Anda di halaman 1dari 22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

TAZKIRAH AL-ASFIYA
FI
HAYAT AL-AWLIYA

k
Oleh:
'ABDU DHAIF FAQIR HAQIR
MAULAWI JALALUDDIN AHMAD AR-ROWI
'UFIYALLAHU 'ANHU WALI WALIDAIHI
WALI MASYAIKHIHI WALI JAMI'IL MUSLIMIN

KHANQAH NAQSHBANDIYAH
1430 HIJRAH

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


1
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

IMAM TARIQAT KHWAJAH KHWAJAHGAN PIR PIRAN


HADHRAT KHWAJAH SHAH BAHAUDDIN
NAQSHBAND

B ELIAU adalah Imam Tariqat, Pewaris Rantaian Emas Silsilah ‘Aliyah,


Mahaguru Para Asfiya, Sultan Para Auliya, Pewaris Para Anbiya, Guru
Sekelian Para Guru, Pembimbing Sekelian Para Pembimbing, Syaikh Sekelian
Para Masyaikh, Pir Sekelian Para Piran, Khwajah Sekelian Para Khwajahgan, Syaikh
di Timur di Barat di Utara dan di Selatan, Penyinar Agama dan Kebenaran, Khalifah
Allah dan Khalifah Rasulullah di muka alam, Ghautsul Akbar, Mujaddidul A’zam,
Shah Muhammad Bahauddin Bin Muhammad Naqshband Al-Bukhari Al-Uwaisi,
semoga Rahmat Allah sentiasa terlimpah ke atasnya dan semoga disucikan segala
rahsianya.

Beliau dilahirkan dan dikebumikan di Qasrul ‘Arifan, Bukhara. Lahirnya pada


bulan Muharram 721 Hijrah dan ada riwayat yang menyatakan kelahirannya pada
bulan Muharram 717 Hijrah bersamaan 1317 Masihi. Beliau menerima pendidikan
awal Tasawwuf dan rahsia Tariqat dari gurunya Hadhrat Sayyid Muhammad Baba
As-Sammasi Rahmatullah 'alaih dan memperolehi nisbat batin secara zahir dari
Hadhrat Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih namun secara hakikatnya beliau
memperolehi nisbat batin dan menghasilkan Faidhz secara Uwaisi dari Hadhrat
Khwajah ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih yang telah
mendahuluinya selama 200 tahun.

Beliau adalah cahaya petunjuk kepada lautan ilmu yang tak bertepi, pensuci
Ruh dan Nafas sekelian Ummat Muhammadiyah, pewaris bagi rahsia kalimah LA
ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH, karamahnya umpama
mukjizat yang dapat menghidupkan kembali Hati dan Ruh yang mati, pembimbing
Ruh-ruh yang hidup kembali ke pangkal jalan sehingga Para Raja sanggup berdiri di
depan pintu rumahnya dan dengan cahaya petunjuknya mereka yang baik menjadi
lebih baik, mereka yang lebih baik menjadi yang terbaik dan menukarkan segala
yang jahat menjadi baik.

Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih


telah menerima perkhabaran baik tentang kelahiran dan penzahiran beliau semenjak
sebelum kelahirannya. Setelah kelahirannya beliau telah dikabulkan sebagai anak
murid Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih
malah menganggapnya sebagai anak sendiri dan bagi menyempurnakan
Tarbiyahnya, Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah
‘alaih telah mewasiatkan kepada Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah
‘alaih untuk mengasuh dan mendidiknya.

Ketika beliau berusia 18 tahun setelah menguasai Ilmu Syari’ah, datuknya


telah membawa beliau ke sebuah perkampungan di Sammas untuk berkhidmat dan
bersuhbah dengan Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As-Sammasi

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


2
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Rahmatullah ‘alaih atas permintaan Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As-
Sammasi Rahmatullah ‘alaih sendiri. Semenjak awal Suhbahnya dengan Syeikh dia
telah menerima limpahan Rahmat dan Faidhz yang tak terkira banyaknya dan
memperolehi semangat yang tinggi menuju keikhlasan dalam melakukan amalan
Ibadah.

Beliau telah diperintahkan oleh Hadhrat Khwajah Khwajahgan Syeikh ‘Abdul


Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih untuk beramal dengan ‘Azimah dan
meninggalkan Rukhsah. Kerana itulah beliau telah memilih dan mengutamakan
amalan Zikir Khafi yang bersifat tersembunyi sebagai amalan tunjang dalam
Tariqatnya kerana fadhilatnya yang tujuh puluh kali lebih baik dari amalan Zikir
Jihri yang mengeraskan suara.

PERMULAAN PETUNJUKNYA DAN PETUNJUK


PERMULAANNYA

H ADHRAT Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah


menceritakan berkenaan zaman remajanya ketika mana Syeikhnya iaitu
Hadhrat Khwajah Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih:
“Daku bangkit tidur seawal pagi tiga jam sebelum Solah Fajar, mengambil
wudhu dan setelah melakukan Solah Sunnah daku akan bersujud memohon kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan doa berikut:
“Ya Tuhanku, kurniakanlah daku dengan kekuatan untuk memikul segala
kesusahan dan kesakitan demi CintaMu.”

Kemudian daku pun bersolah Fajar dengan Syeikh. Pada suatu hari, ketika
beliau hendak keluar, beliau telah memandang ke arahku dan berkata, seolah-olah
dia telah berada bersama-samaku ketika aku melakukan doa tersebut seraya berkata,
“Wahai anakku, kau perlu menukarkan permohonan doa yang kau lakukan,
sebaliknya berdoalah,
“Ya Allah, limpahkanlah KeredhaanMu kepada hamba yang lemah ini. Allah
tidak suka hamba-hambaNya berada dalam kesusahan. Meskipun Allah dengan
HikmahNya memberikan sedikit kesusah-payahan kepada hamba-hambaNya untuk
menguji mereka, seseorang hamba tidak sepatutnya meminta untuk berada dalam
kesusahan. Ianya tidak akan menjadi suatu penghormatan di sisi Allah.”

Setelah Hadhrat Syaikh Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih


meninggal dunia, datukku telah membawaku ke Samarkand. Di sana daku telah
dipertemukan dengan seorang yang ‘Alim lagi Salih. Daku meminta restu dan doa
keberkatan darinya dan Alhamdulillah keberkatannya telah pun daku perolehi.
Kemudian datukku membawaku ke Bukhara dan mengahwinkan daku dengan
seorang wanita di sana.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


3
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Pada suatu hari, dengan inayah Allah, daku mendapat kiriman sebuah kopiah
kerajaan yang biasa dipakai di jabatan kerajaan. Setelah mendapat kopiah itu,
kehidupanku menjadi semakin baik dan keinginanku untuk bersahabat dengan
Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih semakin bergejolak dalam
hatiku.

Daku tinggal di Qasrul ‘Arifan yang mana merupakan suatu pemeliharaan


yang khusus dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepadaku kerana daku berada dekat
dengan Hadhrat Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih. Daku mendapat khabar
bahawa Hadhrat Khwajah Muhammad Baba Sammasi Rahmatullah ‘alaih telah
berpesan kepada Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih supaya
mengajar dan mendidikku dengan baik.

Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih telah berjanji akan
memenuhi amanah itu dengan menegaskan bahawa jika pesan amanah itu tidak
dilaksanakan, maka dirinya bukanlah seorang laki-laki yang sebenar, dan ternyata
janjinya itu dipenuhinya.

Daku pun berkhidmat kepadanya dan beliau memberitahuku bahawa


Hadhrat Syaikh Muhammad Baba As-Samasi Rahmatullah ‘alaih telah
memberitahunya semenjak sekian lama bahawa,
“Daku takkan merasa gembira denganmu jika kamu tidak mendidiknya
dengan baik.”

Suatu hari daku sedang duduk dengan seorang rakan sambil bermuraqabah
dan pintu-pintu langit terbuka dan gambaran Musyahadah yang hebat hadir
kepadaku dan daku mendengar satu suara berkata,
“Apakah tidak cukup bagimu bagi meninggalkan mereka yang lain dan
datang Kehadhrat Kami secara berseorangan?”

Suara ini telah menyebabkan daku menjadi tidak tentu arah sehingga
menyebabkan daku keluar dari rumah. Daku lari ke sebuah sungai di mana daku
pun terjun ke dalamnya. Daku membasuh pakaianku dan bersolah dua rakaat
dengan cara yang daku tidak pernah mengalaminya, merasakan seolah-olah daku
sedang bersolah di hadapan Hadhrat Zat Yang Maha Suci.

Segala-galanya telah dibukakan pada hatiku dalam keadaan Kasyaf. Seluruh


Alam Maya lenyap dan daku tidak menyedari kepada sesuatu yang lain selain
bersolah dengan KehadiranNya.

Daku telah ditanya pada permulaan Jazbahku,


“Mengapakah engkau hendak menuruti jalan ini?”

Daku menjawab,
“Supaya apa sahaja yang ku katakan dan apa sahaja yang ku kehendaki,
itulah yang akan terjadi.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


4
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Daku telah dijawab,


“Itu takkan terjadi, apa sahaja yang Kami katakana dan apa sahaja yang Kami
kehendaki, itulah yang akan terjadi.”

Daku pun berkata,


“Aku tak dapat melakukannya, aku mesti diizinkan untuk berkata dan
melakukan apa sahaja yang aku kehendaki ataupun aku tidak mahu jalan ini.”

Kemudian daku pun menerima jawapan,


“Tidak, adalah apa sahaja yang Kami mahu ianya diperkatakan dan apa
sahaja yang Kami mahu ianya dilakukan, itulah yang mesti diperkatakan dan
dilakukan.”

Dan daku berkata sekali lagi,


“Apa sahaja yang ku katakan dan apa sahaja yang ku lakukan, itulah yang
mesti terjadi.”

Kemudian daku telah ditinggalkan keseorangan selama limabelas hari


sehingga daku telah diselubungi dengan tekanan yang amat hebat. Lalu daku
terdengar satu suara berkata,
“Wahai Bahauddin, apa sahaja yang kau berkehendak, akan Kami
kurniakan.”

Daku berasa amat gembira. Daku berkata,


“Daku mahu diberikan suatu jalan Tariqat yang akan membimbing sesiapa
sahaja yang menurutinya terus kepada Hadhrat Zat Yang Maha Suci.”

Dan daku telah mengalami Musyahadah yang maha hebat dan daku
terdengar suara berkata,
“Dikau telah dikurniakan dengan apa yang telah dikau mohonkan.”

PETUNJUK PERJALANANNYA DAN PERJALANAN PETUNJUKNYA

H ADHRAT Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah


meriwayatkan kisahnya berkata,
“Suatu ketika sewaktu daku berada dalam keadaan Jazbah dan
hilang fikiran, daku pergi ke sini dan ke sana tanpa menyedari apa yang sedang ku
lakukan. Kakiku menjadi luka dan berdarah disebabkan oleh luka tersebut. Apabila
tiba waktu malam, daku berasa diriku tertarik ke arah rumah Syeikhku, Hadhrat
Sayyid Amir Kullal.

Pada malam itu begitu gelap gelita tanpa kelihatan bulan mahupun bintang.
Udara begitu sejuk dan daku tidak berpakaian melainkan dengan sehelai jubah kulit
yang sudah tua dan lusuh. Apabila daku tiba di rumahnya, daku mendapati
Syeikhku sedang duduk bersama dengan para sahabat dan pengikutnya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


5
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Apabila dia melihat daku lalu dia pun memberitahu kepada para
pengikutnya,
“Keluarkan dia, aku tidak mahu dia berada di dalam rumahku.”

Mereka pun membawa daku keluar dan daku mendapati keakuanku sedang
cuba untuk menguasaiku dan ia sedang menakluki hati dan perasaanku, cuba
meracuni kepercayaanku terhadap Syeikhku. Pada waktu itu daku hanya
bergantung dengan Pemeliharaan dan RahmatNya yang Suci dalam menanggung
rasa kehinaan dalam mencari keredhaan Allah dan keredhaan Syeikhku.

Daku berkata pada diriku,


“Aku tidak akan membenarkan kau meracuni kepercayaanku terhadap
Syeikhku.”

Daku berasa begitu letih dan sedih yang mana daku telah meletakkan sifat
kehinaan di pintu kebanggaan, meletakkan kepalaku di anjung pintu rumah guruku
dan berjanji pada diriku bahawa daku tidak akan mengangkatnya sehinggalah dia
menerimaku semula. Salji pun mulai turun dan kesejukan udara mulai menikam
sehingga ke tulang menyebabkan daku menggigil dalam kegelapan malam.

Pada malam itu tiada langsung walau kehangatan bulan untuk


menenteramkanku. Daku terus berada dalam keadaan demikian sehingga daku
berasa kaku. Tetapi, rasa cinta yang berada di dalam hatiku iaitu cinta kehadhrat
Yang Suci dan cintaku terhadap pintu kesucian Syeikhku tetap menghangatkan
diriku. Fajar pun menjelang dan Syeikhku telah melangkah keluar dari pintu
rumahnya tanpa melihat padaku secara Zahir. Dia meletakkan kakinya di atas
kepalaku yang masih sedang berada di anjung pintunya.

Apabila dia terasa sedang memijak kepalaku, dia pun mengangkat kakinya,
membawaku masuk ke dalam rumahnya dan berkata kepadaku,
“Wahai anakku, dikau telah dipakaikan dengan pakaian kebahagiaan, dikau
telah dipakaikan dengan pakaian cinta yang suci. Dikau telah dipakaikan dengan
pakaian yang tidak pernah dipakaikan kepadaku dan tidak pernah dipakaikan
kepada Syeikhku. Allah gembira denganmu, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
gembira denganmu, kesemua Para masyaikh dalam silsilah emas berasa gembira
dengan kamu.”

Kemudian, dengan penuh teliti dan hati-hati dia mengesat luka di kakiku dan
membasuh darah lukaku. Pada masa yang sama dia telah menuangkan ke dalam
hatiku akan limpahan ilmu pengetahuan yang aku tidak pernah mengalaminya.
Keadaan ini seterusnya telah membukakan kepadaku gambaran Musyahadah yang
mana daku melihat diriku sedang memasuki gerbang rahsia dari kalimah
MUHAMMAD RASULULLAH. Daku melihat bahawa diriku sedang memasuki
gerbang rahsia kalimah tersebut yang mana ianya merupakan Haqiqatul
Muhammadiyah. Ianya terus membawaku memasuki gerbang rahsia kalimah LA
ILAHA ILLA ALLAH yang merupakan rahsia Wahdaniyah. Keadaan ini seterusnya

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


6
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

membawa daku untuk memasuki gerbang rahsia Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah
yang dinyatakan menerusi rahsia Ahadiyat. Keadaan tersebut tidak dapat
diungkapkan dengan kata-kata, tetapi hanya dapat diketahui menerusi rasa yang
diperolehi menerusi pengalaman di dalam hati.”

Menurut riwayat Para Masyaikh Silsilah Naqshbandiyah di dalam kitab


Bahjatus Saniyah, semenjak zaman Hadhrat Khwajah Mahmud Anjir Faghnawi
Rahmatullah ‘alaih sehingga ke zaman Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah
‘alaih mereka telah menghimpunkan amalan Zikir Khafi dan Zikir Jihri, tetapi
kepada para murid yang baru, Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih telah
memberikan permulaan Zikir Jihri.

Perkara ini telah membuatkan Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin


Rahmatullah ‘alaih selalu bangkit dari Halqah Zikir lalu pergi berzikir bersendirian
di dalam biliknya. Hal keadaan beliau yang selalu bangkit ketika majlis Zikir Jihri
sedang bermula telah menyebabkan rasa tidak senang hati di kalangan para murid
Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih, lalu mereka melapurkan hal
peristiwa ini kepadanya. Akan tetapi Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih
hanya mendiamkan diri bahkan terus memberikan penumpuan Tawajjuhnya kepada
Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih dan perasaan kasih
sayangnya semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih juga tetap memberikan


khidmatnya kepada Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih seperti biasa
tanpa mengenepikan sebarang adab bahkan senantiasa tunduk kepada kehendak
dan kemahuan Syeikhnya, Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih.

Pada suatu hari Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih telah
mengumpulkan kesemua muridnya yang kecil mahupun dewasa dalam suatu
jemaah yang besar di perkampungan Sukhar, sejumlah lebih kurang lima ratus
orang termasuklah mereka yang menta’mirkan Masjid dan Khanqah lalu berkata,
“Wahai saudara-saudaraku, kamu semua mempunyai sangkaan yang buruk
terhadap anakku Bahauddin dan segala sangkaan kamu adalah salah. Kamu semua
tidak mengenalinya, bahawa hal keadaannya sentiasa mendapat pandangan yang
khusus dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dan pandangan hamba-hamba Allah
adalah menuruti pandangan yang Haq dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Rahsia hal
yang telah Allah kurniakan kepadanya tidak pernah dikurniakan kepada sesiapa
pun jua sebelum ini bahkan aku juga tidak mengetahuinya.”

Lalu Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih memandang kepada


Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih seraya berkata,
“Wahai anakku Bahauddin, segala wasiat yang telah disampaikan oleh
Hadhrat Khwajah Muhammad Baba Sammasi Rahmatullah ‘alaih kepadaku bahawa
sepertimana daku memberikan didikan tunjuk ajar dan Tarbiyah kepadamu, maka
hendaknya begitu jugalah engkau memberikan Tarbiyah kepada anakku Bahauddin

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


7
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

dan jangan mengurangkannya walau sedikit pun. Aku telah pun melaksanakannya
kesemua wasiatnya.”

Selanjutnya Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih telah berkata


kepada Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih,
“Daku telah menyusukanmu dengan putting tetekku sehingga kering, kini
Ruhaniahmu ibarat seekor anak ayam yang telah keluar dari kulit telurnya, namun
kesungguhanmu seumpama seekor ayam yang perkasa. Kini daku memberikan
keizinan kepadamu, di mana sahaja yang kamu terhidu haruman yang sampai ke
otakmu, hendaklah engkau menuntutnya meskipun dari Turki mahupun Tajik, dan
tuntutlah menurut kemampuanmu tanpa mengurangkannya sedikitpun.”

Setelah peristiwa itu Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih


telah bersuhbah dengan Hadhrat Maulana ‘Arif Ad-Dikarani Rahmatullah ‘alaih
selama tujuh tahun dan kemudian telah bersuhbah dengan Hadhrat Maulana
Qutsum Syaikh Rahmatullah ‘alaih selama beberapa tahun.

Beliau telah menukilkan pengalaman beliau yang selanjutnya seperti berikut,


“Pada suatu malam daku telah bermimpi bertemu dengan Hakim ‘Ata
Rahmatullah ‘alaih yang merupakan salah seorang dari kalangan Wali-wali besar
orang Turki. Beliau telah menyuruh seorang Darwish memberikan bimbingannya
kepadaku. Apabila daku tersedar dari tidur, rupa wajah Darwish itu masih kekal
terpelihara di dalam bayangan fikiranku.

Daku mempunyai seorang nenek yang Salih. Daku telah menceritakan kisah
mimpiku kepadanya lalu beliau berkata,
“Wahai anakku, kamu akan memperolehi bahagian limpahan Faidhz dari
Masyaikh orang Turki.”

Maka semenjak itu daku pun mencari-cari Syeikh orang Turki dan gambaran
wjah Darwish tersebut sentiasa ada dalam fikiranku sehinggalah pada suatu hari
daku telah bertemu dengan Darwish itu di sebuah pasar di kota Bukhara. Daku
mengenalinya sepertimana yang telah ku lihat di dalam mimpiku dan daku pun
bertanyakan namanya dan beliau pun memberitahu bahawa nama beliau adalah
Khalil. Walaubagaimanapun dalam pertemuan ini daku berasa agak sukar dan tidak
berghairah untuk bersuhbah dengannya. Dia pulang ke rumahnya sedangkan daku
berasa gelisah, ragu dan bimbang. Aku berasa harus pergi meninggalkannya namun
terasa berat untuk pergi.

Ketika masuk waktu Maghrib, seorang lelaki yang tidak daku kenali telah
datang kepadaku dan berkata bahawa Darwish Khalil sedang memanggilku. Daku
berasa hairan, bagaimana orang itu menemuiku? Daku berasa begitu gembira dan
dengan segera daku mengambil sedikit buah tangan lalu mengikuti orang itu
dengan perasaan yang sungguh seronok dan penuh keyakinan, daku pun hadir
untuk berkhidmat padanya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


8
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Ketika menemuinya, daku hendak memberitahu tentang mimpiku


kepadanya. Lalu Darwish Khalil pun berkata,
“Apa yang ada di dalam hatimu telah Zahir di hadapan kami dan kamu tidak
perlu menceritakannya. Kamu tidak perlu mengkhabarkan tentang mimpimu kerana
daku sudah pun mengetahuinya.”

Ucapannya ini telah memberikan kesan yang terhunjam ke lubuk hatiku dan
kemudian telah terbit rasa keinginan yang membuak dalam diriku untuk bersuhbah
dengannya. Sepanjang daku bersuhbah dengan beliau, telah terzahir berbagai hal-hal
peristiwa yang ajaib, rahsia pengetahuan yang Ghaib telah terbuka pada hatiku. Dia
sentiasa memandang padaku, memujiku dan menaikkan darjatku.
Pada suatu ketika beliau terpaksa bersafar lalu beliau pun pergi. Kemudian setelah
beberapa lama telah sampai kepadaku perkhabaran tentang Darwish Khalil bahawa
penduduk di Transoxiana telah mengangkatnya sebagi Raja mereka. Daku ingin
meneruskan Suhbah dengannya.

Beberapa hari pun berlalu yang mana telah bermula dalam diriku sehinggalah
pada zaman kesultanannya, daku telah pergi menuju ke negeri kesultanannya dan
dalam hatiku telah tumbuh rasa cinta yang semakin bertambah dan dengan
perhatiannya, tatkala kesudahan permulaanku itu, beliau telah mengangkatku ke
darjat ilmu pengetahuan yang lebih tinggi.

Ketika zaman kesultanannya daku telah dikurniakan kemuliaan dengan


kesempatan untuk berkhidmat dan bersuhbah dengannya. Ketika bersama
dengannya, berbagai hal Musyahadah perkara yang besar-besar berlaku ke atas
diriku. Dengan kebaikan dan kasih sayangnya, beliau telah mengajar daku
bagaimana Adab-adab untuk berkhidmat kepada seseorang Syeikh.

Di bawah asuhannya daku telah berjaya menempuh penjelajahan Suluk pada


jalan ini dan daku telah bersuhbah dengannya dalam Tariqat ini selama enam tahun
dengan memelihara adab-adab kesultanan ketika hadir bersamanya dan ketika daku
dalam khalwat, daku sentiasa memelihara perhubungan hati dengannya.

Beliau selalu berkata di hadapan para pegawai khas kesultanannya bahawa,


“Barangsiapa yang berkhidmat untuk keredhaan Tuhan, dia akan mencapai
martabat yang tinggi di kalangan makhluk.” Daku mengetahui apakah yang
dimaksudkan dan apakah yang dikehendaki menerusi perkataannya itu.”

Hadhrat Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih telah berkata,


“Pada permulaan perjalananku atas Tariqat ini, daku telah bertemu dengan
seorang pencinta Allah dan dia berkata kepadaku,
“Nampaknya seolah-olah kamu adalah dari kami.”

Daku berkata kepadanya,


“Aku harap kau adalah dari kami dan aku berharap untuk menjadi
rakanmu.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


9
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Kemudian dia bertanya kepadaku,


“Bagaimana engkau melayani dirimu?”

Daku berkata kepadanya,


“Jika aku memperolehi sesuatu, aku bersyukur kepada Allah dan jika tidak,
aku akan bersabar.”

Dia tersenyum dan berkata,


“Ini adalah mudah. Jalan bagimu adalah dengan membebankan keakuanmu
dan mengujinya. Jika ia ketiadaan makanan selama seminggu, kamu mesti sanggup
menjaganya dari mengingkarimu.”

Daku amat gembira dengan jawapannya dan daku meminta sokongan


darinya. Dia telah mengarahkanku agar membantu orang yang memerlukan dan
berkhidmat kepada mereka yang lemah dan memberi dorongan kepada hati yang
telah pecah. Dia mengarahkanku agar tetap merendahkan diri dan berasa hina diri
dan berfikiran terbuka. Daku memelihara arahannya dan daku telah
mengamalkannya dalam kehidupanku buat beberapa lama.

Kemudian dia telah mengarahkanku untuk memelihara binatang,


menyembuhkan penyakit mereka, membersihkan luka-luka mereka dan membantu
mereka dalam usaha mencari rezeki. Daku tetap atas jalan itu sehinggalah daku telah
sampai pada suatu keadaan yang mana jika daku terjumpa dengan seekor binatang
berada di jalanan, daku akan berhenti dan memberikan jalan untuknya.

Dia telah mengarahkanku agar memelihara anjing-anjing persatuan ini


dengan penuh kebenaran dan kerendahan diri, dan meminta bantuan sokongan dari
mereka. Dia berkata kepadaku,
“Oleh kerana kau telah berkhidmat kepada salah seorang dari mereka, kau
akan mecapai suatu kebahagiaan yang besar.”

Daku mengambil arahan itu dengan harapan daku dapat mencari seekor
anjing dan dengan memberikan khidmat dan kepadanyalah daku akan memperolehi
kebahagiaan itu. Pada suatu hari daku sedang berada dalam sekumpulan dari
mereka dan daku telah merasa suatu hal keadaan yang amat bahagia dalam diriku.

Daku pun mulai menangis di hadapannya sehingga ia menjatuhkan dirinya


ke belakang dan mengangkat kedua tapak kaki depannya ke arah langit. Daku
terdengar suatu suara yang amat sedih keluar darinya dan daku juga
mengangkatkan tanganku sepertimana melakukan doa dan mula mengucapkan
Amin sebagai memberikan sokongan kepadanya sehingga dia menjadi diam. Apa
yang terbuka kepada diriku sesudah itu adalah gambaran Musyahadah yang telah
membawaku kepada suatu hal keadaan yang mana daku merasakan bahawa diriku
adalah sebahagian dari sekelian manusia dan sebahagian dari setiap ciptaan di atas
muka bumi ini.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


10
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Pada masa permulaan daku mengalami Ghalabah Zauq dan Syauq, daku
telah berjalan dari

Bukhara menuju ke Nasaf untuk pergi berkhidmat dan bersuhbah dengan


Syeikhku, Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih demi menghasilkan
limpahan Faidhz darinya. Apabila daku hampir tiba di tempat perhentian orang
Musafir di Jughrati, maka di situ daku telah didatangi oleh Hadhrat Khidhzr
‘Alaihissalam yang merupakan dirinya sebagai orang tua yang menaiki kuda. Di
tangannya ada sebatang tongkat dan beliau memakai topi yang lusuh, lalu datang
menghampiriku.

Beliau memukulku dengan kayu tongkatnya sambil berkata dalam bahasa


Turki,
“Kamu nampak kuda?”

Daku hanya mendiamkan diri dan beliau berkali-kali datang di hadapanku


cuba mempengaruhiku, lalu daku pun berkata kepadanya,
“Daku mengenalimu, kamu adalah Khidhzr.”

Beliau terus mengekori di belakangku dan berkata kepadaku,


“Wahai kamu, berhentilah seketika agar kami dan kamu dapat bersuhbah
untuk beberapa waktu.”

Daku tidak memberikan sebarang tumpuan mahupun Tawajjuh kepada kata-


katanya. Apabila daku tiba ke tempat Syeikhku, Hadhrat Sayyid Amir Kulal untuk
hadir berkhidmat padanya, lalu beliau melihat padaku seraya berkata,
“Kamu bertemu Khidhzr ‘Alaihissalam dalam perjalananmu ke sini namun
kamu tidak memberikan perhatianmu kepadanya?”

Daku pun menjawab,


“Ya, kerana daku telah memberikan Tawajjuhku terhadap tuan, maka kerana
itulah daku tidak dapat memberikan sebarang Tawajjuh terhadapnya.”

PERJALANAN AHWALNYA DAN AHWAL PERJALANANNYA

H ADHRAT Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah


meriwayatkan hal ehwal kisahnya ketika permulaan menjalani perjalanan
Tariqat seperti berikut,
“Pada permulaan Ahwal dan Ghalabah serta Jazbah dan dalam keadaanku
yang tidak tetap pendirian, daku sering berkeliaran pada waktu malam dari satu
tempat ke satu tempat di Bukhara untuk mengunjungi semua kawasan perkuburan
untuk mengambil pelajaran dari mereka yang telah mati.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


11
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Pada suatu malam, daku telah sampai ke tiga buah kubur yang diberkati.
Mulanya daku menziarahi Kubur Hadhrat Syeikh Muhammad ‘Abdul Wasi’
Qaddasallahu Sirrahu dan apabila daku tiba, terlihat olehku akan cahaya lampu
yang minyaknya hampir habis tetapi sumbunya masih panjang dan perlu digoyang-
goyangkan sedikit supaya kena rata pada minyak bagi menambahkan lagi terang
cahaya sinarnya.

Setelah menghadiahkan Al-Fatihah untuknya, dari situ daku menerima


isyarat supaya pergi ke Kubur Hadhrat Khwajah Mahmud Anjir Faghnawi
Qaddasallahu Sirrahu untuk menghadiahkan Al-Fatihah untuknya. Tatkala sampai
di situ, daku dapati terdapat lampu seperti di kuburan tadi.

Tiba-tiba daku mendapati dua orang yang tidak pernah daku kenali sedang
menanti kedatanganku dengan seekor kuda. Mereka mendatangiku dan menyelitkan
dua bilah pedang ke pinggangku dan menaikkan daku ke atas kuda lalu
membawaku ke Kubur Hadhrat Khwajah Syeikh Mazdakhin Qaddasallahu Sirrahu
pada ketika hampir lewat malam. Di situ juga terdapat lampu seperti yang ada di
dua kuburan sebelumnya. Daku pun turun dari kuda dan membetulkan sumbu
lampu Kuburnya lalu duduk menghadap Qiblat sambil bermuraqabah
menghubungkan hatiku dengan hati Syeikh tersebut.

Semasa bermuraqabah daku berasa sedang berada di Alam Ghaib dan


dibukakan gambaran Musyahadah kepadaku, yang mana daku melihat dinding
yang berada di arah Qiblat telah terbelah dan muncul sebuah takhta tempat duduk
yang besar seumpama mimbar yang di atasnya seorang lelaki Buzurg yang tampan
dan tegap sedang duduk di atasnya dan sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Terdapat kain tabir purdah berwarna hijau di hadapannya.

Di sekitar takhta mimbar tersebut terdapat satu jemaah yang sedang hadir
dan dari jemaah tersebut daku dapat mengenali seorang darinya iaitu Syeikhku
Hadhrat Muhammad Baba Sammasi Qaddasallahu Sirrahu. Maka tahulah diriku
bahawa mereka kesemuanya sudah meninggal dunia.

Daku berasa agak ketakutan melihat Buzurg tersebut dan dalam masa yang
sama daku berasa cinta dan kasih sayang terhadapnya. Akan tetapi, timbul
pertanyaan dalam hatiku bahawa siapakah orang Buzurg ini dengan orang-orang
yang di sekelilingnya dan jemaah apakah yang sedang hadir itu?

Seorang dari mereka lalu berkata,


“Dia adalah Syeikh yang telah mengasuhmu atas perjalanan Ruhaniah. Dia
telah melihat kepada Ruhmu sewaktu ianya masih dalam keadaan zarah di hadapan
HadhratNya. Dikau sedang menjalani latihan di bawah pengawasannya. Adapun
orang Buzurg itu adalah Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani
Qaddasallahu Sirrahu dan jemaah yang menyertainya adalah Para Khalifahnya yang
memelihara rahsia rantaian emas.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


12
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Lalu diperkenalkan kepadaku seorang demi seorang dari mereka dengan


berkata,
“Ini ialah Khwajah Muhammad Siddiq Rahmatullah ‘Alaih dan ini Khwajah
Auliya Kabir Rahmatullah ‘Alaih dan ini Khwajah ‘Arif Riwagari Rahmatullah
‘Alaih dan ini Khwajah Mahmud Anjir Faghnawi Rahmatullah ‘Alaih dan ini
Khwajah ‘Azizan ‘Ali Ramitani Rahmatullah ‘Alaih.”

Dan tatkala sampai kepada Hadhrat Khwajah Muhammad Baba Sammasi


Rahmatullah ‘Alaih, orang itu berkata,
“Engkau pernah melihatnya ketika dia masih hidup. Dia adalah Syeikhmu
dan dia pernah memberikan satu kopiah kepadamu, kenalkah kamu kepadanya?”

Daku pun menjawab,


“Ya, kenal.” Bahawa daku mengenali Hadhrat Khwajah Muhammad Baba
Sammasi Rahmatullah ‘Alaih, lalu kenanganku kembali ingat kepada kisah kopiah
yang sudah daku lupakan semenjak sekian lama dan daku pun tidak tahu di mana ia
berada.

Selanjutnya orang itu berkata,


“Kopiah itu kini berada di rumahmu. Berkat kopiah itu, Allah telah
menyelamatkan kamu dari cubaan bala yang besar di Dunia.”

Sejurus kemudian, Para Jemaah yang hadir itu telah memberitahu kepadaku,
“Sekarang dengarkanlah baik-baik kerana Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq
Ghujduwani Qaddasallahu Sirrahu akan memberikan pesanan kepadamu yang
mana amat penting bagi dirimu dalam perjalanan Suluk Tariqat menuju Haq Ta’ala.”

Daku pun memohon untuk bersalaman dengan Hadhrat Khwajah ‘Abdul


Khaliq Ghujduwani Qaddasallahu Sirrahu, dan permintaanku itu telah dipenuhi.
Mereka pun menyingkapkan kain tabir hijau yang ada di hadapannya itu dan daku
pun bersalaman dengannya.

Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Qaddasallahu Sirrahu telah


memberikan daku dua nasihat bimbingan yang mana setiap satunya amat penting
ketika permulaan, pertengahan dan penghujung dalam perjalanan Suluk.

Perkara pertama yang disampaikan oleh Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq


Ghujduwani Qaddasallahu Sirrahu kepadaku adalah berkenaan sumbu lampu pelita
yang telah dilihat olehnya ketika berada di Kubur tadi adalah mengisyaratkan
kepada wujudnya kemampuan dan kesediaan di dalam diriku, namun kesediaan itu
perlu digerakkan supaya pelita itu dapat terang bercahaya bagi menzahirkan segala
rahsia dan menyuruhku beramal menurut kemampuan kerana ianya akan
menghasilkan kepada pencapaian maksud.

Perkara kedua yang disampaikannya adalah penekanan supaya dalam setiap


hal keadaan hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan amalan Syari’at dan

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


13
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Istiqamah dalam perlaksanaannya, beramal dengan ‘Azimah dan Sunnah serta


meninggalkan Rukhsah dan Bida’ah, sentiasa menjadikan Hadits-hadits Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan contoh
tauladannya sebagai Qiblah petunjuk, mempelajari serta meneliti riwayat kehidupan
serta tingkah laku Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum dan juga kisah perjuangan
mereka yang mulia.

Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaih juga telah


memberikan nasihat kepadaku agar mengajak manusia dengan bersungguh-
sungguh supaya menuruti tuntunan Al-Quran serta membacanya siang dan malam,
mendirikan kesemua Solat Fardhu dan Nawafil. Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq
Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaih juga telah menasihatkan agar jangan menganggap
remeh sebarang perkara yang datang dari petunjuk Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam meskipun dalam perkara yang
kecil sekalipun, baik dalam perkara Ibadah mahupun amalan kebajikan.

Setelah Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaih


selesai memberikan kata-kata petunjuk dan nasihatnya kepada Hadhrat Shah
Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘Alaih, seorang dari Khalifah Hadhrat Khwajah
‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaih pun berkata kepada Hadhrat Shah
Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘Alaih,
“Jika kamu inginkan bukti kepastian tentang kebenaran hal peristiwa ini,
maka esok pergilah berjumpa dengan Hadhrat Maulana Shamsuddin Al-Ambikuti
yang akan mengadili antara dua orang dan katakanlah padanya bahawa apa yang
dikatakan oleh orang Turki dalam dakwaannya terhadap Saqa si tukang air itu
adalah benar dan katakan padanya bahawa sedangkan kamu sedang berusaha
menolong Saqa si tukang air dan ianya adalah suatu kesilapan. Perbetulkan dirimu
dan bantulah orang Turki itu dan sekiranya Saqa si tukang air itu mengingkari
dakwaan orang Turki itu maka katakanlah kepada Saqa si tukang air itu bahawa,
aku mempunyai dua bukti, iaitu ucapkanlah Wahai Saqa! Sesungguhnya Saqa si
tukang air itu mengerti maksud kalimat itu bahawa dirinya sedang berada dalam
kehausan, dan bukti yang kedua ialah bahawa Saqa si tukang air itu telah berzina
dengan seorang perempuan yang bukan muhrimnya lalu perempuan itu hamil,
kemudian kamu menggugurkan kandungannya dan kamu menguburkan bayi itu di
sebuah tempat di bawah sepohon kurma.”

Selanjutnya khalifah Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani


Rahmatullah ‘Alaih pun menerangkan,
“Setelah kamu menyampaikan khabar ini kepada Hadhrat Maulana
Shamsuddin, pada keesokan pagi harinya hendaklah kamu mengambil tiga biji
anggur kering lalu pergilah ke Nasaf melalui jalan Rigastan Merv untuk berkhidmat
kepada Syeikhmu, Hadhrat Sayyid Amir Kulal. Di tengah perjalanan nanti kamu
akan bertemu dengan seorang Syeikh Tua yang akan memberikan kepadamu
sepotong roti yang panas. Hendaklah kamu mengambilnya dan jangan bercakap-
cakap apa pun dengannya. Kemudian teruskanlah perjalananmu dan kamu akan
bertemu dengan sebuah Kafilah dan seorang dari mereka akan mencegatmu sambil

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


14
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

menunggang kuda. Berikanlah nasihat kepadanya kerana dia akan bertaubat di


tanganmu dan menjadi pengikutmu. Pakailah kopiah Qalansuwa ‘Azizan yang telah
diberikan kepadamu oleh Syeikhmu dan berikannya kepada Hadhrat Sayyid Amir
Kulal.”

Kemudian mereka menggoyang-goyangkan tubuh badanku supaya sedar


kembali, lalu daku pun segera kembali pulang ke rumah. Pada keesokan harinya,
daku pun bertanya kepada keluargaku tentang kopiah Qalansuwa ‘Azizan itu. Lalu
mereka berkata bahawa kopiah tersebut tetap berada pada tempatnya semenjak
sekian lama tanpa pernah terusik.

Mereka pun membawakan kopiah itu kepadaku dan sebaik saja daku melihat
kopiah tersebut, maka hal keadaanku mulai berubah, dengan hati yang bergetar dan
jantung yang berdebar daku mulai menangis dengan bercucuran air mata agak
sebegitu lama.

Ketika masuk waktu Solat Subuh daku pun pergi ke Masjid Maulana
Shamsuddin di Ambikata dalam daerah Bukhara untuk mendirikan Solat Subuh
bersamanya. Sesudah mendirikan Solat, daku pun mengkhabarkan kepada Maulana
Shamsuddin segala hal peristiwa yang berlaku serta bukti-bukti yang amat
menghairankannya sepertimana yang telah dipesankan kepadanya.

Pada waktu itu, Saqa si tukang air sedang berada dengan Maulana
Shamsuddin dan dia memang mengingkari kebenaran kata-kata orang Turki itu, lalu
daku pun berkata kepada Saqa si tukang air,
“Daku ada dua bukti, yang pertamanya bahawa engkau Saqa si tukang air,
sedang berada dalam kehausan.”

Kemudian Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘Alaih pun


menerangkan buktinya yang kedua dengan menceritakan kisah bahawa Saqa si
tukang air itu telah melakukan zina dengan seorang perempuan sehingga dia
menjadi hamil kemudian menggugurkan bayi kandungan itu dan telah
menguburkannya. Setelah daku menyatakan dua bukti tersebut, dia menerima bukti
yang pertama tetapi menolak bukti yang kedua dengan membantah melakukan zina.
Lalu daku meminta Maulana Shamsuddin dan para jemaah masjid yang hadir agar
pergi kepada sepohon pokok kurma yang berada berdekatan dengan masjid. Mereka
pun pergi bersama-sama dan benar-benar mendapati seorang bayi telah dikuburkan
di sana. Saqa si tukang air itu pun terdiam lalu mula menangis dan memohon maaf
atas segala perlakuannya. Maulana Shamsuddin dan para jemaah masjid itu pun
amat terharu menyaksikan peristiwa itu, lalu kesemuanya pun turut menangis.

Pada keesokan harinya pada waktu Isyraq, daku pun mengambil tiga biji
kismis anggur kering lalu mengambil jalan Rigastan Merv untuk menuju ke Nasaf.
Berita tentang pemergianku ke sana telah diketahui oleh Maulana Shamsuddin lalu
beliau memanggilku dan memberikan sepenuh Tawajjuhnya terhadapku seraya
berkata,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


15
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

“Daku dapati dalam dirimu telah terbit suatu kesakitan, dan penyembuhan
dari kesakitan itu ada pada tangan kami. Kamu telah menempuh jalan yang berliku
dengan susah payah untuk sampai kepada Allah, tinggallah di sini supaya daku
dapat memberikan Tarbiyah kepadamu.”

Sebagai menjawab permintaannya itu, maka telah keluar pengucapan dari


lidahku,
“Wahai Tuan Syeikh, daku adalah anak orang lain. Sekalipun tuan
mentarbiyahku dengan menyusukan puting tetek tuan ke mulutku, daku tidak akan
dapat menerimannya melainkan dari orang yang telah ku berikan hidupku
kepadanya dan yang telah ku ambil Bai’ah darinya.”

Mendengarkan perkataanku ini, Maulana Shamsuddin pun terdiam lalu


mengizinkan daku pergi. Daku pun memperkemaskan ikatan pinggang lalu
berangkat pergi. Tatkala tiba di suatu tempat, daku telah bertemu dengan seorang
Syeikh lelaki tua. Dia memberiku sepotong roti panas lalu daku pun mengambilnya
dan tidak bercakap walau sepatah sepatah perkataan pun dengannya. Kemudian
daku pun berangkat dari situ dan sewaktu dalam perjalanan, daku telah bertemu
dengan sebuah Kafilah.

Orang-orang dalam Kafilah itu telah bertanya kepadaku,


“Kamu datang dari mana?”

Daku pun menjawab,


“Dari Anbakut.”

Mereka bertanya ,
“Bilakah kamu mula berangkat dari sana?”

Daku menjawab,
“Ketika waktu Isyraq terbit matahari pagi.”

Ketika daku sedang bertemu mereka, matahari telah mulai tinggi pada waktu
Dhuha. Mereka agak kehairanan dan tercengang sambil berkata,
“Kami bertolak awal malam tadi dari sana. Jaraknya yang agak jauh
semestinya mengambil masa perjalanan yang panjang, sedangkan kau bertolak awal
pagi dan telah pun sampai ke sini”

Apabila daku mula bergerak hendak meninggalkan mereka, tiba-tiba seorang


dari mereka yang tidak ku kenali datang menghadangiku dengan menunggang
kuda. Beliau mengucapkan Salam dan daku menjawabnya lalu dia bertanya
kepadaku,
“Siapakah kamu? Aku berasa agak takut apabila melihatmu.”

Daku pun berkata,


“Aku adalah orang yang Taubatmu berada di tanganku.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


16
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Mendengarkan ini, dia pun bingkas turun dari kudanya dengan penuh
hormat dan rendah diri lalu mengucapkan Taubat. Ketika itu disampingnya terdapat
banyak botol-botol arak lalu semua botol-botol itu telah dilemparkannya. Dia telah
menemaniku sehinggalah daku sampai kepada Syeikhku, Hadhrat Sayyid Amir
Kulal Rahmatullah ‘alaih.

Setelah daku sampai, terus ku serahkan kopiah Qalansuwa ‘Azizan ke


hadapannya. Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih terdiam lalu
memberikan Tawajjuhnya buat beberapa ketika, lalu berkata,
“Ini adalah kopiah Hadhrat Khwajah ‘Azizan ‘Ali Ramitani Quddisa Sirrahu.
Daku telah diberitahu pada malam tadi yang kamu akan datang membawanya
kepadaku dan daku telah diarahkan untuk menyimpannya dalam sepuluh helai
lapisan kain tutupan.”

Kemudian dia telah memberi kopiah itu kepadaku dan daku pun menerima
kopiah yang penuh berkat itu. Kemudian dia telah mengarahkan daku masuk ke
dalam bilik khalwatnya dan telah mengajarku tentang Zikir Khafi Nafi Itsbat di
dalam hati dan mengarahkan daku agar sentiasa berzikir dengannya pada waktu
siang dan malam.

Mengingatkan kembali kepada nasihat dan perintah yang telah disampaikan


oleh Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih agar sentiasa
beramal dengan ‘Azimah dan meninggalkan Rukhsah, maka daku pun berzikir
dengan Zikir Khafi yang merupakan bentuk tingkatan Zikir yang tertinggi.

Setelah menerima Talqin Zikir itu, maka dakupun mula bergaul dengan Para
‘Alim ‘Ulama dan menghadiri majlis ilmu untuk mempelajari ‘Ilmu Syari’at dan
Hadits-Hadits Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
mempelajari tentang perilaku Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum.

Daku telah mengamalkan apa yang telah di perintahkan kepadaku dan


ternyata keadaan ini telah membawa perubahan besar dan manafaat kebaikan dalam
hidupku. Semua ucapan pengajaran yang telah disampaikan oleh Hadhrat Syeikh
‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih masih lagi terngiang-ngiang di
telingaku dan hasil susah payahku sudah pun ku perolehi pada waktunya. Ruhnya
sentiasa mendampingiku dan memberikan pengajaran kepadaku.”

Demikianlah perhubungan Ruhaniyah Hadhrat Shah Bahauddin dengan


Hadhrat Syeikh ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaihima menerusi
pertalian Nisbat secara Uwaisiyah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


17
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

PERKATAAN HIKMAHNYA DAN HIKMAH PERKATAANNYA


Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata,
“Suatu hari daku sedang berada di perkarangan tamanku di Qasrul ‘Arifan
dengan memakai kopiah Qalansuwa ‘Azizan dan terdapat para pengikutku di
sekelilingku. Tiba-tiba daku mengalami tarikan Jazbah dari Tuhan dengan
RahmatNya dan daku merasakan bahawa diriku sedang dipakaikan dengan pakaian
dan dihiasi dengan Sifat-SifatNya. Daku menggeletar dalam keadaan yang tidak
pernah daku alami sebelum ini sehingga daku berasa tidak mampu untuk berdiri.
Daku menghadapkan diriku ke arah Qiblat dan daku mengalami Musyahadah yang
mana daku melihat Fana dengan hakikatnya yang sebenar.

Daku mendapati diriku telah benar-benar Fana dan daku tidak melihat
sebarang kewujudan melainkan Tuhanku. Kemudian daku melihat diriku keluar
dari Kehadiran Yang Maha Suci yang terpancar menerusi cermin MUHAMMAD
RASULULLAH dalam rupa bintang yang bersinar dalam lautan cahaya yang tanpa
permulaan dan penghujung. Kehidupan jasmaniku tamat dan daku hanya melihat
makna LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASUL ALLAH.

Hal ini terus membawaku kepada pengertian makna bagi Nama Zat ALLAH,
dan seterusnya membawaku kepada Zat yang Ghaib Mutlak, yang merupakan Zat
bagi nama HUWA. Apabila daku memasuki lautan tersebut hatiku berhenti
berdenyut dan seluruh kehidupanku tamat, meletakkan diriku dalam keadaan mati.
Ruhku meninggalkan tubuhku dan kesemua yang berada di sampingku menyangka
bahawa daku sudah mati dan mereka pun menangis.

Kemudian, setelah enam jam berlalu daku telah diperintahkan untuk kembali
kepada jasadku. Daku mendapati Ruhku secara perlahan-lahan masuk kembali ke
dalam tubuhku dan Musyahadah itu pun tamat. Menafikan kewujudan diri dan
mengingkari segala kemahuan Nafsu adalah merupakan keutamaan Tariqat ini.

Dalam hal ini daku telah menerokai setiap tingkatan wujud, yang mana telah
menjadikan daku sebagai sebahagian dari sekelian ciptaan dan telah terbina suatu
keyakinan dalam diriku bahawa semua orang adalah lebih baik dariku. Daku
melihat bahawa setiap orang memberikan manafaat dan hanya daku yang tidak
memberikan sebarang manafaat.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata lagi,


“Pada suatu hari, daku telah mengalami suatu hal keadaan yang
menghairankan. Daku mendengar suara Ketuhanan berkata,
“Mintalah apa sahaja yang kau suka dari Kami.”

Maka daku pun berkata dengan kerendahan diri,


“Wahai Allah, kurniakanlah daku dengan setitis dari lautan Rahmat dan
KeberkatanMu.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


18
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Suara itu menjawab,


“Engkau hanya meminta setitis dari keluasan Rahmat Kami?”

Hal ini membuatkan daku berasa seolah-olah ditampar pada wajahku dan
rasa kesakitannya terasa di pipiku selama beberapa hari. Kemudian, pada suatu hari
daku berkata,
“Wahai Allah, kurniakanlah daku dari lautan Rahmat dan KeberkatanMu
kekuasaan untuk memikulnya.”

Pada waktu itu pandangan Musyahadah telah dibukakan padaku yang mana
daku telah didudukkan atas sebuah singgahsana dan singgahsana itu berada di atas
sebuah lautan Rahmat, dan suatu suara berkata kepadaku,
“Lautan Rahmat ini adalah untukmu, berikanlah ia kepada hamba-hambaku.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata lagi,


“Daku menerima rahsia dari setiap sudut, khasnya dari Hadhrat Uwais Al-
Qarani Rahmatullah ‘alaih yang mana telah menggalakkan daku agar melepaskan
diri dari sebarang urusan Duniawi dan menghubungkan diriku secara khusus
dengan urusan Keruhanian. Daku telah melaksanakannya dengan berpegang teguh
pada Syara’ dan menurut arahan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sehingga daku pun mulalah menyebarkan ‘Ilmu Ghaib
dan kurniaan rahsia dari Zat Yang Esa, yang belum pernah dikurniakan kepada
sesiapa pun.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih pernah berkata,


“Ketika zamanku mula-mula menempuh Manzil perhentian dan Maqamat,
daku telah mengalami hal keadaan yang serupa dengan hal yang telah dialami oleh
Hadhrat Mansur Al-Halaj Rahmatullah ‘alaih dan hampir-hampir terkeluar
kenyataan dari lidahku sepertimana perkataan yang telah terbit dari lidah Hadhrat
Mansur Al-Halaj Rahmatullah ‘alaih. Di sana hanya ada sebuah rumah dan daku
telah dua kali membawa diriku ke rumah tersebut dan berkata pada diriku bahawa
tempatmu adalah pada rumah ini. Akan tetapi, dengan Kurniaan Fadhzal Ilahi daku
telah berjaya menempuh Manzil perhentian ini. Jika pada masa itu terdapat walau
seorang pun dari Khalifah Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Rahmatullah ‘alaih di
atas muka bumi ini, nescaya sudah pasti Mansur tidak akan berdiam dalam rumah
itu.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Kewalian adalah suatu nikmat yang besar. Seseorang Wali hendaklah
memahami bahawa dirinya adalah Wali supaya dia dapat mengerjakan Syukur. Wali
adalah Mahfuz terpelihara. Dengan ‘Inayah Ilahi hal seseorang Wali tidak pernah
terlepas dariNya dan dia terpelihara dari sebarang kejahatan manusia. Hendaklah
jangan bergantung kepada perkara Khawariq yang mencarik adat dan pada zahirnya
sebarang keramat. Urusan Mu’amalah yang sebenarnya adalah pada Istiqamah. Para
Auliya ada mengatakan bahawa,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


19
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

“Hendaklah menuntut Istiqamah, jangan menuntut Karamah, kerana


sesungguhnya Tuhan kamu menuntut darimu Istiqamah dan Nafsumu menuntut
darimu Karamah.”

Dan Para ‘Alim ‘Ulama Agama pula ada mengatakan bahawa,


“Jika seseorang Wali itu melalui sebuah taman dan dari setiap dedaunan
pokok itu keluar suara yang berkata, “Wahai Wali Allah,” maka pada saat itu
sekalipun janganlah sesekali memberikan sebarang tumpuan Tawajjuh terhadapnya
samada secara Zahir mahupun Batin, bahkan dalam setiap saat dia hendaklah
berusaha membawa sifat kehambaan dan merendahkan hati dengan merasakan
kekurangan pada diri. Pada diri Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ianya merupakan suatu sifat yang sangat sempurna
yang mana walaupun kenikmatan dan kemuliaan Tuhan melimpah-ruah ke atasnya,
dengan kadar itu juga Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah dilebihkan dalam sifat kehambaan, kerendahan diri dan hati
serta perasaan miskin. Sesungguhnya keadaan inilah yang menyebabkan Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Apakah daku tidak mahu menjadi hamba Tuhan yang bersyukur?”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata,


“Rahmatan Lil ‘Alamin Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda, “Nasib ummatku dari Neraka
Jahannam adalah sepertimana nasib Hadhrat Baginda Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam
dari api Namrud.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata,


“Jalan Tariqat kami adalah sangat luarbiasa dan merupakan ‘Urwatil Wutsqa
(Pegangan Kukuh), dengan berpegang teguh secara sempurna dan menuruti Sunnah
Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum
Ajma’in. Mereka telah membawa daku ke jalan ini dengan Kekurniaan. Dari awal
hingga ke akhir daku hanya menyaksikan Kekurniaan Allah bukan kerana amalan.
Menerusi jalan Tariqat kami, dengan amal yang sedikit, pintu-pintu Rahmat akan
terbuka dengan menuruti jejak langkah Sunnah Baginda Rasulullah Sallahllu ‘Alaihi
Wasallam.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata,


“Barangsiapa yang mengenal Ma’rifat Allah, tidak akan tersembunyi atasnya
walau sesuatu, yakni seseorang ‘Arif, apabila memberikan tumpuan Tawajjuhnya
terhadap sesuatu, maka ianya akan terzahir padanya.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Selama 40 tahun daku telah melihat ke dalam cermin diri tentang kewujudan
kami. Cermin ini tidak pernah melakukan kesalahan sama sekali, yakni apa yang
dilihat oleh Para Auliya Allah, mereka melihatnya menerusi cahaya Nur Firasat dari
Allah Ta’ala.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


20
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Walaupun Solat, Puasa, Riyadhah dan Mujahadah merupakan perantaraan
untuk mencapai Hadhrat Haq Ta’ala Wa Taqaddas tetapi di sisi kami, tanpa
meninggalkan ikhtiar dan merasakan bahawa amalan diri sendiri adalah kurang,
urusan Mu’amalah tidak akan menjadi betul.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata,


“Barangsiapa yang memalingkan lehernya dari Tariqat kami, ianya
menandakan terdapat kerosakan pada Agamanya.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih juga telah berkata,


“Tariqat kami adalah Suhbat yakni sentiasa bersama kerana menerusi
Khalwat akan terhasil Syuhrat kemasyhuran dan dalam Syuhrat kemasyhuran itu
terdapat Afat bala musibah. Kebaikan ada dalam Jam’iyat dan Jam’iyat terhasil
menerusi Suhbat dan Suhbat adalah dengan menafikan antara satu sama lain.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih juga berkata,


“Dalam Tariqat kami juga, seseorang Salik itu tidaklah dituntut untuk
mengetahui di manakah maqam kedudukannya supaya pengetahuan tersebut tidak
menjadi Hijab dalam perjalanannya. Seseorang Pir itu hendaklah mempunyai khabar
tentang hal keadaan yang telah berlaku dan yang akan berlaku pada seseorang
penuntutnya supaya dia dapat memberikan Tarbiyah yang sesuai untuknya. Antara
syarat bagi urusan menuntut ialah apabila dia telah menetapkan untuk bersahabat
dengan mana-mana Rakan Haq Subhanahu Wa Ta’ala, hendaklah dia menyedari
akan hal keadaannya dan pada masa itu hendaklah mempertimbangkan perkara-
perkara yang telah lepas. Jika di dapati sebarang kekurangan dan pertambahan
kesempurnaan di dalam dirinya, maka dengan lidah perkataannya hendaklah dia
berikhtiar memilih ucapan-ucapan yang baik dan hendaklah menganggap bahawa
bersuhbat dengannya adalah Fardhu ‘Ain ke atas dirimu.”

Dalam sebuah perhimpunan Para ‘Alim ‘Ulama di Baghdad, Hadhrat Shah


Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah ditanya tentang perbezaan
perkataan yang telah diucapkan oleh keempat-empat orang Khalifah Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Beliau menjawab,
“Suatu ketika, As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata,
“Daku tidak melihat sesuatu melainkan bahawa Allah berada di sebelumnya,”
dan ‘Umar Al-Faruq Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata,
“Daku tidak melihat sesuatu melainkan bahawa Allah berada di
belakangnya,” dan ‘Utsman Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata,
“Daku tidak melihat sesuatu melainkan bahawa Allah berada di
sampingnya,” dan ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata,
“Daku tidak melihat sesuatu melainkan bahawa Allah berada di dalamnya.”
Perbezaan dalam ucapan-ucapan ini adalah berdasarkan kepada keadaan masa ianya
diucapkan dan bukanlah kerana perbezaan dalam keyakinan mahupun kefahaman.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


21
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah


berkata,
“Apa yang ada di sebalik pengertian Hadits Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Sebahagian daripada Iman ialah mengalihkan sesuatu yang
memudharatkan dari jalan.”
Apa yang dimaksudkan dengan sesuatu yang memudharatkan ialah keakuan
Nafs dan apa yang dimaksudkan dengan jalan ialah Jalan Allah sepertimana Dia
telah berkata kepada Hadhrat Abu Yazid Bistami,
“Tinggalkan Nafsmu dan datanglah kepada Kami.”

Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah


berkata,
“Jalan untuk mencapai Ma’rifat Allah Ta’ala yang Para ‘Arif telah
menghasilkan Ma’rifat menerusinya dan diharamkan kepada selain mereka, ada tiga
jalan iaitu yang pertama Muraqabah, yang bermaksud melupakan pandangan
terhadap makhluk dengan sebab pandangan yang sentiasa terhadap Khaliq.

Sentiasa bermuraqabah adalah suatu perkara yang sangat penting yang


sepertimana haknya sangat sedikit orang yang mampu menghasilkannya dan daku
telah mengetahui jalan untuk menghasilkannya, ianya adalah dengan melawan
kehendak Nafs dan menuruti Sunnah.

Yang kedua Musyahadah yang bermaksud penyaksian Warid yang bersifat


ghaib, yang turun dalam hati seseorang Salik meskipun ianya cepat berlalu dan tidak
tetap lama, kerana itulah ianya tidak dapat dicapai pemahamannya bahkan ianya
adalah sifat yang menjadi Hal bagi kami. Ianya dapat dikenalpasti menerusi
Qabadhz dan Basat yakni sewaktu hal keadaan Qabadhz kami meyaksikan
Musyahadah Sifat Jalal dan sewaktu hal keadaan Basat kami menyaksikan
Musyahadah Sifat Jamal.

Yang ketiga Muhasabah yang bermaksud, apa sahaja yang telah berlaku pada
kita, hendaklah kita menghitungnya pada setiap jam iaitu bagaimanakah kita
melaluinya? Jika kita melihat bahawa terdapatnya kerugian maka hendaklah kita
melakukan Baz Gasht dan hendaklah kita berikhtiar untuk kembali semula kepada
amalan kita. Jika kita melihat bahawa terdapatnya perkara kebaikan maka
hendaklah kita bersyukur dan hendaklah kita berhenti sebentar pada hal keadaan
tersebut dan hendaklah berusaha melakukan amalan ini.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


22