Anda di halaman 1dari 6

Komunikasi Posted on September 9, 2008 5

QAMARUL ARIFIN BIN ABDULLAH

PENDAHULUAN APA ITU KOMUNIKASI Terdapat pelbagai tafsiran dan andaian mengenai definisi dan interpretasi kepada aktiviti komunikasi. Secara ringkasnya, komunikasi ialah proses pertukaran maklumat melalui pemahaman yang sama di antara dua atau lebih pihak yang terlibat. Berdasarkan definisi ringkas tersebut, dapatlah dirangkumkan bahawa komunikasi adalahproses penyampaian maklumat dan idea dari satu pihak kepada pihak lain melalui keadaan saling mempengaruhi antara kedua-dua pihak. Pada umumnya, aktiviti komunikasi dilakukan dengan secara lisan yang dapat difahami oleh penyampai juga penerima maklumat. Apabila tidak ada bahasa verbal yang dapat difahami, proses komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerakan bahasa tubuh, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa nonverbal atau bahasa isyarat. Manusia berkomunikasi untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman. Bentuk umum komunikasi manusia termasuk bahasa tubuh, bicara, tulisan, gesture, dan broadcasting dan ia boleh dibahagikan kepada komunikasiinteraktif, transaktif, bertujuan, atau tak bertujuan. Melalui komunikasi, sikap dan perasaan seseorang atau sekelompok orang dapat difahami oleh pihak lain akan tetapi, komunikasi hanya akan efektif apabila maklumat dan idea yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan dan difahami seperti mana yang ingin disampaikan oleh penyampai maklumat oleh penerima maklumat tersebut. Menurut French (1993) komunikasi merupakan proses minda yang berlaku dalam usaha mewujudkan kondisi dan situasi saling memahami terhadap maklumat dan idea yang disampaikan. Komunikasi yang berkesan berlaku apabila mesej yang hendak disampaikan kepada penerima itu berjaya disampaikan dan difahami sepertimana yang dikhendaki. Oleh yang demikian, prestasi dan kualiti kehidupan seharian kita ditentukan melalui kualiti kemahiran kita berkomunikasi. KOMPONEN KOMUNIKASI

Komponen komunikasi merupakan perkara asas dan penting bagi memastikan proses dan aktiviti komunikasi berlangsung dengan berkesan. Komponen-komponen tersebut antara lain sebagai berikut.

Pengirim / penyampai maklumat (sender) adalah pihak yang menyampaikan maklumat dan idea kepada orang lain. Penerima maklumat (receiver) adalah pihak yang menerimamaklumat dan idea dari pihak lain. Maklumat atau idea (message) adalah isi atau maksud yang akan disampaikan oleh satu pihak kepada pihak lain. Tindak balas (feedback) adalah tanggapan dari penerimaan maklumat yang disampaikannya.

PROSES KOMUNIKASI Secara ringkas, proses komunikasi dapat digambarkan seperti berikut. 1 Penyampai maklumat yang berkomunikasi dengan orang lain menyampaikan suatu maklumat kepada orang yang dimaksudkan. Maklumat yang disampaikan itu biasanya disampaikan dalam bentuk bahasa ataupun simbol-simbol yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. 2 Maklumat (Message) itu disampaikan atau dibawa melalui suatu media atau saluran baik secara langsung maupun tidak langsung. Penerima (receiver) akan menerima maklumat yang disampaikan dan menerjemahkan isi maklumat yang diterimanya itu ke dalam bahasa yang difahami oleh kedua pihak. 3. Penerima (receiver) perlu memberikan tindak balas (feedback) atau tanggapan atas maklumat yang dikirimkan kepadanya, bagi memastikan sama ada proses penyampaian maklumat itu berkesan atau tidak. Satu Model Ringkas Proses Komunikasi Mewujudkan Idea Apakah yang ingin disampaikan ?

Membuat Enkod

Menukarkan idea atau apa yang ingin disampaikan ke dalam bentuk perkataan, carta atau simbol yang sesuai Menyampaikan mesej Memilih saluran mesej.

Menerima Penerima akan menerima mesej yang disampaikan.

Dekod

Penerima cuba memahami mesej. Pemahaman hanya dalam minda penerima.

Penerimaan

Penerima bertindak balas menerima atau menolak mesej yangdisampaikan.

Menggunakan Penerima menggunakan apa yang disampaikan melalui mesej seperti yang difahaminya.

Maklum Balas

Maklum balas ini boleh diberi oleh penerima mesej dalam bentuk lisan, tulisan atau tindakan. KEPENTINGAN KOMUNIKASI Kemahiran komunikasi merupakan satu aktiviti yang sangat penting kerana komunikasi adalah kehidupan yang diperlukan oleh manusia dari saat dilahirkan hinggalah di saat kematian yang bertujuan untuk menyedarkan orang lain tentang kewujudan kita. Menurut Harrel seseorang yang mempunyai keupayaan yang tinggi dalam berkomunikasi mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berjaya dalam kerjayanya berbanding mereka yang tidak menguasai ilmu komunikasi. Menurut Bernard Baruch (Decker,1693), kemahiran menyuarakan pendapat mempunyai tahap kepentingan yang tinggi tetapi kita perlu memahami apakah maksud komunikasi, kepentingan, langkah dan teknik-teknik yang membolehkan kita menguasai komunikasi dengan cemerlang. Hal ini berlaku kerana komunikasi merupakan aktiviti atau proses yang amat penting dalam usaha untuk menyampaikan idea dan maklumat kepada orang lain disamping menjadi agen kepada perhubungan sesama manusia. Merujuk kepada buku yang bertajuk Emotional Intelligence kecerdasan sahaja tidak mampu untuk menjamin kejayaan seseorang itu dalam hidup kerana kecerdasan itu perlulah disertai dengan kemantapan emosi (Emotional Quotient ) atas rasional keupayaan individu dalam

mengawal emosinya dan emosi orang lain merupakan individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam berkomunikasi. Komunikasi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia untuk meminta orang lain berubah atau meminta pertolongan daripada orang lain dan kemahiran ini memerlukan ssorang itu menguasai kemahiran berkomunikasi dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 10% kesan berlaku dalam proses komunikasi bersemuka melalui perkataan yang digunakan manakala 90% lagi ditentukan oleh bahasa tubuh iaitu bukan lisan. MODEL KOMUNIKASI Sepertimana yang telah diketahui dan difahami terdapat enam unsur utama yang memainkan peranan penting dalam proses komunikasi iaitu sumber, maklumat atau mesej, saluran, penerima maklumat, maklum balas terhadap maklumat yang disampaikan dan juga gangguan terhadap maklumat yang disampaikan. Komunikasi yang berjaya dan berkesan dapat dilakukan apabila maklumat yang disampaikan oleh sumber dan penerimaan maklumat oleh penerima berjaya difahami sepertimana yang diinginkan oleh penyampai tanpa mengambil kira medium apa yang digunakan untuk memastikan maklumat dan idea itu berjaya disampaikan. Sekiranya tahap kefahaman yang tinggi diperoleh daripada proses komunikasi maka model yang digunakan akan membantu para pengamal untuk mengaplikasikannya. Model secara sederhana membawa maksud gambaran yang dirancang untuk mewakili kenyataan. Menurut kenyataan Runyon, (1977:57) model didefinisikan sebagai a replica of the phenomena it attempts to explain. Manakala Burch Dan Strater (1974:117) pula menggambarkan model sebagai a verbal of mathematical expression describing a set of relationships in a precise manner. Fisher (1978:64) an analogy that abstract or selects parts from the whole, the significant elements or properties or components of that phenomenon that is being modeled. Model Komunikasi membawa maksud gambaran yang sederhana dari proses komunikasi yang memperlihatkan kaitan antara satu komponen komunikasi dengan komponen lainnya. Sarjana komunikasi berpendapat bahawa model merupakan satu kerangka penting dalam memperihalkan unsur yang terlibat dalam sesuatu fenomenologi atau hubungan sebab dan akibat (causal relationship ). Dalam erti kata yang lain, model adalah satu gambaran teoritas dan satu struktur yang terdiri daripada simbol dan peraturan yang sepatutnya yang akan memadankan dengan satu struktur atau proses yang wujud. FUNGSI MODEL Pengaplikasian dan pengeksploitasian terhadap penggunaan model komunikasi merupakan langkah yang efektif kerana model-model komunikasi yang wujud mampu untuk meningkatkan keberkesanan proses dan aktiviti komunikasi yang berlaku. Antara fungsi kewujudan model komunikasi ini termasuklah menjadi medium perantara yang mempermudah kefahaman terhadap sumbangan elemen-elemen dalam sesebuah proses komunikasi.

Selain itu model komunikasi juga merupakan satu medium perantara yang mempunyai keupayaan yang tinggi dalam memberi pengertian dan kefahaman terhadap proses komunikasi yang berlaku sama ada proses komunikasi itu berlaku secara sehala seperti model komunikasi Lasswell, Shannon, Weaver dan Berlo mahupun dua hala. Model komunikasi yang wujud juga berperanan sebagai panduan kepada proses penyelidikan dan kajian dalam komunikasi disamping menjadi medium yang terbaik dalam memerihalkan sumbangan elemen-elemen penting yang wujud dalam mempengaruhi dan menentukan keberkesanan sesuatu proses mahupun aktiviti komunikasi yang berlaku. MODEL SCHRAMM Wilbur Schraumn memberikan model proses komunikasi yang mempunyai perbezaan dengan dua model komunikasi sebelumnya. Melalui model ini beliau memperlihatkan tentang peri pentingnya peranan pengalaman dalam memastikan sesuatu proses komunikasi itu berjaya dilakukan dengan berkesan. Menurut beliau persamaan lapangan dan pengalaman yang wujud dalam diri penghantar atau penerima maklumat seperti pengalaman lepas, tahap pengetahuan, persekitaran dan situasi semasa akan membentuk rangsangan kepada proses komunikasi yang berkesan. Bidang pengalaman inilah yang akan menentukan sama ada maklumat atau pesanan yang dikirimkan oleh penyampai ditreima oleh penerima maklumat sama dan sesuai atau tidak dengan apa yang cuba dimaksudkan oleh penyampai maklumat. Menurut beliau disebabkan setiap orang mempunyai lapangan pengalaman tersendiri, maka jika tidak ada persamaan dalam bidang pengalaman, bahasa yang sama, latar belakang yang sama, kebudayaan yang sama maka terdapat kemungkinan maklumat yang diterima oleh penerima maklumat tidak dapat diinterpretasikan seperti mana yang diinginkan oleh si penyampai dan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa persamaan lapangan pengalaman menjadi agen yang akan memberi rangsangan kepada proses komunikasi dalam menentukan sama ada interaksi itu berkesan atau sebaliknya.