Anda di halaman 1dari 8

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

TAZKIRAH AL-ASFIYA
FI
HAYAT AL-AWLIYA

k
Oleh:
'ABDU DHAIF FAQIR HAQIR
MAULAWI JALALUDDIN AHMAD AR-ROWI
'UFIYALLAHU 'ANHU WALI WALIDAIHI
WALI MASYAIKHIHI WALI JAMI'IL MUSLIMIN

KHANQAH NAQSHBANDIYAH
1430 HIJRAH

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


1
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

IMAMUL AULIYA WAL ASFIYA GHAUTS SAMADANI


HADHRAT KHWAJAH YUSUF AL-HAMADANI

N AMA penuh beliau adalah Yusuf Ibni Ayyab Ibni Yusuf Ibni Al-Hussain Al-
Hamadani dan nama Kuniatnya ialah Abu Ya’aqub. Beliau dilahirkan di
Buzanjird berdekatan dengan Hamadan pada tahun 440 Hijrah. Beliau
berpindah dari Hamadan ke Baghdad ketika dia berusia 18 tahun. Beliau
mempelajari Fiqah Mazhab Syafi’i di bawah pengawasan seorang guru yang terkenal
di zamannya iaitu Hadhrat Syeikh Ibrahim Bin ‘Ali Bin Yusuf Al-Fairuzabadi
Rahmatullah ‘alaih. Beliau kemudiannya telah bertukar kepada Mazhab Fiqah Imam
Abu Hanifah.

Ketika di Baghdad, beliau sering bersuhbah dengan Para ‘Alim ‘Ulama,


antaranya Hadhrat Abu Ishaq Shirazi Rahmatullah ‘alaih, yang mana telah
memberikannya suatu perbezaan yang ketara di kalangan para muridnya meskipun
Hadhrat Abu Ya’aqub Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih adalah muridnya
yang paling muda. Beliau adalah seorang yang amat bijaksana dalam Ilmu Fiqah
hinggakan menjadi tempat rujukan bagi sekelian ‘Alim ‘Ulama Fiqah pada
zamannya. Beliau sangat terkenal di Baghdad sebagai sebuah pusat perkembangan
ilmu-ilmu Islam, di Isfahan, Iraq, Khurasan, Bukhara, Samarqand, Azerbaijan,
Khwarazm dan di Asia Tengah.

Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih kemudiannya telah


mengasingkan dirinya dan meninggalkan segala kehidupan duniawi di
belakangnya. Beliau menjadi seorang yang tekun melakukan Ibadah dan Mujahadah.
Seterusnya beliau menumpukan kepada pengajian Ilmu Hadits dan mula
memberikan pengajaran yang berupa nasihat dan orang ramai pun mulalah
mengambil manafaat darinya. Beliau menguasai bidang Fatwa Keagamaan dan
bidang Hukum Ahkam Syari’ah. Beliau juga menguasai bidang Ilmu Ma’rifat dan
menuruti jejak langkah Para ‘Ulama Rasikhin yang sentiasa mengawasi segala
Khatrah Batin dan memiliki keupayaan penuh untuk melakukan Tasarruf bagi
menzahirkan Karamahnya.

Beliau pernah bersuhbah dengan Hadhrat Syeikh ‘Abdullah Ghuwayni


Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat Syeikh Hassan Simnani Rahmatullah ‘alaih, namun
beliau telah memperolehi Nisbat Batin dari gurunya iaitu Hadhrat Khwajah Abu ‘Ali
Faramadi Rahmatullah ‘alaih. Beliau menunjukkan hasil peningkatan Ruhani dalam
penafian kewujudan diri dan sentiasa bermuraqabah hingga beliau mencapai
kedudukan Ghauts pada zamannya. Ramai Para ‘Alim ‘Ulama dan Para Fuqaha
serta rombongan jemaah yang besar sering datang berkumpul bagi menghadiri
majlis beliau di Khanqahnya yang mana mereka sering menhasilkan manafaat dari
kalimah kata-kata petunjuk dan nasihat beliau.

Beliau terkenal sebagai seorang yang ‘Alim dalam ilmu-ilmu Haqiqat dan
keruhanian. Ramai orang yang datang dari Azerbaijan dan Khurasan yang datang
bersuhbah dengannya bagi menghasilkan limpahan Faidhz darinya. Begitu ramai

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


2
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

orang yang mengambil limpahan Ilmu dan Faidhz darinya. Beliau telah menerima
suatu penerimaan yang agung di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang mana
ke’arifannya tentang ‘Ilmu Ketuhanan adalah amat luarbiasa.

Beliau telah mencapai suatu martabat Kewalian yang tinggi dari kalangan
Para Auliya Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Beliau ibarat sebatang tiang yang teguh
dalam memelihara Sunnah Nabawiyah. Tiada siapa yang dapat mencapai martabat
Kewaliannya. Beliau adalah seorang Imam, ‘Alim dan ‘Arif yang sebenar. Beliau
adalah Mahaguru Tariqat di zamannya dan telah mengangkat darjat dan maqam
para pengikutnya.

Ramai Para ‘Ulama dan Para Solihin sering datang berkumpul untuk
mendengar ucapan-ucapan beliau di Khanqahnya yang terletak di Merv, yang
sekarang ini dikenali sebagai Turkmenistan. Beliau telah mewasiatkan rahsia-rahsia
Naqshbandiyah kepada Hadhrat Abul ‘Abbas Khidhzr ‘Alaihissalam yang
kemudiannya telah mewariskan kepada Hadhrat ‘Abdul Khaliq Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih. Hadhrat ‘Abdul Khaliq Ghujduwani juga telah menerima
limpahan Faidhz secara terus dari Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani
Rahmatullah ‘alaih.

PERKATAAN KERAMATNYA DAN KERAMAT PERKATAANNYA

H ADHRAT Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih pernah


mengucapkan banyak pengucapan yang menjadi bukti bahawa Keramat
kemuliaan terkandung dalam kata-katanya. Beliau telah berkata,
“Pembukaan kepada pendengaran Batin dalam diri Rakan-Rakan Allah
adalah seumpama sebuah pesanan dari Haqiqat, sebuah Bab dari Kitab Allah,
keberkatan dari ‘Ilmu Ghaib. Ianya adalah merupakan permulaan bagi pembukaan
hati dan menyingkap hijabnya. Khabar gembira dari maqam-maqam yang Suci.
Ianya merupakan Fajar bagi kefahaman bagi memperolehi makna-makna yang suci.
Pendengaran ini adalah menjadi santapan bagi Ruh dan menghidupkan hati. Ianya
adalah suatu rahsia yang bersifat kekal. Allah menjadikan diriNya bersaksi dengan
Musyahadah hamba-hambaNya yang terpilih dan memakaikan mereka dengan
pakaian Af’alNya dan menghiaskan mereka dengan Sifat-SifatNya.”

“Di kalangan Para AuliyaNya, Dia menjadikan satu golongan yang dapat
mendengar menerusi Syuhada At-Tanzih yakni PenyaksianNya Yang Suci, Dia
menjadikan satu golongan yang dapat mendengar menerusi Wahdaniyah yakni
KeesaanNya, Dia menjadikan satu golongan yang lain yang dapat mendengar
menerusi RahmatNya dan Dia menjadikan sebahagian yang lain yang dapat
mendengar menerusi QudratNya.”

“Ketahuilah olehmu wahai manusia, bahawa Allah telah menciptakan dari


Nur TajalliNya 70,000 Malaikat dan mereka telah ditugaskan bagi kedudukan-

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


3
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

kedudukan tertentu yang berlainan di antara ‘Arash dan Kursi. Mereka sentiasa
jinak dan tidak liar, pakaian mereka adalah bulu-bulu hijau, wajah mereka adalah
seperti bulan yang mengambang penuh. Mereka berdiri di hadapan Allah dalam
keadaan takut dan lemah, mabuk dengan cintaNya, berlari tanpa hentinya dari
‘Arash ke Kursi dan kembali kerana perasaan Cinta dan Rahmat yang sentiasa
membakar dalam hati mereka. Mereka adalah Para Sufi di langit dan Israfil adalah
pemimpin dan pembimbing mereka, Jibril adalah penghulu mereka dan penghujah
mereka, dan Al-Haq adalah Raja mereka. Rahmat Allah senantiasa ke atas mereka.”

Demikianlah Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih


sebagai Bayangan Sifat Allah di atas muka Bumi mengungkapkan kebenaran tentang
Alam Malakut dan ketinggian maqam Para Sufi. Hadhrat Ibnu Hajar Al-Haitsami
Rahmatullah ‘alaih telah meriwayatkan di dalam kitabnya Al-Fatawa Al-
Haditsiyah:

Abu Sa’id ‘Abdullah Ibni Abi ‘Asran, seorang Imam dalam Mazhab Syafi’I
telah berkata,
“Ketika aku mula-mula mencari Ilmu Agama, aku telah menemani rakanku
Ibnu Saqa yang merupakan seorang penuntut di Jami’ah Nizamiyah, dan adalah
menjadi kebiasaan kami untuk menziarahi orang-orang yang Salih. Kami mendengar
bahawa di Baghdad terdapat seorang yang bernama Yusuf Al-Hamadani yang
terkenal sebagai seorang Ghauts, dan beliau mampu untuk menzahirkan dirinya
bila-bila saja yang dia suka dan juga mampu untuk menghilangkan dirinya bila-bila
yang dia suka. Maka, daku membuat keputusan utnuk pergi menziarahinya
bersama-sama dengan Ibnu Saqa dan Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah
‘alaih, yang masih muda remaja.

Pada waktu itu Ibnu Saqa berkata,


“Apabila kita menziarahi Syeikh Yusuf Al-Hamadani, aku akan bertanya
kepadanya satu soalan yang dia sendiri tidak akan tahu jawapannya.”

Daku berkata,
“Aku juga akan bertanya kepadanya satu soalan dan aku mahu melihat
apakah yang akan diperkatakannya.”

Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Ya Allah, lindungilah aku dari bertanya sebarang soalan dari seorang Wali
seperti Yusuf Hamadani, akan tetapi aku akan pergi hadir di hadapannya untuk
memohon keberkatan darinya limpahan ‘Ilmu Ma’rifat.”

Mereka bertiga pun pergi menghadiri majlisnya. Hadhrat Khwajah Yusuf Al-
Hamadani Rahmatullah ‘alaih telah menghijabkan dirinya dari mereka dan mereka
pun tidak dapat melihatnya sehinggalah sejam telah berlalu.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


4
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih pun keluar dan


melihat ke arah Ibnu Saqa dalam keadaan marah dan berkata kepadanya tanpa
sesiapa pun yang memberitahukan namanya,
“Wahai Ibnu Saqa, berani kau bertanya aku soalan sedangkan niatmu adalah
untuk mengelirukan aku? Soalanmu adalah begini dan jawapan baginya adalah
begini!”

Kemudian beliau berkata kepada Ibnu Saqa,


“Aku melihat api kekufuran sedang membakar di dalam hatimu.”

Beliau lalu memandang ke arah Ibnu ‘Asran dan berkata,


“Wahai ‘Abdullah, adakah kau bertanyakan aku satu soalan dan menantikan
jawapan dariku? Soalanmu adalah begini dan jawapan baginya adalah begini.
Biarkan orang ramai menangisi akan dirimu kerana mereka akan kehilanganmu
sebagai natijah kerana ketiadaan rasa hormatmu terhadap diriku.”

Kemudian beliau memandang ke arah Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-


Jailani Rahmatullah ‘alaih dan berkata kepadanya,
“Marilah ke hadapan wahai anakku, aku akan memohonkan keberkatan
untukmu. Wahai ‘Abdul Qadir, kau telah menyukakan Allah dan RasulNya
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan adab penghormatanmu yang sempurna
terhadap diriku. Aku melihatmu pada masa akan datang, duduk di tempat yang
tinggi di Baghdad dan berucap serta membimbing manusia dan berkata kepada
mereka bahawa kakimu adalah di atas leher sekelian Wali, dan aku sedang melihat
bahawa setiap Wali pada zamanmu akan tunduk kepadamu kerana ketinggian
maqammu dan kemulianmu.”

Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih telah bersuhbah


dan berkhidmat dengan Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih
serta mengambil limpahan Faidhz darinya. Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani
Rahmatullah ‘alaih telah menyuruh Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani
Rahmatullah ‘alaih memberikan pengajaran dan nasihat kepada masyarakatnya.

Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih lalu berkata,


“Daku adalah seorang ‘Ajam, bagaimana daku harus berucap di kalangan
orang-orang yang fasih di Baghdad?”

Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih pun menjawab,


“Dikau telah mempelajari ilmu-ilmu Fiqah, Usul Fiqah, Ikhtilaf Mazahab,
Nahwu, Lughat, Tafsir Al-Quran dan kesemua cabang ilmu. Hendaklah dikau mula
memberikan petunjuk dan bimbingan. Aku sedang melihat sebuah akar yang dalam
sedikit masa lagi akan menjadi sebuah pohon.”

Hadhrat Ibnu Hajar Al-Haitsami Rahmatullah ‘alaih seterusnya menyatakan,


“ ‘Abdul Qadir telah diangkat kedudukannya dan segala apa yang telah
diperkatakan oleh Syeikh Al-Hamadani berkenaan dirinya telah pun menjadi

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


5
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

kenyataan. Telah berlalu suatu waktu di mana dia telah berkata, “Kakiku berada di
atas leher sekelian Para Auliya”, dan beliau telah menjadi tempat rujukan dan
cahaya pembimbing bagi sekelian manusia pada zamannya untuk membawa mereka
kepada maksud kehidupan yang sebenar.”

Nasib Ibnu Saqa adalah amat berlainan. Beliau begitu bijaksana dalam
pengetahuannya tentang hukum-hukum Syari’ah Islam. Beliau mendahului sekelian
Para ‘Ulama pada zamannya. Beliau sering berdebat dengan Para ‘Alim ‘Ulama pada
zamannya dan sentiasa mengatasi mereka sehinggalah Khalifah memanggilnya
untuk menjadi ahli majlisnya.

Pada suatu hari, Khalifah telah menghantarnya sebagai wakil untuk bertemu
dengan Raja Byzantium, yang mana telah memanggil sekelian paderi dan ‘Alim
‘Ulama Nasrani untuk berdebat dengannya. Ibnu Saqa telah dapat mengalahkan
segala hujah mereka dalam debat tersebut. Para Paderi langsung tidak mampu
memberikan sebarang jawapan di hadapannya, sebaliknya Ibnu Saqa sendiri yang
telah memberikan kepada mereka jawapan sehingga membuatkan seolah-olah
mereka kelihatan sebagai muridnya ketika berada di hadapannya.

Kebijaksanaan Ibnu Saqa telah menawan hati Raja Byzantium dan beliau telah
dijemput oleh Raja untuk menghadiri majlis tertutup anggota keluarga Raja. Dalam
majlis itu, mata Ibnu Saqa telah terjatuh pandangannya kepada Puteri Raja
Byzantium. Beliau terus jatuh cinta kepadanya dan telah bertanya kepada bapanya
iaitu Raja Byzantium untuk berkahwin dengan puterinya.

Puteri tersebut telah menolak lamarannya melainkan dengan satu syarat iaitu
Ibnu Saqa hendaklah menerima Agamanya iaitu Nasrani. Ibnu Saqa telah bersetuju,
lalu meninggalkan Agama Islam dan memeluk Agama Nasrani yang dianuti oleh
Puteri tersebut. Setelah berkahwin, beliau telah jatuh sakit dan telah dihalau keluar
dari istana. Beliau telah menjadi seorang peminta di tengah kota, dengan meminta
makanan dari orang ramai, namun tiada siapa pun yang memberikan makanan
kepadanya. Kegelapan telah menyelubungi wajahnya.

Pada suatu hari, beliau telah bertemu dengan seorang yang pernah
mengenalinya, lalu orang itu bertanya kepadanya,
“Apa yang telah berlaku pada dirimu?

Ibnu Saqa menjawab,


“Aku telah terjatuh dalam godaan Hawa Nafsu.”

Orang itu bertanya lagi kepadanya,


“Adakah kau masih ingat sesuatu ayat dari Al-Quran?”

Ibnu Saqa menjawab,


“Aku hanya ingat ayat, Rubbama Yawaddullazina Kafaru Lau Kanu
Muslimin (Orang-orang Kafir itu seringkali menginginkan pada kehidupan di

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


6
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Akhirat nanti, jikalau sekiranya mereka di Dunia dahulu menjadi orang-orang


Muslim). [Surah Al-Hijr: Ayat 2]

Ibnu Saqa menggeletar seolah-olah akan menghembuskan nafasnya yang


terakhir. Orang tersebut telah meghadapkan badan Ibnu Saqa ke arah Barat iaitu
menghala ke Ka’abah, namun beliau tetap memalingkan dirinya ke arah Timur.
Kemudian orang itu sekali lagi menghadapkan badan Ibnu Saqa ke arah Ka’abah,
namun dia sendiri memalingkan dirinya ke arah Timur.

Pada kali yang ketiga orang itu menghadapkan badan Ibnu Saqa ke arah
Ka’abah, namun beliau tetap memalingkan dirinya ke arah Timur. Kemudian tatkala
Ruhnya akan keluar dari dirinya, beliau telah berkata,
“Ya Allah, inilah hasil natijah dari sikap tidak hormatku terhadap Wali
GhautsMu, Yusuf Al-Hamadani.”

Seterusnya Hadhrat Ibnu Hajar Al-Haitsami Rahmatullah ‘alaih telah


meriwayatkan tentang Ibnu ‘Asran yang berkata,
“Aku telah pergi ke Damsyik dan Raja di sana iaitu Nuruddin Asy-Syahid
telah meletakkan aku dalam Jabatan Keagamaan dan aku pun telah menerima
tanggungjawab tersebut. Kesudahannya, perkara-perkara keduniaan telah datang
kepadaku dari segenap sudut berupa layanan yang istimewa, keperluan,
kemegahan, wang dan pangkat kedudukan sehingga ke akhir hayatku. Itulah apa
yang telah diramalkan oleh Hadhrat Yusuf Al-Hamadani, seorang Wali Ghauts
terhadap diriku.”

Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih sering


menampilkan Sifat-Sifat Allah iaitu di antaranya Sifat Al-Qahhar bagi mereka yang
menentang usaha-usaha Keruhanian. Pernah terjadi suatu ketika bilamana beliau
sedang memberikan pengajaran kepada para pendengar dalam majlisnya dengan
limpahan ilmu-ilmu Ketuhanan, dua orang ‘Ulama Zahir yang hadir di dalam
majlisnya berkata kepadanya,
“Diamlah! Sesungguhnya engkau sedang mengada-adakan Bida’ah.”

Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih berkata kepada


mereka,
“Janganlah kamu berkata tentang sesuatu yang kamu sendiri tidak
memahaminya. Adalah lebih baik kamu mati dari terus hidup.” Sebaik sahaja beliau
mengucapkan perkataan tersebut, mereka berdua serta merta jatuh lalu mati.

Pada suatu ketika seorang Darwish telah datang hadir berkhidmat pada
Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih lalu berkata padanya,
“Daku telah pergi pada Hadhrat Syeikh Ahmad Ghazali, beliau telah duduk
makan bersama-sama dengan Para Darwish.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


7
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Tidak lama kemudian Darwish tersebut mula mengumpat tentang keadaan


Hadhrat Syeikh Ahmad Ghazali, lalu Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani
Rahmatullah ‘alaih pun berkata,
“Pada waktu itu, Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah datang kepadaku dan telah menyuapkan makanan ke
mulutku.”

Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih telah berkata,


“Ini merupakan suatu bentuk khayalan yang mana anak-anak Tariqat
memperolehi Tarbiyah.”

Beliau telah menetap di Merv dan kemudian pergi ke Herat dan tinggal di
sana buat beberapa lama. Kemudian beliau telah berniat untuk kembali ke Merv dan
sewaktu beliau di dalam perjalanannya beliau telah menghembuskan nafasnya yang
terakhir.

Beliau wafat di Khurasan, di antara Herat dan Bakshur pada 12 Rabi’ul


Awwal 535 Hijrah ketika berusia 60 tahun dan telah dikebumikan di Merv.
Berdekatan dengan maqam kuburnya telah dibina sebuah Masjid dan sebuah
Madrasah yang besar. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan kepada
kita segala limpahan Faidhz Keruhanian yang berkekalan sepertimana limpahan
Faidhz Keruhanian yang telah dikurniakannya kepada Hadhrat Maulana Khwajah
Abu Ya’aqub Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


8