Anda di halaman 1dari 10

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kelulusan

Makluman

KERTAS KERJA KURSUS ETIKET DAN PROTOKOL KOLEJ 10 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

Diluluskan oleh:

Tandatangan

Nama

Mohamad Hamidi Bin Shufi

Prof. Madya Dr. Ab Latif Bin Ibrahim

Yg. Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin Bin Hj. Ninggal Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan ALUMNI)

Jawatan

Pengarah Program

Pengetua

Tarikh

KURSUS ETIKET DAN PROTOKOL KOLEJ 10 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TARIKH: 22 JANUARI 2011(SABTU)

TEMPAT: N24, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANJURAN: BIRO AKADEMIK DAN KAUNSELING, JKM KOLEJ 10 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ULASAN PENASIHAT MENGENAI PROGRAM

Tajuk Program

KURSUS ETIKET DAN PROTOKOL

Tarikh Program

22 Januari 2011 (Sabtu)

Tempat

N24, Universiti Teknologi Malaysia

Ulasan Penasihat: Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) merupakan tunggak utama sesebuah kolej. Organisasi ini berperanan menerapkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan kampus dari segenap aspek. Selain itu, mereka juga perlu meletakkan kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah mahasiswa sebagai agenda utama. JKM perlu bergerak sebagai satu pasukan dalam melengkapkan aktiviti mahasiswa di kolej. Selain itu, kebajikan bagi penghuni Kolej 10 juga dititik beratkan. Oleh itu, Kursus Etiket dan Protokol wajar diadakan kepada ahli JKM dalam meningkatkan maklumat mengenai etika dan protokol. Bagi merealisasikan perjuangan cucuk pimpinan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej 10, program seperti ini patut dijalankan sebagai pelengkap kepada misi dan visi JKM Kolej ini.

Nama Penasihat

PM Dr Ab Latif B Ibrahim

Tandatangan

Tarikh

Cop Rasmi

RINGKASAN EKSEKUTIF

Nama Kursus Tarikh

Kursus Etiket dan Protokol 22 JANUARI 2010 (Sabtu)

Tempat Anjuran

N24, Universiti Teknologi Malaysia BIRO AKADEMIK DAN KAUNSELING, JKM KOLEJ 10, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Penyertaan Matlamat

Ahli JawatanKuasa Mahasiswa Kolej 10, Universiti Teknologi Malaysia Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta mengenai kepentingan etiket dan protokol dalam sesuatu majlis. Selain dari memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang cukup dalam bidang pengurusan majlis dan asas etika dan protokol majlis, kursus ini juga memberi pendedahan dan bimbingan bagaimana caranya menguruskan majlis dengan cekap dan sempurna.

Objektif

Memberi pengetahuan pentingnya etika dan protokol dalam sesuatu majlis. Mempelajari teori dan amali menguruskan majlis serta kemahiran protokol, etiket dan komunikasi. Mempelajari pengurusan majlis rasmi dan tidak rasmi, formal dan tidak formal di peringkat organisasi, negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa. Mengenalpasti kesilapan yang sering berlaku semasa mengurus dan mengendalikan majlis serta yang sering dilakukan oleh seseorang individu.

Anggaran Kos

RM 800.00

KERTAS KERJA KURSUS ETIKET DAN PROTOKOL 1.0 Pengenalan Kursus Etiket dan Protokol merupakan satu program yang dianjurkan oleh Biro Akademik dan Kaunseling, JKM Kolej 10 UTM. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta mengenai kepentingan etiket dan protokol dalam sesuatu majlis. Selain dari memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang cukup dalam bidang pengurusan majlis dan asas etiket dan protokol majlis, kursus ini juga memberi pendedahan dan bimbingan bagaimana caranya menguruskan majlis dengan cekap dan sempurna. Dengan adanya program seperti ini, Ahli JKM Kolej 10 akan lebih berpengalaman dengan setiap protokol yang ada dalam sesuatu majlis di masa akan datang. Disamping itu, ia direkabentuk agar dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan peserta supaya mereka dapat bergerak dalam satu organisasi yang dinamik. 2.0 Tujuan Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan dan perbelanjaan daripada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & ALUMNI, UTM berhubung cadangan mengadakan Kursus Etiket dan Protokol. 3.0 Objektif Objektif kursus ini adalah untuk: 3.1 Memberi pengetahuan pentingnya etiket dan protokol dalam sesuatu majlis. 3.2 Mempelajari teori dan amali menguruskan majlis serta kemahiran protokol, etiket dan komunikasi. 3.3 Mempelajari pengurusan majlis rasmi dan tidak rasmi, formal dan tidak formal di peringkat organisasi, negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa.

3.4 Mengenalpasti kesilapan yang sering berlaku semasa mengurus dan mengendalikan majlis serta yang sering dilakukan oleh seseorang individu.

4.0 Tema program ETIKET DAN PROTOKOL YANG BERKESAN SIMBOL KEMATANGAN MAHASISWA 5.0 Anjuran Biro Akademik dan Kaunseling, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej 10. 6.0 Tarikh 22 Januari 2011 ( Sabtu ). 7.0 Tempat Bilik-bilik kuliah dan dewan di N24, Universiti Teknologi Malaysia. 8.0 Jawatankuasa Pelaksana Jawatankuasa pengurusan program adalah seperti dalam LAMPIRAN A 9.0 Peserta Seramai 50 orang peserta yang mengikuti program. 10.0 Tentatif program Tentatif program sepanjang kursus ini seperti dalam LAMPIRAN B. 11.0 Perbelanjaan Perbelanjaan bagi menjayakan program ini ditanggung sepenuhnya oleh pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & ALUMNI (HEMA). Butiran penuh seperti dalam LAMPIRAN C. 12.0 Penutup Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan lancar supaya objektif yang dirancang berjaya dicapai. Semoga dengan terlaksananya program ini dapat meningkatkan maklumat mengenai etiket dan protokol setiap ahli Jawatankuasa Mahasiswa Kolej 10, Insya-Allah.

LAMPIRAN A JAWATANKUASA EKSEKUTIF PENAUNG Y. BHG. PROF. DATUK DR. MOHD. TAJUDIN BIN HJ. NINGGAL Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan ALUMNI (HEMA)), UTM PENASIHAT PM. Dr. AB. LATIF BIN IBRAHIM Pengetua, Kolej 10, UTM FELO PENASIHAT Dr NIK AHMAD NIZAM BIN NIK MALEK Felo Penasihat, Kolej 10, UTM Dr DAVID IAN FORSYTH Felo Penasihat, Kolej 10, UTM PENGERUSI KOLEJ 10 MOHAMAD ARIFF BIN MAKHFUDZ Pengerusi JKM, Kolej 10, UTM PENGARAH MOHAMAD HAMIDI BIN SHUFI TIMBALAN PENGARAH MUHAMAD MIZWAN HAKIMIE BIN MUSTAFA

LAMPIRAN B TENTATIF PROGRAM 22 Januari 2011 (Sabtu) 8.15 pagi 8.30 pagi 8.30 pagi 9.00 pagi : : : : Pendaftaran Peserta. Ketibaan VIP. Para Peserta Sarapan Pagi Bersama VIP. Modul 1: 12.30 tengah hari 1.15 petang 2.00 petang : : : Etiket Sosial. Kesopanan Dalam Perbualan Sosial. Pakaian Tie. Keraian.

Makan Tengah Hari. Solat Zuhur Berjemaah. Modul 2 : Susunan Keutamaan Persekutuan. Penyedian Aturcara Pentadbiran. Protokol Dalam Pengurusan Majlis. Penyediaan Senarai Jemputan dan Tertib di meja makan.

5.00 petang

Ucapan Penghargaan Daripada Pengetua Kolej 10, Prof Madya Dr Ab Latif Bin Ibrahim. Penyampaian Cenderahati Daripada Pengetua Kolej 10 Kepada Penceramah.

5.05 petang

Minum Petang. Bersurai.

LAMPIRAN C PENDAPATAN Hal Ehwal Mahasiswa & ALUMNI (HEMA) JUMLAH Bil 1.0 Makanan 1.1 Sarapan Pagi 1.1.1 VIP 1.1.2 Peserta 1.2 Makan Tengah Hari 1.2.1 VIP 1.2.2 Peserta 1.3 Minum Petang 1.3.1 VIP 2.0 3.0 1.3.2 Peserta Bayaran Penceramah Protokol 2.1 Cenderahati Penceramah 5 50 1 1 3.00 3.00 200.00 50.00 15.00 150.00 200.00 50.00 800.00 5 50 4.00 4.00 20.00 200.00 5 50 3.00 3.00 15.00 150.00 Perkara

RM 800.0 RM800.00 Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)

Kuantiti

Jumlah Keseluruhan

Disediakan Oleh, ........................................................................ (MOHAMAD HAMIDI BIN SHUFI ) Pengarah Program, KURSUS ETIKET DAN PROTOKOL, JKM Kolej 10 Disemak Oleh, ....................................................... (MOHAMAD ARIFF BIN MAKHFUDZ) Pengerusi JKM Kolej 10. Disemak Oleh, ............................... (MUHAMMAD SHAFIQ BIN ITHNIN) Bendahari JKM Kolej 10. Disemak Oleh, ......................................................................... (Dr NIK AHMAD NIZAM BIN MALEK) Felo Kolej 10. Disemak Oleh, ......................................................................... (Dr DAVID IAN FORSYTH) Felo Kolej 10.

Anda mungkin juga menyukai