Anda di halaman 1dari 12

DEFINISI TAMADUN ISLAM

Pengertian tamadun dapat dilihat melalui sudut bahasa Arab, sudut epistemologi, bahasa Inggeris dan Latin. Epistemologi : istilah civilization dimaksudkan sebagai tamadun manusia lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat. Syed Muhammad Naquib Al-Attas : keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Ibnu Khaldun : pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.

SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM DAN CIRI-CIRI UTAMA ISLAM


SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM Sejagat : tidak terikat kepada bangsa tertentu atau disandarkan kepada tempat tertentu, milik seluruh manusia yang berpegang kepada al-Din dan dapat dilihat di mana sahaja tanpa ada sempadan geografi. Terbuka : dicipta tidak terbatas kepada had tertentu tetapi diletakkan di atas garis panduan yang tetap iaitu syariat Islam. Unsur-unsur selain Islam boleh diamalkan dan diperkembangkan selagi tidak melanggar syariat.

Sepanjang

zaman

berkesinambungan

dan

mengalami

proses

kesinambungan sehingga sekarang. Bermula dari turunnya wahyu pertama dan tidak pernah berhenti. Toleransi : terhadap agama dan budaya lain. Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pentadbiran Tamadun Islam tidak dilarang mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing. Kesatuan dalam kepelbagaian : sebarang bentuk kemajuan yang dicapai oleh Tamadun Islam dalam pelbagai bidang disatukan oleh akidah Islam yang menjurus ke arah mengesakan Allah s.w.t. CIRI-CIRI UTAMA ISLAM Menyeluruh(sempurna/syumul) Meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk undangundang(syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah s.w.t. dan hubungan sesama manusia. Umum (alamiah/universal) Bersesuaian dengan setiap orang, masa dan tempat. Ideal dan realistik Menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah s.w.t. Mengambil kira realiti alam sejagat atas dasar bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata yang menunjukkan kewujudan Allah s.w.t

MATLAMAT TAMADUN ISLAM


MATLAMAT UMUM - mengangkat Islam sebagai al-Deen( cara hidup yang lengkap dan komprehensif) - memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam MATLAMAT KHUSUS - hubungan manusia dengan Allah pencipta Alam - hubungan manusia sesama manusia - hubungan manusia dengan alam sejagat HUBUNGAN MANUSIA DENGAN PENCIPTA ALAM Hubungan yang tertinggi, unggul, kudus, bahagia, suci dan murni Suatu bentuk hubungan yang unik, berkekalan, mutlak, serta tidak menyamai atau dapat dibandingkan dengan sebarang bentuk hubungan lain. Implikasi dan tanggapan Pengiktirafan manusia yang dicipta terhadap Penciptanya, Pencipta Manusia dan Alam semesta Pengiktirafan manusia yang dicipta terhadap keagungan pemerintahanNya dan kebesaran kekuasaan-Nya Pengiktirafan manusia yang dicipta terhadap nikmat-nikmat Allah s.w.t Manusia yang dicipta sentiasa menyedari dan mengharapkan rahmat dari Penciptanya Manusia yang dicipta mempunyai perasaan bertanggungjawab Penumpuan hanya kepada Allah s.w.t melalui permohonan dan doa Cinta dan rindukan Allah s.w.t

HUBUNGAN MANUSIA SESAMA MANUSIA Masyarakat Islam merupakan suatu masyarakat yang sejagat - tidak bersifat perkauman - tidak bersifat kebangsaan - tidak terbatas dalam linkungan geografi dan politik - berbentuk kesatuan ummah - tidak membataskan hubungan dengan masyarakat bukan islam - tidak memandang keyakinan dan kepercayaan individu tetapi mementingkan hubungan baik,saling menghormati, bertoleransi dan berdisiplin. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEJAGAT Manusia dianugerahkan dengan pancaindera yang berkembang dan subur, akal fikiran yang dapat mengumpulkan segala hasil yang dicapai oleh pancaindera sambil menyelaraskan hasil yang dicapai oleh pancaindera itu hingga dapat menjelaskan hakikat alam itu sendiri. Hubungan dalam pengambilan kepentingan dan penundukan segala yang terdapat padanya untuk faedah, maslahat dan kepentingannya Alam sejagat merupakan pentas yang dijadikan renungan dan kajian serta mendalamkan pemikiran terhadapnya termasuk isi kandungannya

DASAR-DASAR TAMADUN ISLAM


Dasar utama: untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah kepada hamba-hambanya dan makhluk lain ciptaanNya Dasar utama ini didorong oleh beberapa aspek penting: a. Memelihara jiwa/nyawa/hak-hak hidup b. Memelihara akal fikiran c. Memelihara kehormatan dan keturunan d. Memelihara harta benda e. Memelihara hak dan kebebasan

MEMELIHARA HAK-HAK HIDUP i. ii. iii. iv. 4 peraturan dalam hak-hak hidup: Setiap perkara yang berhubung dengan kehidupan dan kawalannya wajib dijaga. Setiap perkara yang boleh memudaratkan tubuh badan manusia atau mengancam nyawa adalah haram Setiap perkara yang yang bermatlamatkan untuk kehidupan seperti makan dan minum diperintahkan untuk diambil Segala perkara yang boleh mengelakkan daripada kematian wajib dilakukan. MEMELIHARA AKAL FIKIRAN Pemeliharaan akal fikiran wajib, kerana membawa kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan kesempurnaan makhluk manusia daripada makhluk lain. Beberapa garis panduan menjaga fikiran dan akal manusia: dibatasi oleh had masa, tempat atau bangsa b. Melarang penganutnya minum dan makan makanan yang dilarang/memberi kesan negatif. c. Menggalakkan pemikiran berbentuk takwa, ketauhidan kepada Allah, fikiran yang terbuka serta bersih daripada segala unsur -ve MEMELIHARA KEHORMATAN DAN KETURUNAN Allah telah mencipta manusia sebaik-baik makhluk dan kehormatannya telah tetap tanpa diambil kira agama, asal keturunan dan bahasa Rasulullah telah menerangkan bahawa seluruh umat manusia berasal daripada satu ibu dan bapa Undang-undang dan peraturan-peraturan nikah kahwin ditentukan untuk menjamin keturunan manusia Segala larangan seperti perzinaan diharamkan untuk memelihara manusia daripada sifat-sifat kebinatangan a. Islam mewajibkan supaya menuntut ilmu sebanyak mungkin tanpa

MEMELIHARA HARTA BENDA Semua orang dituntut mencari haluan hidup dan rezeki Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik harta untuk mempertahankan hartanya sehingga titisan darah yang terakhir Sesiapa yang mengambil harta tanpa kebenaran seperti mencuri, akan dikenakan seksaan yang berat Selain daripada kewajipan untuk mempertahankan harta, Islam melui kaedah faraid telah menggariskan cara untuk menafkahkan harta secara halal MEMELIHARA HAK DAN KEBEBASAN Islam telah menetapkan hak dan kebebasan seseorang sejak dilahirkan Saidina Umar telah berkata, Bagaimanakah kamu memperhambakan manusia sedangkan ia diperanakkan dengan bebas Kebebasan manusia bermaksud tiada pengabdian seseorang ke atas seseorang atau sesuatu benda di dunia ini melainkan Allah Islam mengkehendaki umatnya supaya bebas daripada unsur kazaliman iaitu nafsu yang jahat Kebebasan seseorang individu telah dijelaskan iaitu, kedudukan mereka sebagai waris(pemimpin). Kebebasan memberikan pendapat dan kritikan telah dibuka kepada sesiapa yang mampu berbuat demikian supaya pemerintah dapat melaksanakan kebajikan serta melarang kemungkaran dan sentiasa mendapat sokongan rakyat

SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM


AL-QURAN Al-Quran atau Quran (b. Arab: al-Qur'n) ialah kitab suci bagi umat Islam. al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.melalui perantaraan malaikat Jibril yang diriwayatkan sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun. Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (AlQuran), dan kamilah yang akan menjaganya". (AL Hijr 15:9) Antara nama-nama Al-quran: l-Kitaab ( )bermaksud sebuah kitab Adz-Dzikr ( )bermaksud peringatan Antara sifat-sifat al-quran: an-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. ar-Rahmah bermaksud kerahmatan.

HADITH Hadith atau hadis (bahasa Arab: hadth mufrad, ahdth "" jamak); adalah tradisi-tradisi berkaitan kata-kata dan perbuatan bagi nabi Muhammad s.a.w. Hadis dijadikan sumber hukum dalam Islam selain al-Quran, Ijma dan Qiyas. Ada ramai ulama periwayat hadis, namun yang sering digunakan dalam fiqh Islam ada tujuh iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmidzi, Imam Ahmad, Imam Nasa'I dan Imam Ibnu Majah.

fungsi hadith : Mempertegas hukum dalam Al-Qur'an Memperjelas hukum dalam Al-Qur'an Menetapkan hukum yang belum ada di Al-Qur'an

QIYAS Dalam Islam, qiyas ( )ialah proses taakulan berasaskan analogi daripada nass atau perintah yang diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum suatu perkara yang baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama. Dalam Islam, ijma dan qiyas sifatnya darurat, bila memang terdapat hal hal yang ternyata belum ditetapkan pada masa-masa sebelumnya. Qiyas dianggap hukum keempat selepas al-Qur'an, hadith dan ijma ulama. IJMA Maksud dengan ijma ialah persetujuan atau permuafakatan ulama di atas satu perkara atau hukum yang tidak ada nas dari al-Quran dan hadis pada satu-satu masa.

PEMBENTUKAN PERMULAAN

TAMADUN

ISLAM

PADA

PERINGKAT

Kelahiran masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad Piagam Madinah Zaman Khulafa Ar-rasyidin

KELAHIRAN MASYARAKAT ISLAM PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W Proses perkembangan dakwah Islam di peringkat awal secara rahsia selama 3 tahun Penerimaan wahyu yang memerintahkan baginda berdakwah secra terang-terangan telah membawa penentangan yang hebat terutamanya dari orang Quraisy Kemuncak penentangan ini, iaitu setelah 13 tahun berdakwah di kota Makkah, Nabi dan orang Islam berhijrah ke kota Yathrib/Madinah Madinah merupakan negara Islam pertama dan merupakan pusat tamadun Islam Kegagalan masyarakat musyrikin Makkah mematuhi perjanjian Hudaibiah yang termetrai dengan negara islam Madinah, telah membolehkan orang Islam memasuki kota Makkah pada 630Masihi bersamaan tahun 8Hijrah Melalui penguasaan Kota Makkah ini, ia membawa kepada pengislaman beramai-ramai di Semenanjung Tanah Arab, terutamanya di kalangan kabilah-kabilah Arab Kota Makkah muncul sebagai salah satu pusat tamadun Islam yang terpenting, dan merupakan pusat peribadatan Islam terpenting terutama haji dan umrah PIAGAM MADINAH Piagam ini dibahagikan kepada dua bahagian penting iaitu bahagian pertama tentang umat Islam, terutama golongan Muhajirin dan Ansar dan kedua tentang orang Islam dan orang Yahudi Menurut sesetengah pendapat, piagam ini mengandungi 47 fasal iaitu 23 fasal dalam bahagian pertama dan 24 fasal dalam bahagian kedua Piagam Madinah sebagai sebuah perlembagaan telah menggariskan peranan dan tanggungjawab pemerintah terhadap yang diperintah dan yang diperintah sebagai warganegara kepada pemerintah

Antara intipati piagam ini, sumber perundangan negara Islam ialah alQuran dan hadis, wujudnya kebebasan untuk bergerak dan menetap di Madinah dan tanggungjawab negara terhadap warganegara bukan Islam

Menunjukkan konsep kesatuan atau persekutuan yang diperkenalkan dan diamalkan pada waktu itu. kesatuan perlembagaan atau undang-undang yang dilandaskan kepada sumber asas Islam iaitu Al-Quran kesatuan kepimpinan(Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara) kesatuan negara(Madinah mengandungi masyarakat Islam dan bukan Islam yang dianggap ummah) kesatuan dalam sikap dan suara kesatuan matlamat hak dan tanggungjawab pemerintah terhadap yang diperintah atau sebaliknya.

ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN Khulafa atau lurus. waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Perlantikan mereka dibuat secara syura Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat: ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar

a. Saidina Abu Bakar, 632-634 M b. Saidina Umar Al-Khatab, (Umar ) 634-644 M c. Saidina Uthman Affan, 644-656 M d. Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M

10

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq Perlantikannya mendapat tentangan golongan syiah Antara kejayaan yang diperoleh Saidina Abu Bakar ialah menghapuskan golongan Riddah dan nabi palsu, pengumpulan Al Quran, dan berjaya menawan beberapa kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantine wafat pada tahun 634M.

Khalifah Umar al-Khatab merupakan penasihat Saidina Abu Bakar Sumbangan:berjaya mengembangkan empayar Islam dengan pesat, melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk, memberi upah kepada tentera & membuat jadual giliran bertugas, mewujudkan pejabat pos untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk tujuan penanaman Saidina Umar wafat pada tahun 644M selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah. Khalifah Uthman Affan Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644M sehingga tahun 656M. Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan Angkatan Tentera Laut yang diketuai oleh Muawiyah dan membuat dasar terbuka dalam hubungan politik & urusan dagangan. Saidina Uthman wafat pada tahun 656M akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan pemerintahannya.

11

Khalifah Ali ibn Abi Talib Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam iaitu Perang Jamal ( Perang Unta) antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan pengikut Aishah binti Abu Bakar, Zubair ibn Awwam dan Talhah ibn Ubaidillah yang mengakibatkan Zubair dan Talhah terkorban Saidina Ali wafat pada tahun 661M akibat dibunuh ketika beliau hendak bersolat subuh

12

Anda mungkin juga menyukai