Anda di halaman 1dari 9

KOMPONEN PENGAJARAN

KEMAHIRAN INDUKSI KEMAHIRAN PENERANGAN KEMAHIRAN PENYOALAN KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS KEMAHIRAN PENGUKUHAN PENUTUPAN DAN MEMBUAT KESIMPULAN

KEMAHIRAN SET INDUKSI Set induksi adalah bahagian permulaan proses pengajaran Bertujuan membina aliran fikiran dan minat murid terhadap isi pengajaran. Set induksi haruslah ringkas dan padat, biasanya tidak melebihi 5 minit.

KEMAHIRAN MENERANG Untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan P &P Perlu dirancang dengan memilih bentuk kaedah dan teknik yang sesuai dengan murid. Perlu menggunakan contoh, ilustrasi atau BBM yang sesuai untuk meningkatkan pemahaman murid. Berdasarkan kepada kebolehan dan pengalaman murid. Menggunakan variasi rangsangan bagi mengekalkan minat murid. Masa penerangan jangan terlalu panjang bagi mengelakkan murid menjadi bosan dan hilang tumpuan. Menggalakkan murid untuk bertanya perkara yang tidak difahami. KEMAHIRAN PENYOALAN Pembentukan soalan Aras seuai dengan murid Jenis soalan berkaitan Mudah difahami / ringkas, tepat dan jelas Pelbagai bentuk penyoalan Mendorong murid berfikir / elakkan soalan tertutup Teknik Penyoalan Memberi ruang kepada murid untuk mencari jawapan Soalan ditujukan kepada semua pelajar Jangan ulang jawapan murid pelajar tidak beri tumpuan kepada jawapan kawan Memuji jawapan murid, jangan mengejek jika salah Jika murid tidak dapat menjawab, ubah aras untuk membantu murid Elak jawapan beramai-ramai

KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN Iaitu teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru untuk menarik perhatian dan minat pelajar terhadap aktiviti pengajaran. Variasi rangsangan meliputi perubahan tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan deria murid, menukar corak interaksi guru-murid dan mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran

KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN KAPUR Prinsip Penggunaan Susunan yang sesuai dan menarik Lukisan gambar rajah yang menarik Jelas, kemas dan dapat dilihat oleh seluruh kelas Penggunaan kapur warna Memberi peluang kepada murid menulis jawapan, melukis carta atau gambar di papan kapur. Penggunaan yang sesuai dengan aktiviti pengajaran KEMAHIRAN PENGUKUHAN Merupakan teknik mengajar yang digunakan apabila murid memberi jawapan yang betul atau menunjukkan peningkatan prestasi dalam sesuatu aktiviti pembelajaran Prinsip Pengukuhan Diberi sebaik sahaja murid menunjukkan tingkah laku positif Pengukuhan negatif seperti mengkritik atau menyindir harus dielakkan Harus diubah dari semasa ke semasa Sesuai dengan umur dan status sosial murid Ikhlas dan jujur

KEMAHIRAN PENUTUP Terdapat dua jenis o Penutup kognitif bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran o Penutup sosial dilakukan melalui aktiviti rumusan, pengukuhan dan susulan Cara melaksanakan penutup kognitif o Membuat rumusan atau kesimpulan isi pengajaran o Memberi kerja bertulis dalam buku latihan atau lambaran kerja o Memberi aktiviti pengayaan o Menyoal isi-isi penting untuk merangsang murid mengingat isi pelajaran. Prinsip Kemahiran Penutup o Sesuai dengan objektif, isi pelajaran dan kemahiran murid o Perancangan yang teliti upaya penutupan kognitif lebih berkesan o Penutupan sosial pada akhir p & p o Ringkas dan padat - >< 5 minit o Aktiviti penilaian untuk mengukur pencapaian objektif pelajaran

TEORI HURAIAN BAHASA = Teori Tatabahasa Tradisional (Panini) Teori paling tua
Antara Ahli Linguistik membuat huraian bahasa berdasarkan teori ini ialah Plato dan Aristotle (bahasa Yunani),Panini (bahasa Sanskrit),Pendita Zaba dan Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu) Kajian berdasarkan bahasa bertulis. Ahli bahasa Arab mengkaji Al-Quran Ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berdasarkan hukum Penggolongan kata berdasarkan makna perkataan dan logik Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap

Teori Struktural (Bloomfield) Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfen dan ayat. Bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem, arbitrari dan untuk perhubungan Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang boleh diperhati Huraian bahasa berdasarkan konstituen terdekat.

Teori Transformasi Generatif (Noam Chomsky) Bahasa ialah satu sistem mengenai rumus bahasa. Ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran. Pengetahuan bahasa merupakan satu fenomena mental. Penutur dilahirkan dengan pengetahuan semula jadi berbahasa. Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.

Teori Fungsional (Haliday) Struktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan dalam bahasa. Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika berkomunikasi dan mementingkan semantik. Kajian menekan aspek perubahan bahasa ketika berkomunikasi. Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada tiga fungsi, iaitu fungsi idea, fungsi interpersonal dan fungsi tekstual. Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sistem bahasa.

Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Behaviorisme Dipelopori oleh oleh Bloomfeild, Edward Sapir, Boas dan Brooks. Proses pembelajaran bahasa menekan latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk kebiasaan. Pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta merta. Latih tubi amat digalakkan Pengajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru, rakan serta suasana dalam bilik darjah.

Teori Kognitif Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Beliau yakin bahawa proses pembelajaran merupakan proses mental (bukan mekanis semata-mata), melaluinya murid-murid menyerap pengetahuan sedia ada dalam otaknya dengan data-data yang diperoleh daripada alam sekitarnya. Pemerolehan bahasa berkait rapat dengan perkembangan deria motor dan seterusnya berkembang mengikut tahap perkembangan kognitif kanak-kanak. Dengan demikian, pengajaran bahasa semestinya mengambil kira tahap perkembangan mental (kognitif) dan deria kanak-kanak.

Teori Mentalis Dipelopori oleh Chomsky Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran Mengutamakan kemahiran membaca dan menulis Pengajaran tatabahasa diajar secara formal

Teori Interaksionalis Mementingkan aktiviti komunikasi. Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi kanak-kanak menguasai bahasa.

Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

STRATEGI Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa), strategi bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus dan menumpukan kepada pencapaian atau hasil pembelajaran. PENDEKATAN Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Pendekatan induktif Pendekatan deduktif Pendekatan eklektik Pendekatan komunikatif KAEDAH Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkahlangkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sesuai bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti berikut: Kaedah natural Kaedah tatabahasa terjemahan Kaedah terus Kaedah ajuk hafaz Kaedah linguistik Kaedah kod kognitif Kaedah situasional TEKNIK Kaedah bahasa komuniti Kaedah oral Aural Teknik adalah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Di antara teknik yang dicadangkan adalah seperti berikut: Teknik drama Teknik permainan bahasa Teknik perbincangan Teknik bercerita PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA PENDEKATAN INDUKTIF Pendekatan induktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan seseorang murid melaksanakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses penaakulan, murid tidak diajar secara langsung, bahan pengajaran bagi subjek berkenaan tetapi mereka diberi galakan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri. Kemudiannya, mereka dikehendaki mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh mereka. PENDEKATAN DEDUKTIF memerlukan seseorang guru menegaskan hukum-hukum atau sesuatu teori atau peraturan tertentu di peringkat awal pengajarannya sebelum menganalisis hukum-hukum berkenaan dengan menggunakan contoh-contoh yang konkrit. Secara lebih khusus pendekatan deduktif memerlukan seseorang murid menaakul, mempelajari sesuatu berdasarkan

PENDEKATAN EKLEKTIK menggabungkan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru mestilah yakin murid-murid yang mempunyai kebolehan yang pelbagai boleh diajar dengan mudah menggunakan pendekatan ini. Sifat luasnya membolehkan seseorang guru mengubahsuai aktivitinya dengan mudah

PENDEKATAN KOMUNIKATIF Secara umum, pendekatan ini member fokus khusus kepada murid. Hal ini kerana manusia perlu berkomunikasi untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi keperluan dan kehendaknya. Antara lain manusia berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi, memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh dan menyampaikan maklumat.

Tekmik pengajaran bahasa Melayu

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa

PENDEKATAN BERPUSATKAN MURID Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu. Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.

PENDEKATAN BERPUSATKAN BAHAN

PENDEKATAN BERASASKAN MASALAH seseorang guru secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk menyelesaikan masalah. Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa engagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah

PEMBELAJARAN BERASASKAN AKTIVITI sangat sesuai dalam konteks pembelajaran bahasa kerana murid-murid mempelajari bahasa melalui aktiviti-aktiviti yang terancang secara sistematik. Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolaholah hidup dengan permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti permainan yang dilaksanakan. Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa dan aksi.

Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mekayu Secara

Konstruktivisme

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.