Anda di halaman 1dari 5

1,2,1,2......Remaja berakhlak Negara Berjaya kelak Forum Remaja Perintis Pemikiran Anda.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum wbt dan salam perdana sebagai pembuka bicara. Bertemu kita dalam arena perdana buat sekian kalinya bagi mendiskusikan isu glokal yang sekarang ini yang sedang hangat diperkatakan. Aiman kata, Aiman tak kisah. Mawi kata Aduh Saleha tetapi masyarakat kita pula berkata aduh remaja. Kami akan membawa mauduk bicara yang berbunyi MASALAH PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN REMAJA DAN KESANNYA Persoalannya timbul di ruang legar pemikiran kita, apakah yang menyebabkan masalah pergaulan bebas terus melanda bagai tsunami di Negara kita ini? Oleh itu, segala persoalan akan kita rungkai dan kita kupas dalam forum remaja 2013. Hadirin yang dimuliakan. Bak kata pujangga, Tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, lebih molek saya rasa jika saya memperkenalkan setiap seorang ahli2 panel kita. Tetapi sebelum itu izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya AMAR SHAZRI AZIZAN selaku pengurusi forum kita pada hari ini. Di sebelah kanan saya, iaitu ahli panel kita yang pertama, saudara MOHD HAFIZUDDIN MD NOOR yang memegang jawatan sebagai PENGERUSI MAJLIS TINGKATAN ENAM di SMK Tengku Laksamana. Asalammualaikum dan apa khabar saudara? Seterusnya kita beralih kepada ahli panel kita yang kedua iaitu saudara MOHD IMADUDDIN IRFAN B SHAMSUL YAMIN. Asalammualaikum saudara? Ahli panel kita yang ketiga pula pada hari ini iaitu merupakan sekuntum bunga yang duduk sebaris dengan kumbang2 yang saya boleh katakan kacak2 belaka.... iaitu saudari NUR AZLINA BT AHMAD...urmm nampaknya saudara dibelakang sana sedang senyum2 melihat saudari kita disini. Sebenarnya , tidak menjadi masalah kerana senyum itu merupakan satu sedekah, dan tidak menjadi masalah sekiranya saudara di belakang sana ingin berkenalan dengan saudari disini. Tidakkah begitu saudari NUR AZLINA? Baiklah, perkenalkan sudah, berjenaka pun sudah. Oleh itu, sebagai permulaan Mengikut kamus dewan edisi ketiga, REMAJA merupakan seorang yang mulai meningkat dewasa. Disebabkan itu, golongan remaja juga tergolong dalam kalangan golongan yang berdarah muda dan mudah

terpengaruh. Oleh itu, sekarang marilah sama-sama kita menelusuri pendifinisian makna, konsep dan pendapat ahli-ahli panel kita terhadap gagasan kata pergaulan bebas dalam kalangan remaja. Baiklah sekarang kita boleh dengarkan pandangan daripada saudara hafizuddin. Saudara, boleh anda jelaskan apa pendapat anda terhadap maksud yang tersirat di sebalik lembayung kata masalah pergaulan bebas dari konteks islam? Sila terangkan. **********************pendefinisian panel 1 ********************** Terima kasih diucapkan kepada saudara hafizuddin atas penerangan terhadap konsep pergaulan bebas sebentar tadi. Sudah terang lagikan bersuluh bahawa islam telah menggariskan cara pergaulan yang tersendiri dan saja juga yakin bahawa bukan islam sahaja tetapi agama-agama lain juga saya rasa juga melarang penganut- penganutnya untuk melakukan pergaulan bebas secara melampaui batas. Baiklah kita teruskan lagi forum kita dengan mendengar pendefinisian makna dan konsep daripada ahli panel kita yang ke-2 pula. Saudara, bolehkah saudara terangkan apa yang anda ingin konsi bersama hadirin di bawah sana terhadap makna pergaulan bebas. Silakan......

*************************** pendefinisian panel 2*****************************

Terima kasih diucapkan atas penerangan yang telah disampaikan sebentar tadi. Buat hadirin sekalian sememangnya benar apa yang dikata sebentar tadi bahawa kini budaya barat sedang bermaharajalela di negara kita malah budaya ketimuran pula seolah-olah hilang entah kemana jadi tidak mustahillah sekarang ini Perdana Menteri Malaysia mengeluarkan slogan pandang ke Timur bukan sahaja pandang kemajuan ekonomi negara-negara tersebut tetapi juga untuk melihat cara mereka bekerja dan membentuk sebuah masyarakat yang mapan dan dinamik tidak mengira usia dan pangkat. Tidak begitu saudara..? Bukan Sukarno sahaja yang pernah bermadah peri penting golongan muda tetapi tokoh islam tersohor iaitu Prof. Dr Yusuff Al-Qardhawi juga pernah bermadah yang berbunyi sekiranya kita hendak melihat wajah negara kita di masa hadapan, lihatlah generasi muda pada masa kini, sekiranya golongan muda kita tergolong dalam kalangan baik-baik belaka nescaya wajah negara kita akan terus bersinar, tetapi jika sebaliknya bersedialah satu kemungkinan buruk yang akan berlaku. Kata -kata tersebut memang jelas menunjukkan kepada kita bahawa golongan remaja merupakan asset kepada sesebuah negara.

Baiklah, marilah pula kita mendengar pendapat daripada saudari azlina mengenai pergaulan bebas. Urmmmm saya lihat saudari dari tadi seolah-olah tidak sabar untuk melontarkan pendapat. Baiklah saudari bolehkah saudari perjelaskan apa yang saudari fahami mengenai pergaulan bebas. Silakan.

**************************pendefinisian panel 3***************************

Terima kasih saya ucapkan atas lontaran idea-idea yang bernas sebentar itu tadi.

Bak kata pepatah setiap penyakit pasti ada penawarnya oleh itu dalam konteks ini jika ada sebab pasti ada kesannya sama ada kesan baik mahupun kesan buruk. Tetapi saya begitu yakin masalah pergaulan bebas saya rasa lebih banyak kemudaratan berbanding dengan kemaslahatan kepada kita semua. Tanpa membuang masa, marilah pula kita sama-sama mendengar kesan-kesan sekiranya pergaulan bebas terus menjadi-jadi di negara kita. Saudara hafizuddin boleh anda terangkan apakah kesan yang akan berlaku seandainya masalah pergaulan bebas terus diamalkan oleh golongan remaja kita? Sila perjelaskan.......

******************************kesan panel 1*******************************

Terima kasih. Ya, memang benar apa yang diperkatakan tadi. Sekiranya masalah ini dibiarkan begitu sahaja ini akan mengakibatkan runtuhnya institusi kekeluargaan. Walaupun keluarga merupakan sebuah kelompok yang kecil tetapi keluarga juga mampu melahirkan seorang insan yang sempurna jika baik didikannya. Hal ini kerana setiap insan dilahirkan daripada sebuah keluarga. Terpulanglah kepada keluarga tersebut sama ada ingin mencorakkan anak-anak mereka ke lembah kemuiaan atau ke kancah kehinaan. Hidirin yang saya kasihi sekalian, Sekarang marilah pula kita mendengar kesan lain sekiranya pergaulan bebas dalam kalangan remaja terus berlaku di Malaysia daripada ahli panel yang kedua forum kita pada hari ini. Baiklah sila nyatakan kesan yang igin anda kongsikan bersama-sama kami di sini. Silakan.

**********************************kesan panel 2**********************************

Ya , terima kasih kepada saudara irfan atas kesan-kesan yang telah disampaikan tadi. Apa yang dikatakan tadi Jika pergaulan bebas tidak dibendung ini juga boleh mewujudkan suasana yang tidak harmoni di mana berlaku banyak pembuangan bayi haram dan sebagainya sekaligus merosakkan imej negara Malaysia di mata dunia. Bukan itu sahaja penyakit berjangkit juga akan terus menular dalam kalangan rakyat seperti penyakit HIV dan AIDS. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada saudara atas penerangan sebentar tadi.

Hadirin sekalian, Baiklah, marilah pula kita semua mendengar kesan pergaulan bebas daripada saudari Nur Azlina pula. Saudari silakan.

*****************************kesan panel 3 *******************************

Begitulah kesannya jika masalah pergaulan bebas di negara ini tidak dibendung dengan sebaik mungkin. Seperti yang dikatakan sebentar tadi,