Anda di halaman 1dari 12

KRM 3013 ASAS NOMBOR

TUGASAN ESEI ILMIAH: MISKONSEPSI

KUMPULAN: UPSI06 (A122PJJ)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA
ROZIHAN BT ISMAIL FATHI

NO. ID
D 20111049501

TELEFON
014 2396421

TUTOR E-LEARNING:

DR. MOHD. UZI BIN DOLLAH

TARIKH SERAH

28HB MAC 2013

ISI KANDUNGAN
Halaman

1.0 1.1 1.2 1.2.1 1.3 1.3.1 1.4 1.4.1 1.5 1.5.1 2.0 3.0

Pengenalan Miskonsepsi Pecahan Penyelesaiaanya Nombor Bulat Penyelesaiannya Perpuluhan Penyelasaiannya Wang Penyelesaiannya Penutup Rujukan

2 3 4 4 5 6 8 9 9 10

1.0 Pengenalan
Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik adalah mata pelajaran yang abstrak yang melibatkan pemggunaan rumus peraturan-peraturan langkah kerja, alogritma dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos, 1989). Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya. Menurut Benjamin Peirce, ia adalah seperti sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu. Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Bahasa matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola hubungan , hukum-hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh itu , bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor & Moore : 1991). Menurut Burner dalam mempelajari ilmu matematik dengan lebih berkesan , guru harus menggunakan bahasa matematik yang mudah, mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak. Kebolehan matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan dalam

menjalani kehidupan seharian (Nor Azlan, 1987). Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman kanak-kanak itu sendiri berkaitan benda-bendayang mengandungi kuantiti dan kualiti objek seperti warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasikan nombor-nombor yang ada di sekelilingnya.M e n u r u t J e a n P i a g e t , s e t i a p k a n a k k a n a k n o r m a l b e r u p a y a m e m a h a m i matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan menarik perhatian mereka. Matematik adalah contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor. Semasa mempelajari asas nombor yang merangkumi tajuk nombor bulat , pecahan, peprpuluhan, peratus dan wang, murid mungkin akan mengalami kesukaran dalam memahaminya sehingga menimbulkan miskonsepsi dalam mempelajari konsep tersebut. Miskonsepsi ini saling berkait dalam satu konsep ke konsep yang lain.

1.1 Miskonsepsi 1.2 Pecahan


Pecahan (Bahasa Inggeris: fraction dari Bahasa Latin fractus, "dipecahkan") adalah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda. Pecahan terawal adalah salingan integer-integer yang menggunakan simbol mewakili satu perdua, satu pertiga, satu perempat, dan seterusnya. Dalam perkembangan seterusnya, pecahan "kasar" atau pecahan biasa telah dibangunkan dan ia masih digunakan hingga ke hari ini. Pecahan ini terdiri daripada satu pengangka dan satu penyebut, pengangka mewakili beberapa bahagian sama dan penyebut menunjukkan berapa banyak bahagian-bahagian tersebut yang membentuk keseluruhan. Sebagai contoh dalam pecahan 3/4, pengangka, 3, menunjukkan 3 bahagian sama, sementara penyebut, 4, menunjukkan yang 4 bahagian yang membentuk keseluruhan. Pecahan terdiri daripada beberapa bentuk iaitu pecahan biasa, pecahan wajar dan pecahan tidak wajar. Pecahan kasar (atau pecahan biasa) ialah satu nombor nisbah yang ditulis dengan satu integer (pengangka) yang [[pembahagian]dibahagikan]] dengan satu integer bukan sifar (penyebut). Pecahan kasar akan menjadi pecahan wajar apabila nilai mutlak pengangka adalah kurang dari nilai mutlak penyebut; yang menjadikan nilai mutlak keseluruhan pecahan kurang daripada 1. Pecahan kasar akan menjadi pecahan tak wajar apabila nilai mutlak pengangka adalah lebih besar atau sama dengan nilai mutlak penyebut (cth. 97). Dalam pengajaran tajuk pecahan ini didapati murid membuat kesilapan apabila tidak memudahkan pecahan dalam bentuk pecahan wajar . Selain itu , murid juga melakukan kesilapan dalam operasi penambahan pecahan. Kurang pemahaman terhadap konsep pecahan juga merupakan masalah murid terhadap tajuk ini. Kesukaran dan masalah yang dialami oleh murid adalah berpunca daripada miskonsepsi. Masalah miskonsepsi adalah amat serius kerana ia akan membawa kepada kesalahan dalam membuat pengiraan.

Miskonsepsi : Beberapa kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid berkaitan dengan nombor pecahan ialah melalui aktiviti perbandingan pecahan. Antara puncanya adalah konsep pecahan setara tidak difahami dan dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid. Selain itu, kesilapan dihadapi ketika melakukan penyusunan pecahan yakni murid tidak dapat membezakan antara nombor bulat dengan nombor pecahan. Akibatnya terdapat murid yang menyusun pecahan secara menaik sama ada berdasarkan nilai pengangka ataupun nilai penyebut.

Miskonsepsi pecahan yang kerap berlaku di kalangan murid ialah menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Kesukaran murid pada kemahiran tersebut menyebabkan kesilapan pada jawapan terakhir walapun jalan penyelesaian yang ditunjukkan adalah betul. Miskonsepsi ini berlaku apabila murid membuat operasi tambah dan tolak yang melibatkan nombor bercampur. Sebagai contoh, berikut merupakan penolakkan pecahan yang diselesaikan oleh murid.

5 - 2 = 3

Keadaan ini berlaku apabila murid mengabaikan penambahan atau penolakkan bahagian pecahan daripada nombor bercampur. Miskonsepsi mungkin berkalu kerana murid tidak memahami apa yang dilakukannya sendiri, atau salah faham tentang maksud nombor bercampur. Akibatnya jawapan yang salah diperolehi.

1.2.1 Penyelesaian

Untuk jalan penyelesaian bagi membantu murid mengatasi masalah miskonsepsi ini ialah dengan menunjukkan kaedah dan pendekatan yang sesuai. Guru akan membimbing dan menjelaskan kepada murid dengan terperinci peranan setiap nombor. Nombor bulat hendaklah berada di hadapan nombor pecahan, baki daripada hasil bahagi diletakkan di atas sebagai pengangka dan pembahagi sebagai penyebut. Pastikan penyebutnya adalah sama sebelum melakukan operasi menambah atau menolak. Guru perlu menegaskan kepada murid supaya mengingati rumus ini dalam menyelesaikan soalan-soalan yang mempunyai hasil jawapan ialah pecahan tak wajar hendaklah ditukar kepada nombor bercampur.

- 2

= (5 2) =3 = 3 -

(3)

1.3 Nombor Bulat Nombor bulat adalah terdiri daripada nombor-nombor 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9..... Asas bagi nombor tersebut adalah nombor asli. Sistem nombor asas yang kita gunakan sekarang adalah dari sistem penomboran Hindu Arabic yang lebih ringkas dan sistematik mengantikan sistem penomboran Egyptian dan Roman yang lebih kompleks. Sistem penomboran Hindu Arab mengandungi sepuluh simbol asas yang dipanggil digit.

Dalam pengajaran matematik bagi sekolah rendah amat menekankan pada penguasaan dalam asas nombor seperti nombor bulat, pecahan , perpuluhan, wang dan peratus. Dalam mempelajari tajuk nombor bulat ini terdapat beberapa kesukaran yang sering dihadapi oleh murid sehingga menimbulkan miskonsepsi dalam mempelajari kemahiran tersebut. Miskonsepsi: Salah satu miskonsepsi bagi tajuk nombor bulat yang sering dihadapi oleh murid adalah menolak nombor dengan mengumpul semula. Murid-murid ini gemar menolak digit kecil dalam setiap jalur daripada digit yang lebih besar tanpa mengambil kira kedudukan digit tersebut. Contohnya seperti berikut:

230 29 2 1 9

Miskonsepsi berlaku apabila murid dilihat menolak dua nombor daripada jalur yang . mempunyai 0. Murid menganggap 0 9 sebagai 9 0 dan memberi jawapan sebagai 9. Murid dilihat tidak melakukan pengurangan (decrementing) nombor sebelah kiri daripada 0. Kebanyakan miskonsepsi murid adalah tentang masalah penolakan nombor dengan mengumpul semula.

1.3.1 Penyelesaiaan Antara penyelesaian yang boleh dilakukan oleh guru dalam membantu murid untuk memahami konsep menolak adalah dengan mengumpul semula dengan bantuan alat bantu mengajar seperti benda maujud, contoh straw atau lidi. Yang diikat 10 dan 100. Guru harus menerangkan konsep rumah bagi setiap digit. Guru membantu murid menolak dari rumah (4)

sa, diikuti rumah puluh dan rumah ratus. Guru juga hrus menerangkan bahawa nombor kecil tidak boleh menolak nombor yang besar secara terus, seperti masalah di atas rumah sa 0 tidak boleh tolak dengan 9. Di sinilah guru perlu menerangkan konsep pinjaman dari rumah puluh. Ikatan puluh menjadi 20. Manakala rumah sa sudah menjadi 10, maka bolehlah 10 menolak 9 dan mendapat jawapan 1. Contoh seperti berikut;
2 10

2 -_ 2

3 2 0

0 9 1

1.4 Perpuluhan Perkataan perpuluhan atau dalam Bahasa Inggeris ialah decimal berasal dari perkataan latin decem yang bermaksyd sepuluh. Perkaitan antara pecahan dengan nombor perpuluhan adalah amat jelas sekali. Nombor perpuluhan boleh diwakilkan dengan nombor pecahan yang penyebutnya bernilai 10, 100, 1000 dan seterusnya. Sebagai contoh:

0.1 bersamaan dengan 0.01 bersamaan dengan 0.001 bersamaan dengan

Dalam kehidupan seharian , nombor yang biasanya ditulis menggunakan perpuluhan adalah nilai mata wang. Contoh seperti : RM123.50. titik perpuluhan pada nilai wang ini adalah untuk memisahkan antara nilai ringgit dan sen. Nombor 123.50 disebut sebagai seratus dua puluh tiga perpuluhan lima kosong.

(5)

Miskonsepsi

Terdapat beberapa miskonsepsi di kalangan murid dalam tajuk perpuluhan adalah berpunca daripada perbezaan peraturan dalam mengaplikasikan nombor perpuluhan berbanding dengan nombor bulat. Murid mengalami kesukaran dalam mengenal magnitud bagi nombor perpuluhan sekiranya terdapat nombor digit di sebelah kanan titik perpuluhan dan menganggap nombor perpuluhan sebagai nombor bulat. Kesilapan yang ketara dapat dilihat apabila murid menambah nombor perpuluhan dalam bentuk lazim yang titik perpuluhannya tidak selari. Ini berlaku kerana murid mungkin tidak tahu nilai tempat. Contoh seperti berikut:

42 . 36 + 12 . 1 = ...............

4 2 . 3 6 + 1 2.1

4 3 . 5 7

1.4.1 Penyelesaian Bimbingan dari guru boleh membantu murid dalam mengatasi masalah miskonsepsi bagi kemahiran di atas dengan menunjukkan jadual nilai tempat bagi nombor perpuluhan . Murid dibimbing untuk meletakkan nombor di tempat nilai yang betul bagi nombor bulat dan nombor perpuluhan.

(6)

Kedudukan nilai

Nombor bulat sebelum titik perpuluhan


Puluh Sa

Titik perpuluhan(.)

Nombor perpuluhan selepas titik perpuluhan


Persepuluh 3 Perseratus 6 Perseribu

Nilai tempat

.
.

4
+

2 2 4

1 5

. .

1 4 6

Jawapan

Apabila murid telah mahir dalam menyatakan nilai tempat bagi setiap nombor murid dapat menyelesaikan soalan yang melibatkan nombor perpuluhan dengan mudah. Perlu diingatkan juga kepada murid perbezaan nombor bulat dan nombor perpuluhan. Pada peringkat awal guru boleh menyediakan rumus dalam bentuk jadual bagi membantu murid menyelesaikan nilai tempat nombor perpuluhan. Setelah murid dapat memahami konsep dan kemahiran ini jadual ini akan diabaikan dan dijadikan bahan rujukan. nilai digit / nilai tempat
NOMBOR SOALAN

puluh ribu ribu ratus puluh (10 (1000) (100) (10) 000)

sa (0-9 )

Persepuluh (.)

Perseratus

Perseribu

(7)

1.5 Wang Wang adalah objek yang diterima pakai sebagai alat pertukaran dalam urusan jual beli oleh sesuatu masyarakat dan ianya sah dari segi undang-undang dalam sesebuah negara. Setiap negara mempunyai nilai mata wangnya sendiri dan berbeza dengan negara lain. Di Malaysia, nilai wang yang diterima pakai dan sah di sisi undang undang adalah ringgit dan sen. Dalam pengajaran dan pembelajaran wang, murid dibimbing untuk mengenal rupa bentuk wang , simbol nilai wang dan pertukaranringgit dan sen di samping operasi-operasi tambah, tolak, darab dan bahagi melibatkan wang. Murid didapati mahir dalam melakukan penyelesaian wang dengan hanya mencongak sahaja semasa aktiviti jual beli. . Namun apabila diminta menyelesaikan soalan dalam bentuk lazim, murid-murid mengalami masalah miskonsepsi.

Miskonsepsi Kesukaran murid dalam tajuk wang ini boleh berlaku apabila sekiranya murid mengalami masalah dalam nombor perpuluhan , peratus dan nombor bulat maka murid juga akan menghadapi masalah dalam kiraan tentang wang. Menambah dan menolak wang yang melibatkan sen antara kesilapan yang dilakukan oleh murid . Berikut adalah contoh miskonsepsi yang dilakukan oleh murid . Murid tidak menukar salah satu unit sama ada ringgit mahupun sen.

RM 1

50 sen =

RM + RM

1 5 6 0 0 sen sen

1.5.1 Penyelesaian Berikut merupakan penyelesaian yang boleh membantu murid-murid menghadapi masalah miskonsepsi tajuk wang melibatkan sen dan ringit. Murid dibimbing meletakkan nilai sen dan ringgit dengan meletakkan 2 sifar selepas titik pemisah ringgit dan sen.

(8)

Kemudian guru akan membimbing murid meletakkan dua 0 selepas titik pemisah antara ringgit dan sen. Kemudian murid perlu meletakkan satu 0 sebelum nombor 5 dan diikuti titik pemisah , maka murid boleh menyelesaikan operasi yang ditunjukkan.Setelah murid faham dan mahir dalam mengikuti langkah ini murid boleh mengulangi membuat latihan berkaitan operasi ini.

Contoh :

RM 1 + 50 sen =

RM 1 +

5 0 sen
RINGGIT

=
SEN

RM + RM

1 0 1

. .

0 5

0 0

RM

2.0 Penutup Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan negara dan

perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan perlu bekerjasama dalam memastikan murid-murid dapat menguasai matematik dengan baik supaya hasrat dengan untuk menjadi sebuah negara yang maju dan bersaing di peringkat global tercapai. Liew dan Wan Muhamad Saridan (1991) menyatakan bahawa pengajaran matematik di sekolah kurang mengambil kira perbezaan individu di kalangan pelajar-pelajar. Ini mengakibatkan sesetengah pelajar khususnya pelajar yang lemah menghadapi kesukaran untuk memahami penerangan guru tentang sesuatu konsep matematik. Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima oleh murid maka proses pembelajaran tidak akan tercapai. Seterusnya mereka akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang matematik. Sikap terhadap matematik juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan fokus murid terhadap perkara yang disampaikan oleh guru.

(9)

Selain itu murid-murid perlu menguasai sesuatu tajuk dalam matematik sebelum mempelajari tajuk yang seterusnya kerana setiap tajuk adalah saling berkait Ini dapat

membantu murid menyelesaikan sesuatu masalah matematik dalam pelbagai situasi terutamanya asas nombor iaitu nombor bulat, pecahan, perpuluhan,dan peratus. Oleh itu pemahaman konsep dan kemahiran matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran murid-murid. Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik pada peringkat sekolah rendah ini bukanlah suatu perkara yang remah keran jika ianya tidak dibendung dari awal maka tidak mustahil ia akan berlarutan ke peringkat sekolah menengah. Kelemahan dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik di peringkat sekolah rendah tentunya memberi kesan pula apabila mereka berada di sekolah menengah. Murid-murid ini perlu sedar kepentingan menguasai konsep asas matematik dengan baik agar mereka menjadi generasi yang dapat merealisasikan wawasan negara di masa akan datang.

3.0

RUJUKAN

Baharin Shamsudin (1990). Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Sekolah Rendah Buku . Kuala Lumpur : DBP, KPM Jamil A, Norlia G, Norhashimah S. (11-12 Oktober 2008). Seminar Pendidikan Sains dan Matematik : Miskonsepsi Matematik Satu Refleksi. Open Universiti Malaysia Lim K.L, Khaw A.H, Seah A.K. satu Kajian Mengenai Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Di Sekolah Rendah. Maktab Perguruan Batu Lintang : Jabatan Matematik Mohd Uzi Dollah, Noor Shah Saad .(2012). Modul KRM3013 Asas Nombor. Tanjung Malim : Universiti Perguruan Sultan Idris Mok Soon Sang (1993). Siri Pendidikan Perguruan : Pengajian Matematik. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan Pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.