Anda di halaman 1dari 26

Isi Kandungan muka surat Isi Kandungan i Penghargaan ii 1.0 Pengenalan 1 2.0 Pergerakan kreatif 2 3.

0 Ciri-ciri pergerakan kreatif 3 4.0 Elemen-elemen pergerakan kreatif 4 5.0 Jenis-jenis pergerakan 7 5.1 Pergerakan lokomotor 5.2 Pergerakan bukan lokomotor 5.3 Manipulasi Alatan 6.0 Aktiviti-aktiviti untuk pergerakan kreatif 9 6.1 Drama 6.2 Muzik 6.3 Tarian 7.0 Faedah-faedah yang akan diperolehi dari pergerakan kreatif 11 8.0 Garis panduan mengajar aspek pergerakan 12 9.0 Kesimpulan 13 1.0 Pengenalan Pergerakan telah berlaku sebelum seseorang kanak-kanak itu lahir. Selepas lahir pergerakannya bermula dari atas kepala, bahu dan tangan dan akhirnya kaki.begitu juga dengan perkembangan motor, ia bermula daripada perkembangan motor kasar diikuti dengan perkembagan motor halus. Pada umur 3 tahun mereka dapat bergerak dengan laju ataupun perlahan dan juga boleh mengawal pergerakan badan mereka. Terdapat beberapa faedah

pergerakan adalah iaitu kanak-kanak dapat meneroka natural rhythms (bernafas, berehat, berjalan, berlari dan melompat). Dalam melakukan sesuatu aktiviti kanak-kanak dapat bergerak dengan bebas tanpa dipaksa oleh orang lain. Dalam teori yang dikemukakan oleh Robert havighurst, beliau menyatakan perkembangan kanak-kanak dapat berkembang melalui persekitaran. Oleh yang demikian guru perlu mencuba satu aktiviti yang menarik perhatiannya secara tidak langsung dapat meningkatkan minatnya untuk menyertai aktiviti tersebut. Yang kedua ialah integrasi antara bahasa, nyanyian dan pergerakan dan yang terakhir adalah mengintegrasikan otak kiri dan kanan. Sebagaimana yang kita ketahui pergerakan kreatif ini sememangnya aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak. Dengan adanya aktiviti ini kanakkanak dapat berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam aktiviti tersebut secara tidak lansung dapat meningkatkan mindanya untuk berfikir. Secara amnya pergerakan dapat diabahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan bebas dan pergerakan yang mengikut detik masa. Daripada kedua kategori tersebut empat jenis pergerakan yang berbeza iaitu pergerakan asas. Ianya boleh dibahagikan kepada dua iaitu pergerakan lokomotor dan pergerakan non lokomotor. Pergerakan lokomotor adalah pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain seperti berjalan, berlari, berjengket dan skip.pergerakan non lokomotor pula adalah pergerakan dalam pelbagai bentuk tetapi berada ataupun berdiri di satu tempat sahaja. Yang keduanya adalah pergerakan semasa bernyanyi. Pergerakan jenis ini tidak memerlukan banyak ruangan, pergerakan ini biasanya dihadkan kepada pergerakan pada bahagian separuh atas badan sahaja. Pergerakan jenis ini selalunya mengikut lirik lagu, supaya kanak-kanak dapat mengingati lirik lagu dan bernyanyi dengan lebih bersemangat.yang ketiga adalah pergerakan dengan corak irama dan tarian Pergerakan jenis ini adalah pergerakan yang paling susah dipelajari. Ini adalah kerana, pergerakan jenis ini perlu diselaraskan dengan detik muzik dan kanak-kanak juga perlu mengingati urutan pergerakan. Oleh yang dimikian, pergerakan jenis ini hanya sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar usianya dan juga mereka yang telah berpengalaman dalam aktiviti pergerakan asas. 2.0 Pergerakan kreatif Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkangerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secarakreatif ( meliputi aktiviti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing ( expressive and functional ) . Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah

pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari. Fowler(1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam kaedah pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor termasuk pergerakan kemahiran asas, permainan, tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, pergerakanbermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh pengalaman (inspirasi), persekitaran dan imaginasinya. Kadangkala digabungkan ilhamnya atau diubahsuaikannya untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Sebelum kanak-kanak dapat bergerak sedemikian, perbendaharaan pergerakan perlu diterokai oleh setiap kanak-kanak. Pergerakan melibatkan tiga elemen iaitu ruangan (atas-bawah, kirikanan, dan depan-belakang), kuasa (berat-ringan, tegang-regang, tajam-licin) dan masa (cepatperlahan, panjang-pendek,detik). Apabila kanak-kanak telah mengalami pelbagai cara pergerakan maka mereka dapat menggunakannya dengan lebih kreatif mengikut muzik 3.0 Ciri-ciri pergerakan kreatif Antara ciri-ciri yang dapat lihat dalam pergerkan kreatif ialah membentuk personaliti unggul. Dengan melaksanakan aktiviti yang berunsurkan pergerakan kreatif, ianya dapat membentuk personaliti yang unggul seperti sifat berani berhadapan dengan orang ramai, berkeyakinan, berdisiplin dan lain-lain lagi. Ciriseperti ini dapat diketengahkan dalam melakukan aktiviti pergerakan kreatif. Ciri-ciri yang kedua adalah keriangan belajar. Ianya dapat dilihat apabila sesuatu aktiviti dijalankan. Apabila kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung kita dapat melihat keriangan antara mereka dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Kita dapat kanak-kanak bebas bergerak mengikut kreativiti masing-masing. Seterusnya dengan melakukan pergerakan kreatif ini kita dapat melihat kanak-kanak berkeupayaan menyelesaikan masalah. Selalunya kanak-kanak menjana idea baru dan kreatif dalam menghasilkan atau menyelesaikan aktiviti dengan baik. Sebagai contoh dengan mengambil aspek dalam lakonan kanak-kanak cuba menyelesaikan masalah dari segi aspek kostum dan persembahan yang berkesan supaya menghasilkan lakonan yang menarik. Yang terakhir adalah pemusatan pemerhatian yang menyeluruh iaitu menggunakan pancaindera.

Pergerakan kreatif ianya melibatkan keseluruhan anggota badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan dalam perkembangan motor kasar dan motor halus. 4.0 Elemen-elemen pergerakan kreatif Terdapat 6 elemen dalam pergerakan kreatif iaitu ruang, masa, bentuk badan, beban, aliran dan irama. Dalam elemen ruang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ruang diri dan ruang am, ataupun kita boleh guna perkataan lain iaitu ruang terus dan ruang tidak telus. Untuk ruang diri adalah merujukan kepada bahagian yang ada pada sekeliling badan pada seseorang ataupun kawasan sekeliling yang boleh seseorang sampai pada satu bahagian. Maka dalam kedua-dua bahagian ruang am dan ruang sendiri mempunyai suatu had iaitu lantai, bumbung dan dinding. Di samping itu, kedua-dua jenis ruang mempunyai tiga tahap. Pada keadaan tahap tengah ialah seseorang sedang berdiri tengak dan apa-apa sahaja bahan yang dekat dengan aras lantai adalah dikatakan tahap bawah. Manakala apa-apa koordinasi atau pergerakan yang melibatkan aras tinggi adalah dikatakan pada aras tinggi. Elemen ruang juga boleh dikatakan koordinasi badan terhadap sesuatu arah contohnya depan, kiri, kanan dan belakang. Dengan mempunyai pergerakan yang asas ini dapatlah boleh mewujudkan satu combinasi antara semua pergerakan tersebut menjadi satu pergerakan yang melibatkan ruang am contohnya, pergerakan dengan berjalan lurus ke depan, berjalan berbentuk ular atau berjalan berbentuk zigzag. Untuk elemen kedua adalah badan atau bentuk badan. Elemen ini telah menunjukkan tentang bentuk gaya boleh dilakukan pada seseorang individu dengan menggunakan seluruh anggota badannya. Maka dalam elemen badan terdapat dua bahagian mengenainya iaitu keseluruhan tubuh badan dan bahagian tubuh badan. Untuk keseluruhan tubuh badan adalah menyatakan bahawa pergerakan yang dilakukan oleh seseorang dengan menggunakan keseluruhan tubuh badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas dan terkawal. Pergerakan yang dilakukan amat berkaitkan dengan pertubuhan seseorang kanak-kanak pada aspek lokomotor dan bukan lokomotor. Contoh aktivitinya adalah gaya pergerakan berjalan boleh dijalankan secara bebas atau terkawal. Selain itu pergerakannya boleh berubah-ubah dengan bergerak berjalan dan berhenti mengikut rangsangan yang diberikan misalnya, muzik.

Manakala untuk bahagian tubuh badan adalah menyatakan tentang pergerakan yang dilakukan dengan menggunakan mana-mana satu atau kesemua daripada anggota tubuh badannya untuk membentuk sesuatu atau sejenis bentuk objek. Misalnya, dengan menggunakan anggota bahagian tangan dan kaki untuk membentuk satu jenis barang iaitu meja ataupun sejenis haiwan seperti kucing. Pergerakan ini adalah memberi persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan mengikut rangsangan yang diberikan. Contohnya, pergerakan merangkak seperti kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal pasti adalah tangan, tapak tangan dan lutut. Elemen seterusnya dalam pergerakan kreatif adalah elemen masa. Elemen masa adalah saling berhubungan kait dengan kelajuan sama ada cepat atau lambat tentang sesuatu gaya bentuk pergerakan. Pergerakan ini bukan sahaja mengenai pergerakan semata-mata cepat atau lambat tetapi juga merangkui proses antara kelajuan lambat hingga cepat. Contohnya seorang kanak-kanak sedang berimaginasi bahawa dia adalah seorang peninju yang ingin menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk. Manakala seorang kanak-kanak berimaginasi seperti seekor burung yang sedang ingin mendarat, maka dia akan berasa bahawa pergerakan tersebut adalah lambat. Elemen keempat ialah elemen beban atau tekanan. Dalam elemen beban adalah berkaitan tentang aspet berat dan ringan dalam pergerakan yang dilakukan dan dikawal oleh seseorang otot-otot anggota tubuh badan. Maka kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Contohnya, dalam aspek berat- kuat, seseorang budan lelaki akan berimaginasi bahawa dia sedang mengangkat berat maka budak lelaki akan berfikir dan berasa pemberat itu sangat berat dan perlu menggunakan seluruh kekuatan badannya untuk mengankatnya. Manakala untuk aspek halus-ringan, adalah seseorang budan akan berimaginasinya yang dia sedang menyelam dalam air, maka dia akan berasa bahawa badannya adalah sangat ringan semasa dalam keadaan yang menyelam dalam air. Elemen kelima adalah elemen aliran. Elemen aliran ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu elemen bebas dan elemen terikat. Elemen bebas adalah merujukan bahawa seseorang budak yang sedang melakukan pergerakan secara bebas apa-apa sahaja bentuk gaya seperti melompat di atas udara dan berlari dengan cepat dari suatu tempat ke tempat yang lain.

Pergerakan amat sukar dihentikan dengan serte merta. Manakala untuk aliran terikat adalah pergerakan yang lambat seperti berjalan kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan adalah berada dalam keadaan seimbang. Elemen terakhir ialah elemen irama. Elemen irama sentiasa dapat dihubung kaitkan dengan elemen masa. Elemen irama bukan semata-mata hanya saling berkait dengan aspek muzik tetapi ia juga berkaitan dengan bentuk irama lain dalam kehidupan seharian kita. Misalnya, perkataan juga merupakan atau membentuk sebagai irama untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti berkaitkan dengan lokomotor. Contohnya bermain aktiviti tepuk tangan untuk demostrasi irama perkataan. Duduk dalam keadaan bulatan, kemudian sebutkan nama masing-masing sambil menepuk tangan. Selepas orang pertama habis sebut namanya, orang kedua akan sambung dengan tepuk tangan dengan sebut namanya. Proses langkah ini dilakukan sehingga habis dalam satu pusingan. Dengan menggunakan aktiviti tepuk tangan dengan berirama untuk menyebut nama masing-masing dapatlah melatih pada aspek lokomotor kanak-kanak di samping juga dapat mengikut irama yang betul. 5.0 Jenis-jenis pergerakan yang ada dalam pergerakan kreatif 5.1 Pergerakan lokomotor Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang dan berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan lokomotor juga merupakan dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. 5.2 Pergerakan bukan lokomotor Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan terutama pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak

mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, berlari setempat, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi. 5.3 Manipulasi Alatan Manupulasi alatan ialah aktiviti yang mana mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alatan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alatan dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain. Manipulasi alatan mestilah melibatkan objek seperti pundi kacang, melanton bola sambil berjalan, berjalan sambil mengimbang bola di kaki, skipping sambil berlari, menggerakkan reben dan memusingkan gelung dengan tangan. Ketiga-tiga elemen ini dapat diaplikasikan di dalam pergerakan kreatif. Ini kerana di dalam pergerakan kreatif ia memerlukan ketiga-tiga pergerakan tersebut untuk melakukan dan menghasilkan suatu pergerakan yang kreatif. Sebagai contoh, guru melakukan suatu aktiviti kepada kanak-kanak yang mana aktiviti itu dapat merangsang kanak-kanak menggunakan keseluruhan tubuh badan mereka untuk bergerak. Antaranya ialah dengan cara memberi mereka mendengar alunan muzik. Apabila mereka mendengar muzik, minda mereka akan terangsang dan keghairahan mereka untuk melakukan pergerakan akan timbul tambahan pula mereka diberi kebebasan oleh guru dalam berkreativiti. Oleh sebab itu, mereka akan menggunakan ketiga-tiga elemen tersebut untuk melakukan pergerakan seperti menari, bertepuk tangan, berlari, berjalan dan lain-lain pergerakan lagi. Kesemua pergerakan inilah yang dipanggil pergerakan kreatif. 6.0 Aktiviti-aktiviti untuk pergerakan kreatif 6.1 Drama Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang pernah disebut oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun kadang kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh

berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze, bahawa apa yang telah dihujahkan itu sebagai perkara yang benar Melalui pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan, dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka. Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.Melalui apa yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih. Melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan telah dapat member banyak perangsang dan peluang kepada kanak-kanak di dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari dalam diri kanak-kanak tersebut telah memudahkan guru-guru prasekolah untuk mengenalpastiseterusnya membimbing setiap perlakuan kanak-kanak tersebut. 7.0 Faedah-faedah yang akan diperolehi dari pergerakan kreatif Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti pergerakan kreatif, mereka akan secara tidak langsung dapat mempertajamkan imiginasi mereka. Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi. Kanak-kanak akan dapat melepaskan perasaan atau emosi mereka dalam pergerakan mereka lakukan dalam aktiviti yang dijalankan. Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek iaitu melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya. Selain itu juga,pergerakan kreatif menolong membina keyakinan dan kepastian di dalam diri. Terdapat banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Antaranya yang perlu ditegaskan adalah keyakinan diri dalam melakukan pergerakan, keseronokan dan kepuasan, kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi, menghormati orang lain, bekerjasama, kebebasan dan berdikari 8.0 Garis panduan mengajar aspek pergerakan.

Sediakan ruangan bagi aktiviti pergerakan. Jika ruangan kelas terlalu sempit, maka adalah lebih sesuai menggunakan pergerakan bukan lokomotor seperti menepuk tangan, memetik jari dan menghentak kaki. Beri peluang mereka meluahkan idea-idea muzik melalui pergerakan. Walau bagaimanapun guru perlu memberi panduan pergerakan yang perlu diikuti agar aktiviti tidak menjadi kelam kabut. Gunakan pelbagai muzik sama ada muzik daripada kaset ataupun muzik yang dipersembahkan oleh guru ataupun pemuzik supaya dapat meransang lagi kanak-kanak bergerak bersama muzik. Sebagai contoh lagu ikan kekek. 9.0 Kesimpulan Daripada tugasan ini secara amnya kami dapat merumuskan bahawa pergerakan kreatif dapat dilihat kepada empat elemen iaitu dari segi perkembangan sosial. Dari aspek ini kita dapat melihat kanak-kanak sejauh mana pergaulannya dengan rakan-rakan lain dalam aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Seterusnya melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam menjalani sesuatu aktiviti dan penyelesaian dalam sesuatu tindakan. Yang ketiga adalah perkembangn emosi iaitu penerimaan kanak-kanak dalam melakukan aktiviti yang dilakukan samada memberi kesan yang positif atau positif dan yang terakhir adalah perkembangan fizikal. Aktiviti ini adalah yang melibatkan anggota badan individu.Menekankan kepada aspekmotor halus dan motor kasar. Pergerakan kreatif juga merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan . Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untukmenyampaikan pemikiran, idea atau perasaan.Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan. Selain daripada itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka. Pergerakan kreatif merupakan suatu elemen penting dalam menjana perkembangan psikomotor, kognitif dan efektif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat

menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar. Secara keseluruhannya pergerakan kreatif telah memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada kanak-kanak kerana sedikit sebanyak telah memberikan input ang sangat berguna kepada mereka.

6.2 Muzik Seni kinestetik- Pergerakan kreatif didalam muzik adalah seni kinestatik. Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senangdan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkanperanan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapatpengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantupertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu merekamemahami konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberikesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkannilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budayamasyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa.Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalammuzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada dirimurid.Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSRpelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan,strategi dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaranseperti teori Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa Depan, PembelajaranMasteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran Belajar

6.3 Tarian Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsurunsur keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain. http://pergerakankreatifkumpulana.blogspot.com/2010/03/aktiviti-aktiviti-untuk-pergerakan.html 2.0 Pergerakan kreatif Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkangerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secarakreatif ( meliputi aktiviti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing ( expressive and functional ) . Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari. Fowler(1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam kaedah pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor termasuk pergerakan kemahiran asas, permainan, tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, pergerakanbermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh pengalaman (inspirasi), persekitaran dan imaginasinya. Kadangkala digabungkan ilhamnya atau diubahsuaikannya untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

Sebelum kanak-kanak dapat bergerak sedemikian, perbendaharaan pergerakan perlu diterokai oleh setiap kanak-kanak. Pergerakan melibatkan tiga elemen iaitu ruangan (atas-bawah, kirikanan, dan depan-belakang), kuasa (berat-ringan, tegang-regang, tajam-licin) dan masa (cepatperlahan, panjang-pendek,detik). Apabila kanak-kanak telah mengalami pelbagai cara pergerakan maka mereka dapat menggunakannya dengan lebih kreatif mengikut muzik

http://pergerakankreatifkumpulana.blogspot.com/2010/03/pergerakan-kreatif.html PENTINGNYA PERGERAKAN KREATIF KEPADA MURID BERKEPERLUAN KHAS ISU ;

KESEDARAN GURU TENTANG PENTINGNYA PERGERAKAN KREATIF KEPADA MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS DI SEKOLAH RENDAH

1.0 PENGENALAN

Kanak-kanak sejak dilahirkan suka bergerak bebas. Ingin melahirkan perasaan dan idea serta ingin tahu tentang sesuatu demi mempelajari dan memahami konsep, isu dan masalah persekitaran mereka. Mereka gemar mencipta dan tidak keberatan untuk memberi penghargaan atau berasa bangga terhadap hasil ciptaan sendiri atau kelompok sebaya. Kanakkanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang semulajadi. Kanak-kanak dikenali sebagai individu yang suka bermain. Naluri suka bermain ini boleh disalurkan kepada bentuk pengalaman yang kreatif yang dapat membina situasi dan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Oleh itu aktiviti pergerakan kreatif hendaklah disusun berdasarkan ciri-ciri suka bermain, kreatif, ritma dan kebebasan mencurahkan perasaan dan idea untuk memberikan keseronokan dan kepuasan. Mengikut pendapat Dauer dan Prangrazi (1983),

kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan.

Dauer dan Prangrazi (1983), telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu:

a. Keinginan untuk bergerak. b. Keinginan untuk berjaya dan diperkenankan. c. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya dan hidup bermasyarakat. d. Keinginan untuk bersaing. e. Keinginan untuk memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik. f. Keinginan untuk mengembara. g. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti. h. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti. i. Keinginan untuk mengetahui.

Keinginan-keinginan pada peringkat awal ini harus ditumpukan kepada pergerakan-pergerakan kreatif yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi dan motor, perkembangan psikologi dan mental serta rohani dan sosial. Keinginan-keinginan ini juga tidak terkecuali kepada murid berkeperluan khas.

2.0 DEFINISI

Pendidikan Pergerakan Moden, Pendidikan Pergerakan, Pergerakan Pendidikan Berirama, Drama Kreatif dan Pergerakan Kreatif adalah di antara istilah-istilah yang kerap digunakan dan kadangkala penggunaannya silih berganti antara satu sama lain. Namun maksudnya menjurus ke arah yang hampir sama iaitu penggunaan pergerakan tubuh badan, irama dan daya kreatif sebagai media oleh kanak-kanak untuk melahirkan daya ekspresi. Gladys Andrew Fleming menggunakan istilah Pergerakan Kreatif untuk pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung antara fikiran dan perasaan yang dipancarkan melalui perantaraan anggota tubuh badan. Ini membayangkan cara seseorang individu menggunakan pergerakan dalam menyelesaikan tiga komponen utama dalam geraktari : untuk tujuan-tujuan ekspresi, komunikasi atau kepuasan peribadi (Fleming, 1976). Mengikut pendapat Margaret HDoubler; geraktari kreatif ialah sejenis tarian berunsur pendidikan yang membantu proses pembesaran seseorang individu. Proses ini kemudian membentuk pemikiran mental dan merencana aktiviti yang merangsang daya berfikir, pertumbuhan fizikal dan spiritual. Ini akan membolehkan seseorang individu itu menghayati

serta menghadapi tuntutan-tuntutan hidup dengan berkesan (HDoubler, 1925). Bentuk geraktari seperti yang digariskan oleh definisi di atas merujuk kepada daya ekspresi mental dan jasmani yang dilakukan secara jujur dan spontan. Apa yang dipersembahkan oleh penari-penari itu bukanlah bertujuan untuk menarik perhatian atau mencetuskan sensasi tetapi untuk mencurahkan perasaan dalaman yang terbuku. Ini juga merupakan ekspresi emosi kendiri yang disalurkan melalui aktiviti pergerakan berirama.

Berdasarkan difinisi dan takrifan yang diberikan, pergerakan kreatif mempunyai beberapa ciri seperti berikut:

I. penggunaan elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang,dan daya usaha, bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen tersebut sebagai asas perancangan kandungan kurikulum (Joyce, 1973; Dimondstein, 1983; Stinson, 1982). II. Tumpuan kepada pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifat semulajadi dan tidak formal, dan pada masa yang sama pengalaman-pengalaman dalam kegiatan pergerakan itu membantu kanak-kanak mengesan potensi-potensi mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannya sebagai alat perhubungan (Combest,1975; Dimondstein, 1983). III. Tumpuan kepada pengalaman geraktari sebagai aktiviti yang menyeronokkan, sihat dan mudah dicapai. Ia membantu kanak-kanak menjalin paduan antara mental, fizikal dan persekitaran serta membantu mereka untuk melahirkan segala perasaan dalaman yang terpendam melalui perantaraan pergerakan. Ia melambangkan aktiviti yang menyentuh jiwa kanak-kanak (Brearly, 1970; Fleming, 1976). IV. Tumpuan kepada matlamat yang sama, iaitu perkembangan personaliti kanak-kanak secara menyeluruh. Terdapat satu aspek penting berhubung dengan faktor ini. Perkembangan personaliti individu memberi kesan terhadap nilai diri yang merangkumi aspek-aspek fizikal, mental dan rohani. Faktor ini menjadi penggalak kepada pengembangan personaliti dengan meyakinkan ketiga-tiga aspek tersebut untuk memberi berbagai kemungkinan seperti merangsang daya imaginasi dan mencabar intelek. (HDoubler, 1972; Huskey, 1979; Joyce, 1984; Synder, 1975; Ayob, 1986). V. Tumpuan kepada keupayaan individu untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberi mengikut caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama, cuba mengekalkan hubungan baik dengan kumpulan rakan sebaya (Stinson, 1982; Dimondstein, 1983). VI. Tumpuan kepada aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar, latihan koordinasi, menghargai masa dan imbangan, pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh,

pengetahuan tentang mekanisma pergerakan, kesedaran yang mendalam terhadap hubungan perceptual dan peluang-peluang untuk meningkatkan kekuatan fizikal, daya ketahanan serta fleksibiliti (Arrow, 1981; Synder, 1975). 1.0 KEPENTINGAN PERGERAKAN KREATIF

Jesse William (1964), pelopor pendidikan pergerakan kreatif yang banyak memberi sumbangan serta mempengaruhi arah perkembangan program pendidikan jasmani di sekitar tahun-tahun 1930-an hingga 1960-an berpendapat:

Pendidikan Jasmani sewajarnya bertujuan untuk menyediakan kepemimpinan yang cekap serta menjadi alat kepada individu atau kelompok untuk bertindak dalam pelbagai situasi secara konstruktif dari segi fizikal, mental dan sosial.

Objektif yang disarankan oleh William itu pada hakikatnya mencabar para pendidik pendidikan jasmani untuk mempertingkatkan kemahiran mereka agar dapat mendidik dengan lebih berkesan untuk mencorakkan kehidupan kanak-kanak sejajar dengan matlamat yang disarankan. Bagaimanapun nilai-nilai positif yang bakal diperolehi daripada pergerakan kreatif bergantung kepada penyertaan seseorang individu dalam bidang tersebut.

Menurut Way (1967), pendidikan Jasmani kreatif ialah pendidikan seluruh individu melalui pengalaman. Seperti dengan pengalaman-pengalaman kreatif yang lain, pergerakan ini merangsang pemikiran yang beragama, imaginasi dan cara menyelesaikan masalah. Ia juga mengukuhkan emosi, sifat humor, berlakon dengan yakin dan pemahaman terhadap sesama insan yang berasaskan nilai-nilai kemanusiaan yang luhur (Davis, Helfert dan Shapiro 1973; Way 1967) serta pemikiran yang kritis dan bebas (Carelli, 1982). Aktiviti ini juga bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga untuk mencurah keluar jiwa dalaman yang terdiri daripada perasaan dan mood (Russell,1975)

Melalui pendidikan Jasmani kreatif murid-murid berkeperluan khas juga akan memperolehi banyak manfaat jika ia dilaksanakan dengan teratur dan sistematik oleh guru-guru. Untuk mengajar pendidikan jasmani kreatif, guru tidak memerlukan ilmu yang luas cukup sekadar minat dan rasa tanggungjawab terhadap murid-murid yang didik. Di antara kebaikan yang yang diperolehi dengan aktiviti pergerakan kreatif ialah murid akan dapat:

5.1 Meningkatkan Kecergasan:

Murid-murid berkeperluan khas sering dilihat tidak berdaya dan mudah letih terutamanya murid sindrom dowan. Otot kanak-kanak ini lemah dan mereka kelihatan tidak bertenaga. Melalui pergerakan kreatif mereka akan seronok bermain dan secara tidak langsung akan membina kecergasan pada diri kanak-kanak ini. Guru-guru hendaklah bijaksana mengatur aktiviti ini kerana senaman yang sistematik serta pemakanan yang seimbang adalah penting untuk menjamin kehidupan yang sihat dan tahan lasak. Kecergasan fizikal terdapat empat komponen penting iaitu:

Kecergasan kardivaskular Kecergasan kekuatan dan ketahanan otot Kecergasan kelenturan dan Kecergasab bverat badan.

Dalam tahun 1956 sebuah persidangan American Association for Health, physical Education and Recreational Fitness telah bersetuju dengan takrif berhubung kecergasan iaitu:

kecergasan ialah suatu keadaan yang menunjukkan sejauh mana seseorang itu mampu untuk berfungsi. Kecergasan merupakan soal individu. Namun ia memberi implikasi terhadap terhadap keupayaan seseorang individu untuk hidup dengan cara yang paling efektif dengan potensi yang ada padanya. Keupayaan untuk berfungsi bergantung kepada aspek-aspek fizikal, mental, emosi, social dan spiritual yang menjadi komponen-komponen dalam konsep kecergasan yang mana kesemuanya saling berhubung dan berkait antara satu sama lain. (Schurr, 1975).

Latihan jasmani yang sering dilakukan boleh mempertingkatkan kekuatan seseorang dan elemen kekuatan ini merupakan factor penting dalam mempelajari kemahiran-kemahiran motor (Rarick & Dobbins, 1975 : Pangrazi 1982). Aktiviti yang rancak juga menyebabkan bebanan tekanan ke atas tulang-tulang dan ini akan menyebabkan ukuran garis pusat tulang-tulang berkenaan menjadi bertambah besar serta memperbaiki strukturnya. Osteoporosis atau demineralization (kekurangan garam galian) adalah berpunca daripada kelembaman. Keadaan demikian akan menyebabkan tulang-tulang menjadi rapuh. Gejala ini dapat diatasi melalui

pergerakan kreatif kerana ia boleh membalikkan proses ini di samping membina semula kekuatan tulang-tulang.

5.2 Alat Teraputik

Pergerakan kreatif sangat berkesan untuk mendidik kanak-kanak bermasalah fizikal dan mental. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan program latihan yang bersesuaian yang boleh mendorong mereka menjadi cergas dan efektif dari segi fizikal.

Penggunaan pergerakan yang berkaitan dengan psikomotor, kognitif, efektif dan estetika merupakan nilai-nilai yang sangat penting untuk murid-murid berkeperluan khas. Nancy Brooks Schmitz (1980), dalam tulisannya antara lain telah menyentuh peri mustahaknya pergerakan kreatif untuk kanak-kanak ini. Beliau bersetuju bahawa pergerakan kreatif mempunyai nilai aktiviti yang dapat memperkayakan pengalaman kanak-kanak. Ia patut digalakkan dan dimajukan oleh semua pihak. Guru pendidikan khas perlu mendalaminya untuk kebaikan muridmurid berkperluan khas. Dalam buku Nancy Brook Schmitz yang berjudul Developing Creative Mmovement Experiences for the Handicapped, beliau menulis :

Pendidikan pergerakan kreatif dapat memberikan peluang-peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan potensi ereka dengan membangkitkan perkembangan imejkendiri yang positif, dengan menggerakkan keinginan dalaman yang semulajadi untuk bergerak, dengan meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif melalui penyelesaian masalah, dengan memupuk interaksi sosial yang positif, dengan membekalkan pengalamanpengalaman yang boleh membantu kanak-kanak meneroka dan mengembangkan kebolehankebolehan fizikal dan kinestetik mereka, dan menyuburkan pengalaman-pengalaman estetika.

Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan, bakat keperluan-keperluan yang unik dan tersendiri. Kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak berbeza dari segi ini. Mereka juga perlukan kasih sayang, mahukan diri mereka diterima oleh orang ramai, menikmati rasa keriangan dan keseronokan bergerak dan melakukan aktiviti-aktiviti untuk memperintkatkan keupayaan, menumpukan perhatian terhadap sesuatu koordinasi dan kecergasan. Mereka juga ingin berkongsi pengalaman dengan rakan sebaya, ingin merasai cabaran dan kejayaan, ingin mencipta dan mengongsikan hasil-hasil ciptaan mereka dan ingin berhubung. Matlamat-

matlamat dan garis-garis panduan kurikulum mengenai pendidikan khas ada menyatakan dengan jelas bahawa ia (pendidikan khas) : mesti merangkumi segala kemahiran yang berfungsi, termasuk tingkah laku, kawalan kendiri dan kebolehan motor, sama ada yang seni ataupun yang kasar, komunikasi yang besifat verbal dan non-verbal, keselamatan dan kesihatan, social dan rekreasi, dan kemahiran-kemahiran akademik yang fungsional.

Guru-guru berkeperluan khas hendaklah sedar bahawa pergerakan kreatif mampu dijadikan alat yang ampuh untuk mendidik murid-muridnya dengan cara yang efektif. Umpamanya aktiviti geraktri mampu meredakan ketegangan atau tekanan emosi dan menyemai rasa riang dalam kehidupan seseorang individu, dan ia boleh dijadikan sebagai senaman yang lasak untuk menggalakkan mereka menjadi aktif dan cergas.

Pergerakan kreatif memainkan peranan yang berguna dalam pertumbuhan individu melalui interaksi fizikal, mental dan ekspresi dengan geraktari teraputik yang pada dasarnya dibina atas dasar kepercayaan bahawa ekspresi pergerakan mencerminkan unsur dinamik dalam psikik atau batin (Leventhal, 1980).

Pergerakan kreatif mampu mencapai matlamat psikoterapeutik dengan meredakan symptom, integrasi emosi dan fizikal dan perkembangan peribadi kanak-kanak, dan memperkukuhkan pemahaman mereka. Mengikut pendapat Nellie Mc Caslin (1980), berhubung dengan ini, terdapat satu persetujuan umum terhadap pergerakan kreatif dan pergerakan ritual serta ekspresi sebagai wadah yang paling mujarab untuk merawat kecelaan yang dihidapi oleh kanak-kanak. Aktiviti jasmani memberikan kanak-kanak rasa kesedaran terhadap tubuh badan mereka, dan perlakuan pergerakan-pergerakan seperti melompat tali (skipping), lompat seperti kuda, meregang dan menggerakkan tangan-tangan adalah di antara senaman yang sungguh menarik, terutamanya kepada mereka yang lemah daya koordinasinya.

Guru-guru pendidikan khas yang peka, mereka akan memberikan tumpuan kepada kanakkanak ceberal palsy dan mental retardation supaya kanak-kanak ini memberikan penyertaan yang aktif untuk aktiviti pergerakan kreatif.

5.3 Sosialisasi

Aktiviti pergerakan merupakan usaha kerjasama, menjalin rasa saling mempercayai dan memikul tanggungjawab menghadapi cabaran-cabaran, maka ia sewajarnya menjadi satu seni pergaulan (socialization) suatu perlakuan sosial yang mengembelingkan individu dalam dinamik berkumpulan. Murid-murid berkeperluan khas sangat sesuai melakukan aktiviti ini kerana mereka begitu sukar untuk bergaul , menerima arahan dan kurang motivasi. Melalui aktiviti ini murid berpeluang:

Menyertai kegiatan dengan rasa riang dan secara sihat Bersosialisasi Menyemai minat-minat baru Meningkatkan keupayaan bergaul dengan orang lain Membentuk gaya diri, personaliti dan kematangan dan Mencari saluran untuk pernyataan kendiri.

Namun guru memainkan peranan penting untuk membimbing dan menunjukkan contoh-contoh mengenai penerimaan sosial berdasarkan sanjungan terhadap hasil kerja yang memuaskan dan jalinan ikatan yang termetri hasil daripada bentuk kegiatan bermain dan mencipta yang dilakukan secara beramai-ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ia memberi peluang luas kepada kanak-kanak untuk saling mempercayai, bekerjasama dan bersosial. Clara Furst dan Mildred Rockefeller (1981), kebanyakan kemahiran interaksi social yang penting yang dibentuk itu boleh diaplikasikan di luar bidang . Mereka belajar cara memimpin dan juga caracara menurut.

Joyce Boorman (1971) menyatakan tentang pengalaman-pengalaman sosial yang bermanfaat ini dari segimemimpin dan mengikut, seperti berikut:

Adalah penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari bagaimana hendak menjadikan diri mereka diterima dari segi sosial, jika tidak cara hidup mereka akan menjadikan hidup mereka bertambah sulit. Kerap kali kanak-kanak akan menghadapi masalah-masalah berkawan; suatu hari nanti akan menjadi ketua dan dengan itu akan timbul kemungkinan dirinya disisih oleh rakan-rakan utamanya. Dalam menghadapi dilema ini seseorang kanak-kanak itu terpaksa membuat penyesuaian-penyesuaian yang mungkin menuntutnya melupakan buat sementara

waktu kepimpinan kelompoknya dan sebaliknya menjadi sebagai pengikut. Seorang pengikut hendaklah digalakkan membina keyakinan motivasi dan minat agar dirinya menjadi berwibawa dan diterima oleh orang ramai dan ini membolehkannya memegang teraju kepemimpinan buat sementara waktu. Pergerakan tidak boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam kehidupan sehari-hari, namun ia amat berguna dalam membantu kanakkanak meneroka dan memahami kedua-dua kualiti iaitu memimpin dan mengikut.

Fokus konsepsi sosialisasi dalam program pergerakan kreatif dengan menghubungkannya dengan ciri-ciri dan maksud-maksud kerjasama, persaingan, ketertiban, kebertanggungjawaban, saling mempercayai dan menghormati persahabatan dan kepimpinan yang unggul untuk kedua-duanya iaitu diri sendiri dan orang lain. Murid-murid khas boleh dibentuk ke arah ini walupun memerlukan masa yang agak lama. Guru hendaklah bersabar dan tekun melatih mereka untuk mendengar dan mengikut arahan.

5.4 Meredakan Ketegangan Perasaan dan Tekanan Jiwa

Murid-murid berkeperluan khas terutamanya yang hiperaktif tidak dapat mengawal peerasaan dan ketegangan yang dihadapi. Melalui pergerakan kreatif ketegangan tersebut dapat diredakan. Ini disebabkan kanak-kanak ini gemar bergerak. Kebijaksanaan guru menggunakan pergerakan kreatif untuk mengalihkan hiperaktif kanak-kanak dengan aktiviti yang berfaedah. Ini disebabkan pergerakan kreatif mempunyai unsure-unsur dorongan bermain yang semulajadi. Hartley, Frank dan Goldensen (1964), menyatakan :

Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam sesuatu persekitaran yang sesuai dan selamat; kita membolehkannya untuk menghadapi dan menyelesaikan masalahmasalahnya yang paling membebankannya dengan cara yang memuaskan dan sihat.

Marion North juga mengatakan bahawa pergerakan kreatif adalah kaedah katarik yang mampu melegakan tekanan-tekanan katanya:

Disiplin seni pergerakan adalah amat membebankan oleh kerana bukanlah tujuan utamanya untuk melepaskan tekanan perasaan semata-mata. Walaupun benar tekanan perasaan dapat diredakan namun itu bukanlah tujuan akhir; sebaliknya perasaan atau emosi itu disalurkan kepada jenis aktiviti yang bertujuan dan berdisiplin disiplin terbit daripada aktiviti itu sendiri,

usaha untuk menggarap maksud yang lebih jitu daripada irama , bentuk serta hubungan antara gerakan tubuh gerakan yang merangkumi gerakan sebenar dan pada ketika membuat persediaan dalaman untuk bergerak dengan gerakan yang disudahi secara terkawal selepas selesainya sesuatu pergerakan. (North, 1973).

Di dalam kelas berkeperluan khas, murid yang slow learner juga kebanyakannya terdiri dari pelajaryang nakal dan tidak boleh duduk diam. Aktiviti pergerakan kreatif juga boleh dimanfaatkan untuk mereka. Murid-murid ini menjadi nakal kerana mereka tidak tahu hala tuju. Guru berperanan membentuk mereka. Katarsis konsep tujuan meredakan ketegangan adalah dinyatakan dalam contoh berikut:

Dikelilingi dan dihampiri oleh seribu orang musuh, kanak-kanak menentang mereka habishabisan demi servival mereka. Dengan menggunakan dan menjadikan tangan-tangan mereka sebagai pedang-pedang khayalan, mereka memusingkan tangan-tangan mereka menghala ke semua arah dalam pergerakan yang memaparkan rasa kemarahan mereka terhadap musuhmusuh bayangan. (Ayob, 1985: 48)

Kebanyakan aktiviti yang melibatkan pergerakan yang berjaya melibatkan lakonan peranan, improvisasi, sosio-drama tidak formal yang menggunakan tema-tema yang dinamik dan penggunaan tingkah laku egosentrik yang ganjil. Dalam aktiviti-aktiviti kreatif tersebut, kanakkanak mempunyai kesempatan untuk melahir dan menangani emosi mereka dengan cara yang kreatif. Adalah menjadi kebiasaan melihat kanak-kanak khas gembira dan riang semasa bermain.

Winters(1975) menyediakan satu senarai berhubung dengan perasaan-perasaan dan idea-idea yang dicurahkan oleh kanak-kanak melalui pergerakan iaitu:

Melahir perasaan terhadap apa yang menarik perhatian mereka. Melahirkan perasaan mereka sejajar dengan tahap fizikal, psikologi, emosi dan sosial rakan sebaya. Lebih bersedia untuk melahirkan perasaan mereka secara non-verbal berbanding dengan golongan dewasa. Melahirkan perasaan mereka melalui pergerakan secara lebih spontan daripada golongan dewasa.

Mempunyai masa yang terhad untuk mempelajari gerak-geri isyarat dan simbol-simbol pergerakan yang bersifat univerrsal, dan oleh itu mereka melahirkan perasaan mereka dengan cara yang lebih spontan, bebas daripada sebarang tekanan. Tidak memiliki perbendaharaan kata yang berbentuk verbal yang mencukupi untuk membolehkan mereka melahirkan perasaan mereka secara verbal (Winter, 1975)

Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif penting untuk mewujudkan persekitaran yang dapat membantu kanak-kanak khas memahami perasaan dan idea-idea dan melahirkannya melalui pergerakan.

5.5 Kemahiran Bertutur

Pada kebiasaanya pergerakan kreatif diiringi dengan nyanyian dan permainan alat-alat muzik agar ia lebih menarik dan dan menambahkan minat murid terutamanya murid khas. Dengan adanya aktiviti menyanyi ini akan dapat meningkatkan kemahiran murid bertutur dan kemahiran fonologi. Ramai di kalangan murid khas yang gagal menyebut perkataan dengan betul. Mereka menyebut hanya dihujung perkataan sahaja.

Menyanyi jika digabungkan dengan berbagai aktiviti akan lebih menarik minat murid dan mereka berasa seronok dan gembira. Murid-murid khas akan menganggap menyanyi lebih kepada bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan menenangkan fikiran. Untuk mengukuhkan lisan murid, ia sangat membantu guru mencapai matlamat tersebut. Ini kerana menyanyi memerlukan sebutan bunyi-bunyi yang jelas dan betul mengikut rentak dan irama serta disampaikan mengikut tekanan, intonasi dan nada tertentu. Secara tidak langsung ia membantu murid memperbaiki lisan.

5.6 Meningkatkan Kreativiti

Kreativiti merupakan elemen yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa kanak-kanak. Pergerakan menjadi printis bagi membolehkan kanak-kanak untuk memulakan proses kreativiti mereka dan dalam ruang batas pendidikan yang tertentu mereka didorong untuk mencurahkan tenaga kreatif mereka. kanak-kanak adalah individu yang unik. Murid-murid khas tidak terkecuali mereka juga adalah insan yang unik dan kreatif. Potensi kreativiti mereka berbeza antara satu sama lain sama seperti perkembangan fizikal dan kecenderungan terhadap pembelajaran. Oleh

kerana kreativiti merupakan proses yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah mengikut pendekatan baru yang menggunakan pengetahuan dan pemahaman yang bersifat unik dan individualisti, ia dapat memberi penghidupan yang lebih jitu dan bermakna kepada kanak-kanak.

Murid-murid berkeperluan khas boleh meneroka dan mengembangkan daya kreativiti mereka melalui improvisasi. Melalui kaedah ini kanak-kanak akan bertindak dan melakonkan idea-idea pergerakan secara serentak, spontan dan tanpa perancangan awalan. Kreativiti melambangkan bakat semulajadi kanak-kanak dan ia kerap kali tidak dapat dikembangkan di dalam bilik darjah yang bersifat mengongkong. Menggunakan pendekatan kreativiti adalah pendekatan pengajaran yang bersifat semulajadi dan menyeronokkan. Dan ini amat digemari oleh pelajarpelajar berkeperluan khas. Ini sesuai dengan kata-kata Fleming :

Tenaga kreatif yang merupakan elemen yang dinamik dalam setiap diri kanak-kanak, berkembang bersama penemuan dan penerokaan. Hasilnya ialah ekspresi yang kreatif,kanakkanak yang giat bekerja, iaitu mereka yang sedang mengalami proses kreativiti ini, terpancar di wajah-wajah mereka rasa keriangan yang tercetus daripada getaran penggunaan tenaga,(fizikal dan mental). Kepuasan yang sepenuhnya, dan dihormatidi kalangan mereka. Seseorang dapat merasakan bagaimana kanak-kanak itu berfikir serta turut bersama mereka merasakan kegembiraan yang terbit daripada curahan perasaan mereka (Fleming, 1976)

Dalam diri setiap kanak-kanak termasuk murid khas terdapat kebebasan untuk berfikir yang memerlukan saluran untuk mengeluarkan perasaan mereka berhubung dengan pengalamanpengalaman seharian: ekspresi yang spontan. Ini dapat dilakukan melalui pergerakan jasmani kreatif.

Rumusan

Aktiviti pergerakan kreatif jika dijalankan dengan sempurna akan memberi kesan yang mendalam kepoada mnurid-murid berkeperluan khas. Untuk melaksanakan aktiviti ini, guruguru tidak memerlukan latihan dan kepakaran yang tinggi. Apa yang diperlukan ialah semangat yang cekal, keberanian dan sikap positif serta inisiatif dalam pengajaran kreatif. Peranan guru ialah membimbing murid-murid meneroka, mencuba dan menemui cara bergerak yang dapat dijadikan sebagai perantaraan untuk pernyataan kendiri. Selepas itu guru-guru menerima

gerakbalas berdasarkan pergerakan murid sebagai perkembangan semulajadi mereka.

Guru-guru perlu membuang segala perasangka buruk terhadap murid-murid pendidikan khas yang sering di label sebagai nakal, tidak mendengar kata, tidak berdaya dan sebagainya. Sebaliknya guru hendaklah berusaha dan mencuba kerana setiap murid ada kelebihannya. Murid pendidikan khas tidak berdaya untuk mencungkil bakat mereka sendiri. Guru dan masyarakat disekelilingnya patut membantu mereka menjadi insan yang sempurna. Semua manusia mempunyai hak asasi individu begitu juga dengan kanak-kanak ini. Fleming (1976) telah mengubah satu Akta Hak Asasi untuk kanak-kanak yang berbunyi:

Biarkan saya membesar mengikut keupayaan saya Dan cuba memahami mengapa saya ingin membesar seperti saya; Tidak seperti yang dikehendaki oleh emak Atau tidak seperti yang diharapkan oleh bapa Atau guru saya memikirkan apakah sepatutnya saya menjadi. Tolong cuba memahami dan menolong saya membesar seperti saya! (Fleming, 1976).

Bagaimanakah kita menolong murid-murid membesar dan menjadi seperti mereka? Guru-guru mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk menolong murid-murid membesar dan berkembang sebagai individu. Guru-guru juga bertanggungjawab memberi peluang kepada murid-murid untuk mencipta dan melahirkan perasaan dan fikiran. Melaksanakan program pergerakan kreatif bukanlah satu tanggungjawab yang mudah, terutama jika kelas dipenuhi dengan kanak-kanak yang sangat aktif dan pelbagai masalah dengan tempoh masa perhatian yang singkat. Kanak-kanak yang mempunyai daya tenaga yang berlebihan sering mencabar keupayaan guru.

Namun jika guru mempunyai kesedaran yang tinggi tentang pentingnya pergerakan kreatif kepada murid-murid berkeperluan khas ini, mereka akan mengajar bersungguh-sungguh di sekolah agar dapat membentuk sahsiah murid berkeperluan khas sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. [10] Pengajaran tarian dan pergerakan kreatif kanak kanak

boleh mempertingkatkan kemahiran kinestetik dan kreativiti kanak kanak tarian - gerakan yang berirama pergerakan kreatif - gabungan gerak geri kreatif menerusi imaginasi dan kreativiti kanak

kanak

jenis tarian - kuda kepang, zapin, joget, singa, naga, bharata natyam, bhangra, ngajat

solo, sumazau, buluh, tarian orang asli.

AKTIVITI PERGERAKAN KREATIF - menggabungkan elemen pergerakan tubuh badan,

ruang, masa dan daya


o o o

RANGSANGAN - muzik, props (reben, bola, gelung dll) merancang aktiviti tarian mengikut kaedah : kaedah latihan profesional kaedah menonton persembahan kaedah tayangan video

[1] Teori kreativiti dan pemikiran kreatif


kreativiti - keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baru. pemikiran kreatif - kebolehan kanak-kanak untuk mencerna, berimaginasi, menghasilkan

idea dan mempelbagaikan idea masing-masing

TEORI SIX THINKING HATS - emosi sangat penting dalam proses berfikir. pandai

mengurus emosi. Memperkenalkan 6 warna

TEORI PAUL TORRENCE - 7 perkara mencungkil kreativiti iaitu penyoalan, penemuan,

pemerhatian, percubaan, penerokaan, memanipulasi, aktiviti

TEORI MULTIPLE CREATIVE TALENT - bukan semua individu dikurnia dengan bakat

yang sama. 5 sifat iaitu bersifat ekspresif, penghasilan, inovatif, inventif emergen.

TEORI LOWENFELD STAGES OF ARITISTICS DEVELOPMENT - secara berterusan.

pancaindera secara menyeluruh. 8 kategori kreatif iaitu cabaran, kelancaran, kelenturan, keaslian, pemikiran bercapah, keinginan, kompleks, makna baru.

TEORI PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER - 5 tahap pemikiran kreatif iaitu

peringkat rangsangan, penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula.