Anda di halaman 1dari 7

KURSUS TADIKA ANJURAN PERSATUAN TADIKA ISLAM MALAYSIA Tajuk Kursus: Memupuk ciri-ciri khalifah dalam pendidikan awal

kanak-kanak & pergerakan kreatif Sasaran: pengetua, guru-guru dan kakitangan tadika Pengisian: (i)Teknik dan konsep bagaimana untuk memupuk ciri-ciri khalifah dalam diri kanak-kanak dan menerapkan kecintaan kepada Allah dalam diri guru dan murid. (ii) Pergerakan kreatif bagi membantu perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak. Tarikh: 27/Julai/2008 Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang Tempat: Bilik Titanium, Blok 2, SIRIM Berhad, Shah Alam, Selangor Penceramah: (i) Dr Azizan Bin Ahmad (Pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia) (ii) Puan Khairul Bariah Bt Haroen ( Dip. Creative Movement, Uni. Toronto, D.Degree in TESL & Music, Uni. Michigan, Master in Human Development, UPM) Bayaran: RM60 seorang (termasuk makan 3X, bahan dan sijil) PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG! Sila hubungi Pn. Hjh Siti Pauziah (0193321963)

KEAHLIAN PERSATUAN TADIKA ISLAM MALAYSIA (PERTIM) berita baik untuk semua pengusaha tadika melayu, guru tadika, bakal pengusaha tadika dan sesiapa sahaja yang berminat dalam perniagaan tadika, Persatuan Tadika Islam Malaysia sedang membuka pengambilan baru keahlian bagi sesi 2008. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sementara pendaftaran masih dibuka, anda dijemput mendaftar dengan PERTIM . Untuk pendaftaran keahlian, sila hubungi Hajah Zaharah: 012-2788879 PERMIT MENGAJAR GURU Tahukah anda, sesorang yang ingin menganjar perlu mempunyai permit mengajar yang sah?

Bagaimana mendapat permit mengajar? Apabila anda diterima bekerja sebagai seorang guru tadika di Tadika Swasta yang berdaftar, pastikan majikan anda membuat permit mengajar untuk anda. Borang permohonan permit mengajar boleh didapati di pejabat pendidikan negeri secara percuma. Borang tersebut hendaklah diisi dengan lengkap. Anda juga perlu menyertakan lampiran-lampiran yang diminta seperti salinan kad pengenalan, sijil SPM, sijil-sijil lain (jika ada), 2 keping gambar bersaiz pasport dan Laporan perubatan. Bayaran yag dikenakan untuk permohonan permit mengajar tersebut ialah RM5 dan bayaran proses sebanyak RM2 (jumlah semua RM7 untuk seorang guru (terlalu murahkan?)). Permit yang dikeluarkan ini sah selama setahun dan perlu diperbaharui setiap tahun. Manakala bayaran pembaharuan permit mengajar adalah RM2 setahun. >>Kos bayaran terlalu murah jadi tiada alasan untuk tidak memohon permit mengajar Mengapa guru tadika perlu mempunyai permit mengajar? antara kepentingan Permit Mengajar ialah:1. sekiranya anda bercadang untuk membuka tadika pada suatu masa nanti, Permit Mengajar ini boleh menjadi sokongan bagi permohonan penubuhan tadika. 2. guru yang mempunyai Permit Mengajar selama 3 tahun (tak semestinya berturut-turut), layak menjadi guru besar di institusi Tadika (sekiranya anda ingin menubuhkan tadika anda sendiri atau ada sesiapa yang menawarkan jawatan guru besar di tadika mereka, maka anda layak menjadi guru besar di tadika tersebut). Gaji guru besar sudah tentu lebih tinggi dari guru biasa! 3. Seterusnya, anda boleh mengajar / bekerja dengan penuh ketenangan, tanpa rasa bimbang kerana guru yang mengajar di tadika tanpa Permit Mengajar yang sah boleh dikenakan denda oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Untuk melihat contoh permit mengajar, sila klik link di bawah

KURSUS TADIKA OLEH PERSATUAN TADIKA MALAYSIA Preschool Skills Training Certificates Persatuan Tadika Malaysia (PTM) conducts preshool skills training course for kindergarten teachers (Sep 1 - 7) TWICE A YEAR - May & Nov 2008 (during terms breaks) step 1, 3 & 5 (5 days) - 26/5/2008 to 30/5/2008 step 2, 4, & 6 (5 days) - 31/5/2008 to 4/6/2008 This certificates course prepares the individual to implement the National Preschool Curriculum as required by Akta 550 or te Education Act 1996. PTM works very closely with the Ministry of Education and the Minister of Education has approved this training programme. This is the cheapest and most affordable course in the market. Five textbooks on the National Preschool Curiculum are included in the fees. FEES : RM320 (for step 1 & 2) FEES: RM200 (for steps 3 & 4) FEES: RM200 (for steps 5 & 6) ** a penalty of RM20 will becharged after CLOSING DATE REGISTRATION IS NOW OPEN FOR STEPS 1 - 6 BETWEEN 9AM - 4 PM More information, kindly contact : PERSATUAN TADIKA MALAYSIA No 58, Jalan SS2/72 47300 Petaling Jaya Selangor Tel: 03-79574610 | Fax: 03-79544610

Persediaan Dokumen Untuk Kertas Kerja TADIKA MyTadika.com Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagaimana dengan cuti Hari Pekerja yang lepas?. Semoga kita semua lebih bersemangat untuk memburu impian. Saya yakin setiap pengunjung blog ini mempunyai impian masing-masing, jadi, inilah masanya untuk anda mengatur langkah agar impian anda itu tercapai. Hari ini saya akan menyambung post saya yang lepas iaitu berkenaan dengan seminar TADIKA yang telah saya hadiri pada 28.4.2009 di Good Hope Hotel, Johor Bahru. Saya ingin berkongsi intipati seminar tersebut dengan anda semua. Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat dan menambah ilmu yang sedia ada khasnya dalam penubuhan TADIKA.

SUSUNAN KERTAS KERJA & DOKUMEN PERSEDIAAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA TADIKA. 1. DOKUMEN Iringan dalam Kertas Kerja: 1. Gambar Premis dari sudut hadapan dan tepi (Tadika ) 2. Surat SSM (ROB) Pengesahan Carian Nama IPS (Booking Nama Tadika) 3. Permit Guru Besar ( 3 tahun ) / Sijil Guru Besar (Pesara Guru / Bekas Guru) 4. Salinan Kad Penganalan semua nama yang tersenarai dalam kertas kerja dan Sijil Akademik /Profesional 5. Surat Perjanjian Sewaan Premis / Sale Purchase Agreement (Milik Sendiri) 6. CFO Premis / Cukai Tahunan Premis ( 5 salinan dikepilkan ) 7. Pelan Lokasi ke premis (lukisan computer) ( 5 salinan dikepilkan ) 8. Pelan Lantai dengan ukuran dalam kiraan kaki ( 5 salinan dikepilkan ) ( 5 set salinan dokumen di atas tidak dibinding/ dimasukkan dalam kertas kerja) 9. Surat Perjanjian Franchais ( jika terlibat) 10. Surat Perjanjian Perkongsian ( Deed of Partnership ) JIKA BERKONGSI NIAGA MENUBUHKAN TADIKA

11. Surat lantikan Pengerusi / Guru Besar dan surat pengesahan terima lantikan 12. Suratcara Pengelolaan yang lengkap dan ditandatangani oleh Pengerusi 13. Peraturan dan Dasar Kutipan Yuran Tadika 14. Contoh Papan Iklan Tadika (Warna) 15. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ( Tadika ) FOTOKOPI DAN LAMPIRKAN 16. Surat Kebenaran Merancang (KM) perlu diperolehi terlebih dahulu sekiranya premis Tadika dalam kawasan Bandaraya luas kawasan mesti lebih 3500k.p. 17. Surat Kebenaran / Persetujuan Jiran perlu diperolehi terlebih dahulu TERUTAMANYA premis Tadika dalam kawasan Bandaraya contoh disertakan 18. Sijil Penyertaan Seminar 2. ISIKAN Borang PIPS dengan cermat dan lengkap ( Guna komputer ) Ambil Perhatian ketika mengisi bahagian penting terutama a) L1- Lembaga Pengelola ( 1 Pengerusi, 2 Ahli Lembaga dan 1 GB (Setiausaha) ) b) E1 Maklumat Kursus dan Yuran c) E2- Yuran-Yuran Lain d) F1- Maklumat Guru (Seorang GB & minimum seorang guru lain ) e) Dokumen Suratcara Pengelolaan (Lembaga Pengelola Tadika ) 3. KERTAS KERJA dibuat dalam DUA ( 2 ) salinan a) 1 salinan untuk JPNJ b) 1 salinan untuk Pemohon / Pengerusi 1. Borang dan Dokumen hendaklah diisi dengan komputer ( Mudah dibaca )

2. Gunakan Binding Ring untuk menjilid kertas kerja 3. Susun Borang dan Dokumen Mengikut Senarai Semak Yang dibekalkan ( Warna Kuning IPS dan warna Hijau Tadika) 4. Gunakan kertas warna sebagai kertas Pemisah - Saperator 5. Gunakan plastik lutsinar sebagai Kulit luar (cover Kertas Kerja)