Anda di halaman 1dari 3

Kek Lapis India

sairaisya@myresipi.com

Kek untuk penggemar coklat. Sesuai untuk Perayaan dan makan-makan..

Created on : 25-07-2012 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi sairaisya

Bahan-bahan ( satu acuan (9'x9') )



10 biji telur 16 oz mentega 2 gelas gula halus 1 tin kecil susu manis 1 gelas tepung roti marie 1 gelas Nestum beras putih (Nestle Rice Cerelac bayi 6 bulan) 2 tin kelapa kering 2 botol coklat Cadburry Nota: Acuan 9'x9' 2 bekas kosong Penekan kuih

Cara-cara
1. 1. Gula dan telur dipukul sampai kembang. 2. Mentega dipukul sehingga kembang dan putih di dalam bekas yang berasingan. 3. Campurkan mentega (2) ke dalam adunan (1) pukul hingga sebati. 4. Kemudian, masukkan satu persatu; susu manis, tepung roti marie, Nestum, dan kelapa kering. Gaul rata. 5. Bakar lapisan pertama (gunakan senduk lauk sederhana besar utk meletakkan adunan pada 4 penjuru acuan dan sesudu di tengah acuan dan ratakan keseluruhan lapisan). Bakar guna api bawah sehingga kekuningan. 6. Setelah masak lapisan pertama, tekan lapisan tersebut dengan penekan kuih (untuk meratakan bahagian yang mengelembung) selepas itu, susunkan coklat cadbury satu persatu sebanyak 60 keping setiap lapisan. Kemudian letakkan adunan kuih di setiap penjuru (5) dan ratakan. 7. Ulangi urutan lapisan berselang seli dengan lapisan coklat sehingga habis. Bakar tiap lapisan dengan menggunakan api atas. 8. Note: Acuan 9 x 9 9. Lapisan coklat : 5 Lapis (60kepingx5=300 keping) 10. Lapisan kuih : 6 Lapis 11. * Ni untuk yang suka makan coklat boleh la letak coklat penoh tapi bagi yang tak suka manis2 boleh kurangkan coklat tapi kena lebihkan adunan kuih... Selamat Mencuba..

Kek

Lapis

India

Kek

Lapis

Cadbury

Resepi : dayangjack@dapurku sayang bahan-bahan: loyang 9" x 9"


450g mentega berkualiti tinggi 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak) 220g gula halus 10 biji telur 100g tepung biskut marie 65g serbuk horlicks 50g serbuk santan (1 peket) 300g susu pekat manis 2 bungkus kepingan coklat Cadbury pewarna kuning - optional

Cara-cara: 1. 2. 3. 4. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati. 5. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan. 6. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga. 7. Sejukkan kek sebelum dipotong. Nota:

Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang. Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka. Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri. Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama Anchor dan SCS. Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8". cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing. Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masingmasing.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2012/04/kek-lapis-india-cadbury-layeredcake.html#ixzz2ICEdNWV7 Under Creative Commons License: Attribution

Anda mungkin juga menyukai