canggih.

5.0

HALATUJU EKONOMI MELAYU

Keratan akhbar : Melaporkan bahawa sikap orang Melayu yang lebih terpengaruh dengan skim cepat kaya

Sumber beritasemasa.com : Laporan peratusan penguasaan ekonomi mengikut kaum

Pertapakkan Melayu di dalam sektor industri pengilangan, perdagangan dan perkhidmatan telah pun berlaku. Apakah quantum pertapakkan ini sudah mencapai

critical mass yang akan membolehkan bangsa Melayu berdikari dan berdaya memajukan dirinya sendiri? Dr. Mahathir beberapa kali telah mengingatkan bangsa Melayu supaya berusaha membuangkan tongkat yang diberikan oleh Kerajaan di dalam bentuk bantuan dan subsidi di dalam semua bidang kegiatan ekonomi, supaya ekonomi Melayu itu menjadi kukuh terus menerus.

13

Ada beberapa syarat, selain daripada pencapaian 30% ekuiti di dalam pemegangan kekayaan koperat, untuk membolehkan bangsa Melayu mencapai critical mass tersebut. Syarat pertama struktur politik Melayu mestilah terus, berasaskan

kepentingan kaum, sehingga beberapa tahun akan datang. Asas ini penting kerana kalau dibiarkan liberalisma yang PAS cuba gunakan di masa kempen-kempen pilihanraya 1986 dan 1990 dulu, dengan menuduh UMNO bermain politik assabiyah, maka usaha membina sifat -sifat perkumpulan yang sangatsangat dikehendaki oleh oraganisasi koperat akan gagal. Pada masa ini disamping ketiadaan benteng yang memperkuatkan perkumpulan Melayu yang sudah wujud, benteng perkumpulan Cina dan bukan-Melayu lainnya adalah terlalu tebal dan kukuh serta bersentimen parochial. Walaupun seruan demi seruan dibuat oleh Kerajaan untuk benteng-benteng ini direndahkan supaya diberi peluang kepada orang-orang Mealyu turut berserta di dalam aktiviti-aktiviti mereka, namun banyak yang dilihat berbuat demikian hanya seperti melepas batuk di tangga. Di dalam keadaan begini, apakah orang-orang Melayu sahaja yang patut merendahkan bentengnya yang masih rendah itu? benteng perkumpulan Melayu di dalam bidang Jawabnya tentu tidak. ekonomi seharusnya Bentengdi biar

pembinaannya sehingga ianya menjadi tebal dan kuat.

Ini akan membolehkan

perkumpulan-perkumpulan ini memberi saingan yang hebat kepada perkumpulanperkumpulan bukan Melayu agar akan lebih lagi tahap efficiency di dalam sistem ekonomi negara. Dan yang lebih berkesan lagi ialah dibiarkan penubuhan perkumpulan Melayu yang complementary kepada perkumpulan bukan Melayu yang sudah wujud dan kukuh. Cara ini akan mewujudkan pertalian yang memerlukan perhubungan saling bergantung 14

antara satu sama lain. Ini tentu sekali akan menjayakan lagi proses pembinaan negara bangsa. Justeru itu, perjuangan politik UMNO untuk pembinaan ekonomi bangsa Melayu mesti diteruskan kearah penubuhan rangkaian perkumpulan koperat Melayu baik di dalam sistem ekonomi negara mahu pun di dalam sistem ekonomi antarabangsa. Kerajaan mesti terus membantu penubuhan perkumpulan dan rantaian yang

menghubungi perkumpulan-perkumpulan ini demi mengembalikan struktur ekonomi Melayu seperti di zaman-zaman kegemilangan dulu. Apakah anak-anak Melayu liberal akan membantah dengan mengatakan ini tidak merupakan dasar yang adil terhadap kaum-kaum lain? Pertanyaan ini dijawab dengan pertanyaan juga, iaitu apakah usaha untuk mengembalikan hak orang-orang Melayu yang dirampas lebih 400 tahun lalu dan diberikan kepada orang lain itu, dikatakan zalim? Peristiwa orang-orang Melayu diharamkan menanam getah dan peluang menjadi kaya di dalam ekonomi getah diberikan kepada orang Cina, peristiwa Sultan Kedah dipaksa membuka benteng protectionismanya oleh British, untuk orang-orang Cina yang dibekalkan modal mengeksploitasikan orang-orang Melayu dengan sistem padi kuncanya selama 60 tahun dan lain-lain lagi itu cukup meletakkan rationale untuk Kerajaan terus membina struktur ekonomi Melayu sehingga ianya dapat berdikari. Gerakan mewujudkan network Melayu Sedunia yang didaya utamakan oleh Tan Sri Mohd Taib, mantan Menteri Besar Selangor itu tidak seharusnya dipandang sebagai usaha quixotic. Pentingnya network atau jaringan ini dapat dilihat di dalam perspektif penubuhan pasaran antarabangsa oleh perkumpulan-perkumpulan koperat Melayu. Jikalau bangsa Yahudi yang bilangannya kurang dari bilangan orang-orang Melayu mewujudkan network global mereka yang beroperasi secara subtle itu dapat memakmur 15

dan mengukuhkan negara Israel, mengapa usaha Tan Sri Mohd Taib tidak boleh djayakan oleh orang Melayu sendiri? Usaha Kerajaan di dalam memperbanyakkan kumpulan koperat Melayu mesti diteruskan. Dan kumpula-kumpulan koperat Melayu yang telah berjaya seharusnya

menolong Kerajaan untuk memperbanyakkan lagi koperat Melayu. Dasar pengagihan peluang kepada sebanyak-banyaknya dan disamping itu membuangkan tongkat -tongkat daripada yang sudah boleh berdikari mestilah dipertahankan. Cara melonggok segala kemudahan dan peluang kepada segelintir golongan koperat Melayu, yang akhirnya menjadi kumpulan yang dikatakan liberal itu mestilah dihindari. Liberalisma ini bukan sahaja akan mengakibatkan penyaluran hak Melayu ke tangan orang lain, tetapi ianya juga akan mewujudkan struktur feudal moden Melayu di mana pembaziran berlaku melalui perbelanjaan consumption yang melampau-lampau daripada kekayaan yang didapati bukan daripada usaha mengeluarkan barangan dan perkhidmatan, tetapi daripada usaha paper shuffling dan penjualan saham-saham istimewa yang diberi oleh Kerajaan. Kekurangan kumpulan koperat Melayu di dalam bidang pengilangan dan perkhidmatan iaitu bidang yang sedang meningkat pertumbuhannya adalah sangat ketara sekali. Mungkin bangsa Melayu masih lagi kekurangan orang-orang yang boleh memanfaatkan teknologi moden melalui ilmunya Sepert Allaryarham Dato Yahya Ahmad dan Tan Sri Shamsuddin Kadir. Di sini strategi yang penting di dalam sistem pendidikan anak-anak Melayu perlu dirangkakan. Setakat ini sistem pendidikan negara telah berjaya di dalam memperbanyakkan bilangan anak-anak Melayu di dalam jurusan akademik yang mengeluarkan tenagatenaga pengurusan yang berdaya menjadi kaya melalui paper shuffling. Belum lagi ada 16

kumpulan koperat Melayu yang cukup besar untuk menagangani sector teknologi dan pengilangan yang canggih. Justeru itu, perkumpulan ini harus dipupuk dan dibina.

Penjualan saham-saham HICOM kepada Allaryarham Dato Yahya Ahmad itu adalah suatu langkah yang positif kearah penubuhan kumpulan ini. Lebih banyak automotive engineers, computer engineers, soft-ware scientists dan lain-lain professional didalam teknologi moden perlu dikeluarkan oleh sistem pendidikan. Langkah Dato Najib dimasa beliau menjadi Menteri Pendidikan dulu, memberi keutamaan melengkapkan sekolah-sekolah luar bandar dengan computer adalah suatu perkembangan yang sangat menggalakkan. Dunia pendidikan dan pembangunan

teknologi masa hadapan adalah bergantung kepada penguasaan ilmu komputer. Jaringan Melayu Sedunia Tan Sri Mohd Taib akan menjadi kenyataan dan terus berjaya apabila bangsa Melayu pandai mengguna dan mencipta soft-ware untuk berinteraksi secara produktif di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain. Sepatutnya, anak-anak Melayu yang tercicir dari jurusan akademik di semua peringkat persekolahan disalurkan ke jurusan vokasional yang mengajarkan subjeksubjek teknologi pengilangan dan perkhidmatan moden. Jangan ada anak-anak Melayu yang tercicir terus tanpa mendapat apa-apa peluang mempelajari ilmu-ilmu teknologi pada tahap-tahap keupayaan mereka. Penguasaan di dalam bidang teknologi maklumat akan menyediakan kemudahan yang banyak di dalam bidang perkapalan Melayu. Oleh sebab pertumbuhan ekonomi negara akan bergantung kepada ekspot, maka industri perkapalan harus diperbesarkan lagi untuk memenuhi kehendak pengangkutan barangan ke pasaran antarabangsa. Pewujudan tabung perkapalan sebanyak RM 1.1 billion pada masa ini adalah langkah yang baik sebagai permulaan membina jaringan perkumpulan koperat 17

perkapalan Melayu.

Bidang perkapalan dan insurans merupakan dua bidang yang

kurang dikuasai pemilikannya oleh rakyat Malaysia. Inilah peluang bagi Kerajaan untuk mengisikan kekosongan dengan mewujudkan kumpulan-kumpulan koperat Melayu di dalam bidang ini. Barangan-barangan perdagangan antarabangsa yang utama seperti minyak kelapa sawit dan petroleum adalah di bawah pemilikan badan-badan Kerajaan seperti FELDA dan PETRONAS. Kerajaan harus memperluaskan missi kedua agensi ini agar melingkupi usaha-usaha mengembangkan dan memperbanyakkan kumpulankumpulan perkapalan Melayu. Pada masa ini pengaliran keluar wang negara banyak berlaku di dalam bidang perkapalan dan insurans. Penubuhan syarikat insurans semula gergasi yang

berpengkalan di Labuan oleh agensi-agensi Kerajaan baru-baru ini adalah satu perkembangan yang baik. Apakah dengan adanya syarikat insurans semula ini

merupakan peluang untuk penyemarakan syarikat-syarikat insurans Melayu di Malaysia? Tentu sekali, khususnya dibidang-bidang insurans secara Islam iaitu takaful. Sistem takaful telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh rakyat Malaysia kerana manfaatnya adalah lebih banyak daripada sistem insurans konvensional. Disinilah peluang orang-orang Melayu memasuki bidang insurans. Suatu perkembangan di dalam bidang ekonomi negara yang significant semenjak tiga tahun lalu ialah penyemarakan sistem kewangan Islam. Selain daripada produkproduk kewangan Islam yang diciptakan oleh Bank Islam semenjak 1983 dulu, berpuluhpuluh instrumen dicipta oleh Bank Negara Malaysia untuk digunapakai oleh semua rakyat. Pada masa ini tahap pelebaran dan pendalaman sistem kewangan ini boleh dibanggakan dan ianya telah berdaya memberi persaingan kepada sistem kewangan konvensional. 18

Justeru itu, kumpulan-kumpulan Korporat Melayu boleh mengambil peluang itu untuk memiliki usaha di dalam pasaran kewangan negara. Jaringan Melayu Sedunia boleh dieksploitasikan untuk mengembangkan rantaian kewangan Islam ini ke dalam pasaran antarabangsa. Potensi untuk ini adalah besar kerana wang yang banyak dari negara-negara Islam sedang menanti untuk disalurkan kepada dan digunakan oleh orang-orang Islam sedunia. Pada masa ini disebabkan ketiadaan alternative, banyak wang dari negara-negara Islam yang kaya disalurkan ke negara-negara Eropah Barat dan Amerika Utara. Pokoknya segala kemudahan dan peluang terbentang luas untuk orang-oang Melayu menceburkan diri ke dalam semua bidang ekonomi negara dan ekonomi dunia. Setakat ini kemasukkan ini berlaku secara rambang iaitu belum wujud suatu strategi yang sistematik. Strategi ini dimaksudkan sebagai suatu gerakan dan susulannya yang

membolehkan orang Melayu bertapak di dalam suatu bidang dan dari bidang ini akan berlaku forward dan backward linkages yang menyemarakkan penyertaan yang berkesan oleh mereka di dalam semua bidang.

6.0

KE ARAH EKONOMI BERDAYA SAING

Abad yang baru bermula dengan pelancaran Dasar Wawasan Negara (DVN). DVN yang secara kebetulan dengan tempoh dekad kedua dari pembangunan di bawah Vawasan 2020 tertumpu ke atas membangunkan negara yang kental dan berdaya saing. Ia merangkumi strategi-strategi penting daripada dasar-dasar sebelumnya, DEB dan DPN sementara menerapkan dimensi dasar baru. Dimensi ini termasuklah

membangunkan Malaysia menjadi masyarakat berpengetahuan, yang menggerakkan 19

pertumbuhan dan mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan Bumiputera pada 2010. Dari segi prestasi ekonomi, Malaysia mengalami pertumbuhan yang perlahan dalam 2001 tetapi kembali kuat dalam 2002. Meletusnya wabak Sindrom Pernafasan Akut (SARS) dan peperangan di Iraq telah tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia kerana Kerajaan telah mengambil tindakan awal yang berkesan. Kerajaan memperkenalkan Pekej Strategi Baru untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara dalam bulan Mei 2003. Empat strategi Pekej tersebut disasarkan untuk menggalakkan pelaburan sektor swasta, memperkukuh daya saing negara, membangunkan sumbersumber pertumbuhan baru dan meningkatkan keberkesanan sistem penghantaran. Pelaksanaan Pekej tersebut bersama-sama dengan permintaan luar yang lebih kukuh dan peningkatan aktiviti sektor swasta di dalam ekonomi tempatan telah menyumbang kepada prestasi ekonomi yang lebih baik daripada yang dijangka iaitu pertumbuhan 5.2 peratus dalam tahun 2003. Dalam tiga tahun terakhir, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam bentuk nyata tumbuh pada kadar purata 3 peratus setahun dan Keluaran Negara Kasar (KNK) meningkat pada kadar 2.4 peratus setahun dari RM13,352 dalam tahun 2000 kepada RM14,324 dalam tahun 2003. KNK per kapita dari segi keupayaan kuasa membeli mencatatkan pertumbuhan yang tinggi iaitu 3.9 peratus setahun dari USD$8,360 dalam tahun 2000 kepada US$9,380 dalam tahun 2003 hasil dari inflasi dalam negara yang lebih rendah dan kadar pertukaran yang stabil. Dalam tahun 2004, pertumbuhan dijangka akan meningkat lagi dalam lengkongan 6-6.5 peratus.

20

7.0

KESIMPULAN

Contoh pencapaian Malaysia kesan pembangunan ekonomi yang dijalankan

Semenjak merdeka kerajaan telah berusaha dengan pelbagai dasar, langkah dan program bagi menjamin kestabilan ekonomi Malaysia termasuklah melaksanakan DEB, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sememangnya langkah ini menunjukkan kerajaan BN sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam membangunkan sektor ekonomi di negara ini iaitu bagi menjamin kemajuan yang berterusan untuk faedah rakyat. Pengembalian kegemilangan bangsa Melayu di zaman-zaman silam ke era moden ini merupakan suatu permulaan gelombong kegemilangan ketiga di dalam sejarah tamaddun Melayu. Gelombang ketiga ini ialah gelombong UMNO. Jikalau di dalam gelombong pertama (Srivijaya) dan gelombong kedua (Melaka) kegemilangan Melayu itu adalah diasaskan kepada ekonomi perdagangan antarabangsa, maka gelombong UMNO ini pun mestilah diletakkan ke atas asas yang sama.

21

Mungkin penguasaan ke atas sector perkapalan, kewangan dan komoditikomoditi utama merupakan rangkaian strategic yang dapat mewujudkan linkages ekonomi yang membolehkan penyertaan Melayu meluas di dalam semua bidang. Sejarah telah membuktikan bahawa penguasaan di dalam bidang-bidang ini bukan sahaja memperkayakan Srivijaya dan Melaka, malah ianya dapat memerintah suatu empayar yang lebih daripada tiga-suku jajahannya terdiri dari lautan. Tidak ada bangsa lain di dunia ini yang dapat menguasai empayar yang sedemikian rupa selama 700 tahun. Dan yang penting sekali ialah proses politik-ekonomi negara perlu dicorakkan ke arah ini. Bangsa Melayu yang makmur tidak akan menggugat lain-lain kaum bukan

Melayu, malah ianya memberi kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia. Ini telah pun dibuktikan oleh hasil DEB, yang melihat orang-orang Cina mendapat laba berlipatlipat ganda daripada yang didapati di zaman penjajah.

RUJUKAN

A. Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

A.Aziz Deraman. (2003). Peradaban Melayu Timur Laut. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak bin Saat. (2006). Sejarah Sosiobudaya Melayu. Karisma Publications.

Ismail Noor. Muhammad Azaham. (2000). Takkan Melayu Hilang Di Dunia. Pelanduk. 22

Pahrol Mohamad Juoi. (September 2008). Dilema Melayu Islam : Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Telaga Biru.

Worawit Baru @ Haji Ahmad Idris. (2004). Pemikiran Melayu Tradisi dan Kesinambungan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

23