Anda di halaman 1dari 2

CONTOH REKOD ANEKDOT

Nama : Muhammad Munir Bin Mohtar Umur : 6 Tahun Kelas : Pra Bestari Tarikh : 22 Februari 2009 Masa : 8.35 Pagi Tempat : Taman Permainan Prasekolah Nama Guru : Puan Zailani Binti Zakaria

Peristiwa yang diperhatikan: Semasa aktiviti bermain di taman permainan prasekolah. Kelihatan Munir, Hazeem, Faris, dan Iskandar beratur untuk memanjat tangga gelungsur. Tiba-tiba, Haikal berlari menuju ke arah kumpulan kanak-kanak yang sedang beratur tadi lalu menolak Faris hingga terjatuh. Faris kelihatan memarahi Haikal kerana berebut hendak memanjat gelungsur dahulu. Tambahan pula, tangannya sakit. Munir dengan segera membangunkan Faris. Dia berkata kepada Haikal bahawa tidak baik berbuat demikian. Katanya, cikgu sudah beritahu kalau bermain mesti ikut giliran. Haikal kelihatan mengangguk-angguk seolah-olah mengiakan kata-kata Munir. Munir menyuruh Haikal bersalam dan meminta maaf pada Faris. Haikal dan Faris pun bersalam. Ulasan Guru: Munir memiliki sifat empati pada rakan. Selain itu, dia juga mempunyai sifat interpersonal yang positif serta sudah memahami bahawa dia perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu semasa bermain di taman permainan. Cadangan:

Guru harus menonjolkan sifat terpuji yang dimiliki Munir dengan menceritakan semula peristiwa yang berlaku di hadapan rakan-rakan yang lain agar menjadi teladan kepada orang lain.