Anda di halaman 1dari 30

TOPIK 8 : PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

PENGENALAN
Kajian telah membuktikan bahawa keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran (P&P) bertambah jika bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan itu sesuai, jelas, menarik dan efektif. Mengikut kajian, 75 % daripada maklumat yang diperolehi oleh pelajar adalah melalui deria penglihatan, 13 % melalui deria pendengaran, 4 % melalui deria sentuh, 4 % deria rasa dan 4 % lagi melalui deria bau. Deria penglihatan dan pendengaran merupakan dua saluran deria manusia yang penting sekali untuk memperolehi maklumat. Oleh yang demikian, bahan bantu mengajar, khasnya alat pandang dengar memainkan peranan penting dalam aktiviti P & P dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan perubahan tingkah laku. Bahan pengajaran-pembelajaran merangkumi berbagai-bagai jenis alat dan bahan sumber yang telah sedia atau yang disediakan oleh kita untuk membantu dalam pengajaran dan untuk membantu pelajar dalam pembelajaran. Dalam proses P & P, BBM atau alat bantu mengajar (ABM) digunakan bagi menjelas dan mengukuhkan isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh kita untuk mencapai objektif pembelajaran. Topik ini membantu anda menguasai kemahiran penyediaan dan penggunaan bahan bantu

mengajar yang menghuraikan jenis dan contoh bahan maujud, separa maujud dan abstrak serta kepentingannya. Topik ini juga mengkategorikan aspek alatan dan bahan, teknik penyediaan dan penghasilan bahan. Di samping itu menjelaskan tentang pengunaan bahan jenis hardware, software, pengendalian, penjagaan dan penyimpanan bahan. Pengintergrasian komputer dan bahan mediatif dalam P & P juga dibincangkan di akhir topik ini.

OBJEKTIF TOPIK
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. mengenal pasti jenis dan contoh alat-alat maujud, separa maujud dan abstrak bahan bantu mengajar. menjelaskan teknik penyediaan alat dan bahan bantu mengajar yang relevan dan berkesan untuk P & P menghuraikan penggunaan alat-alat hardware dan software dalam proses P & P menerangkan teknik dan cara penyimpanan alat-alat bantu mengajar dengan teratur dan sistematik mengamalkan pengintegrasian multimedia atau jaringan internet sebagai salah satu kaedah dan strategi secara kontektual dalam proses pengajaran-pembelajaran.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

BAHAN BANTU MENGAJAR

Jenis dan Contoh Maujud Separa maujud Abstrak

Penyediaan Alatan dan bahan Teknik penyediaan Penghasilan bahan

Penggunaan

Jenis hardware /software Pengendalian Penjagaan & Penyimpanan

8.1

JENIS DAN CONTOH BBM

Bahan P & P biasanya digolongan sebagai media pengajaran atau instructional media. Gerlach dan Ely (1980) melihat media pengajaran sebagai sumber-sumber seperti manusia, bahan atau suasana yang boleh menimbulkan iklim pembelajaran untuk merangsangkan pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta membentuk sikap positif. Reiser dan Gagne (1983) membuat kesimpulan bahawa media pengajaran merangkumi bahan bercetak, rakaman audio dan visual, filem, slaid serta alatan yang digunakan bagi menyampaikan isi pengajaran. Peranan bahan pengajaran-pembelajaran ditentukan oleh sukatan pelajaran, objektif pengajaran dan aktivitiaktiviti P & P yang terbentuk daripada pendekatan atau kaedah pengajaran guru.

Definisi Bahan Bantu Mengajar


Atan Long (1982) berpendapat, alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama `alat bantu mengajar. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Thomas, R. Murray dan Swartout, Sherwin G. (1963) menjelaskan bahawa hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.

Kategori Bahan Bantu Mengajar


Menurut J.S.Farrant (1981); alat bantu mengajar terbahagi kepada dua kategori, iaitu; 1. Alat bantu mengajar yang asas seperti papan hitam, buku teks, buku kerja, gambar dan carta, papan flannel, peta, atlas dan glob, model dan contoh-contoh. 2. Alat bantu mengajar elektrik seperti layar dan penggelapan, jalur filem, dan slaid, wayang gambar, televisyen, radio, perakam pita dan gramotor.

Mengikut W.F.Connell (1981); sumber pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu; 1. 2. Alat bantu mengajar am seperti papan hitam dan buku bercetak. Alat pandangdengar seperti objek, model, patung, gambar, lukisan, diorama, gambarfoto, glob, peta, carta, gambarajah, graf, poster, kartun dan bahan salinan bagi alat pandang. Manakala alat dengar adalah seperti radio, alat pemain piring hitam, pita rakaman suara dan sistem pembesar suara. Filem suara dan televisyen pula bercorak pandang-dengar. 3. Alat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram, modul dan mesin mengajar yang berkaitan seperti alat-alat multimedia. Kesimpulannya, BBM atau ABM boleh kita rumuskan kepada tiga jenis, iaitu; 1. 2. Alat bantu mengajar yang asas seperti papan hitam atau papan tulis, buku teks dan buku kerja Alat bantu mengajar bukan elektronik seperti objek, buku, papan flanel, model, patung, gambar, lukisan, carta, gambarajah, graf, poster, kartun, lawatan, pameran, sumbersumber komunit dsb. 3. Alat bantu mengajar elektronik seperti filem jalur dan slaid, radio, televisyen, perakam pita, video, projektor legap, projektor overhead, makmal bahasa, gramafon, alat pemain piring hitam dan pembesar suara.

8.1.1 Maksud Bahan Maujud / Konkrit


Menurut Kamus Dewan, bahan maujud bermaksud bahan-bahan yang nyata (real object) atau benda yang dapat dilihat dan dipegang. Bahan-bahan maujud adalah bahan sebenar atau asli yang anda bawa masuk ke bilik darjah sama ada buatan manusia atau semulajadi, seperti jenis sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan, kuih muih dsb

8.1.2 Bahan Separa Maujud


Kamus Dewan menjelaskan bahan separa maujud adalah bahan-bahan dan peralatan yang tidak memerlukan alat pengunjuran atau tayangan semasa digunakan. dll. Kebanyakan bahan bantu mengajar tergolong di dalam kumpulan ini, seperti carta, model, gambarfoto, kartun, gambarjah

Jenis-jenis bahan bantu mengajar separa maujud termasuk;


a) Bahan 2D bahan dua dimensi (2D) adalah bahan-bahan visual yang dihasilkan di atas kepingan kertas yang rata seperti gambarfoto dan carta. b) Bahan 3D bahan tiga dimensi (3D) adalah bahan-bahan yang menyerupai bentuk asli atau modelnya, yang dibuat sama saiz dengan benda asal atau pun dikecilkan, contohnya model kereta dan model rumah. c) Papan Pengajaran sebarang jenis papan besar yang digunakan oleh guru untuk membuat catatan isi dan bahan-bahan pengajaran yang lain untuk salinan atau tatapan pelajar, seperti papan kapur, papan hitam atau papan putih dll. d) Papan pamer papan yang digunakan untuk mempamerkan visual-visual tertentu seperti papan flanel, papan kenyataan dll.

8.1.3 Abstrak
Bahan yang tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran (tentang sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan dll) . Bahan-bahan ini selalu dibincangkan dengan pelajaran moral, agama, bahasa dan kesenian dll.

Cuba Anda Banding Beza


Apakah perbezaan BBM jenis maujud dengan bahan separa maujud?

KUIZ 1 :

Huraikan definisi bahan bantu mengajar? Nyatakan secara grafik BBM yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia?

8.1.4

Bahan pengajaran pembelajaran yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:

BAHAN BAHAN BERCETAK

BAHAN BAHAN BUKAN BERCETAK

Buku Fiksyen Bukan Fiksyen

Terbitan berkala; Harian, mingguan, bulanan, tahunan

Hardware

Software

Bahan Tiga Dimensi

dan lain-laian

Bahan-Bahan Bukan Tayangan

Bahan-Bahan Pendengaran

Bahan-Bahan Tayangan

Bahan-Bahan Tayangan dan Dengar

1. Papan tulis
2. Papan magnet 3. Papan flannel 4. Bingkai Carta 5. Image primer 6. Image printer 7. Transparensi maker 8. komputer mikro

1. Radio 2. Radio Kaset 3. Pita kaset 4. Audio card reader

1. Projektor OHP 2. Projektor Filem Slaid 3. Projektor Filem jalur 4. Episcope 5. Epivisor

1. TV/VCR
2. Projektor dengan suara - filim slaid dengan kaset - filem jalur dengan kaset 3. Projektor Filem 16 mm - 8 mm 4. Komputer

* Sukatan Pelajaran Pengurusan Pusat Sumber Sekolah: Satu Garis Panduan Untuk Kursus Perkhidmatan 1987, Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, halaman 35

1. Lutsinar OHP 2. Filem Jalur 3. Filim sisipan 4. Filem 16 mm/8 mm 5. Kaset pita audio 6. Kasetpita video 7. Carta 8. Kain gambar untuk carta pusing 9. kad-kad untuk flannel 10. Kad-kad untuk audio card reader 11. Kad cantuman /imbasan 12. Floppy disc / diskette

1. Glob 2. Modelmodel 3. Realia 4. Bahanbahan permainan pelajaran: - catur - scrable - sahiba - saidina dsb

Bahan Separa Maujud.

8.2

PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagaimanakah anda hendak memilih BBM?

Bahan bantu mengajar boleh didapati dalam beberapa jenis sama ada dalam media unjuran, media bukan unjuran atau media elektronik. Proses pemilihan bahan bantu mengajar melibatkan anda mengunakan kaedah-kaedah berikut; Pilih daripada bahan-bahan sedia ada Olahan semula bahan-bahan sedia ada Merekacipta bahan-bahan baru

8.2.1 Pilihan bahan-bahan sedia ada


Untuk membuat pilihan bahan berbentuk ini, kita boleh berpandukan faktor-faktor berikut; a) Tahap pencapaian pelajar BBM yang dipilih mestilah sesuai dengan tahap kebolehan dan perkembangan pelajar dalam bidang akademik, tahap kefahaman serta pendengaran. Bahan tersebut mestilah dapat diterima dengan mudah oleh semua pelajar. b) Bentuk objektif proses pengajaran dan pembelajaran Kandungan bahan mestilah sesuai dan sejajar dengan objektif pengajaranpembelajaran. Bahan itu mestilah mempunyai penerangan yang jelas serta mempunyai aktiviti-aktiviti kelas atau individu yang setara dalam proses P & P. c) Kaedah pengajaran yang digunakan Bahan bantu mengajar mempunyai cara atau kaedah penggunaan yang tersendiri. Kita perlu tahu cara-cara tersebut, misalnya adakah bahan itu boleh digunakan secara kumpulan atau individu? Perlukah peneguhan secara bertulis atau lisan atau gambaran atau kesemuanya?

d)

Kekuatan atau kelemahan bahan dalam situasi P & P Sebelum bahan bantu mengajar dapat digunakan secara optimum, kita haruslah dapat menyelesaikan persoalan-persoalan berikut;
7

adakah masa yang diperuntukan itu cukup? adakah bahan-bahan tambahan itu mencukupi? perlukah perbelanjaan dikeluarkan untuk menggunakan bahan itu dan sanggupkah pihak sekolah membiayainya?

8.2.2 Olahan semula bahan sedia ada.


Bahan-bahan yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat swasta lazimnya tidak mengikut kehendak kurikulum sekolah dengan sepenuhnya. Anda bolehlah menggunakan kebijaksanaannya sendiri untuk mengolah semula bahan-bahan tersebut supaya sesuai dan relevan dengan tujuan serta objektif P & P Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh kita termasuklah; a) b) c) d) memperbaiki caption atau label pada poster atau grafik mengubahsuai aras rakaman audio pada rakaman kaset atau video menyunting teks, grafik visual atau rakaman membuat atau melukis semula grafiknya.

8.2.3 Merekacipta bahan baru.


Anda adalah sumber yang paling baik untuk menghasilkan bahan-bahan yang baik, sempurna dan sesuai di dalam sesuatu situasi P & P. Anda sememangnya arif dalam beberapa aspek seperti tahap pencapaian pelajarnya, faham tentang tajuk yang disampaikan serta unggul mengenai objektif P & P yang ingin dicapai. Dalam hal ini, merekacipta bahan-bahan baru, beberapa persoalan 4W & 1H (Why, What, When, Who and How) perlu diambil kira terlebih dahulu, disamping perkara-perkara berikut, iaitu; a) Objketif P & P Apakah yang mahu dipelajari oleh pelajar? Apakah penggunaan bahan tersebut dapat mencapai objektif yang ingin dicapai?

b) -

Penonton Apakah tahap pencapaian pelajar?

c) d) -

Bolehkah mereka mengikuti arahan atau petunjuk bahan tersebut? Adakah pelajar mempunyai kecekapan, kebolehan atau pengetahuan untuk menggunakan bahan itu? Perbelanjaan Adakah penyediaan atau penghasilan bahan itu melibatkan kos? Bolehkah kita atau sekolah membiayainya? Kepakaran atau kemahiran teknikal Adakah kemahiran atau kepakaran tertentu diperlukan untuk membuat bahan itu atau untuk menggunakannya? Bolehkah didapati bantuan untuk menghasilkan bahan itu? Bolehkah kita membuat bahan itu dengan mudah? Bagaimanakah kesan bahan tersebut terhadap ilmu, kemahiran dan sikap pelajar?

8.2.4 Kriteria Pemilihan Bahan Bantu Mengajar


Sebelum anda membina sesuatu bahan, pemilihan bahan perlulah diberi perhatian, iaitu; BBM haruslah bersesuaian dengan aktivti P & P. Isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan. BBM harus mengandungi idea-idea dan rekabentuk yang asli dan tersendiri. BBM yang hendak digunakan mestilah seimbang atau sesuai dengan objektif P & P BBM boleh membantu kita dalam aktiviti P & P di mana kita boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat. Kita mestilah suaidiri terlebih dahulu dengan media ataupun bahan yang bakal digunakan untuk mengelakkan kesilapan atau kelemahan semasa persembahan. Rekabentuk BBM hendaklah menarik dan berkesan untuk menimbulkan minat pelajar. BBM mestilah sepadan dengan kaedah pengajaran yang digunakan dan mengandungi nilai-nilai murni yang tinggi. BBM yang dipilih itu mestilah sesuai dengan kebolehan dan tahap pencapaian pelajar. BBM haruslah disediakan dengan kos yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. BBM harus disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan.

Cetusan Minda
. Terangkan objektif yang berkaitan dengan aspek penyediaan bahan bantu mengajar setelah anda membaca modul ini?

8.2.5 Kepentingan Bahan P & P

Penglihatan 75%

Sentuh 4% Bau 4 %

Pendengaran 13%

Rasa 4 %

8.2.6 Kepentingan bahan rujukan guru


Bahan seperti sukatan pelajaran, buku panduan mengajar dan buku sumber adalah penting bagi kita mengkaji dengan teliti supaya dapat mengajar dengan tepat, membolehkan kita merancang persediaan mengajar dengan berkesan serta menyediakan alat bantu mengajar yang relevan dan sesuai.

8.2.6 Kepentingan bahan pengajaran guru


Bahan pengajaran merujuk kepada alat bantu mengajar yang digunakan oleh kita semasa mengajar. Bahan-bahan ini terdiri daripada kapur dan papan tulis, carta, radas-radas, spesimen, benda-benda maujud, gambar, peta dan glob, rakaman kaset dan video, transparensi dan projektor, komputer dan LCD. Kepentingan bahan pengajaran ialah; 1. 2. 3. 4. membantu kita menyampaikan pelajarannya dengan tepat. merangsangkan minat pelajar supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran. memudahkan kita menyampaikan pelajarannya. Dengan BBM kita tidak perlu menghuraikan sesuatu dengan menggunakan banyak perkataan. kita dapat menjimatkan masa pengajarannya kerana kita tidak perlu lagi menulis maklumat-maklumat itu di atas papan hitam.

KUIZ 2 :
Nyatakan 3 cara memilih bahan bantu mengajar? Huraikan salah daripada cara tersebut?

10

Kepentingan bahan pembelajaran pula ialah; 1. 2. 3. 4. 5. membolehkan pelajar menghubungkaitkan di antara benda konkrit dengan fakta-fakta yang abstrak. membantu pelajar mengukuhkan ingatan. Pelajar biasanya boleh mengingat sesuatu yang berbentuk konkrit lebih lama daripada bahan-bahan abstrak. membantu pelajar menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan membolehkan pelajar menjalankan kajian, melalui kaedah projek atau kaedah inkuiripenemuan dan membuat kesimpulan dengan menggunakan BBM membantu pelajar menyelesaikan masalah secara sendiri dengan menggunakan BBM.

AKTIVITI 1: Anda dalam kumpulan (2 atau 3 orang) dikehendaki membuat sebuah papan flanel mengikut ukuran dan saiz berikut ; Cara Membuat Papan Flanel:
Untuk membuat papan flanel, kita memerlukan kayu untuk pemidang (bingkai) dan kuda-kuda, sekeping papan tebal atau papan lapis untuk menutup pemidang dan sehelai kain flanel yang berkualiti untuk dibuat alas. Kekemasan dan kesempurnaan alat amatlah diutamakan. 1. Membuat pemidang 2 keping kayu / beluti 2 keping kayu / beluti Kuda-Kuda 2 keping kayu / beluti 2 keping kayu / beluti 2 ensel paku dan skru 84 sm x 2 sm 55 sm x 2 sm

2.

52 sm x 2.5 sm x 7.5 sm 76 sm x 2.5 sm x 2 sm jenis 1.2 sm 84 sm x 55 sm x 1.5 mm tebal) 89 sm x 61 sm

3. 4. 5.

Papan Lapis / Papan Tebal Kain Flanel Paku Tekan / stapel

11

8.3

PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN BBM

Pengumpulan dan penyimpanan bahan-bahan bantu mengajar tanpa sebarang sistem tertentu akan menyusahkan pelajar dan guru. Salah satu punca utama kurangnya penggunaan bahanbahan bantu mengajar di sekolah-sekolah ialah kerana kesukaran kita untuk mendapat bahanbahan tersebut. Oleh yang demikian, untuk memastikan bahan-bahan 2D dan 3D yang telah dibuat dan dikumpul dapat digunakan dengan meluas, satu organisasi pengumpulan dan penyimpanan yang kemas dan lengkap perlulah kita adakan.

ORGANISASI PENYIMPANAN BAHAN P & P Di dalam bilik darjah, pelbagai jenis ruang pembelajaran seperti ruang bacaan, sudut akademik serta ruang pengendalian dan penyimpanan alatan atau bahan pembelajaran adalah disediakan sebagai tempat pelajar-pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Untuk memastikan keberkesanan penggunaan ruang-ruang pembelajaran tersebut, semua sumber pembelajaran hendaklah diorganisasikan mengikut cara-cara seperti berikut; 1. 2. 3. Kita hendaklah menyusun BBM secara berasingan mengikut mata pelajaran dan diletak dalam tempat yang sesuai serta mudah didapati. Satu rekod senarai sumber pembelajaran hendaklah kita simpan untuk rujukan. Cara mengedar, mengutip dan menyimpan BBM @ sumber pembelajaran hendaklah kita jelaskan kepada pelajar supaya mereka boleh menggunakannya dengan mudah dan berkesan. 4. Bahan pembelajaran seperti gambar, spesimen, carta, lukisan dan hasil kerja pelajar boleh kita pamerkan pada papan kenyataan atau digantung pada dinding untuk dibaca pelajar dari semasa ke semasa. 5. 6. Ruang bacaan hendaklah kita lengkapi dengan buku-buku cerita untuk digunakan menjalankan aktiviti membaca secara kumpulan. Ruang akademik seperti matematik hendaklah kita lengkapi dengan alat-alat mengira, benda-benda maujud dan bahan-bahan perdagangan.

7.

Kerja penyusunan alat-alat dan bahan-bahan pembelajaran boleh kita uruskan secara gotong royong. Ada baiknya kerja penyusunan ini kita berikan kepada ketua-ketua

12

kumpulan supaya mereka dilatih bertanggungjawab menjaga sumber pembelajaran mereka dalam keadaan baik, kemas dan bersih. 8. Ruang penyimpanan hendaklah kita sediakan almari, rak-rak dan kotak-kotak supaya sumber pembelajaran dapat disimpan dalam keadaan kemas dan teratur bagi mengurungkan kesesakan serta menambahkan keindahan bilik darjah. Organisasi penyimpanan bahan P & P adalah amat penting untuk aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Sekiranya bahan pembelajaran di dalam bilik darjah diorganisasi dengan baik, teratur dan sisitematik, keberkesanan interaksi pelajar dengan bahan serta aktiviti pembelajaran akan dapat kita pertingkatkan.

8.3.1 Kaedah-Kaedah Penyimpanan Bahan P & P


Di antara kaedah yang mudah dan senang kita gunakan termasuklah almari khas, fail-fail ringkas, album plastik, kotak dan gantungan. a) Almari Khas
Bahan 2D dan 3D boleh disimpan di dalam almari-almari berasingan. Para-para yang berasingan ataupun yang berlainan warna boleh digunakan untuk membezakan tajuk koleksi atau pun tahap bahan koleksi itu. Letakkan label-label yang jelas sebagai rujukan.

Almari Khas

Rajah 1 : Almari Khas

Apakah yang anda tahu? 1. Apakah yang dimaksudkan olahan semula bahan bantu mengajar? 2. Nyatakan kriteria pemilihan BBM dalam P & P?
13

b)

Fail-Fail Ringkas
Carta, poster dan gambarajah yang mempunyai saiz yang sama besar ataupun mempunyai tajuk yang serupa boleh kita cantumkan menjadi satu fail berjilid dengan menggunakan tali atau gegelang. Fail tegak atau fail biasa juga digunakan. Jangan lupa, anda perlu letakkan label yang jelas pada kulit fail tersebut.

Fail-Fail Ringkas

Rajah 2 : Fail-Fail Ringkas

Kuiz 3
1. Senaraikan sekurang-kurangnya 3 kaedah penyimpanan BBM dengan betul setelah membaca modul ini? 2. Nyatakan tujuan penggunaan bahan bantu mengajar setelah memahami modul ini?

c)

Album Plastik

14

Gambarfoto harus kita simpan di dalam album plastik kerana ini memudahkan kerja-kerja memilih gambarfoto tersebut. Warna gambarfoto juga akan lebih lama jika kita simpan di dalam album plastik.

Album Plastik

Rajah 3 : Album Plastik

d)

Kotak
Bahan-bahan 3D boleh kita simpan di dalam kotak-kotak bertutup. Kotak boleh diperbuat daripada kertas keras ataupun daripada papan lapis. Kita harus letakkan label yang jelas pada setiap kotak yang digunakan.

Kotak

Rajah 4 : Kotak

15

5.

Gantungan
Bahan 2D boleh kita simpan secara menggantung pada rak-rak khas. Gunakan klip buaya besar atau penyangkut yang kuat. Kita boleh menggunakan kad warna bahan untuk membezakan tajuk atau tahap atau bahan yang disimpan itu.

Rak Gantungan

Rajah 5: Rak Gantungan

Kuiz 4 :
Mengapakah bahan bantu mengajar perlu anda organisasikan dengan kemas dan sempurna? Bincangkan?

8.3.3 CARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR


16

Tujuan kita menggunakan bahan bantu mengajar ialah;


menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep. menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar. menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal dan konkrit. memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar. membina pemikiran yang berterusan, terutama melalui pengunaan filem-filem bergerak. membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar. menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Garis Panduan menggunakan BBM/ABM untuk aktiviti pengajaran-pembelajaran adalah seperti berikut;
1. BBM/ABM seperti carta hendaklah kita gantung di suatu tempat yang sesuai supaya pelajar boleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakan carta, kita haruslah membimbing pelajar-pelajar meneliti fakta yang penting supaya tidak membazirkan masa serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, kita boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada pelajar-pelajar bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan kita. Cara ini boleh menarik minat pelajar serta membangkitkan daya pemikiran mereka. 2. Sebelum bahan atau peralatan kita edarkan kepada pelajar untuk kerja praktis atau amali, kita harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisiplin dan mengikut masa yang ditetapkan.

3.

Kita harus tunjukkan BBM kepada pelajar hanya pada masa yang perlu sahaja. Jika sesuatu BBM ditunjukkan lebih awal, pelajar-pelajar akan asyik tumpukan perhatian mereka kepada alat itu dan kurang memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran kita.

4.

Kita harus membimbing pelajar-pelajar membincang fakta-fakta penting yang terkandung dalam BBM. Selepas itu, kita harus adakan aktiviti penilian terhadap tindak balas pelajar tentang hasil penggunaan BBM itu dengan tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif P & P.

5.

BBM yang telah selesai kita gunakan haruslah dikumpul semula dan disimpan dengan baik di tempat yang selamat.

17

6.

BBM haruslah digunakan untuk membantu kita dalam aktiviti P & P dan ia tidak boleh menggantikan tempat kita. Penggunaan BBM haruslah sesuai dengan aktiviti P & P supaya mencapai objektif pelajaran yang ditentukan. Pada amnya, cara menggunakan bahan bantu mengajar hendaklah kita uruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar-pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan mereka. Nilai sesuatu BBM yang baik akan terjejas sekiranya alat itu tidak kita sediakan mengikut kriteria-kriteria yang telah dihuraikan atau penggunaannya kurang cekap dan berkesan atau penyimpanan yang kurang sistematik

8.3.4

KOMPONEN HARDWARE & SOFTWARE DALAM PENDIDKAN ICT

A)

PERKAKASAN (HARDWARE)
Perkakasan (hardware) dalam sistem rangkaian kita merangkumi beberapa komponen yang berbentuk fizikal. Komponen ini termasuk komputer, peralatan rangkaian seperti modem, mesin cetak, fax, unit backup, peranti simpanan fail dan sebagainya. Komponen perkakasan yang lain termasuk kabel yang kita gunakan untuk menyambungkan beberapa komputer dan peralatan dalam dua rangkaian melalui penyambung (connector) adalah digunakan demi memudahkan pertukaran maklumat. Jenis penyambung yang sering kita gunakan dipanggil sebagai bridge. Perkakasan (hardware), adakah anda tahu maksud ini ? Hmm... perkakasan membawa maksud, komponen-komponen utama yang terdapat dalam sesebuah sistem komputer. Contoh perkakasan ialah, PEMPROSES (processor), INGATAN (memory) dan PEMACU (drive). Pada ruangan ini, kita akan mengenali secara kasar, apakah perkakasan komputer yang membolehkan komputer dapat berfungsi dan berinteraksi dalam pendidikan. Istilah Bahasa Inggeris juga turut disertakan untuk mengelakkan kekeliruan dalam mengenali perkakasan komputer. Sebelum anda mengenali komputer dengan lebih dekat, sebaiknya anda perlu mengenali apa itu perkakasan luar komputer, seperti, papan kekunci, tetikus, monitor, pencetak, pengimbas, dan lain-lain.

18

Pemproses, dikenali juga sebagai PROSESSOR. Ia merupakan pusat utama bagi sesebuah komputer dan berperanan sebagai 'jantung' untuk memproses data dan laluan data keluar dan masuk. Pemproses bertindak memproses segala data (input/output) untuk diterjemahkan supaya data-data input dapat kita lihat di monitor dan dikeluarkan melalui Kad Bunyi (sound card). Antara contoh pemproses yang kita boleh dapatkan dalam pasaran ialah i486, Intel Pentium II, Intel Pentium III, Pentium IV, Intel Celeron, AMD K6-2, Cyrix 6x86, dan Motorolla PowerPC. Unit ukuran yang digunakan untuk mengukur nilai kelajuan pemproses ialah HERTZ (Hz). Kelajuan pemproses pada zaman dahulu adalah dalam lingkungan 1 Mhz (1000 Hz) hingga 75Mhz (75000 Hz). Manakala, kebanyakan pemproses pada hari ini mempunyai kelajuan yang sangat tinggi, iaitu dalam lingkungan 100 Mhz (100000 Hz) hingga 1.5 Ghz (1500000 Hz). Antara contoh pemproses yang berkelajuan tinggi ialah, Intel Pentium II, Intel Pentium III, Intel Pentium IV, Intel Celeron, dan AMD K6-2.

Jadual dibawah menunjukkan kelajuan-kelajuan pemproses.


Pemproses Intel Pentium Intel Pentium II Intel Pentium III Intel Pentium 4 AMD K6-2 AMD Duron AMD Athlon Cyrix 6x86 M2 Cyrix 6x86 M3 Kelajuan 75 Mhz, 100 Mhz, 133 Mhz, 166 Mhz, 166 Mhz MMX, 200 Mhz MMX. 200 Mhz, 233 Mhz, 366 Mhz, 400 Mhz. 400 Mhz, 466 Mhz, 566 Mhz, 866 Mhz. 1 Ghz, 1.2 Ghz 300 Mhz, 400 Mhz, 450 Mhz, 500 Mhz, 550 Mhz. -NA700 Mhz 200 Mhz, 233 Mhz 333 Mhz

Ingatan (Memory)
Ingatan komputer disebut 'memory', istilah yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris. Dalam sesebuah sistem komputer, terdapat berbagai-bagai jenis memori. Antaranya ialah, Cache Memory, BIOS Memory dan SIMM-RAM (Single Inline Memory Module - RAM) / DIMM-RAM. Pada asasnya, terdapat dua jenis memori, iaitu, Memori Kekal dan Memori Sementara. Cache Memory dan SIMM-RAM tergolong dalam Memori Sementara atau juga dipanggil RAM (Random Access Memory), manakala BIOS memory adalah tergolong dalam Memori Kekal atau juga dipanggil ROM (Read Only Memory).

19

Cache Memory biasanya terdapat pada papan induk dan pada prosessor. Cache memory pada sesebuah prosessor mempunyai dua peringkat, iaitu Cache Lever 1 dan Cache Lever 2. Keluasan kedua-dua memori ini mempengaruhi kelajuan sesebuah prosessor. Saiz cache memory pada prosessor biasanya sebesar 128 hingga 256 kb (Kilobytes). SIMM-RAM / DIMM-RAM adalah merupakan memori utama yang diperlukan oleh sistem komputer untuk menjalankan operasi. Memori jenis ini biasanya dipanggil dengan perkataan RAM sahaja. RAM mempunyai berbagai-bagai jenis, seperti FP Mode-RAM, EDO-RAM, SD-RAM dan RD-RAM. Komputer pada masa dahulu menggunakan FP Mode RAM dan EDO-RAM. RAM jenis ini adalah pendek dan mempunyai 72-pin dan berfungsi dalam kelajuan 33 hingga 66 Mhz dalam pemindahan data.

EDO-RAM

EDO-RAM

Gambar rajah dibawah menunjukkan papan induk socket 7 dan kedudukan slot EDORAM... Selain itu, RAM yang berjenis, FP-Mode (Fast Page Mode), adalah RAM yang jarang didapati dan RAM ini mempunyai kelebihan tertentu dari segi pemindahan data. RAM FP-Mode ini mempunyai saiz yang sama dengan EDO-RAM. Manakala RD-RAM adalah RAM yang masih jarang didapati. Ini kerana, RD-RAM hanya digunakan untuk sistem yang berkelajuan 1Ghz ke atas.

SD-RAM

20

SD-RAM (Sycronize Dynamic-RAM) adalah pilihan RAM yang terbaru dan berfungsi dalam berbagai-bagai kelajuan. Antaranya ialah, 66 Mhz, 100 Mhz dan 133 Mhz. Kelajuankelajuan ini juga dikenali dengan panggilan 'PC-100' untuk SD-RAM berkelajuan 100 Mhz dan 'PC-133' untuk SD-RAM berkelajuan 133 Mhz. RAM yang mempunyai <null>-pin ini mampu untuk menampung FSB papan induk dan kelajuan CORE prosessor yang berkelajuan 66 Mhz hingga 133 Mhz. Pada sistem komputer yang menggunakan prosessor berkelajuan 200 Mhz keatas, SD-RAM menjadi pilihan kerana dapat menyokong kelajuan prosesor. Gambar rajah dibawah menunjukkan dimana kedudukan dan jenis slot SD-RAM...

Cache Memory
Cache Memory pula terletak di atas papan utama dan kelihatan seperti sekumpulan litar terkamil (IC). Cache Memory pada prosessor pula terletak pada prosessor.

ROM - BIOS
Memori yang terdapat dalam BIOS adalah bersifat kekal dan tidak boleh diubah-ubah kandungannya. Memori ini sebenarnya adalah Firmware. Memori ini berfungsi untuk menjalankan arahan-arahan ringkas untuk permulaan menghidupkan sistem komputer sebelum, arahan-arahan yang dikeluarkan oleh prosessor. Arahan yang terkandung dalam memori BIOS ini juga adalah digunakan untuk menyimpan data-data mengenai konfigurasi komputer seperti saiz pemacu cakera keras, kelajuan prosessor, dan penetapan APM (Advanced Power Management). Untuk menyimpan data-data ini, sedikit bekalan kuasa elektrik masih diperlukan, dan ini merupakan tugas bateri (yang terdapat pada papan induk) untuk membekalkan kuasa walaupun komputer telah dimatikan suisnya.

Mainboard
21

Mainboard dikenali

atau

Papan

Utama

juga

sebagai

Motherboard

(Papan

Induk) adalah merupakan papan litar besar yang menempatkan komponen-komponen utama kad-kad dan komputer tambahan Modem seperti seperti pemproses Kad Bunyi (prosessor), ingatan (memory) dan juga (Sound Card), Kad Paparan (Display Card) juga Dalaman (Internal Modem). Pada papan utama (mainboard), terdapat komponen-komponen elektronik seperti IC, perintang dan juga kapasitor. Komponen ini menjalankan fungsi-fungsi yang tertentu. Selain itu, terdapat Slot iaitu tempat kad-kad tambahan dimasukkan. Papan utama dikelaskan berdasarkan jenis soket atau jenis pemproses yang boleh disokong. Antaranya ialah, papan induk Socket 3, papan induk Socket 7, papan induk Socket 370, papan induk Slot 1, dan papan induk Slot A. Setiap soket yang terdapat pada papan induk ini, menyatakan jenis pemproses yang boleh dimasukkan. Jadual dibawah menunjukkan jenis soket dan pemproses yang boleh digunakan.
Jenis Papan Induk Socket 3 Socket 7 Socket 370 Slot 1 Slot A Pemproses i386, i486 dan setaraf Intel Pentium, AMD K6-2, Cyrix 6x86 dan setaraf Intel Pentium II, Intel Pentium III, Intel Celeron PPGA, Cyrix 6x86 M3 Intel Pentium II, Intel Celeron AMD Duron, AMD Athlon

KUIZ 5 :
Huraikan perbezaan antara perkakasan dan perisian dalam pendidikan multimedia?

B)

PERISIAN (SOFTWARE)

22

Perisian (software) merupakan sesuatu program komputer. Ia mengandungi suatu set arahan dalam bahasa spesifik yang mengarah komputer supaya melaksanakan operasi ke atas data terkandung dalam program itu atau dibekalkan oleh pengguna. Perisian rangkaian merangkumi program yang dioperasikan oleh komputer-komputer dalam rangkaian. Sistem Operasi Rangkaian merupakan perisian yang utama dalam rangkaian kerana sistem ini mengorganisasi dan menyelenggarakan segala aktiviti dalam rangkaian itu. Jenis perisisan rangkaian yang lain adalah dihuraikan secara ringkas seperti berikut; 1. Pemacu Rangkaian (Network driver) : dengan rangkaian yang berkenaan. 2. Perisian aplikasi (Application Software) : merangkumi program digunakan dalam komputer yang bersambung kepada sesuatu rangkaian. Program ini termasuk word processors, spreadsheet dan lukisan. 3. Pelayan (Server Software): Perisian ini merupakan perkhidmat komputer yang membolehkan maklumat dan sumber disalurkan kepada komputer-komputer lain dalam rangkaian. Perisian ini adalah digunakan untuk membolehkan server itu menjalankan sesuatu tugas spesifik, misalnya memproses e-mail. 4. Perisian Pengurusan (Management software): Perisian digunakan mengendalikan lebih daripada 20 buah komputer dalam rangkaian. Ia membolehkan pentadbir rangkaian untuk mengorganisasi dan mengendalikan sesuatu rangkaian secara lebih berkesan. 5. Pakej Perisian : Perisian ini merangkumi pelbagai aplikasi, misalnya Microsoft Office bukan sahaja boleh berfungsi sebagai pemprosesan perkataan tetapi juga boleh digunakan untuk mereka bentuk laman web, memanjangkan dan menerima e-mail, memperolehi dan menghantar data melalui downloading dan uploading, dsb. 6. Perisian Sekuriti : Perisian ini mempunyai dinding kebakaran (firewall) yang kuat. Misalnya, Windows XP SP 2 boleh melindungi pengguna komputer daripada serangan virus dan hacker dengan menyediakan Windows Firewall dalam perisiannya. Perisian ini membenarkan komputer supaya

menggunakan kad antara muka rangkaian (network interface card) untuk berkomunikasi

CARA PENGGUNAAN PERISIAN

23

Pastikan anda menggunakan perisian software - Windows 98SE,Me, 2000,XP. Kelajuan CPU Pentium ll ke atas Memiliki Ram 64MB dan keatas Pastikan anda telah memasukkan perisian Quick time, media player dan Winamps yang disediakan.

PENGGUNAAN PERISIAN DALAM PENDIDIKAN Membantu kita menjalankan tugas dengan lebih bersistematik. Pelajar dan guru boleh mendapatkan maklumat dengan mengakses data. Terdapat berbagai jenis perisian aplikasi yang guru dan pelajar boleh gunakan dalam membantu proses P & P. Dapat memotivasikan pelajar dengan lebih yakin dan berkesan.

8.3.5

INTREGRASI HARDWARE DAN SOFTWARE DALAM P & P

Pengintergrasian wujud apabila anda menghasilkan sebuah slaid bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer terdiri daripada jenis grafik , fotografi, video, animasi, MS Word, MS Power Point, MS Excel dan sumber dari laman web di internet. Pengintergarsian bahan-bahan ini amat penting untuk anda mendapatkan hasilan yang bermutu serta berteknologi tinggi serta dapat memperkayakan maklumat yang sedia ada. Berdasarkan rancangan pengajaran dan pembelajaran harian yang kita sediakan, pengintegrasian menggunakan teknik hyperlink dan kemudiannya kita aplikasikan dalam langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran. Antara bahan yang boleh kita gunakan ialah :A) Bahan Grafik Gambar yang kita gunakan sebagai reprentasi untuk mengkomunikasikan pesan atau informasi kepada seseorang, Cara penyampaian yang paling berkesan adalah dengan menggunakan gambar sebenar atau lukisan lakar atau garis yang jelas tentang objek tempat dan konsep. Gambar pada umumnya lebih representatif daripada lukisan lakar.

24

B) Fotografi Medium fotografi tergolong sebagai media pegun dan tayang (slaid) yang boleh kita gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Perkataan fotografi ini jika dilihat pada etimologinya berasal dari dua perkataan Greek seperti Photos bererti cahaya dan Graphein membawa erti tulis / lukis. Dari dua perkataan ini apabila kita gabungkan dapat membawa maksud sesuatu proses penghasilan imej yang boleh dilihat dengan mata kasar dalam bentuk cetakan akibat daripada tindakan cahaya dengan gabungan seni dan sains. Perkembangan terbaru dalam teknologi berimej telah membawa perubahan dari teknologi analog ke pada teknologi digital. Kelebihan pada kemera ini adalah pada proses rakaman gambar. Ia gunakan teknologi video yang merakam gambar menggunakan pola binary (impulse electric) pada cekera berformatkan digital melalui CCD (charge couple device) yang menukar tenaga cahaya ke bentuk digital.

C) Video Video menyatukan pergerakan, warna, audio dan teks, menjadikannya penyampai idea dan maklumat yang baik dan lengkap berbanding dengan media yang lain. Melalui video, kita akan mendapat pengalaman yang mungkin tidak dapat di alami sekiranya maklumat disampaikan dengan media lain. Pada hari ini teknologi video telah banyak memberi kesan yang besar terhadap kehidupan kita. Dengan adanya teknologi digital sekarang peranan dan fungsi video semakin meluas dalam kehidupan kita seharian. Selain itu video memberi pengalaman kepada pelajar terhadap peristiwa masa lampau, masa kini dan masa hadapan. Pelajar boleh dibawa mengembara ke kutub, ke gurun, ke dasar laut ke angkasa lepas tanpa ke sana tapi dengan menonton video di dalam kelas.

Slaid Projektor

25

Kelebihan Video Pergerakan imej boleh menjelaskan konsep dengan lebih baik terutama apabila pencernaan terhadap pergerakan adalah penting. Proses menunjukkan langkah-langkah yang berturutan seperti dalam mejalankan tunjuk ajar amali sains atau menjalankan sesuatu prosedur Pencerapan tanpa risiko, rakaman video membolehkan pelajar menonton fenomena yang merbahaya untuk dilihat secara terus seperti letusan gunung berapi, peperangan dan sebagainya. Perfileman, video boleh melakonkan semula peristiwa sejarah dan menghidupkan semula sejarah silam dan ini akan menarik minat pelajar. Pembelajaran kemahiran, memerlukan pencernaan dan latihan yang kerap. Video membolehkan pencernaan dilakukan berulang. Pembelajaran afektif, kerana potensinya tinggi untuk memberi impak emosi, video berbentuk dokumentari dan propaganda sering digunakan untuk membentuk sikap masyarakat. Penyelesaian masalah, untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan penonton membincangkan sesuatu isu untuk mencari jalan penyelesaiannya. Memahami budaya, tayangan video boleh memberi gambaran terhadap sesuatu budaya supaya dapat menghargai dan menghormati budaya masyarakat lain.

Kelemahan Video Kadar maju yang tetap, walaupun video boleh diulang-ulang namun tayangan masih berjalan pada kadar maju yang tetap maka pelajar tidak dapat mengikuti dan ada yang tidak sabar untuk menunggu sehingga selesai. Fenomena pegun, tidak sesuai dalam keadaan pegun seperti merakam peta , carta organisasi dan sebagainya. Salah tafsir dalam persembahan drama atau dokumentari kadangkala terdapat isu yang kompleks serta mudah berlaku salah tafsir terhadap apa yang hendak disampaikan seperti kaedah pencernaan flash back dan sebagainya.

KUIZ 6 :
Jelaskan pengintegrasian hardware dan software dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

26

D) Audio Pada umumnya deria dengar cuma 13% penggunaan daripada semua penggunaan deria yang lain. Audio dan bunyi adalah tenaga gelombang mekanikal atau gelombang bunyi yang berubah apabila berlakunya tekanan udara yang bergerak disekeliling kita. Perubahan tekanan udara ini adalah hasilan getaran molekul atau jirim udara yang gegendang telinga dapat mengesan dan diinterpetasikan oleh saraf otak terdapat sesuatu bunyi. Medium audio yang menjadi perantaraan penyampai dengan pendengar boleh menjadi pendorong pada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.terutama pada media yang melibatkan deria dengar. Kita menggunakan audio dalam pengajaran perlu merancangkan aktiviti yang boleh mengaktifkan pelajar sama ada di luar atau di dalam bilik darjah. Untuk menghasilkan suara dan muzik yang berkualiti kita perlu kenal pasti tentang peralatan seperti perakam dan mikrofon yang sesuai. Terutamanya pada keadaan dan situasi rakaman yang hendak dirakamkan.

8.3.6

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

Kalau anda nak tahu, komputer merupakan; Mesin pelbagai guna untuk menerima dan memproses data untuk dijadikan maklumat Mula digunakan pada tahun 1944 Mark I / IBM. Diperbaiki lagi teknologinya pada tahun 1946 di Amerika Syarikat menggunakan tiub vakum dan bersekala besar. Genarasi ke 2 menggunakan transistor dan diodes dibangunkan pada awal 1950an, ianya lebih laju, fleksibel dan teknikal. Generasi ke 4 dibangunkan pada awal 1970an menggunakan cip mikroprosesor , cakera liut untuk storan data. Perkembangan Multimedia dan internet pada awal 1990an menyebabkan pembangunan komputer begitu pesat dengan peningkatan kelajuan CPUnya dipertingkatkan 2 kali ganda setiap 3 tahun. Projek ICT yang dilaksanakan kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan sekolah Bistari(1999), Projek Litrasi Komputer (1992) dan banyak lagi telah bermula di Malaysia pada tahun 1986. ICT dalam pengajaran dan pembelajaran membawa banyak perubahan kepada pendekatan objektif kepada konstruktif dan mementingkan kemahiran generik.

27

8.3.7

PERANAN KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN Apakah peranan computer? Di antara nya ialah;
Tutor Berfungsi sebagai pengajar dalam sesuatu mata pelajaran. Komputer diprogramkan terlebih dahulu oleh guru pakar untuk disampaikan kepada pelajar melalui kaedah terancang. Tool Membantu pelajar dan guru untuk menghasilkan sesuatu seperti membuat perkiraan atau analisis produk, menaip fakta dan banyak lagi. Tutee Sebagai alat yang perlu diajar, membuat atau melaksanakan sesuatu kerja mengikut objektif atau sasaran dengan tepat dan tuntas.

8.3.8

PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN. Bagaimana dengan Internet? Secara ringkasnya ialah; Internet tidak asing lagi dikalangan pelajar. Merupakan sumber untuk mendapatkan maklumat. Menggunakan rangkaian wired atau wireless telah diperluaskan di negara kita. Penggunaannya perlu dibimbing untuk memilih atau menentukan maklumat yang terdapat di web itu benar atau tidak. Menentukan sumber apakah yang sesuai dan tidak sesuai ketika pelajar melayari internet. Pengesahan Sumber Internet Terdapat 5 ciri umum untuk menilai sesuatu sumber dari internet : 1. Ketepatan ( Accuracy): Kandungan isi yang dinyatakan itu didapati tepat dan ada unsur tanggungjawab. 2. Bukti dan Keterangan Pengarang (Authoriti) : Lihat kelayakan dan reputasi pengarang yang menerbitkan bahan tersebut, lihat juga sumber rujukkannya. 3. Berobjektif (objectivity ) : Bahan yang tidak menyebelahi satu pihak sahaja. 4. Terkini (Currency) : Bahan yang menyampaikan maklumat yang terkini. Lihat tarikh hak ciptanya.

28

5. Liputan (Coverage) : Liputannya komprehensif, ekstensif dan intensif

KESIMPULAN:
Dalam era globalisasi, teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berkaitan dengan usaha-usaha memudahkan pembelajaran kita termasuklah mengenal pasti semua bahanbahan pembelajaran, mengembangkan sistem-sistem pengajaran, menyampaikan sumbersumber ini kepada pelajar-pelajar dan menguruskan proses-prosesnya termasuklah pengurusan bahan-bahan elektronik. E-Pembelajaran telah mengurangkan beban kita dalam penyediaan bahan bantu mengajar dan cara penyampaian. Pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT bukan lagi dalam sektor ekonomi tetapi ia berperanan besar dalam pendidikan. Perkongsian maklumat boleh berlaku dengan berkesan melalui teknologi ini dalam pendidikan. E-Pembelajaran walaupun bukan penyelesaian menyeluruh tetapi adalah pilihan yang baik untuk kita merealisasikan pengajaran dan pembelajaran menggantikan kaedah tradisi chalk and talk Dengan itu, penggunaan komputer dalam pendidikan telah membawa kita banyak perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Ia juga membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran-pembelajaran serta kemahiran dan latihan guru. Dalam hal ini, kementerian Pelajaran Malaysia telah membudayakan penggunaan komputer melalui program CAE, CAI, CMI dan CAT (rujuk glosari) Perkembangan Sekolah Bestari dalam alaf baru telah menjadi arah-aliran dalam perkembangan pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari merupakan sekolah yang satusatunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan cukup mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran wawasan negara. Lantaran itu, pemasangan prasarana IT, bukan sahaja membolehkan kita menggunakannya untuk pengajaran-pembelajaran, tetapi juga berkomunikasi dengan ibu bapa dan komuniti persekitaran, serta memperoleh maklumat dari sumber luar seperti perpusatakaan awam, sektor perindustrian dan institusi pendidikan melalui Jaringan (network). Sesungguhnya bahan bantu mengajar (BBM) dapat memudahkan tugas kita dalam proses P & P serta melahirkan seorang pendidik yang kreatif, kritis, inovatif dan berwawasan..

29

30