Anda di halaman 1dari 12

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

UNIT 1 TEORI DAN PRINSIP PEMBELAJARAN MEMBACA BERDASARKAN DAPATAN KAJIAN


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Definisi dan maksud membaca. 2. Psikolinguistik dan pembelajaran membaca. 3. Teori dan prinsip pembelajaran membaca. 4. Dapatan kajian.

PENGENALAN
Kemahiran membaca merupakan satu proses yang dinamik dan kompleks. Menguasainya, bukanlah satu kerja yang mudah. Ia melibatkan keupayaan membaca dengan pantas, memahami dan mengingat fakta, dan kebolehan membuat tafsiran secara bijak dan analitis. Membaca merupakan percantuman beberapa proses yang kompleks, iaitu proses mengamati, mengingat, mendengar dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut lambang- lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang- lambang yang dibaca itu kepada sistem kognitif untuk difahami dan diterjemah (Smith, 1978). Penguasaan kemahiran ini hanya dapat dilakukan melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal.

ISI KANDUNGAN
Definisi Dan Maksud Membaca
Apakah maksud membaca? Pelbagai pengertian membaca telah diberi oleh ahli-ahli bahasa dan para pendidik. Kebanyakan definisi yang diketengahkan adalah berdasarkan pandangan individu tentang proses membaca dan bagaimana kemahiran membaca itu terbentuk. Menurut Danald J. Leu dan Charles K. Kinzer (1955: 11), membaca ialah: A developmental, interactive, and global process that involves learning. It is a personal process specially incorporating an individual's

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

linguistic knowledge and can be both positively and negatively influenced by nonlinguistic internal and external variables orfactors. Berdasarkan definisi di atas, adalah jelas bahawa membaca melibatkan proses mentafsir dan memahami simbol-simbol tulisan. Kemahiran membaca amat penting untuk membolehkan pelajar menimba ilmu pengetahuan daripada pelbagai sumber dan bidang. Oleh itu, bacaan yang berkesan penting bagi mencapai kemahiran belajar yang sempurna. Membaca ialah proses seseorang itu membina semula mesej yang dirakam oleh penulis dalam bahasa yang bertulis. la merupakan suatu proses bahasa yang aktif dan amat bergantung kepada ramalan (Goodman, 1976 ). Ramalan yang dimaksudkan itu ialah pembaca sentiasa cuba menyusun semula maklumat yang hendak disampaikan oleh penulis mengikut apa yang dibaca dan difahami. Dalam hal ini, Goodman seterusnya menjelaskan bahawa membaca dipengaruhi oleh faktor-faktor yang melibatkan kewibawaan bahasa lisan, seperti sistem sintaksis, semantik dan fonologi. Menurut beliau. Jika semua maklumat ini digunakan serentak, membaca menjadi sebagai suatu aktiviti asas bagi menyelesaikan masalah, atau mengumpulkan maklumat. Membaca juga memberi pertimbangan pada klu-klu konteks yang terdapat dalam teks yang dibaca. Ia turut merupakan pembinaan semula makna yang menggunakan sistem kiu yang terdapat dalam bahasa. Sementara itu, Smith (1973) pula menambah dengan memberikan definisi pemahaman membaca sebagai memahami apa yang dibaca dengan menggunakan apa yang diketahui. Dengan itu, faktor pengetahuan sedia ada turut sama memainkan peranan dalam pemahaman membaca seseorang itu. Membaca melibatkan dua jenis maklumat dalam sesuatu bahan yang dibaca, iaitu maklumat visual dan maklumat nonvisual. Maklumat visual yang dimaksudkan ialah bahan-bahan bercetak yang menjadi medium manakala maklumat nonvisual pula produksi minda yang terkandung dalam sesebuah teks yang dibaca.

Psikolinguistik Dan Pembelajaran Membaca


Masalah pada umur berapa pengajaran membaca sebaik-baiknya dimulakan merupakan satu masalah yang telah lama menjadi perbincangan ahli-ahli psikologi. Masalah yang kedua pula ialah pendekatan apakah yang sebaik-baiknya diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran membaca. Kedua-dua masalah ini menimbulkan pertentangan pendapat kerana mereka meninjaunya dari sudut yang berlainan, iaitu sudut luaran seperti persekitaran, struktur luaran bahasa dan sistem tulisan.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

Walau bagaimanapun, keadaan ini mula berubah apabila wujudnya disiplin psikolinguistik. Disiplin baru ini merupakan gabungan antara disiplin psikologi yang mengkaji perilaku manusia dengan disiplin linguistik yang mengkaji manusia secara ilmiah. Dengan adanya kerjasama antara kedua-dua disiplin ini, segala aspek bahasa dan bidang yang berkaitan dengannya, dapat dikaji dengan sempurna. Perkara yang penting dalam kerjasama ini ialah penekanan yang diberikan pada. aspek-aspek dalaman bahasa, yang berada dalam otak, selain aspek-aspek luarannya. Pengetahuan psikolinguistik kognitif yang menekankan peranan otak dalam proses pembelajaran telah memberi kita banyak maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam otak pada masa seseorang kanak-kanak itu memperoleh bahasa ibunda. Ini termasuklah proses yang berlaku ketika kanak-kanak itu bercakap, memahami kalimat-kalimat yang didengarnya, dan juga proses yang berlaku pada masa kanak-kanak- itu belajar membaca. Selain aspek tersebut, psikolinguistik kognitif memberi perhatian khusus pada masalah-masalah negatif yang dihadapi oleh kanak-kanak itu, umpamanya tidak, boleh bercakap , tidak boleh membaca, dan tidak dapat memahami kalimat-kalimat yang didengar atau dibaca. Menurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan bahasa dan keupayaan membaca seseorang bermula sejak dia dilahirkan. Setelah seseorang itu dilahirkan, dia terus berusaha mempelajari dunia dan alam sekeliling ini melalui pancainderanya. Pengetahuan inilah nanti yang menjadi dasar pemerolehan bahasa dan kebolehannya membaca. Dengan kata lain, berbahasa dan membaca tidak mungkin berlaku tanpa pengetahuan dunia ini. Dengan peniruan ini, jelaslah bahawa pengajaran membaca yang bersistem dan teratur sudah boleh dimulakan pada waktu kanak--kanak mula pandai bercakap, iaitu pada peringkat umur dua. atau tiga tahun. Kekhuatiran yang sering dibangkitkan oleh pakar psikologi adalah sama ada atau tidak pengajaran membaca yang terlalu awal itu boleh menjejaskan perkembangan akal kanak-kanak pada kemudian hari. Menurut penyelidikan yang dilakukan oleh ahli-ahli psikologi, pengajaran membaca yang awal tidak akan menjejaskan perkembangan kognitif kanak-kanak, asalkan la dilakukan dengan cara yang betul menurut pendekatan dan kaedah psikolinguistik kognitif. Malah dengan pendekatan yang betul, perkembangan kognitif kanak-kanak akan dapat dipertingkatkan lagi. Dengan demikian, jelaslah bahawa pengajaran dan pembelajaran membaca lebih baik dimulakan pada peringkat awal. Untuk membolehkan kita memahami pendekatan dan kaedah pengajaran membaca dengan baik, kita harus terlebih dahulu memahami proses-proses yang berlaku pada waktu kita sedang membaca. Proses membaca mengikut psikolinguistik kognitif bermula dengan makna dan berakhir dengan makna juga. Makna ini ditentukan oleh pengetahuan dunia kita yang kita peroleh melalui pancaindera sejak kita dilahirkan.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

Ini bermakna seorang pembaca yang baik selalu mengarahkan pengetahuan dunianya untuk memberi makna pada lambang-lambang tulisan yang dibacanya untuk mendapatkan erti daripada lambang-lambang tulisan Itu. Dengan demikian, proses membaca menurut pandangan psikolinguistik kognitif merupakan satu proses dua hala. Hala pertama ialah hala dari lambang ke otak yang jauh lebih kecil daripada hala kedua, iaitu hala dari otak ke lambang tulisan. Membaca menurut fahaman psikolinguistik kognitif melibatkan banyak faktor umpamanya, faktor lambang bertulis, penglihatan, ingatan jangka pendek, bahasa dan tatabahasa, erti, pengetahuan mengikut fahaman ini adalah satu proses psikolinguistik yang berlaku apabila seseorang pembaca membentuk semula dalam fikirannya makna yang ingin disampaikan oleh seseorang penulis melalui lambang-lambang bertulis yang dibaca oleh pembaca tadi. Ini bermakna, seseorang pembaca itu tidak perlu membunyikan lambanglambang bertulis itu terlebih dahulu sama ada secara, kuat atau secara senyap, dan selepas itu mengenal kata-kata yang dibunyikan dan kemudian baru memahamkan ertinya. Menurut definisi ini, seseorang pembaca harus dapat memberi makna daripada teks dengan bantuan yang minimum daripada tanda saran yang didapati daripada, lambang-lambang bertulis dalam teks itu tanpa membunyikan kata satu persatu. Dengan demikian psikolinguistik kognitif menolak definisi membaca, menurut fahaman teori pembelajaran lama yang mengatakan bahawa membaca adalah satu kegiatan mengenal kata-kata dengan cara, membunyikannya (dalam hati) dan kemudian memahamkan erti daripada kata-kata itu. Definisi ini seolah-olah mementingkan pengenalan kata yang tepat satu persatu dengan cara membunyikannya terlebih dahulu sebelum dapat difahamkan erti sesuatu kalimat. Definisi ini mengetepikan peranan yang dimainkan oleh pembaca. Pembaca merupakan satu organisme yang pasif yang hanya menunggu kemasukan erti dari luar. Ini merupakan proses satu hala yang sangat bercanggah dengan keadaan membaca yang sebenarnya. Proses satu hala ini ditentang oleh psikolinguistik kognitif kerana ia tidak mengambil kira peranan yang dimainkan oleh pembaca. Jelaslah bahawa, tujuan utama, membaca adalah untuk mendapatkan erti yang sebenarnya. Untuk ini, tanda saran daripada huruf atau kalimat bertulis adalah diperlukan. Tanda saran inilah yang merangsang otak untuk mengarahkan pengalaman dan pengetahuan dunia seseorang itu meramalkan, erti dan seterusnya merumuskan erti yang sebenarnya dengan melakukan penyepaduan dan pembinaan semula.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

Soalan-soalan
1. Membaca melibatkan dua faktor penting, iaitu pemahaman dan pentafsiran idea yang dilambangkan melalui tulisan. Jelaskan pernyataan tersebut. 2. Adakah anda bersetuju bahawa membaca melibatkan proses berfikir secara aktif, analitis dan kritis? Mengapa?

Teori Dan Prinsip Pembelajaran Membaca


1. Frank Smith (1971, 1975) telah menerangkan bahawa proses membaca merupakan satu proses kognitif. Menurut Smith, Noam Chomsky dengan aliran transformasi-generatifnya telah mempengaruhi pemikiran manusia tentang proses membaca iaitu dengan memasukkan unsur kognitif dalamnya. Daripada pelbagai huraian tentang membaca yang dikemukakan oleh ahli-ahli bahasa dan ahli-ahli psikolinguistik, proses membaca dapat dirumuskan seperti yang berikut: Perlakuan membaca ternyata merupakan perlakuan yang kompleks, yang, terdiri daripada kemahiran mengenal dan memahami apa yang dibaca. 2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan kefahaman pada pihak pembaca dan tidak memadai setakat dapat mengecam dan menyebut perkataan-perkataan sahaja. 3. Dalam proses membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasakan dan membayangkan apa yang dibaca. Ini bermakna tujuan asas pembacaan adalah untuk penginteraksian apa yang dibaca. Jadi, perlakuan membaca tidak- berlaku dalam ruang yang kosong. Sebaliknya, la terjadi dalam satu ruang untuk mewujudkan interaksi antara, pembaca dengan penulis serta berfokus pada tujuan tertentu yang dimaksudkan. 4. Pembacaan yang dilakukan oleh seseorang pelajar tidak berlaku tanpa pemikiran dan tujuan, jangkaan dan pengetahuan serta pengalaman lalu tentang apa yang hendak dibaca. Lazimnya, seseorang pembaca itu akan mengaitkan tujuan, jangkaan dan pengetahuan lalu pada apa yang akan dibacanya. Justeru itu, dalam perlakuan membaca, kebolehan untuk mengaitkan dan mengintegrasikan semua aspek tersebut adalah penting bagi menghasilkan satu, pembacaan dengan kefahaman. 5. Dalam proses membaca terdapat beberapa susunan tugas yang perlu dilakukan oleh pembaca. Susunan tugas itu adalah; a) Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

b) Mengaitkan lambang atau perkataan itu dengan bunyi atau makna. c) Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya pada apa yang telah sedia ada dalam kepala. d) Mengumpulkan dan mencantumkan idea, perkataan dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang lengkap. e) Cuba menghuraikan atau menjelaskan idea-idea yang didapati kepada diri sendiri, kawan-kawan, guru atau ibu bapa. Berdasarkan susun tugas di atas, dapat disimpulkan bahawa proses membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif pada pihak pembaca. Penyelidik-penyelidik seperti Artley (1966), Niles (1969), Russell (1972) dan Dechant (1974) berpendapat bahawa peringkat-peringkat pemikiran yang berlaku dalam kepala. seseorang semasa, membaca adalah seperti jadual yang berikut:

Peringkat i Literal

ii Iii

Interpretasi Penilaian

Iv Asimilasi

Jenis-jenis Pemikiran Membuat pengamatan tentang bentuk, bunyi dan makna perkataan. Mengaitkan dan menterjemahkan lambang kepada makna. Memberi tindak balas terhadap apa yang dihadapi berdasarkan pengetahuan sedia ada. Membuat penapisan terhadap apa yang, disimpan.

Jadual 1.1: Peringkat dan Jenis Pemikiran Oleh yang demikian, jelaslah bahawa bacaan dan pemahaman tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Membaca perkataan demi perkataan dengan tidak memahami makna ayat dan keseluruhan teks yang dibaca bukanlah bacaan yang sebenar. Ini disebut sebagai word calling atau barking at print. Dalam jadual di atas jelas menunjukkan bahawa dalam proses bacaan terdapat beberapa peringkat iaitu literal, interpretasi, penilaian dan asimilasi yang kesemuanya melibatkan proses mental. Oleh itu, proses bacaan perlu dilihat dan sudut psikolinguistik untuk memahami sepenuhnya keseluruhan proses dan seterusnya mengaplikasikannya dalam pengajaran kemahiran membaca.

Dapatan Kajian
Sofiah Hamid (1983) berpendapat, pemahaman membaca mempunyai hubungan yang erat dengan pencapaian seseorang dalam bidang-bidang yang lain. Dengan wujudnya kebolehan membaca dan memaham yang sempurna, seseorang itu dapat

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

dengan mudah mengumpul pelbagai maklumat dan pengetahuan daripada pelbagai bahan dan sumber. Di sekolah, keupayaan menguasai tahap pemahaman membaca yang tinggi seperti ini akan membolehkan pelajar meningkatkan pencapaian mereka dengan lebih berkesan. Ini kerana mereka mampu mengamati, mengingat, mendengar dan membezakan bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi-bunyi tersebut untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibaca itu kepada sistem kognitif untuk difahamkan dan ditafsirkan dengan baik. Menurut Stauffer (1969), seseorang yang melakukan pembacaan tanpa pemahaman, bererti dia belum boleh dikira sebagai berkebolehan membaca. Ini kerana membaca ialah proses berfikir untuk pemahaman yang memerlukan pembaca menterjemah, mengaplikasi, menganalisis, meramal, dan membentuk imaginasi. Harris dan Hodge (1981) menganggap pemahaman membaca adalah satu kebolehan atau kemampuan memahamkan sepenuhnya apa yang dibaca, la merupakan satu proses yang berlaku dalam otak untuk mendapatkan maklumat daripada satu komunikasi, sama ada komunikasi itu dilakukan melalui lisan, tulisan, atau melalui penggunaan simbol-simbol tertentu. la adalah satu proses mentaI yang kompleks. Pemahaman membaca memerlukan lebih daripada hanya memahamkan makna satu-satu perkataan. la melibatkan pengecaman, pemilihan makna-makna yang sesuai, keupayaan membina satu generalisasi, dan juga membuat penilaian (Rubin 1975, Cohen 1990). Kingston (1961) menganggap membaca sebagai hasil komunikasi, iaitu produksi akibat daripada interaksi antara pembaca dengan penulis. Perkara ini didefinisikan oleh Farr (1971) sebagai mendapatkan pemikiran. Robinson (1972) pula berpendapat bahawa pemahaman membaca adalah proses mengenal dan menterjemah simbol-simbol bahasa yang kemudiannya melibatkan proses berinteraksi dengannya. Menurut beliau, interaksi ini mungkin berlaku dalam bentuk-bentuk yang berikut: a) b) c) d) e) Penerimaan atau penolakan sesuatu idea yang dikemukakan. Penghayatan bahasa itu sendiri. Penyimpanan fakta-fakta. Perasaan atau inspirasi. Dorongan untuk membolehkan tindakan yang seterusnya diambil sama ada positif atau negatif.

Lapp (1978) berpendapat bahawa bacaan adalah kefahaman, andainya apa yang dibaca itu tidak difahami, maka pembacaan yang sempurna belum lagi berlaku. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Kenedy (1981) mentafsirkan membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual grafik yang mewakili bahasa atau perkataan.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

Walau apa pun pengertian yang diberikan, secara keseluruhannya, membaca ialah satu tindakan komunikasi, iaitu satu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan, dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantaraan lambang-lambang bahasa. Membaca adalah tindak balas kemahiran terhadap pengalaman melalui penggunaan kata, frasa, dan tatabahasa yang memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami makna daripada teks (Cohen 1990). Oleh itu, pembaca yang baik bukanlah seorang penerima yang pasif. Sebaliknya, dia harus mampu merasa, menimbang, menyoal dan menyingkir, serta memahami bahan yang dibaca. Seseorang itu dikatakan terlibat dalam bacaan apabila ia mampu mengikuti dan mentafsirkan pemikiran yang bertulis. Pemahaman membaca harus mempunyai kaitan dengan tujuan membaca pembaca itu (Kingston 1970). Tay (1979) menyenaraikan empat tujuan kefahaman bacaan, seperti yang diperlihatkan berikut: a) Berkebolehan mengecam idea daripada petikan yang dibaca, kemudian menceritakan dengan perkataan sendiri bahan bacaan. b) Mengesan isi-isi yang lebih terperinci dan penting serta menyelesaikan soalan-soalan yang ditimbulkan. c) Membantu pelajar mencari isi-isi dan berkemampuan merumuskan idea-idea yang dibaca. d) Membantu pelajar menyusun idea-idea mengikut urutan, dan dapat menghuraikan bahan yang dibaca berdasarkan pemahaman sendiri. Justeru, membaca mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. Untuk mencapai matlamat tersebut, seseorang itu mesti mampu mencungkil makna daripada teks yang dibaca. Makna ini diperoleh dengan maklumat nyata teks dan dimengertikan melalui pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Pembaca harus boleh menterjemah lambang bertulis kepada bunyi bahasa, dan mendapatkan maklumat serta makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang disuarakan itu (Kementerian Pendidikan Malaysia 1992). Pemahaman dalam bacaan adalah penting kerana ia merupakan dorongan yang kuat untuk seseorang itu meningkatkan keupayaan berfikir, la merangsangkan operasi mental dan penjanaan pemikiran. Sekiranya pelajar membaca tanpa dapat menggerakkan pemikirannya ke arah apa yang dibaca, maka dia masih dianggap belum sampai ke peringkat pemahaman membaca yang sebenarnya (Durkin 1977). Faridah Jaafar (1986) telah membuat kajian di sekolah rendah di Kuala Lumpur dengan menggunakan dua bahan bacaan, iaitu dalam bidang sains dan sains sosial. Empat aspek yang dikaji ialah pemahaman bacaan pelajar pada peringkat mengenal butiran, menterjemah idea utama, membuat inferensi dan mengkaji sama ada bidang bacaan kefahaman mempengaruhi pemahaman membaca. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa taraf penguasaan pelajar pada

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

keseluruhan ujian pemahaman dan pada empat peringkat kefahaman bacaan yang diuji adalah tinggi. Secara keseluruhan, pelajar dapat memahami bahan bacaan dengan sempurna. Faridah membuat kajian di dua buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan. Sampel kajian terdiri daripada 226 orang pelajar darjah enam. Ujian pemahaman yang diberi mengandungi empat peringkat soalan berdasarkan enam bahan teks, iaitu tiga berkaitan dengan bidang sains dan tiga lagi berkaitan dengan bidang sains sosial. Empat peringkat soalan yang digunakan oleh pengkaji ini adalah berdasarkan peringkat pemahaman yang dikemukakan oleh Santoz, iaitu peringkat mengenal dan mengecam butiran, peringkat mengenal dan menterjemah, peringkat membuat inferens, dan peringkat membuat analisis. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pencapaian pelajar pada peringkat pemahaman. Tahap pemahaman yang paling tinggi ialah peringkat mengenal dan mengecam butiran dengan min skor pelajar ialah 85.4. Ini diikuti dengan peringkat membuat inferens dengan min skor pelajar 71.3 dan peringkat mengenal atau menterjemah idea utama 69.4. Safiah Osman (1990) berpendapat, ada banyak perkara yang boleh menjadi sebab mengapa seseorang pembaca itu gagal memahami dengan baik teks atau petikan yang dibaca. Ada kemungkinan seseorang itu membaca hanya setakat mendapatkan maklumat daripada teks yang dibaca dan tidak mempunyai niat lain daripada itu. Atau mungkin juga pembaca tersebut tidak dapat membuat inferensi atau perkaitan bagi menambahkan pemahamannya terhadap teks yang dibaca. Hal ini berlaku kerana pembaca tidak mempunyai pengetahuan latar yang berkaitan dengan bahan yang dibaca. Oleh itu, pembaca tidak dapat menghubungkaitkan apa yang dibaca dengan maklumat yang sedia ada padanya. Beliau menyebut bahawa ramai pelajar sekolah menengah turut mengalami kesukaran memahamkan isi kandungan sesuatu teks yang dibaca. Kelemahan ini adalah lanjutan daripada masalah yang berlaku di sekolah rendah. la berpunca daripada kegagalan pelajar yang tidak dapat menguasai asas-asas yang kukuh dalam kefahaman bacaan, sama ada dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau mata-mata pelajaran yang lain. Menurut Goets (1977), masalah pemahaman membaca ini timbul kerana pelajar tidak dapat membuat inferensi apabila membaca teks. Smith (1971) berpendapat perkara ini berlaku kerana pembaca hanya membaca huruf demi huruf atau perkataan demi perkataan tanpa menghubungkan makna perkataan-perkataan tersebut. Marohaini Yusof (1999) memberitahu, makna perkataan atau semantik memang merupakan satu faktor yang boleh menyebabkan susah senangnya sesuatu teks yang dibaca. Susah senangnya perkataan dalam teks, secara bebas mempengaruhi kefahaman dalam membaca. Kemerosotan prestasi para pelajar perlu dilihat daripada pelbagai perspektif. Kelemahan dalam pencapaian akademik bukan bergantung kepada faktor pengajaran di dalam kelas sahaja, malah beberapa faktor lain yang berkaitan dengan proses pembelajaran turut memainkan peranan dan mempengaruhinya.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

10

Caroll (1967) menegaskan bahawa faktor-faktor yang menentukan kejayaan seseorang ialah bakat, kecerdasan, ketabahan, mutu pengajaran, dan peluang pelajaran. Mackey (1965) pula menganggap bahawa faktor-faktor linguistik, sosial, dan psikologi memainkan peranan penting dalam pencapaian seseorang individu, manakala Marohaini Yusof (1999) menegaskan dua kategori besar yang mempengaruhi kebolehan membaca. Pertama ialah faktor yang ada pada muridmurid, dan kedua ialah faktor yang ada pada bahan bacaan itu sendiri. Berdasarkan pelbagai pendapat dan kelemahan yang diketengahkan itu, satu kajian secara khusus perlu dilakukan untuk meninjau prestasi keseluruhan pelajar, dan mengenal pasti sama ada terdapat atau tidak kelemahan pada tahap keupayaan pemahaman membaca di kalangan mereka. Sekiranya ada, kajian perlu diteruskan untuk melihat perbezaan keupayaan dan bentuk-bentuk penguasaan yang telah dapat dikuasai. Kajian juga harus melihat dengan jelas akan kesukaran teks dan sekiranya terdapat kelemahan, teks yang bagaimana yang mereka mengalami masalah untuk memahamkannya? Hasil kajian ini nanti diharap dapat dikongsikan bersama, oleh pihak-pihak yang bertanggung jawab dan dicari satu alternatif penyelesaian untuk menyekat kegagalan daripada merebak dan terus berlaku.

Soalan-soalan Kefahaman
1.

Apakah pendapat anda tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah rendah / sekolah Menengah yang menegaskan bahawa para pelajar harus cekap membaca dan memahami pelbagai bahan dengan kritis dan analitis. Bincangkan pendapat Wardhaugh (1969) tentang membaca. Secara sumbang saran, kemukakan pelbagai alasan mengapa kita membaca?

2. 3.

4. Apa yang anda boleh simpulkan daripada pelbagai pendapat tentang membaca? 5. Bincangkan pendapat ahli-ahli psikolinguistik tentang membaca.

RUMUSAN
Melalui bab ini, perbincangan berkaitan dengan definisi dan maksud yang berkaitan dengan bacaan telah pun dibincangkan bagi membolehkan gambaran awal berkaitan dengan prinsip pengajaran bacaan diperolehi. Teori dan prinsip yang berkaitan turut telah dibincangkan di dalam bab ini di samping beberapa dapatan kajian yang berkaitan dengan pengajaran bacaan.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

11

RUJUKAN
Abd. Ghafar Md. Din (1993).Meningkatkan Keberkesanan Dalam Penulisan Pembacaan, dan Pemahaman. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Brown, A.L. (1980). Metacognitive Development and Reading dalam Theoritical Issues In Reading Comprehension Perspectives From Cognitive Psychology Linguistics, Artifical, Intelligence And Education. Spiro R.J (ed.) Hillsdale. Lawrence Erlbaum Associates. Dale D. Johnson dan P. David Pearson (1978). Teaching Reading and Reading Vocabulary. New York. Holt, Rinehart dan Winston. Dorothy Grant Henning (1993).Reading With Meaning. New Jersey. Prentice Hall. Dorothy Rubin (1993).A Practical Approach to Teaching Reading. Boston. Allyn and Bacon. Frank B. May (1990). Reading as Communication. Ohio. Merrill Publication Company. Frank Smith (1971). Understanding Reading. New York. Holt, Rinehart dan Winston. H. Alan Robinson (1978). Teaching Reading And Study Strategies. The Content Area. Boston. Allyn and Bacon. Irwin L. Joffe. (1980). Opportunity For Skinful Reading. Sixty Edition. California. Wadsworth Publishing Company. Kathleen T. McWhorter (1984). Academic Reading. Harper Collins College Publishers. New York. Marohaini Yusof (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur. Karya Bistari. McNeil, J.D. (1992). Reading Comprehension. New Directions For Classroom Practice. New York. Harper Collins Publishers. Safiah Osman (1990). Peningkatan Kemahiran Membaca dalam Safiah Karim (ed.) Membaca : Satu Pengenalan. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn. Bhd. Sharon J. Crawley & Lee H. Mountain (1988). Strategies For Guiding Content Reading. Boston. Allyn & Bacon, Inc.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

12