Anda di halaman 1dari 3

Nama : Aizatul Shairah bt.

Mat Nasir Kelas : 4 MTED 2 REFLEKSI ( PENGAJARAN MIKRO BOLA BALING ) Syukur kepada illahi, akhirnya pengajaran mikro kumpulan kami telah berakhir dengan jayanya. Sepanjang pengajaran mikro, kami memperoleh banyak pengalaman dan input baru berkaitan cara-cara dan teknik yang betul dalam menyediakan rancangan pengajaran harian Pendidikan Jasmani dan Kesihatan khususnya untuk bola baling dengan lebih efektif. Selaku pensyarah pembimbing, Mr. Khoo banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan teguran membina bagi memantapkan lagi cara pengajaran kami di samping memperbaiki kelemahan kami semasa menyediakan rancangan pengajaran harian untuk diaplikasikan di sekolah kelak. Sebelum pengajaran mikro bermula, kami telah membuat pinjaman terlebih dahulu dari stor maktab untuk menggunakan peralatan yang berkenaan yang akan digunakan semasa pengajaran mikro. Kami memastikan agar bilangan peralatan yang akan digunakan mencukupi dan berada dalam keadaan baik. Ini akan melancarkan lagi proses pengajaran mikro pada hari keesokannya. Selain itu, secara tidak langsung, kami belajar untuk mengawal keadaan dan tingkah laku murid bagi memastikan mereka bermain dalam keadaan yang terkawal, mengikut arahan dan tidak melakukan aktiviti lain sepanjang aktiviti berjalan. Semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran, arahan yang diberikan mestilah dalam nada yang kuat dan jelas supaya mudah difahami pelajar.

Semasa pengajaran mikro bola baling, terdapat beberapa kelemahan kami yang perlu dibaiki agar kesalahan yang sama tidak diulangi lagi pada masa hadapan. Semasa aktiviti tunjuk cara, kami telah melakukannya dengan posisi kaki yang kurang kemas. Sebaliknya, kami perlu belajar untuk membuat demonstrasi langkahan kaki yang betul sewaktu melakukan jaringan atas kepala dengan betul agar tidak mengelirukan murid. Kami amat bertuah kerana mendapat bimbingan En. Khoo yang membantu kami memperbetulkan gerakan dalam jaringan atas kepala. Semasa aktiviti berjalan, kami telah membuat penilaian ke atas setiap murid untuk melihat keupayaan fizikal dan kognitif masing-masing dalam menguasai kemahiran yang diajar. Setiap pelajar perlu cuba untuk menjaringkan bola sedaya upaya yang mereka boleh dan membuat balingan tepat mengenai sasaran. Semasa permainan kecil berlangsung, murid-murid perlu bijak mencari ruang untuk menjaringkan bola mengenai sasaran yang ditetapkan. Dari aspek keselamatan, ruang permainan yang disediakan adalah mencukupi dan telah digunakan secara maksimum. Kami akan cuba untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang berlaku terutama dalam aspek tunjuk cara untuk memastikan tahap kecekapan dan penguasaan murid dalam kemahiran yang dipelajari berada pada tahap seoptima yang boleh. Dalam pada itu, kaedah pengajaran secara ansur maju amatlah penting untuk mengajar sesuatu kemahiran bagi memantapkan lagi kemahiran yang telah dipelajari. Secara keseluruhannya, kami telah menjalankan aktiviti pemanasan dan penyejukan badan, tunjuk cara, latih tubi, ansur maju dan permainan kecil mengikut prosedur yang telah digariskan. Sepanjang aktiviti berlangsung, semua murid memberikan kerjasama yang amat baik sekali di mana mereka sentiasa aktif untuk bermain bagi memastikan

kumpulan mereka menang. Mereka semua gembira melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Kesimpulannya, pengalaman mengendalikan pengajaran mikro ini secara tidak langsung adalah sebagai suatu persediaan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal sebagai seorang bakal guru kelak. Kami berharap agar ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ditimba dapat dikongsi dan dipraktikkan bersama pelajar semasa mengajar subjek Pendidikan Jasmani kelak.